You are on page 1of 3

DIALOG

1. Ketika sedang menunggu kenderaan bapa anda di pekarangan sekolah, anda dan rakan
anda telah berbual–bual tentang cara–cara menangani masalah buli di sekolah.

Tulis dialog anda selengkapnya. Panjang karangan mestilah tidak kurang daripada 80 patah
perkataan.

KERANGKA

 Ucap selamat
 Menyentuh isu buli
 Mengetatkan peraturan sekolah
- murid–murid yang terlibat dalam kes buli dikenakan hukuman berat
- menghubungi / memanggil ibu bapa untuk berbincang
- dirotan / digantung persekolahan / dibuang sekolah sebagai pengajaran.

 Memberi motivasi kepada murid–murid yang bermasalah / berpotensi membuli


 Memberi kaunseling
 Menempatkan pengawal keselamatan di sekolah
- Membantu pihak sekolah menangani masalah buli
- Menimbulkan rasa hormat dan takut dalam kalangan murid

 Membanyakkan aktiviti kokurikulum


- Aktiviti berkumpulan
- Pertandingan kuiz, sukan, gotong–royong

 Penutup perbualan

1
2. Seorang tokoh tersohor di kampung anda telah menerima Anugerah Usahawan Terbilang
peringkat negeri. Anda dikehendaki menemu ramah beliau untuk mengisi ruang kerjaya
dalam majalah sekolah.

Tulis temu ramah tersebut selengkapnya. Panjang karangan anda mestilah tidak kurang
daripada 80 patah perkataan.

KERANGKA

 Ucap selamat
 Bertanyakan khabar
 Ucapan tahniah atas kejayaan
 Menyatakan tujuan temu ramah
 Penglibatan awal
- Membantu bapa saudara mengusahakan projek ternakan ayam daging
selepas tamat pengajian di Universiti Putra Malaysia
- Banyak memperoleh pengalaman

 Bapa saudara kemudiannya mengusahakan projek ternakan ikan air tawar


- diberi kepercayaan mengambil alih projek tersebut
- berazam untuk berjaya

 Menghadapi masalah pada peringkat awal


- susah mendapatkan benih ikan
- sukar memasarkan ikan air tawar
- mendapat khidmat nasihat dan bantuan Jabatan Pertanian sehingga berjaya
mengatasi masalah

 Memasarkan ikan kepada peniaga pasar borong, pasar tani, pengusaha restoran,
dieksport ke negara–negara Asia dan Eropah
- mendapat keuntungan
- dapat meluaskan perniagaan
- merupakan antara pengeksport utama ikan air tawar ke luar negara

2
3. Anda sekeluarga tidak dapat pulang bercuti di kampung. Anda disuruh oleh ayah untuk
menelefon datuk anda di kampung memaklumkan perkara itu.

Tulis perbualan antara anda dengan datuk itu. Panjang karangan anda mestilah tidak kurang
daripada 80 patah perkataan.

KERANGKA

 Ucapan selamat dan bertanya khabar


 Meminta maaf dan menyatakan alasan
- ayah sibuk dengan kerja
- ibu juga sibuk, tidak dapat cuti
- anda ada kelas bimbingan
- terpaksa mengulang kaji kerana minggu ujian

 Menyatakan rasa rindu kerana sudah lama tidak berjumpa


- kali terakhir pulang pada bulan Januari

 Bertanya tentang musim buah–buahan


 Mencadangkan datuk dan nenek menjual buah–buahan
- tidak membazir
- boleh menambahkan pendapatan

 Akan pulang jika ayah dapat cuti


 Menyampaikan salam ayah dan ibu kepada mereka

You might also like