SEJARAH 21/2 KERJA KURSUS Nama Calon Tingkatan Nombor Kad Pengenalan Angka Giliran Nama dan Alamat Sekolah

Tajuk Kerja Kursus Nama Guru Skor:: ..................................................................................... : ..................................................................................... :..................................................................................... :..................................................................................... : ..................................................................................... :..................................................................................... :.....................................................................................

Elemen Elemen 1 Mengumpul fakta sejarah Elemen 2 Merekod fakta sejarah Elemen 3 Penerapan unsur patriotisme Jumlah Markah Kod Tahap Pencapaian

Markah

....................... ………...... ( Mohd. Faizal Bin Paren )

ELEMEN 1 Tajuk ................................................................................................................. ................................................................................................................. ................................................................................................................. Senarai Semak

Bil. i ii iii iv v vi vii viii ix x xi Buku ilmiah Jurnal Akhbar Majalah

Sumber

Tandakan ( / )

Orang sumber Melawat tempat kajian Internet Televisyen Radio VCD/DVD Sumber lain Markah

....................... ………...... ( Mohd. Faizal Bin Paren )

SUMBER INTERNET
1. http://www.mpkluang.gov.my/web/guest/home 2. http://www.mpkluang.gov.my/web/guest/latarbelakang_kluang 3. http://www.mpkluang.gov.my/web/guest/a-zservices 4. http://ms.wikipedia.org/wiki/Majlis_Perbandaran_Kluang 5. http://www.facebook.com/pages/Majlis-Perbandaran-Kluang/120582987961186

SUMBER BULETIN
1. Buletin MPK, Edisi 01, 2010

16 Jun 2010. . Sinar Harian. 23 Oktober 2010.SUMBER AKHBAR 1. halaman J28. halaman 1 & 2. Sinar Harian. 3. Harian Metro. 03 September 2010 2.

Jalan Pejabat Kerajaan. Johor. 86000 Kluang.SUMBER: MELAWAT TEMPAT KAJIAN Majlis Perbandaran Kluang. .

MAJLIS PERBANDARAN KLUANG Alamat: Jalan Pejabat Kerajaan. 86000 Kluang.my Talian Khidmat Pelanggan HOTLINE : 1-300-881-441 . Johor.gov. No Tel : 07-7771401 / 07-7771402 Faks : 07-7713209 Emel : mpk@johor.

............................... Faizal Bin Paren ) ........ ……….................................. i ii iii iv v vi vii viii ix Tajuk kajian Sumber Tandakan ( / ) Senarai kandungan Penghargaan Objektif kajian Kaedah kajian Hasil kajian Rumusan Lampiran Rujukan Markah .............................................. ......................................................................................... ( Mohd.................................................................................................. Senarai Semak Bil.............. ...ELEMEN 2 Tajuk ................................................

TAJUK KAJIAN MAJLIS PERBANDARAN KLUANG JOHOR .

1 Pembangunan prasarana / Fizikal 4. Senarai Kandungan Tajuk kajian Senarai kandungan Penghargaan Objektif kajian Kaedah kajian Hasil kajian 1 Institusi Pentadbiran Tempatan 2 Latar Belakang: 2. 8. 6.2 Pendidikan 3.6 Undang-undang tubuh kecil 2.4 Perancangan masa hadapan Muka Surat 7.4 Pelancongan 4 Perkembangan: 4. 9.7 Cara pelantikan pentadbir tempatan 3 Peranan: 3.3 Matlamat / Objektif / Misi / Visi penubuhan 2.Senarai Kandungan Bil. 5. 4.1 Ekonomi 3.1 Nama rasmi 2.2 Keistimewaan / Kelebihan / Keunikan 4. Rumusan Lampiran Rujukan . 3.5 Sejarah penubuhan 2.3 Kemajuan yang dicapai 4.4 Carta organisasi dan senarai pentadbir 2.2 Lokasi 2. 1.3 Kebudayaan 3. 2.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang telah bersama-sama berkongsi idea dan pandangan bagi memastikan kajian ini mencapai matlamatnya. Mohd. Akhir sekali. . Tidak lupa saya ucapkan terima kasih kepada kakitangan Majlis Perbandaran Kluang dan Perpustakaan Awam Kluang yang sudi melayan kerenah kami semasa berkunjung kami ke sana. galakan dan bantuan kewangan sepanjang saya menjalankan tugas ini.PENGHARGAAN Saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada guru mata pelajaran Sejarah saya iaitu En. Faizal bin Paren kerana telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan dalam melaksanakan Kajian Kursus Sejarah ini. penghargaan ini saya tujukan kepada sesiapa sahaja mereka yang telah banyak membantu saya secara langsung mahupun secara tidak langsung. sekali lagi saya ucapkan jutaan terima kasih. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada bapa saya iaitu ____________________ dan ibu saya __________________________ yang telah banyak membantu dan sentiasa memberi dorongan. Semoga tuhan akan membalas budi baik yang telah kalian berikan.

Kajian ini juga dapat menyedarkan rakyat Malaysia betapa pentingnya fungsi Pihak Berkuasa Tempatan di negara kita kerana perkara ini dapat menyedarkan kita untuk menjaga dan mempertahankan bangsa serta memupuk semangat kekitaan dalam kalangan rakyat Malaysia. Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul. Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumbersumber sejarah yang sahih. saya dapat mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku di sebalik Pihak Berkuasa Tempatan tersebut. Secara tidak langsung juga. Pihak Berkuasa Tempatan yang telah saya pilih ialah Majlis Perbandaran Kluang. d) Menanam semangat patriotisme di dalam diri .OBJEKTIF KAJIAN Saya dikehendaki menjalankan satu kajian tentang Pihak Berkuasa Tempatan di negara kita. Dengan membuat kajian ini. Johor Darul Takzim. Kajian saya ini merangkumi objektifobjektif berikut: a) Mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih. c) Mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku di sebalik Pihak Berkuasa Tempatan. Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya tentang Pihak Berkuasa Tempatan di Malaysia. b) Menambah pengetahuan tentang salah satu Pihak Berkuasa Tempatan yang terdapat di Malaysia serta memupuk perasaan bangga terhadap tanah air. jelas dan tepat. objektif kajian ini juga bertujuan memupuk perasaan bangga terhadap tanah air dalam diri saya.

Selain itu saya juga merujuk koleksi keratan akhbar berkaitan Majlis Perbandaran Kluang di perpustakaan. Saya telah merujuk buku-buku yang berkaitan tentang Majlis Perbandaran Kluang. KAEDAH KAJIAN Saya telah menggunakan pelbagai kaedah untuk mengumpul maklumat yang diperlukan dalam kajian ini. Kaedah yang digunakan ialah. 3. Saya juga melakukan rujukan di Internet untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang perayaan ini. Rujukan Internet.Saya juga dapat menanam semangat patriotisme di dalam diri saya dan juga kalangan generasi muda melalui kajian ini. . Saya juga telah berkunjung ke Majlis Perbandaran Kluang untuk membuat rujukan dan mendapatkan maklumat berkaitan. Rujukan Kepustakaan. 1. 2. Melawat tempat kajian.

8518. Majlis Daerah Kluang Utara pada 1977 dan seterusnya diisytiharkan sebagai Majlis Perbandaran Kluang pada 8 Mei 2001. Pertumbuhan pesat bandar Kluang bermula pada tahun 1920an dan 1930-an dengan daerah pengeluar getah paling utama.0 Institusi Pentadbiran Tempatan (Majlis Perbandaran Kluang) Kedudukan Kluang terletak di tengah-tengah Negeri Johor Darul Takzim. Pada tahun yang sama juga perhubungan landasan kereta api menghubungi Kluang dengan bandar-bandar utama lain telah dibina. Kluang mudah dihubungi dengan bandar-bandar lain dengan melalui rangkaian jalan raya dan kereta api. . Keluasan kawasan pentadbiran Majlis seluas 126. Majlis Perbandaran Kluang diberi kuasa menerusi Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan beberapa akta lain berkaitan serta Undang-undang Kecil untuk melaksanakan fungsi dan tanggungjawabnya. dikelilingi oleh semua daerah. kecuali daerah Muar. Lembaga Bandaran Kluang telah di naik taraf kepada Majlis Bandaran Kluang pada tahun 1957. Keluasan daerah Kluang ialah 2.HASIL KAJIAN 1. Sejarah penubuhannya sebagai penguasa tempatan bermula pada tahun 1920 apabila Lembaga Bandaran Kluang dibuka. Pada tahun tersebut pusat pentadbiran telah ditubuhkan bagi kawasan tengah Johor. Tahun 1915 merupakan tahun bersejarah bagi Kluang.8 kilometer persegi.57 kilometer persegi.

Johor.3.3 Matlamat / Objektif / Misi / Visi penubuhan 2.gov.0 Latar Belakang: 2. 2. Nombor telefon yang boleh dihubungi ialah 07-7771401 / 07-7771402.1 Matlamat Pihak Ahli-ahli Majlis.my.1 Nama rasmi Majlis Tempatan ini di beri nama Majlis Perbandaran Kluang (MPK) dan diberi kuasa menerusi Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan beberapa akta lain berkaitan serta Undang-undang Kecil untuk melaksanakan fungsi dan tanggungjawabnya 2. MPK berharap akan dapat memberi peluang kepada warga Perbandaran mengenali dengan lebih jelas kemajuan dan arus pembangunan yang berlaku di Perbandaran ini untuk dijadikan asas dalam membentuk sebuah kehidupan yang selesa di Perbandaran ini untuk dijadikan asas dalam membentuk sebuah kehidupan yang selesa di Perbandaran Kluang . MPK juga menyediakan Talian Khidmat Pelanggan (HOTLINE) : 1-300-881-441.2 Lokasi Majlis Perbandaran Kluang boleh terletak di Jalan Pejabat Kerajaan. seluruh warga kerja dan warga Majlis Perbandaran Kluang (MPK) bermatlamat membentuk sebuah perbandaran yang maju dan sejahtera. manakala nombor faks ialah 07-7713209. 86000 Kluang. MPK juga boleh dihubungi melalui mel elektronik mpk@johor.2.

membina. MPK berjanji untuk memberi perkhidmatan yang cepat. Memastikan perancangan pembangunan yang teratur dan seimbang bagi menjamin kualiti persekitaran yang bersih dan nyaman. 4. 2. Pusat Riadah. Meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran. Menyelia. Saliran Perparitan dan Pembetungan c.2 Objektif MPK 1. menjaga dan meningkatkan mutu kemudahan awam antaranya:a.2. 2. cekap kepada pelanggan tanpa mengorbankan kualiti dan kuantiti. Gerai dan Pasar d.3 Visi dan Misi MPK 1. Rangkaian Jalan b.3. Meningkatkan mutu perkhidmatan bagi memenuhi kehendak penduduk 3. Kesenian dan Sukan 2.3. Memberi layanan yang mesra dan sedia memberi bantuan kepada sebarang masalah pelanggan. .

Mengawal pembinaan bangunan. 11. Membina dan menyelenggarakan jalan. Menyelaras/membantu membangunkan pekan atau penempatan baru. 2. Mengawal aktiviti perniagaan melalui Penguatkuasaan Undang-undang dan peraturan pelesenan. 6. Membangun dan menyelenggarakan sistem saliran dan pembetungan. 4. terminal pengangkutan awam. pengiklanan dan papan tanda. Mengurus pelupusan sampah. 5. kebersihan premis makanan dan kawalan penyakit-berjangkit. kawalan mutu makanan. taman-taman awam dan tempat letak kereta awam . tandas awam. taman permainan kanakkanak. Pengindahan Bandar.3.4 Fungsi MPK berfungsi seperti berikut: 1. Merancang dan mengawal pembangunan termasuk menyediakan pelan struktur/pelan tempatan. dewan. perpustakaan.kemudahan asas sukan.perhentian bas. 8. Membina dan menyelenggarakan kemudahan-kemudahan awam seperti pasar awam. Memantau perkhidmatan kesihatan. 10. gerai. sisa pepejal dan aktiviti kebersihan bandar. 3. 9. Menyedia dan menyelenggarakan kemudahan-kemudahan asas kampung baru dan kampung tradisi. 7.2.

.

Majlis Daerah Segamat Ketua Penolong Pengarah . Pegawai Daerah (Pembantu Khas) .Pejabat Tanah Pontian Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kluang .Pejabat Daerah Muar Pen. UK Jabatan Pernah Bertugas :Pen. Middlesex Universiti London.Pejabat SUK (Cawangan Pentadbiran) Pen.Pejabat Tanah Kota Tinggi Jawatan Cadang (Cuti Belajar) . Pentadbir Tanah .2.UPEN Johor Ketua Penolong Pegawai Daerah . Universiti Pertanian Malaysia Master of Arts in Human Resource Management.Jabatan Kerja Raya Johor Pentadbir Tanah .Pejabat Tanah Segamat Setiausaha . Universiti Pertanian Malaysia Diploma Pertanian. Pentadbir Tanah 1 .Pejabat Daerah Segamat Ketua Penolong Pengarah (Pentadbiran & Kewangan) .4 Carta Organisasi dan Senarai Pentadbir Profil YDP Nama : Tuan Haji Ahmad Bin Haji Ma'in Jawatan : Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Kluang Kelulusan : Sarjana Muda Sains Pertanian (kep) .

En. Md. Hj. Shaari. Arif B. En. Mohamed. Hanisah Bt. Norhalim B. Tukiran. En.Ahli-ahli Majlis Perbandaran Kluang 2010 Depan (Dari kiri) En. En. En. MPK). Pn.Amin. Muhamad B. Rajoo a/l Kaliapa. Hj. Mohamed Sadique. Mohamed. Tn. Tn. Pn. Hjh. Hj. Tam Chee Yung. Chen Wee Kong. Omar B. Hjh. Klivon Thaswee.Kataman (Ketua Whip). Kamarolzaman B. Pn. Hj. Hj. Mohamed Dewam (YDP. En. Chung Won Kiong. Tn. Sakina Bi Bt. En. Zainal B. Abdul Rahman B. Sim Geok Ping Belakang(Dari kiri) En. Md. . Othman.

Choong Chin Yang@Chan Chin Yang. Nan@Adenan. Hj. Cik Choong Choon Lian . Pang Kim Keok. Lee Sok Chou. Mohd Ariffin B. Jamaludin. En.En. Zainani Bt. Pn. Gee Yap Hing. Pn. En. En.

2.4.2 Carta Organisasi Majlis Perbandaran Kluang .

5 Sejarah penubuhan Bandar Kluang telah wujud seawal tahun 1910. Polisi Kerajaan Negeri menggariskan rancangan membangunkan tengah Johor dan Kluang sebagai pusat komunikasi telah menjadikan Kluang sebagai pusat pertubuhan baru. Bandar Kluang terus maju di bawah pentadbiran Majlis Daerah Kluang Utara. Dengan langkah penyusunan semula Majlis Tempatan.1977 Majlis Bandaran Kluang telah disatukan dengan 5 Majlis Tempatan yang lain bagi membentuk Majlis Daerah Kluang Utara di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).000 orang penduduk. .2. Pembukaan ladang-ladang dan pembinaan landasan kereta api mendorong lebih ramai penduduk berhijrah dan mendiami Bandar Kluang Pada tahun 1920. dengan mempunyai 5. Pentadbiran Majlis Daerah Kluang Utara telah diperluaskan dengan merangkumi kawasan seluas 126.5 km persegi dengan penduduknya melebihi 65 000 orang. Lembaga Bandaran Kluang telah ditubuhkan dengan diketuai oleh seorang Merinyu Kesihatan. Dengan perlaksanaan projek-projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun dan komitmen Kerajaan Negeri untuk membangunkan Daerah Kluang. Majlis Tempatan Sri Lalang. Majlis Tempatan Kampong Gajah.1. 5 buah Majlis Tempatan telah ditubuhkan iaitu Majlis Tempatan Kampong Paya. Lima tahun kemudian iaitu pada tahun 1962. Pegawai Daerah Kluang menyandang jawatan Presiden Lembaga Bandaran Kluang. Lembaga Bandaran Kluang telah di naik taraf kepada Majlis Bandaran Kluang dengan Pegawai Daerah Kluang sebagai Yang Dipertua. Dalam tahun 1957. Majlis Tempatan Chamek dan Majlis Tempatan Paloh. maka pada 1. Mulai tahun 1932.

Di antara kilang-kilang gergasi yang sedang beroperasi ialah kilang membuat jubin bermutu tinggi yang terbesar di Malaysia di samping produk elektrik.peranan Bandar Kluang sebagai pusat pertumbuhan semakin nyata. Pada tahun 2000.000 orang.72 juta dalam tahun 1988 meningkat kepada RM 16. Untuk memenuhi keperluan penduduk yang bertambah. Lebih dari 500 buah kilang berbagai jenis yang mengeluarkan produk untuk kegunaan tempatan dan eksport memenuhi 9 buah kawasan perindustrian utama.67 juta dalam tahun 2000. elektronik dan pakaian berjenama antarabangsa untuk pasaran dalam negeri dan eksport. penyediaan kemudahan asas terus dipertingkatkan. industri. Pembangunan sektor perdagangan dan perindustrian pula telah menjadikan Kluang berkembang dengan pesat. Peningkatan bilangan pegangan ini terus menyumbang kepada pertambahan Hasil majlis dari RM 7. pembangunan taman-taman perumahan baru dan pembukaan kawasan perindustrian menjadi penyumbang utama kepada perkembangan Bandar Kluang. Selain penempatan awal penduduk yang sedia ada. perdagangan dan perkhidmatan telah mewujudkan banyak peluang-peluang pekerjaan yang menjadi punca kebanjiran penduduk di Bandar Kluang. Di bawah program . taman-taman perumahan baru terus dibangunkan.500 dalam tahun 1988 kepada 42.455 pegangan dalam tahun 2000. Sektor-sektor ekonomi semakin kompleks perniagaan di Pusat bandar Kluang. perdagangan dan perindustrian bertambah dengan pesat. Bilangan premis kediaman. Perkembangan sektor perumahan. Pembinaan sebagai destinasi baru pelabur tempatan dan luar negara. Selain daripada menaik taraf jalan-jalan raya utama dan rangkaian jalan bandar. penduduk Kluang telah meningkat kepada 155. Bilangan keseluruhan pegangan terus meningkat dari 20. sebuah terminal pengangkutan awam berharga RM 5 juta telah dibina.

Setelah memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh Ketua Pengarah Kerajaan Tempatan Malaysia dengan persetujuan Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia maka Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri melalui Ringkasan Mesyuarat Bil.2 Undang-undang kecil • Undang-undang Kecil Taman (Majlis Daerah Kluang Utara) 1987 • Undang-Undang Kecil Tandas Awam (Majlis Daerah Kluang Utara) 1987 • Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred. 86/2001 bertarikh 31 Januari 2001 telah mengambil keputusan menaikkan taraf Majlis Daerah Kluang Utara kepada Majlis Perbandaran yang dikenali dengan nama Majlis Perbandaran Kluang.3. jawatan Yang Dipertua telah diisi sepenuh masa oleh seorang pegawai Tadbir Negeri Johor mulai 1.6 Undang-undang Kecil Majlis perbandaran Kluang bertindak atas akta dan beberapa undang-undang kecil antaranya: 2. Perniagaan.1 Akta Antara akta-akta yang diterima pakai: • Akta Jalan. 2.6. Perindustrian Dan Profesyen (Majlis Daerah Kluang Utara) 1981 . Pembangunan pesat Bandar Kluang tidak dapat dibendung lagi. Parit Dan Bangunan 1974 [Akta 133] • Akta Kerajaan Tempatan 1967 [Akta 171] 2. sebuah stadium sukan berharga RM 24 juta juga telah dibina. Sebagai langkah merintis ke arah perubahan corak pengurusannya. Struktur pentadbiran Majlis Daerah Kluang Utara memerlukan perubahan.penswastaan Kerajaan Negeri. Penduduk bandar Kluang terus menagih perkhidmatan yang cekap dan berkesan.6.1999.

Revertex Malaysia Sdn. Pada masa kini Kluang mempunyai sebuah perpustakaan awam yang terletak di Jalan Pejabat Kerajaan. Selain itu.Bhd. Ginma Industries Sdn.peranan sektor institusi kewangan seperti Hong Leong Bank. Pada asalnya.2 Pendidikan Bagi memacu pertumbuhan pendidikan di Kluang MPK telah mewujudkan Kemudahan Perpustakaan Awam. Perpustakaan ini memiliki lebih 100. Kluang Mall. Sektor-sektor ekonomi semakin berkembang dengan pesat.1 Ekonomi Dari sudut ekonomi pula MPK mengalami perubahan dalam bidang pertanian. Plaza BCB. Bhd dan lain-lain. Terdapat banyak faktor yang menggalakkan perkembangan ekonomi antaranya Kluang mempunyai 500 kilang. Tetapi kini. Selain itu. pembangunan taman-taman perumahan baru dan pembukaan kawasan perindustrian menjadi penyumbang utama ekonomi Kluang. Perpustakaan awam ini dikelolakan oleh Majlis Perbandaran Kluang.0 Peranan: 3. Kluang Preade dan lain-lain. Kedudukan Kluang sebagai laluan masuk ke kawasan tengah Johor menjadikan Kluang Bandaraya berdaya saing. nanas dan teh telah menggantikan kedudukan getah sebagai tanaman utama. contohnya Keenway Sdn. tanaman-tanaman lain seperti kelapa sawit. Sektor perumahan juga membantu dalam meningkatkan ekonomi Kluang 3.• Undang-Undang Kecil Haiwan Merayau(Majlis Daerah Kluang Utara) 1995 3.Bank Islam dan Arab Malaysian Bank membantu menaikkan ekonomi Kluang. Kluang berkembang sebagai suatu daerah penanaman getah. . Begitu juga kewujudan beberapa kompleks membeli-belah seperti Plaza Bintang Jaya. Kompleks perniagaan di Pusat bandar Kluang.Bhd.

• • Membantu proses pendidikan di kalangan pelajar dan kanak. menyimpan dan mengelaskan maklumat dalam bentuk bahan bercetak dan bahan bukan bercetak. bimbingan dan nasihat kepada Jabatan. • Menggalakkan amalan budaya membaca di kalangan masyarakat terutamanya kepada golongan kanak. Perpustakaan ini juga mempunyai fungsinya yang tersendiri iaitu: • Menyediakan sistem maklumat melalui perkhidmatan Perpustakaan pusat. inovatif dan membantu pembinaan sahsiah masyarakat supaya mereka dapat memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan Negara. Perpustakaan ini beroperasi tiap-tiap hari dari jam 8. buku kanak-kanak dan bacaan umum.jabatan Kerajaan. Perpustakaan ini berperanan memperoleh. meminjam dan merujuk bahan bacaan yang disediakan oleh Perpustakaan Awam Majlis Perbandaran Kluang. Badan.kanak. Pusat. Perpustakaan bergerak dan Automasi dalam kawasan Majlis Perbandaran Kluang. Bangsa dan Agama.30 pagi hingga 5. . Perpustakaan Awam Kluang juga ditubuhkan untuk memberi perkhidmatan kemudahan bahan bacaan untuk dipinjam dan membuat rujukan kepada penduduk.badan Berkanun. dinamis. Selain itu kewujudan perpustakaan ini secara tidak langsung dapat membentuk masyarakat yang berilmu.000 koleksi buku yang terdiri daripada buku-buku rujukan. kreatif. Perpustakaan ini juga berperanan memberi kemudahan membaca. mengumpul.pusat Pengajian Tinggi dan Institusi yang memerlukan dan • Memberi maklumat semasa kepada masyarakat setempat.penduduk dalam kawasan pentadbiran MPK.00 petang. Menyediakan perkhidmatan latihan. Di samping itu.kanak.

Semua kaum telah menunjukkan semangat perpaduan dan setia kawan yang amat membanggakan. Hutan Rekreasi Gunung Belumut Hutan Rekreasi Gunung Berlumut terletak 32 km dari Bandar Keluang iaitu melalui Jalan raya Kluang . 3. Perjalanan ke puncak gunung ini. Masyarakat di Kluang sudah terbiasa dengan corak hidup dan adat resam yang di amalkan oleh setiap kaum di Kluang. pengunjung perlu melalui jalan balak menggunakan kenderaan pacuan empat roda atau berjalan kaki melalui denai. Di kaki gunung ini terdapat aliran air terjun yang sederhana tinggi dan airnya .3. Untuk itu MPK telah mengadakan sambutan perayaan-perayaan utama masyarakat Malaysia bagi mencapai hasrat dan tujuan kerajaan mewujudkan masyarakat yang bersatu padu.2 Kebudayaan MPK juga memainkan peranan membugarkan kebudayaan dalam Masyarakat di Kluang yang mempunyai pelbagai kaum dan agama. 137 km dari Bandar Johor Bahru.4 Pelancongan Dari sudut pelancongan MPK telah melaksanakan pelbagai program dan pembangunan bagi mempromosikan produk pelancongan di Kluang antaranya ialah. Gunung Belumut diberi nama sempena keadaan batu-batu di gunung ini yang licin dan berlumut.Mersing. Ini menunjukkan bertapa uniknya Kluang yang mengamalkan konsep 1 MALAYASIA.

Stesen Kereta api Kluang Salah sebuah tempat utama yang perlu dilawati apabila tiba di daerah Kluang adalah Stesen Kereta api Kluang yang telah beroperasi semenjak 1915. pengunjung akan berpeluang menikmati minuman kopi. air terjun yang dingin dan nyaman juga terdapat di sini. Bagi pengunjung yang suka kepada reka bentuk bangunan bersejarah. pengunjung tidak boleh melepaskan peluang untuk mengunjungi warung yang terletak berhampiran Jalan Omar. Di sini pengunjung akan berpeluang untuk berenang di kolam dan mendaki gunung. Selain itu. taman permainan ada disediakan. Legaran Ismail Hassan Pengunjung dapat melihat kerlipan lampu neon yang menyirami bandar Kluang sepanjang Jalan Persiaran Dato' Haji Ismail Hassan pada waktu malam. Keindahan kerdipkan cahaya lampu dapat dilihat di sepanjang jalan ini. stesen ini amat sesuai dan cukup nostalgia. roti bakar dan telur setengah masak yang cukup sedap dan sememangnya telah popular bukan . Di kaki Gunung Lambak.sejuk serta nyaman. Bagi kanak-kanak. Hutan Rekreasi Gunung Lambak Terletak kira-kira 5km dari Bandar Kluang. terdapat sebuah hutan rekreasi yang cukup menarik dan indah. Hutan Rekreasi Gunung Lambak menjadi destinasi yang cukup menarik bagi pengunjung yang dahagakan keindahan alam semula jadi. ia menjadi tarikan pengunjung untuk datang terutama pada musim cuti atau hujung minggu. Selain dipenuhi dengan pelbagai flora dan fauna. Kemudahan penginapan juga ada disediakan. Di sana.

Pentadbiran Majlis Daerah Kluang . Majlis Tempatan Chamek dan Majlis Tempatan Paloh.000 orang penduduk. Lima tahun kemudian iaitu pada tahun 1962. Majlis Tempatan Sri Lalang. Dengan langkah penyusunan semula Majlis Tempatan. Dalam tahun 1957. Polisi Kerajaan Negeri menggariskan rancangan membangunkan tengah Johor dan Kluang sebagai pusat komunikasi telah menjadikan Kluang sebagai pusat pertubuhan baru. 5 buah Majlis Tempatan telah ditubuhkan iaitu Majlis Tempatan Kampong Paya. Majlis Tempatan Kampong Gajah. Mulai tahun 1932. maka pada 1.1 Pembangunan prasarana / Fizikal Bandar Kluang telah wujud seawal tahun 1910. Pembukaan ladang-ladang dan pembinaan landasan kereta api mendorong lebih ramai penduduk berhijrah mendiami Bandar Kluang Pada tahun 1920.sahaja di kalangan penduduk Kluang malahan di seluruh Johor dan mungkin telah meliputi seluruh Malaysia.0 Perkembangan: 4. Lembaga Bandaran Kluang telah di naik taraf kepada Majlis Bandaran Kluang dengan Pegawai Daerah Kluang sebagai Yang Dipertua. dengan mempunyai 5. 4. Pegawai Daerah Kluang menyandang jawatan Presiden Lembaga Bandaran Kluang. Lembaga Bandaran Kluang telah ditubuhkan dengan diketuai oleh seorang Merinyu Kesihatan.1.1977 Majlis Bandaran Kluang telah disatukan dengan 5 Majlis Tempatan yang lain bagi membentuk Majlis Daerah Kluang Utara dibawa Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

kediaman. Sektor-sektor ekonomi semakin kompleks perniagaan di Pusat bandar Kluang.67 juta dalam tahun 2000. elektronik dan pakaian berjenama antarabangsa untuk pasaran dalam negeri dan eksport. Peningkatan bilangan pegangan ini terus menyumbang kepada pertambahan Hasil majlis dari RM 7. Selain penempatan awal penduduk yang sedia ada. peranan Bandar Kluang sebagai pusat pertumbuhan semakin nyata.455 pegangan dalam tahun 2000.500 dalam tahun 1988 kepada 42. Pembinaan sebagai destinasi baru pelabur tempatan dan luar negara. Bilangan perindustrian keseluruhan pegangan terus meningkat dari 20. Di antara kilang-kilang gergasi yang sedang beroperasi ialah kilang membuat jubin bermutu tinggi yang terbesar di Malaysia di samping produk elektrik . pembangunan taman-taman perumahan baru dan pembukaan kawasan perindustrian menjadi penyumbang utama kepada perkembangan perdagangan dan Bandar Kluang. Lebih dari 500 buah kilang berbagai jenis yang mengeluarkan produk untuk kegunaan tempatan dan eksport memenuhi 9 buah kawasan perindustrian utama. Pembangunan sektor perdagangan dan perindustrian pula telah menjadikan Kluang berkembang dengan pesat.Utara telah diperluaskan dengan merangkumi kawasan seluas 126. Bandar Kluang terus maju di bawah pentadbiran Majlis Daerah Kluang Utara.72 juta dalam tahun 1988 meningkat kepada RM 16.5 km persegi dengan penduduknya melebihi 65 000 orang. . taman-taman perumahan baru terus dibangunkan. Bilangan bertambah dengan premis pesat. Dengan perlaksanaan projek-projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun dan komitmen Kerajaan Negeri untuk membangunkan Daerah Kluang.

1999. perdagangan dan perkhidmatan telah mewujudkan banyak peluang-peluang pekerjaan yang menjadi punca kebanjiran penduduk di Bandar Kluang. penyediaan kemudahan asas terus dipertingkatkan.Perkembangan sektor perumahan. Pada tahun 2000. Struktur pentadbiran Majlis Daerah Kluang Utara memerlukan perubahan.sebuah stadium sukan berharga RM24 juta juga telah dibina. Untuk memenuhi keperluan penduduk yang bertambah.000 orang. Penduduk bandar Kluang terus menagih perkhidmatan yang cekap dan berkesan. Selain daripada menaik taraf jalan-jalan raya utama dan rangkaian jalan bandar. sebuah terminal pengangkutan awam berharga RM 5 juta telah dibina. Pembangunan pesat Bandar Kluang tidak dapat dibendung lagi. 4. Setelah memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh Ketua Pengarah Kerajaan Tempatan Malaysia dengan persetujuan Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia maka Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri melalui Ringkasan Mesyuarat Bil. penduduk Kluang telah meningkat kepada 155. Sebagai langkah merintis ke arah perubahan corak pengurusannya. industri.3. jawatan Yang Dipertua telah diisi sepenuh masa oleh seorang pegawai Tadbir Negeri Johor mulai 1. Di bawah program penswastaan Kerajaan Negeri.2 Keistimewaan / Kelebihan / Keunikan MPK istimewa kerana mempunyai struktur pentadbiran dari sudut geografi yang menarik. 86/2001 bertarikh 31 Januari 2001 telah mengambil keputusan menaikkan taraf Majlis Daerah Kluang Utara kepada Majlis Perbandaran yang dikenali dengan nama Majlis Perbandaran Kluang. Ini kerana Kluang berada di sebuah kawasan yang .

Terdapat banyak sekolah rendah. Tempat Duduk Penonton. Lampu ‘Spotlight'. sebuah balai polis daerah dan sebuah balai bomba. Kos pembinaan keseluruhan RM 22 juta. Gelanggang Bola Jaring dan Gimnasium . beberapa sekolah menengah dan satu perpustakaan awam. gelanggang Bola Keranjang. Litar Trek . Gelanggang Tenis. Ruang Pejabat dan Tandas Lelaki/Wanita. Mengikut sumber. 4. Kawasan pentadbirannya memiliki sebuah hospital daerah. Titik tertinggi di Kluang ialah puncak Gunung Lambak. gelanggang Badminton. Sekolah Menengah Sains Johor. gerai. sebuah sekolah kerajaan berasrama penuh telah dibina di pinggiran Kluang pada tahun 1970an. Antara kemudahan yang wujud ialah kemudahan outdoor seperti Padang.beralunan bukit. di sepanjang Jalan Batu Pahat. Selain itu kompleks ini mempunyai kemudahan. gelanggang Futsal.3 Kemajuan yang dicapai Kawasan pentadbiran MPK juga mempunyai kemudahan yang terbaik dan berpusat. gelanggang Sepak Takraw. Skrin ‘Score board'. sebuah gunung yang tingginya 510m dan juga salah satu gunung yang paling selatan di banjaran utama Malaysia. Selain itu juga MPK unik kerana kemudahan sukan yang terbaik dengan wujudnya Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kluang yang siap dibina pada akhir tahun 1996. stor. setakat ini terdapat 90 buah sekolah rendah dan 25 sekolah menengah di seluruh daerah Kluang.

infrastruktur dan landskap akan dapat menjadikan bandar Kluang sebuah bandar dalam taman yang indah dan selesa untuk didiami. Perancangan dan pengawalan pembangunan fizikal serta penyediaan kemudahan awam. Jabatan Pembangunan turut berfungsi seperti berikut. Jabatan Pembangunan Majlis Perbandaran Kluang diketuai oleh seorang Jurutera dan mempunyai beberapa bahagian di bawahnya iaitu :Bahagian Perancangan Bandar Bahagian Kawalan Bangunan Bahagian Kejuruteraan Projek Bahagian Landskap dan Seni Taman Objektif jabatan ini antaranya ialah merancang. melaksana dan menyelenggarakan serta mengindahkan kawasan pentadbiran Majlis bagi meningkatkan keselamatan. mengawal.4.4 Perancangan masa hadapan MPK komited bagi memastikan Kluang terus maju pada masa-masa mendatang untuk itu diwujudkan Jabatan Pembangunan yang merupakan sebuah jabatan yang bertanggungjawab di dalam memastikan pembangunan di kawasan pentadbiran Majlis dapat dirancang dan dilaksanakan dengan efisien serta selaras dengan visi majlis ingin mengujudkan sebuah bandar maju yang responsif terhadap nilai-nilai persekitaran. . keselesaan dan kesejahteraan warga perbandaran selaras dengan dasar dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan.

3. Melaksana dan menyelenggarakan projek-projek pembangunan kemudahan awam dan infrastruktur bagi memastikan keselesaan dan keharmonian warga perbandaran Kluang. Merancang pembangunan bandar Kluang agar ianya selaras dengan dasar Majlis serta dapat mengujudkan sebuah perbandaran yang kondusif. . 4. Memperindah landskap di kawasan bandar Kluang seiring dengan kepesatan pembangunan fizikal bandar bagi mewujudkan sebuah bandar maju yang responsif terhadap nilai-nilai persekitaran. Mengawal pembangunan bandar Kluang untuk memastikan pembinaan dan pemeliharaan bangunan-bangunan menepati piawaian dan menampilkan seni bina yang menarik. 2.1.

Saya juga dapat menghayati nilai kesabaran. ketabahan. memupuk sifat menghargai tradisi budaya dan bangsa negara kita. nilai yang telah saya keberanian untuk berkomunikasi. Nilai kerjasama telah membuatkan saya bersama rakan-rakan berganding bahu untuk mencari maklumat tentang pihak berkuasa tempatan tersebut iaitu Majlis Perbandaran Kluang. Kerja kursus ini juga memberi peluang kepada saya untuk menguasai kemahiran membuat penyelidikan dengan tatacara yang betul serta dapat meningkatkan peroleh ialah kemahiran berkomunikasi.RUMUSAN Saya telah banyak memperoleh maklumat berkaitan pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Kluang. saya telah mengenali erti tidak putus asa dalam melaksanakan sesuatu tugasan.rakan semasa menjalankan dan menyelesaikan kerja kursus ini dengan sempurna. Oleh itu. saya mesti menghargai dan menghormati sistem pentadbiran tersebut kerana sumbangan dan bakti dalam membangunkan kawasan pentadbirannya. Selain itu. Saya juga telah mempelajari tentang keistimewaan dan sumbangan pihak berkuasa tempatan tersebut dalam menarik minat ramai pelancong asing hadir ke daerah Kluang. . kejujuran dan kerjasama antara rakan . Kini.

.

MAJLIS PERBANDARAN KLUANG JOHOR .

RUJUKAN SUMBER INTERNET 1. Harian Metro. http://www. Buletin MPK. Majlis Perbandaran Kluang.com/pages/Majlis-Perbandaran-Kluang/120582987961186 SUMBER BULETIN 1. Jalan Pejabat Kerajaan. . 03 September 2010 2.my/web/guest/home 2.mpkluang. halaman J28. 86000 Kluang. Sinar Harian.gov.facebook. Johor. Edisi 01. 23 Oktober 2010.mpkluang.gov. http://ms.my/web/guest/a-zservices 4. http://www. halaman 1 & 2.my/web/guest/latarbelakang_kluang 3.org/wiki/Majlis_Perbandaran_Kluang 5.mpkluang. SUMBER MELAWAT TEMPAT KAJIAN 1. 16 Jun 2010.gov. http://www. 2010 SUMBER AKHBAR 1. Sinar Harian. 3. http://www.wikipedia.

.. ( Mohd..ELEMEN 3 Tajuk : Bagaimanakah institusi pentadbiran tempatan dapat memperkukuh integrasi nasional di negara kita? Senarai Semak Unsur Patriotisme 1 2 3 4 5 Markah Tandakan ( / ) .............……….. Faizal Bin Paren ) ............

tindakan undangundang tempatan hendaklah munasabah dan relevan. sebarang masalah yang dihadapi oleh orang awam hendaklah ditangani dengan senyuman tanpa mengira warna kulit. Sebarang tindakan haruslah secara adil saksama dan tidak membebani penduduk tempatan. maka wujudlah perpaduan nasional.Tulis satu esei tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah. elemen-elemen patriotisme hendaklah dihayati dan diterapkan demi menyatupadukan rakyat. misalnya Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah. Salah satu unsur patriotisme yang perlu diamalkan oleh kakitangan-kakitangan sektor awam ialah bertolak ansur dan bertoleransi dalam pentadbiran. rakyat jelata . Apabila tiada diskriminasi perkauman. memainkan peranan yang tidak kurang penting dalam menjana integrasi nasional di negara kita. Dalam institusi pentadbiran tempatan. seperti majlis perbandaran. Selain itu. Misalnya. kakitangan perlu berlaku adil dan bertimbang rasa. Misalnya. Hal ini penting kerana kehormatan ini menjadi teras integrasi nasional. Dalam pentadbiran institusi tempatan. Mereka akan menjadi contoh teladan yang sihat kepada orang awam agar menghormati raja dan pemimpin negara. Soalan: Bagaimanakah institusi pentadbiran tempatan dapat memperkukuh integrasi nasional di negara kita? Tidak dapat dinafikan bahawa institusi pentadbiran tempatan. Dengan ini. sektor awam sewajarnya menghormati raja dan pemimpin negara saban masa.

Hal ini demikian kerana rakyat memang benci akan korupsi dan pecah amanah. Jika rasuah dihapuskan. kakitangan awam tidak harus terjebak dalam kancah rasuah. Kesimpulannya. Oleh hal demikian. sebarang masalah yang dihadapi rakyat patut menjadi prioriti pihak institusi pentadbiran tempatan. Akhir sekali. . Dengan erti kata lain. unsur-unsur patriotisme dalam institusi pentadbiran tempatan perlu diterapkan jika kita hendak rakyat hidup harmoni dan bersatu padu. Seperkara lagi. Dalam hal ini. kakitangan awam tempatan hendaklah bertanggungjawab kepada bangsa dan negara dalam apa-apa jua dalam pengurusan dan pentadbiran. elemen bersatu padu dan berharmoni merupakan elemen penting dalam melahirkan rakyat yang berjiwa patriotik. maka masyarakat akan hidup bersatu padu.menggembleng tenaga dengan pihak berkuasa sekali gus wujudlah perasaan cinta akan negara. Apabila wujudnya perpaduan dan keharmonian antara kedua-dua pihak ini. pihak berkuasa haruslah peka dan sensitif akan masalah yang dihadapi orang awam. Dalam konteks ini. Apabila masalah masyarakat tidak wujud. sudah pasti integrasi nasional dapat dikecap nikmat. kakitangan awam haruslah menunjukkan iltizam yang tinggi dalam segala urusan pentadbiran yang melibatkan masyarakat. konsep 1Malaysia dan Wawasan 2020 akan dapat direalisasikan. kakitangan institusi pentadbiran tempatan haruslah bergabung tenaga dan berkongsi idea dalam mengatasi masalah jenayah. maka rakyat akan mencintai negara serta hidup bersatu padu. Dengan cara ini. Sementelahan.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful