You are on page 1of 1

Imam Hafs

Sumbangan Imam Hafs dalam bacaan al-Quran adalah begitu besar. Kebanyakan umat Islam di dunia
pada hari ni membaca al-Quran dan mencetaknya adalah mengikut riwayat Hafs.
Beliau ialah Abu Umar Hafs bin Sulaiman bin al-Mughirah bin Abi Daud al-Asadi al-Kufi al-Bazzaz.
Riwayat Hidup dan Menuntut Ilmu Hafs dilahirkan pada tahun 90H. Beliau mengambil ilmu Qiraat
daripada Asim yang merupakan ayah tirinya secara talaqqi. Berkata al-Dani: Hafs mengambil Qiraat
daripada Asim secara tilawah (bacaan). Beliau pergi ke Baghdad dan mengajar serta
membacakannya kepada manusia. Kemudian menetap beberapa waktu di Mekah turut mengajar
dan membacakan kepada manusia.

Kelebihan-kelebihannya
Berkata Yahya bin Main: Riwayat yang sahih daripada bacaan Asim adalah riwayat Abi Umar Hafs
bin Sulaiman. Berkata Abu Hisham al-Rifai: Hafs merupakan murid Asim yang paling alim dengan
qiraat Asim, Beliau lebih rajih dan sahih daripada Syubah pada Dabt al- Huruf (meletakkan baris
huruf-huruf al-Quran)

Sumbangan-sumbangannya
Hafs merupakan seorang ulama yang masyhur di dalam bidang Qiraat al-Quran. Ulama-ulama
terdahulu berperanan besar di dalam menyebarkan ilmu agama Allah s.w.t. Begitu juga Hafs turut
mempunyai ramai muridnya sebagai bukti ketinggian ilmu dan sumbangannya kepada masyarakat
Islam. Sumbangannya melalui majlis-majlis ilmu, muzakarah, pengajaran dan sebagainya.
Sehinggalah ilmu Qiraat ini berkembang sampai ke hari ini. Pada hari ini kebanyakan umat Islam
menggunakan bacaan al-Quran mengikut riwayat Hafs. Ini menunjukkan terdapat keistemewaan
dalam riwayat ini berbanding dengan riwayat-ruwayat lain.

Antara keistemewaan riwayat ini ialah:


1. Sanad Imam Hafs bersambung dengan gurunya sehingga kepada Rasulullah s.a.w.
2. Perawi-perawi sanad Imam Hafs adalah di kalangan ulama yang muktabar dan dihormati pada
zaman mereka.
3. Khilaf yang terdapat pada bacaan Imam Hafs adalah sedikit jika dibandingkan dengan riwayat-
riwayat lain seperti terdapat hanya satu Imalah, satu Tashil, satu al-Raum atau al-Isymam, empat
tempat Saktah dan lain-lain.

You might also like