You are on page 1of 21

MAKLUMAT AM Pengenalan Program Rakan Muda Fasa II adalah kesinambungan kepada program Rakan Muda yang telah diperkenalkan

dan dilaksanakan sejal 29 Oktober 1994 Dilancarkan oleh YAB. Dato Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia pada 29 Mei 2008 di Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara, Kuala Lumpur Program yang dilaksanakan berasaskan transformasi falsafah pelaksanaan dari fokus individu kepada fokus komuniti Teras program melibatkan elemen perancangan, pelaksanaan dan penilaian berdasarkan citarasa dan keperluan persekitaran komuniti tersebut

Falsafah Pelaksanaan dari fokus individu kepada fokus komuniti. (Community Youth Development). Penglibatan secara total golongan belia dan komuniti setempat. Teras gerakan ini melibatkan elemen perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang dilakukan oleh pengamal Gaya Hidup. Tumpuan utama pelaksanaan program adalah ke arah menjana keupayaan pengamal Gaya Hidup dengan melengkapkan mereka dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran dan sikap.

Konsep Menekankan kepada aspek pembangunan diri remaja, sistem penyampaian, pelaksanaan program berterusan, perkongsian pintar dan penglibatan masyarakat secara menyeluruh

Visi Membina modal insan belia remaja yang bersatu padu, berdisiplin, berakhlak dan berkemahiran, aktif serta mengamalkan gaya hidup berkualiti, berdaya maju dalam aspek sosio budaya serta berupaya menjadi pemangkin kearah perpaduan dan pembangunan negara

Misi

Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti Gaya Hidup Rakan Muda berdasarkan keutamaan pembangunan diri remaja berumur 15 - 25 tahun melalui pendekatan komuniti selaras dengan agenda pembangunan negara.

Objektif Membangunkan watak dan imej diri remaja dengan penerapan nilai-nilai positif, berdisiplin, hormatmenghormati, bersemangat sukarela, bekerjasama, bersatu padu dan bersemangat patriotik Menjadikan Prihatin, Mahir dan Dinamik sebagai teras pembangunan modal insan golongan belia remaja dengan semangat Yakin Boleh Gemilang Mempromosi 8 Gaya Hidup Rakan Muda dan 4 program utama dikalangan belia remaja ke arah merealisasikan masa lapang berkualiti Mewujudkan komuniti yang saling berhubungan antara sub komuniti dan individu melalui pelbagai aktiviti Gaya Hidup Rakan Muda Memantapkan jaringan hubungan dalam melaksanakan program secara bersepadu bersama agensi dan NGO s yang mempunyai kemahiran khusus yang berkaitan dengan aktiviti Gaya Hidup Rakan Muda Merencana dan mengurus prasarana dan khidmat aktiviti Gaya Hidup Rakan Muda di sektor-sektor tumpuan golongan muda termasuk Peringkat Komuniti

Mekanisma Pelaksanaan Kelab Rakan Muda Kawasan Parlimen Pusat Kegiatan Rakan Muda Kawasan Parlimen Sekretariat Rakan Muda - Sekretariat Rakan Muda IKBN / IPT - Sekretariat Rakan Muda Komplek Belia dan Sukan Negeri - Sekretariat Rakan Muda Kawasan Kemajuan Tanah - Sekretariat Rakan Muda Kompleks Rakan Muda - Sekretariat Rakan Muda Industri - Sekretariat Rakan Muda PBT - Sekretariat Rakan Muda Agensi yang terlibat

- Sekretariat Rakan Muda Maktab Perguruan Kerjasama Dengan Agensi Kerajaan - Kementerian Pelajaran (Anugerah Remaja Perdana, Program Rakan Muda Sekolah) - Kementerian Pengajian Tinggi (Sekretariat Rakan Muda IPT) - Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (Rakan Seni Budaya, RMJM) - Kementerian Kemajuan Luar Bandar Wilayah (Rakan Muda Wawasan Desa) - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (Gaya Hidup Rakan Masyarakat) - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Sekretariat Rakan Muda Kawasan Perumahan) - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Gaya Hidup Rakan WIrausaha) - Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (Gaya Hidup Rakan Inovasi) - Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (Gaya Hidup Rakan Cinta Alam) - Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (Rakan Muda Jiran Muda)

