You are on page 1of 1

Kaum Cina

Orang Cina ialah orang Cina luar negara yang menjadi warganegara atau penduduk tetap di Malaysia . Kebanyakan mereka ialah keturunan pendatang dari China yang tiba di Malaysia sekitar abad ke-15 hingga pertengahan abad ke-20. Dua jenis pakaian yang dipakai oleh kebanyakan orang Cina ketika menyambut Tahun Baru Cina ialah cheongam dan samfu . Berikut memaparkan pakaian tradisional Cina yang dijelaskan dengan lebih lanjut lagi :-

y Cheongsam
Pakaian ini dipakai oleh wanita berketurunan Cina . Biasanya dipakai pada upacara-upacara tertentu seperti majlis perkahwinan dan semasa Tahun Baru Cina . Tetapi kini, pakaian ini jarang dipakai oleh wanita Cina di Malaysia kerana mereka lebih gemar memakai pakaian fesyen negara barat . Cheongsam dikatakan berasal daripada baju tradisional lelaki Cina yang labuk sampai ke kaki . Perkataan cheong sam dalam dialek Kantonis bermaksud baju labuh . Cheongsam dipercayai mula diperkenalkan semenjak revolusi di Negara Cina pada tahun 1911 . Baju ini asalnya labuh tetapi lama-kelamaan disingkatkan hingga ke paras lutut .

y Samfu
Samfu membawa maksud baju dan seluar dalam dialek Kantonis. Ia merupakan pakaian harian wanita keturunan Cina selain cheongsam . Ia digemari oleh wanita-wanita separuh umur dan bekerja di lading,lombong atau di rumah . Samfu diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus . Samfu turut dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan dengan samfu yang dipakai oleh wanita Cina . Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar baju Melayu . Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera .