Hukum Binatang Dipengsankan Sebelum Disembelih

Kedatangan agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad Shallallahu ¶alaihi wasallam adalah rahmat kepada manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan bahkan rahmat kepada sekalian yang wujud di alam ini. Firman Allah Ta'ala:

( 107 : Tafsirnya:

)

´Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi sekalian alam.µ (Surah Al-Anbiya': 107) Cara Islam mengatur hubungan manusia sesama manusia, malah juga hubungan manusia dengan binatang dan seluruh alam ini, adalah bukti kerahmatan itu. Umpamanya sewaktu melakukan penyembelihan binatang, Islam telah memberi garis pandu yang lengkap bagaimana melakukannya. Di antaranya sabda Rasulullah Shallallahu ¶alaihi wasallam daripada Abu Ya·la Syaddad Ibnu Aus Radhiallahu ¶anhu:

(

)

Maksudnya: ´Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berbuat ihsan ke atas tiap-tiap sesuatu, maka apabila kamu membunuh elokkanlah pembunuhan itu, dan apabila kamu menyembelih maka elokkanlah penyembelihan itu, dan hendaklah salah seorang kamu menajamkan pisaunya dan hendaklah dia menselesakan binatang sembelihannya.µ (Hadis riwayat Muslim) Dalam hubungan ini, Islam telah menentukan rukun-rukun dan syarat-syarat sembelihan itu sebagaimana huraiannya yang berikut:

bahawa ada padanya hayâh mustaqirrah pada permulaan penyembelihan kecuali binatang yang sakit. orang murtad dan lain-lain daripada orang kafir yang tiada mempunyai kitab agama Allah. hentakan dan seumpamanya daripada sebab-sebab yang boleh membawa kepada maul. Fath A·-¶Allâm 4/552 dan I·ânah AlThâlibîn 2/346) Yang dimaksudkan dengan hayâh mustaqirrah itu ialah keadaan binatang yang masih bernyawa dan melihat dan bersuara serta bergerak dengan kehendaknya. suara rengekan kerongkong dan yang seumpamanya selepas disembelih. pukulan. (Kitab Al-Majmu· 9/84) 2. Adapun binatang yang sakit atau kehausan tidak disyaratkan ada padanya hayâh mustaqirrah ketika menyembelihnya. Binatang darat yang halal dimakan. Alat untuk menyembelih iv. dan di antara tanda-tandanya ialah pergerakan yang kuat. Penyembelih Syarat penyembelih itu hendaklah seorang Islam atau Ahli Kitab (yang memenuhi syarat hakiki orang Ahli Kitab sebagaimana yang disebutkan oleh ulama-ulama Al-Syafi ¶eyyah). Tetapi tidak halal jika binatang yang hendak disembelih yang nyawanya pada ketika itu di peringkat harakah madzbûh disebabkan oleh memakan tumbuh-tumbuhan yang membawa kepada maut. Binatang yang disembelih iii. 2. Binatang yang disembelih Syarat binatang yang disembelih itu ialah: 1. memadai sahaja padanya harakah madzbûh ketika menyembelihnya. Penyembelih ii. Zhann (sangkaan) terhadap binatang.Rukun menyembelih itu ada empat: i. penyembah berhala. Penyembelihan (perbuatan menyembelih) Setiap rukun ini mempunyai syarat-syaratnya yang tertentu: 1. (Kitab Al-Majmu· 9/1 00. Manakala yang dimaksudkan dengan harakah madzbûh ialah . Tiada halal sembelihan orang Majusi (penyembah api). pancutan darah.

pergerakan. maka tidak halal memakan daging binatang tersebut. (Fath Al-¶Allâm 4/554. lalu terkena leher binatang dan terputus seluruh halqûm dan mari·nya.keadaan binatang yang tiada lagi ada padanya penglihatan. maka boleh kamu makan. (Fath Al-¶Allâm 4/553) 3. Penyembelihan Disyaratkan penyembelihan itu: 1.Thâlibîn) atau keadaan binatang yang apabila dibiarkan dengan keadaannya yang sedemikian itu. gigi dan semua jenis tulang. tidaklah dikira sebagai penyembelihan. Jika seseorang memegang pisau di tangannya dan terlepas pisau itu daripada tangannya. (Mughni Al-Muhtâj 4/276. 11. Memotong seluruh halqûm (saluran nafas) dan seluruh mari' (saluran makanan dan minuman).µ (Hadis riwayat Bukhari) (Kitab Al-Majmu· 9/91. suara dengan kehendaknya (I·ânah Al. kerana tidak ada niat untuk melakukan penyembelihan. kecuali gigi dan kuku. Hendaklah binatang itu mati semata-mata disebabkan oleh penyembelihan (tidak dilakukan satu perbuatan lain yang boleh membawa maut kepada binatang itu ketika disembelih). Bahr Al-Mâdzi 11/5) 4. (kerana) gigi adalah tulang dan kuku adalah pisau orang Habsyah. dan aku akan khabarkan kepada kamu mengenainya. Alat untuk menyembelih Disyaratkan alat untuk menyembelih itu sesuatu yang boleh memotong dengan ketajamannya selain kuku. I·ânah Al-Thâlibîn 2/344) lll. ia akan mati dengan serta merta.Niat untuk menyembelih ketika melakukan penyembelihan. Maka tidak halal binatang yang disembelih menggunakan tiga jenis alat ini berdasarkan sabda Rasulullah Shallallahu ¶alaihi wasallam daripada Rati· ibnu Khadij Radhiallahu ¶anhu: ( ) Maksudnya: ´Apa-apa yang dapat mengalirkan darah serta disebut nama Allah padanya (waktu menyembelih). Kitab Al-Majmu· 9/99-100) .

adalah harus pada hukum syara'. kejutan elektrik yang tidak membawa kepada maut dan ada padanya hayâh mustaqirrah ketika disembelih. maka halallah binatang itu kecuali sembelihan yang dimaksudkan kepada selain Allah atau disebutkan sewaktu menyembelihnya selain nama Allah. darah. bahawa binatang-binatang yang hendak disembelih itu masih dalam keadaan hayâh mustaqirrah.Thâlibîn 2/346.µ . kerana Rasulullah Shallallahu ¶alaihi wasallam melaknat kepada sesiapa yang melakukan penyeksaan kepada binatang sama ada untuk tujuan menyembelihnya ataupun bukan. Penggunaan cara bius. dan tidak menyebabkan penyeksaan terhadap binatang tersebut. (I·ânah Al. Mughni Al-Muhtâj 4/273) Dasar perintah ini ialah firman Allah Ta·ala: (115: ) Tafsirnya: ´Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan ke atas kamu (memakan) bangkai. daging babi. dan apa yang disembelih dengan menyebut selain nama Allah.Apabila telah cukup segala rukun-rukun dan syarat-syarat penyembelihan yang tersebut. stunning atau kejutan elektrik itu hendaklah disahkan dan diperakui oleh orang Islam yang ¶âdil yang pakar atau yang ahli dalam hal ini. walaupun sembelihan itu mencukupi segala rukunrukun dan syarat-syarat yang telah disebutkan. lalu dia berkata: ( ) Maksudnya: ´Barangsiapa yang melakukan perkara ini (menyeksa binatang). Jika perkara melemahkan atau memengsankan binatang itu akan menyeksa binatang tersebut. stunning. sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ¶alaihi wasallam melaknat sesiapa melakukan perkara ini.µ (Surah AI-Nahl: 115) Berdasarkan kepada rukun yang kedua (binatang yang disembelih) dan syarat-syaratnya. Pernah pada satu masa Ibnu ¶Umar Radhiallahu ¶anhu melihat sekumpulan orang melontar seekor ayam yang sengaja ditambatkan. maka perbuatan yang sedemikian itu adalah haram. maka melemahkan atau memengsankan binatang yang hendak disembelih dengan cara seperti bius.

dan ianya tidak disembelih di hadapan binatang-binatang yang lain. Menajamkan pisau tidak diperlihatkan di hadapannya. maka ia dihukumkan bangkai. Memalingkan binatang sembelihannya dan orang yang menyembelih ke kiblat. 5. dan apabila kamu menyembelih maka elokkanlah penyembelihan itu. serta membaca basmalah serta selawat dan salam kepada Nabi Shallallahu ¶alaihi wasallam ketika menyembelih. 6. maka apabila kamu membunuh maka elokkanlah pembunuhan itu. kerana ia cepat membawa kepada kematian binatang itu.(Hadis riwayat Muslim) Adapun hukum daging binatang yang diseksa itu.µ (Hadis riwayat Muslim) Bahkan ada lagi etika penyembelihan yang amat elok diikuti (disunatkan melakukannya) yang termasuk dalam pengertian ihsan yang disebutkan di dalam hadis tersebut: 1. manakala jika ia tidak mati kerana seksaan dan ada (zhann) sangkaan padanya hayâh mustaqirrah melalui salah satu tandanya seperti pergerakan yang kuat. . 3. dilakukan dengan penuh ihsan sebagaimana hadis yang tersebut di atas yang bermaksud: ´Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berbuat ihsan ke atas tiap-tiap sesuatu. 2. pancutan darah dan sebagainya selepas disembelih maka dagingnya itu halal dimakan. 4. Memberi minum binatang sembelihan itu sebelum disembelih. (I·ânah Al-Thâlibîn 2/347) Begitulah sikap agama Islam terhadap binatang yang hendak disembelih. jika ia mati disebabkan oleh seksaan tersebut atau disembelih ketika nyawanya diperingkat harakah madzbûh. Mempercepatkan pemotongan halqûm dan mari' ketika menyembelih. Memotong wadajân (dua urat darah yang di leher). Mengiringi binatang sembelihan ke tempat penyembelihan dengan lembut (selayaknya). dan hendaklah salah seorang kamu menajamkan pisaunya dan hendaklah dia menselesakan kepada binatang sembelihannya.

dia melihat seekor anjing menjulurkan lidahnya menjilat-jilat tanah kerana kehausan. kebetulan dia menemukan sebuah telaga. kerana itu Allah memasukkannya ke neraka. oleh sebab kucing itu dikurungnya tanpa diberi makan dan minum dan tidak pula dilepaskannya supaya ia dapat menangkap serangga-serangga yang terdapat di bumi. Maka Allah berterima kasih kepada orang itu (diterimaNya amalnya) dan diampuniNya dosanya. Setelah keluar dari telaga. Rasulullah Shallallahu ¶alaihi wasallam bersabda: ( ) Maksudnya: ´Seorang wanita diseksa pada Hari Kiamat lantaran dia mengurung seekor kucing sehingga kucing itu mati. maka dia turun ke telaga itu untuk minum. tidak segera dilapah dagingnya kecuali setelah ia sampai benar-benar mati dan sejuk tubuhnya. Jika sudah disembelih binatang itu.7. Seorang perempuan dimasukkan ke dalam neraka semata-mata menyeksa seekor kucing sebagaimana yang terdapat di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah Radhiallahu ¶anhu katanya. ada seorang lelaki sedang berjalan melalui sebatang jalan. seperti yang baru aku alamiµ. lalu dia turun kembali ke telaga. Para sahabat bertanya: ´Ya Rasulullah! . diceduknya air dengan sepatunya. Pada dasarnya agama Islam mengecam segala bentuk kezaliman. sekalipun terhadap binatang. lalu dia merasa sangat kehausan. Orang itu berkata dalam hatinya: ´Alangkah hausnya anjing ini.µ (Hadis riwayat Muslim) Sebaliknya seorang itu telah diberi ganjaran pengampunan kerana memberi minum seekor anjing yang kehausan sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ¶anhu katanya Rasulullah Shallallahu ¶alaihi wasallam bersabda: ( ) Maksudnya: ´Pada suatu ketika. dibawanya ke atas dan diminumkannya kepada anjing itu.

Maka Allah mewahyukan kepadanya: ´Hanya seekor semut yang menggigitmu. lalu dibakarlah.Dapat pahalakah kami menyayangi haiwan-haiwan ini? ´ Jawab (Rasulullah Shallallahu ¶alaihi wasallam): ´Menyayangi setiap makhluk hidup itu berpahala. lalu engkau musnahkan umat yang selalu membaca tasbih.µ (Hadis riwayat Muslim) Lain-lain kezaliman yang dicela oleh Islam sebagaimana yang ditunjukkan oleh sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ¶anhu. daripada Rasulullah Shallallahu ¶alaihi wasallam bersabda: ( ) Maksudnya: ´Seekor semut menggigit seorang nabi di antara para nabi-nabi.µ (Hadis riwayat Muslim) . lalu nabi tersebut menyuruh membakar sarang semut itu.