Prinsip Pendekatan Rakan Muda Ke arah menggalakkan penyertaan lebih ramai remaja memi.ih aktiviti-aktiviti Gaya hidup berkualiti menerusi program Rakan Muda, prinsip pendekatan melalui 8 Gaya Hidup telah diketengahkan iaitu : GAYA HIDUP Rakan Cinta Alam Program penerokaan dan pendedahan, kepentingan penjagaan alam yang dipenuhi flora dan fauna, haiwan, sejarah dan pelbagai lagi keindahan yang tidak ternilai akan lebih terpelihara keunikannya. Sertai aktiviti ini melalui Kelab Alam Semulajadi, Kelab Kembara/Rekreasi /Memancing/Kayak, Persatuan Sejarah. Rakan Inovasi Kreatif, inovatif dan mahir adalah komponen bagi mewujudkan saintis dan perekacipta muda melalui program bimbingan tenaga pakar bagi melahirkan tenaga muda yang mahir dan berdaya cipta dalam bidang teknologi canggih, moden dan maju. Sertai aktiviti ini melalui Kelab Aeromodeling, Kelab Astronomi, Kelab Seni Foto, Persatuan Kemahiran Hidup, Persatuan Elektronik, Persatuan Motor Mekanik. Rakan Kecergasan

3 komponen utama : Sukan, Rekreasi dan Kecergasan menjadi asas bagi membina minda, fizikal dan peribadi yang mantap bagi mewujudkan remaja yang berkualiti. Sertai aktiviti ini melalui Persatuan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta semua Kelab Sukan Sekolah. Rakan Masyarakat Patriotisme, Cinta Negara dan Penyanyang disamping penerapan nilai-nilai kepimpinan, kerohanian dan keprihatinan pasti menjamin perpaduan yang mantap. Sertai aktiviti ini melalui Kelab Kemanusiaan (Humanitrian), Kelab Lions, Kelab Interact, Kelab Leo, Persatuan Sains Kemasyarakatan, Kelab Pencegahan Jenayah, Kelab Rukunegara, Kelab Setia, Kelab Keselamatan Jalanraya, Kelab Pengguna, Kelab Bimbingan dan Kaunseling. Rakan Seni Budaya Bakat semulajadi yang ada dalam diri tidak harus dipersiakan. Sertai aktiviti ini melalui Persatuan Muzik dan Genderang, Kelab Kebudayaan, Kelab Seni Kraftangan, Kelab Kompang, Kelab Koir dan Kelab Nasyid, Persatuan Pendidikan Seni, Pasukan Pancaragam Brass, Pasukan Pancaragam Lain-lain. Rakan Wajadiri Jatidiri, Bertanggungjawab, Berdisiplin dan Berpendirian teguh adalah elemen utama bagi membebaskan diri dan minda daripada pengaruh negatif, pasti menjanim keperibadian mulia generasi muda. Sertai aktiviti ini melalui Persatuan Seni Silat Sekolah, Taekwondo, Karate-Do, Silambam, Wushu, Taichi dan Chingkung. Rakan Wirausaha Bercita-cita menjadi ahli korporat dan ahli perniagaan? Ikuti program keusahawanan yang dibimbing oleh tenaga pakar dalam bidang perniagaan bagi mewujudkan ekonomi masa hadapan negara yang lebih maju dan berdaya saing dalam semua bidang. Sertai aktiviti ini melalui Kelab Kewangan Pelajar Sekolah/Kelab Pelabur Bijak, Kelab Usahawan Muda, Persatuan Ekonomi/Sains Rumah Tangga, Persatuan Prinsip Akaun/ Ekonomi dan Kelan Koperasi Sekolah. Rakan Siber Saluran internet memainkan peranan sebagai saluran untuk berkomunikasi dan berhubung dengan golongan remaja. Berfungsi sebagai satu platform siber dimana pihak Kementerian dapat berkomunikasi serta mengumpul maklumat dari golongan remaja berkaitan isu-isu semasa. Sertai aktiviti ini dengan melayari portal siber www.2-u.com.my atau Kelab Komputer Sekolah dan juga Pusat Siber Rakan Muda di semua Kompleks Rakan Muda.

Pembentukan identiti generasi muda yang positif lagi produktif teramat penting dalam menjamin pencapaian wawasan murni negara sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Kementerian Belia dan Sukan yang dapat meraih kepakaran dan kebijaksanaan dari remaja sendiri, agensi kerajaan, Pertubuhan Bukan Kerajaan dan pihak swasta telah menggubal suatu program yang mampu dimanfaatkan oleh generasi muda, masyarakat dan negara.

Wawasan Rakan Muda, yang tercetus daripada Wawasan 2020, akan membawa satu pendekatan untuk memperkukuh dan memperkayakan sistem serta orientasi nilai dalam masyarakat. Dalam masa yang sama, program ini menyemarakkan gaya hidup yang berkualiti dan berwawasan yang merelakan golongan muda untuk mencari identiti diri dan generasinya. Saya yakin perlaksanaan Rakan Muda juga akan menjadi penyumbang positif kepada institusi keluarga, agama, masyarakat, sekolah, media massa, golongan sebaya dan pertubuhan swadaya yang mempunyai kesan langsung kepada generasi muda.

Suka saya tekankan bahawa pembentukan sistem nilai dan gaya hidup berwawasan tidak akan dapat dizahirkan tanpa persefahaman serta sokongan padu daripada agensi kerajaan, Pertubuhan Bukan Kerajaan dan terutama sekali sektor swasta. Sesungguhnya, permasalahan dan tanggungjawab membentuk identiti generasi muda harus dipikul bersama oleh semua institusi formal, pertubuhan swadaya dan sektor swasta.

Segala kerjasama, sokongan dan bantuan daripada semua pihak begitu penting dan amat diharapkan supaya generasi muda hari ini, yang merupakan khazanah paling berharga negara, akan mewarisi sistem nilai dan gaya hidup berkualiti dan seterusnya muncul sebagai pemimpin serta pengisi wawasan negara.

Rakan Muda-Yakin Boleh!

Dato' Abdul Ghani Othman

Rakan Sukan (Sports)

Rakan Wajadiri (Martial Arts)

Rakan Cinta Alam (The Environment)

Rakan Seni Budaya (Culture)

Rakan Rekacipta (Innovations)

Rakan Wirausaha dan Wiramahir (Enterpreneurship)

Rakan Kecergasan (Physical Fitness)

Rakan Masyarakat (Community Service)

Rakan Rekreasi (Recreation)

Briged Rakan Muda (Uniformed Corps)

Sertailah Rakan Muda! (Be part ofPembentukan identiti generasi muda yang positif lagi produktif teramat penting dalam menjamin pencapaian wawasan murni negara sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Kementerian Belia dan Sukan yang dapat meraih kepakaran dan kebijaksanaan dari remaja sendiri,

agensi kerajaan, Pertubuhan Bukan Kerajaan dan pihak swasta telah menggubal suatu program yang mampu dimanfaatkan oleh generasi muda, masyarakat dan negara.

Wawasan Rakan Muda, yang tercetus daripada Wawasan 2020, akan membawa satu pendekatan untuk memperkukuh dan memperkayakan sistem serta orientasi nilai dalam masyarakat. Dalam masa yang sama, program ini menyemarakkan gaya hidup yang berkualiti dan berwawasan yang merelakan golongan muda untuk mencari identiti diri dan generasinya. Saya yakin perlaksanaan Rakan Muda juga akan menjadi penyumbang positif kepada institusi keluarga, agama, masyarakat, sekolah, media massa, golongan sebaya dan pertubuhan swadaya yang mempunyai kesan langsung kepada generasi muda.

Suka saya tekankan bahawa pembentukan sistem nilai dan gaya hidup berwawasan tidak akan dapat dizahirkan tanpa persefahaman serta sokongan padu daripada agensi kerajaan, Pertubuhan Bukan Kerajaan dan terutama sekali sektor swasta. Sesungguhnya, permasalahan dan tanggungjawab membentuk identiti generasi muda harus dipikul bersama oleh semua institusi formal, pertubuhan swadaya dan sektor swasta.

Segala kerjasama, sokongan dan bantuan daripada semua pihak begitu penting dan amat diharapkan supaya generasi muda hari ini, yang merupakan khazanah paling berharga negara, akan mewarisi sistem nilai dan gaya hidup berkualiti dan seterusnya muncul sebagai pemimpin serta pengisi wawasan negara.

Rakan Muda-Yakin Boleh!

Dato' Abdul Ghani Othman

Rakan Sukan (Sports)

Rakan Wajadiri (Martial Arts)

Rakan Cinta Alam (The Environment)

Rakan Seni Budaya (Culture)

Rakan Rekacipta (Innovations)

Rakan Wirausaha dan Wiramahir (Enterpreneurship)

Rakan Kecergasan (Physical Fitness)

Rakan Masyarakat (Community Service)

Rakan Rekreasi (Recreation)

Briged Rakan Muda (Uniformed Corps)

Sertailah Rakan Muda! (Be part of

Penawaran penganjuran bersama dengan pelbagai pihak dan sector untuk menganjurkan 4 program utama berikut : Rakan Muda Jiran Muda Penglibatan pelajar dalam program Rakan Muda tidak terhad semasa waktu persekolahan sahaja. Pelajar juga boleh mengikuti aktiviti-aktiviti hujung minggu dan cuti persekolahan melalui program Rakan Muda Jiran Muda seperti Kem Rakan Muda Jiran Muda (Kem Musim Cuti) dan program hujung minggu di kawasan perumahan melalui program Weekend Champs melalui kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Untuk menyertai aktiviti ini, hubungi Jabatan Belia dan Sukan Negeri. Sukarelawan Badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan akan bekerjasama membimbing remaja melalui program ini bagi melahirkan tenaga muda yang sentiasa bersedia berkhidmat dan berpengetahuan tinggi dalam apa jua keadaan sama ada diperingkat nasional mahupun antarabangsa. Untuk menyertai aktiviti ini, hubungi Jabatan Belia dan Sukan Negeri atau Penggerak Rakan Muda Kawasan Parlimen anda di Pejabat Belia dan Sukan Daerah. Rakan Muda Wawasan Desa Kepimpinan Kesedaran dan Kerjasama adalah aspek bagi pembangunan remaja. Program ini membantu remaja membangunkan kesedaran mengenai pentingnya pembangunan masyarakat secara menyeluruh. Spritual, Mental dan Fizikal yang disumbangkan akan menjana tenaga muda yang prihatin dan dinamik. Untuk menyertai aktiviti ini, hubungi Jabatan Belia dan Sukan Negeri atau Penggerak Rakan Muda Kawasan Parlimen anda di Pejabat Belia dan Sukan Daerah. Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Pelajar akan dapat menyertai aktiviti gaya hidup Rakan Muda di sekolah menerusi Kelab sedia ada di peringkat sekolah serta diiktiraf penglibatan mereka melalui skim pengiktirafan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM). Piawaian skim ARPRM adalah diiktiraf oleh piawaian antarabangsa The International Award For Young People yang beribu pejabat di United Kingdom. Untuk menyertai aktiviti ini, hubungi Jabatan Belia dan Sukan Negeri atau Penggerak Rakan Muda Kawasan Parlimen anda di Pejabat Belia dan Sukan Daerah.

Fungsi

Bahagian Pembangunan Rakan Muda: Menjalankan pengurusan dan Pentadbiran bahagian dengan sistematik dan teratur. Merancang, mengamal dan menyelaras serta menilai aktiviti dan projek-projek Rakan Muda di semua peringkat bagi :- Menzahirkan potensi tertinggi generasi muda Negara - Membina generasi pewaris yang sempurna dan bertanggungjawab dan, - Melahirkan satu generasi yang produktif dengan menyumbang dan bergerak bersama dalam arus pembangunan Negara. Menyelia dan mengawal serta menilai proses pemberian bantuan kewangan. Menyediakan program-program pembangunan Rakan Muda untuk remaja berdasarkan kepada kumpulan sasar iaitu mereka yang berusia 15 25 tahun. Melahir generasi pewaris yang sempurna yang mempunyai sifat-sifat prihatin, mahir dan dinamik. Memperluaskan perlaksanaan program Rakan Muda melalui pendekatan Rakan Muda Fasa II bagi tujuan penglibatan remaja secara menyeluruh. Merancang & menyediakan program-program khusus Rakan Muda untuk remaja-remaja yang tidak menyertai persatuan bagi memenuhi inspirasi & citarasa mereka.

Mewujudkan dan mengembling tenaga penggerak Rakan Muda di kalangan belia bagi memantapkan pelaksanaan program Rakan Muda secara lebih efektif di peringkat akar umbi. Menyediakan dan mengoptimumkan kemudahan-kemudahan prasarana mel alui pendekatan Kompleks Rakan Muda. Melahirkan golongan remaja yang mempunyai semangat kesukarelaan yang tinggi serta dapat menyumbang kepada pembangunan bangsa, agama dan Negara Meningkatkan kapasiti pelaksanaan program Rakan Muda secara perkongsian bijak dengan badanbadan NGO, Swasta. Menyediakan khidmat nasihat dan bimbingan kepada remaja ke arah melahirkan remaja prihatin, dinamik dan mahir. Memupuk, menyemai dan meningkatkan semangat patriotisme di kalangan remaja. Menyediakan program pembangunan sahsiah bagi tujuan meningkatkan penglibatan remaja dalam pembangunan. Merancang dan menyediakan program untuk bekas-bekas peserta PLKN (post PLKN). Merangka, menyediakan dan memperkemaskan aktiviti-aktiviti baru yang bersesuaian di bawah pendekatan baru pelaksanaan program Rakan Muda. Meningkatkan sinergi antara agensi kerajaan, swasta untuk meningkatkan liputan program. Mewujudkan jaringan antarabangsa melalui program khidmat masyarakat di negara Asean.

Peranan Bahagian Pembangunan Rakan Muda i. Mengisi masa lapang generasi muda negara dengan menjalankan aktiviti-aktiviti yang menarik dan berfaedah serta menghindarkan mereka daripada terlibat dalam kegiatan-kegiatan yang tidak sihat. ii.. Membangunkan potensi generasi muda dari segi pembangunan minda, fizikal, sifat kemasyarakatan, kekeluargaan, kesukarelaan dan kenegaraan serta sahsiah diri. iii. Menyediakan generasi muda yang sempurna dan bertanggungjawab agar mereka dapat menyumbang dengan produktif kepada pembangunan negara.

Tanggungjawab Bahagian Pembangunan Rakan Muda

i. Merancang, melaksanakan, menyelaras dan memantau pelaksanaan 8 Program Gaya Hidup dan 4 Program Rakan Muda di seluruh negara dengan berkesan dan sempurna. ii. Membangunkan 8 Program Gaya Hidup dan 4 Program Rakan Muda sebagai satu program penjana pembangunan masyarakat yang penting ke arah pembangunan generasi muda negara. iii. Mengembeling sokongan masyarakat umumnya dan golongan muda khususnya ke arah usaha-usaha kerajaan dalam pembangunan negara. iv. Menjana pemikiran dan minda golongan remaja ke arah meningkatkan rasa kebertanggungjawaban mereka dalam proses pembangunan negara melalui pendekatan dan strategi baru untuk menarik minat golongan ini melibatkan diri.

Strategi Rakan Muda Merangka, menilai dan mengkaji dasar, strategi pendekatan dan pelaksanaan program Rakan Muda untuk mencapai wawasan negara. Membimbing golongan remaja supaya sentiasa bersedia untuk menyahut cabaran wawasan negara. Mewujudkan kesedaran dan peluang penyertaan yang luas melalui 7 Gaya Hidup dan 3 Program Rakan Muda di semua peringkat dan lapisan masyarakat dengan cara yang lebih menarik, selesa dan berkualiti selaras dengan wawasan negara. Mewujudkan tenaga pelaksana dan pihak pengurusan yang cekap dan berkesan bagi menjamin kelancaran pencapaian matlamat kementerian. Mengadakan kerjasama yang erat dengan industri, swasta, agensi kerajaan, NGO s dan orang perseorangan dalam menjayakan pelaksanaan 9 Gaya Hidup dan 8 pengsektoran Rakan Muda. Memberi peluang kepada golongan muda untuk menyertai dan melibatkan diri dalam program dan aktiviti yang mereka minati. Memperluaskan pelaksanaan program Rakan Muda melalui pendekatan pengsektoran bagi tujuan penglibatan remaja secara menyeluruh. Merancang dan menyediakan program-program khusus Rakan Muda untuk remaja-remaja yang tidak berpersatuan bagi memenuhi inspirasi dan citarasa mereka. Mewujudkan dan mengemblengkan tenaga Penggerak Rakan Muda di kalangan remaja bagi memantapkan pelaksanaan program Rakan Muda secara lebih efektif di peringkat akar umbi. Menyediakan dan mengoptimumkan kemudahan-kemudahan prasarana melalui pendekatan Kompleks Rakan Muda.

Wawasan Program Rakan Muda

Merupakan satu kaedah untuk menggerakkan dan menjurus semua aspek pembangunan generasi muda ke arah penyumbang dan pelengkap kepada pencapaian matlamat wawasan 2020. GerakKan dan program yang telah digubal akan bertindak secara bersepadu untuk mencetuskan Gaya Hidup berkualiti serta memperkukuhkan sistem nilai dan nilai tambah dikalangan generasi muda.

Matlamat Program Rakan Muda

Menyediakan program-program pembangunan Rakan Muda untuk semua remaja berdasarkan kepada kumpulan sasar iaitu remaja yang berumur di antara 15-25 tahun bagi melahirkan generasi pewaris yang sempurna yang mempunyai ciri-ciri yang prihatin, mahir dan dinamik.

Dasar Kualiti

Komited terhadap kepuasan pelanggan secara maksimum dengan mengutamakan kehendak-kehendak pelanggan dan mengambil tindakan penambahbaikkan secara berterusan agar menghasilkan pelanggan yang berwibawa.

Piagam Pelanggan

Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia Dan Sukan Negara akan berusaha ke arah melahirkan remaja Malaysia yang terbina sahsiahnya, dinamik, prihatin dan mahir serta memiliki personaliti unggul. memiliki semangat kesukarelaan yang tinggi hingga ke peringkat global dan menjadi penjana modal insan negara. Bagi mencapai hasrat ini, kami berjanji untuk :1. Memberi perkhidmatan yang cepat, mesra dan telus bagi memenuhi kehendak pelanggan. 2. Mengekalkan integriti yang tinggi sebagai penjawat awam semasa memberi perkhidmatan.

3. Memberi khidmat nasihat dan maklumat terkini mengenai program Rakan Muda kepada remaja seluruh negara melalui pelbagai cara. 4. Menjawab semua surat yang diterima oleh Bahagian dalam tempoh satu minggu. 5. Memproses permohonan bantuan daripada pelanggan dan memaklumkan keputusannya dalam tempoh satu bulan. 6. Sentiasa menambahbaikkan pelaksanaan program melalui kaedah pemantauan yang berkesan. 7. Memberi peluang kepada remaja Malaysia mengikuti program Rakan Muda tanpa mengira agama dan keturunan. 8. Memastikan pelaksanaan setiap program berpandukan kepada objektif dan matlamat bahagian. 9. Meningkatkan jalinan hubungan dan kerjasama dengan jabatan, agensi dan badan yang berkaitan dengan bahagian Rakan Muda. 10. Sentiasa menerima sebarang teguran dan pandangan membina bagi menambahbaikan lagi program Rakan Muda bagi memenuhi sasaran.

Strategi Cawangan

1. Merancang program pembangunan insan bagi mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam mengendalikan dan melaksanakan program dan aktiviti Rakan Muda.

2. Merancang pembangunan kemudahan infrastruktur dan peralatan bagi menyediakan ruang dan peluang kepada remaja untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang diminati di semua peringkat.

3. Memperhebatkan promosi dan kempen-kempen menerusi saluran-saluran media bagi menggalakkan remaja mengisi masa dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang positif yang boleh meningkatkan lagi potensi diri.

4. Memperteguhkan hubungan kerjasama dengan semua agensi yang berkaitan dengan pembangunan remaja.

5. Merancang dan menyediakan program dan aktiviti Rakan Muda yang berkualiti yang bersesuaian dengan inspirasi dan citarasa mereka.

Cawangan Pembangunan Gaya Hidup dan Penggerak Urusetia JK3P Rakan Muda Kebangsaan Pemantauan, Pelaksanaan, dan penyelarasan aktiviti lapan (8) Gaya Hidup Penyelarasan Program Khas Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Pengurusan, pemeliharaan dan pengembangan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Pemantauan Badan Operasi / Perlesenan Perancangan latihan pemimpin ARPM

Sahsiah Merancang dan melaksanakan input sahsiah dalam Program Gaya Hidup Rakan Muda Rakan Muda Ramadhan (Kafa and Fardhu Ain) Merancang aktiviti pembangunan sahsiah menerusi aktiviti Gaya Hidup Pemantauan pelaksanaan dan laporan Unit Sahsiah dan aktiviti Takwim Islam Perancangan program Islam Hadhari

Penyelarasan Aktiviti Gaya Hidup Antara Agensi dan Khidmat Bantuan Penyelarasan jawatankuasa bersama antara agensi Rakan Muda Fasa II Penyelarasan peruntukan penyaluran bantuan program Pengurusan sumber dan agihan peruntukan sektor-sektor

Cawangan Pembangunan Organisasi dan Komuniti Rakan Muda Jiran Muda

Kem Rakan Muda Jiran Muda Kem Tunas Jiran Rakan Muda Rakan Muda Jiran Wanita Konvensyen Rakan Muda Jiran Muda Weekends champ

Sukarelawan Program Sukarelawan Rakan Muda Program Sukarela Rakan Muda (RM) IDOL Program Peace Corps

Kelab Rakan Muda Kelab Rakan Muda Parlimen Pusat Kegiatan Rakan Muda Aktiviti Gaya Hidup Kawasan Parlimen Kemudahan infrastruktur Pusat Kegiatan Rakan Muda Latihan dan bimbingan

Cawangan Pengembangan Rakan Muda Promosi dan Publisiti Perhubungan dan penyelarasan antara agensi Unit RM Mobil Perhubungan Awam Rakan Muda

Sekretariat Rakan Muda

Sekretariat Rakan Muda Institut Pengajian Tinggi (IPT) Sekretariat Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Sekretariat Kompleks Belia Dan Sukan Negeri (KOMBES) Sekretariat agensi kerajaan / sector tempatan Sekretariat Komplek Rakan Muda

Rekod Sumber Maklumat, Kad Keahlian dan Pengurusan Penggerak Rakan Muda ICT/Laman web Kad Keahlian Rakan Muda Rekod dan laporan tahunan Pengurusan Penggerak Rakan Muda

Pembangunan Aktiviti Kompleks Merancang aktiviti Kompleks Rakan Muda (KRM)/Kompleks Belia Dan Sukan Negeri (KOMBES) Membentuk hubungan dengan (Non-Gorverment Organization) NGO Menyelaras aktiviti Menyediakan pelan perancangan * Sumber dari : Bahagian Pembangunan Rakan Muda Tarikh Kemaskini: 25/05/2010 ke atas

Kementerian Belia dan Sukan, Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 P

You might also like