TAJUK 1 PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

TAJUK 1

PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

PENGENALAN
Dalam menempuh kehidupan seharian, kita seringkali berhadapan dengan apa yang dikatakan sebagai pengujian, pengukuran dan penilaian dalam semua keadaan yang memerlukan kita membuat sesuatu pertimbangan atau keputusan. Anda sebagai guru perlu membuat pertimbangan dan keputusan berhubung dengan pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung untuk menentukan sama ada objektif pembelajaran sudah dicapai pelajar atau memerlukan ulangan semula dan sebagainya. Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam dunia pendidikan. Sering kali istilah ini digunakan secara bertukar ganti. Misalnya, sesetengah guru apabila mengedarkan kertas ujian, mereka mengatakan mereka ingin mengukur atau menilai prestasi pelajar dalam sesebuah bilik darjah, tanpa menghirau maksud khusus yang mendukung istilah-istilah berkenaan. Secara khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan mempunyai makna yang spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan. Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik, dengan mengambil kira semua faktor yang boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperoleh, akan membantu guru dalam membuat sesuatu keputusan dengan tepat.

OBJEKTIF
Pada akhir bab ini, anda seharusnya dapat: 1. menjelaskan maksud pengujian, pengukuran dan penilaian; 2. membezakan konsep pengujian, pengukuran dan penilaian; dan 3. mengenalpasti tujuan penilaian dijalankan.

PETA MINDA TAJUK

OUM

1

Dalam membuat sebarang keputusan.R. (a) Pertama. memproses maklumat. Apabila proses yang dijalankan itu dibuat secara sistematik dan saintifik. RavenMatrices. apakah penilaian-penilaian yang anda lakukan terlebih dahulu sebelum menerima tawaran tersebut. PENGUKURAN DAN PENGUJIAN Sekiranya anda diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Cuba anda bayangkan bagaimanakah seseorang tersebut membuat penilaian sebelum membuat keputusan untuk membeli. Apakah kayu ukur yang akan anda gunakan sebelum membuat keputusan dan bagaimanakah anda menguji keputusan yang dilakukan tersebut sama ada akan membawa kesan baik atau sebaliknya untuk anda? Sebagai insan yang hidup di muka bumi ini. PENGUJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 1 1. Sebagai contoh. Dengan mengadakan penilaian. ia akan membolehkan kita membuat anggaran. sama ada matlamat yang telah ditetapkan itu tercapai atau sebaliknya. mendapati taraf bacaan tidak memuaskan. pihak sekolah ingin meningkatkan taraf bacaan murid-murid di sekolah rendah dan selepas membuat penilaian. Penilaian juga dapat dianggap sebagai satu cara untuk mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu perkara. Dalam konteks ini. Penilaian dilakukan kerana mempunyai matlamat tersendiri. maka (b) Kedua. penilaian wajar dilakukan terlebih dahulu. sekurang-kurangnya dua keputusan yang utama perlu diambil.PENGUKURAN. pengukuran yang dijalankan bagi menguji kecerdasan kanak-kanak melalui ujian oleh Stanford-Binet.C. berkaitan dengan tujuan penilaian dijalankan. individu didedahkan kepada pembolehubah yang sama dalam keadaan terkawal. konsep penilaian telah berkembang sehingga muncul beberapa istilah yang berkaitan seperti pengukuran (measurement). Apakah sebenarnya maksud penilaian? Penilaian adalah konsep yang telah digunakan dalam pelbagai bidang. mendapatkan maklumat. sama ada mudah atau sukar. kita tidak lari daripada membuat keputusan.1 Penilaian Pernahkah anda berada dalam satu-satu acara lelongan awam seperti melelong barang-barang antik. Maklumat dan bukti ini amat penting dalam menyelesaikan 2 OUM . maka keputusan yang diperoleh menjadi lebih tepat dan seterusnya tindakan yang diambil adalah benar-benar bersesuaian.1 KONSEP PENILAIAN.E. membuat kesimpulan dan membuat keputusan. aktiviti penilaian dalam bidang sains perlakuan dan juga sains kemasyarakatan bermula dengan kajian yang dijalankan oleh Galton dan Binet untuk mengukur kebolehan individu. satu tindakan baru perlu diambil. Bermula dengan kajian tersebut. 1. Dalam pengukuran.1. penilaian akan melibatkan penentuan objektif. Misalnya. Sebenarnya. Weschler dan A. penilaian (evaluation) dan pentaksiran (assessment). Apabila sesuatu penilaian ingin dijalankan.

penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran dan pembelajaran dan juga hasil program pengajian berbanding matlamat asalnya. Anda boleh mendapat maklumat lanjut dengan download fail PDF dari laman web berikut: http://www. apakah bukti yang dianggapkan mencukupi atau bagaimana cara mendapatkan maklumat. Stufflebeam et al. menulis dan mengira (3M) di kalangan murid sekolah rendah. Penilaian boleh dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau keputusan dalam memberikan nilai. Ini seterusnya membolehkan guru membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran. adakah guru berkenaan mengukur pencapaian pelajar atau menilai pencapaian pelajar? Dalam keadaan ini kita boleh mengatakan guru sebenarnya mengukur pencapaian pelajar melalui ujian yang dijalankan. tepat dan bersih. anda mungkin sering kali berhadapan dengan pelbagai masalah. anda akan dapat merancang langkah-langkah dengan lebih teratur dan sistematik bagi mendapatkan maklumat yang tepat. penilaian berbeza dengan pengukuran yang melibatkan hanya pemberian ukuran dalam bentuk nombor tertentu yang lebih bersifat kuantitatif. penilaian boleh dibuat dengan menggunakan sama ada maklumat yang berbentuk kuantitatif. kepujian. lulus atau gagal). Selain menggunakan data kuantitatif. Gay (1985) berpendapat bahawa “penilaian ialah satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai”. kualiti atau harga bagi sesuatu benda atau perkara. pengukuran dan penilaian. OUM 3 . C. tentang persoalan yang ingin diselesaikan. apabila guru memberikan ujian. (1971:xxv) menyatakan penilaian sebagai “proses delineating. Sementara itu. Ali dapat melukis gambar kawannya dengan cepat. baik. Misalnya. D atau E) bersama penjelasan nilainya (seperti cemerlang. siapa yang perlu mendapatkan maklumat dan sebagainya.pubs/pe1014. Secara ringkasnya.TAJUK 1 PENGUKURAN. seperti menguasai kemahiran membaca.pdf Justeru. Dengan menggunakan maklumat kuantitatif.gao. penilaian juga boleh dibuat dengan menggunakan data berbentuk kualitatif seperti yang diperoleh daripada pemerhatian atau temubual. Dengan memahami konsep pengujian. mutu.gov/special. misalnya. menganalisis ukuran dan menyatakan nilai/interpretasi ukuran. PENGUJIAN DAN PENILAIAN sesuatu masalah. Banyak definisi telah diberikan kepada istilah “penilaian”. Dalam bilik darjah. B. Popham (1975) menyatakan penilaian yang sistematik perlu mempunyai satu tafsiran yang formal tentang nilai fenomena pendidikan. mencari dan memberikan maklumat yang berguna dalam mempertimbangkan alternatif-alternatif keputusan”. penilaian meliputi tiga proses utama. dalam pendidikan. Tindakan susulan guru ialah menilai ukuran pencapaian tersebut dengan menggunakan keputusan ujian itu bersama maklumat lain yang berkaitan. Definisi ini melepasi maksud pengujian dan pengukuran. Secara menyeluruh. penilaian yang menggunakan data kualitatif boleh dinyatakan dalam bentuk kualitatif juga. Sebelumnya. penilaian boleh dinyatakan dalam bentuk gred (seperti A. kualitatif atau kedua-duanya sekali. penilaian dapat menyelesaikan masalah tentang pencapaian matlamat yang ditetapkan. Dalam membuat penilaian. Justeru. Misalnya. iaitu menentukan ukuran.

Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada pelajar dan juga untuk mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran. Apakah maksud dan tujuan pengukuran? Pengukuran membawa maksud yang lebih luas berbanding pengujian. Rajah 1. 2000). merangkumi aktiviti menghurai. pengujian dan penaksiran digunakan secara silih berganti dan dianggap sebagai sinonim. Pentaksiran melibatkan proses membuat keputusan berdasarkan kepada suatu peraturan atau piawaian. mengumpul. PENGUJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 1 Prosedur penilaian boleh dilaksanakan dalam lima peringkat seperti dalam Rajah 1. Pentaksiran.2 Pengukuran Kita sering melihat bahawa ahli-ahli atlit sukan yang ingin mewakili negara akan diberi syarat-syarat tertentu untuk membolehkan mereka diterima secara automatik untuk mewakili negara. yang merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran.PENGUKURAN.1 di bawah.1. pencapaian peribadi mereka atau jumlah penyertaan yang mereka sertai. Popham (2000) menyatakan istilah-istilah pengukuran. Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Pengukuran membawa definisi sebagai “suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik 4 OUM . 1. memberi skor dan menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia.1: Prosedur penilaian Kini istilah “pentaksiran” mula digunakan dalam penilaian pencapaian. Apakah sebenarnya yang diukur. merekod.

Menurut Cronbach (1970). PENGUJIAN DAN PENILAIAN (melalui angka) tentang sebanyak mana individu/pelajar mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan alat tertentu”. maka sudah pastilah ukuran yang diperoleh juga tidak tepat. atau satu sistem yang berkategori”. Dalam erti kata lain pengukuran ialah proses menentukan sejauh mana seseorang individu memiliki ciri-ciri tertentu. seseorang guru perlu menggunakan alat yang tepat bagi menghasilkan ukuran yang tepat. kita hanya mengukur pencapaian matematik tanpa memberikan nilai kepada ukuran yang diperoleh. pengukuran hanya menentukan tahap prestasi/ ciri tertentu seseorang individu/pelajar mengikut alat yang digunakan. Dalam hal ini. Ramli mendapat 60 peratus dalam ujian Matematik. sementara pengetahuan dan sikapnya boleh diukur melalui temubual. kita boleh menganggapkan pengukuran sebagai proses untuk mendapatkan sesuatu ukuran dengan menggunakan kaedah tertentu. pengujian selalunya dianggap mendukung maksud yang lebih sempit atau khusus. manakala pengujian pula merupakan salah satu daripada kaedah tersebut.1. Kita tidak menyatakan prestasi Ramli sama ada baik atau sebaliknya. Jika alat yang digunakan mempunyai kecacatan. OUM 5 . Justeru. misalnya. Justeru. Seterusnya. kemahiran melukis seseorang pelajar boleh diukur melalui pemerhatian/pencerapan. Contohnya. walaupun skor 90 itu dua kali ganda 45.TAJUK 1 PENGUKURAN. Biasanya.3 Pengujian Kita sering mendengar di stesyen TV atau di akhbar-akhbar bahawa kerajaan menggalakkan agar kenderaan pengangkutan awam dan swasta agar membawa kenderaaan mereka ke Puspakom untuk tujuan pemeriksaan. pengukuran keupayaan mental seseorang sudah tentu lebih sukar diukur secara tepat berbanding ketinggian fizikalnya. Sebagai contoh. Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab. Seseorang pelajar yang mendapat skor sifar pula tidak juga boleh dianggap sebagai tidak mempelajari/ mengetahui tentang sesuatu pelajaran yang diajar guru. Ketinggian fizikal seseorang boleh diukur secara tepat dengan menggunakan alat ukur yang tepat seperti penggunaan pembaris. kita mewakilkan sesuatu pengukuran berbentuk angka kepada prestasi seseorang individu untuk menggambarkan keupayaan individu tersebut. atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar. Ini jelas menunjukkan ukuran aspek-aspek berkenaan bukanlah petunjuk yang tepat sebagaimana ukuran ketinggian fizikal pelajar menggunakan pembaris. Justeru. Pengukuran boleh juga dibuat tanpa menggunakan pengujian. 1. seseorang pelajar yang mendapat skor 90 tidak boleh dianggap mengetahui dua kali ganda daripada pelajar yang mendapat skor 45. Pada pendapat anda apakah tujuan sebenar pengujian dilakukan? Antara ketiga-tiga istilah berkenaan. Pengukuran tidak bersifat mutlak. “Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor.

Kedua-dua jenis pembolehubah ini 6 OUM . Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar. Pada umumnya terdapat dua jenis pembolehubah asas dalam pengukuran. pengukuran dan penilaian yang tepat. 100/120 untuk ujian kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. atau “rabun warna” bagi ujian penglihatan. motivasi tinggi). pengukuran dan penilaian. Begitu juga membuat pengkelasan darjah motivasi sebagai bermotivasi rendah. satu ukuran yang disebut sebagai “markah” akan diberikan kepada pelajar tersebut. kecekapan guru membangunkan alat pengujian amat penting.2 ARAS UKURAN Secara umumnya. misalnya.org/ Latihan 1.PENGUKURAN. Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai pengetahuan. malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. terdapat pelbagai bentuk pengukuran yang berbeza. pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat melalui pengujian. Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan”. Pengujian menjelaskan tahap berapa baiknya prestasi pelajar yang diuji. 50%. Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dinyatakan di atas. (dipetik dari Raminah. iaitu: (i) jenis kuantitatif (seperti 20%. diikuti pelaksanaan/ pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. 1991) yang menegaskan bahawa: “Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. dikukuhkan oleh Milagros 1981.1 Jelaskan perbezaan antara pengujian. Manakala contoh sistem berkategori pula ialah “ekstrovert” atau “introvert” bagi ujian personaliti. Justeru. Kesimpulannya. 80%) dan (ii) jenis kategori (seperti motivasi rendah. Penyataan dan pengkelasan pembolehubah dalam bentuk kuantitatif melibatkan pengukuran yang menggunakan skala tertentu. (Raminah 1991:2). yang dilaksanakan guru dalam bilik darjah. motivasi sederhana. kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan guru.measurementexperts. PENGUJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 1 Contoh skala bernombor ialah angka 30/100 untuk ujian penglihatan. Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan. pengukuran yang digunakan untuk mengukur pencapaian akademik pelajar adalah berbeza daripada pengukuran yang digunakan untuk menentukan tahap apresiasi agama pelajar. 1. sederhana atau tinggi tidaklah setepat ukuran yang menggunakan skor sebenar motivasi pelajar. Anda boleh mendapat maklumat lanjut berherhubung dengan konsep Pengujian ini di laman web berikut : http://www.

iaitu skala nominal. Misalnya. misalnya. OUM 7 . iaitu etnik. Pengkelasan data asal kepada data nominal bersifat satu kepada satu. individu yang dikelaskan ke dalam kategori Melayu tidak boleh menjadi ahli kategori etnik lain. nombor 4 untuk etnik Melayu. Guru berkenaan perlu meletakkan nilai tertentu kepada pembolehubah tersebut bagi mewakili etnik berkenaan. nombor 2 untuk etnik India dan nombor 1 untuk lain-lain etnik.1 Skala Nominal Skala nominal ialah skala yang dianggap paling mudah dan mempunyai ketepatan yang paling rendah. Nombor yang mewakili setiap kategori tidak mempunyai nilai pemeringkatan. Setiap ahli hanya dimiliki oleh satu kategori sahaja. etnik Cina diwakili nombor 2. Nombor I dalam sistem ini tidaklah menunjukkan bilangan yang kecil berbanding nombor 2. ordinal. etnik Melayu diwakili nombor 1. sela dan nisbah. nombor 3 untuk etnik Cina. skala boleh ditakrifkan sebagai angka yang digunakan untuk mengkelas atau menunjukkan tahap/nilai sesuatu ukuran. Skala ini mengkategorikan pembolehubah berdasarkan persamaan dan seterusnya memberikan nama kepada pembolehubah berkenaan. iii. Nombor yang digunakan di sini hanyalah mewakili atau melambangkan kategori pembolehubah yang dinyatakan. etnik India diwakili nombor 3 dan etnik-etnik lain diwakili nombor 4. misalnya. Rajah 1.TAJUK 1 PENGUKURAN. kita boleh menukar ganti nombor berkenaan untuk mewakili kategori etnik tertentu. Ciri-ciri utama skala nominal adalah seperti berikut: i. Dalam skala nominal ini. Nombor ini tidak mempunyai sebarang nilai dan skala yang menggunakan nombor untuk mengkategori pembolehubah ini disebut sebagai skala nominal. 3 atau 4. Misalnya. PENGUJIAN DAN PENILAIAN boleh diukur dengan menggunakan empat jenis skala.2 Aras ukuran 1. guru ingin mengkelaskan pelajar-pelajar mengikut etnik atau jantina. Secara ringkasnya. tetapi dianggap sebagai nama kategori sahaja.2. ii.

Umumnya. Ciri-ciri utama skala ordinal adalah seperti berikut: i. 3. 4 yang menunjukkan kedudukan pelajar dalam darjah dari segi pencapaian akademik adalah contoh skala ordinal.3 menunjukkan contoh Borang Soal Selidik yang dilakukan oleh pihak OUM yang menggunakan konsep Skala Ordinal untuk tujuan penambahbaikan terhadap modul-modul OUM. Contoh lain skala ordinal ialah skala Likert (misalnya. PENGUJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 1 1. Kategori yang digunakan bagi mengkelaskan data ordinal adalah saling eksklusif. diikuti nombor 2. 8 OUM . iii. (2) Kurang Setuju. 4 dan seterusnya. (4) Setuju. 3 4 dan berikutnya. (3) Sederhana Setuju. Rajah 1. 2. skala ordinal mampu (a) membezakan kategori dan (b) membezakan nilai pemeringkatan. Ukuran mempunyai pemberat. Ukuran yang diguna menunjukkan pemeringkatan secara logik. (1) Sangat Tidak Setuju.2 Skala Ordinal Ukuran bersifat ordinal pula memberikan nilai pemeringkatan. Nombor atau kategori yang diguna menggambarkan ukuran asal pembolehubah mengikut susunan daripada kecil kepada yang besar atau daripada kategori yang baik kepada kategori yang lebih baik. iatu setiap kategori mempunyai pemberat yang kurang atau lebih berbanding kategori lain.2. Data boleh disusun sama ada daripada yang terrendah kepada yang tertinggi atau daripada yang lemah kepada yang cemerlang.PENGUKURAN. 3. nombor 1. (5) Sangat Setuju). Ini menunjukkan nombor 1 adalah lebih baik daripada nombor 2. Misalnya. Pelajar yang mendapat markat keseluruhan yang tinggi diberikan nombor 1. ii.

3 Contoh borang soal selidik OUM 9 . PENGUJIAN DAN PENILAIAN 1 2 3 4 5 6 Rajah 1.TAJUK 1 PENGUKURAN.

jarak dan tinggi. Misalnya.3 Skala Sela Skala ketiga ialah skala jenis sela. iaitu perbezaan 10 darjah. Bagaimanapun kita tidak boleh mengatakan pencapaian pelajar C adalah dua kali lebih baik daripada D. Dalam skala sela. PENGUJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 1 1. Kita sering melihat dan mendengar berlakunya gempa bumi. Nilai sifar (0) juga adalah arbitrari. terutamanya ciri-ciri aspek pemeringkatan. andaikan terdapat empat orang pelajar yang diukur pencapaiannya dalam skala sela. iv. Ciri-ciri skala sela adalah seperti berikut: i. Ini bermaksud skala sela mempunyai ciri-ciri nominal dan ordinal. Kategori yang digunakan bagi mengkelaskan data sela adalah saling eksklusif. Data jenis ini mempunyai ciri pemeringkatan dan juga mempunyai perbezaan bagi setiap unit sela yang sama nilai. yang tidak menggambarkan nilai kuantiti kosong. Suhu 0ÚC di sini bukan bermakna tidak ada kepanasan. Ukuran yang diguna mempunyai pemberat.4 Skala Nisbah Skala keempat ialah skala nisbah. ii. Jarak numerik yang sama dalam skala sela menggambarkan jarak yang sama pada ciri-ciri yang diukur. Dalam skala nisbah nilai sifar (0) adalah kosong. iaitu skala yang mempunyai semua ciri skala sela dan juga nilai mutlak. Ukuran yang diguna menggambarkan susunan pemeringkatan secara logik.2. Tahukah anda bagaimanakah gempa bumi ini diukur dan apakah jenis skala yang digunakan? 1.PENGUKURAN. Skala sela memberikan sela yang sama daripada titik origin. Malah kita boleh mengatakan 90 adalah dua kali ganda 45 (2 X 45 = 90). iaitu skala sela tidak mempunyai nilai mutlak. Contoh ukuran berskala nisbah ialah wang. iaitu sesuatu ukuran sama ada lebih kecil atau lebih besar daripada yang lain. khususnya yang berlaku di negara jiran seperti Indonesia. maka perbezaan pencapaian antara pelajar A yang mendapat 95% dengan Pelajar B yang mendapat 70% adalah sama dengan perbezaan pencapaian pelajar C yang mendapat 50% dengan pelajar D yang mendapat 25%. Misalnya. suhu 0ÚC merupakan nilai permulaan sistem pengukuran suhu dalam ÚC. kerana skala sela tidak mempunyai nilai mutlak. 10 OUM . Contoh lain. Jadual di bawah menunjukkan ciri-ciri keempatempat skala ukuran yang telah dibincangkan. Contoh ukuran berskala sela ialah ukuran suhu. nilai sifar (0) merupakan suatu nilai yang arbitrari. Perbezaan satu unit ukuran mempunyai nilai yang sama bagi semua perbezaan ukuran.2. Skala ini berupaya menunjukkan perbezaan antara beberapa kategori dan ia boleh menunjukkan kesamaan dalam unit ukuran yang digunakan. perbezaan antara 30 hingga 60 adalah sama dengan perbezaan 60 hingga 90. perbezaan suhu antara 25ÚC dengan 35ÚC adalah sama dengan perbezaan suhu antara 15ÚC dengan 5ÚC. tetapi hanya berdasarkan jarak. Dalam hal ini. Ukuran dalam skala sela bernilai arbitrari (tidak mutlak). v. iii.

Pengukuran tingkah laku dalam bidang psikologi kadang kala agak sukar dibezakan antara skala ordinal dan sela.3. 50. Skala nisbah memberikan lebih banyak maklumat daripada skala sela. Mempunyai nilai pemeringkatan dan perbezaan ukuran. Mempunyai nilai pengkelasan dan pemeringkatan. Sekiranya ditinjau dari aspek yang lebih luas. pelajar dan ibu bapa. Hierarki keempat-empat skala ukuran ini ditunjukkan dalam Rajah 1. penilaian yang dijalankan memberi manfaat besar kepada guru. 87). setiap jenis skala ukuran memberi maklumat yang berbeza. Latihan 1. Skala sela pula dapat memberikan lebih banyak maklumat daripada skala ordinal. malah kepada pihak sekolah serta Kementerian Pelajaran sendiri. Tidak. Nyatakan perbezaan antara keempat-empat skala pengukuran. 75. Tidak Pasti). Guru). mengapakah aktiviti pengujian dan penilaian penting kepada guru? Apakah implikasinya kepada pelajar dan sekolah? Pengujian dan penilaian dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sama pentingnya dengan proses pengajaran dan pembelajaran itu sendiri. Gunakan peta minda untuk melakarkan jawapan anda. OUM 11 . Guru Kanan. Kesimpulannya. PENGUJIAN DAN PENILAIAN Jadual 1. Mempunyai nilai pemeringkatan.1: Skala Ukuran Skala Nominal Ordinal Sela Nisbah Ciri-ciri Mempunyai nilai pengkelasan sahaja.2 Nyatakan jenis skala untuk ukuran berikut: (a) Jawatan (Pengetua. dalam ukuran yang menggunakan skala Likert. D. C. Matlamat utama penilaian ialah untuk memperbaiki pengajaran dan pembelajaran. dalam penganalisisan data. Begitu juga. Penolong Kanan. (c) Skor ujian Sejarah (45. (b) Gred pencapaian (Gred A. (d) Respon terhadap soal selidik (Ya. F). 1. ukuran ini dianggap sebagai berskala sela. andaian yang logik ialah ukuran ini adalah berskala ordinal.TAJUK 1 PENGUKURAN. skala ordinal memberikan lebih banyak maklumat daripada skala nominal. Misalnya. B.3 TUJUAN PENILAIAN DI BILIK DARJAH Pada pandangan anda. 60. perbezaan ukuran dan mutlak. Bagaimanapun.

dijelas berasakan beberapa tujuan seperti membuat diagnosis. PENGUJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 1 Rajah 1. membuat pemilihan dan menempatkan serta memberikan bimbingan dan kaunseling kepada pelajar. 12 OUM . Sepanjang guru mengajar. hasil penilaian yang dijalankan dapat dijadikan asas kepada guru untuk membuat keputusan berhubung dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. tujuan atau kepentingan penilaian dalam pendidikan khususnya dalam bilik darjah.PENGUKURAN. beliau akan menggunakan maklumat yang diperoleh bagi membuat keputusan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar. Bagi memudahkan pemahaman anda.3 : Hierarki skala ukuran Seperti yang dinyatakan sebelum ini. melihat pencapaian.

misalnya pada akhir Tahun 6 (UPSR). Selain itu. yang memerlukan aktiviti pengayaan dan pelajar yang lemah yang memerlukan aktiviti pemulihan. OUM 13 . Daripada penilaian yang dijalankan juga. memuaskan. sederhana. penilaian yang dijalankan pada akhir tempoh pengajian. adalah bertujuan untuk menentukan gred pencapaian para pelajar secara keseluruhan. Maklumat berkenaan akan digunakan guru untuk mengubah pendekatan pengajaran atau menyediakan latihan yang khusus supaya masalah yang dihadapi pelajar dapat diatasi. Adakah pelajar mempunyai masalah dalam mempelajari dan menguasai pengetahuan dan kemahiran yang telah diajar? Sekiranya pelajar menghadapi masalah. Guru juga perlu membuat keputusan sama ada untuk mengubah strategi pengajaran. pelajar-pelajar akan terus menghadapi masalah dan akibatnya mereka akan terus ketinggalan dalam pembelajaran. Penilaian yang dijalankan sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran akan memperlihatkan kemajuan pelajar dalam jangka masa tertentu. guru akan menyelidik punca masalah tersebut. kemahiran dan sikap yang ingin disampaikan guru. Penilaian pada peringkat ini lebih bercorak formal dengan tujuan akhirnya untuk memberi sijil kepada pelajar.3.1 Diagnosis Penilaian yang dijalankan oleh guru dalam bilik darjah akan dapat memberikan maklum balas kepada guru tentang tahap penguasaan pelajar terhadap pengetahuan dan kemahiran yang telah diajar.4: Tujuan penilaian 1. sederhana atau gagal. Pihak sekolah akan dapat menentukan keupayaan keseluruhan seseorang pelajar berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diduduki untuk tindakan selanjutnya. 1. Dengan itu. sama ada pada tahap yang sangat memuaskan. PENGUJIAN DAN PENILAIAN Rajah 1.TAJUK 1 PENGUKURAN. Hasil penilaian ini akan menunjukkan pencapaian akademik pelajar mengikut gred yang diberikan.3. Selain itu. seperti pemilihan dan penempatan. guru dapat mengenal pasti kemajuan seseorang pelajar. supaya ia lebih bersesuaian dengan keperluan pelajar atau mengulang pelajaran dengan menggunakan strategi yang sama dan sebagainya.2 Pencapaian Penilaian yang dijalankan pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran dapat memberikan maklumat tentang tahap penguasaan para pelajar terhadap pengetahuan. penilaian ini juga dapat memberi maklum balas tentang masalah yang dihadapi pelajar dalam pembelajaran. seperti cemerlang. Pengesanan kemajuan pelajar secara berterusan ini akan memberi maklum balas kepada guru tentang masalah yang dihadapi pelajar. lemah atau tidak ada sebarang kemajuan langsung. guru dapat mengenal pasti pelajar yang cepat/cergas. Tingkatan 3 (PMR) dan Tingkatan 5 (SPM). Tanpa bantuan khas ini.

3. iaitu motivasi daripada luar.PENGUKURAN. iaitu motivasi daripada dalam diri pelajar itu sendiri. guru juga dapat memilih pelajar untuk dikelompokkan dalam sesuatu kumpulan berasaskan tahap penguasaan mereka. perbendaharaan kata dan sebagainya. Misalnya. Rajah 1. Contohnya. PENGUJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 1 1. Dalam keadaan ini. tujuan penilaian ialah untuk memilih dan menempatkan pelajar mengikut penguasaan pengetahuan dan kemahiran mereka. Setiap pelajar sepatutnya mempunyai motivasi untuk belajar dan ia mungkin bersifat intrinsik/dalaman. Selain itu. keputusan pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran sains memungkinkan ditempatkan dalam aliran sains atau mengikut kecenderungan seseorang murid berkenaan. akan memperoleh pencapaian yang baik dan seterusnya akan dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. 1. Selain motivasi yang bersifat intrinsik ini.4 Bimbingan dan kaunseling Penilaian juga dapat digunakan untuk tujuan bimbingan dan kaunseling kepada pelajar yang memerlukannya. seseorang guru Bahasa Melayu yang akan mengajar pelajar bukan penutur asli bahasa Melayu. Misalnya. guru perlu menempatkan mereka mengikut tahap penguasaan masing-masing dan seterusnya merancang dan melaksanakan pengajaran mengikut keperluan mereka yang berbeza-beza itu. Sekiranya penguasaan mereka berbeza. Maklumat ini penting untuk guru membuat keputusan dalam menentukan peringkat yang bersesuaian untuk memulakan pengajaran. perlu mengetahui aspek pengetahuan dan kemahiran manakah yang telah mereka kuasai. terdapat pula motivasi yang bersifat ekstrinsik/luaran.3 Pemilihan dan Penempatan Penilaian adalah penting sebelum pengajaran dan pembelajaran bermula kerana guru perlu meninjau sejauh manakah pelajar-pelajarnya menguasai pengetahuan dan kemahiran asas kepada tajuk yang hendak diajar. seperti tatabahasa. tujuan penilaian juga ialah untuk memilih dan menempatkan pelajar mengikut aliran tertentu.5 : Bimbingan dan kaunseling 14 OUM .3. Selain memulakan sesi pengajaran. mereka yang belajar disebabkan ingin mengetahui sesuatu dengan mendalam. seperti dorongan daripada ibu bapa/rakan sebaya atau nasihat daripada guru/guru besar.

Secara umumnya. Ketiga-tiga bentuk pengukuran ini bertujuan mengesan penguasaan secara serta-merta. Secara mudah. Pihak Kementerian mendapat maklum balas yang tepat tentang pencapaian objektif sukatan pelajaran. Pelajar yang mendapat keputusan cemerlang akan terus berusaha untuk mengekalkan pencapaian mereka dengan semangat yang tinggi. Selain itu. maklumat tentang kelemahan pelajar dapat membantu guru untuk memberi bimbingan. maklumat penilaian ini dapat menunjukkan tahap penguasaan mereka terhadap sesuatu tajuk pelajaran. 1. pelajar-pelajar yang lemah akan dapat mengenal pasti kelemahan mereka dan seterusnya dapat memperbaiki kelemahan tersebut. Melalui maklum balas yang ditunjukkan oleh pelajar. maka pengubahsuaian sukatan pelajaran serta pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh dilakukan.TAJUK 1 PENGUKURAN. penilaian juga dapat memberikan maklumat yang jelas kepada pihak penggubal dasar. OUM 15 . Hasil penilaian juga dapat memberikan input kepada guru tentang keberkesanan pengajarannya.5 Tujuan Lain Penilaian Selain tujuan yang dinyatakan di atas. Daripada maklumat yang diperoleh. Seterusnya. khususnya penggubal kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia. guru boleh menelah tahap kesediaan pelajar untuk menerima pengajaran atau sebaliknya. pengukuran yang dijalankan di bilk darjah dapat dibuat melalui tiga bentuk. iaitu : (i) pemerhatian. jari-jemari dan penumpuan pelajar kepada guru. Sekiranya maklum balas yang diperoleh tersebut menunjukkan terdapat kekurangan yang ketara dalam mencapai objektif tertentu. guru dapat menilai sama ada pengajarannya berkesan atau sebaliknya. (ii) lisan dan (iii) penulisan. maka jelas menunjukkan strategi pengajarannya kurang berkesan. mata. Memulakan pengajaran mengikut kesediaan pelajar adalah amat penting untuk memastikan pelajar mempunyai keyakinan dan keupayaan asas untuk mengikuti sesi pengajaran dan seterusnya memudahkan mereka menguasai kemahiran yang hendak diajar. Kepada pelajar pula. seperti memberikan tumpuan yang lebih atau menghantar anak-anak mereka ke kelas tuisyen dengan harapan pencapaian anak-anak mereka akan meningkat. mereka akan mengetahuinya dan dengan sendiri mereka akan memberi tumpuan kepada perkara yang mereka kurang kuasai. kepada ibu bapa.3. tentang kurikulum yang digunakan di sekolah-sekolah. yang memerlukan pengubahsuaian segera bagi memperbetulkan keadaan. tunjuk ajar atau kaunseling untuk menangani masalah mereka dengan cara yang lebih berkesan. penilaian juga penting dalam menentukan kesediaan pelajar untuk mempelajari sesuatu kemahiran baru. Sebaliknya. penilaian guru dapat memberikan maklum balas tentang kemajuan dan pencapaian anak-anak mereka dalam semua mata pelajaran dan juga dalam aspek sahsiah. rata-rata pelajar tidak dapat menguasai sesuatu yang diajar. yang dibuat melalui pemerhatian ke atas keadaan fizikal pelajar. Sekiranya. Malah. PENGUJIAN DAN PENILAIAN Penilaian ini yang dijalankan dari masa ke masa dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar dengan lebih gigih supaya memperoleh pencapaian akademik yang lebih baik. Ibu bapa dapat mengambil tindakan sewajarnya. seperti tangan. jadual di bawah menunjukkan bentuk-bentuk pengukuran berkenaan. Penilaian ini dijalankan guru sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Seandainya mereka lemah dalam sesuatu tajuk. mengesan kemajuan dan mengesan pencapaian pelajar. sama ada telah dapat dicapai dengan jaya atau sebaliknya.

seperti senarai semak atau skala kadar.PENGUKURAN. Mengesan Kemajuan Pengukuran dan penilaian ini bertujuan untuk mengesan kekuatan dan kelemahan pelajar selepas beberapa sesi pembelajaran. Pengukuran dijalankan secara lisan. Jika perlu guru boleh merekodkan segala perlakuan yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajarnya. guru akan memberikan bimbingan.Seperti juga mengesan kemajuan. Guru perlu merekod dan melaporkan pencapaian pelajar dan memberikan tindakan susulan jika perlu. dan juga memberi tindakan susulan jika perlu. Guru perlu merekodkan pencapaian pelajar dan seterusnya mengambil tindakan susulan yang mengikut keperluan pelajar. Mengesan Pencapaian Pengukuran dan penilaian ini bertujuan mengesan pencapaian selepas beberapa sesi pembelajaran. guru perlu merancang dengan teliti untuk mengadakan ujian secara individu dengan menggunakan alat seperti senarai semak atau skala kadar. menilai pergerakan fizikal dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani atau amali dalam Pendidikan Islam. Guru akan merekodkan maklumat jika perlu dan seterusnya mengambil tindakan susulan mengikut keperluan setiap pelajar.Guru boleh merancang sama ada untuk mengadakan aktiviti secara individu atau secara kumpulan. Misalnya. Mengesan Pencapaian Pengukuran dan penilaian ini bertujuan untuk mengesan pencapaian pelajar selepas beberapa sesi pengajaran dan pembelajaran. Jika perlu guru hendaklah merekodkan segala perlakuan yang ditunjukkan oleh pelajar. Guru perlu merekod dan melaporkan pencapaian pelajar. perbincangan atau kuiz secara lisan. kuiz dan hafazan. Misalnya.Penilaian dapat dijalankan dengan teliti sama ada menilai secara individu atau dalam kumpulan melalui alat tertentu. menilai kemahiran pergerakan fizikal dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani atau amali dalam Pendidikan Islam. teguran dan nasihat kepada pelajar. teguran dan nasihat sekiranya pelajar melakukan kesilapan semasa latihan.3 : Pengukuran Secara Pemerhatian Mengesan Serta-merta Pengukuran dan penilaian ini dijalankan dengan tujuan mengesan penguasaan hasil pembelajaran dengan serta-merta. pujian harus diberikan kepada pelajar yang dapat menjawab atau berbincang dengan baik. 16 OUM . Mengesan Kemajuan Pengukuran dan penilaian ini dibuat untuk mengesan kekuatan dan kelemahan pelajar selepas beberapa sesi pembelajaran. Seterusnya. guru akan memberikan bimbingan. PENGUJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 1 Jadual 1. sebaliknya. Pengukuran dijalankan dengan cara memerhati sikap dan perlakuan murid dalam memperlakukan aktiviti yang dijalankan dalam bilik darjah. jika perlu. mengesan pencapaian memerlukan guru merancang dengan teliti untuk mengadakan ujian secara individu. Seperti juga mengesan kemajuan.4 : Pengukuran Secara Lisan Mengesan Serta-merta Pengukuran dan penilaian ini bertujuan untuk mengesan penguasaan objektif pengajaran dengan serta-merta dalam bilik darjah. Menilai kefasihan menghafal melalui aktiviti bacaan kuat. menilai bacaan murid dalam Bahasa Melayu dan menghafaz dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. seperti senarai semak. Sebaliknya. untuk mengesan pencapaian. Seterusnya. Jadual 1. pujian harus diberikan kepada pelajar yang telah melakukan latihan dengan betul. skala kadar atau rekod anekdot.Guru perlu merancang sama ada mengadakan aktiviti-aktiviti ini secara individu atau secara kumpulan. Misalnya. lakonan dan bercerita. seperti menilai kebolehan pelajar bertutur melalui soal-jawab lisan.Pengukuran dapat dijalankan dengan guru merancang dengan teliti sama ada pengukuran dan penilaian dibuat secara individu atau secara kumpulan dan menggunakan alat tertentu seperti senarai semak atau skala kadar. menilai kemahiran bertutur melalui aktiviti syarahan. Begitu juga. Misalnya. Ujian dijalankan dengan bantuan alat ujian lisan yang sesuai.

Latihan 1. kebolehan. misalnya. Bagaimanakah penilaian dapat membantu memperbaiki pengajaran dan pembelajaran? Nyatakan ciri-ciri: (a) Pengujian (b) Pengukuran (c) Penilaian RUMUSAN Dalam bab ini anda telah didedahkan dengan konsep pengujian. Perlu ditegaskan sekali lagi bahawa guru berperanan penting dalam mengesan perkembangan. Melalui aktiviti penilaian. Mengesan Pencapaian Pengukuran dan penilaian ini bertujuan untuk mengesan pencapaian selepas beberapa sesi pengajaran dan pembelajaran. Pengukuran dibuat melalui pemerhatian seperti juga untuk tujuan mengesan kemajuan. pengukuran dan penilaian. guru menilai pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran berbahasa pelajar melalui kerja yang dihasilkan pelajar. teguran atau nasihat. kemajuan dan pencapaian para pelajar dalam bilik darjah. OUM 17 . Guru perlu merekodkan perlakuan pelajar dan mengambil tindakan susulan mengikut keperluan pelajar.Guru perlu merancang dengan teliti sama ada pengukuran perlu dibuat secara individu atau secara kumpulan. dengan menggunakan alat tertentu seperti senarai semak. misalnya. Mengesan Kemajuan Pengukuran dan penilaian ini bertujuan untuk mengesan kekuatan dan kelemahan pelajar selepas beberapa sesi pembelajaran. Guru perlu merekod dan melaporkan pencapaian pelajar dan memberikan tindakan susulan jika perlu. menilai proses penulisan pelajar.5 : Pengukuran Secara Pemerhatian Mengesan Serta-merta Pengukuran dan penilaian ini bertujuan mengesan pembelajaran secara serta-merta. sekiranya pelajar melakukan kesilapan.Guru perlu merancang dengan teliti sama ada pengukuran dibuat secara individu atau secara kumpulan. guru akan memberikan bimbingan. 2. dan akhirnya melakukan tindakan susulan.3 1. Seterusnya. perbincangan turut menyentuh aspek aras ukuran serta kepentingan penilaian dalam bilik darjah. guru dapat memastikan perkembangan potensi individu secara menyeluruh agar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Di samping itu juga. PENGUJIAN DAN PENILAIAN Jadual 1.TAJUK 1 PENGUKURAN.Guru perlu merancang sama ada untuk mengadakan aktiviti secara individu atau secara kumpulan. Guru menentukan hasil pembelajaran bagi pelajar-pelajarnya serta merancang dan melaksanakan penilaian dan juga merekod segala maklumat yang diperoleh. Guru perlu merekodkan segala perlakuan yang ditunjukkan oleh pelajar.

Tujuan pengujian ialah untuk menentukan perubahan tingkah laku pelajar. 3.PENGUKURAN. 3. PENGUJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 1 GLOSARI Pengujian Proses/prosedur yang sistematik bagi mengukur pencapaian pelajar yang biasanya dibuat secara bertulis. Tujuan pengujian ialah untuk menentukan pencapaian pelajar dalam sesuatu sesi pembelajaran. Pengukuran Penilaian Pentaksiran UJIAN 1 1. lisan atau secara bertulis. kemahiran atau sikap. perbezaan ukuran dan mutalak. 1. Proses/prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam menafsir hasil pengukuran. 18 OUM . penguasaan kemahiran dan sikap pelajar. Jelaskan hubungan antara pengukuran dan skala. Berikan contoh ukuran yang menggunakan skala nisbah dan jelaskan nilai pemeringkatan. Mengapakah proses penilaian dijalankan dalam bilik darjah? UJIAN 2 Skala nisbah mempunyai nilai pemeringkatan. Proses/posedur yang sistematik bagi mendapatkan maklumat dan membuat pertimbangan tentang hasil pembelajaran. 2. 2. Proses/prosedur yang sistematik bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar yang boleh dibuat secara pemerhatian. termasuk pencapaian akademik. Jelaskan maksud “nilai pemeringkatan” dan “nilai mutlak”. Bagaimanakah penilaian dapat membantu memperbaiki pengajaran dan pembelajaran? Nyatakan skala-skala pengukuran yang boleh digunakan dalam pengukuran dan pengujian dalam pendidikan. yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik. nilai perbezaan ukuran dan nilai mutlak bagi ukuran ini.

L. (8th. Merril. Kementerian Pendidikan Malaysia. N. Essential of psychological testing (3rd ed. PENGUJIAN DAN PENILAIAN RUJUKAN Cronbach. Educational evaluation.R. (2000). Gay.H (Ed. (2002). Penilaian dan pengujian Bahasa Malaysia: Penerapannya pada peringkat sekolah rendah. Measurement and assessment in teaching.) improving educational assessment and an inventory of measures of affective behaviour. Competencies for analysis and application. (1985). R. 2nd ed. (1975). Testing : What every parent should know about school tests. Penilaian kendalian sekolah. Popham. L. “Evaluation s enlightment for decision making” in Beatty. Pusat Perkembangan Kurikulum. Washington D.) New Jersey: Printice Hall. (1971).J. Stufflebeam.) New York: Harper & Row. (1991).TAJUK 1 PENGUKURAN. (2000). New Jersey: Printice-Hall Inc. W. W.C: ASCD. Penilaian di bilik darjah. Popham.E.J. Educational and evaluation and measurement. & Gronlund. OUM 19 .L. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. London: Allyn & Bacon. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ed. Mokhtar Ismail (1995).J. Charles E.L. D. (1970). W. Raminah Hj Sabran. Linn.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful