You are on page 1of 37

CERPEN “BERUK”

(dedikasi kpd semua bakal guru; yg ingin jadi guru tetapi


tidak berkesempatan, & semua guru yg sedia ada …moga
ada pengajaran)

(Nota: Terima kasih Pak Hj. Azizi di atas cerita yg “touching” ini.
Kami banyak gunakannya di dalam latihan keguruan.
Ppt disedia oleh Hj. Abd. Razak Othman;
diubahsuai oleh Pak Anjang Mail; Julai 2008)

1
BERUK
Azizi Hj Abdullah
Dewan Bahasa, Disember 1970

2
Pukul lapan tiga puluh minit
masing-masing masuk bertugas.
Cikgu Sunan masuk ke dalam
darjahnya, darjah lima.

Ketua darjah melaung kuat suruh


murid-murid bangun. Masing-
masing bangun, tapi sama seperti
berbaris tadi. Malas. Cikgu Sunan
tidak ambil pusing hal itu. 3
Separuh masa sudah berlalu. Cikgu
Sunan membuat soalan kira-kira yang
lain. Tiba-tiba seorang murid masuk
senyap-senyap dan duduk di bangku
paling belakang. Dia terlewat datang.

Cikgu Sunan sedar. Dia memerhati


murid itu dengan pandangan tajam,
sehingga mata murid itu tidak kuasa
menentangnya.
4
Semakin lama Cikgu Sunan
memerhati, murid itu mulai gelisah.
Dia pura-pura mencari sesuatu di
dalam mejanya. Menggaru-garu betis
yang basah dengan air embun.

“Alias! Mari sini!” Cikgu Sunan


memanggil murid yang datang lambat
itu dengan bengis.
5
Murid yang bernama Alias itu bangun
lambat-lambat, kemudian melangkah
perlahan-lahan ke depan. Dia tahu, sebentar
lagi dia pasti akan menerima habuan. Dan
kawan-kawan yang lain pun sudah menduga
yang Alias akan menerima habuan. Begitu
selalunya.

“Berdiri di situ!” perintah Cikgu Sunan


sambil jari tunjuknya menunjuk ke tepi meja
tulis. Dia kembali menulis soalan-soalan di
papan hitam. 6
Alias berdiri di tepi meja dengan hati yang
berdetap-detap. Bimbang.Takut. Gentar. Dia
tidak dapat menduga apakah hukuman yang
akan dijatuhkan oleh Cikgunya nanti akibat
dia datang lambat.

Tapi kali ini dia bercadang, dia akan


berterus terang saja. Dia akan bercakap
benar walaupun tidak diterima oleh Cikgu
Sunan.

7
“Mari dekat sini, Lias!” perintah Cikgu
Sunan apabila dia selesai menulis soalan.
Punggungnya yang lebar itu dihentak ke
kerusi.

Murid yang bernama Alias ini mendekat


sedikit. Dia cuma memakai seluar dan baju
tanpa dua biji butang bawah. Rambutnya
tidak disikat. Berkaki ayam. Betisnya
bercalar-calar diguris oleh duri lorong denai
yang dilaluinya.
8
Cikgu Sunan memerhati dari atas ke
bawah. Jijik sekali. Rupa bentuk dan pakaian
muridnya ini sungguh-sungguh tidak berbeza
sejak darjah empat dulu lagi.

Alias tidak berani memanggung kepala


apabila Cikgu Sunan memerhatinya tanpa
berkata sepatah pun. Kaki kanannya
menenyeh-nenyeh kaki kiri. Gatal. Jarinya
memintal-mintal kaki seluarnya yang lusuh
itu.
9
“Kenapa kau datang lambat?” Akhirnya
Cikgu Sunan bersuara.

Alias tidak menjawab. Dia tahu walau


bagaimana benar sekalipun jawapannya, dia
akan kena habuan juga. Dia tahu hukuman
yang akan dijatuhkan kepadanya bukanlah
berdasarkan sebab-sebab sama ada
rumahnya jauh atau aral yang lain. Tapi
kerana dia datang lambat.
10
“Hei beruk! Saya tanya kenapa kau datang
lambat?” Cikgu Sunan hampir-hampir
memekik.

Alias diam. Dia masih tunduk juga.


Panggilan “beruk” kepadanya bukanlah
sekali itu sahaja dan bukan sekadar cikgu
seorang.

Di sekolah dia sudah masyhur dengan


panggilan “beruk” sebab dia membela 11
seekor beruk.
“Pandang sini!” sergah Cikgu Sunan sambil
mengangkat dagu Alias dengan pembaris
panjang.

Alias memanggung kepala.


“Saya tanya kepada kau datang lambat?”

Dengan suara tergagap-gagap bercampur


takut, Alias menjawab, “Beruk…beruk…saya
putus rantai , cikgu!”.

12
“Haaa, kalau dah putus apa yang kau
buat?”. Cikgu Sunan bertanya keras.
Memang dia tidak pernah beri muka kepada
murid-muridnya.

“Saya cari, cikgu!”.


”Dah jumpa?”.
Alias angguk. Tersenyum.

“Sebab itu kau datang lambat?”


Angguk juga.
13
”Kau lebih pentingkan beruk daripada
sekolah ya? Sebab tu kau pun macam
beruk”. Cikgu Sunan berleter. Muka Alias
dipandang dengan jijik.

“Saya sayangkan beruk saya cikgu. Dia


kawan baik saya!” kata Alias dengan jujur.

14
Marah Cikgu Sunan naik meluap.
Jawapan Alias itu sungguh menyakitkan
hatinya. Dia menggaru-garu. Tubuhnya kurus
Alias dipandangnya, bagai seekor semut.

“Kau nak main-mainkan saya, ya?” Cikgu


Sunan menahan marah. Matanya bersinar-
sinar.

“Tidak cikgu, saya…”


15
“Sudahlah!” Tiba-tiba Cikgu Sunan
menempik, Serentak dengan itu satu
penampar kuat hinggap di telinga kanan
Alias.

Alias terhuyung-hayang. Tapi tidak


mengangis. Telinganya terasa bengang.
Pendengarannya berdengung. Mukanya
merah.

Dengan langkah yang lesu dia kembali


duduk di kerusi. Kawan-kawan diam
membisu. Masing-masing menumpukan 16
“Cuba kamu tengok beruk tu! Tak malu.
Malas! Kamu semua jangan jadi beruk
macam dia!” Cikgu Sunan bersyarah kepada
murid-muridnya yang lain.
Murid-muridnya diam membisu. Sekali-
sekala mereka berpaling melihat Alias yang
malang itu. Tapi pada Alias macam tidak ada
apa-apa yang terjadi. Kalau tadi dia asyik
tunduk, kali ini dia memanggung mukanya
dan berwajah tenang. Begitu pun di kelopak
matanya ada air yang bertakung.
17
Tiga hari sesudah itu Alias tidak datang ke
sekolah. Daripada desas desus murid-murid
yang lain, Cikgu Sunan mendapat tahu Alias
sudah berhenti.

Dengan tiba-tiba, dada Cikgu Sunan


diserkup sayu. Sedih dan kasihan. Dia terasa
macam ada suatu dosa yang telah
dilakukannya terhadap Alias.

18
Beberapa ketika dia termenung. Dia tahu
perbuatannya salah dari segi undang-
undang. Tapi hari itu dia sungguh tidak
tahan. Alias telah ponteng bukan sekali dua.
Apabila ditanya cuma beruknya saja yang
menjadi alasan. Mana hati tidak geram.

Tapi apabila dia mendapat tahu bahawa


Alias berhenti, perasaan hibanya tidak dapat
dikawal lagi. Dia berasa tanggungjawabnya
pula untuk menarik Alias supaya belajar
semula hingga tamat. Dia menyesal.

19
Tengah hari itu Cikgu Sunan tidak terus
pulang ke rumahnya. Selepas bertugas dia
meminjam basikal seorang muridnya dan
terus pergi ke rumah Alias yang terletak
sejauh empat kilometer itu. Dia tidak
memberitahu guru besar. Biarlah hal itu dia
selesai sendiri.

Untuk sampai ke rumah Alias, Cikgu


Sunan terpaksa melalui lorong sempit yang
boleh dikatakan denai. Di kiri kanan lorong
itu banyak pokok “keman malu” dan
senduduk. Berlopak-lopak. Tidak ada orang 20
lalu-lalang.
Kampung tempat tinggal Alias sangat-
sangat terpencil. Sekali-sekala terlintas juga
di hati Cikgu Sunan, bahawa memang patut
Alias tidak datang selalu ke sekolah. Kalau
dia sendiri pun jadi Alias dia tentu tidak
datang ke sekolah. Sekali lagi perasaan
menyesal menumbuk di hatinya kerana
perbuatannya itu tidak diselidik lebih dulu.
Akhirnya sampai juga Cikgu Sunan. Dia
terpaksa menyeberangi sebatang titi
melintasi sebuah parit yang selebar tiga
21
meter.
Alias tidak ada. Berkali-kali Cikgu Sunan
memanggil, tapi senyap saja. Tiba-tiba
seorang tua menjenguk dari lubang tingkap.
Orang tua itu menjemput Cikgu Sunan
naik.

Cikgu Sunan menolak perlawaan itu, tapi


berkali-kali pula orang tua itu
menjemputnya. Akhirnya Cikgu Sunan
mengalah apabila orang tua itu memberitahu
yang dirinya lumpuh, tidak dapat turun. 22
Sekali lagi rasa sebak menyerang dada
Cikgu Sunan. Rupa-rupanya kesulitan Alias
berbagai-bagai jenis. Terasa mahu dikerat
tangan yang ganas itu.
“Alias ke mana mak cik?” tanya Cikgu
Sunan.

“Entah, dia turun dari rumah tadi pukul


sepuluh. Katanya dia nak petik buah kelapa
di hujung kampung”.

“Dia panjat pokok kelapa?”


23
“Takkk, dengan beruknya tulah. Itulah
pencariannya sejak mak cik lumpuh,” terang
ibu Alias dengan hiba. Di atas alang rumah
itu terdapat buku-buku Alias. Dindingnya
tembus di sana sini.

Tidak ada apa yang boleh dinamakan


perhiasan. Cuma satu cermin bulat sebesar
tempurung jantan.

24
“Dah lama mak cik lumpuh?”
tanyanya.
“Dah hampir setahun,” terang orang tua
itu lagi.
Cikgu Sunan yang duduk di muka
pintu sahaja itu mengangguk-angguk.
Rasa simpati kepada Alias semakin
tebal.
“Saya datang ni nak tau. Mengapa
Alias tak ke sekolah lagi?”.
“Entahlah. Katanya dia tak ke
sekolah lagi. Telinganya sakit”. 25
Cikgu Sunan termenung panjang. Wajahnya
berkerut. Sedang dia termenung itu tiba-tiba
dia melihat Alias pulang, beruknya di atas
bahu. Alias membimbit dua biji kelapa.
“Haa, itu pun dia dah balik,” kata Cikgu
Sunan dengan tersenyum.
Orang tua itu menjengguk dari lubang
tingkap. Dia menyambut kepulangan
anaknya dengan pandangan mata saja.
Lebih daripada itu dia tidak terdaya.
“Begitulah kerjanya setiap hari sejak
bapaknya meninggal,” kata orang tua itu
dengan sedih. 26
Alias yang sudah hampir sampai ke
rumahnya itu terhenti seketika apabila
melihat ada orang di muka pintu rumahnya.
Dia macam tidak percaya orang itu ialah
Cikgu Sunan. Tapi apabila dia sudah pasti
benar, segera dia melepaskan buah kelapa
yang dipegangnya. Beruknya diletakkan ke
tanah dan dia meluru mendapatkan Cikgu
Sunan. Dia senyum girang. Bersalam tangan.
Beruk yang ditinggalkannya itu
melompat-lompat. Berkereh-kereh bunyinya,
kerana orang yang berada di muka pintu 27
“Dia lama cikgu sampai ?” tanya Alias.

“Baru sekejap,” jawab Cikgu Sunan.

Keramahan Alias sungguh mengejut Cikgu


Sunan. Beruk yang ditinggalkan oleh Alias di
halaman rumahnya itu melompat-melompat
dengan suara garang.
Alias menempik beberapa kali supaya
diam, tapi beruk itu tetap melompat juga.
Dia tidak kenal orang itu guru kepada
tuannya. 28
Cikgu Sunan terpandang telinga kanan
Alias. Telinga itu merah dan bengkak
nampaknya. Dari lubangnya meleleh
benda putih.

“Dekat sini Alias,” kata Cikgu Sunan


dengan lembut.

Alias mendengar kata-kata itu


berlainan sekali dengan perintahnya
semasa sekolah. Kata-kata itu macam,
kata-kata orang yang menyayanginya.
Dia mendekatkan kepalanya kepada
Cikgu Sunan.
29
“Senget sedikit kepala kau”. Cikgu Sunan
berkata lagi. Alias menyengetkan
kepalanya. Cikgu Sunan memegang kepala
Alias dan menekannya sedikit untuk
memastikan telinga Alias yang sakit itu.
Tapi dengan tiba-tiba beruk yang sedang
marah-marah dan melompat-lompat di
halaman tadi, melompat naik lalu
menggigit tangan Cikgu Sunan. Beruk itu
menyangka orang itu akan menyakiti
tuannya.
Cikgu Sunan mengadu sakit. Tangannya
berdarah. Beruk masih bergelut.
30
Suasana menjadi kelam-kabut. Alias
menempik beberapa kali supaya beruk
berlalu. Tapi tempiknya tidak diendahkan
oleh beruknya. Beruk itu terus menyerang
Cikgu Sunan.

Demi untuk menyelamatkan Cikgu


Sunan, Alias mencapai sebatang lembing
yang digunakan untuk menghimpun buah-
buah kelapa, lalu dengan sekuat-kuat
hatinya dia meradak lembing itu ke perut
beruknya. Cuma itulah saja yang boleh
31
menyelamatkan gurunya.
Beruk yang garang itu menjadi lemah.
Terlentang di atas lantai. Sebelum
menghembus nafasnya yang terakhir, mata
hitamnya memandang kepada Alias dengan
sayu. Kelopak mata yang berbulu itu
tergenang air jernih.

Alias terpaku seketika. Ibunya juga tidak


berkata apa-apa. Cikgu Sunan menahan
darah di lengannya dengan sapu tangan.
Tapi darah yang keluar di lengannya tidaklah
32
sama dengan darah beruk yang telah
Suasana sepi. Cikgu Sunan memandang
Alias, Alias memandang beruknya bagai satu
mimpi. Dan ibu tua itu memandang anaknya
dengan satu tafsiran yang asing.

Alias tidak dapat menahan perasaannya.


Dia menangis tersedu-sedu. Air matanya
berderai keluar, jatuh menimpa di atas tubuh
beruk kesayangannya.

Dia bangun lambat-lambat. Matanya


memandang ibunya. Ibu tua itu tetap
membisu. Dia tersedu-sedu.
33
“Terima kasih Alias.” Tiba-tiba dalam
kesepian itu Cikgu Sunan berkata. Darah di
lengannya masih juga keluar.

“Cikgu sakitkah?” tanya Alias antara


sedu-sedannya.

“Tak mengapa, sikit saja. Err, saya balik


dulu Lias.” kata Cikgu Sunan, lalu turun dari
rumah itu.

“Cikgu, saya minta maaf’,” kata Alias


sebaik saja Ckgu Sunan memijak tangga 34

bawah.
“Tak apa…. tapi kau mau ke sekolah lagi?”
Alias duduk. Kaku. Sedih.

“Lebih baik kau ke sekolah hingga darjah


enam” Cikgu Sunan memberi nasihat.

“Saya tidak dapat ke sekolah lagi Cikgu.”


Tiba-tiba Alias menjawab sayu.

35
“Kenapa?”
“Beruk… Saya mencari makan dengan beruk itu
cikgu.”

Dada Cikgu Sunan bagai ditikam lembing


berkarat. Perkataan Alias benar-benar menusuk
hatinya. Barulah dia tahu, bahawa beruk itu
pada Alias merupakan tali perhubungan
nyawanya selama ini.
Dia melangkah pulang dengan dada yang
sebak. Tapi Alias yang terpaku di ambang pintu
36
lebih pilu lagi. ***
TAMAT CERITA BERUK

37

You might also like