You are on page 1of 29

KEMULIAAN SYARIAT ZAKAT

DISAMPAIKAN OLEH:
PENCERAMAH
UST AWANG JURI BIN AG TAHIR
PENOLONG PENGARAH /
KETUA UNIT DAKWAH & SYARIAH
PUSAT ZAKAT SABAH
MAJLIS UGAMA ISLAM SABAH
MUQADIMAH
Zakat merupakan salah satu rukun Islam yang
lima. Zakat diwajibkan kepada setiap individu
muslim yang telah memenuhi syarat-syaratnya
seperti:-

 Islam
 Sempurna milik
 Cukup haul (Genap Setahun)
 Cukup nisab (Bersamaan dengan nilai emas = 85
gram / RM 10,500.00)
“ Wahai orang-orang yang beriman ! keluarkanlah zakat sebahagian
dari hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang
kami keluarkan dari bumi untuk kamu ”
(Surah Al-Baqarah : 267)

“….. Ambillah sebahagian daripada harta mereka sebagai zakat bagi


membersihkan dan mensucikan jiwa mereka….”
(Surah Adz- Zariyyat : 103)

“ Dan pada harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin yang
meminta-minta dan yang menahan diri mereka daripada meminta-minta”
(Surah Adz- Zariyyat : 19)

Sabda Rasulullah S.A.W

“ Tertegaknya Agama Islam itu di atas lima perkara iaitu naik saksi
(mengakui) bahawasanya tiada tuhan yang disembah melainkan Allah
dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan sembahyang,
menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan
ibadah haji bagi mereka yang ada kemampuan ”
Zakat dalam pandangan kaca mata Islam
adalah merupakan lambang pensyukuran
nikmat, penyucian jiwa, pembersihan harta
dan pemberian hak Allah, hak masyarakat dan
hak orang yang lemah. Pandangan itu
menegaskan bahawa zakat wajib dipungut
dari hasil kerja sebagaimana juga wujud
dipungut dari pendapatan-pendapatan yang
lain, meskipun besar zakat (nilai) masing-
masing berbeza-beza.
DEFINISI ZAKAT
Dari segi bahasa :-
i. At - Thoharah ii. At – Tazkiyah Bermaksud Bersih Dan Suci.
iii. Al – Barakah Bermaksud Berkat.
iv. An – Nama Bermaksud Kembang.

Dari segi Istilah :-

 Mengeluarkan sebahagian harta dengan secara wajib dengan


kadar tertentu apabila telah mencukupi syarat -syaratnya
untuk diagihkan kepada lapan golongan yang layak menerima
zakat.

 Pemindahan hak milik atas bahagian tertentu dari harta


tertentu kepada orang-orang yang berhak menerimanya dari
golongan tertentu pula dengan maksud untuk mendapatkan
redha Allah S.W.T dan mensucikan jiwa, harta dan
masyarakat.
JENIS-JENIS ZAKAT

 Zakat Badaniah:
Zakat tubuh badan atau zakat fitrah.

 Zakat Maliah:
Zakat harta benda termasuk biji-bijian, buah- buahan,
binatang ternakan, emas, perak, barang-barang
perniagaan, wang, pendapatan atau gaji dan sebagainya.
Walau bagaimanapun dinasihatkan supaya zakat fitrah
dikeluarkan pada hari pertama bulan Ramadhan sehingga
sebelum sembahyang hari raya pada 1 Syawal bagi
mengelakkan kesukaran kepada amil-amil yang mengutip zakat.
Berkenan waktu yang paling afdhal mengeluarkan fitrah,
terdapat berbagai pendapat ulamak, tetapi yang pastinya ia
dikeluarkan sebelum sembahyang Hari Raya. Sebagaimana
yang telah dijelaskan melalui hadis Rasulullah SAW yang
diriwayatkan oleh Ibnu Majah:

Maksudnya: “…Maka sesipa mengeluarkan (zakat fitrah)


sebelum sembahyang Hari Raya maka itulah zakat yang
diterima dan sesiapa mengeluarkan sesudah sembahyang Hari
Raya maka pengeluarannya itu merupakan sedeqah sahaja”.
JENIS-JENIS ZAKAT HARTA
 EMAS DAN PERAK
 WANG SIMPANAN
 SAHAM
 PERTANIAN
 PERNIAGAAN
 TERNAKAN
 HARTA KARUN
 WANG KWSP
 PENDAPATAN / GAJI
DALIL UTAMA ZAKAT HARTA
Firman Allah S.W.T bermaksud :

“ Wahai orang-orang yang beriman,


belanjakanlah ( keluarkanlah Zakat )
sebahagian daripada hasil usahamu yang
baik-baik dan apa jua perolehan yang kami
keluarkan ( kurniakan ) untuk kamu dari
bumi….”
Surah Al – Baqarah : Ayat 267
TAKRIF ZAKAT GAJIAN
Zakat Pendapatan Gajian termasuklah
segala jenis hasil pendapatan atau
pulangan sebagai balasan perkhidmatan
yang berupa gaji, upah, dividen, hasil,
sewaan, royalti, pencen, perniagaan
bermusim dan lain-lain bentuk
perolehan semasa hidup, bersara atau
mati dan apa jua pendapatan
berdasarkan kerjaya sebagai ahli
profesional.
DALIL ZAKAT PENGGAJIAN
Firman Allah S.W.T bermaksud :

“ Wahai orang-orang yang beriman,


belanjakanlah ( keluarkanlah Zakat )
sebahagian daripada hasil usahamu yang
baik-baik dan apa jua perolehan yang kami
keluarkan ( kurniakan ) untuk kamu dari
bumi….”
Surah Al – Baqarah : Ayat 267
SYARAT
WAJIB ZAKAT

ISLAM SEMPURNA MILIK

PENDAPATAN/
HASIL

NISAB CUKUP HAUL


KAEDAH PENGIRAAN
ZAKAT PENDAPATAN
GAJIAN
NAMA PEMBAYAR : EN. AHMAD BIN ALI
JABATAN /SYARIKAT : PELAJARAN

KAEDAH PENGIRAAN :
A. Jumlah Penggajian Setahun Dari Semua Sumber = RM 30,000
B. Tolak perbelanjaan yang dibenarkan Setahun ;
B1. DIRI = RM* 9,000.00
B2. ISTERI
RM**3,000.00 x 1 Orang = RM 3,000.00
B3. ANAK
RM**1,000.00 x 3 Orang = RM 3,000.00
B4. PEMBERIAN KPD IBUBAPA
RM *** 100.00 x 12 bulan = RM 1,200.00
B5. CARUMAN KWSP = 2,100.00

B6. CARUMAN KPD ORGANISASI YG MEMBAYAR ZAKAT = 1,000.00

( Contohnya : Lembaga Tabung Haji,Takaful Malaysia /Nasional Berhad)

C. Jumlah Tolakan Perbelanjaan Dibenarkan = 19,300.00

D. Baki Gaji Bersih Yang Layak Dizakat (A–C) = 10,700.00

E. Zakat Penggajian Yang Wajib Dibayar ( D x 2.5% ) = 267.50

F. Jumlah Potongan Sebulan ( E ÷ 12 ) = 22.29

NOTA :

Jika baki gaji D kurang daripada nisab RM 10,500.00 maka tidak layak dizakat.

**Unsur Tetap *** Unsur Berubah


MANFAAT BERZAKAT

HARTA MENJADI MENDAPAT REBET


BERSIH DAN DAN PELARASAN
BERKAT DARI LHDN
BAGI YANG MEMBAYAR
ZAKAT PENDAPATAN GAJI
AKTA CUKAI PENDAPATAN
1967

SEKSYEN 6A ( 3 )

REBET HENDAKLAH DI BERIKAN PADA TAHUN TAKSIRAN


UNTUK SEBARANG BAYARAN ZAKAT FITRAH ATAU LAIN-LAIN
TUNTUTAN AGAMA ISLAM YANG MANA PEMBAYARANNYA WAJIB
DAN YANG TELAH DIBAYAR DALAM TAHUN ASAS BAGI TAHUN TAKSIRAN
ITU, DAN DIBUKTIKAN OLEH RESIT YANG DI KELUARKAN OLEH PIHAK
YANG BERKUASA AGAMA YANG BERKENAAN YANG DITUBUHKAN OLEH
UNDANG-UNDANG BERTULIS
CONTOH 1
PCB untuk bulan Januari 2011

Zakat dipotong : RM55


PCB patut dipotong : RM95
PCB kena dipotong : RM40 (RM95 - RM55)
10
CONTOH 2
PCB untuk bulan April 2011

Zakat dipotong : RM55


PCB patut dipotong : RM50
PCB kena dipotong : TIADA
GOLONGAN YANG BERHAK
MENERIMA ZAKAT

Berdasarkan ayat 60 surah At – Taubah,


mereka yang layak menerima zakat ada
lapan golongan iaitu:-

i. Fakir ii. Miskin


iii. Amil iv. Mualaf
v. Riqab vi. Ghorimin
vii. Fi sabilillah viii. Ibnu Sabil
KELEBIHAN MENGELUARKAN ZAKAT
 Menghilangkan kepanasan kubur dan pada hari
akhirat akan mendapat teduhan daripada
sedeqahnya.
 Menjauhkan musibah.
 Menutup 70 pintu keburukan.
 Menjauhkan kemurkaan Allah.
 Kebajikan yang sempurna.

 Firman Allah S.W.T

“….. (Wahai orang-orang yang beriman) kamu sama


sekali tidak akan sampai kepada kebaktian (yang
sempurna) sehinggalah kamu membelanjakan
sebahagian daripada harta benda yang kamu cintai”
(Al-Imran : 98)
ANCAMAN ALLAH KEPADA YANG ENGKAR MEMBAYAR ZAKAT
Firman Allah S.W.T bermaksud :

 “Jangan sekali-kali orang-orang yang bahkil menyangka dengan harta


yang Allah kurniakan kepada mereka itu baik bagi mereka. Bahkan
harta itu buruk padahnya buat mereka, di mana harta yang mereka
bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di leher mereka pada hari
kiamat”
(Al-Imran :180)

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a


Rasulullah S.A.W bersabda yang mafhumnya:

 “ Sesiapa yang diberikan oleh Allah harta benda kemudian dia tidak
mengeluarkan zakatnya, maka pada hari kiamat nanti harta itu akan
menjadi seekor ular jantan yang licin berkilat kepalanya dan
mempunyai tanda-tanda hitam di atas keningnya (kerana bisanya).
Ular itu akan membelit badannya pada hari itu dan kemudian
mematuk-matuk badannya sambil berkata, “Akulah hartamu, akulah
hartamu yang engkau tidak keluarkan zakatnya ”.
MENGAPA ZAKAT TIDAK WAJIB
KEPADA BUKAN ISLAM
 Zakat adalah kewajipan sosial dan hak orang-orang
yang melarat yang perlukan pembelaan serta
merupakan kutipan sebahagian daripada harta
kekayaan orang-orang kaya yang diperintahkan
oleh Allah S.W.T. untuk diagihkan kepada orang-
orang miskin sebagai merealisasikan pemenuhan
hak teman,masyarakat dan Tuhan.

 Zakat adalah salah satu tunggak ibadat asas dalam


lima rukun Islam berdiri sama tinggi dengan
syahadat, solat, puasa Ramadhan dan Haji ke
Baitullah.

 Allah menjanjikan keberkatan menerusi ibadat zakat,

keberkatan adalah salah satu nikmat anugerah khas


Allah kepada hamba-hambanya yang beriman.
TUJUAN ZAKAT DAN IMPAKNYA BAGI PEMBERI

 Zakat mensucikan jiwa dari sifat kikir.


 Zakat mendidik berinfak dan memberi.
 Berakhlak dengan akhlak Allah.
 Zakat merupakan manifestasi (lambang / simbol)

pensyukuran atas nikmat Allah.


 Zakat mengobati hati dari cinta dunia.
 Zakat mengembangkan kekayaan batin.
 Zakat menarik rasa simpati / cinta.
 Zakat mensucikan harta.
 Zakat tidak mensucikan harta yang haram
 Zakat mengembangkan harta.
SASARAN ZAKAT DAN KESANNYA
BAGI PENERIMA

 Zakat membebaskan si penerima dari


keperluan / kesempitan / pemasalahan.

 Zakat menghilangkan sifat dengki, iri


hati dan benci.
TUJUAN ZAKAT DAN KESANNYA DALAM
KEHIDUPAN MASYARAKAT
 Zakat pendorong kepada pertanggungjawaban sosial
iaitu menolong orang yang mempunyai hajat, daif, yang
memerlukan pembelaan yang sewajarnya seperti fakir,
miskin, orang yang berhutang dan musafir yang
keputusan bekalan ketika dalam perjalanan.
 Zakat adalah aset percambahan ekonomi orang-orang
Islam dan Negara Islam.
 Tertegak dan bersatunya jiwa umat.
 Menyuntik semangat persaudaraan.
 Menyempurnakan kemerdekaan bagi setiap individu
masyarakat dengan mewajibkan kemerdekaan budak
belian dari penghambaan antara sesama manusia.
 Membangkitkan semangat peribadi dan nilai-nilai
kemanusiaan dalam menyerahkan sesuatu yang
bermanafaat bagi masyarakat, baik dari segi mental
maupun material.
 Memelihara aqidah dan pendidikan untuk maksud
mensucikan dasar-dasar fitrah manusia, dan terutama
untuk menghubungkan manusia dengan Allah dan
menghubungkan manusia sesama manusia.
Keputusan Fatwa Muzakarah Jaw. Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam
 Oleh : Muzakarah Kali Ke-76 
 Tarikh Keputusan : 21 November 2006 
 Tarikh Muzakarah : 21 November 2006 hingga 23 November 2006
 Kategori : Zakat  
 Tajuk : Hukum Mengagihkan Zakat Secara Persendirian Dan Qada Zakat
  Keputusan
i. Dari segi siasah dan maslahah, zakat merupakan pemangkin kepada
ekonomi umat Islam. Peraturan dan undang-undang yang telah
ditetapkan oleh pemerintah atau Ulil Amri adalah demi menjaga hak
dan kepentingan zakat tersebut.
Walaupun dari segi syarak, mengagihkan zakat secara persendirian
tanpa melalui pemerintah adalah sah sekiranya diagihkan kepada
asnaf yang layak, tetapi perbuatan melanggar peraturan dan undang-
undang pemerintah dalam perkara kebaikan adalah berdosa, kerana
di dalam Islam patuh dan taat kepada pemerintah atau Ulil Amri dalam
perkara kebaikan adalah wajib.
ii. Mengenai hukum Qada Zakat, ia wajib dilakukan bagi zakat yang telah
memenuhi syarat wajib yang tidak ditunaikan pada masa yang
sepatutnya.
PENUTUP
Jika seandainya kaum muslimin melaksanakan
kewajiban zakat sebagai menyempurnakan
tuntutan rukun Islam , sudah tentu di kalangan
mereka tidak akan ditemukan lagi orang-orang
yang hidup sengsara. Dengan kata lain zakat itu
sebahagian harta yang dipindahkan oleh umat
itu dari satu tangannya iaitu mereka yang diberi
kuasa oleh Allah untuk menjaga dan
mengembangkannya, itulah tangan orang kaya,
dan diberikan kepada tangan yang lain yang
mana keperluan hidup mereka tidak mampu
disempurnakan melainkan menerusi konsep
zakat, itulah tangan orang-orang miskin…….
Z-AKAT

A-NUGERAH

K-EBERKATAN

A-LLAH

T-ERBUKTI
SEKIAN DAN TERIMA KASIH

BERKATI HARTA ANDA DENGAN BERZAKAT

BERSAMA MEMBANGUN ASNAF

You might also like