P. 1
TOPIK 10

TOPIK 10

|Views: 119|Likes:
Published by John Chong

More info:

Published by: John Chong on Jun 05, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPT, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/05/2011

pdf

text

original

TOPIK 10

BAHAN DAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Objektif
1. Mengetahui bahan-bahan rujukan pelajaran dan panduan mengajar 2. Mengetahui bahan pengajaran alat mengajar 3. Mengaplikasikan bahan pembelajaran yang digunakan oleh murid 4. Menjelaskan sumber pengajaran dan pembelajaran 5. Menjelaskan organisasi sumber pengajaran dan pembelajaran

10.1 Kepentingan Sumber Pengajaran-Pembelajaran

i)

Kepentingan bahan rujukan guru
Guru mengkaji dengan teliti supaya dapat mengajar dengan tepat, membolehkan guru merancang persediaan mengajar dengan berkesan serta menyediakan alat bantu mengajar yang sesuai.

ii) Kepentingan bahan pengajaran guru
Membantu guru menyampaikan pelajarannya dengan tepat. Merangsangkan minat murid supaya menumpukan perhatian kepada pelajaran. Memudahkan guru menyampaikan pelajarannya. Dengan adanya alat bantu mengajar, guru tidak perlu menghuraikan sesuatu dengan menggunakan banyak perkataan. Dengan penggunaan alat bantu mengajar seperti cartacarta yang telah disediakan dengan maklumat-maklumat penting, guru dapat menjimatkan masa pengajarannya, kerana guru tidak perlu lagi menulis maklumat-maklumat itu diatas papan tulis.

iii)
(a) (b) (c) (d)

Kepentingan bahan pembelajaran
Membolehkan murid menghubungkaitkan di antara benda konkrit dengan fakta-fakta yang abstrak. Membantu murid memperkukuhkan ingatan. Muridmurid biasanya boleh mengiat sesuatu yang berbentuk konkrit lebih lama daripada bahan-bahan abstrak. Membantu murid menjalankan aktiviti pengayaan atau pemulihan. Membolehkan murid menjalankan kajian, melalui kaedah projek atau kaedah inkuiri-penemuan, dan membuat kesimpulan dengan menggunakan alat bantu mengajar. Menbantu murid menyediakan masalah secara sendiri dengan menggunakan alat bantu mengajar.

(e)

10.2 Kriteria-kriteria Dalam Pemilihan Sumber Pengajaran- Pembelajaran
Bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Mengandungi idea-idea dan rekabentuk yang asli dan bersendiri Menbantu guru dan murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Reka bentuk alat bantu mengajar hendaklah menarik dan berkesan Disediakan dengan perbelanjaan yang rendah dan dalam masa yang berpatutan Disediakan dalam saiz dan berat yang sesuai Mengandungi nilai-nilai murni yang tinggi

10.3 Cara-cara Menggunakan Sumber Pengajaran-Pembelajaran
Digantung di suatu tempat yang sesuai supaya semua murid boleh melihatnya denga mudah Guru harus memberi arahan yang tegas dan jelas sebelum alat bantu mengajar diedarkan kepada murid Tunjukkan alat bantu mengajar kepada murid-murid hanya pada ketika yang perlu Membimbing murid-murid membincang fakta-fakta penting Alat bantu mengajar yang telah selasai digunakan haruslah dikumpul balik dan disimpan dengan baik di tempat yang sesuai Alat bantu mengajar hanya digunakan untuk menbantu guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan ia tidak boleh menggantikan tempat guru

10.4 Konsep PengajaranPembelajaran Berasakan Bahan
Bahan pengajaran Bahan pembelajaran

10.5 Tujuan PengajaranPembelajaran Berasaskan Bahan
Meningkatkan keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta mencapai objektif pelajaran Mewujudkan komunikasi dan interaksi antara guru dan murid Membantu murid memahami konsep yang abstrak dengan lebih jelas Pengajaran yang bermakna, menarik serta berkesan. Peluang interaksi di antara murid adalah banyak

10.6 Prinsip PengajaranPembelajaran Berdasarkan Bahan
Dipilih berdasarkan kepada objektif yang ditentukan terlebih dahulu Sekiranya buku teks digunakan sebagai bahan pelajaran, kandungan hendaklah dibaca oleh guru terlebih dahulu Proses pengguanan bahan pelajaran dalam bilik darjah hendaklah dirancang mengikut langkahlangkah pelajaran yang akan disampaikan Aktiviti menilai keberkesanan penggunaan bahanbahan pelajaran hendaklah diadakan

10.6.1 Penggunaan Sudut dan Ruang Pembelajaran
Menjalankan aktiviti pengayaan dan pemulihan, aktiviti sokongan, aktiviti bacaan tambahan perbincangan bercerita dan aktiviti jual beli Mempamerkan bahan-bahan pelajaran dan hasil kerja murid-murid dalam kelas

10.6.2 Langkah Perlaksanaan PengajaranPembelajaran Bersasakan Bahan

10.6.3 Langkah-langkah PengajaranPembelajaran
1. Memberi arahan dan bimbingan kepada sekumpulan murid membaca kad bacaan yang disediakan dalam ruang bacaan. 2. Setiap orang murid diberikan kad bacaan. 3. Murid-murid disuruh membaca secara senyap dan cuba memahami kandungannya. Mereka boleh menggunakan kamus untik mendapat ertinya perkataan-perkataan yang susah. 4. Selepas membaca, murid-murid disuruh menjawab soalan-soalan dalam latihan kefahaman. 5. Guru menilai kefahaman membaca murid daripada jawapan mereka.

10.7 Garis Panduan Menyediakan Sumber Pengajaran- Pembelajaran
1. Perkara-perkara atau isi yang terkandung dalam sumver pengajaranpembelajaran haruslah tepat dan berkait rapat dengan isi pelajaran. 2. Bagi alatan berbentuk dua matra, gambar dan tulisan hendaklah cukup besar supaya semua murid dapat membacanya dengan jelas. 3. Untuk menimbulkan minat murid, gambar yang dilukis hendaklah berwarna. 4. Untuk menarik perhatian, rekabentuk alatan itu hendaklah kretif. 5. Sumber pengajaran-pembelajaran yang disediakan hendaklah ekonomikal, mudah disimpan dan dibawa serta mudah dipamerkan. 6. Bagi lembaran kerja, soalan-soalan yang diolah haruslah mengikut kebolehan kumpulan murid.

10.7.1 Kriteria Penyediaan Alat Bantu Mengajar Yang Berkesan

10.8

Organisasi Sumber Pengajaran-Pembelajaran

1.

2.

3.

4.

5.

6.

Disusun secara berasingan mengikut mata pelajaran dan diletak dalam tempat yang sesuai serta mudah didapati. Satu rekod senarai sumber pembelajaran hendaklah disimpan untuk rujukan Cara mengedar, mengutip dan menyimpan sumber pembelajaran hendaklah dijelaskan kepada murid Ruang bacaan hendaklah dilengkapkan denga buku-buku cerita Kerja penyusunan alat-alat dan bahan-bahan pembelajaran boleh diuruskan secara gotong-royong Ruang penyimpanan hendaklah disediakan almari, rak-rak dan kotak-kotak

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->