You are on page 1of 4

TINGKATAN 3

1) Ada jalan • Mempunyai cara untuk menyelesaikan sesuatu 2) Air muka • Maruah diri atau rupa wajah seseorang 3) Air tawar • Air yang berperanan sebagai penawar setelah dijampi oleh bomoh 4) Alih angin • Berkunjung ke tempat lain untuk bekerja 5) Ambil alih • Pindah milik 6) Ambil bahagian • Menyertai 7) Ambil kesempatan • Mengambil peluang 8) Anak bangsa • Warganegara 9) Anak didik • Pengikut seseorang pemimpin 10) Anak tempatan • Orang yang berasal dari sesuatu tempat 11) Anak tunggal • Tidak mempunyai adik-beradik 12) Anak watan • Anak tempatan atau anak kelahiran negeri

13) Atas angin • Negara di sebelah Barat 14) Bahasa badan • Makna gerak geri badan seseorang 15) Bahasa menaik • Bahasa yang menegaskan sesuatu keadaan atau peristiwa yang beransur-ansur daripada yang kurang penting kepada yang lebih penting 16) Bahasa menurun • Bahasa yang menerangkan sesuatu keadaan secara ansur-ansur daripada yang penting kepada yang kurang penting 17) Bahasa terbalik • Bahasa yang diucapkan untuk mendidik 18) Bapa kandung • Bapa yang sebenar 19) Bawah angin • Negara-negara sebelah Timur 20) Bekerja keras • Bekerja kuat dan bersungguh-sungguh 21) Berat mulut • Tidak suka berkata-kata 22) Berhempas pulas • Berusaha dengan bersungguh-sungguh 23) Berputus asa • Putus harapan 24) Beri jalan • Membahagi idea atau cadangan .

25) Buta jawi • Tidak pandai membaca al-Quran 26) Dalam tangan • Sudah pasti akan diperolehi 27) Darah seni • Orang yang berbakat dalam bidang seni 28) Daya fikir • Kebolehan seseorang berfikir 29) Kacang hantu • Orang yang jahat 30) Langkah kanan • Bernasib baik 31) Langkah kiri • Tidak bernasib baik 32) Lembut hati • Tidak mudah marah 33) Makan angin • Bercuti ke sesuatu tempat 34) Membuka mata • Mengambil tahu akan sesuatu hal 35) Membuta tuli • Melakukan sesuatu secara melulu atau tanpa berfikir terlebih dahulu 36) Mengambil tahu • Mengambil berat .

37) Mengangkat bendera putih • Mengaku kalah 38) Orang lama • Orang yang mahir dan berpengalaman 39) Otak cair • Mudah memahami sesuatu perkara 40) Pandang ringan • Dianggap remeh-temeh 41) Pantang larang • Benda yang tidak boleh dilakukan 42) Pelosok dunia • Seluruh dunia atau setiap ceruk dunia 43) Pilih kasih • Dikriminasi 44) Pisau cukur • Orang yang suka mengikis duit orang lain 45) Tahi lalat • Bintik atau tompokan hitam pada kulit manusia 46) Ulat bulu • Lelaki yang gemar mengganggu gadis .