You are on page 1of 10

Istilah Seni Visual

Labels: istilah asas seni visual Garisan

1.1 Terbentuk daripada hasil cantuman deretan titik -titik 1.2 Ataupun satu susunan siri titik -titik yang bersambung 1.3 Garisan adalah unsur asas dalam menghasil seni tampak 1.4 Tanpa garisan, kita tidak dapat menghasil tulisan dan lukisan Stensilan

1.1 Menghasil imej dari keratan kertas pendua atau profilem 1.1 Satu kaedah menggambar menggunakan alat yang telah ditebuk atau dilubangkan pada kertas pendua 1.2 Stensilan terbahagi kepada 2 bahagian : i. Bahagian positif ii. Bahagian negatif

Lukisan

1.1 Adalah satu hasil kerja seni mengguna media kering 1.2 Hasil 2Dimensi menggunakan media kering 1.3 Contoh media : i.Pensel warna ii.Arang,Krayon iii.Pensel,marker pen iv.Pen mata bulat,pen manuskrip,dll

Catan

1.1 Hasil karya seni di atas permukaan 2 Dimensi. 1.2 Menggunakan bahan media basah -penggunaan berus dan warna -media basah memerlukan pelarut seperti air atau minyak 1.3 Contoh media basah i. Warna air/water colour ii. Cat iii.Cat minyak iv. Warna poster

Montaj

1.1 Tampalan kertas gambar yang mempunyai sifat atau ciri-ciri tema yang serupa. 1.2 Montaj merupakan suatu jenis gubahan yang memerlukan daya imaginasi serta rekacipta yang kuat bagi menampal gambar atau imej yang digunting dari majalah majalah. 1.3 Tampalan mestilah bertin dih

Motif

1.1 Motif adalah rupa asal sesuatu corak berpunca daripada flora atau fauna yang boleh dibahagikan kepada 2 kategori: i. Organik ii.Geometri

Gurisan

1.1 Adalah satu teknik menggambar atau mencorak secara mengguris bahan yang disedia menggunakan benda tajam seperti paku,gunting,pisau dll Tekapan

1.1 Adalah satu kaedah menggambar dengan cara menekap untuk mendapatkan ulangan imej yang sama.

Kolaj

1.1 Kolaj ertinya potong atau koyak dan gam 1.2 Adalah satu teknik menghasil karya secara guntingan atau carikan kertas dan menampal bahan tersebut 1.3 Bahan yang ditampal mestilah secara bertindan 1.4 Antara bahannya ialah kertas warna,akhbar,kain dll

Cetakan

1.1 Cetakan ialah kesan daripada penerapan gubahan -gubahan yang dihasilkan pada sekeping permukaan blok ataupun plat 1.2 Kesan-kesan itu terhasil melalui garisan atau ukiran permukaan blok atau plat berkenaan sehingga imej gubahan boleh dipindahkan ke atas kertas Lipatan dan Guntingan

1.1 Merupakan satu aktiviti membentuk objek atau corak 1.2 Kaedah yang digunakan secara melipat kertas tertentu, mengguntingkan dan menampalkannya pada permukaan bahagian kertas yang lain 1.3 Ianya menghasilkan corak positif dan negatif

Boneka

1.1 Boneka adalah seni patung 1.2 Membentuk rupa haiwan atau manusia 1.3 Contoh bahan ialah kertas,kain dll 1.4 Ada 4 jenis boneka : i. Boneka jari ii.Boneka tangan iii.Boneka tali iv.Boneka tongkat

Batik

1.1 Berasal dari bahasa Indonesia bermaksud µ titik -titik ¶ ataupun bunyi berdetik 1.2 Ada juga mengatakan berasal dari bahasa Jawa iaitu tritik iaitu proses menghasil batik 1.3 Teknik digunakan adalah resis 1.4 Bahan utama warna batik,damar,fixer,parafin dan lilin 1.5 Biasanya batik menggunakan corak flora atau fauna 1.6 Ada 3 jenis proses batik : I. Batik blok atau batik cap atau batik terap ii.Batik skrin atau batik cetak iii.Batik lukis atau batik tulis