You are on page 1of 1

Kad Situasi 1 Anda lewat balik ke rumah. Ibu bapa menegur anda. Apakah reaksi anda?

Kad Situasi 2 Anda sedang membuat kerja sekolah. Kakak meminta anda membantu mencuci pinggan mangkuk. Apakah reaksi anda? Kad Situasi 3 Kawan-kawan ingin datang ke rumah anda bermain gitar. Pada masa yang sama, datuk anda kurang sihat. Apakah reaksi anda? Kad Situasi 4 Ibu sedang sibuk memasak di dapur. Ibu meminta anda menjaga adik, tetapi adik tidak mendengar nasihat anda dan menyelerakkan permainannya di merata tempat. Apakah reaksi anda? Kad Situasi 5 Semasa makan malam bersama-sama anggota keluarga, anda menerima panggilan telefon daripada kawan untuk membincangkan hal peribadinya. Apakah reaksi anda? Kad Situasi 6 Ibu hendak menghantar abang ke stesen bas untuk balik ke universiti. Ibu mengajak anda turut serta. Pada masa yang sama, rancangan televisyen kegemaran anda akan disiarkan. Apakah reaksi anda? Kad Situasi 7 Setiap tahun abang anda yang tinggal di luar negara akan mengirimkan kad ucapan Selamat Hari Lahir. Pada tahun ini, anda tidak menerima kad daripada abang anda. Apakah reaksi anda? Kad Situasi 8 Adik anda yang berumur tiga tahun sentiasa mahu mengikut apa yang anda buat dan ke mana anda pergi. Adik sentiasa mengajak anda bermain dengannya. Apakah reaksi anda?