You are on page 1of 25

PSZ 19:16 (Pind.

1/07)

TAHAP KREATIVITI DI KALANGAN PELAJAR


PROGRAM SAINS DI FAKULTI PENDIDIKAN,
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SESI PENGAJIAN: 2007/2008


SITI HAJAR BINTI ALIAS

No. 20 Kg Tengah Sg Kuali, Prof. Madya Dr. Mohammad Yusof Bin Arshad
Serkat,
82030 Pontian,
Johor
2 Mei 2008 2 Mei 2008
Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya
karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia).

Tandatangan : ...................................................................
Nama Penyelia : Prof. Madya Dr. Mohammad Yusof Bin Arshad
Tarikh : 2 Mei 2008
TAHAP KREATIVITI DI KALANGAN PELAJAR PROGRAM SAINS DI
FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SITI HAJAR BINTI ALIAS

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi


syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Kimia)

Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2008
ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ..................................................................
Nama Penulis : Siti Hajar Binti Alias
Tarikh : 2 Mei 2008
iii

DEDIKASI

Buat Ayahananda dan Bonda tercinta,


Alias Bin Sulaiman
Normah Binti Hj Ab Karim
terima kasih di atas doa, nasihat dan sokongan untukku selama ini.

Buat adik-beradikku,
Hussein, Mohd Hisyamuddin, Mohd Hamimyuddin
kalianlah pembakar semangatku,
jadikanlah kejayaanku pendorong buatmu semua.

Untuk semua teman dan sahabat yang dikasihi,


terima kasih di atas bantuan, pandangan dan galakan,
Semoga mendapat rahmat dari Allah S.W.T.
iv

PENGHARGAAN

Penulis dengan penuh ikhlas merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan


ucapan terima kasih kepada Prof. Madya Dr. Mohammad Yusof Bin Arshad selaku
penyelia projek di atas bimbingan, sokongan, tunjuk ajar, nasihat, pandangan dan
kritikan membina beliau sepanjang tempoh kajian penyelidikan ini dijalankan.

Penulis juga ingin merakamkan penghargaan kepada Fakulti Pendidikan,


Universiti Teknologi Malaysia di atas kebenaran untuk menjalankan kajian ini di
fakulti berkenaan. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pelajar-pelajar
program sains di Fakulti Pendidikan yang terlibat kerana sudi membantu bagi
menjayakan projek penyelidikan ini.

Akhir sekali, penulis ingin menyampaikan penghargaan dan ribuan terima


kasih kepada setiap individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
membantu dalam usaha menjayakan projek penyelidikan ini.
v

ABSTRAK

Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk mengukur tahap kreativiti di


kalangan pelajar program sains di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia. Jumlah responden yang terlibat seramai 161 orang pelajar program sains
iaitu 19 orang pelajar lelaki dan 142 orang pelajar perempuan. Instrumen kajian
yang digunakan adalah set borang soal selidik yang diubahsuai berdasarkan Ujian
Pemikiran Kreatif Guilford dan Torrance untuk menguji empat kriteria kreativiti iaitu
keaslian, kefasihan, kelenturan dan penghuraian. Data yang diperolehi disemak dan
pemarkahan diberikan berdasarkan skema yang dicadangkan oleh Guilford dan
Torrance seterusnya dianalisis mengunakan Statistical Package for the Social
Science (SPSS). Dapatan kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhannya pelajar
program sains di Fakulti Pendidikan mempunyai pemikiran tidak kreatif iaitu
sebanyak 85.10% daripada keseluruhan responden. Keputusan Ujian-t menunjukkan
tidak terdapat perbezaan signifikan antara tahap kreativiti merentasi jantina
(p=0.519). Hasil analisis statistik ANOVA pula menunjukkan tidak terdapat
perbezaan yang signifikan antara tahap kreativiti merentasi pencapaian akademik
(p=0.419). Daripada dapatan kajian mendapati tahap kreativiti yang rendah di
kalangan pelajar program sains di Fakulti Pendidikan yang merupakan bakal-bakal
guru akan menjejaskan proses penyampaian ilmu di dalam kelas kelak. Oleh itu,
usaha-usaha yang berkaitan perlu dilakukan bagi meningkatkan kreativiti bakal guru
sains supaya dapat menggalakkan persekitaran pembelajaran yang kreatif di dalam
kelas seterusnya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang kreatif dan boleh menjadi
pewaris agama, bangsa dan negara.
vi

ABSTRACT

The objective of the research is to measure the level of creativity of


undergraduates of the science programs in the Faculty of Education, Universiti
Teknologi Malaysia. Total respondents were 161 undergraduates of 19 male and 142
female. The instrument of research is a set of questionnaire modified from the
Guilford and Torrance Creative Thinking Test. This test will evaluate the four
criterias of creativity which are originality, fluency, flexibility and elaboration. Data
obtained were checked and given marks based on the suggested marking scheme by
Guilford and Torrance. The analysis after this was done using the Statistical Package
for Social Sciences (SPSS) software. The findings revealed that undergraduates of
the science programs in the Faculty of Education are not creative. The results from
the t-test showed that there were no significant difference between level of creativity
and gender (p =0.519). The ANOVA analysis determined that there were no
significant difference between level of creativity and academic achievement (p
=0.419). From this result, we can sense a problem as these undergraduates are future
teachers. The process of teaching will be affected due to the lack of creativity.
Hence, relevant efforts must be implemented to increase the level of creativity of
these future science teachers. Thus, we can be assured of a creative class
environment for their future students. This will in turn produce creative students
who will be the future generation of our beloved nation.
vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xii
SENARAI LAMPIRAN xiii

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah
1.2.1 Kreativiti Dan Sains 3
1.2.2 Kreativiti Dalam Pendidikan
Di Malaysia 5
1.2.3 Kreativiti Di Peringkat
Institusi Pengajian Tinggi 7
1.3 Pernyataan Masalah 8
1.4 Objektif Kajian 9
1.5 Persoalan Kajian 10
1.6 Hipotesis Kajian 11
viii

1.7 Kepentingan Kajian 11


1.8 Batasan Kajian 13
1.9 Definisi Istilah 13
1.10 Penutup 14

2 SOROTAN PENULISAN 16

2.1 Pengenalan 15
2.2 Apa Itu Kreativiti? 17
2.3 Pengusaan Pelajar Terhadap
Kemahiran Berfikir Secara
Kreatif 19
2.4 Kreativiti Merentasi Jantina 20
2.5 Kreativiti Merentasi Pencapaian
Akademik 21
2.6 Faktor-Faktor Penghalang
Pemikiran Kreatif Dalam Sains 23
2.7 Peringkat Pemikiran Kreatif 28
2.8 Kepentingan Kreativiti Dalam
Sains 30
2.9 Cara Meningkatkan Kreativiti 32
2.10 Ciri-ciri Seseorang Yang Kreatif 35
2.11 Pengukuran Pemikiran Kreatif 38
2.12 Penutup 39

3 METODOLOGI KAJIAN 41

3.1 Pengenalan 41
3.2 Rekabentuk Kajian 41
3.3 Tempat Kajian 42
3.4 Subjek Kajian 42
3.4.1 Populasi 42
ix

3.4.2 Sampel Kajian 43


3.4.3 Taburan Kekerapan Dan
Peratusan Sampel 43
3.5 Instrumen Kajian 44
3.5.1 Bahagian A: Soal Selidik
Latar Belakang Responden 45
3.5.2 Bahagian B: Kajian
Mengenai Tahap Kreativiti Pelajar 45
3.6 Kajian Rintis 49
3.7 Kaedah Analisis Data 49
3.7.1 Cara Pemarkahan 50
3.8 Penutup 52

4 ANALISIS DAN PERBINCANGAN 53

4.1 Pengenalan 53
4.2 Pencapaian Tahap Kreativiti Pelajar
Bagi Setiap Soalan 53
4.3 Analisis Setiap Soalan 55
4.4 Analisis Taburan Tahap Kreativiti
Pelajar 78
4.5 Pengujian Hipotesis 80
4.5.1 Hipotesis 1 80
4.5.2 Hipotesis 2 81
4.6 Penutup 83

5 RUMUSAN, IMPLIKASI DAN


CADANGAN 84

5.1 Pengenalan 84
5.2 Rumusan 84
5.3 Implikasi dan Cadangan Kajian 86
x

5.4 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 88


5.5 Penutup 89

RUJUKAN 91

LAMPIRAN 100
xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Taburan kekerapan dan peratusan sampel 43


3.2 Taburan kriteria, bilangan soalan dan butiran item
soal selidik. 46
3.3 Taburan perkara dan tujuan item-item soal selidik
yang diuji 48
3.4 Skema pemarkahan yang direka berdasarkan
skema pemarkahan yang dicadangkan oleh
Guilford dan Torrance 51
4.1 Taburan kekerapan dan peratusan skor mengikut
soalan 54
4.2 Bilangan dan peratusan pelajar yang kreatif dan
tidak kreatif. 79
4.3 Analisis tahap kreativiti di kalangan pelajar
program sains di Fakulti Pendidikan merentasi
jantina 80
4.4 Analisis tahap kreativiti di kalangan pelajar
program sains di Fakulti Pendidikan merentasi
pencapaian akademik.
xii

SENARAI SINGKATAN

ANOVA - Analysis of Variance


GPA - Grade Point Average
KBKK - Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
LPM - Lembaga Peperiksaan Malaysia
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang soal selidik 100


B Surat kebenaran menjalani Projek Sarjana
Muda (PSM) 110
C Kebolehpercayaan Instrumen 111
BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Falsafah Pendidikan Negara mempunyai matlamat untuk mewujudkan insan


yang seimbang dan harmonis dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Untuk mencapai
hasrat ini, pelajar harus dilengkapkan dengan kemahiran belajar dan berfikir. Oleh
itu, selaras dengan perkembangan pendidikan, Malaysia akan memberi dimensi baru
ke atas proses pengajaran dan pembelajaran di semua peringkat iaitu pendidikan
rendah, menengah dan universiti dengan menerapkan kemahiran berfikir secara kritis
dan kreatif.

Di Malaysia, bidang pemikiran kreatif telah bermula sejak seawal 1980-an


lagi. Ia bermula apabila pihak MARA memberi penekanan kepada kemahiran
berfikir secara kreatif kepada stafnya yang terlibat dalam pelbagai sektor khususnya
pendidikan. Selepas itu, kreativiti mula diberi perhatian oleh banyak pihak sama ada
dalam sektor industri, awam dan lebih-lebih lagi dalam Institusi Pendidikan Tinggi.
Di Institusi Pendidikan Tinggi seperti Universiti Teknologi Malaysia telah
memperkenalkan mata pelajaran yang berkaitan dengan kemahiran berfikir secara
kritis dan kreatif iaitu mata pelajaran Pemikiran Kritis dan Kreatif. Malah
2

Kementerian Pendidikan Malaysia telah memulakan gerakan besar-besaran dalam


mengubah struktur kurikulum yang lebih inovatif dengan memberi penekanan
kepada kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam sukatan mata pelajaran di
sekolah.

Walaupun reformasi pendidikan negara kita menyarankan amat penting


membangunkan pelajar yang boleh berfikir, namun setakat ini masih tidak terdapat
tanda-tanda jelas wujudnya budaya kreativiti yang menyeluruh pada peringkat
nasional. Kesedaran yang agak lewat ini berlaku akibat daripada penekanan sistem
pendidikan yang lebih mementingkan ‘kebolehan berfikir’ tetapi kurang penekanan
terhadap kebolehan rekacipta dan eksperimentasi (Mohd Azhar Abd Hamid, et al.,
2004).

Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah seliaan Pusat Perkembangan


Kurikulum telah melaksanakan kaedah penyebatian dalam hampir semua mata
pelajaran yang diajarkan pada peringkat rendah hingga menengah termasuklah mata
pelajaran sains. Menurut Nik Azis Nik Pa (1992), Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) memberi
fokus kepada keseimbangan diantara kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran
menyelesaikan masalah serta membina cara pemikiran logik, mantis, kritis dan
kreatif. Oleh itu, 12 objektif telah digariskan melalui kurikulum sains KBSM di
mana salah satu objektifnya adalah untuk membolehkan pelajar meningkatkan
kemahiran membuat keputusan, menyelesaikan masalah secara analitis dan berfikir
secara kritis dan kreatif dalam kehidupan seharian (Meor, 2001).

Walau bagaimanapun, kemahiran berfikir secara kreatif masih kurang


diterapkan di sekolah. Hal ini dapat dibuktikan apabila keputusan sains bagi Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) para pelajar di negeri Johor menurun dari tahun 1997
hingga 2000. Menurut bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mohd Najib Tun
Razak, salah satu faktor kemerosotan keputusan di kalangan pelajar adalah
disebabkan peningkatan soalan bercorak kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
3

dalam kertas peperiksaan (Berita Harian, 1999).

Menurut ahli psikologi Jean Peaget dalam Cronin (1989), matlamat asas
pendidikan ialah menghasilkan manusia yang mampu menghasilkan benda baru,
bukan sekadar mengulangi pencapaian generasi terdahulu malahan manusia yang
dapat berfikir secara kreatif, inventif dan penemu. Oleh itu, untuk mencapai
matlamat ini memerlukan masyarakat yang kreatif dan berketrampilan dalam bidang
sains dan teknologi. Seterusnya, rasional kajian ini adalah untuk meninjau tahap
kreativiti di kalangan pelajar-pelajar program sains di Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia.

1.2 Latar Belakang Masalah

1.2.1 Kreativiti Dan Sains

Sains telah bermula sejak kewujudan tamadun kemajuan sistem pertanian,


sistem penulisan dan aktiviti kemasyarakatan lagi. Menurut Sandhu (1982) dalam
penulisannya bertajuk Science and Creativity berkata sains adalah produk atau hasil
daripada pemikiran kreatif ahli sains sejak zaman dahulu. Menurut Mohd Azhar Abd
Hamid (2004), revolusi saintifik dan industri telah banyak mengubah cara manusia
berfikir dan bersosial. Ini bukan sahaja mencetuskan gerakan besar-besaran terhadap
sistem ekonomi, politik dan sosial malah mengubah pandangan dunia manusia
terhadap diri mereka dan juga sains.

Terdapat tanggapan bahawa kreativiti dalam sains sebenarnya berpunca


daripada kepercayaan bahawa sains adalah suatu yang berteraskan saintifik dan
logikal. Tetapi, secara fakta, sebenarnya terdapat hubungan yang sangat kukuh
4

antara kreativiti, imaginasi dan kesamaan dalam bidang sains. Ini adalah kerana
sains merupakan suatu penanggapan yang analitik. Menurut Cronin (1989), ramai
saintis pemikir dan pencipta terkemuka termasuk Marie Curie, Leonardo da Vinci,
Thomas Edison, Albert Einstein dan Jules Verne telah mengakui bahawa sesetengah
idea dan penemuan mereka yang terbaik bukanlah hasil proses pemikiran yang
sistematik, saintifik ataupun kritis tetapi adalah hasil daripada pemikiran yang kurang
berstruktur, kadangkala tidak saintifik dan melalui proses pemikiran kreatif.
Walaupun proses pemikiran tidak diberi penekanan dan ditetapkan secara tradisi di
dalam kelas-kelas sains di Amerika, ramai ahli psikologi, pelatih dan penyelidik
pendidikan percaya bahawa pemikiran kreatif perlu diberi penekanan di dalam kelas
sains berbanding pemikiran kritis.

Banyak kajian seperti kajian Moravschik pada tahun 1981 mendapati


kreativiti memainkan peranan penting dalam sains. Menurut Moravschik lagi
“.......without it, science turns into a sterile manipulation of set rules and their
embellishment without any tangible output whether in a conceptual or a practical
sense” (Soonhye Park et. al, 2006). Menurut Yukawa (1973), pemikiran kreatiflah
yang membawa kepada penemuan tentang sesuatu kebenaran dalam alam ini yang
sebelumnya tidak diketahui oleh manusia. Oleh itu, cara terbaik untuk memahami
sesuatu perkara, fenomena, kajadian dan sebagainya ialah dengan melihat apa yang
dilakukan oleh ahli sains dan jenis pemikiran yang digunakan sepanjang proses
tersebut (Abu Hassan, 2001). Ini menunjukkan bahawa pengetahuan dan kemahiran
yang berkaitan dengan sains bukanlah hanya untuk dihafal, tetapi ianya perlu
dikembangkan idea-idea baru untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Oleh itu,
penggunaan pemikiran saintifik adalah merupakan salah satu pendekatan yang
bersistem bagi tujuan menyelesaikan sesuatu persoalan melalui aktiviti-aktiviti
penyelidikan.

Menurut Sandhu (1982), seorang pencinta sains, Jawaharlal Nehru telah


menyatakan bahawa “sains bukanlah sesuatu yang hanya melihat kepada tabung uji
dengan mencampurkan itu dan ini seterusnya menghasilkan bahan yang kecil atau
besar. Sebaliknya, sains sebenarnya adalah salah satu cara melatih minda dan
5

segenap aspek kehidupan mengikut cara dan kaedah sains”. Daripada kenyataan
tersebut menunjukkan batapa pentingnya kemahiran berfikir secara kreatif dalam
sains. Ini juga dibuktikan oleh Mohd Azhar Abdul Hamid (2004) yang menyatakan
bahawa kaedah induksi digunakan dalam penyelidikan sains iaitu berfikir dengan
melihat dan menganalisis data seterusnya hipotesis dibuat untuk menerangkan
perkaitan antara data.

1.2.2 Kreativiti Dalam Pendidikan Di Malaysia

Amabile (1992) menyifatkan institusi sekolah merupakan tempat paling


penting untuk memupuk alam kreativiti di kalangan pelajar. Tempat terbaik
memupuk semangat kreativiti seperti inkuiri, kreativiti dan diskoveri pada pelbagai
tahap pelajar adalah menerusi pengajaran dan pembelajaran sama ada dalam
pembelajaran formal dan bukan formal. Hal ini amat penting bagi pembangunan
sumber daya manusia pada masa depan. Pendapat ini disokong oleh Som dan Mohd
Dahalan (1998) yang mengatakan bahawa pemikiran yang baik bergantung kepada
pengurusan pemikiran yang baik dan ini dapat dilatih dan dipupuk melalui
pendidikan di sekolah.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan


bahawa beliau mahukan sekolah melahirkan pelajar yang dapat ‘berfikir di luar
kotak’ supaya mereka lebih kreatif dan inovatif apabila memasuki alam pekerjaan
kelak. Menurut Perdana Menteri lagi, kurikulum persekolahan perlu memberi
penekanan dalam usaha melahirkan pelajar yang bukan sahaja celik huruf malah
celik minda selaras dengan modal insan yang mahu melahirkan generasi celik minda
dan mempunyai kekuatan mental bagi menghadapi cabaran yang lebih kompetitif
pada masa akan datang. Menurutnya lagi, usaha itu terletak pada tangan warga
pendidik hari ini untuk melahirkan generasi cemerlang (Berita Harian, 2007)
6

Kaedah guru mengajar dan menampilkan mata pelajaran sains kepada pelajar
telah memberi penanggapan pada pelajar sains bahawa sains adalah fakta, konsep
dan teori yang mesti difahami, dihafal dan diingati. Ini menyababkan mereka tidak
memahami konsep sains dengan baik (Aziz Nordin, 1989). Ini disokong oleh
pendapat Elwenger (1973) yang menyatakan bahawa ramai pelajar dianggap berjaya
dalam pembelajaran berdasarkan ujian pensel dan kertas sebenarnya tidak memahami
apa yang dipelajari.

Hasil kajian Wong (2000) yang sampelnya terdiri daripada 30 orang guru
yang mengajar sains KBSM tingkatan satu dari sembilan buah sekolah, menunjukkan
bahawa guru menjalankan proses penerapan kemahiran berfikir dalam pengajaran
sains pada tahap sederhana sahaja. Walaupun majoriti guru pernah menghadiri
kursus kemahiran berfikir sekurang-kurangnya sekali, penguasaan penerapan
kemahiran berfikir dalam pengajaran masih tidak dipraktikkan oleh guru dengan
sepenuhnya. Menurutnya lagi, masih terdapat guru yang kurang memberi tumpuan
terhadap komponen-komponen kemahiran berfikir dalam sistem pengajaran mereka.
Selain itu, kajian yang dilakukan oleh Hamsiah Saee (2004) ke atas guru-guru sains
yang mengajar di sekolah menengah di Bahagian Kuching / Samarahan juga
menunjukkan tahap kreativiti guru sains adalah pada tahap yang sederhana.

Daripada satu analisis yang dibuat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia


(LPM) menyatakan bahawa kebanyakan calon memberi jawapan yang salah bagi
soalan yang bercorak kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (Berita Harian,
1999). Hal ini telah menimbulkan persoalan apakah tahap kemahiran berfikir guru
sehinggakan guru tidak mampu untuk menerapkan kemahiran berfikir secara kritis
dan kreatif kepada pelajarnya menyebabkan pelajar tidak mampu untuk menjawab
soalan peperiksaan bercorak kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
7

1.2.3 Kreativiti Di Peringkat Institut Pengajian Tinggi

Cropley (2001) menegaskan bahawa universiti adalah persekitaran yang amat


signifikan bagi merealisasikan bakat dan kemahiran kreativiti mahasiswa. Namun
begitu, menurut Edward de Bono, jika pendidik tidak dapat menggerakkan
persekitaran kondusif untuk berkreativiti maka sukar untuk pelajar untuk berkreasi
dengan selesa dan selamat. Menurutnya lagi, pendidik yang tidak memiliki
pemikiran dan pengetahuan kreativiti sukar untuk merealisasikan suasana, ruang dan
pengalaman kreatif dalam pengajaran dan pembelajarannya.

Di Institusi Pengajian Tinggi menunjukkan bahawa siswazah kurang


mempunyai kemahiran berfikir secara kreatif. Menurut Sufean dan Rahim (1995),
siswazah kurang berkebolehan dalam mengkritik, mengemukakan idea dan cadangan
yang relevan. Hasil kajian yang dijalankan oleh Mohd Najib (1995), yang
sampelnya terdiri daripada 112 orang pelajar dari empat buah fakulti di Universiti
Teknologi Malaysia, menunjukkan bahawa pelajar di Institusi Pengajian Tinggi lebih
suka mengingati kembali fakta sains tanpa menggunakan kemahiran berfikir dalam
menyelesaikan sesuatu masalah sintifik. Menurutnya lagi, mereka lebih gemar
memberikan jawapan berdasarkan hafalan tanpa berfikir dan merujuk kepada bukti
sampingan yang dapat membantu proses penyelesaian saintifik. Hasil daripada
keputusan kajian itu juga mendapati bahawa pelajar Fakulti Pendidikan mempunyai
kemahiran kognitif sains yang paling rendah berbanding tiga fakulti lain.

Peranan seorang pendidik sains yang kreatif ialah mangadaptasikan atau


menyesuaikan kreativiti ke dalam pengajaran dan pembelajaran sains. Jika seseorang
pendidik berkemahiran dan dapat mengaplikasikan teknik berfikir secara kreatif
dalam sains, sudah pasti akan dapat meningkatkan kualiti dan prestasi sains. Dalam
kajian yang dijalankan oleh Unit Pengajaran Pembelajaran, Universiti Teknologi
Malaysia (UNIPEN) menunjukkan pelajar Universiti Teknologi Malaysia yang
mengalami pencapaian rendah adalah mereka yang lemah dan gagal menguasai
8

kemahiran dalam mata pelajaran sains (Asarudin Ashari, 1995). Ini menunjukkan
pendidik kurang menerapkan kreativiti dalam pengajaran sains.

Oleh itu, bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara, seharusnya guru-


guru diterapkan kemahiran berfikir secara kreatif kerana guru merupakan agen
perubahan yang paling penting bagi sesebuah negara. Oleh yang demikian, kreativiti
bakal guru sains perlu dikaji untuk melihat sejauhmana kreativiti bakal guru sains
dengan harapan hasilnya akan menyumbang kepada keberkesanan corak pengajaran
dan pembelajaran di bilik darjah khasnya dan keberkesanan dalam pendidikan negara
umumnya.

1.3 Penyataan Masalah

Matlamat wawasan pendidikan adalah melahirkan warganegara yang mampu


menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dengan masyarakat yang saintifik
dan progresif yang mempunyai daya perubahan yang tinggi, memandang jauh ke
hadapan serta menjadi tamadun sains dan teknologi pada masa depan. Oleh itu,
untuk mencapai matlamat ini memerlukan masyarakat yang kreatif serta
berketrampilan dalam bidang sains dan teknologi.

Dalam pendidikan masa kini, sistem pendidikan telah gagal menerapkan


unsur-unsur kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini kerana
pelajar kekurangan autonomi di mana segala maklumat dan data telah disediakan.
Mereka sebenarnya tidak mengetahui sebarang kemahiran asas proses sains seperti
membuat hipotesis dan membuat inferens serta mereka tidak dapat mencuba konsep
baru memandangkan semuanya telah tersedia. Mereka juga tidak memahami makna
keaslian serta tidak berkebolehan untuk merancang sesuatu aktiviti.
9

Guru memainkan peranan yang penting dalam mendidik pelajar di sekolah ke


arah pembentukan warganegara yang berilmu, berakhlak mulia serta berfikiran
kreatif. Walaubagaimanapun, pengajaran yang disampaikan oleh guru kini kepada
pelajar adalah tanpa kefahaman konsep. Ini menyebabkan pelajar kurang memahami
pengajaran sains secara mendalam dan hanya menghafal. Keadaan seperti ini jelas
kelihatan dalam pendidikan di negara kita, akhirnya menjejaskan perkembangan
kreativiti pelajar dan hanya akan melahirkan pelajar-pelajar yang mendapat
keputusan sains yang cemerlang dalam peperiksaan tetapi pada hakikatnya pelajar-
pelajar tersebut tidak tahu apa yang telah dipelajari oleh mereka.

Jelas bahawa penekanan terhadap kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik


itu memerlukan guru yang bukan sekadar seorang penyampai maklumat, malah guru
perlu kreatif dan inovatif dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (P&P)
bagi membina modal insan yang cemerlang di kalangan pelajar. Sikap ini penting
kerana golongan guru berada di barisan hadapan bagi membentuk generasi akan
datang yang memenuhi keperluan sumber tenaga negara. Oleh itu, rasional kajian ini
adalah untuk melihat tahap kreativiti pelajar program sains di Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia yang merupakan bakal-bakal guru yang akan
melahirkan pelajar-pelajar yang kreatif dan boleh menjadi pewaris agama, bangsa
dan negara.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk:

(a) Mengenalpasti tahap kreativiti di kalangan pelajar program sains di


Fakulti Pendidikan, UTM.
10

(b) Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara


tahap kreativiti di kalangan pelajar program sains di Fakulti
Pendidikan, UTM merentasi jantina.

(c) Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara


tahap kreativiti di kalangan pelajar program sains di Fakulti
Pendidikan, UTM merentasi pencapaian akademik.

1.5 Persoalan Kajian

Beberapa persoalan kajian yang dikaji ialah:

(a) Apakah tahap kreativiti di kalangan pelajar program sains di Fakulti


Pendidikan, UTM ?

(b) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kreativiti di


kalangan pelajar program sains di Fakulti Pendidikan, UTM merentasi
jantina ?

(c) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan tahap kreativiti di


kalangan pelajar program sains di Fakulti Pendidikan, UTM merentasi
pencapaian akademik ?