Hati Yang Kotor, Busuk dan Berkarat

Abdullah bin Abbas r.anhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Seseorang yang tidak ada sebahagian pun al-Quran dalam hatinya adalah seumpama rumah yang telah ditinggalkan kosong.” (Riwayat Tirmizi, Darimi & Hakim) Rumah yang ditinggalkan kosong akan didatangi oleh binatang liar. Binatang2 ini akan membuang najis2 mereka merata2. Maka rumah yang kosong itu akan lama kelamaan akan menjadi kotor dan busuk. Bayangkan rumah yang busuk dan kotor itu hati kita. Tidak bercahaya. Tidak bermaya. Abdullah bin Umar r.anhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “ Sesungguhnya hati-hati ini akan berkarat sebagaimana besi berkarat apabila terkena air”. Baginda ditanya, “Ya Rasulullah, apakah penggilapnya?” Rasulullah s.a.w bersabda, “Banyak ingatkan maut dan membaca al-Quran.” (Riwayat Baihaqi) Maka rajin2 lah kita berusaha gigih menanamkan cinta al-Quran di dalam hati kita. Jangan biarkan hati kita kosong busuk dan berkarat. Sayidina Uthman r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Yang terbaik antara kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.” (Riwayat Bukhari, Abu Daud, Tirmizi, Nasai dan Ibnu Majah) Bayangkan jika kita dianugerahkan pekerja terbaik dalam sebuah perusahan. Bayangkan jika kita adalah seorang pelajar yang terbaik didalam sebuah instituisi. Tentu skali ibu dan ayah kita akan berbangga dengan kejayaan kita. Mu’az al-Johani r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa yang membaca al-Quran dan beramal dengan apa-apa yang terkandung dalamnya maka kedua-dua ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari, sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini. Bayangkanlah bagaimana pula keadaan orang yang dirinya sendiri beramal dengan al-Quran?.” (Riwayat Ahmad & Abu Daud) Masya Allah...... Tetapi belum terlambat... Sayiditina Aishah r.anha meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Seseorang yang ahli dalam al-Quran akan berada bersama malaikat pencatat yang mulia dan jujur. Seseorang yang membaca al-Quran dengan tersekat-sekat dan bersusah payah untuk membacanya akan mendapat dua ganjaran.” (Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi & Ibnu Majah) Ayuh! Mari kita sama2 bersusah payah utk menanamkan al-Quran ke dalam hati kita. Ayuh! Mari kita sama2 berusaha gigih mempelajari al-Quran.

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri." (Quran Surah Ar-Ra'd, ayat 11) Ayuh! Kalau bukan kita, siapa lagi? Kalau bukan sekarang, bila lagi?

Master your semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master your semester with Scribd & The New York Times

Cancel anytime.