You are on page 1of 1

Rujukan Kami: OSDCMY/MOSC2011/SIL/KK/01

KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN
7 Jun 2011

Yang Berbahagia Tuan/Puan,

Jemputan untuk menjadi Peserta dalam Persidangan Sumber Terbuka Malaysia 2011

Open Source Developer's Club Malaysia (OSDC.my) bersama dengan Institut Perubatan dan Pergigian
Termaju, Universiti Sains Malaysia (AMDI-USM) dengan bangganya akan mengadakan Persidangan
Sumber Terbuka Malaysia 2011 (MOSC2011), yang akan diadakan dari 3 hingga 5 Julai 2011 di Bayview
Beach Resort, Batu Ferringhi, Pulau Pinang. Tema persidangan untuk tahun ini adalah “Innovating The
Change”

MOSC2011 akan menjadi platfrom perkongsian pengetahuan yang mengandungi dua haluan perbincangan
yang akan mewakili semua pihak yang terlibat dalam dunia Sumber Terbuka; iaitu pembangun perisian
termasuk komuniti Sumber Terbuka, dan juga sektor perniagaan. Persidangan ini mensasarkan penyertaan
daripada agensi kerajaan dan sektor perindustrian dan perniagaan, terutamanya dikawasan Utara Malaysia
seperti K-Perak, Koridor Utara, Pusat Teknologi Pulau Pinang, Taman Teknologi Kulim dan sebagainya. Ini
adalah peluang yang amat baik untuk kami memperkenalkan keupayaan teknologi Sumber Terbuka kepada
organisasi yang berkenaan.

Kami menjemput tuan/puan untuk menyertai lebih 500 pembangun perisian, perunding, pakar, dan
pengguna perisian Sumber Terbuka kerana persidangan ini mengandungi panduan yang akan lebih
mendalami teknologi disebalik inovasi Sumber Terbuka, dan lebih 40 sesi yang memfokuskan topik terkini
seperti perniagaan, pengkalan data, Java, Linux, Perl, PHP, Aplikasi Web, Keselamatan IT, Perkomputeran
Awan dan banyak lagi.

Oleh itu, kami amat berharap tuan/puan dapat menyertai persidangan ini untuk berkongsi pengalaman
dengan peserta dan pembentang berkenaan pembangunan Sumber Terbuka, sekaligus memberikan
sokongan tuan/puan kepada komuniti dan pembangun perisian. Kehadiran dan penyertaan tuan/puan
didalam persidangan ini juga akan memberikan peluang untuk tuan/puan berinteraksi dengan komuniti dan
pembangun perisian terbaik di rantau Asia Pasifik. Pendaftaran boleh dibuat di laman web
http://www.mosc.my/packages. Yuran penyertaan hanyalah RM 500.00 untuk kategori biasa.

Sekiranya tuan/puan memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi En. Sharuzzaman Ahmat Raslan di
alamat emel sharuzzaman@mosc.my atau melalui telefon di nombor 016 - 532 4867; atau Puan
Khairunnajah Abd Kadir di alamat emel khairunnajah@mosc.my atau melalui telefon di nombor 012 - 631
8980.

Sekian, Terima Kasih.

Harisfazillah Jamel
Presiden, OSDC Malaysia

Penganjur:
Pusat Bio-ICT, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, Universiti Sains Malaysia
No. 1-4, Persiaran Seksyen 4/2, Bandar Putra Bertam,
13200 Kepala Batas, Pulau Pinang
Telefon: +6012-631 8980 URL: www.mosc.my