MODUL PENGAJIAN MALAYSIA

BAB 12: MPW1133

DASAR EKONOMI
PENGENALAN Ekonomi negara Malaysia telah berkembang dengan pesatnya semenjak negara mencapai kemerdekaan. Keluaran dalam negara kasar (KDNK) benar Malaysia telah berkembang secara purata 6.5% dalam tempoh 1957 hingga 2005. Pertumbuhan ekonomi yang mapan ini disumbangkan oleh perubahan struktur ekonomi negara daripada sektor pertanian tradisional kepada sektor ekonomi moden iaitu perindustrian, perkhidmatan dan yang terkini ekonomi berasaskan pengetahuan (K-Ekonomi). Perkembangan pesat ekonomi negara adalah berpunca daripada pelbagai dasar ekonomi negara yang telah digubal dan dilaksanakan oleh kerajaan. Namun begitu, masih wujud beberapa cabaran dan halangan yang perlu ditangani. Antaranya adalah untuk menilai sejauhmana perlaksanaan dan keberkesanan dasar pembangunan dan dasar penstabilan seperti dasar fiskal, monetari dan perdagangan yang telah dilaksanakan. DASAR EKONOMI BARU  Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu peristiwa hitam dalam sejarah negara kita kerana ia melibatkan pertelingkahan dan rusuhan antara kaum. Berikutan dengan rusuhan kaum ini, kerajaan telah mengambil tindakan tegas bagi mengkaji semula matlamat, strategi dan program pembangunan negara. Selepas tahun 1970, program pembangunan negara adalah berasaskan Rukun Negara yang diisytiharkan pada 31 Ogos 1970. Dengan itu, semua rancangan pembangunan negara dilaksanakan kearah perpaduan kaum. Kerajaan telah membentuk Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang menjadi satu rangka rancangan panjang mencakupi tempoh selama 20 tahun (1970-1990).1 Ia melibatkan empat rancangan lima tahun Malaysia yang dimulakan dengan RMK2 dan berakhir dengan RMK5. DEB mempunyai objektif yang telus dan strategi yang khusus. DEB secara keseluruhan bermatlamatkan untuk mencapai perpaduan dan integrasi nasional dengan strategi “serampang dua mata”2, iaitu: i. Membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan & memperbanyak peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum. ii. Menyusun semula masyarakat untuk mengurang dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

  

ASPEK KEMISKINAN Aspek kemiskinan menjadi salah satu tumpuan utama dalam DEB. Masalah kemiskinan yang melanda negara sebenarnya bukan sahaja tertumpu di kawasan luar bandar, malahan di kawasan bandar. Kaum bumiputera yang menguasai sektor pertanian tradisional merupakan kaum yang berada pada kadar kemiskinan. Antara faktor utama kemiskinan       Bencana alam yang boleh menyebabkan penyakit dan kerosakan tanaman. Kejatuhan harga barang eksport akibat kemelesetan ekonomi dunia. Saiz isi rumah yang terlalu besar. Pergantungan kepada orang tengah yang selalu mengeksploit. Kekurangan input yang dapat meningkatkan pengeluaran. Corak pertanian tradisional, faktor-faktor sosial dan budaya.    Pelbagai usaha dipraktikkan di bawah DEB Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan, terutama yang menganggur. Menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan. Memberi peluang kepada orang yang bekerja di sektor yang rendah daya pengeluarannya berpindah ke sektor yang lebih lumayan. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum dan antara kawasan (bandar dan luar bandar). Memodenkan kehidupan di luar bandar. Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan Bumiputera. Mengadakan suasana pekerjaan yang menggabungkan berbagaibagai kaum. Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan infrastruktur dan lain-lain.

  

1 2

K. Ratnam (1998), Perkembangan Ekonomi dan Sosial dlm Sejarah Malaysia, Selangor: Pustaka Sarjana, hal. 186 . Mardiana Nordin & Hasnah Hussin, Pengajian Malaysia, Kuala Lumpur: Fajar Bakti, hal. 196.

1

MODUL PENGAJIAN MALAYSIA

BAB 12: MPW1133

PENCAPAIAN DEB DALAM USAHA MEMBASMI KEMISKINAN Bagi mencapai matlamat membasmi kemiskinan beberapa strategi telah digariskan. Antaranya: Pertama: Pembasmian kemiskinan mengikut kawasan luar bandar dan kawasan Bandar Kemiskinan di luar bandar  Kumpulan miskin di kawasan ini terdiri daripada pekebu kecil, penanam padi, pekerja estet, nelayan dan penternak. Selepas pengenalan DEB, kadar kemiskinan pekebun kecil getah berkurangan daripada 64.7% (1970) kepada 40% (1987). Bidang-bidang lain juga turut menunjukkan kekurangan.  Kemiskinan di bandar Kumpulan miskin di bandar terdiri daripada mereka yang terlibat dalam sektor perlombongan, pembuatan, pembinaan, pengangkutan, perdagangan dan perkhidmatan. Selepas pengenalan DEB kadar kemiskinan ini berjaya dikurangkan.

Kedua: Pembasmian kemiskinan mengikut negeri Jadual di bawah menggambarkan dengan jelas bagaimana kadar kemiskinan di setiap negeri dapat dikurangkan dalam tempoh 11 tahun setelah DEB dipraktikkan dan seterusnya. 3 Kadar kemiskinan mengikut negeri, 1976, 1987, 1995 dan 2000 1976 Kadar Kemiskinan (%) 29.0 61.0 67.1 32.4 33.0 38.9 32.4 43.0 59.8 22.9 60.3 9.0 58.3 56.5 1987 Kadar Kemiskinan (%) 11.1 31.1 31.6 11.7 21.5 12.3 12.9 19.9 29.1 8.9 36.1 5.2 35.3 2.7 1995 Kadar Kemiskinan (%) 3.1 12.7 22.9 5.3 4.9 6.8 4.0 9.1 11.8 2.2 23.4 0.5 22.0 10.0 2000 Kadar Kemiskinan (%) 2.5 13.5 18.7 5.7 2.5 5.5 2.7 9.5 13.3 2.0 14.9 2.3 20.1 6.7

Negeri Johor Kedah Kelantan Melaka Negeri Sembilan Pahang Pulau Pinang Perak Perlis Selangor Terengganu W.P. Kuala Lumpur Sabah Sarawak

Ketiga: Pembasmian kemiskinan dengan penyediaan keperluan asas dan mutu kehidupan Secara keseluruhan, dengan pengenalan DEB didapati mutu kehidupan masyarakat bertambah baik. a. aspek kesihatan kadar kematian bayi b. kadar kematian kasar semakin berkurangan c. Jangka hayat penduduk juga kian bertambah d. bilangan pelajar di sekolah rendah dan menengah menunjukkan peningkatan yang mendadak e. kadar masyarakat yang kenal huruf meningkat

3

Ibid, hal 197-198.

2

MODUL PENGAJIAN MALAYSIA

BAB 12: MPW1133

Bagi kemudahan-kemudahan awam, peratus penduduk luar bandar yang mendapat bekalan air paip dan kemudahan tandas yang sempurna kian meningkat. PENYUSUNAN SEMULA MASYARAKAT  

bekalan elektrik serta

Dasar “pecah dan perintah” yang diamalkan oleh British menyebabkan berlakunya tumpuan kaum mengikut fungsi ekonomi tertentu. Fenomena ini menyukarkan agihan kekayaan negara dan keadilan ekonomi sekaligus menyukarkan perpaduan kaum. Justeru itu melalui DEB, kerajaan telah mengadakan usaha-usaha ke arah memperbaiki ketidakseimbangan ekonomi dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Dalam usaha dan matlamat kerajaan untuk menyusun semula masyarakat, beberapa strategi utama telah digubal sebagaimana berikut: i. Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin di luar bandar melalui proses memodenkan kawasankawasan luar bandar. ii. Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan Bumiputera dalam semua lapangan dan peringkat kegiatan ekonomi supaya kaum Bumiputera dapat menjadi rakan seperjuangan kepada kaum bukan Bumiputera dalam kegiatankegiatan ekonomi moden. iii. Menambahkan hakmilik rakyat dalam pemilikan modal produktif negara termasuklah pemilikan saham dalam sektor syarikat supaya kaum Bumiputera dapat memiliki sekurang-kurangnya 30% saham dalam sektor syarikat, 40% oleh tempatan (bukan bumiputera) dan bakinya rakyat asing. iv. Menyusun semula corak gunatenaga mengikut sektor dan jenis pekerjaan secara berperingkat melalui pertumbuhan ekonomi supaya dapat mencerminkan susunan kaum negara menjelang 1990. 4

PENCAPAIAN DASAR EKONOMI BARU DALAM USAHA UNTUK MENYUSUN SEMULA MASYARAKAT  Semenjak pelancaran DEB, kemajuan yang dicapai agak besar. Pihak yang bertanggungjawab iaitu pemegang-pemegang amanah telah berjaya membantu meningkatkan produktiviti dan daya pengeluaran Bumiputera dalam semua sektor terutamanya melalui pembiayaan pelaburan, program-program usahawan, dan lain-lain perkhidmatan bantuan. Penyertaan secara langsung dalam sektor ekonomi telah mempercepatkan pertumbuhan ekonomi Bumiputera. 5 Antara kejayaan dan pencapaian yang diperoleh dalam usaha ini ialah: i. Peningkatan Dalam Pendapatan Dan Menyusun Kadar Kemiskinan Mengikut Kaum  Pendapatan kaum Bumiputera berjaya dinaikkan dan dapat mengurangkan perbezaan pendapatan dengan kaum lain, terutama kaum Cina. Pendapatan kaum Bumiputera pada tahun 1970 berjumlah $172 sebulan meningkat kepada $ 614 pada tahun 1987.  Kadar kemiskinan bagi semua kaum juga telah menurun. Di Semenanjung Malaysia, misalnya kadar kemiskinan menurun daripada 49.3% (1970) kepada 17.3% (1987). Pada tahun 1995, kadar kemiskinan telah menurun dengan kadar 8.7% dan menjelang tahun 2000, iaitu pencapaian daripada Rancangan Malaysia Ke-7, kadar kemiskinan di Malaysia hanya 7.5%.  Selain itu, peningkatan ekonomi negara dan kejayaan DEB ini terbukti apabila didapati inflasi berjaya dkekalkan pada kadar 4.6% dan keseluruhan kadar kemiskinan menurun daripada 42.4% pada tahun 1976 kepada 17.1% pada tahun 1990. Kadar kemiskinan luar bandar, terutama menunjukkan penurunan daripada 50.9% pada tahun 1976 kepada 21.8% pada tahun 1990. ii. Penyusunan semula corak guna tenaga  Dalam kumpulan “Ikhtisas dan Teknik” didapati amat kurang kaum Melayu taupun melainkan guru. Oleh itu, lebih ramai orang Melayu diserapkan supaya tidak mempunyai jurang yang terlalu besar berbanding dengan kaum Cina.

iii. Penyusunan semula hak milik dalam sektor syarikat  Golongan Bumiputera amat sedikit dalam permodalan ataupun memegang mana-mana saham syarikat. Justeru, orang Melayu digalakkan untuk menyertai sektor ini. Hak milik modal saham ini secara keseluruhan dapat dilihat melalui

4 5

Bushra bt Hj Yusof, Dasar Ekonomi Baru dlm Dasar-Dasar Kerajaan Malaysia, Kuala Lumpur: A.S. Noordeen, hal. 29-30. Mardiana Nordin & Hasnah Hussin, Pengajian Malaysia, Kuala Lumpur: Fajar Bakti, hal. 198-199.

3

MODUL PENGAJIAN MALAYSIA

BAB 12: MPW1133

Hak milik modal saham (nilai PAR) syarikat-syarikat berhad (%) Kumpulan Hak Milik Pemastautin Malaysia Bumiputera Bumputera peseorangan Agensi amanah Bukan Bumiputera Pemastautin Asing Jumlah (juta) 1971 38.3 4.3 2.6 1.7 34.0 61.7 $654 j 1988 75.4 19.4 13.0 6.4 56.0 24.6 $97 971 j 1990 76.3 19.6 13.6 6.0 56.7 23.7 $111 273 j 2000 59.4 19.1 17.4 1.7 40.3 32.7 $ 310 076.4 j

Sumber: Malaysia Kita, INTAN, KL, 1991, hlm. 739. Dipetik daripada Jabatan Perangkaan Malaysia dan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-5 dan Rancangan Malaysia Ke-8 iv. Pencapaian-pencapaian Lain  Pencapaian yang dimaksudkan di sini ialah pencapaian dalam sektor industri serta pembangunan bandar dan luar bandar. Penduduk Bumiputera di bandar-bandar juga kian meningkat, misalnya daripada 41.3% (1985) kepada 44% (1988).  Dasar Ekonomi berjaya mengubah hampir keseluruhan sistem sosial masyarakat majmuk di Malaysia. DEB berjaya menjalankan strateginya dalam menghadapi realiti “perbezaan etnik” dan dalam usaha mewujudkan keseimbangan dalam pelbagai aspek kehidupan. Tidak dinafikan, hasilnya adalah positif dan ia berjaya mencapai perpaduan nasional melalui falsafahnya, iaitu “Pembangunan Dengan Pengagihan Saksama” .

DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL  Dasar Ekonomi Baru (DEB) berakhir pada tahun 1990. Ia digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN). DPN sebenarnya adalah DEB dalam bentuk yang baru, iaitu ia telah digubal dengan iktibar DEB. DPN dilaksanakan dalam tempoh Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) (1991-2000) bagi tempoh 10 tahun sahaja. Ia merupakan satu pertiga daripada Wawasan 2020 (1991-2020). Falsafah DPN menjadi teras RRJP2 dimana ia juga merupakan langkah permulaan bagi Wawasan 2020.6

MATLAMAT UTAMA DPN:  Berikut adalah merupakan matlamat utama Dasar Pembangunan Nasional (DPN): i. Mewujudkan perpaduan Negara yang menjadi asas kestabilan sosial dan politik serta mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. ii. Mencapai taraf sebuah negara maju dalam semua segi iaitu sosial, nilai, etika, moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan dan kecemerlangan ekonomi. 7 iii. Penglibatan sektor swasta juga ditingkatkan bagi membantu proses penyusunan semula masyarakat melalui pewujudan peluang-peluang yang lebih luas supaya sektor ini boleh berkembang. iv. Tumpuan DPN juga diberikan kepada pembangunan sumber manusia sebagai asas penting dalam mencapai matlamat pertumbuhan dengan pengagihan yang saksama.8

STRATEGI  DPN akan terus mengamalkan strategi asas DEB untuk membasmi kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat bagi memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum dan sekali gus menyumbang ke arah mengukuhkan perpaduan negara. DPN bertujuan untuk mewujudkan satu corak pembangunan yang lebih seimbang yang merangkumi aspek-aspek kritikal seperti berikut:9 i. Mewujudkan keseimbangan di antara pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama. ii. Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi dan pertumbuhan yang saksama.

6 7 8

Asnarulkhadi Abu Saman dan Jayum A.Jawan ( 2004 ), Kenegaraan Malaysia, Universiti Putra Malaysia, hal.229. Mardiana Nordin dan Hasnah Hussiin ( 2004 )Pengajian Malaysia,Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd, Selangor,hal.227 Asnarulkhadi Abu Saman dan Jayum A.Jawan ( 2004 ), Kenegaraan Malaysia, hal.229. 9 Mardiana Nordin dan Hasnah Hussiin ( 2004 ) Pengajian Malaysia, hal.229

4

MODUL PENGAJIAN MALAYSIA

BAB 12: MPW1133

iii. Mengurangkan dan menghapuskan keadaan dan suasana sosial dan ekonomi yang tidak seimbang. Menggalakkan perkongsian yang adil dan saksama supaya faedah yang diperolehi daripada pembangunan Negara dapat dinikmati bersama oleh semua rakyat Malaysia. iv. Menggalak dan mengukuhkan integrasi nasional menerusi pengurangan jurang pembangunan ekonomi di antara negeri dan di antara kawasan bandar dan luar bandar. v. Membangunkan sebuah masyarakat yang maju di mana semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi di samping memiliki nilai-nilai sosial dan kerohanian serta perasaan cintakan negara. vi. Memajukan pembangunan sumber manusia dan mewujudkan tenaga kerja yang berdisiplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran perlu bagi menghadapi cabaran dalam pembangunan industri menerusi satu budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat. vii. Menjadikan sains dan teknologi sebagai teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosioekonomi di samping menggalakkan budaya sains dan teknologi sebagai proses pembangunan ekonomi perindustrian moden. viii. Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi, pemerhatian yang sewajar perlu diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi dalam jangka panjang bagi memastikan pembangunan negara dapat dikekalkan secara berterusan.10  Matlamat pembangunan seimbang yang telah digariskan adalah berdasarkan kepada pertimbangan berikut : i. Prinsip pertumbuhan dengan pengagihan adalah penting bagi memastikan agihan kekayaan negara adalah adil dan saksama. ii. Pembangunan masyarakat yang seimbang adalah penting bagi menjamin kestabilan politik dan soaial. iii. Pembentukan sebuah masyarakat Malaysia yang mempunyai nilai moral dan etika yang tinggi di samping memiliki sikap positif untuk mewujudkan masyarakat yang bertanggungjawab dan penyayang. iv. Pengurusan yang cermat ke atas sumber-sumber semulajadi dan ekologi serta pemeliharaan keindahan alam sekitar yang bersih bagi meningkatkan kualiti hidup generasi hari ini dan yang akan datang. 11 Pada keseluruhannya, DPN bergantung sepenuhnya kepada sektor swasta untuk mengambil daya usaha yang gigih bagi mencapai objektif sosioekonomi negara. Sokongan dan bantuan akan diberi oleh sektor awam menerusi usaha-usaha memperbaiki pertumbuhan dan penyediaan infrastruktur fizikal ke arah pendekatan strategi ekonomi iaitu: i. ii. Mengagihkan tumpuan membasmi kemiskinan di kalangan golongan termiskin disamping mengurangkan kemiskinan relatif. Mewujudkan guna tenaga dan pembangunan pesat sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian dan Perindustrian Bumiputera ( MPPB ) iii. Meningkatkan penyertaan sektor swasta dalam proses penyusunan semula masyarakat dan membuka peluang yang lebih luas bagi sektor berkenaan. iv. Memberi tumpuan kepada pembangunan sumber manusia bagi mencapai matlamat pertumbuhan dan pengagihan yang seimbang.12 Wawasan 2020   Matlamat kerajaan menjelangnya tahun 2020 ialah Malaysia akan muncul sebagai sebuah negara yang maju sepenuhnya. Oleh itu penyertaan yang aktif oleh semua kumpulan etnik dalam pembangunan Negara amat penting sekali. Pelaksanaan strategi serampang dua mata, DPN terus digalakkan menerusi penggemblengan sumber-sumber negara dan menggunakan kepakaran berpotensi masyarakat majmuk bagi membina ekonomi yang mantap dan berdaya tahan dan mampu menghadapi cabarancabaran ekonomi dunia.13 Di samping pelaksanaan program yang tersebut di atas, DPN juga telah memainkan peranan penting bagi menggalakkan penyertaan secara meluas kaum Bumiputera dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan, seperti:  Perhatian khusus telah ditumpukan kepada penyertaan Bumiputera dalam bidang industri kecil dan sederhana (IKS) menerusi program sub-kontrak dan francais. Usahasama aktif antara golongan Bumiputera dan bukan Bumiputera telah diberi galakan bagi membolehkan syarikat Bumiputera meningkatkan prospek perniagaan. 14  Syarikat-syarikat Bumiputera juga telah didedahkan kepada teknologi terbaru di samping penyaluran kemudahan modal, maklumat pasaran dan hubungan dengan pasaran antarabangsa. Ini meningkatkan lagi daya saing usahawan Bumiputera dalam perniagaan moden secara globalisasi.  Penswastaan telah digunakan sebagai satu kaedah bagi mempercepatkan dan memperluaskan penyertaan Bumiputera dalam sektor swasta serta pencapaian matlamat penyusunan semula modal saham. 15

10 11 12

Ibid Malaysia Kita ( 2004 ), International Law Book Services, Selangor, hal.419. Ibid, hal.420. 13 Ibid 14 Ibid

5

MODUL PENGAJIAN MALAYSIA

BAB 12: MPW1133

Berkaitan dengan strategi penyusunan semula hakmilik dan pengawalan dalam sektor syarikat, DPN tidak menetapkan sasaran secara kuantitatif yang khusus. Langkah-langkah telah diambil untuk melengkapkan Bumiputera dengan kemahiran yang secukupnya bagi menguruskan perniagaan dengan lebih cekap dan cemerlang: i. Agensi-agensi amanah dan perbadanan awam telah dipertanggungjawabkan untuk merancang dan menyelaras tindakan mereka dengan lebih berkesan terutamanya dalam mengumpul harta-harta baru dan membeli kepentingan tertentu bagi pihak Bumiputera. ii. Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah diperkukuhkan lagi. Amanah Saham Bumiputera (ASB) merupakan sebahagian daripada strategi PNB ke arah usaha mengukuhkan tabungan Bumiputera pada sepanjang tempoh DPN yang berakhir pada penghujung tahun 2000.

DASAR WAWASAN NEGARA (2001-2010)    Dasar Wawasan Negara telah dilancarkan pada 4 April 2001 oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad di Parlimen. Tempoh masa perlaksanaan Dasar Wawasan Negara adalah dari tahun 2001-2010, iaitu selama 10 tahun.16 Dasar Wawasan Negara meliputi tempoh masa Rangka Rancangan Jangka Panjang ketiga (RRJP 3), iaitu dari tahun 2001 hingga 2010.17 Dasar ini memberikan tumpuan terhadap peningkatan keutuhan dan daya saing negara. Dasar ini juga bertujuan untuk meningkatkan kualiti pembangunan dan menjana pertumbuhan tinggi yang mapan supaya rakyat dapat menikmati kemakmuran.

MATLAMAT UTAMA i. Membina negara yang berdaya tahan ii. Mengekalkan usaha membasmi kemiskinan iii. Membangunkan masyarakat berasaskan pengetahuan atau k-ekonomi. iv. Ia dirangka bagi mengurangkan ketidakseimbangan sosial, ekonomi dan juga wilayah.18 OBJEKTIF @ TERAS UTAMA DASAR WAWASAN NEGARA i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Membina bangsa yang berdaya tahan dengan memupuk perpaduan, menyemarakkan semangat patriotik, membina masyarakat yang bertolak ansur, penyayang dan memiliki nilai-nilai positif. Mewujudkan masyarakat yang saksama melalui pembasmian kemiskinan dan pengurangan ketidakseimbangan di kalangan dan dalam kumpulan etnik serta wilayah.19 Mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan mengukuhkan sumber pertumbuhan institusi kewangan dan korporat serta pengurusan ekonomi makro. Meningkatkan daya saing untuk menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi. Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan sebagai langkah strategi untuk meningkatkan nilai dalam semua sektor ekonomi dan mengoptimumkan daya pemikiran bangsa. Mengukuhkan pembangunan sumber manusia untuk menghasilkan tenaga kerja yang berkebolehan, produktif dan berpengetahuan. Meneruskan pembangunan alam sekitar yang mampan untuk meneguhkan pertumbuhan jangka panjang. 20

RASIONAL DASAR WAWASAN NEGARA DIPERKENALKAN i. ii. Membangunkan Malaysia sebagai negara yang mempunyai masyarakat berteraskan pengetahuan. Menjana pertumbuhan yang didorong oleh sumber tempatan melalui pengukuhan pelaburan dalam negara di samping penarikan pelaburan langsung asing (FDI) yang berterusan ke dalam bidang yang lebih strategik. iii. Menjadikan sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan yang lebih dinamik melalui penerapan pengetahuan yang lebih tinggi. iv. Membasmi kemiskinan di kalangan kelompok kecil yang miskin di kawasan yang terpencil. v. Mencapai penyertaan bumiputera yang berkesan serta pemilikan ekuiti untuk sekurang-kurangnya 30 % menjelang 2010.

15 16 17

Ibid Hamidon Pawanteh (2005), Pengajian Am Kenegaraan Malaysia STPM, Shah Alam: Cerdik Publications, hal 198. Goay Teck Chong, Wong Yew Hong (2005), Pra- U Pengajian Am Kertas 1, Petaling Jaya : Pearson Longman, hal 238. 18 Hamidon Pawanteh (2005), Pengajian Am Kenegaraan Malaysia STPM, Shah Alam: Cerdik Publications, hal 198. 19 Ibid, hal 198. 20 Ibid, hal 199.

6

MODUL PENGAJIAN MALAYSIA

BAB 12: MPW1133

Strategi Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga ialah: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. Meneruskan pembinaan satu bangsa yang bersatu padu berasaskan kemakmuran dengan mewujudkan peluang yang banyak untuk semua rakyat. Mengukuhkan institusi sosial dan kekeluargaan. Membina kesedaran sivik dan masyarakat yang berbudaya penyayang Mencapai hak milik dan ekuiti bumiputera sebanyak 30% menjelang 2010. Kemiskinan akan dikurangkan sebanyak 0.5% di semua wilayah di Semenanjung Malaysia dan di kalangan peribumi Sabah dan Sarawak. Mengekalkan pertumbuhan ekonomi mampan. Mengurangkan kandungan import dan meningkatkan jumlah eksport bagi membantu mewujudkan lebihan dagangan. Menggalakkan lagi pertumbuhan sektor pembuatan, perkhidmatan dan pertanian. Mengekalkan kadar insflasi yang rendah dan harga yang stabil. Menggalakkan tahap tabungan dalam negara yang sesuai sebagai satu sumber penting yang dilabur. 21

Kesimpulan Pengalaman dan sejarah menunjukkan negara berjaya mengukuhkan asas pertumbuhan ekonomi negara. Proses meningkatkan ekonomi ini perlu dilakukan secara berterusan terutama untuk memenuhi hasrat dan inspirasi negara mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.22

RUJUKAN

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Asnarulkhadi Abu Saman & Jayum A.Jawan (2004), Kenegaraan Malaysia, Serdang: Universiti Putra Malaysia. Bushra bt Hj Yusof, Dasar-Dasar Kerajaan Malaysia, „Dasar Ekonomi Baru‟, Kuala Lumpur: A.S. Noordeen. Hamidon Pawanteh (2005), Pengajian Am Kenegaraan Malaysia STPM, Shah Alam: Cerdik Publications. K. Ratnam (1998), Perkembangan Ekonomi dan Sosial Dalam Sejarah Malaysia, Selangor: Pustaka Sarjana. Malaysia Kita (2004), Selangor: International Law Book Services. Mardiana Nordin & Hasnah Hussiin (2004), Pengajian Malaysia, Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Goay Teck Chong & Wong Yew Hong (2005), Pra- U Pengajian Am Kertas 1, Petaling Jaya: Pearson Longman.

21 22

Ibid, hal 199. Mardiana Nordin dan Hasnah Hussiin, Pengajian Malaysia, hal. 229.

7