SOSIALISASI

Pengenalan   

Ketika seseorang bayi dilahirkan, dia tidak tahu apa-apa tentang diri,keluarga, dan persekitarannya. Namun, bayi tersebut memiliki potensi/peluang untuk mempelajari tentang diri dan lingkungannya Apa dan bagaimana dia belajar, banyak sekali dipengaruhi oleh persekitaran sosial di mana dia dilahir dan dibesarkan.  

Sosialisasi adalah satu konsep umum yang biasa dimaksudkan sebagai satu proses di mana kita belajar melalui interaksi dengan orang lain, tentang pelbagai perkara seperti budaya,perasaan,cara bertindak,menyelesaikan masalah dan lain-lain di mana kesemuanya itu merupakan hal-hal yang sangat penting dalam menghasilkan penglibatan sosial yang efektif. Sosialisasi merupakan proses yang terus terjadi selama hidup kita.  

Sosialisasi adalah satu proses yang kompleks, mencabar dan tidak terjamin kejayaannya. Perubahan daripada kehidupan masyarakat komunal kepada masyarakat moden telah membuat proses sosialisasi lebih rumit. Sosialisasi juga adalah satu proses penanaman atau pemindahan kebiasaan atau nilai dan aturan dari satu generasi ke generasi dalam sebuah kelompok atau masyarakat.  

Di dalam masyarakat komunal, ibu bapa dan saudara-mara akan mengajar anak-anak segala yang perlu dipelajari oleh mereka. Maka sosialisasi merupakan penggerak tradisi yang terkandung dalam masyarakat. Proses pengajaran mungkin berbentuk formal atau tidak formal. 

Ibu bapa mengajar anak-anak mereka bagaimana perkara-perkara berfungsi dalam generasi mereka dan melalui ini mereka menyediakan anak-anak untuk hari ini dan bukan untuk masa depan yang tidak dapat mereka jangkakan.  

Tetapi dalam masyarakat moden, sekolah, rakan sebaya dan media massa mengajar norma, nilai dan kepercayaan yang mungkin sesuai atau tidak dengan norma, nilai dan kepercayaan yang dipegang oleh ibu bapa. Tidak semua ahli masyarakat akan menerima pengalaman sosialisasi yang sama. 

Pada hakikatnya, ada golongan yang tidak menerima sosialisasi yang secukupnya untuk menjadi ahli masyarakat yang benar-benar bertanggungjawab dan dihormati.

Peranan Sosiolisasi
1. 

Pengaruh Persekitaran Sosialisasi juga menuntut adanya persekitaran / lingkungan yang baik yang menunjangi proses tersebut, di mana termasuk di dalamnya interaksi sosial. Contoh: seorang kanak-kanak yang bernama Isabelle dari Ohio, Amerika, telah dibesarkan dalam sebuah bilik yang gelap selama 6 tahun pertama dilahirkan.  

Dia tidak berinteraksi dengan sesiapa pun kecuali ibunya yang tidak boleh bercakap dan mendengar. Ibu bapa Isabelle melakukan sedemikian disebabkan malu melahirkan seorang anak luar nikah. Pada satu hari, ibunya lari daripada rumah dan membawa Isabelle bersamanya. Pihak berkuasa mengesan kejadian ini dan mengambil alih penjagaan Isabelle daripada ibunya.  

Semasa pihak berkuasa menjumpai Isabelle, mereka mendapati Isabelle tidak boleh bercakap dan hanya mengeluarkan berbagai bunyi. Hubungan Isabelle dengan ibunya hanya melalui gerak isyarat sahaja. Isabelle tidak berkomunikasi dengan ramai orang maka kemahiran bersosialnya tidak terbentuk.  

Memandangkan Isabelle hanya berkomunikasi dengan beberapa orang sahaja maka dia mempunyai perasaan takut dan menjauhi dirinya daripada orang yang tidak dikenalinya. Pakar kanak-kanak menyediakan sebuah program latihan untuk menolong Isabelle menyesuaikan diri dengan manusia di sekelilingnya dan bersosial. 

Selepas dua bulan, Isabelle mula bercakap dan 9 bulan kemudian mula mengenal perkataan dan ayat. Sebelum berumur 9 tahun, Isabelle sudah boleh menghadiri sekolah bersama kanak-kanak yang lain. Apabila berumur 14 tahun, pencapaianakademiknya dan pertumbuhan emosinya bertambah baik.  

Daripada peristiwa ini, kita dapati bahawa tidak cukup hanya menjaga perkembangan fizikal kanak-kanak tetapi apa yang lebih penting ialah pertumbuhan sosial. Sekiranya kanak-kanak tidak didedahkan kepada persekitarannya melalui interaksi dengan rakan sebaya dan orang dewasa, ini akan menjejaskan perkembangan emosi dan sosial mereka. 

  

Contoh-contoh lain: Tarzan Kanak-kanak yang dijaga oleh serigala Kanak-kanak yang dibesarkan dinegara asing.

2. Pengaruh Keturunan  Apakah yang diwarisi daripada keturunan?  warisan dan kematangan biologis merupakan syarat pertama yang perlu diperhatikan dalam proses sosialisasi.  Manusia mewarisi pembawaan iaitu kecenderungan untuk memberi reaksi tertentu.  

Ada manusia yang aktif, gementar atau menjengkelkan. Ada pula yang pasif, tenteram atau aktif. Perbezaan ini mungkin mempengaruhi perkembangan personaliti manusia.

3. Trait Saudara Kembar  Keturunan juga memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi perkembangan seseorang.  sepasang kembariaitu Oskar Stohr dan Jack Yufe yang dipisahkan sebaik sahaja dilahirkan dan dibesarkan di dua benua yang berlainan  

Oskar dibesarkan oleh ibu kandungnya yang beragama Katolik di negara Czechoslovakia pada zaman Hitler. Oskar belajar membenci kaum Yahudi yang memerintah sebahagian besar negara Europah pada masa itu. Manakala kembar seorang lagi, Jack, dibesarkan di Trinidad oleh ayah mereka yang berbangsa Yahudi. 

Kedua-dua kembar ini bertemu semula setelah mereka dewasa. Kajian ke atas mereka menunjukkan terdapat beberapa persamaan. Kedua-dua mereka memakai kaca mata, mempunyai misai, suka makanan pedas, pelupa, mengepam tandas sebelum menggunakannya, menyimpan gelung getah di pergelangan tangan dan mencelup roti bakar bermentega ke dalam minuman kopi.   

bagaimanapun, mereka mempunyai beberapa perbezaan. Jack adalah seorang yang gila bekerja. Oskar pula suka menghabiskan masa dengan aktiviti keseronokan. Oskar mempunyai sikap suka mengongkong kaum wanita, Berbeza dengan Jack yang berpendapat kaum wanita berhak menikmati kebebasan.   

Jack sangat bangga dengan keturunan Yahudinya tetapi Oskar tidak pernah menyebut pasal keturunan Yahudinya. Ini menunjukkan bahawa kedua-dua faktor genetik dan pengalaman bersosial mempengaruhi perkembangan manusia. Terdapat beberapa ciri persamaan seperti pembawaan, corak suara dan gementar di kalangan pasangan kembar walaupun mereka hidup berasingan. 

Soalan Perbincangan: Apakah peristiwa atau pengalaman yang berlaku dalam hidup anda yang mempengaruhi diri anda?

PROSES SOSIALISASI 

Beberapa persoalan tentang diri, -Apakah perasaan anda apabila elaun lambat diterima? -Apakah yang anda fikirkan apabila melihat orang buta hendak melintas jalan? -Apakah anda perasaan ababila melihat kawan anda menggunakan barangan anda tanpa meminta kebenaran terlebih dahulu. 

-Bagaimana anda melihat diri anda sendiri? Adakah anda seorang yang kacak, comel,sangat kurus, gemok,kacik atau lainlain. Kesimpulannya setiap manusia mempunyai perbezaan dari aspek emosi, kepercayaan dan persepsi tentang diri sendiri.   

Bagaimanakah aspek-aspek ini wujud dalam diri kita? Adakah aspek-aspek ini akan berubah mengikut umur atau pengalaman? Mengikut ahli sosiologi dan psikologi seseorang individu membentuk aspek-aspek dalamannya seperti emosi dan kepercayaan melalui interaksinya dengan orang lain.   

Melalui interaksi inilah terbentuk kendiri yang akan membuat seseorang itu berlainan daripada orang lain. Kendiri ini juga bukan sesuatu yang statik tetapi akan berubah mengikut umur dan apa yang dilalui dalam kehidupan. Mengikut Charles Horton Cooley, manusia mengenali dirinya sendiri apabila dia mula berinteraksi dengan orang lain.  

Manusia juga menilai diri sendiri melalui persepsi orang terhadap dirinya. Kendiri adalah hasil daripada interaksi sosial manusia dengan orang lain yang disebut sebagai cermin kendiri (looking-glass self). Bagaimanakah anda membentuk identiti kendiri anda?  

Cuba bayangkan bagaimana rakan sebilik anda,jiran anda,pensyarah anda atau penjual di pasar menilai anda sama ada dari aspek dalaman atau luaran mulalah kita membentuk satu Daripada situ mulalah kita membentuk perasaan atau tanggapan tentang diri kita yang sebenar.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful