Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Illahi kerana atas limpah kurnia-Nya saya dapat

laksanakan kerja ini dengan jayanya. Saya ingin mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada Pengetua MRSM Tawau, En. Rosli bin Rohani kerana telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada guru Geografi saya iaitu; En. Jalil Orange; En. Ahmad Affandi yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat sepanjang kajian ini dijalankan. Ucapan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Banyak wang ringgit yang telah mereka habiskan demi memastikan kajian ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. egitu juga B ahli keluarga saya yang lain atas sokongan mereka. Tidak lupa juga buat rakan-rakan saya yang telah banyak membantu saya dan sudi berkongsi maklumat dengan saya. Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk bandar Tawau yang telah sudi memberikan kerjasama yang baik kepada saya semasa kajian ini dijalankan .

Kerja kursus ini perlu dilakukan kerana ia merupakan syarat untuk pensijilan Penilaian Menengah Rendah ( PMR ). Saya telah memilih tugasan kedua iaitu Perkembangan Sistem Perhubungan (Telekomunikasi). Tajuk ini sememangnya menepati tema pembelajaran.

Oleh sebab itu, saya memilih tajuk ini kerana di bandar yang saya duduki mempunyai pusat sistem perhubungan telekomunikasi yang agak baik dan ini memudahkan saya untuk menjalankan kajian ini.

Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah bermula bulan Februari sehingga bulan Julai iaitu kira-kira 5 bulan. Setiap pelajar perlu menulis satu laporan yang lengkap tentang kajian yang telah dijalankan.

Berikut merupakan objektif kajian yang perlu dicapai setelah menjalankan kajian :Mentakrifkan konsep dan jenis sistem perhubungan dengan tepat dan jelas Menyenaraikan dan meghuraikan faktor yang mempengaruhi perkembangan sistem perhubungan Menghuraikan kepentingan sistem perhubungan Menyenaraikan serta menghuraikan kesan perkembangan sistem perhubungan Menyatakan cadangan mengurangkan kesan perkembangan sistem perhubungan Menerapkan nilai-nilai unsur patriotisme dalam hasil kajian

TAWAU

Kajian ini t lah dijalankan di Bandar Tawau. Tawau (Jawi:

) merupakan nama sebuah

bahagian, daerah dan juga bandar di Sabah. Tawau kini merupakan bandar ketiga terbesar di Sabah selepas Kota Kinabalu dan Sandakan. Bandar ini dihubungkan dengan Kota Kinabalu melalui jalan raya sejauh 500 km, laluan udara melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Tawau dan laut melalui Pelabuhan Tawau. Biasanya, tambang bas yang dikenakan untuk pengangkutan bas ke sekolah saya ialah RM3 untuk perjalanan pergi dan balik yang mengambil masa 15 minit untuk sampai ke sekolah. Bandar ini mudah untuk dikunjungi kerana mempunyai sistem perhubungan dan pengangkutan yang baik. Bandar Tawau mendapat gelaran Bumi Peladang. Hal ini demikian kerana sebahagian besar muka buminya kini adalah kawasan perladangan.Bandar ini juga boleh dikatakan sebagai Syurga Pendatang kerana di sinilah ratusan ribu rakyat Indonesia dan rakyat Filipina yang teramai di Malaysia, datang bekerja secara sah dan menggunakan pasport untuk mencari rezeki yang halal dan menjanjikan pendap atan yang lebih baik berbanding di negara mereka.

Sebelum memulakan kajian, saya telah mengenalpasti beberapa kaedah yang akan saya gunakan untuk memudahkan saya memperoleh maklumat secara terperinci. Dalam kajian ini, beberapa kaedah telah digunakan bagi menjalankan kajian ini. Berikut merupakan kaedah yang telah digunakan:Pemerhatian Melalui kaedah pemerhatian ini, saya telah meninjau ke kawasan kajian bagi tujuan memerhati sistem perhubungan yang telah wujud di kawasan tersebut. Kaedah ini amat penting bagi memudahkan kajian ini dijalankan dengan jayanya. Saya telah mengambil beberapa keping gambar bagi tujuan memudahkan kajian saya ini untuk dilakukan. Rujukan Saya telah membuat rujukan di buku teks Geografi Tingkatan 2. Selain itu, saya telah membuat rujukan di internet untuk mencari beberapa maklumat yang penting. Berikut merupakan laman-laman web yang telah saya layari :-

* *

http://ms.wikipedia.org/wiki/Tawau http://www.scribd.com/doc/ 669894/KAJIAN-GEOGRAFITEMPATAN-complete

*

http://www.scribd.com/doc/54145051/Perkembangan-SistemPerhubungan-Telekomunikasi-Di-Bandar-Lenggong

i)

Konsep dan Jenis Perhubungan Sistem perhubungan atau telekomunikasi dasarnya merupakan komunikasi

elektronik jarak jauh samada sehala atau dua hala. Ini termasuklah komunikasi menggunakan telefon, komputer, televisyen dan radio. Perhubungan ini berlangsung secara mudah dancepat . Pelbagai jenis maklumat boleh dihantar melalui sistem telekomunikasi termasuklah suara serta muzik, gambar dan video, fail komputer dan aplikasi serta data telegraf. Sistem perhubungan atau telekomunikasi merupakan rangkaian atau komponen yang terlibatdalam proses penghantaran atau penyampaian maklumat tersebut. Jenis-jenis sistem perhubungan termasuklah telefon, internet, televisyen, radio, telegraf serta faksimili. Majoriti sistem perhubungan ini adalah dalam bentuk media elektronik. Telefon merupakan sistem perhubungan yang utama dalam kehidupan seharian. Pelbagai jenis dan bentuk telefon yang boleh ditemui pada hari ini. Penggunaan telefon bimbit semakin meningkat dalam kalangan kita. Hal ini demikian kerana, ini dapat memudahkan kita dalam melaksanakan kerja. Telefon ini mudah dibawa, ringan, kecil dan mempunyai pelbagai guna. Telefon jenis ini dapat menghantar pesanan mesej ringkas dan menelefon dari jarak yang jauh tanpa menggunakan wayar. Ada juga beberapa jenis telefon yang boleh menggunakan G iaitu teknologi yang membolehkan video, audio dan data dihantar lebih cepat menerusi satu rangkaian jalur lebar tanpa wayar dari telefon bimbit ke komputer peribadi, termasuklah komputer riba.

Internet pula ialah satu jaringan atau rangkaian komputer gergasi yang menghubungkan berjuta-juta komputer di seluruh dunia. Internet menawarkan laman web yang memaparkan teks bersama-sama dengan visual dan audio. Kewujudan sistem perhubungan ini di bandar Tawau memudahkan penduduk bandar Tawau apatah lagi dengan perkhidmatan internet tanpa wayar iaitu, WiFi. Seterusnya, televisyen pula ialah penyiaran gambar bergerak beserta bunyi menerusi kabel atau udara atau skrin pada kaca televisyen. Pada masa ini, siaran televisyen yang dapat diterima di negara kita ialah RTM, TV , TV9 dan ASTRO. Selain itu, siaran radio di negara kita mempunyai siaran radio tempatan dan juga kebangsaan. Stesen-stesen radio di Malaysia dibina bagi membolehkan integrasi nasional yang dapat menyampaikan maklumat kepada seluruh rakyat. Para pendengar juga mendapat hiburan. Contoh contoh siaran yang dapat disiar di bandar Tawau ialah KLASIK.FM ( 9 .9 ), MUZIK.FM ( 94.7 ), SABAH.FM ( 95.75 ) dan TAWAU.FM ( 99.9 ).

ii)

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Sistem Perhubungan

Pelbagai faktor yang mempengaruhi sistem perhubungan di bandar Tawau ini. Antaranya ialah, dasar kerajaan, perkembangan teknologi, perkembangan ekonomi. Dalam hal ini, kerajaan memainkan peranan yang sangat penting bagi membantu penduduk Tawau. Rangkaian radio dapat diterima dengan baik oleh penduduk Tawau malah rangkaiannya sangat jelas. Selain itu, kerajaan juga bertanggungjawab melebarkan rangkaian internet khususnya di kawasan pedalaman. Hal ini membolehkan semua penduduk Tawau menggunakan internet secara optimum. Pada pascaglobalisasi kini, kemajuan teknologi semakin meningkat di selu negara. ruh Tidak ketinggalan juga negara kita, Malaysia. Bandar Tawau turut terkena tempiasnya. Penggunaan telefon sudah tidak asing lagi bagi masyarakat masa ini. Penggunaannya tidak mengenal usia, daripada kecil hinggalah golongan tua. Kebanyakan penduduk Tawau berlatarbelakangkan keluarga -keluarga yang berada, yang mempunyai ekonomi kewangan yang kukuh.Jadi, tidak hairanlah mereka mampu melanggan ASTR dan internet di kediaman mereka. Mereka juga mampu memiliki televisyen LCD bersama HD, komputer peribadi, telefon talian tetap dan telefon mudah alih.

Ekonomi
Dasar kerajaan

Teknologi

Faktor-faktor yang Mempengaruhi

iii)

Kepentingan Perkembangan Sistem Perhubungan

Sistem perhubungan mempunyai banyak kepentingan kepada masyarakat Tawau. Antaranya, pengiklanan, peluang pekerjaan, penyaluran maklumat dan perbankan. Sistem telekomunikasi sangat penting dalam menyumbang kepada pengiklanan. Iklan dapat ditunjukkan dengan mudah dan berkesan tanpa balasan. Iklan untuk barangan , pendidikan, perubatan dan lain-lain utiliti dapat disebarkan melalui radio, televisyen dan internet tanpa batasan. Iklan sangat penting kepada pengeluar terutama di daerah terpencil seperti Tawau bagi mendapatkan pasaran pelanggan. Sistem telekomunikasi juga menggalakkan peluang pekerjaan. Disebabkan pengangguran semakin meningkat, sistem perhubungan bertindak untuk mengelakkan hal ini semakin menular. Dengan adanya iklan-iklan di internet, radio dan televisyen, para penganggur boleh mendapatkan peluang pekerjaan yang diiklankan. Selain itu, golongan ini juga boleh mendapatkan borang di laman sesawang yang telah berkenaan. Tiada penyakit yang tiada ubat dan penawarnya, masalah pengangguran yang semakin meningkat akhirnya dapat dibanteras dengan adanya sistem perhubungan yang baik. Penyaluran maklumat dapat dilaksanakan dengan kewujudan sistem perhubungan yang baik. Tamsilnya di sini, pelajar-pelajar boleh mendapatkan maklumat-maklumat yang penting di internet. Selain itu, televisyen, radio dan internet boleh mengeluarkan maklumat mengenai berita terkini untuk mengelakkan penduduk menjadi seperti katak di bawah tempurung.

Jika dilihat dari perspektif yang berbeza, sistem perhubungan juga dapat membantu dalam urusan perbankan. Masyarakat kini dapat melakukan sebarang pembayaran di internet secara online. Ini dapat memudahkan penduduk agar tidak perlu bersusah payah untuk pegi ke bandar serta menjimatkan masa, tenaga dan wang. Daripda huraian di atas, kepentingan sistem perhubungan dapat menyumbang kepada ekonomi negara kita. Kepentingan sistem perhubungan juga merangkumi aspek politik, sosial dan ekonomi. Sebagai rakyat Malaysia yang menuju negara maju adalah tanggungjawab kita supaya menyokong dan bersama-sama menggembleng tenaga dan masa bagi memenuhi matlamat negara. Kita perlu sedar bahawa kepentingan sistem perhubungan ini mempunyai kepentingan yang mana memberi faedah yang banyak kepada kita.

iv)

Kesan-kesan Negatif Perkembangan Sistem Perhubungan

Meskipun sitem perhubungan ini memberi kepentingan kepada kita, namun hal ini juga mempunyai beberapa impak negatif. Antara kesan-kesan negatifnya ialah masalah sosial, hasutan, maklumat tanpa batasan dan pembaziran. Masalah sosial di Malaysia sudah menjadi masalah yang menyeluruh samada di bandar mahupun luar bandar. Bandar Tawau juga tidak terkecuali dalam permasalahan ini. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan terutamanya di kalangan remaja merupakan masalah sosial yang utama pada zaman kini. Internet tanpa sempadan serta penjualan CD dan DVD cetak rompak yang berunsurkan pornografi merupakan sumber utama di mana penyampaian maklumat dan unsur-unsur negatif ini mudah dan cepat tersebar luas tanpa batasan. Remaja mula bergelumpang dalam hiburan dan keseronokan yang melalaikan dan akhirnya merosakkan akidah. Di sinilah akibatnya berlaku penzinaan yang menyebabkan kes pembuangan bayi semakin melonjak naik. Masalah hasutan agama dan politik dalaman banyak berlaku di laman-laman sosial seperti Facebook dan lain-lain. Penyebaran maklumat yang berbaur hasutan ini banyak meracuni fikiran dan hati rakyat seperti yang berlaku di bandar Tawau ini. Hasutan, fitnah dan pembohongan seperti ini semakin berleluasa. Jika hal ini semakin menular sehingga tidak dapat dibendung lagi, maka berlakulah perpecahan perpaduan di negara kita. Penyampaian maklumat tanpa sempadan menyebabkan penyampaian maklumatmaklumat yang berunsurkan negatif berlaku. Hal ini sangat tidak baik apatah lagi untuk golongan di bawah umur. Penyebaran maklumat tanpa sempadan haruslah dikawal untuk memastikan keadaan terkawal dengan baik dan rakyat tidak terpengaruh dengan penyampaian mesej yang tidak baik.

Seterusnya, amalan membazir merupakan amalan syaitan. Perkara ini sangat tidak bermaslahat buat kita. Perkembangan sistem perhubungan menyumbang juga ke arah pembaziran. Golongan remaja biasanya menghabiskan masa mereka dengan melayari lamanlaman sosial. Hal ini sangat melalaikan mereka sehingga masa mereka lebih terluang kepada benda-benda yang tidak berfaedah berbanding buku-buku yang sepatutnya menjadi santapan mata dan otak mereka. Wang juga turut dibazirkan dengan pembelian kredit tambah nilai. Justifikasinya, perkembangan sistem perhubungan membawa kepada impak negatif jika tidak dikawal penggunaannya dengan baik. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu sedar dan seharusnya kita mengambil iktibar menjaga maruah diri, keluarga, masyarakat, agama dan negara supaya kita tidak terikut-ikut dengan keseronokan yang mana akhirnya membawa kepada kemusnahan diri sendiri. Kita seharusnya sedar akan tanggungjawab yang sepatutnya kita jalankan di muka bumi ini.

v)

Cadangan Mengurangkan Kesan Negatif Sistem Perhubungan Di Tawau

Tiada penyakit yang tiada penawarnya. Maka, kita perlu mencari inisiatif dan langkah yang konkrit, pragmatik dan sistematik bagi membendung implikasi negatif yang tercetus sehingga ke akar umbi. Ibu bapa sangat memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak sebagaimana sudah menjadi tanggungjawab pihak ini untuk mendidik anak-anak. Didikan daripada ibu bapa di rumah sangat mempengaruhi kehidupan anak-anak di luar rumah. Meski memberi nafkah itu merupakan tanggungjawab ibu bapa, namun para ibu bapa haruslah menyedari pendidikan agama dan akhlak haruslah diterapkan dalam diri anak-anak. Pendidikan agama dan akhlak secara berterusan mampu menjamin dan mencanai generasi yang berakhlak mulia tanpa dipengaruhi gejala sosial yang semakin beronal yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri. Di samping itu, penguatkuasaan undang-undang haruslah digiatkan lagi oleh pihak kerajaan. Di negara kita sememangnya sudah ada akta yang berkaitan dengan hasutan dan penganiayaan. Agensi penguatkuasaan hanya perlu menguatkuasakan akta ini secara lebih adil dan berterusan agar keadilan dapt ditegakkan . Hukuman kepada orang yang mencetuskan hasutan ini perlu dihukum kerana yang bongkok juga dimakan sarung.

Kempen kesedaran juga haruslah dijalankan melalui bahan media seperti surat khabar, rado mahupun televisyen. Kempen seperti ini dapat memberikan kesedaran kepada ibu bapa agar memantau penggunaan internet oleh anak-anak. Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini, kita perlu meneroka teknologi terkini agar kita tidak ketinggalan zaman. Bertitik tolak daripada itu, kita harus sentiasa berwaspada dan sentiasa kepada perubahan semasa. Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama meyahut cabaran ini dan memenuhi hasrat serta matlamat negara yang maju pada tahun 2020, sepertimana yang telah diperkatakan oleh Perdana Menteri Malaysia yang keempat iaitu, Tun Dr. Mahathir Mohammad.

Sistem perhubungan atau telekomunikasi merupakan rangkaian atau komponen yang terlibat dalam proses penghantaran atau penyampaian maklumat. Jenis-jenis sistem perhubungan termasuklah radio, televisyen, telegraf, faksimili, telefon selular, komputer dan internet. Faktor- faktor yang mempengaruhi perkembangan sistem perhubungan Tawau ialah dasar kerajaan, kemajuan teknologi masa kini dan perkembangan ekonomi. Sistem perhubungan mempunyai kepentingan dari segi pengiklanan, penyampaian maklumat, memberi peluang pekerjaan dan perbankan. Manakala kesan negatif perkembangan sistem perhubungan termasuklah wujudnya masalah sosial, hasutan, maklumat tanpa sempadan dan pembaziran. Banyak cara boleh diatasibagi menangani masalah yang dicetuskan oleh perkembangan sistem perhubungan ini seperti peranan dan pemantauan ibubapa, penguatkuasaan undang-undang dan kempen kesedaran. Berdasarkan kajian saya dan rakan-rakan sekumpulan dapat diperhatikan bahawa perkembangan sistem perhubungan telekomunikasi di bandar Tawau berlaku dengan pesat sejajar dengan era telekomunikasi semasa. Sepanjang usaha saya menjalankan kajian ini, saya memperoleh banyak pengalaman dan pengetahuan.

Pengalaman yang dapat say alami sewaktu menjalankan kajian ini, saya dapat menyelidik mengenai sistem perhubungan di Tawau dengan bantuan serta kerjasama daripada semua pihak yang terlibat. Saya dapat bergaul, bermesra dan berkomunikasi dengan baik dengan semua penduduk Tawau. Ini menambahkan keyakinan saya untuk bergaul dan menghormati masyarakat sejagat. Sekaligus, pengetahuan mengenai bandar kelahiran saya dapat ketahui dengan lebih mendalam. Terdapat beberapa nilai murni yang saya peroleh dalam kajian ini. Antaranya ialah, sikap kerjasama dalam melaksanakan sesuatu tugas dapat membantu menyiapkan tugasan itu. Selain itu, saling membantu antara satu sama lain juga dapat saya peroleh dalam kajian ini. Di samping itu, amalan berkongsi juga membantu memudahkan tugasan ini. Nilai kesyukuran dapat saya rasai. Saya sungguh bersyukur sebagai penduduk Tawau kerana sistem telekomunikasinya sangat baik, lancar dan jelas. Hal ini sangat membantu kehidupan seharian semua penduduk Tawau. Saya berharap sistem ini dapat berfungsi dengan baik dan dipertingkat serta diperbaiki mengikut peredaran masa dan perubahan kemajuan teknologi.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful