Tidak dapat dinafikan bahawa intitusi pentadbiran tempatan, misalnya Rancangan FELDA, memainkan peranan yang tidak kurang

penting dalam menjana integrasi nasional di negara kita. Dalampentadbiran institusi tempatan, elemen-elemen patriotisme hendaklah dihayati dan diterapkan demimenyatupadukan rakyat. Salah satu unsur patriotisme yang perlu diamalkan oleh kakitangan-kakitangan sektor awam ialah bertolak ansurdan bertoleransi dalam pentadbiran. Misalnya, sebarang masalah yang dihadapi oleh orang awam hendaklahditangani dengan senyuman tanpa mengira warna kulit. Apabila tiada diskriminasi perkauman, maka wujudlahperpaduan nasional. Selain itu, sektor awam sewajarnya menghormati raja dan pemimpin negara saban masa. Mereka akan menjadicontoh teladan yang sihat kepada orang awam agar menghormati raja dan pemimpin negara. Hal ini pentingkerana kehormatan ini menjadi teras integrasi nasional. Dalam institusi pentadbiran tempatan, seperti majlis perbandaran, kakitangan perlu berlaku adil dan bertimbangrasa. Sebarang tindakan haruslah secara adil saksama dan tidak membebani penduduk tempatan. Misalnya,tindakan undang-undang tempatan hendaklah munasabah dan relevan. Dengan ini, rakyat jelata menggemblengtenaga dengan pihak berkuasa sekali gus wujudlah perasaan cinta akan negara. Seperkara lagi, elemen bersatu padu dan berharmoni merupakan elemen penting dalam melahirkan rakyat yangberjiwa patriotik. Oleh hal demikian, kakitangan institusi pentadbiran tempatan haruslah bergabung tenaga danberkongsi idea dalam mengatasi masalah jenayah. Apabila wujudnya perpaduan dan keharmonian antara kedua-dua pihak ini, sudah pasti integrasi nasional dapat dikecap nikmat. Sementelahan, kakitangan awam tempatan hendaklah bertanggungjawab kepada bangsa dan negara dalam apa-apa jua dalam pengurusan dan pentadbiran. Dalam hal ini, kakitangan awam tidak harus terjebak dalam kancahrasuah. Hal ini demikian kerana rakyat memang benci akan korupsi dan pecah amanah. Jika rasuah dihapuskan,maka rakyat akan mencintai negara serta hidup bersatu padu. Akhir sekali, sebarang masalah yang dihadapi rakyat patut menjadi prioriti pihak intitusi pentadbiran tempatan.Dengan erti kata lain, pihak berkuasa haruslah peka dan sensitif akan masalah yang dihadapi orang awam.Apabilamasalah masyarakat tidak wujud, maka masyarakat akan hidup bersatu padu. Konklusinya, unsurunsur patriotisme dalam institusi pentadbiran tempatan perlu diterapkan jika kita hendakrakyat hidup harmoni dan bersatu padu. Dalam konteks ini, kakitangan awam haruslah menunjukkan iltizam yangtinggi dalam segala urusan pentadbiran yang melibatkan masyarakat. Dengan cara ini, konsep 1Malaysia danWawasan 2020 akan dapat direalisasikan.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful