P. 1
Bab 1

Bab 1

|Views: 265|Likes:
Published by Norman Al

More info:

Published by: Norman Al on Jun 11, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/05/2014

pdf

text

original

PENDAHULUAN Latar Belakang Kajian Kajian ini membincangkan metode penulisan Kitab Al-Minhaj fi Sharh Sahih Muslim al-Hajjaj

oleh Imam al-Nawawi. Ia meneliti kaedah yang digariskan dalam mengupas dan membahaskan kefahaman hadith dan nas. Kajian ini menzahirkan kekuatan fiqh yang jelas dalam perbahasan dan perbincangan hadith yang diketengahkan dalam kitab Al-Minhaj. Ia membentangkan kefahaman hadith dan menarik faedah fiqh yang dibahaskan. Kitab syarah hadith oleh Imam al-Nawawi ini merupakan antara kupasan terbaik terhadap Sahih Muslim. Ia diakui sebagai karya terbaik yang menghadapkan perbincangan substantif terhadap hadith. Huraian yang dibentangkan diperkukuh dengan nas dan dalil fiqh yang tuntas. Pandangannya diperjelas dengan hujah dan tafsiran Ulama yang muktabar. Beliau turut membahaskan kedudukan perawi dan menilai jalur periwayatan yang dikemukakan. Syarahannya menggariskan kefahaman dan pemikiran hadith yang ideal dan menggarap hujah dan kefahaman fiqh yang mantap dalam perbahasan hukum dan mazhab. Kitab Sharh Sahih Muslim yang dihasilkan oleh Imam al-Nawawi ini menampilkan manhaj terbaik dalam perbahasan hadith al-riwayah dan al-dirayah. Ia menzahirkan kupasan terperinci terhadap manhaj penulisan dan kaedah riwayat yang dikemukakan oleh Imam Muslim. Beliau mengamati kaedah khusus yang diperkenalkan oleh Imam Muslim dalam mentajrih dan menta‘dil rawi, menilai periwayat dan menghalusi isnad di samping meninjau latar belakang periwayatan dan penyampaian hadith. Beliau meneliti usaha pembukuan hadith dari peringkat awal, menghuraikan kriteria yang ditentukan oleh Ulama untuk menilai kejituan dan keabsahan nas dan menzahirkan pandangan yang tuntas tentang kekuatan riwayat dan rijal. Syarahannya 1

Apakah perbezaan dalam manhaj yang digunakan oleh Imam al-Nawawi dengan Ulama-Ulama lain dalam menghuraikan kitab Sahih? Tujuan Kajian Kajian ini diusahakan bagi mencapai matlamat dan objektif-objektif berikut: 1. 2 . Masalah Kajian Permasalahan utama yang dibincangkan dalam tesis ini meliputi persoalan: 1. Meneroka pandangan dan pendirian Ulama Islam berhubung amalan jual beli dan perniagaan sebagaimana dibincangkan dalam Kitab al-Buyu‘. Apakah kaedah yang diambil oleh Imam al-Nawawi untuk mengupas dan menghuraikan hadith dalam kitab al-Buyu‘? 3. Mengenalpasti kaedah syarah yang digunakan oleh Imam al-Nawawi dalam menghurai dan mengupas nas-nas hadith yang terdapat dalam Kitab Sahih Muslim. mentafsir nas.menggarap kefahaman hadith yang jelas dengan kekuatan manhaj dan kecanggihan hujah dalam perbahasan nas. Apakah pendekatan dan metode yang digunakan untuk menghasilkan kitab Sharh Sahih Muslim? 2. 3. 2. mentarjih pandangan dan mengupas amalan dan syari‘at Islam. Apakah kaedah dalam menentukan tahap kekuatan sesuatu riwayat yang disampaikan? 5. Apakah kefahaman yang digarap dari perbincangan hadith yang dibentangkan dalam kitab al-Buyu‘? 4. Meneliti kaedah yang digunakan dalam membincangkan hukum.

Metodologi Kajian Metode Dokumentasi Kajian ini dikendalikan berasaskan kaedah kepustakaan dengan merujuk kepada bahan-bahan perpustakaan yang menyediakan data dan sumber-sumber maklumat bercetak dan elektronik berupa koleksi tesis. Memperluas kajian dan penerokaan dalam bidang syarah dan Manhaj alMuhaddithin. Membincangkan manhaj dalam membahas kekuatan hadith dan riwayat yang dikemukakan dalam Kitab Sahih. 5. kertas projek. 4. kitab-kitab hadith klasik. 2. Meningkatkan kefahaman terhadap ilmu syarah dan mustalah al-hadith.4. 7. Menghuraikan manhaj syarah yang dikemukakan oleh Ulama dalam mengupas dan merumuskan kefahaman hadith dan nas. 3. 6. 5. 3 . Sebagai asas dan landasan bagi melanjutkan penerokaan kepada hadith-hadith sahih. Kepentingan Kajian Antara faedah terpenting dan signifikan yang dirangkul dari kajian ini termasuklah: 1. Membandingkan manhaj yang dikemukakan oleh Ulama dalam menyusun kitabkitab syarah hadith yang muktabar. Mengemukakan kaedah syarah yang terbaik yang digarap dari perbincangan kitab Sharh Muslim oleh Imam al-Nawawi. Memperkukuh kefahaman hadith dan fiqh yang komprehensif. Mengemukakan pendekatan yang ideal dalam menghuraikan teks hadith.

html.net/nawawi. Ini 1 Monograf berupa kompilasi kertas-kertas persidangan yang dibentangkan dalam Seminar Pemikiran Islam Imam al-Nawawi (rad) anjuran JAKIM (1990) dan Persidangan Antarabangsa Al-Qur’Én dan Al-Hadith: Metodologi Tafsir dan Syarah anjuran UIAM (2006). monograf. http://en. Tesis sarjana (M. Godstone.com/biographies/nawawi. 3 Laman-laman web yang menyediakan rujukan dan penulisan berkaitan Imam al-Nawawiseperti laman http://www. 1998.central-mosque.htm dan lain-lain. Surrey.wikipedia. 1987.A. University of London. media elektronik3 termasuk internet dan salinan dokumentasi tidak bercetak yang lain yang mampu memenuhi keperluan penyelidikan dan menyediakan maklumat terperinci bagi tujuan dokumentasi dan pembukuan. kesimpulan dibuat dengan menilai pandangan dan pendapat yang diutarakan oleh Imam al-Nawawi dan analisis ijtihad yang dikemukakannya.org.Phil) saudari Khogali W. 2 Salinan mikro filem yang dibekalkan oleh British Thesis Service. berjudul The Life and Works of Muhyi al-Din al-Nawawi dari King’s College. Metode Analisis Data Memandangkan kajian ini bersifat deskriptif. Pendekatan deduktif pula diambil dengan meneliti teks dan fakta yang dikemuka dan membuat inferens berasaskan teknik taakulan dan pemerhatian dan interpretasi dari kenyataan dan pandangan yang disampaikan.1 mikroform2. Ia membuat pemerhatian rapi pada rangka teks dan dokumen yang dikaji. www. kertas persidangan dan sumber sejarah yang signifikan yang berkait dengan tajuk kajian dan projek penyelidikan yang dijalankan. jurnal. maka kaedah yang digunakan untuk mentafsir maklumat adalah melalui analisis kandungan. www.islamworld. Kajian ini turut menggunakan kaedah komparatif dan kontrastif bagi meneliti persamaan dan membandingkan perbezaan dalam pendekatan yang digunakan oleh Imam al-Nawawi dengan ‘Ulama lain dalam menghurai Kitab Sahih Muslim. Penyelidikan diusahakan dari bahan terpenting kumpulan data primer dan sekunder berupa dokumen sejarah dan penerbitan ‘ilmiah. Kajian ini menggunakan kaedah induktif dan deduktif untuk memproses dan mengolah data. 4 . Rangka kajian dibangun mengikut kaedah saintifik yang bersifat integratif dan tematik dan fokus kajian tertumpu pada Kitab Al-Minhaj fi Sharh Sahih Muslim al-Hajjaj.nawawi.makalah ‘ilmiah.org/wiki/Nawawi. Melalui kaedah induktif.

Ia meninjau metode yang digunakan oleh Imam al-Nawawi dalam mengupas dan menghuraikan isnad. Fokus perbahasan tertumpu pada perbincangan yang dikemukakan dalam Kitab Al-Buyu‘. Ia mengupas pandangan Ulama dalam membincangkan kefahaman isnad dan riwayat dan menzahirkan hujah yang tuntas dalam perbahasan hadith dan nas. Bidang dan Ruang Lingkup Kajian Bidang kajian ini adalah dalam ruang perbahasan metodologi Muhaddithin yang membincangkan metode syarah hadith yang dikemukakan oleh Imam al-Nawawi dalam huraiannya terhadap Kitab Sahih Muslim. Kajian ini turut membahaskan pandangan jumhur dalam mentarjih dan mengemukakan hujah fiqh yang berkesan. Kajian ini meneliti pendapat yang dikemukakan oleh Imam al-Nawawi dalam mentarjih dan merumus pandangan hukum dan menghuraikan kaedah fiqh dan istinbat.berguna bagi memahami cara penyampaian dan tafsiran hadith oleh Imam dan mengenalpasti serta mengesan pendekatan beliau dalam merumus dan mentakwil nas. membahaskan kefahaman hukum dan mentarjih pandangan mazhab. Ia mengkaji pendekatan Imam dalam menghuraikan kefahaman hadith dan nas. Kitab Al-Buyu‘ ini mengemukakan analisis khusus dalam perbahasan fiqh almu‘amalah yang menzahirkan metodologi syarah yang signifikan dalam perbincangan hadith. 5 .

Hamzah et al. Al-Nawawi (631–676 H/1233-1277 M): Beliau ialah Muhy al-Din. Bermaksud sistem atau aturan. Tulisan pengarangnya yang asli. Iskandariah: Muassasah Shabab Jami’ah. 385. 2. 3. (1953). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Taharin eds. Ibn ‘Attar. 6. Hasan Hj. 8 Ibid. pengkajian.8 Perkataan kitab yang dimaksudkan di sini ialah sebuah bahagian yang dipecahkan mengikut tajuk dalam perbincangan-perbincangan besar terhadap hadith-hadith yang dikemukakan dalam Kitab Sahih Muslim. 6 . penelitian. cet. Tesaurus Bahasa Melayu. 4 5 Noor Ein Mohd Noor et al. 5. Kamus Za‘ba. hal. Kitab: Buku yang mengandungi ajaran atau hukum. Abu Zakariyya. 4. penyiasatan.Pengertian Tajuk Berikut menghuraikan maksud dan pengertian tajuk disertasi: 1. hal. hal. pemeriksaan. penilaian.. Yahya bin Sharaf bin Muri bin Hasan bin Husain bin Muhammad bin Jumu‘ah bin Hizam al-Hizami al-Nawawi al-Hawrani al-Dimashqi. Tesaurus Bahasa Melayu Dewan Edisi Baharu.6 Iaitu pengkajian yang dilakukan oleh peneliti dari data yang diperoleh melalui penelitian lapangan atau daripada pengumpulan teks. Analisis: Pencerakinan. Shah Alam: Pustaka Antara Books Sdn. penghuraian. hal. 2. Bhd.5 Imam al-Nawawi adalah tokoh yang dibahaskan dalam kajian ini. penyelidikan. (2005). 1129. ‘Ala’ al-din ‘Ali ibn Ibrahim (1991). (2004).7 Teks yang dikaji dalam penyelidikan ini ialah Kitab Al-Minhaj fi Sharh Sahih Muslim alHajjaj.4 Iaitu kaedah yang menjadi pertimbangan untuk dianalisa. Metode: Disebut juga dengan istilah metodologi atau metodik. 6 Mashitah Bt. 27. hal. 7 Hj. 39. Sharh Muslim: Adalah kitab syarah kepada Sahih Muslim karya Imam alNawawi. 641. Teks: Kandungan bahagian isi. Singapore: Times Books International. Tuhfat al-Talibin fi Tarjumat al-Imam Muhyi al-Din.

Kajian ini secara khusus akan menyumbang dalam memberikan huraian dan kupasan terperinci terhadap kitab Al-Minhaj fi Sharh Sahih Muslim al-Hajjaj. Buku Sharh Sahih Muslim li al-Imam al-Nawawi.7. Projek penterjemahan karya-karya Imam alNawawi turut diusahakan oleh ramai pemikir agung dari dunia timur dan barat. cuma terdapat beberapa kajian ringkas yang menyentuh tentang kupasan dan syarahan hadith dalam kitab Sahih. Merupakan nama kepada sebuah bahagian dari kumpulan tajuk besar yang dikemukakan dalam Kitab Sahih Muslim. Ditahqiq oleh al-Fadil Shaykh Khalil al-Maiys. Kajiankajian lain tertumpu pada perbincangan fatwa dan pemikiran beliau dalam ilmu fiqh dan usul yang banyak dihasilkan di Eropah. dan sumbangan serta pengaruhnya dalam ilmu hadith dan fiqh. Muhyi al-din Abu Zakariyya Yahya bin Sharaf. Khalil al-Maiys (ed. Kajian lain tertumpu pada biografi Imam al-Nawawi. Beirut: Dar alQalam. Tinjauan Literatur Merujuk pada kajian perpustakaan dan penelitian semula hasil-hasil penulisan yang berkait dengan perbahasan yang dikemukakan dalam disertasi ini. belum terdapat teks yang membuat penerokaan menyeluruh tentang manhaj syarah yang dikemukakan Imam al-Nawawi dalam Sahih Muslim. sepanjang pengetahuan penyelidik. Sharh Sahih Muslim. Penulisan-penulisan ini amat penting bagi membantu penyelidik merungkai dan menggalur semula idea-idea yang terhasil dan merumuskan penemuan dan fakta baru yang diperoleh tentang Imam al-Nawawi.9 9 Al-Nawawi. Berikut adalah beberapa kajian yang membincangkan sumbangan Imam al-Nawawi terhadap ilmu hadith dan pemikiran syarah yang dikemukakannya secara am: 1. 7 . Al-Buyu‛: perkataan Jama‛ (banyak) yang diambil daripada perkataan al-bay‛ bermaksud jual beli.). (1993).

beliau telah berhasil memperbaiki dan memperbaharui tatacara penyusunan kitab Sharh berdasarkan naskhah yang disunting sebelumnya oleh Shaikh Muhammad Fu’ad ‘Abd al-Baqi. Justeru penulisan ini akan membahaskan manhaj dan ittijahat syarah yang komprehensif yang dizahirkan oleh Imam al-Nawawi dalam kitab al-Minhaj dan membandingkan pendekatannya dengan kaedah syarah yang digariskan Ulama hadith yang lain. seperti Imam al-Suyuti. al-Hafiz Ibn Hajar. Melalui sentuhan komentarnya oleh Shaikh Khalil al-Maiys. Beliau turut menyelitkan beberapa ulasan dan keterangan tambahan yang menghuraikan pendekatan Imam dalam mengulas dan mentakwil nas dan mentarjih pendapat mazhab. Melalui kitab Sharh Sahih Muslim ini. Imam al-Nawawi telah menyumbang dalam meneliti dan menyingkap semula lembaran teks-teks klasik yang ternyata merupakan landasan dan kerangka besar dalam tradisi Islam. Beliau turut mengemukakan pandangan beberapa Ulama terkenal yang turut mengupas dan menghuraikan kitab Sahih. Beliau telah memberikan penjelasan dengan kupasan dan tafsiran menyeluruh terhadap kitab Sahih. terbina pemahaman tulen tentang khittah dan kerangka ilmu hadith yang dirangkul dari perbahasan dan kupasan kitab al-Sahih. 8 . Melalui wadah inilah.Kitab Sharh Sahih Muslim ini adalah bahasan penuh kajian ini. Bagaimanapun kitab yang ditahqiq oleh Shaikh Khalil al-Maiys ini tidak menghuraikan secara terperinci manhaj syarah yang dikemukakan oleh Imam alNawawi dalam kitab al-Minhaj. Imam al-Dar al-Qutni dan Ibn al-Salah. Shaikh Khalil al-Maiys telah mengemukakan perbahasan yang mantap dalam menghuraikan metode penulisan hadith oleh Imam al-Nawawi.

9 . dan mentakwil serta mengistinbat dalil. Ia turut meneliti prinsip dan kaedah yang diambil dalam mentakwil dan menghuraikan hadith-hadith musykil dalam kitab Sahih. menghuraikan kefahaman hukum.10 Kertas yang dibentangkan ini membincangkan secara ringkas metode syarah hadith yang digariskan oleh Imam al-Nawawi dalam kupasannya terhadap kitab Sahih Muslim. Kuala Lumpur: Kulliyyah Ilmu Pengetahuan Berteraskan Wahyu dan Sains Kemanusiaan. merungkai kekhilafan hadith. Koleksi Kertas Kerja Seminar al-Imam al-Nawawi. Kertas ini turut membincangkan pengaruh dan pengiktirafan Ulama terhadap kitab Sharh Sahih Muslim. menarik faedah hadith. ‘Abd al-Karim Mastur (2006). Ia meneliti manhaj yang digunakan dalam mengumpul nas. Ia banyak membantu penyelidik dalam memahami kaedah yang digunakan oleh Imam alNawawi dalam menghasilkan kitab Sharh dan memperhalusi corak perbahasan yang dikemukakan. Tulisan Dr. Jabatan Perdana Menteri. Kajian ini sangat baik untuk dilanjut dan diperluaskan skop bahasannya. Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam.11 10 Al-Qarni.2. anjuran Pusat Islam Malaysia. Kuala Lumpur. Kertas kerja berjudul Lamhat min Manhaj al-Imam al-Nawawi fi Sharh Sahih Muslim. ‘Abd al-Karim Mastur al-Qarni. Bagaimanapun makalah ini tidak menyentuh tentang manhaj yang dikemukakan dalam kitab al-Buyu‘. Koleksi Kertas Kerja Seminar al-Imam al-Nawawi. menukil hujah mazhab. mentafsir nas al-Qur‘an. 11 Bahagian Hal Ehwal Islam (1990). 3. merumus pandangan fiqh. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia). “Lamhat min Manhaj al-Imam al-Nawawi fi Sharh Sahih Muslim” (Seminar Antarabangsa al-Quran dan al-Hadith: Metodologi Tafsir dan Syarah. Justeru penulisan ini akan mengungkapkan manhaj syarah yang komprehensif yang dilakarkan oleh Imam al-Nawawi dalam kitab al-Buyu‘ dan membincangkan faedah dan kefahaman yang digarap dari perbahasan yang dibentangkan.

Kertas-kertas kerja yang lain turut berperanan menghimbau ketokohan Imam alNawawi dalam ilmu hadith dan pengaruhnya dalam tradisi pemikiran dan peradaban Islam. Ia meransang penyelidik untuk melakukan penelitian serius dan melanjutkan kajian tentang kaedah syarah yang dikemukakan oleh Imam. Ia memuatkan kajian ringkas sekitar riwayat hidup dan kesan pemikiran dan penulisan yang dihasilkannya dalam bidang hadith. Kertas ini mengemukakan perbincangan ringkas tentang uslub syarah yang diketengahkan oleh Imam al-Nawawi dalam kitab al-Minhaj dan menghuraikan kaedah dan latar penulisan kitab Sharh. 10 .Koleksi kertas kerja ini menghimpunkan pandangan para ilmuwan tentang Imam al-Nawawi sebagai pemikir dan mujtahid Islam yang unggul. Abdul Hayei bin Abdul Shakur bertajuk Metodologi al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya Sharh Sahih Muslim turut memberikan asas yang melakar idea yang terpancar dalam tesis ini. Penyelidik turut terkesan dengan usul yang diputuskan yang menyeru supaya ditingkatkan kajian tentang sumbangan dan peranan Ulama Islam dalam pelbagai bidang pemikiran. Sebuah tajuk khusus yang dibentangkan oleh Prof. tafsir. Koleksi ini menampilkan perbahasan yang komprehensif tentang Imam alNawawi yang memberikan ruang kepada penyelidik untuk menggarap sebaiknya idea dan hujah yang dikemukakan. Ia menguji minat dan kesungguhan penyelidik untuk meninjau dan merujuk semula karya dan kitab-kitab yang dikemukakan oleh para pembentang dalam setiap sesi perbincangan. Madya Dr. fiqh. Seminar seumpama ini amat berfaedah bagi penyelidik yang mengusahakan kajian tentang Imam al-Nawawi untuk mengkaji dan memanfaatkan pandangan dan penemuan yang dihasilkan. pendidikan dan perundangan Islam.

al-Taqrib. Muhiden Abd. Ia turut membincangkan sumbangannya dalam ilmu hadith al-riwayah dan al-dirayah menerusi karya-karya hadith yang dihasilkan seperti kitab Riyad al-Salihin. fiqh. 4. usul dan ‘aqidah Islam. Jabatan Pengajian Islam. 11 . Penulis Mohd. Universiti Malaya). Muhiden Abd. Matn al-Arba‘in. Al-Majmu‘ sharh al-Muhadhdhab. Disertasi sarjana bertajuk Al-Imam al-Nawawi dan Sumbangannya kepada alHadith: Satu Kajian Mengenai Bab al-Tib wa al-Marad wa al-Ruqa Menerusi Kitabnya Sharh Sahih Muslim.12 Kajian ini membahaskan sumbangan Imam al-Nawawi kepada ilmu hadith menerusi perbincangan terperinci terhadap kitabnya Sharh Sahih Muslim. Karya-karya yang dihasilkannya dalam ilmu hadith mencakup tiga bahasan penting. Tahdhib al-Asma’ wa alLughat dan lain-lainnya. iaitu syarahan kepada kitab-kitab hadith yang terawal. tabaqat. Al-Imam al-Nawawi dan Sumbangannya kepada al-Hadith: Satu Kajian Mengenai Bab al-Tib wa al-Marad wa al-Ruqa Menerusi Kitabnya Sharh Sahih Muslim. Imam alNawawi telah menyumbangkan karya dalam segenap bidang keilmuan seperti ilmu hadith. Justeru penulisan ini akan mengupas dan menzahirkan kefahaman yang digarap dari perbahasan kitab al-Buyu‘ dan mengetengahkan pemikiran dan hujah yang dikemukakan dalam perbincangan hukum dan nas.Bagaimanapun kertas-kertas kerja yang dikemukakan tidak menghuraikan manhaj dan kefahaman yang dirangkul dari kitab al-Buyu‘. 12 Mohd. Rahman (1994). lughah. pengenalan kepada disiplin dan pengetahuan baru dalam ilmu hadith dan ringkasan pada karya-karya besar yang dihasilkan oleh ‘Ulama terdahulu. Kajian ini turut membahaskan sumbangannya dalam mengangkat dan memperbaharui kefahaman dan memartabat tradisi ilmu dan pemikiran. (Disertasi Sarjana. Rahman. al-Adhkar.

Universiti Malaya). Ia turut menghuraikan kaedah syarak dalam menjampi dan merawat bersandarkan nas dan dalil yang muhkam. Akademi Pengajian Islam. Ia membahaskan pandangan Islam tentang kebenaran al-‘ayn (pandangan hasad). Kajian ini amat bermakna kepada penyelidik bagi mendapatkan kefahaman tentang kaedah syarah yang dikemukakan oleh Imam al-Nawawi.13 Kajian ini membahaskan metode pentarjihan yang dibentangkan dalam kitab alMajmu‘ sharh al-Muhadhdhab oleh Imam al-Nawawi. (Latihan Ilmiah. Justeru penulisan ini akan mengemukakan kaedah syarah yang komprehensif dan sistemik yang ditampilkan dalam kitab al-Minhaj dan membahaskan dalil dan kekuatan hujah yang dizahirkan dalam perbincangan nas. 5.Kajian ini secara khusus mengkaji sebuah bab dalam kitab al-Salam iaitu bab al-tib wa al-marad wa al-ruqa. Metod Pentarjihan Imam al-Nawawi dalam Kitab al-Majmu‘. Ia membincangkan kefahaman hukum yang digarap dari pendapat fiqh al-Shafi‘i dan kepakaran Imam dalam mentarjih dan merumuskan pendapat Ulama fiqh yang berlainan. Bagaimanapun disertasi ini hanya difokuskan pada bab al-tib wa al-marad wa al-ruqa tanpa mengupas secara terperinci manhaj syarah yang dilakarkan dalam kitab al-Minhaj. Penulis Ahmad Shahir Jiri. 12 . Ia memberikan kefahaman yang tuntas tentang manhaj yang dilakarkan dalam perbahasan hadith dan kekuatan serta keberkesanan hujah yang ditampilkan dalam penelitian nas. Beliau membandingkan pandangan dan hujah yang dikemukakan dan mengambil pandangan yang terbaik yang diiktiraf dalam mazhab. Buku ini menggariskan kaedah tarjih yang dikemukakan oleh Imam al-Nawawi bagi menetapkan hukum iaitu dengan mengutamakan pendapat yang lebih kuat dan 13 Ahmad Shahir Jiri (2002). Latihan ilmiah berjudul Metod Pentarjihan Imam al-Nawawi dalam Kitab alMajmu‘.

Imam al-Nawawi telah membangunkan kaedah fiqh yang ideal dan menggariskan manhaj hukum yang berkesan yang dirangkul dari pandangan ‘UlamaUlama salaf yang muktabar. Beliau mengutarakan pandangan dan hujah Imam al-Shafi‘i dan Ulama mazhab yang lain dalam mempertahankan hukum mengikut keperluan maslahah dan ‘uruf. Justeru penulisan ini akan mengemukakan manhaj tarjih yang digariskan oleh Imam al-Nawawi dalam kitab al-Minhaj khususnya dalam perbincangan kitab alBuyu‘. Fatwa-fatwa yang dikemukakannya dimuatkan dalam Kitab Adab al-Fatwa wa’l Mufti wa’l Mustafti dan Kitab al-Masa’il al-Manthurat susunan al-Shaykh ‘Ala al-Din ibn al-‘Attar. Bagaimanapun kajian ini hanya difokuskan pada manhaj yang dizahirkan dalam kitab al-Majmu‘ tanpa membandingkan pentarjihan yang dikemukakan dalam kitab alMinhaj. 13 . Kitab al-Majmu‘ yang dikemukakan ini merupakan syarahan besarnya dalam ilmu fiqh yang memuatkan beberapa kritikan ke atas pendapat ‘Ulama terdahulu serta penambahan dan analisis khusus yang membicarakan kelebihan dan kekuatan mazhab Imam al-Shafi‘i. Penyelidik telah mendapat manfaat besar dari kajian ini hasil dari penerangan tentang metode pentarjihan Imam al-Nawawi dan penemuan beberapa manhaj utama dalam pendekatan dan kaedah tarjih yang masih kekal dan diraikan dalam perbahasan fiqh dan usul. Kajian ini dibentangkan secara ringkas dan tidak terlalu ghairah membicarakan keseluruhan persoalan sesuai dengan kenyataannya sebagai sebuah latihan ilmiah peringkat Mahasiswa.terkemudian ke atas pendapat yang terdahulu dan difikirkan lemah. Kepakaran beliau dalam mentarjih dizahirkan dengan keupayaannya menggarap dan merumuskan pendapat ‘Ulama dan mengemukakan pandangan dan rincian tersendiri yang ternyata telah diterima pakai dan menjadi sandaran utama dalam mazhab.

Ia membahaskan kedudukan hadith yang dimuatkan dalam kitab Riyad alSalihin dan mengupas kekuatan dan ketinggian riwayat yang dikeluarkan. Fakulti Pengajian Islam.6. Ini penting untuk mengesan dan mendapatkan perkaitan antara setiap karya yang dihasilkan oleh Imam dan memahami kaedah perbahasan yang dikemukakan dan memberikan keyakinan dalam menghadapi teks-teks karangan Imam. penulisan ini akan membahaskan secara terperinci kaedah syarah yang 14 Fahmi AlKautsar (2004). Ia turut mengemukakan sumber yang dirujuk oleh Imam dalam menghasilkan kitab Riyad alSalihin dan manhajnya dalam merangka dan mengemukakan tarjamah bab. Justeru. Bagaimanapun disertasi ini hanya tertumpu pada perbincangan kitab Riyad alSalihin tanpa menyentuh tentang perbahasan yang dibentangkan dalam kitab alMinhaj. Ia cukup bermanfaat dalam membantu penyelidik memahami kaedah penyusunan kitab Riyad al-Salihin dan meneliti hubungannya dengan manhaj yang dilakarkan dalam kitab Sharh Sahih Muslim. Ia turut menghuraikan maksud dan kefahaman hadith dari aspek aqidah. Disertasi berjudul Metodologi Penyusunan Hadith di dalam Riyad al-Salihin oleh Imam al-Nawawi. 14 . Kajian ini turut menzahirkan pengaruh dan kekuatan kitab Riyad al-Salihin dan kesannya terhadap pemikiran dan harakat umat. Karangan Fahmi AlKautsar. Metodologi Penyusunan Hadith di dalam Riyad al-Salihin oleh Imam al-Nawawi. Kajian ini turut memperhalusi manhaj yang dilakarkan oleh Imam al-Nawawi dalam mentarjih dan mengeluarkan hadith dari kitab-kitab hadith yang terpilih. (Disertasi Sarjana. Kajian ini turut membincangkan kaedah pengelasan dan penyusunan bab berdasarkan maksud hadith yang dikemukakan. hukum dan akhlak.14 Kajian ini membahaskan kaedah penyusunan hadith dalam kitab Riyad alSalihin. Universiti Kebangsaan Malaysia).

rohaniah dan akal budi. Bagaimanapun kajian ini tidak menyentuh tentang manhaj yang dilakarkan dalam kitab al-Minhaj.digariskan dalam kitab al-Minhaj dan menghuraikan kefahaman yang dirangkul dari perbincangan fiqh dan nas. Ia turut mengemukakan hadith-hadith yang merangkul kefahaman fiqh yang tuntas. Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Justeru penulisan ini akan menghuraikan manhaj yang digarap 15 Kamarul Azmi Jasmi (2002). Pengarang Kamarul Azmi Jasmi. Disertasi Ilmiah berjudul Paradigma al-Imam al-Nawawi dalam Pembangunan Insan: Satu Kajian Teks terhadap Kitab Riyad al-Salihin. Ia membahaskan hadith-hadith yang menyentuh tentang fikrah insan dan ketinggian nilai kehidupan dan akal budi. Kajian ini menzahirkan kaedah dan pendekatan Imam al-Nawawi dalam menyusun kitab Riyad al-Salihin. 7. Kajian ini menghuraikan kefahaman hadith tentang nilai kemajuan dan ketrampilan insan dan membandingkan pandangan Islam dan Barat dalam menilai potensi insan dan mengukur keupayaannya untuk membangun dan berkembang. Riyad al-Salihin.15 Kajian ini mengemukakan kefahaman yang tuntas tentang kerangka pembangunan dan pemberdayaan insan dari sudut fikrah. 15 . Universiti Malaya). (Disertasi Sarjana. Kajian hadith dalam kitab Riyad al-Salihin dikhususkan kepada hadith-hadith yang menyentuh tentang dimensi pembangunan yang mengungkapkan makna dan idealisme pembangunan berpangkalkan ‘aqidah dan tasawwur Islamiyah ma‘nawiyah. Ia merujuk pada tulisan Imam al-Nawawi yang khusus membahaskan tentang nilai dan martabat insan dalam kitabnya. Kajian turut menampilkan manhaj Imam dalam menghalusi dan merumuskan pandangan hukum dan mengetengahkan kefahaman hadith yang segar. Paradigma al-Imam al-Nawawi dalam Pembangunan Insan: Satu Kajian Teks terhadap Kitab Riyad al-Salihin.

Al-Imam al-Nawawi wa-Atharuhu fi al-Hadith wa-‘Ulumihi. 8. Buku Al-Imam al-Nawawi wa-Atharuhu fi al-Hadith wa-‘Ulumihi. Ia membahaskan sumbangannya dalam memperjuangkan ilmu hadith dan kecekalan dan iltizamnya berdakwah. Kitab ini turut membahaskan pemikiran dan pandangan serta fatwa yang dikemukakannya menerusi karya-karya dan penulisannya yang cukup hebat dan berpengaruh. Ahmad ‘Abd al-‘Aziz Qasim (1992). Ia membandingkan pandangan yang dikemukakan oleh Imam al-Nawawi dalam kitab Khulasat al-Ahkam dan al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam Tahdhib al-Tahdhib dalam menetapkan hukum terhadap periwayat hadith.16 Buku ini adalah kajian ulung yang membincangkan kesan dan pengaruh pemikiran Imam al-Nawawi kepada hadith dan ilmunya. 16 . Ia turut menghuraikan pengalamannya sewaktu menuntut di Damsyik dengan keupayaan menguasai teks-teks hadith dan fiqh yang penting. Kajian ini turut membincangkan sumbangan Imam al-Nawawi dalam ilmu hadith al-riwayah dan al-dirayah. Kitab ini menelusuri latar kehidupan Imam al-Nawawi di Nawa dan menyingkap aliran pemikiran dan politik yang berkembang di zamannya.dari perbincangan kitab al-Minhaj dan mengupas pemikiran hadith yang diungkapkan dalam syarahan nas. Karya Shaykh Ahmad ‘Abd al-‘Aziz Qasim al-Haddad. Perbahasan tentang pendirian Imam dan pengecualiannya dari beberapa pendapat ‘Ulama dalam pertikaian hukum turut dibahaskan dengan terperinci. Bayrut: Dar alBasha’ir al-Islamiyah. 16 Al-Haddad.

9. ‘Umar b. Al-Mufhim lima Ashkala min Talkhis Kitab Muslim. 17 Al-Qurtubi. Bagaimanapun.). Abu al-‘Abbas Ahmad b. 17 . Dimashq: Dar Ibn Kathir. Kitab ini mengemukakan penelitian baru terhadap Sahih Muslim dengan pandangan yang tuntas yang digarap dari kupasan ‘Ulama mazhab. Muhyi aldin Dib Mastu (eds. Tulisan Imam al-Hafiz Abu al-‘Abbas al-Qurtubi. Ibrahim (1996). Imam al-Qurtubi telah memperkenal kaedah syarah yang berkesan dengan menggarap hujah yang dinukil dari ijtihad fuqaha’ dan Ulama salaf. Beliau menolak hujah dari sumber hadith yang lemah dan menyangkal pandangan yang jumud dan kaku serta pegangan ta‘sub pada mazhab. Ia menjadi sandaran khusus Imam al-Nawawi dalam menyedia kerangka besar kitab syarahnya.Kajian ini penting dalam menzahirkan pandangan dan fikrah Imam dalam merungkai kekhilafan hukum dan menganalisis pandangan mazhab. Melalui kitab ini.17 Buku ini adalah kitab syarah kepada sebuah kitab terdahulu yang dikarang oleh Imam al-Qurtubi berupa ringkasan kepada Sahih Muslim. Justeru penulisan ini akan mengupas secara komprehensif manhaj syarah yang disempurnakan dalam kitab al-Minhaj dan membahas kefahaman dan faedah hukum yang digarap dari perbincangan kitab alBuyu‘. Ia menghuraikan lafaz dan kefahaman nas dan mempertahankan pandangan mazhab dengan penjelasan dan kupasan yang substantif dan berkesan. Kajian ini banyak membantu penyelidik dalam merangka dan memperincikan idea dan strategi penulisan. Kitab al-Mufhim lima Ashkala min Talkhis Kitab Muslim. Hujah yang dikemukakan diperkuat dengan dalil yang mantap dan kritis. kajian ini hanya menyentuh secara ringkas tentang manhaj yang dikemukakan dalam kitab al-Minhaj. 7 j.

Ia 18 . penyelidik memperoleh ruang untuk menyingkap semula lembaran teks-teks hadith yang besar yang terus diiktiraf dan diungkap semula secara tersusun. Ia menzahirkan manhaj yang diketengahkan oleh Ulama dalam penulisan kitab syarah dan menampilkan kekuatan serta pengaruh kitab-kitab syarah hadith yang muktabar. Bab pertama membincangkan perkembangan ilmu syarah sejak kurun kedua Hijrah. Ia menzahirkan kaedah penyusunan dan penulisan hadith yang terperinci dan melakarkan khittah dan manhaj penulisan yang tuntas dan meyakinkan. Bab kedua menghuraikan sejarah kehidupan Imam al-Nawawi dan membahaskan pemikiran dan idealisme hadith dan fiqhnya. Melalui wadah inilah.Kitab ini cukup bermakna pada penyelidik bagi meneliti uslub syarah yang dikemukakan oleh Imam al-Qurtubi dan kaedah yang disandarkan oleh Imam alNawawi dalam menghuraikan kitab Sahih Muslim. Ia turut membincangkan kerangka Kitab Al-Minhaj fi Sharh Sahih Muslim al-Hajjaj. Ia membandingkan metode syarah yang dikemukakan oleh Imam al-Nawawi dengan Ulama lain dalam menghuraikan Kitab Sahih. Bahagian pertama mengemukakan rangka kerja penyelidikan dengan membahaskan metod kajian dan tujuan penyelidikan dijalankan serta faedah yang terhasil dari projek penyelidikan di samping meninjau tulisan-tulisan awal yang membincangkan tentang Imam alNawawi. Rangka Jadual Kerja Kajian ini terbahagi ke dalam lima tema perbincangan yang utama. Bab ketiga membincangkan manhaj syarah yang dikemukakan oleh Imam alNawawi dalam penulisan kitab Al-Minhaj fi Sharh Sahih Muslim al-Hajjaj.

membentangkan kaedah syarah yang komprehensif dan menjelaskan metode pentarjihan dan pentafsiran hukum dan nas. Ia menghuraikan teknik penyampaian dan kaedah perbahasan yang dikemukakan dalam perbincangan hadith dan nas. Bahagian yang keempat menerangkan kaedah syarah yang dikemukakan oleh Imam al-Nawawi dalam Kitab al-Buyu‘. Ia menzahirkan saranan dan cadangan yang terhasil dari perbahasan dan perbincangan hadith yang dikemukakan. Bab kelima adalah kesimpulan dan analisis umum tentang manhaj syarah yang dikemukakan oleh Imam al-Nawawi. 19 . Ia turut membincangkan pandangan dan hujah yang dikemukakan dalam perbahasan fiqh dan mazhab.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->