PENGENALAN Perkhidmatan pra hospital merupakan salah satu bentuk perkhidmatan yang disediakan di Jabatan Kecemasan .

Ianya merupakan satu sistem perkhidmatan ambulan untuk mengendalikan kes-kes kecemasan yang berlaku di tempat kejadian. Perawatan dan pengurusan mangsa yang dikendalikan di tempat kejadian bergantung kepada keadaan mangsa serta alat kelengkapan sesebuah ambulan. . Jika di lihat dari aspek penilaian perkhidmatan pra hospital pula yang dipetik dari laman web ( http:/ www.fit ) bererti suatu proses ulasan dan juga pemerhatian terhadap aspek yang penting iaitu kualiti dan juga kesesuaian aktiviti yang dijalankan semasa proses pemerhatian dibuat yang boleh membuktikan tahap pelaksanaan sesuatu perkhidmatan dalam keadaan baik. Bagi negara barat penilaian terhadap perkhidmatan pra hospital telah dibuat namun ia bukan Sesuatu yang senang untuk dinilai. Berbagai aspek yang perlu dikaji , ini melibatkan pelbagai parameter digunakan sebagai petunjuk ke arah penilaian yang berkesan. Parameter yang digunakan untuk menilai perkhidmatan pra hospital adalah menggunakan masa aktvasi ( respond time ) . Kenyataan ini di buat oleh Mac Friance (2003). Bagi Hospital Selayang perkhidmatan pra hospital dikendalikan 24 jam. Dahulunya Jabatan Kecemasan Hospital Selayang teah bekerjasama dengan pihak JPA 3 ( Jabatan Pertahanan Awam)untuk memberikan satu perkhidmatan pra hospital yang berkesan dan efektif di kawasan Hospital Selayang . Usaha kerjasama ini dibuat dalam bulan Jun 2002. Sayangnya kerjasama ini telah terhenti dipertengahan jalan.

Pada amnya Hospital Selayang mempunyai 4 buah ambulan gred A dan 4 buah ambulan gred B.Kesemua ambulan yang digunakan untuk bertindak, hendaklah dilengkapi dengan peralatan mengikut jenis dan fungsi tahap bertindak. Penggunaan ambulan di Hospital Selayang adalah digunakan secara meluas bukan untuk perkhidmatan panggilan ambulan tetapi juga untuk ’ ”interfacility transfer” , ”interfacility diagnostic service transport” serta “medical standby”. Kebiasaanya hanya sebuah ambulan sahaja yang dikhaskan menjalankan perkhidmatan pra hospital. Pada dasarnya perkhidmatan panggilan ambulan adalah untuk kes – kes kecemasan sahaja seperti kes- kes kemalangan, kes - kes perubatan kecemasan dan bersalin. Bagi garis panduan pengendalian panggilan ambulan di Hospital Selayang adalah setiap anggota pasukan disyaratkan menjalani latihan atau kursus seperti BLS, ACLS , MTLS ,”Disaster Management’ dan juga ’Pre Hospital Care Course’ sebelum menjalankan perkhidmatan ambulan. Mengikut statistik kekerapan perkhidmatan ambulan di Hospital Selayang bagi tahun 2005 sebanyak 557 kes dan pada tahun 2006 pula sebanyak 854 kes.Ini menunjukkan berlaku peningkatan sebanyak 297 kes dalam setahun. Pada tahun 2005 pula menunjukkan peningkatan berlaku sebanyak 57 kes ini menjadikan jumlah perkhidmatan ambulan sentiasa meningkat.