You are on page 1of 1

Menurut June McFee dalam bukunya bertajuk 

'Preparation for Art', menyatakan seni adalah sebahagian dari


kebudayaan sesuatu masyarakat kerana ianya adalah jelmaan daripada beberapa bahagian nilai, sikap dan
kepercayaan dalam sesuatu masyarakat. Secara langsung kenyataan ini melambangkan bahawa seni merupakan
cerminan budaya dalam sesebuah masyarakat. Tanpa budaya mesyarakat itu tidak kukuh dan tidak mengandungi
nilai tamadun.

Menurut Sidi Ghazalba dalam bukunya bertajuk Pandangan Islam Tentang Kesenian menyatakan bahawa
sesuatu kebudyaan ialah cada berfikir dan cara merasa, yang menyatakan diri dalam seluruh selompok manusia
yang membentuk masyarakat, dalam sesuatu ruang dan sesuatu waktu. Takrif ini dapat diringkaskan bahawa
kebudayaan itu adalah cara berfikir dan cara menikmati dalam kehiduapan. Jelasnya ialah 'Cara hidup'.

Menurut Herbert Read dalam bukunya 'The Meaning of Art', menyatakan Seni itu adalah penciptaan bentuk-
bentuk yang menyenangkan. Yang dimaksudkan dengan 'menyenangkan' aialh kesenangan estetik (aesthetic
pleasure).

Oleh yang demikian, mengapa ada dikalangan masyarakat meragui mata pelajaran Pendidikan Seni Visual?.
Pendidikan Seni Visual lebih menjurus untuk melahirkan perubahan individu kepada nilai murni dengan memupuk
diri dalam pengalaman estetik dan membentuk emosi yang seimbang. Beberapa kenyataan ini akan menguatkan
hujah bahawa pentingnya Pendidikan Seni Visual dalam merealisasikan perubahan tingkahlaku manusia dalam
dunia pendidikan.

Seni sebagai Alat Penyataan diri

Moholy Nagey menyatakan, satu cara untuk ilistrasi emosi adalah dengan menggunakan seni untuk merangsang
dan menyatakan emosi itu. Sebenarnya melalui aktiviti-aktiviti seni kesan emosi diri akan merasakan kepuasan,
lega, lapang perasaan, stabil emosi, dan ketengaan dari tekanan perasaan. Ini terbukti dengan membuat aktiviti
melukis, kraf atau apa-apa kegiatan seni akan meimbulkan kesan kelegaan dengan meluahkan perasaan dalam
hasil karya yang dibuat itu.

Seni Menajamkan Kepekaan dan Pengamatan

Pacaindera yang ada pada manusia seperti rasa, sentuhan, bau, penglihatan, pendengaran adalah fitrah yang Allah
berikan kepada manusia. Panceinderan ini perlu disuburkan melalui sentuhan yang murni. Pengalaman seni
memerlukan kepekaan terhadap pengamatan semasa pencitaan sesebuah karya seni, sebagai contoh semasa
melukis, pengkarya perlu memberi perhatian dan pengamatan kepada objek yang difokuskan, maka berlakulah
pengamatan secara teliti.

You might also like