LAPORAN KEJOHANAN LARIAN TWELVEAN 2011

1. Pendahuluan Acara merentas desa bagi para pelajar SMK USJ 12 telah diadakan pada awal tahun 2011 dalam meneruskan tradisinya dari tahun ke tahun. Aktiviti ini yang terkandung dalam takwim tahun 2011 telah dirancang dengan lebih awal. Hal ini demikian kerana pihak sekolah berhasrat untuk mencari peserta yang layak bertanding sehingga ke peringkat daerah.

Perancangan mengadakan aktiviti merentas desa ini

dirancang dan disusun oleh Unit

Kokurikulum dan unit Sukan. Sementara itu tugas mengendalikan acara larian ini telah dijayakan oleh Ahli Jawatankuasa Pelaksana Sekolah yang terdiri daripada para guru yang dedikasi dan berwibawa serta dibantu oleh beberapa orang quarter master sekolah.

Pada tahun 2011 para pelajar SMK USJ 12 telah menyertai acara merentas desa disekitar kawasan taman perumahan sekitar USJ 12 seperti tahun-tahun sebelumnya. Kawasan persekitaran taman perumahan USJ 12 ini amat sesuai bagi pelajar menjayakan acara tersebut bagi tahun ini dan keselamatan peserta agak terjamin kerana kehadiran pegawai polis trafik bagi membantu kelancaran petandingan ini.

Kawasan larian dibahagikan kepada dua iaitu 2.3 kilometer bagi pelajar tingkatan 1 dan 2 manakala kawasana larian sejauh 3 kilometer bagi pelajar tingkatan 3, 4 dan 5. Larian dimulakan dari pintu belakang kawasan padangd dan menamatkan larian di pintu pagar utama sekolah.an Acara dimulakan dengan senaman memanaskan badan oleh pelajar-pelajar yang dikendalikan oleh guru senamrobik yang berwibawa, En. Shuhily Bin Suami.

Pada pukul 9.00 pagi para peserta dilepaskan oleh Pengetua SMK USJ 12 iaitu Puan Hajah Zaharah binti Ishak selaku hakim. Larian dimulakan dengan larian pelajar tingkatan 1

perempuan dan berkesudahan dengan pelajar lelaki tingkatan 5. Sebanyak 10 kategori dipertandingkan dan pelajar berpeluang merebut 20 tempat terbaik. Pemenang pertama hingga ke-10 menerima pingat dan sijil pencapaian manakala pemenang bagi tempat ke-11 hingga ke20 menerima sijil pencapaian.

2. Penyampaian hadiah Acara penyampaian hadiah telah diadakan pada pukul 11 pagi setelah kesemua pelajar selesai menghabiskan larian dan rehat pelajar. Walaupun pelajar agak keletihan, mereka tetap dengan penuh semangat menunggu keputusan acara larian Twelvean.

Penyampaian hadiah disampaikan oleh barisan pentadbiran sekolah dan Naib Pengerusi PIBG Encik Mohd Azmi Bin Abdul Aziz, Puan Pengetua Pn. Zaharah Binti Ishak, Datin Suhailah Abdullah, Pn. Hafdzah Abdul Hamid dan Pn. Vijaya Rani Seevaratnam.

3. Pemenang Juara larian bagi tahun 2011 ialah Mc Afee yang berjaya mempertahankan kejuaraan pada tahun lepas. Ini bermakna rumah sukan Mc Afee berjaya mempertahankan kejuaraan mereke sebanyak tiga tahun berturut-turut. Manakala johan untuk penyertaan teramai turut dimenangi oleh rumah sukan Mc Afee. 4. Kekangan Semasa acara larian dimulakan terdapat beberapa buah kenderaan keluar masuk dan guru-guru serta Yang Dipertuan PIBG terpaksa menghalang trafik yang sepatutnya dilakukan oleh polis trafik yang bertugas. Papan tanda no entry tidak diletakkan kerana papan tanda-papan tanda telah digunakan di kawasan-kawasan yang berisiko bagi menjamin keselamatan pelajar. Sepanjang larian dijalankan tiada kecederaan dan kecemasan serius yang berlaku kecuali ada segelintir pelajar yang terburu-buru untuk memulakan larian sehingga menjatuhkan pelajarpelajar yang lain. Terdapat kecelaruan di dalam peta larian yang mengelirukan hakim tunjuk arah/semak. Walaubagaimanapun larian berjalan seperti yang dirancangkan. 5. Cadangan dan penambahbaikan Semoga acara ini dapat diteruskan lagi ditahun akan datang.Tahun hadapan mungkin jarak larian akan ditambahkan supaya ia akan memberi lebih cabaran kepada murid.Ramai pelajar yang terlibat berharap agar larian merentas desa diadakan lagi pada tahun hadapan.

Laporan disediakan oleh

Fara Azura Mazli binti Md Razalli Penolong Setiausaha Sukan SMK USJ 12

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful