You are on page 1of 21

Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor

Tajuk : Pencemaran Alam Sekitar Di Taman Setiawangsa ,Wilayah Persekutuan , Kuala


Lumpur .

Nama : Wan Siti Aisha Binti Wan Shukery

No.I.C : 960811-11-5438

Kelas : 3 Bakti

Nama Guru : Puan Masitah Binti Salamat


Senarai Kandungan

Bil Senarai Kandungan Muka surat


.
1 Penghargaan i
2 Pendahuluan ii
3 Objektif Kajian 1
4 Kawasan Kajian 2-4
5 Kaedah Kajian 5
6 Dapatan Kajian 6-11
7 Rumusan 12
8 Lampiran 13-16
9 Rujukan 17
Penghargaan
Alhamudulillah , bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya , saya
dapat menyiapkan folio ini. Pertama sekali , saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih
kepada Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor , Tuan Haji Rafiei Bin
Mustapha kerana telah membenarkan saya untuk membuat folio ini.

Saya juga ingin berterima kasih kepada guru mata pelajaran Geografi saya , Puan
Masitah Binti Salamat atas bantuan dan bimbingan yang beliau berikan. Seterusnya , saya
turut berterima kasih kepada ibu dan bapa saya , Puan Saluma Binti Che Soh dan Encik Wan
Shukery Bin Wan Daud kerana banyak membantu saya dalam proses menyiapkan folio ini.

Saya bersyukur kerana mendapat kerjasama yang baik daripada kawan-kawan saya
iaitu Nurul Nadhirah Binti Md Ismail , Muhammad Haziq Bin Zakwan , Nurul Huda Binti
Ibrahim dan Siti Najihah Binti Md Zin. Akhir sekali , tidak lupa juga kepada semua pelajar
dan guru yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang masa yang diambil
untuk menyiapkan folio ini .
Pendahuluan
Saya Wan Siti Aisha Binti Wan Shukery dari kelas 3 Bakti telah memilih tajuk , “
Pencemaran Alam Sekitar di Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur” untuk projek Kajian
Geografi Tempatan saya. Saya mengkaji tentang aspek pencemaran alam sekitar,
menghuraikan kesan terhadap alam sekitar, dan merumuskan kesan-kesan terhadap alam
sekitar tersebut. Saya memilih kawasan kajian ini kerana menepati tema kajian dan kawan ini
berhampiran dengan rumah saya. Masa yang diberikan untuk menyiapkan folio ini ialah
selama 12 minggu.
Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan untuk memenuhi objektif-objektif seperti berikut :

 Konsep pencemaran alam sekitar 

 Jenis pencemaran alam sekitar 

 Punca pencemaran alam sekitar 

 Kesan pencemaran alam sekitar 

 Cadangan mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar 

 Penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian


Kawasan Kajian
Kawasan kajian saya ialah di Taman Setiawangsa, Wilayah
P e r s e k u t u a n , K u a l a L u m p u r . K u a l a L u m p u r m e m p u n y a a s a l - us u l p a d a
tahun 1850-an, ketika ketua Melayu Klang, Raja Abdullah, menyewa
beberapa orang Cina untuk membuka lombong bijih timah. Para
penambang mendarat di pertemuan Sungai Gombak yang dahulu dikenali
dengan nama Sungai Lumpur yang bermaksud sungai yang berlumpur dan
Sungai Klang untuk membuka lombong di Ampang, Pudu dan Batu.
Tambang ini berkembang menjadi sebuah pusat perdagangan yang menjadi
sebuah bandar sempadan. Lokasi kawasan kajian saya ini terletak lebih
kurang 13 kilometer dari Bandar Kuala Lumpur. Bentuk muka bumi di
Setiawangsa beralun dan berbukit.
Peta
i ) Peta Zon : Desa Keramat

Peta Zon Desa Keramat


ii ) Peta kawasan kajian : Setiawangsa
Kaedah Kajian
Saya telah menggunakan dua kaedah untuk menjalani kerja khusus ini. Berikut
merupakan kaedah yang telah saya gunakan ;

i ) Permerhatian

Saya telah membuat pemerhatian untuk mengenalpasti pencemaran alam sekitar yang berlaku
di kawasan kajian saya.

ii ) Rujukan

Selain itu, saya juga telah membuat rujukan melalui internet dan perpustakaan untuk mencari
maklumat tentang pencemaran alam sekitar.
Dapatan Kajian
8.1 ) Konsep Pencemaran Alam Sekitar

Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan


hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau
kemandirian kehidupan. Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta
Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan
sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau
aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan
atau meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah yang
menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,
keselamatan atau kebajikan awam atau organism-organisma lain, tumbuhan dan haiwan.
Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada pelbagai bentuk pencemaran alam :

1 . Pencemaran air

2 . Pencemaran laut

3 . Pencemaran bunyi

4 . Pencemaran tanah

5 . Pencemaran udara
8.2 ) Jenis Pencemaran Alam Sekitar di Kawasan Kajian

Pencemaran alam sekitar yang berlaku di kawasan kajian saya adalah pencemaran
bunyi. Pencemaran bunyi sering berlaku di kawasan kajian saya kerana terdapatnya pelbagai
jenis kenderaan, seperti kereta, motosikal, van, lori dan sebagainya.

Selain itu, pencemaran udara juga sering berlaku di kawasan saya, terutamanya lori.
Kebanyakkan lori akan mengeluarkan asap hitam yang banyak dan seterusnya berlaku
pencemaran udara di kawasan saya.
8.3 ) Punca Pencemaran Alam Sekitar di Kawasan Kajian

i ) Kenderaan

Kenderaan merupakan punca utama yang menyumbang dalam pencemaran alam


sekitar di kawasan kajian saya. Kenderaan ini akan mengeluarkan asap yang menyebabkan
penghakisan lapisan ozon.

ii ) Racun serangga

Serangga yang melanda di kawasan saya adalah nyamuk. Nyamuk Aedes merupakan
jenis nyamuk yang banyak di kawasan perumahan saya. Inilah punca berlakunya
penyemburan racun serangga di kawasan perumahan saya.

iii ) Sampah sarap

Pengangkutan sampah yang tidak teratur berlaku di kawasan perumahan saya. Jika hal
ini berterusan perkara ini akan menyebabkan pencemaran bau.

iv ) Pembakaran terbuka

Ada sesetengah penduduk di kawasan perumahan saya gemar membakar sampah


secara terbuka. Hal ini menyebabkan asap naik ke udara dan boleh menyebabkan kesan
rumah hijau.

v ) Perniagaan

Pada setiap malam Rabu dan Ahad di kawasan saya akan diadakan pasar malam.
Sikap para peniaga yang tidak bertanggungjawab serta para pembeli membuang sampah
merata-rata semakin menjadi-jadi. Kesannya ialah kawasan saya menjadi tercemar dan kotor.
Para peniaga sepatutnya bertanggungjawab atas hal ini dengan menyediakan tong sampah.
Negara kita akan maju di persada dunia jika kita boleh menjaga kebersihan negara sendiri.
8.4 ) Kesan Pencemaran Alam Sekitar di Kawasan Kajian

i ) Penyakit

Penyakit seperti alahan dan asma yang disebabkan oleh pencemaran udara paling
banyak dihidapi oleh penduduk. Tidak kurang juga penyakit demam denggi yang disebabkan
oleh nyamuk Aedes.

ii ) Suhu meningkat

Suhu di kawasan kajian meningkat dengan mendadak kerana penambahan haba di


perut bumi. Udara yang mengandungi gas berbahaya terpantul semula ke muka bumi dan
berlegar di ruang atmosfera kerana kesan rumah hijau.

iii ) Udara tercemar

Penduduk kawasan kajian banyak mengatakan bahawa mereka tidak tahan dengan
asap yang dihidu. Tambahan pula ada di antara anak mereka mengidap penyakit asma.

iv ) Bau busuk

Bau busuk hasil dari pembuangan sampah yang tidak teratur terpaksa dihadapi oleh
penduduk. Bau busuk ini menyebabkan pencemaran bau di mana baunya tidak enak dihidu.

v ) Jerebu

Walaupun kesan ini jarang berlaku, tetapi kita boleh melihat unsur-unsur yang
menyebabkan kesan ini akan berlaku. Jerebu amat bahaya sehingga kerajaan pernah
mengisytiharkan darurat di negeri Sarawak pada tahun 1997. Kerajaan amat mengambil berat
akan keselamatan rakyat demi menjaga ekonomi negara.
8.5 ) Cadangan untuk Mengurangkan Kesan Pencemaran Alam Sekitar di Kawasan
Kajian

i ) Kuatkuasa undang-undang

Kerajaan perlu menguatkuasa undang-undang supaya para peniaga dan para pembeli
di pasar malam tidak membuang sampah merata-rata. Kerajaan boleh mengenakan denda
terhadap mereka yang terlibat.

ii ) Kempen cintai alam sekitar

Persatuan penduduk di kawasan kajian juga boleh mengadakan kempen cintai alam
sekitar setiap tahun atau bulan untuk menyemai rasa cinta akan alam sekitar dalam diri
penduduk.

iii ) Pendidikan alam sekitar

Kementerian Pelajaran Malaysia perlu meletakkan satu pendidikan alam sekitar untuk
pelajar di sekolah rendah supaya mereka mendapat pendedahan awal tentang bahana
pencemaran alam sekitar. Oleh itu, para pewaris negara akan lebih peka akan pencemaran ini.

iv ) Petrol tanpa plumbum

Kerajaan kini telah melancarkan petrol tanpa plumbum RON95 untuk kegunaanya
kenderaan di Malaysia. Ini boleh mengurangkan pencemaran udara melalui gas yang
dihasilkan oleh kereta.
Bahan Grafik
i ) Jadual

Bil Jenis Pencemaran Peratus


.
1 Udara 49 %
2 Bunyi 14 %
3 Air 10 %
4 Tanah 5%
5 Bau 22 %

ii ) Carta Pie

Jenis Pencemaran Alam Sekitar di Kawasan Kajian


Tanah
5%
Air
10%

Bunyi
14%
Udara
49%

Bau
22%
Rumusan
Sebagai rumusan, saya mendapati pencemaran-pencemaran telah mempengaruhi
kegiatan penduduk di Taman Setiawangsa. Kegiatan penduduk-penduduk di Taman
Setiawangsa bukan hanya membawa kesan positif seperti mewujudkan peluang pekerjaan,
keuntungan dan menyediakan banyak kemudahan tetapi juga membawa kesan negative.
Faktor-faktor yang mempengaruhi kejadian pencemaran ialah kenderaan yang banyak dan
kebanyakkannya menghasilkan asap yang berbahaya. Masalah-masalah yang muncul
daripada pencemaran ialah rakyat yang kurang prihatin terhadap alam sekitar dan tidak
menjaganya. Langkah-langkah penyelesaian ialah kerajaan perlu mengambil tindakan dan
menguatkuasa undang-undang supaya rakyat tidak membuat pencemaran. Di sini, saya
berharap agar penduduk-penduduk tempatan dapat bekerjasama dengan pihak kerajaan
supaya masalah-masalah seperti pencemaran air, pencemaran udara, pencemaran bunyi dan
sebagainya boleh dikurangkan pada masa akan datang. Jika penduduk Malaysia sihat setiap
hari, negara kita akan berjaya mencapai Wawasan 2020.
Lampiran

i ) Surat Pengenalan diri murid


ii ) Borang Temu Bual
iii ) Borang Soal Selidik
iv ) Gambar / Foto

Pencemaran udara disebabkan asap lori dan bas di Setiawangsa

Pencemaran air gara-gara penduduk tidak bertanggungjawab

Pencemaran bau yang disebabkan sampah berlonggok


Rujukan
i ) Internet

1. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sarawakberjaga-
jagakemungkinanjerebu/Article/index_html

2 . http://www.scribd.com/doc/6064805/Kesan-Pencemaran-Alam-Sekitar-Terhadap-Dunia-
Hari-Ini

3 . http://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran

ii ) Orang Sumber

1 . Kamaruddin Ilyas Bin Yacob, 44 tahun, 670903-10-5573, 30A Jalan Setiawangsa 3,


Taman Setiawangsa, 54200 KL.

2. Lim Cham Gee, 38 tahun, 730808-04-6893, 22 Jalan Setiawangsa 3A, Taman Setiawangsa,
54200 KL.

3 . Haji Razali Bin Manap, 53 tahun, 580315-01-4827, No 12 Jalan Setiawangsa 3A, 54200
KL.

iii ) Buku Teks

1 . Khaw Ah Seng, Habibah Hj Lateh, Tan Koh Lim, 2004, Buku Teks Geografi Tingkatan 3,
Ipoh, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

You might also like