You are on page 1of 7

Perancangan Keluarga

Mencegah kehamilan boleh dilakukan dengan pelbagai cara, alat, ubat-ubatan atau prosedur pembedahan.
Pencegahan kehamilan membolehkan anda menikmati kehidupan seksual tanpa perlu bimbang tentang
kehamilan. Hasil kajian dan penemuan perubatan kini terdapat pelbagai cara untuk mencegah kehamilan. Anda
perlu mendapatkan nasihat pakar kerana kaedah yang dipilih adalah bergantung kepada keadaan kesihatan,
kehidupan sosial dan jarak kandungan. Semua kaedah mencegah kehamilan adalah berkonsepkan untuk
menghalang persenyawaan dan penempelan embrio.

Berikut merupakan antara senarai pencegahan kehamilan yang terdapat di pasaran;

1. Pil pencegahan hamil (OCP)


2. Alat pencegahan kehamilan di dalam rahim (IUCD)
3. Implan pencegah kehamilan
4. Suntikan pencegah kehamilan
5. Topi serviks
6. Diafragma
7. Kondom untuk wanita
8. Kondom untuk lelaki
9. Megikat tiub
10. Vasektomi
11. Kaedah berkala (perancangan keluarga semulajadi)
12. Pengunduran
13. Menyusukan

1. Pil pencegahan kehamilan

 Terdapat 3 jenis pil pencegah hamil:

(i) Pil pencegah hamil campuran

- Pil pencegah hamil ini mengandungi estrogen sintetik dan progestrogen (hormon yang berfungsi
seperti progesteron).
- Ia menghalang ovulasi dan menyebabkan dinding endometrium menjadi nipis supaya embrio tidak
dapat menempel. Selain itu, mukus di serviks juga menebal menyukarkan sperma untuk berenang
ke ruang dalam uterus.
- Ianya mungkin menyebabkan haid yang pendek dan sedikit.
- Ianya mungkin menyebabkan sakit kepala, rasa loya dan kenaikan berat badan pada awal
penggunaannya.
- Ianya mesti diambil pada masa yang sama setiap hari berterusan sehingga 21 hari diikuti 7 hari
rehat (haid akan keluar semasa tempoh rehat). Selepas 7 hari rehat, kitaran baru pil dimulakan.
- Pil pencegah hamil ini boleh dibeli di mana-mana farmasi atau klinik
-  Contoh-contoh: Nordette, Microgynon, Marvelon, Mercilon and Gynera.
- Peratus kegagalan: 0.1%

(ii) Pil progesteron sahaja (pil mini)

- Pil mini hanya mengandungi hormon progesteron


- Ia menjadikan dinding endometrium menipis dan mukus di kawasan serviks menebal.
Kadangkala ia juga berfungsi mengawal ovulasi.
- Aliran haid akan menjadi sedikit dan pendek. Kitaran haid juga menjadi tidak tetap. Ini
menjadikan pil mini kurang popular dikalangan pengguna pil pencegah hamil.
- Ia dianggap pil yang paling lemah dan kurang kesan sampingan tetapi kurang berkesan jika
dibandingkan dengan pil campuran.
- Ia diambil sepanjang tahun berterusan tanpa henti.
- Peratus kegagalan: 2%
(iii) Pil pencegah hamil kecemasan

- Pil pencegah hamil kecemasan digunakan untuk menghalang kehamilan sekiranya melakukan
hubungan kelamin tanpa sebarang perlindungan, dirogol atau mengesyaki kegagalan kaedah
pencegah hamil contohnya kebocoran kondom.
- Ianya diambil 72 jam (3 hari) selepas melakukan seks.
- Ianya tidak setanding pil pencegah kehamilan lain.
- Tidak sepatutnya digunakan berterusan kerana peratus kegagalan yang tinggi.
- Contoh: Postinor
- Peratus kegagalan: 5%
- Cara alternatif bagi pencegahan kehamilan kecemasan adalah dengan memasukkan  IUCD
dalam masa 4 hari selepas menjalankan hubungan.

kembali ke atas

2. Alat pencegah kehamilan di dalam rahim (IUCD)

 IUCD adalah alat kecil (3cm panjang) yang diletakkan ke dalam rahim untuk meransang
tindakbalas  keradangan di dinding endometrium supaya penempelan embrio tidak
berlaku.
 Waktu paling sesuai memasukkan  IUCD adalah sebaik sahaja haid berhenti, pada
masa yang sama menggugurkan kandungan atau semasa pemeriksaan selepas bersalin
(1 bulan selepas bersalin)
 Terdapat 2 jenis  IUCD

(i)  IUCD Kuprum

- Ia mengandungi kuprum yang berfungsi menghalang sperma dari memasuki tiub fallopio.
- Ianya berkesan selama 3 tahun selepas dimasukkan.
- Aliran haid akan menjadi banyak dan panjang selepas  dimasukkan.
- Peratus kegagalan:< 1%

(ii) Progestogen IUCD (Intrauterine Contraceptive System)

- Ia mengandungi Levonorgestel (hormon seperti progesteron) yang menjadikan mukus di


serviks menebal untuk menghalang sperma dari memasuki rahim.
- Ianya boleh bertahan selama 5 tahun selepas dimasukkan.
- Kelebihan IUCD kuprum ialah, aliran haid tidak begitu banyak dan tidak menyakitkan.
- Peratus kegagalan: 0.1%
kembali ke atas

3. Implan pencegah kehamilan (Implanon)

 Implanon adalah alat seperti batang mancis, berwarna putih mengandungi etonogerstel
yang dimasukkan di bawah kulit di lengan.
 Ianya dimasukkan oleh doktor terlatih dan bius setempat akan diberikan.
 Ianya menghalang ovulasi, dinding endometrium menipis maka menyukarkan
penempelan embrio. Mukus di kawasan serviks juga menebal menyukarkan sperma
untuk berenang ke kawasan uterus.
 Ianya boleh bertahan selama 3 tahun. Selepas tamat tempoh 3 tahun, ianya mesti
diganti dengan yang baru.
 Aliran haid menjadi sedikit dan sakit ketika haid berkurang.
 Boleh menyebabkan kitaran yang tidak tetap atau tidak datang haid bagi beberapa
bulan.
 Peratus kegagalan: < 1%

kembali ke atas

4. Suntikan pencegah kehamilan

 Juga dikenali sebagai suntikan mengawal kelahiran.


 Suntikan ini mengandungi hormon seperti progesteron yang menghalang wanita dari
ovulasi (membebaskan telur yang matang).
 Suntikan di berikan di punggung. Dos kedua diberi selepas 2 bulan suntikan pertama
diberikan dan dos seterusnya diberikan setiap 3 bulan sekali.
 Ia menjadikan aliran haid sedikit dan boleh menyebabkan haid yang tidak tetap atau tidak
datang haid bagi beberapa bulan. Ini antara punca perlu menghentikan penggunaannya.
 Contoh: Depo Provera
 Peratus kegagalan: 1%

kembali ke atas

5. Topi Serviks
 Topi serviks adalah sejenis getah berbentuk seperti topi yang secocok dengan serviks.
Dengan ini, sperma akan di halang dari memasuki serviks.
 Biasanya ia digunakan bersama dengan spermisid (sejenis bahan yang membunuh
sperma) yang disapu pada topi serviks.
 Ia perlu dikeluarkan selkurang-kurangnya 6 jam selepas ejakulasi dan tidak sepatutnya
berada dalam vagina melebihi 48 jam.
 Ianya mesti dimasukkan oleh doktor.
 Boleh meningkatkan risiko jangkitan serviks.
 Peratus kegagalan: 20%

kembali ke atas

6. Diafragma

 Diafragma adalah getah berbentuk seperti kubah yang dimasukkan ke dalam vagina
supaya menutupi serviks. Oleh itu, sperma akan dihalang dari memasuki serviks.
 Ia mesti digunakan bersama-sama spermisid (sejenis bahan yang membunuh sperma)
yang disapu pada diafragma.
 Ia mesti dipasang oleh doktor.
 Ia perlu dikeluarkan sekurang-kurangnya 6 jam selepas ejakulasi.
 Peratus kegagalan: 20%

kembali ke atas

7. Kondom untuk wanita

 Ia diperbuat daripada  (polyurethane).


 Ia ditempatkan di dalam vagina supaya menghalang sperma dari memasuki rahim.
 Ia juga berfungsi untuk menghalang penyakit bawaan seksual.
 Lebih mahal berbanding kondom lelaki.
 Peratus kegagalan: 20%

kembali ke atas

8. Kondom untuk lelaki

 Diperbuat daripada getah, plastik (polyurethane) atau membran semulajadi.


 Ia menghalang sperma dari memasuki vagina dan rahim.
 Membantu menghalang penyakit bawaan seksual.
 Peratus kegagalan: 4%-10%

kembali ke atas

9. Mengikat tiub

 Mengikat tiub dilakukan untuk menyumbat tiub fallopio supaya sperma tidak boleh
sampai kepada telur.
 Ianya dilakukan dengan meletakkan cincin pada tiub atau memotong sebahagian
daripada tiub.
 Prosedur ini mengambil masa satu hari dan insisi sepanjang 1cm akan dibuat pada
pusat.
 Ia tidak akan menjejaskan kebolehan atau keinginan seksual.
 Ianya tidak boleh dipulihkan. Anda perlu pasti bahawa anda tidak mahu anak di masa
akan datang dan tidak akan berubah fikiran lagi.
 Ianya dilakukan pada minggu pertama kitaran haid, 5 hari selepas pembedahan atau
semasa melakukan pembedahan untuk bersalin.
 Peratus kegagalan: <1%

kembali ke atas

10. Vasektomi

 Pemotongan vas adalah pembedahan minor untuk menghalang vas deferens (tiub
yang membawa sperma dari testis ke urethra) dengan memotong atau mengikat vas
deferens.
 Prosedur ini mengambil masa 1 hari dan pesakit akan diberi bius setempat.
 Pesakit mungkin akan merasa sedikit sakit atau tidak selesa di kawasan skrotum
selepas prosedur ini. Pemakaian seluar dalam yang lembut dan longgar dapat
membantu melegakan ketidakselesaan.
 Walaubagaimanapun, anda masih perlu menggunakan kaedah pencegahan
kehamilan lain  terlebih dahulu  sehingga semen anda benar-benar bebas dari
sperma. Analisis semen akan dilakukan 3 bulan selepas prosedur untuk melihat
keberkesanan prosedur yang telah dilakukan.
 Kaedah ini tidak menjejaskan keinginan dan kebolehan seksual. Isipadu semen yang
dikeluarkan mungkin berkurang.
 Ianya lebih murah berbanding mengikat tiub fallopio kerana komplikasinya lebih
sedikit.
 Ianya tidak boleh dipulihkan semula. Anda perlu pasti bahawa anda sudah tidak
berkeinginan untuk mempunyai anak sebelum menjalankan prosedur ini.
 eratus kegagalan: <1%

kembali ke atas

11. Kaedah berkala (Perancangan keluarga semulajadi)

 Kaedah ini adalah berdasarkan teori bahawa  telur boleh disenyawakan dalam masa
24 jam selepas ovulasi dan  sperma boleh mensenyawakan telur dalam masa 3 hari
selepas memasuki vagina.
 Kaedah ini sesuai diaplikasikan oleh wanita berusia 28 hingga 30 tahun yang
mempunyai kitaran haid yang tetap 28 hingga 30 hari.
 Ovulasi (pembebasan telur yang matang) berlaku antara hari ke 12 dan 16 bagi wanita
yang mempunyai kitaran 28 hari. Maka, kemungkinan waktu subur adalah hari ke-9
(12-3) dan hari ke-17 (16+1) kitaran. Dalam erti kata lain, anda perlu menghindari
persetubuhan dari hari ke-9 hingga hari ke-17 untuk mengelakkan mengandung. (Hari
pertama adalah hari pertama datang haid).
 Semasa tempoh subur (hari ke 9 hingga 17) kondom boleh digunakan semasa
persetubuhan.

Ujian yang boleh ditentukan untuk menentukan waktu ovulasi.

(i) Merekodkan suhu badan normal sebaik sahaja bangun tidur setiap pagi. Kenaikan setengah
darjah Fahrenheit merupakan petanda ovulasi berlaku.

(ii) Melihat perubahan pada mukus serviks. Mukus biasanya kurang melekit, lebih berair dan
berbau semasa ovulasi berlaku.

Peratus kegagalan: 20%

kembali ke atas

12. Pengunduran

 Tekni ini memrlukan lelaki mengundurkan penis sebelum ejakulasi, oleh kerana lelaki
berejakulasi di luar vagina maka, semen tidak memasuki vagina.
 Kaedah ini memerlukan kawalan yang baik oleh lelaki.
 Kegagalan boleh berlaku sekiranya lewat mengundurkan penis kerana cecair pra
ejakulasi juga mengandungi sedikit sperma.
 Sesetengah lelaki mungkin tidak menggemari kaedah ini kerana berlaku gangguan
sebelum mencapai klimaks.
 Peratus kegagalan: 20%

kembali ke atas

13. Menyusukan
 Menyusukan bayi anda boleh mencegah kehamilan kerana ia melambatkan ovulasi dan
haid.
 Ianya berkesan sekiranya anda menyusukan bayi anda sepenuhmya (tanpa sebarang
makanan tambahan kepada bayi anda) untuk 6 bulan pertama selepas bersalin dan
sebelum datang haid kembali.
 Ianya tidak berkesan selepas 6 bulan apabila bayi anda sudah mula mengambil
makanan pepejal.

kembali ke atas

You might also like