7 Habits, Paradigma dan Sikap: Isu Agamakah Semua Itu?

KENYATAAN: Artikel ini adalah sebahagian siri artikel saya berkaitan modul The 7 Habit of Highly Effective People milik Franklin Covey yang cuba saya olah berdasarkan perspektif dan nilai Islam. Tujuannya adalah untuk menggalakkan masyarakat mengambil manfaat daripada buku-buku Self Help yang ada di pasaran untuk memperkemaskan persembahan Islam agar keberkesanannya berada di tahap semasa dan optimum. Ikuti lanjutan artikel ini melalui artikelartikel di bawah kategori Revolusi Sikap, atau terus ke Pendahuluan, Habit 1, Habit 2, Habit 3, Habit 4, Habit 5, Habit 6 dan Habit 7 ± ABU SAIF ³Seperti mana yang diperkatakan oleh Covey di dalam kitabnya, err!´, saya tergamam sekejap. Kitab? Sejak bila pula 7 Habits of Highly Effective People menjadi µkitab¶ . Bismillah sepatah habuk pun tak ada. ³Seperti mana yang diperkatakan oleh Covey di dalam bukunya, aaa!´ , baru saya lega menyebut. Peserta pun ramai yang ketawa. Walhal kitab dan buku, kedua-duanya sama sahaja. Cuma persepsi kita sahaja yang berbeza. Ya, seperti menyebut sekolah dan madrasah´¦ walhal di Jordan sekolah paling sekular dan liberal pun namanya madrasah. Malah sama juga seperti babi dan khinzir. Sebut khinzir terasa seperti lebih sopan berbanding babi. Macam mencarut di dalam masjid pula, apabila menyebut babi di dalam kuliah maghrib! Tetapi soal persepsi terhadap buku Covey dan tema PUISI kali ini, lebih mendalam dari sekadar isu kitab atau buku. Buat pertama kalinya, PUISI jauh dari kitab turath (kitab warisan keilmuan Islam) sama ada kuning, mahu pun putih warna lembarannya. PUISI kali ini jauh benar jika mahu dibandingkan dengan Deen Intensive Dublin. Malah persepsi terhadap kuliah saya jauh lebih mendalam dari isu buku Covey, kerana persoalannya di sini ialah APAKAH ISU SIKAP, ISU AGAMA? Ada atau tidak al-Quran bercakap tentang masalah sikap? Atau ia hanya perbualan kosong seorang jurulatih motivasi? Berniaga air liur kata sesetengahnya! Jika Covey memperkatakan tentang paradigma sebagai topik pertama sebelum mengubah tabiat kehidupan, apakah al-Quran ada menyebutnya? Soalan ini rumit. Maklum sahaja, jika yang diperkatakan ini tiada asal usul agama, ramai yang gusar untuk mendengarnya. Apabila ternyata al-Quran ada menyebutnya, ia dikomen pula sebagai ³alaa, benda ni dalam Islam pun ada. Covey pinjam dari Islam. Nak hairan apa?´ Jika benar ia ada di dalam al-Quran, kenapa harus menunggu peminjaman Covey baru mahu terlihat akan wujudnya ia di dalam al-Quran?

Soalan-soalan di atas, saya perlu mencari jawapannya untuk diri saya sendiri sebelum ia dijawab untuk orang lain. Saya perlu kepada alasan untuk meletakkan isu sikap sebagai isu agama, agar saya dapat meyakinkan pelbagai pihak untuk memberi laluan kepada saya berceramah tentang sikap. Sama ada dalam konteks pelajar darjah 5 dan 6, sekolah menengah dan kolej persediaan, universiti dan graduannya, malah di dalam program-program gerakan Islam, saya perlukan kepada alasan yang kukuh, bahawa isu sikap ini adalah MUQADDIMAH AGAMA dan PERJUANGAN. AL-QURAN MEMBETULKAN PARADIGMA Ketika membaca surah al-Ahzab (33) ayat 21, saya termenung.

³Sesungguhnya bagi kamu, pada diri Rasulullah s.a.w itu ada suri teladan yang baik (uswah hasanah)´¦´ Jelas sungguh keterangan ayat ini. Rasulullah s.a.w adalah contoh terbaik. Tetapi jika ayat ini begitu jelas, mengapa ramai yang salah faham terhadap Rasulullah s.a.w? Ada salah faham yang didiamkan, banyak pula sekarang ni yang disuarakan. Lihat sahaja kepada peristiwa yang diriwayatkan oleh Muslim dan Abu Daud, ketika baginda s.a.w bertanya kepada Aisyah r.ah, ³apakah ada makanan untuk dimakan?´ . Aisyah menjawab, ³tiada´ . Maka baginda s.a.w bersabda, ³jika begitu, maka hari ini aku berpuasa´ . Ya, jika Rasulullah s.a.w. itu suri teladan yang baik, teladan apakah yang boleh diambil dari sebuah rumah tangga yang seorang suami tidak dapat menyediakan makanan untuk dimasak oleh si isteri? Apakah rumah tangga ini yang layak menjadi contoh rumah tangga terbaik? Dalam konteks definisi ³rumahku syurgaku´ hari ini, saya yakin ramai yang gelisah untuk mengambil contoh dari rumah tangga yang dapurnya tidak berasap ini. Gelisah´¦ Kegelisahan ini tambah sulit apabila ilmu sains politik hari ini mendesak agar kuasa menggubal undang-undang, kuasa melaksanakan undang-undang dan kuasa kehakiman, ketiga-tiga bidang kuasa ini mesti berasingan dan tidak boleh ada di tangan satu pihak atau individu. Jika tidak, pemerintahan semacam itu adalah pemerintahan diktator. Ya, jika definisi ini diterima sebagai definisi sebuah pemerintahan yang adil, maka adilkah pemerintahan Rasulullah s.a.w? Bagindalah yang ³×membuat undang-undang´Œ, baginda jugalah yang melaksanakannya dan jika ada kesalahan dan perlanggaran akta, maka baginda jugalah hakim yang memutuskan hukuman, maka tidakkah ini contoh sebuah pemerintahan yang diktator? Bahaya, bahaya´¦

Isu ini bukan saya reka untuk mengundang gelisah kita semua, tetapi sekurang-kurangnya kumpulan The Young Ottoman, anak-anak muda yang ³×dibiayai pengajian mereka oleh kerajaan´Œ Othmaniyyah pada kurun yang ke 19, sudah pun merasa gelisah dengan hal ini. Mereka balik sebagai saintis yang mempunyai idea sains, dan idea terhadap survival negara hasil Revolusi Perancis (1789 ± 1799). Pada mereka Sultan Osmanli adalah diktator kerana mewarisi corak pemerintahan kuasa berpusat, yang diamalkan sebagai warisan pemerintahan Rasulullah s.a.w. Ya, adakah contoh pemerintahan seperti ini, layak menjadi uswah hasanah bagi kita hari ini? Jika mahu diselongkar keraguan masyarakat terhadap SUNNAH, jumlahnya berderet-deret. Malah banyak pula yang mengejutkan kita. Seperti seruan Sisters in Islam kepada keperluan mentafsirkan semula al-Quran, dengan alasan mufassir klasik Islam semuanya lelaki belaka, sebab itu bias terhadap wanita! Aduh, hampir terkena serangan jantung saya dibuatnya. Semasa saya membaca Tafsir Ibn Katheer dan alThabari atau al-Qurthubi, tidak pernah terlintas di fikiran saya selama ini apakah jantina ahli tafsir itu. Apa yang dilihat adalah hujah, bukannya jantina. Tetapi hari ini ia jadi isu. Jika isu ini tidak diselesaikan, susahlah agama mahu disebarkan kepada orang ramai. Bawakanlah sederet nas-nas yang sahih, semuanya disalah ertikan. Mengapa? Paradigma´¦ cara berfikir, cara melihat sesuatu. Maka keluarlah pepatah yang sering saya ulang, ³what you see is what you get. Who you are determines how you see³. Apa yang kamu lihat, itu yang kamu dapat. Siapa kamu, menentukan bagaimana kamu melihat! Di sinilah saya mahu berkongsi contoh, bagaimana al-Quran mengemukakan set pemikiran yang betul supaya Rasulullah s.a.w itu dinilai dari pandangan dan pemikiran yang betul. Firman Allah SWT:

³Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu ada suri teladan yang baik. Iaitulah bagi orang yang (1) meletakkan harap (matlamat) hidupnya hanya kepada Allah, (2) meletakkan harap (ganjaran kerjanya) pada Akhirat, dan (3) secara konsisten berkekalan mengingati Allah sebanyakbanyaknya´ [Al-Ahzab 33: 21]

Benar, tidak semua orang boleh menghargai Rasulullah s.a.w sebagai teladan yang baik. Perlu ada muqaddimah pada paradigma pemikirannya sebelum kehebatan dan kebaikan junjungan mulia s.a.w. dapat dihargai. Seorang yang boleh menghargai Rasulullah s.a.w. dalam kehidupan ini, perlulah berfikir dengan 3 asas pemikiran iaitu: 1. Hidupnya bermatlamatkan Allah. Tujuannya Allah. Hidup untuk melaksanakan TUJUAN, akan bertolak ansur terhadap KEPERLUAN. Ukuran kejayaan rumah tangga di zaman Nabi s.a.w. bukanlah pada keupayaan suami memenuhkan peti ais dan memastikan 3 pinggan lauk terhidang setiap kali makan. Soal makan apa, tidak menjadi persoalan di zaman itu. Malah najis umat Islam di era itu tidak jauh beza dengan najis unta kerana makanan mereka tidak banyak berbeza! Sebab itulah, uswah hasanah rumah tangga Nabi s.a.w. tidak ada kena mengena dengan menu hidangan. Uswah hasanahnya adalah pada keelokan pergaulan dan layanan baginda s.a.w. kepada ahli keluarganya, adab dan sopan yang diamalkan dan senarainya panjang pada panduan Bait Muslim berasaskan SUNNAH. 2. Ganjaran amal adalah pada ganjaran Akhirat. Fitrah manusia apabila bekerja, dia mengharapkan hasil dan ganjaran. Maka seorang yang boleh mengambil Rasulullah s.a.w. sebagai suri teladan yang baik, mengutamakan ganjaran Akhirat berbanding dunia. Tanpa Akhirat, kita lemah semangat untuk terus berbuat kebaikan tanpa mendapat sokongan, galakan dan pujian warga dunia. Walhal kita lupa, Allah SWT yang Maha Baik itu pun jarang disyukuri dan dihargai. Siapa sangatlah kita untuk kebaikan yang dilakukan mendapat pujian? Namun, sekecil-kecil kebaikan pun, akan diperlihatkan dan diberikan balasan kebaikan, pada sebuah kehidupan bernama Akhirat. Jika ini menjadi pertimbangan kita, maka barulah kita boleh menghargai saranan Nabi s.a.w. agar mengalihkan kayu dari menyakiti pejalan kaki di jalanan, senyum dan salam kepada insan yang ditemui, dan pelbagai benda ³×remeh temeh´Œ dan kecil halus itu. Ia besar, bagi sebuah penilaian Akhirat. 3. Berkekalan dan banyak mengingati Allah. Seorang itu harus sentiasa hidup dalam keadaan sedar dirinya berTuhankan Allah. Dia melakukan setiap satu perkara, seolah-olah dia melihat Allah. Seumpama seorang yang menjawab soalan peperiksaan ketika mana guru subjek tersebut berdiri berpeluk tubuh di depan mejanya memerhatikan jawapan yang ditulis! Tentu kepala kuat memerah mencari jawapan terbaik. Tentu segera timbul rasa menyesal kerana tidak menbaca betul-betul. Tentu masa itu juga sudah siap terasa malu sebelum keputusan peperiksaan diumumkan. Atau sekurangkurangnya merasa diri dilihat Allah. Inilah yang dimaksudkan sebagai ³the consciousness of the Creator³, yang terhasil sebagai hikmah galakan basmalah pada setiap awal amal. Jika watak-watak ini ada bagi seorang insan, nyata dan teranglah pada dirinya kehebatan dan keunggulan Sirah Rasulullah s.a.w. sebagai uswah hasanah, kerana pemikiran dan paradigmanya sama. MELIHAT KEHIDUPAN DARI PANDANGAN PENCIPTA KEHIDUPAN!

tetapi minum atau tidak. Rumput oh rumput. Tetapi. keluh seorang isteri. kalau suami saya jenis manusia macam tu?´ . kata bos-bos yang berkursus. rumput panjang sangat. Atas titik itu. Sebab mereka yang nak buat kerja-kerja itu nanti´ . bos ke atas pekerja. Alangkah baiknya kalau orang bawah faham benda-benda ini. Ikan oh ikan kenapa tak mahu timbul? Macam mana aku nak timbul. kenapa panjang sangat? . ikan tak mahu timbul. Sentiasa menyalahkan pihak lain. Tapi kami orang bawah nak buat macam mana? Teori graviti bukankah atas ke bawah? Orang atas yang kena dengar benda-benda ni´ . kita hanya mampu menarik kuda ke sungai. Walaupun suami ke atas isteri. agar kehebatan Islam dan keagungan teks al-Quran dan al-Sunnah tidak disia-siakan oleh cara berfikir yang salah. BANGAU OH BANGAU Bangau oh bangau. keluh kerani-kerani dari sebuah bank. tentang apa yang ustaz cakap. kata seorang suami. Harapkan orang berubah supaya kita berubah. kenapa engkau kurus? Macam mana aku tak kurus. Ustaz tak ada buat kursus untuk isteri-isteri?´. Izinkan saya untuk menumpukan tulisan dan ceramah pada aspek ini. Ini falsafah bangau. tiada siapa yang boleh memaksanya. Pada seseorang dan sesuatu yang dia tidak boleh ubah. Tapi isteri saya yang masalahnya. Ulasan Tabiat 1: Pro Aktif Mulakan Dengan yang di Depan Cermin ³Macam mana saya nak baik. Semua orang meletakkan syarat perubahan pada orang lain. Itulah nada-nada biasa yang saya dengar setiap kali mengendalikan kursus. ³Apa yang ustaz cakap tu betul.Dan al-Quran serta al-Sunnah banyak melakukan hal ini iaitu membetulkan cara berfikir sebagai muqaddimah Syariah. ³Saya rasa puas hati betul dengan huraian ustaz. Kami di bahagian pengurusan faham Insya Allah. ³Saya faham Insya Allah. Susahlah begini. 7 Habits of Highly Effective Muslim saya mulakan dengan tajuk PARADIGMA dan PRINSIP KEHIDUPAN. itulah yang kita suka harapkan.

kalau jalan jem macam ini. katak panggil aku. Ya. Ya. mungkin nama anda pun akan ada dalam lagu ini. hujan melimpah turun. Globalisasi. jiran. kerbau tak makan aku. Kayu oh kayu mengapa engkau basah? Macam mana aku tak basah. kata seorang pemandu di Kuala Lumpur. dasar kerajaan. Pelbagai isu akan terlibat. Ireland. ³Kalau cuaca gloomy macam ini. kata seorang pelajar di Galway. mengambil kawalan dan tanggungjawab ke atas diri kita sendiri. mengapa engkau turun? Macam mana aku tak turun. ³Ana tak boleh buat apa-apa. kenapa tak makan rumput? Macam mana aku nak makan. diri masing-masing. kenapa engkau sakit? Macam mana aku tak sakit. Katak oh katak kenapa panggil hujan? Macam mana aku tak panggil. memang ana jadi kaki mencarut punya´. ERTI PROAKTIF Inilah namanya PRO AKTIF. mujurlah ular berhenti menyalahkan orang lain. Proaktif bermaksud. Jika ular masih mencari alasan. bapa mertua? Siapa lagi dalam senarai pihak yang ingin kita salahkan? Lihat. makan nasi mentah. Kerbau oh kerbau. diri saya. MEMANG MAKANAN AKU. saya memang depressed´. Nasi oh nasi. apabila ular mula mengambil tanggungjawab terhadap AKU iaitu dirinya sendiri. baru boleh berhenti mencarut. kenapa nak makan katak? Macam mana aku tak makan. selesai polemik dan masalah di hutan. kayu api basah.Macam mana aku tak panjang. Kita tidak meletakkan kualiti hidup kita atas sesuatu yang kita tidak boleh kawal. . Mungkin dia kena pindah ke Kampung Bongek. ular nak makan aku. Perut oh perut. iaitu diri anda. Hujan oh hujan. mengapa engkau mentah? Macam mana aku tak mentah. Ular oh ular. Susahlah begitu. masalah boleh menampakkan penyelesaian apabila anda akan mula bercakap tentang AKU. Orientalis. perut aku sakit.

Mulakanlah perubahan dengan mengubah diri sendiri. Hidup begini. kita bahagia atau derita. peluang untuk diperbaiki dan memperbaiki. Mahu menafsirkan ujian sebagai kaffarah dari Allah. jika suami meletakkan kesempurnaan itu ialah pada apa yang isteri buat dan tidak buat. Ana tak mampu nak memFatimahkan seorang yang tidak Fatimah!´. dia mungkin akan diubah apabila kembali ke pangkuan keluarga. Alhamdulillah. Semua sibuk mencari. atau mahu menafsirkannya sebagai bala bencana penyebab derita lagi sengsara. MENCARI ATAU MENJADI? ³Saya sedar saya tidaklah sehebat Fatimah. Ibu bapa yang akan menentukan saya boleh jadi ibu atau bapa yang baik. adalah seperti meletakkan remote controller kehidupan kita di pihak lain. Kita gembira atau sedih. Kita hanya mampu memberi reaksi. mudahkah untuk mengekalkannya? Kita bertemu dengan pasangan hidup semasa duduk dalam suasana usrah. kata seorang mahasiswi. mampukah kita mencari sebuah kehidupan yang bebas dari ujian? Berhentilah daripada mencari unsur luar. Masakan tidak. imejnya berjubah dan bertudung labuh. Bursa Saham sahaja yang boleh menentukan tahap senyum dan bahagia saya. anda pilih sendiri. pilih sendiri. sebab itu ana kena pilih isteri yang sempurna macam Fatimah. Barulah cuaca cerah sentiasa. Arab Saudi.Emm. atau di Burkina Faso. Sepatutnya dia memilih untuk belajar di Tha¶if. sebab itu saya perlukan suami yang soleh seperti Ali untuk membimbing saya´ . jika ujian kehidupan menentukan kebahagiaann diri. Oh. Mudahkah untuk mendapatnya? Semua sibuk mencari. Cuaca yang akan menentukan mood kita. semua ditentukan oleh orang lain. dia mungkin berubah kerana dia memang berubah. Mahu bahagia atau derita. Jika jumpa. adalah hidup yang rumit lagi sulit. dia sudah tersalah memilih tempat belajar. Maka mampukah kebahagiaan dan kesempurnaan rumahtangga dipertahankan. Tetapi mampukah kita mengekalkan isteri kita para benchmark solehah seperti itu di sepanjang alam rumah tangga? Dia mungkin akan diubah oleh suasana kerja. tegas seorang mahasiswa. atau paling utama. ³Ana memang tidak sebagus Ali. Warnakan alam dengan pandangan anda sendiri. kehidupan seperti ini adalah kehidupan reaktif. Kita tiada upaya untuk memutuskan tindakan atas pilihan sendiri. kerana semua itu ada dalam dirimu. atau mahu menafsirkannya dengan gaya si luncai yang µAKU TIDAK PEDULI¶SMA. jadi atau tidak jadi? . Kenyataan-kenyataan seperti ini. dia mungkin berubah atas banyak pengaruh.

Ultraman berubah menjadi raksasa! Jika bahagia dan sempurnanya rumahtangga ialah pada apa yang suami buat atau apa yang isteri buat. bukan MENCARI. dialah Ultraman. Sedih. Apa yang nak dibimbangkan. maka ramailah calon. Jika inginkan yang solehah. Maka jika mahu mendapatkan yang soleh. Apa reaksi anda? Bagaimana reaksi Sandra? ³Saya tahan sabar. Ingatlah kita kepada cerita Stephen Covey tentang anak dan isterinya? Ketika Covey sampai di pintu rumah. ³daddy. Dia tidak akan bertindak mengikut apa yang merangsangnya. Kemudian disimbahnya dengan air´ Oh. Semasa bercinta. anak kita ini sedang menaburkan bekas-bekas makanan kotor di atas lantai. solehnya boleh berubah´¦ kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa. PROAKTIF DAN BUTANG PAUSE Orang yang proaktif. Pencarian yang tidak berkesudahan. I am a hardworking man´ Sandra. isterinya berkata. solehahnya dia belum tentu kekal. disambut dengan kemarahan. penat-penat. dan mudahlah sedikit kehidupan. kata Sandra. tiba-tiba anak buat hal. Tidak seperti orang yang reaktif: Marah. diselubung kegeraman. janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah. tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Geram. tidak mudah melatah. Saya tanya anak kita kenapa dia buat begitu?´ . Tetapi siapa sangka. . kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI. tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan ³×itu´Œ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya. ³tadi semasa saya baru balik kerja. Hidup seperti ini susah lagi menyusahkan. itu pengalaman kita semua. kita akan hidup dan mati dalam pencarian. dia diterpa anak kecilnya sambil berkata. dirundung kesedihan. Balik kerja. selepas berumahtangga. dan kita menemuinya di dalam suasana semua lelaki nampak sempurna. dialah Gaban. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI.Kita mahu mencari pasangan hidup yang soleh. Bertemu yang soleh. Bertemu yang solehah. sakit-sakit. kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh.

jawab di anak. habuannya penampar! Apa kata Sandra? ³Oh begitu. Bagaimana Sandra boleh menyabarkan diri untuk menjadi proaktif. prioritinya bukanlah lantai dapur yang bersih. Ia bukan topik motivasi. Bayangkan jika Sadra menampar si anak tadi. ok? Emak akan ambilkan bangku dan kamu basuh di sinki. tetapi anak yang . proaktif adalah simbol kegagahan seorang Mukmin semata. berat punggung. tanya Stephen. Kita yang mengajarnya dulu. Sabar adalah upaya untuk bertindak tepat kerana ada penapis yang menapis persekitaran. Sabar bukan sentiasa menjadikan diri sebagai mangsa.³Apa katanya?´ . nanti kena tampar!´ Jangan terkejut jika anak kita akhirnya membesar berat tulang. si anak menyepahkan pinggan mangkuk dengan niat mahu MEMBANTU EMAK. ³Baiklah. puji si ibu yang proaktif. lepas ini kalau kamu nak tolong emak. ³dalam situasi seperti itu. ³Boleh´ . kenapa tak basuh di sinki?´ . Akan tetapi yang gagah itu adalah orang yang menguasai dirinya ketika marah!´ Ya. tanya Sandra kepada anaknya. apakah pelajaran yang anaknya perolehi? Hatinya akan berkata. . ia sifat Mukmin yang mesti dibaja. ³Tak sampai´ . ³Bagus. kata si anak kecil. you are a hardworking man´ . Jika mahu menolong emak. Ya. tidak melatah dan bertindak melulu mengikut rangsangan? Sandra mengamalkan apa yang kita orang Islam namakan sebagai SABAR! Sabar itu adalah butang PAUSE untuk kita berupaya berhenti sejenak dan berfikir apakah tindakan paling tepat yang kita patut buat. pada orang yang kuat bergusti. beritahu dahulu. Stephen Covey membuat kesimpulan.mendapat pelajaran yang betul. ³kalau nak tolong emak. boleh?´ . ³Saya nak tolong emak!´ . pujuk Sandra. jawab si anak. Tidakkah Nabi SAW sudah mengajar kita tentang hal ini? ³Bukanlah gagah itu.

dan hamburkan di atas sejadah semasa menangis di depan Tuhan. untuk pergi kepada mad´Œu. Jamal kehairanan. Tetapi pendakwah yang gagah adalah pendakwah yang dapat mengawal dirinya ketika marah! Simpan kemarahan itu. Hiduplah dalam meletakkan setiap asas perbuatan pada kesedaran diri terhadap Allah. ³Eh. Ubatkan sakit hati itu dengan meratap di sunyi malam di hadapan Tuhan. Dapurnya biar di depan ya´ . Tiada proaktif tanpa Allah. Encik Lim menggaru kepala. kata Jamal. bukan konfrontasi. wakil syarikat pembinaan yang bakal membina rumah impian Jamal. dari situlah terbitnya sabar. malah pendakwah! Semua yang berlaku di sekitar kita. sumber sabar adalah dengan Allah. Dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan Allah [Al-Nahl 16: 127] Ya. masih perlukan pelan lagikah?´. Siapa tidak marah melihat artis celupar terhadap isteri Nabi? Siapa tidak berang dengan penghinaan orang Islam terhadap agamanya sendiri? Semua yang berlaku di sekeliling kita. . gusti tangan gusti pemikiran. Gusti hujah gusti lidah. Namun. semuanya mengundang marah. tanya Lim. Lebih hairan.SUMBER SABAR Bagaimana untuk sabar? Dari mana sumber sabar? Dan bersabarlah kamu. Mahu terus bergusti´¦ silakan´¦ Selamat tinggal pendakwah Islam. memang patut dimarah. DA´ŒIE YANG GAGAH Sabar dari gusti dan gaduh bukan hanya untuk ibu terhadap anak. ³Encik Jamal dah siapkan pelan rumah tersebut?´ . selamat maju jaya missionari Nasrani! Ulasan Tabiat 2: Bermula Langkah Dengan Akhir di Minda ³Saya nak supaya rumah yang dibina ini ada tiga bilik. awak dah bina begitu banyak rumah. kuatkan diri dan banyakkan interaksi. memang patut dibalas dengan setimpal-timpal balasan! Tetapi seorang pendakwah yang gagah bukanlah pendakwah yang kuat bergusti.

bayangkan kesudahan yang diharapkan. jawabnya penuh yakin. saya bertanya kepada salah seorang peserta kursus motivasi. ³ Apa yang kamu mesti lakukan untuk memastikan kamu boleh menjadi doktor?´ . saya melontar idea. katanya. ³ Bagaimana dengan kemahiran memasak? Mengemas rumah? Melipat kain? Melayan kanak-kanak?´ . Kimia. Gambar KLCCkah. Matematik Tambahan´¦´ . Memulakan langkah dengan gambaran akhir di dalam fikiran. Buat sesuatu. Inilah yang dimaksudkan dengan Begin with the End in Mind. Kenapa nak jadi doktor?´ . Maka tabiat melakukan sesuatu berteraskan visi dan misi yang jelas lagi tepat. sambung pelajar pintar tersebut. atau tiga anak kucing di dalam bakul? Ada gambaran. Sebelum terlibat di dalam satu hubungan. ³ Bagus. ³Lagi?´ . ³ Tadi kamu kata kamu suka menolong orang lain. tanpa terlebih dahulu siap pelannya. Bukan sahaja pada rumah yang hendak dibina. Hal ini adalah tabiat kedua yang mesti ada untuk seseorang itu cemerlang dan berkesan dalam hidupnya. Gembira melihat orang gembira´ . Baru tingkatan empat. mesti ada pada sebuah pelan membina rumah. CITA-CITA ³ Kamu bercita-cita nak jadi apa bila dewasa nanti?´ . pelajar tersebut mula rasa kurang selesa. . ³ Saya nak jadi doktor´ . menjadikan kehidupan seseorang itu terancang. Terarah. Jelas dan tepat. biar jelas matlamatnya. malah anak-anak kita yang bermain jigsaw puzzle pun tahu betapa pentingnya untuk mereka melihat terlebih dahulu. adalah untuk kamu menolong orang lain. Tetapi kamu tidak boleh menolong orang lain sebelum kamu menolong diri kamu sendiri!´ . pelajar tersebut semakin bingung. apakah gambaran akhir kepada kesudahan projek itu. atau Jambatan Pulau Pinang. saya bertanya lagi. saya berkongsi pandangan. Biologi. Kenapa ustaz?´ . ³ Itu sahaja rasanya. Lakarannya harus JELAS. saya cuba menguji adik yang seorang ini. Tabiat kedua yang diajarkan oleh Steven Covey ini sangat bermanfaat untuk kehidupan duniawi kita. Fizik. jawabnya. Semua persediaan yang kamu sebutkan tadi. ³Ko-kurikulum kena cemerlang. Hidup tanpa arah.Tidak mungkin sebuah rumah dapat dibina. baru langkah dimulakan. ³ Oh. kena straight A´Œs dalam subjek teras Sains. ³ Maksud ustaz?´ . adalah kehidupan yang tidak tentu arah. ³ Itu sahaja? Ada apa-apa lagi yang tertinggal?´ . Jika mahu melaksanakan satu projek. saya terus bertanya. biar jelas dan tepat. ukurannya mesti TEPAT. ³ Saya suka menolong orang. Kepimpinan mesti bagus´ . saya menyambung soalan. apakah gambar yang bakal kelihatan melalui cantuman kepingan jigsaw puzzle tersebut. Buat sesuatu.

kita sibukkan diri dengan hal logistik dan teknikal. kamu tentu akan berkeluarga. ³ Betul ke ustaz?´ . Kita bukannya ada peluang untuk berjumpa lagi selepas peperiksaan´ .³ Apa kena mengenanya semua itu dengan menjadi seorang doktor?´ . Berkahwin dan beranak pinak. kemahiran hidup dan kematangan dalam membuat keputusan harian. gambaran akhir terhadap sesuatu itu mesti diambil kira. adalah sesuatu yang sering hilang prioriti. ³ Saya rasa kita kena buat lima sahaja sebab kebanyakan kita akan menghadapi peperiksaan tahun akhir´ . suami dah pandai masak atau tidak dan sebagainya´ . Kita ada bajet. Untuk menjadi seorang yang berjaya di masa hadapan. enam. dalam keadaan satu apa pun skill rumahtangga tidak diketahuinya. mesti dibantu untuk melihat keseluruhan hidupnya di masa hadapan. Sikap. Bila rancang nak ada anak ketiga. jawab si B. tanya si A. ³ Tapi saya rasa. ³ Ya. Jangan hanya lihat pada kod putih dan stethescopenya sahaja. akhirnya kehidupan kamu akan tunggang langgang. lima ke atau enam kali?´ . tetapi kita lupa kepada perkara . lima enam. keluh si A. balas si A. Lima. tetapi gagal menolong diri sendiri sebagai seorang isteri dan ibu. tanya pelajar tersebut. Kisah di atas berlaku beberapa kali semasa saya mengendalikan kursus motivasi untuk pelajar sekolah. ³ Tapi kita biasa buat enam«´ . saya tersenyum. soalan yang ditanya oleh penemuduga. Yang lelaki usah kiralah« Para pelajar yang kaya A hari ini. Semuanya diuruskan oleh bibik dan supir. Mereka mesti dibantu untuk melihat kehidupan seorang doktor secara menyeluruh. Orang lain Baiti Jannati. Jangan hanya bijak akademik tetapi tidak bersedia menempuh realiti hidup. Hari ini mudah benar anak dara pergi ke universiti dan seterusnya menjadi seorang doktor. bukan hanya akademik yang jadi bekalan. semuanya tentang rumahtangga. semasa isteri saya menghadiri temuduga Master untuk menjadi doktor pakar. Inilah kesilapan yang sering berlaku kepada kita semasa merancang program. Oleh itu. hujah si B. ³ Lima pun boleh. tanya pelajar tersebut. jurutera dan lain-lain. kalau kita buat lima. nanti tak habis pula silibus Tamrin itu. Kamu nanti Baiti Naari! Naudhubillah´ . sebab kita boleh compress silibus agar muat dengan lima kali Tamrin itu´ . BEGIN WITH THE END IN MIND DALAM BERPERSATUAN ³Tahun ini kita nak buat Tamrin. Kalau kamu hanya cekap menolong orang lain sebagai seorang doktor. saya membuat kesimpulan. ³ Satu hari nanti. matlamat yang ingin dicapai dari Tamrin itu sendiri belum diputuskan lagi.

Khadijah. dan sebagainya. Jadikan ia tabiat yang sebati pada jiwa. soal Begin with the End in Mind bukan hanya soal dunia. Maka ketika di dunia. Umar. Ya. maka kita tumpukan kepada sesi diskusi ilmiah dan kurangkanlah aktiviti berkayak. tak payah buang masa berprogram. kita tetap menuju akhir yang sama. Aishah dan sebagainya. maka program yang melibatkan kerja berpasukan. apakah sudah dimasukkan gambaran Syurga dan Neraka dalam perancangan itu? Ketika malah berjuang. di samping sesi-sesi yang menyentuh emosi mesti diutamakan. Begin with the End in Mind menuntut kita agar memikirkan matlamat sebelum merancang program. kesudahan seorang jahil. . semuanya berkesudahan dengan kesudahan yang sama. Kalau semuanya bagus. jangan dilupa. Sama ada kita rancang atau tidak. bermain bola tampar dan jaring. atau dosa yang menjurus ke lembah neraka? Nak buat apa sahaja. Siapa di sisi Baginda? Tentu sahaja nama sehebat Abu Bakar. Dermakan sahaja bajet anda ke Palestin! END OF THE END Tetapi. barulah layak di Syurga hidup menerima. Kesudahan seorang alim. tetapi tahun ini sasaran kita adalah melahirkan ahli yang mempunyai fikrah yang jelas terhadap 5 isu utama masa kini. kesudahan yang kaya. ketika banyak masa terbuang. semasa merancang untuk mengasihi seseorang. Apa yang mahu dicapai dari program? Atau sekadar mahu ada program? Kalau analisa kita memperlihatkan ahli organisasi agak renggang dan lemah ukhuwwah. Bukan hebat harta atau ilmu. Bagaimana soal hujung hidup di alam dunia? Bagaimana dengan hidup di sana selepas mati di sini? Maka hal ini juga membabitkan soal iman.yang paling penting. Hidup mereka semasa di dunia adalah hidup memberi. Kurangkan ceramah. merancang untuk membenci dan memusuhi seseorang. Akhir yang paling akhir. Maka dalam gerak kerja berpersatuan. kesudahan yang miskin. Renunglah pada kesudahan semua. sedar atau alpa. hebat kehidupan. kita sudah diberi gambaran bahawa Syurga itu tempat orang hebat. apakah perbuatan kita itu nanti bakal diproses menjadi pahala lantas membuka peluang untuk ke Syurga. Tetapi hebat jiwa. Jika kita bayangkan akhir perjalanan itu adalah di Syurga. fikir dulu kesan akibatnya. Bukannya merancang untuk mengadakan program. Tak ada matlamat. maka siapakah bakal kita temui di Syurga? Pasti yang pertamanya adalah Penghulu Syurga iaitu Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW. perjalanan kita akan terus berlangsung hingga ke detik muhasabah di hadapan Allah. Selepas mati. sudah dikirakah kesan itu semua pada akhir perjalanan ini? Sudahkah dianalisa. Kita akan mati. peduli atau membodohkan diri. kemudian baru difikirkan matlamatnya. ketika pelbagai alasan diberi dan ketika pelbagai dosa membelenggu diri. hebat perjuangan. Jangan sekali sekali.

Dunia adalah tempat persinggahan.Mati. Tentunya amat membebankan. Maka di dalam kembara ini. apakah yang anda pilih untuk dimasukkan di dalam beg anda? . Masa saya mesyuarat nanti. tidak akan menyusahkan dirinya dengan apa yang ia tidak perlukan.Riwayat al-Bukhari ³Nak bawa apa ni ya?´ . awak pergilah beli baju baru´ . Perjalanannya perlu ringan dan cepat. Kita bukannya nak pindah ke Dubai tu. keluh si isteri. Bukanlah langsung tidak perlu. Kita datang dari alam lain dan sedang menuju kembali kepadanya. Mulakanlah langkah di kehidupan ini. marah si suami. Singgah sekejap sahaja. ³Lesung batu tak nak bawa? Alang-alang alat pembakar roti pun boleh juga awak angkut sekali!´ . sindir si suami. suatu perjalanan yang diberatkan oleh benda-benda yang kita tidak perlu. Kalau setakat mengidamkan nasi. Dua beg besar sudah sendat berisi. Neraka. ³Cukuplah tu. ³Hiduplah kamu di dunia seolah-olah kamu ini warga asing atau pengembara di sebuah perjalanan´ Rasulullah SAW mengingatkan kita bahawa dunia ini juga satu kembara. Apatah lagi semua yang ditinggalkan itu. tetapi kalau tiada pun tidak menjejaskan apa-apa. nak bawakah?´ . Begin with the End in Mind! Ulasan Tabiat 3: Utamakan Apa Yang Utama ³Hiduplah kamu di dunia seolah-olah kamu ini warga asing atau pengembara di sebuah perjalanan´ . dengan merenung hujung sebuah perjalanan. tanya si isteri sambil menunjukkan periuk nasik elektrik kecilnya. ³Yang ini. cari sahaja kedai Asia yang berlambak di Dubai. Mengapa perlu diangkut periuk nasi untuk perjalanan 4 hari? Seorang pengembara yang bijak. ada kedapatan di destinasi yang hendak dituju. melihat isterinya mengemas pakaian. Syurga.

adalah seumpama bekas air. manakala perkara yang kurang berharga boleh diketepikan. Sistem nilai yang menentukan apakah yang berharga dan apakah yang tidak berharga dalam hidup ini. Bagaimana jika batu besar itu ialah melawat ibu di kampung yang tidak sihat? Bagaimana jika batu besar itu ialah Hari Ucapan Dan Penyampaian Hadiah anak di sekolah? Bagaimana jika batu besar itu Solat Jemaah di Masjid. Jika bekas itu adalah masa yang kita ada seharian. . Pasir dan batu kecil mampu masuk dan mencelah. Put First Things First sangat bergantung kepada sistem nilai kita. Apakah yang membesar dan mengecilkan batu itu? Itulah NILAI. jika tidak semua batu besar mampu masuk ke bekas masa yang ada? Batu besar. pasir dan air! Ya. Ada batu besar yang perlu dikorbankan. Hidup kita dan masa yang ada. Iaitu manusia yang kalau berlari di trek perlumbaan. batu kecil. Bahasa Arabnya adalah Aulawiyyat. dia tiba segera dan sejahtera. atau Usrah bulanan. atau ceramah agama. Malah air dapat juga diisi untuk memampatkannya. Seorang lelaki cuba memasukkan batu pelbagai saiz di dalam sebuah bekas. Bahasa Melayunya adalah Keutamaan. Mengisinya harus dengan batu besar sebelum batu kecil. atau pemeriksaan kesihatan? Batu besar mana yang bakal kita korbankan. mesti ditinggalkan. Mula-mula dimasukkan pasir. batu kecil dan akhirnya batu besar« malang sekali batu besar itu tidak semua dapat dimasukkan. jika bekas air dan masa diisi dengan Put First Things First. mesti ditinggalkan. maka kita isikan ia dengan pasir. Dalam kehidupan ini. Ada batu besar yang perlu dikorbankan. kemudian batu kecil dan akhirnya batu besar« malangnya batu besar tidak dapat dimasukkan sepenuhnya. semua batu besar dapat dimasukkan. Perkara yang berharga diberikan keutamaan.PUT FIRST THINGS FIRST Put First Things First adalah tabiat ketiga bagi manusia yang cemerlang.

World view« WORLD VIEW Tabiat kedua sudah mengajar kita supaya Begin with the End in Mind. Bukan mudah« Bukan berfaedah« jika nilai melayan tetamu hanya pada ukuran dunia yang tidak berhajatkannya.Jika kita menganggap usrah dan solat berjemaah itu sebagai kurang bernilai. Penat bekerja. adalah pada cara kita melihat kehidupan. kepala pening. anak-anak mohon masa bersama. berkatalah yang baik-baik. Tiba-tiba pintu diketuk. Kerana itulah. Bahawa kehadiran mereka membawa kebaikan dan keberkatan. Kalau kamu beriman kepada Allah dan Akhirat. Akhirat juga memberi amaran kepada kita terhadap setiap satu kejahatan dan dosa kedurhakaan. Kata sahajalah apa yang ingin dikata. Apakah hujung perjalanan hidup di dunia ini? Bagaimana melihat kehidupan dari pandangan Pencipta kehidupan? Akhirat mengajar kita membuat penilaian terhadap setiap satu kebajikan dan kebaikan di dunia. berbaiklah sesama jiran. Tetamu tiba mohon dilayan. muliakan tetamu. Kalau kamu beriman kepada Allah dan Akhirat. Apa yang besar? Rancangan kegemaran di televisyen? Mencari aksesori kereta di setiap hujung minggu? Mengejar harga runtuh di pusat membeli belah? Apa yang bernilai dalam hidup anda ini? Penentuan nilai kita. mengajak masuk tetamu yang ³×dihantar Allah´Œ. Kalau kamu beriman kepada Allah dan Akhirat. Tanpa iman kepada Allah dan Akhirat. tidak bengkak gusi menanggung. Tidak kering air liur. Nabi SAW kaitkan ia dengan Allah dan Akhirat. terperangkap di dalam lautan kereta. Namun tetamu datang dengan jaminan Allah. Jiran pun sama juga. perkara-perkara yang susah dan rumit dalam hidup ini. . maka ia akan diwakilkan oleh batu kecil ke bekas masa. atau diam sahaja. tiada upaya untuk memaniskan wajah. Mahu berkata-kata.

Jika yang ditawar hanya makanan minda. Ada kata jadi pahala. Ada dua kemungkinan yang menjadikannya begitu. banyak kata jadi dosa. atau diam sahaja. atau majlis ilmu itu sendiri tidak punya nilai. Berbual. Ilmu apa yang dibentangkan? Bagaimana ia dibentangkan? . Nyatakan yang baik-baik.Tetapi nilai kata-kata besar bagi sebuah Akhirat. KELESUAN MAJLIS ILMU Ramai sahaja yang mengeluh kerana majlis ilmu kurang mendapat sambutan. diam tangan dari menyiar idea. atau diam sahaja. Tidak semestinya majlis ilmu mempunyai nilai setinggi nilai ilmu. Dari ringtone telefon hingga ke majlis agama. Majlis lagu lebih makmur dan menerima kebanjiran serta tumpuan. pilihlah idea yang baik-baik. Yakin pada balasan Akhirat. Membuka blog. pilihlah bualan yang baikbaik. Pujukan paling berkesan ialah pada menambah perisa kehidupan melalui HIBURAN. mesti ada unsur hiburan. Hidup kita hari ini menjadi ³hiburan centric³ . Diam mulut dari bercakap. Manusia hari ini dipujuk agar melupakan Akhirat. menjadikan seorang warga dunia berhati-hati memilih kata. maka bersedialah untuk ramai AJK dari peserta Tetapi jangan semata-mata dipersalahkan hadirin. Sama ada sistem nilai manusia sudah rosak. Semua ini bahasa sistem nilai manusia yang sudah sebati dalam dirinya tabiat Begin with the End in Mind. Semua mesti ada unsur hiburan.

jangan dikeluh jika tiada sambutan kepada majlis ilmu yang menentang Muktazilah. ³Betulkah begitu? Bukankah sudah sekian lama kita hidup dalam dunia pertandingan? Sejak Darjah 1 lagi. jawab Syarif. [AlFurqan 25: 23] Ulasan Tabiat 4: Berfikir Menang-menang Untuk Survival Dakwah ³Saya tidak akan menang kecuali ada yang kalah´. Subjek yang tinggi nilai dan tinggi harga. mungkin bersambut sekali dua. kata Ahmad. jika ia sebuah pertandingan. juga akan berharga tinggi. Ia adalah suatu realiti yang kita boleh menang bersama´. sambung Ahmad pula. Dari satu sudut yang lain. Ketika orang ramai keliru dan sesat akibat sekularisma. majlis yang asyik berbalah topik yang sama. Silap-silap tercampak ke 2 Erat´. seminar yang mencari kesudahan kepada polemik yang memang tiada kesudahan. ceramah sekadar melepaskan batuk di tangga « macam tak ada harga! Benda yang bernilai tinggi. Kalau tak dapat nombor 1 hingga 30. tentu sahaja masuk ke kelas 2 Bakti dan bukan lagi 2 Aman. berapa susah payah daie mengemas dan memperelokkan pakej Islam yang ditawarkannya? Hambar. tetapi hilang sambutan apabila hilang keutamaan. akan menerima pengorbanan yang tinggi. habuk dan debu? Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik). Maka pengendali majlis ilmu perlu musahabah dua dimensi. Dimensi sistem nilai hadirin dan yang keduanya dimensi nilai majlis ilmu itu sendiri. bosan. lalu Kami jadikan ia terbuang sebagai debu yang berterbangan. First Things First« Usrah yang asyik mengulang tajuk yang sama. ³Betul. jangan dikeluh jika mereka tidak terpanggil ke majlis yang menggesa mereka mengorbankan diri demi Islam. Apa batu besar dalam hidup anda? Atau anda selesa hidup dipenuhi pasir. . Jika semua produk di pasaran bermatimatian mengeluarkan belanja untuk pengiklanan yang mempengaruhi sistem nilai pembeli.Majlis ilmu juga perlu Put First Things First. ketika orang ramai terkapai-kapai mencari erti hubungan dirinya dengan Islam. Tetapi hakikat kehidupan kita bukan suatu pertandingan.

Atas kapasiti saya sebagai Imam. saya bertemu dengan pelajar Muslim baru dari pelbagai negara yang datang belajar di The Queen¶s University. Hasilnya tidak ada sesiapa yang menang. Pemikiran yang membayangkan bahagian masing-masing seperti sebuah kek. Untuk berkelakuan rasional dan berfikiran Win-Win. minum. PENGALAMAN PAHIT Semasa bertugas sebagai Imam di Belfast Islamic Centre. Tiba-tiba saya dikejutkan apabila ada pula pelajar senior lain yang mahu mengadakan program pada tarikh dan masa yang sama. makan. sebab itulah susah untuk Think Win-Win kerana kita hidup dan membesar di dalam dunia Win-Lose atau jika dua Win-Lose gagal beralah. Sakit apa? Sakit iman. Pemikiran Win-Lose terbit dari sangkaan diri bahawa dunia ini miskin kebaikan. Paling malang. belajar. dan ia adalah amalan biasa bagi komuniti pelajar Malaysia. bekerja malah berdakwah dengan Think Win-Lose. maka ia akan mengecilkan bahagianku! Lantas kita sentiasa bertanding di luar pertandingan. saya mengajak pelajar yang mahu bercakap itu . siapa sakit naik atas. Menang atas kekalahan orang lain. saya sungguh berhasrat untuk memberikan sepatah dua kata menyambut kedatangan pelajar baru tahun itu. apabila pemikiran Win-Lose ini menguasai jiwa daie. ujar Syarif sambil mengenang-ngenang kembali PUISI 2006 yang ditelitinya dari Saifulislam. Jika engkau makan potongan yang besar.³Ya. Lantas sebuah program diatur semenjak seminggu dua sebelum pelajar baru tiba. Namun sudah tentu saya juga mahu bercakap secara khusus kepada pelajar Malaysia yang senegara dengan saya. Jawapannya mudah. bukanlah kemenangan yang bermakna. selepas 3 habit yang pertama telah selesai saya nukilkan. sebagaimana susah untuk mempraktikkannya. Terlalu sukar untuk menulis tentang Think Win-Win.Com. Kita sudah benar-benar selesa hidup. Memanjat kejayaan dengan memijak orang lain. ramai pula yang memilih Lose-Lose´. Bertanding di dalam dakwah. Belfast. Saya pernah menempuh pengalaman yang mengajar saya betapa peritnya berdakwah di dalam kerangka Win-Lose. Ia umpama enjit-enjit semut. THINK WIN-WIN Ramai yang bertanya kepada saya mengapa saya mengambil masa yang terlalu lama untuk mendokumenkan Habit 4 iaitu Think Win-Win.

Lambakan gerakan Islam yang ada di Malaysia belum berupaya memenangkan Islam kerana mereka sangat berminat untuk bertanding di dalam dakwah.untuk bersama-sama di dalam program yang telah dirancang ini. saya tidak mahu pelajar baru diletakkan di dalam suasana terpaksa memilih. . Malah saya menawarkan diri untuk bercakap hanya setengah jam. dan janganlah pula kamu berpecah belah di dalam urusan itu´ (Al-Syura 42: 13) Beberapa panggilan telefon dibuat untuk mencari kata sepakat. maka amat sahih hanya satu kemenangan yang boleh diwartakan. ³Ustaz ambil pelajar lelaki dan biar pelajar perempuan datang ke program kami´. akhirnya saya pula disinggung sebagai µoutsiderµ yang sepatutnya ke tepi. ³Agar kamu tegakkan agama. Selepas puas berdiskusi. tetapi ia adalah tanggungjawab agama yang maqasidnya adalah pada mengumpulkan manusia di dalam kebaikan. Win-Lose telah membazirkan masa dan manusia. ³Apa? Apakah kalian ini feminist atas nama dakwah?´. Tetapi soal Tarbiyah. Tetapi masa dibuang dari pagi hingga lewat malam tanpa penyelesaian kerana Win-Lose adalah jenayah kepada dakwah. Kemenangan hanya dapat dicapai di atas kekalahan orang lain! Jika soal pilihanraya yang dimaksudkan. Ia bukan pertandingan populariti. mengapa yang lelaki disingkirkan dari manfaat jika benar dakwah kamu substancenya adalah kebaikan?´. katanya. Prioriti utama ialah. tersirap darah saya menerima cadangan itu. supaya setengah jam berbaki diisi oleh pelajar tersebut. pemuliharaan spesis manusia agar keluar dari Jahiliah kepada Islam.

Tetapi Win-Lose itu sudah melekat pada hemoglobin darah mujahidin dakwah kita. agar membuat semakan semula terhadap pendekatan sebegini. terlalu sukar untuk mempercayai bahawa kemenangan sebenar ialah pada keupayaan diri membawa orang lain untuk sama-sama berjaya. semakin rancak orang melarikan diri dari Islam. Berjaya sendiri-sendiri adalah kepalsuan yang menipu. Ia adalah Lose-Win. bukan untuk bertolak ansur semata. PAS Antara pencetus kepada pemikiran Win-Lose ialah pada superiority complex. Kita harus mencari titik pertemuan. nanti yang tertua itu akan disendakan sebagai terbongkok.Lose-Lose jua yang sering terhasil REFORMASI 1998 Besarnya hikmah di sebalik Reformasi 1998. adalah LoseLose. Untuk itu saya sering mencadangkan sahabat-sahabat yang mahu menggunakan alasan PAS sebagai jemaah tertua sebagai alasan untuk µmewajibkan¶ penyertaan bersamanya. ternyanyuk dan tertinggi tekanan darahnya. Tetapi keistimewaan menjadi jemaah tertua. Di zaman orang berani berfikir dan bercakap apa sahaja. Lawannya ada inferiority complex yang sentiasa membiarkan dirinya menjadi tempat orang mengelap kaki. gerakan Islam diajak bermuhasabah dan tiada peranan yang signifikan boleh dimainkan oleh sesiapa jika setiap satunya masih terperangkap di dalam kesumat Win-Lose. PAS sebagai jemaah tertua. akhirnya pencapaian kita pada ulangtahun ke-50 kemerdekaan Malaysia. tetapi untuk mencipta suatu momentum yang berkesan ke arah memenangkan Islam. Semakin kita sangka yang kita berdakwah. Apabila mereka yang berjuang atas nama Islam gagal melakukan hijrah dari Win-Lose kepada Win-Win. sebaliknya lebih berselera mencari kemenangan sendiri-sendiri. Kerana pseudo mujahid ini tidak mahu mencari kemenangan Islam. ialah pada kelebihan . tetap jemaah tertua.

Saya yakin gerakan-gerakan Islam sedang rancak menjana perubahan ke arah Win-Win ini. Tawarkan ia sebagai suatu kelebihan. menghasilkan banyak kebaikan yang pulangan manfaatnya ialah kepada Ummah. saya tidak berdepan dengan apa-apa masalah malah menghargai peluang dari sahabat-sahabat di dalam ABIM yang sering mengajak saya kepada dialog dan kerjasama. Sedangkan prinsip utama dakwah ialah pada membina jambatan. lebih berkesan dalam mencipta kawan tanpa perlu mengambil risiko membiakkan lawan. khususnya Kajian Othmaniyyah. . Tajarrud. Maka perbuatan cuba melarikan µahli¶ dari memahami orang lain. ABIM Alhamdulillah dengan sikap yang positif. Itu keutamannya. Sifat saling hormat menghormati dan terbuka kepada dialog dan kerjasama. Salah satu siri diskusi GPTD Turki Saya juga diberi kepercayaan untuk menjadi salah seorang penasihat Gabungan Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) yang diusahakan oleh tenaga-tenaga muda ABIM. dan bukannya hak yang menekan. masih ramai yang suka meneruskan tradisi Win-Lose. Tetapi kesedaran di peringkat tinggi ini selalu hanyut di tengah jalan apabila di peringkat akar umbi. Alhamdulillah pendekatan yang proaktif ini semakin mudah diterima. adalah kunci untuk membolehkan kita menggalakkan persefahaman. adalah suatu kebodohan yang tidak boleh dimaafkan di era ICT seperti ini.pengalaman dan pelajarannya di dalam senario dakwah dan politik Malaysia. Secured with your own faith and understanding. TIDAK YAKIN DENGAN KEFAHAMAN SENDIRI Win-Lose ini juga menghasilkan tabiat yang merugikan bagi gerakan dakwah khususnya di peringkat pelajar. Diskusi saya bersama kepimpinan ABIM juga menyegarkan jiwa dakwah atas keyakinan semua bahawa Win-Win adalah kunci kejayaan. sebagai mengambil manfaat dari serba sedikit pengetahuan saya di dalam Sejarah. Jika ia belum begitu membantu PAS dalam menambah keahlian sekali pun. masing-masing cuba membina tembok menghalang dialog dan muzakarah. Saya telah beberapa kali mengisi program di Anjung Rahmat dan semua orang saling mengambil manfaat. menyekat maklumat dan pendedahan. ia meramaikan orang yang memahami dan tidak memusuhi PAS. Menawarkan kelebihan. khususnya di kalangan generasi muda yang mempunyai prospek yang tinggi terhadap angin perubahan. kata Hasan al-Banna. Setiap pendakwah harus yakin dengan apa yang dirinya faham tentang dakwah dan fikrah itu sendiri. Setelah berpenat lelah berebut potongan kek ketika kedatangan pelajar baru.

Cukup sekadar meletakkan sasaran menjadikan jemaah masing-masing sebagai alat menjaga diri dari terseleweng. Sikap-sikap negatif oleh penyorok dan orang yang menyorok di balik tembok yang dibina ini. dan bukannya sebuah force untuk memenangkan Islam. Berpemikiran positif dan cenderung kepada manfaat dan penyelesaian. Langkah mempraktikkannya ialah Put First Things First iaitu pada mengutamakan kepentingan ramai dan kejayaan bersama.Sebuah gerakan dakwah sebenarnya menghina dan menganggap bodoh ahlinya dengan menyekat mereka dari dialog dan meraikan keluasan input. Mengapa suami dan isteri mudah mencari persefahaman? Mengapa ibu bapa dan anak-anak lebih mudah beralah berbanding kita yang duduk dalam organisasi? Kerana di dalam sebuah rumahtangga. Rombak kembali kepada kefahaman kita terhadap pemikiran Win-Win Rasulullah SAW di dalam Perjanjian Hudaibiyah. Then to be Understood akan membicarakannya dengan panjang lebar lagi. berbanding kelakuan kanak-kanak yang berebut potongan kek. Insya Allah. Iaitu kegagalan menghayati substance Islam sebagai Din yang mewajibkan penganutnya berdiri yakin terhadap prinsip dan pendirian. bagaimana bisa boleh suaramu sendiri didengar orang? Habit 5: Seek First to Understand. Jika takut mendengar. maka lupakan sahaja agenda untuk memenangkan Islam. Dorongannya ialah pada Begin with the End in Mind kerana Lose-Lose adalah kesudahan yang dijanjikan bagi pertembungan Win-Lose yang tegar. BAGAIMANA MENJANA PEMIKIRAN WIN-WIN? Titik tolaknya ialah pada Be Proactive. ibu bapa dan anak-anak berpegang kepada nilai kasih sayang dan tanggungjawab. Kedua-duanyalah yang membentuk sebuah rumah tangga dan keluarga. Jika gerakan dakwah gagal melahirkan daie yang berani mendedahkan diri kepada cabaran pemikiran. Put First Things First amat berkait rapat dengan persoalan nilai yang dipegang dalam kehidupan. . suami dan isteri. adalah hasil kegagalan menghayati tabiat-tabiat positif yang diolah melalui 7 Habits. ³Bahagianku kecil kerana engkau makan besar´ Namun kita yang sudah dewasa dalam dakwah harus bersedia untuk kenduri buffet bahawa ia adalah sebuah kehidupan yang memiliki kebaikan yang cukup untuk dikongsi bersama. bukannya sepanjang hidup menyumbat jari ke telinga dari mendengar. LIFE IS AN ALL-YOU-CAN-EAT BUFFET. Maka Think Win-Win juga amat rapat kaitannya dengan nilai.

Titik tolak kepada kesediaan kita untuk Think Win-Win. Jadi. fikir ustaz tersebut. Kasih sayang kerana kita bersaudara atas iman. Asalkan betul dengan . marilah rakan. tinggilah ukhuwwah. Beratnya rasa hati ini´. lerailah ukhuwwah. Pada seruan Think Win-Win itu. Sebelum Difahami ³Susah nak cakap. pakcik tersebut mengeluh di dalam hati. Wajahnya pun masam. Tinggi iman. Sangkanya realiti hidup ini macam kertas jawapan peperiksaan. Encik tak perlu cakap apa-apa. ³Di mana salahnya nasihat aku tadi?´. ³Tak apa. kita tidak sepatutnya mengeluh dengan kejadian ini tetapi sepatutnya mencari hikmah terhadap apa yang terjadi!´. adalah pada sejauh mana dada dan hati kita luas dengan perasaan kasih sayang serta tanggungjawab. Ukhuwwah berkadar terus dengan iman. Semua ini dugaan Allah. Tanggungjawab iaitu pada memikirkan maslahah ummah yang hanya terbela apabila para Dhu¶at berfikiran Win-Win. Menjawab mengikut skema. balas si ustaz dengan penuh kefasihan dan keyakinan. Susut iman. Saya tahu apa yang sedang Encik alami. Si ustaz kehairanan.. ustaz. Kita sebagai umat Islam wajib beriman bawa semua yang berlaku itu ada hikmahnya di sisi Allah. ³Huh! Macamlah si ustaz ni tahu sakitnya menanggung derita anak kena uji macam ini!´. nu¶min sa¶ah! Ulasan Tabiat 5: Berusaha Untuk Memahami. keluh seorang bapa kepada seorang pesakit.

. Maka kurangkan cakap. Mana mungkin seseorang menemui pandangan terbaik. Mesti mengarut punya!´. Tak betul masa. adalah asas untuk manusia mencari. tepat seperti huraian ulama¶. adalah manusia yang memilih qaul yang terbaik. [Al-Zumar 39 : 18] Manusia yang berakal sempurna dan beroleh petunjuk dari Allah itu. jika dirinya tidak terbuka untuk mendengar kepelbagaian pandangan terlebih dahulu? Maka.al-Quran. dengan alasan mereka makan garam lebih awal. Tidak bijak mendengar lantar terlalu mudah untuk berkelakuan memahami. CEPAT MELOMPAT ³Oh. tak betul konteks. ustaz anu ke ceramah malam ni? Tak payah le dengar. Puncanya mudah. then to be understood! Golongan yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut apa yang terbaiknya. betul dengan al-Sunnah. mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna. kata seorang pengunjung kuliah Maghrib. memberi dan menerima yang terbaik dalam hidup ini. Anda juga bosan dengan ibu bapa. guru-guru termasuklah pendakwah yang seakanakan tahu dan faham belaka masalah anda. maka berhak mendapat markah penuh. Ustaz A ke ceramah malam ni? Jom kita dengar. Ustaz itu pun dibahasakannya sebagai µanu¶ sahaja. mesti hebat dan betul punyalah ceramah dia!´. ³Oh. banyakkan mendengar! Seek first to understand. Anda berhak untuk rasa begitu kerana mereka lupa bahawa Allah SWT menciptakan manusia ini dengan satu mulut dua telinga. Anda juga serik untuk ke klinik yang doktornya terlalu cepat membuat diagnosis sebelum sempat anda menceritakan sakit yang anda hadapi. kemahiran dan keupayaan mendengar dengan baik. katanya pada hari yang berbeza. Salahnya bukan pada nasihat. tak betul suasana. Anda tidak kepingin untuk pergi lagi ke kedai yang penjualnya terlalu tahu dengan selera anda hingga tidak peduli dengan kehendak anda yang sebenarnya. Tapi nasihat tak bertempat.

bagaimanakah sang suami boleh memahami masalah isteri? Bagaimana pula isteri boleh menangkap kehendak suami? Bolehkah ibu bapa membantu anak keluar dari belenggu masalahnya jika mereka terlalu cepat melompat kepada kesimpulan sebelum mendengar dan memahami? Ia jadi penyakit. Sikap ini banyak menjejaskan kehidupan kita.Jika kita konsisten berkelakuan begini. Maka hamba-hamba-Nya juga harus begitu. Pergaulan sesama rakan. Mungkin di situ hikmahnya Allah menggesa kita supaya berdoa. tetapi amat jarang sekali kita memperbaiki cara kita mendengar. kita jarang mendengar kerana setiap kali berlaku percakapan kita akan sibuk menyiapkan diri untuk memberikan respond. rawatan buat yang memperdengarkan masalahnya. Tetapi tidak membantu malah memburukkan keadaan. sebelum menunaikan hajat kita. Bukan Allah tidak tahu apa yang kita mahu dan perlu sebelum kita meminta. . menulis dengan baik dan bercakap dengan fasih. sebelum Allah memakbulkan permintaan. Sebelum bertindak. Pekerjaan di pejabat. isteri dan anak-anak. Mendengar itu sendiri sudah merupakan syifaa¶. Akibatnya. Rumahtangga antara suami. Setelah sepanjang hayat kita belajar membaca. agar kita sendiri faham apa yang kita hajatkan. jika tabiat seperti ini dibawa ke rumah. PENDENGARAN SONGSANG Jangan dibiasakan diri dengan cara-cara mendengar yang songsang. Tetapi disuruhnya kita meluahkan dahulu. luaskan ruang untuk orang meluahkan keinginan dan perasaan serta mulakan semua itu dengan kesediaan kita untuk mendengar. Masakan tidak. mendengar juga. sibuk untuk menilai dan menapis percakapan itu mengikut paradigma diri kita sendiri. Sebelum bertindak. maka akan banyaklah kebaikan yang terlepas dan banyak juga keburukan yang terbit dari kelakuan begitu. Mendengar. pernahkah anda luangkan masa untuk belajar mendengar? Kita belajar kaedah membaca pantas. Allah mahu kita berdoa supaya kita melihat betapa Allah Maha Mendengar. membuat keputusan sebelum sesi hearing mengambil tempat. menulis dan bercakap. Malah dakwah dan penyebaran Islam.

Tak tahu nak buat macam mana. I see«. kata Ali kepada Ahmad. Ali kepanasan. aku memang suka betul dengan Sabah. Apa pandangan engkau?´. Murah betul di sana tu. ³Hoi. Ada ura-ura yang isteri aku akan dipindahkan ke Sabah hujung tahun ini´. Ahmad termenung. ³«. kita menjadi sangat selektif dalam meminjamkan pendengaran. jawab Ahmad sambil tangannya sibuk memicit jerawat batu yang degil di atas dagunya. ooo«. malah mungkin menyebabkan perbincangan tersasar dari maksud asalnya. tidak signifikan dan tidak berharganya segala yang disuarakan itu. . BUAT-BUAT DENGAR Ini adalah kebiasaan yang lebih popular. itu sahaja jawapan Ahmad. 3. Tetapi terlalu kerap melakukan perkara sedemikian akan menyebabkan kita kehilangan reputasi dan kepercayaan rakan. Apa rasanya jika kita mendapat maklum balas yang sebegini? Tentu panas hati dibuatnya. ³Sabah? Oh. Especially bab udang. DENGAR APA YANG MAHU DIDENGAR SAHAJA Disebabkan oleh obsesi kita dengan beberapa isu yang mendominasi fikiran. MACAM DENGAR TETAPI TIDAK DENGAR ³Aku pun dah habis ikhtiar. ko dengar tak apa yang aku cerita tadi?´. Kita tidak begitu mempedulikan apa yang sedang diperdengarkan kepada kita. Blurred memanjang! 2. gitu« Semua itu adalah cara yang mudah untuk memberitahu kepada rakan yang sedang bercakap itu betapa tidak bernilainya percakapan beliau. ³Aku sebenarnya susah hati. Tumpuan kita hanya kepada apa yang kita minat. Kita sering terbabas semasa meminjamkan pendengaran kepada seseorang yang mahu berkongsi masalah. Matanya menembus dinding. rakan karibnya. Sebaliknya cuba menyembunyikan µkehilangan¶ kita dari perbualan itu dengan memberikan komen-komen tanpa makna berbunyi hmm«. Setiap kali aku ke Sabah. ³Err« !´.Berikut adalah contoh-contoh pendengaran songsang yang wajar sama-sama kita elakkan: 1. mesti aku bawa balik sekotak udang dari Sabah´. tanya Ali.´.

bukan talqin tu bid¶ah ke?´. memek muka. ³Tolong belikan aku seluar dalam dua tiga helai!´. tanda seruan. tetapi harus juga memberikan perhatian kepada apa yang tidak diperkatakan. Bukan juga skrin komputer. Terkasima rakan di Malaysia menerima sms sebegini. atau membelikannya seluar biasa. Sms yang kering dari sebarang ekspresi wajah. sebanyak dua tiga helai. . Tetapi dengan sikap yang baik. maka semasa mendengar kita juga harus peka kepada tanda-tanda sedemikian yang dizahirkan bukan melalui perkataan. Apakah rakannya meminta beliau membeli seluar dalam. Bandingkan tajuk asal pada posting pertama. ³Masjid di Atas Tanah Waqaf Ditutup Oleh Pihak Berkuasa Kerana Politik´.Ini merupakan gejala yang semakin biasa dan berleluasa di dalam internet hari ini. Pendengar yang baik bukan hanya cuba memahami perkataan. dalam dua tiga helai? Masalah komunikasi boleh berlaku hanya kerana perkara sebegini. HANYA MENDENGAR PERKATAAN Dunia ini bukan kertas. ³Ustaz. namun saya terpaksa berperanan memadamkan diskusi-diskusi yang dirasakan menyimpang dari tujuan asal sesuatu tajuk diketengahkan. bunyi tajuk yang diberikan oleh penghantar artikel berkenaan. Saya rasa terpancit kebosanan apabila disampuk sedemikian rupa.com. tetapi perbincangan tersasar apabila ramai yang mendengar secara selektif. intonasi suara dan sebagainya. Diskusi sepatutnya memfokuskan kepada tindakan pihak berkuasa yang menutup masjid atas motif politik. 4. Semenjak itu saya lebih selektif dalam memilih perkataan kerana masyarakat kita amat mudah tersampuk dengan perkataan-perkataan yang berada di dalam obsesi masing-masing semata. tanda soal dan titik. Lantas apa yang dibaca hasil tulisan. menarik tumpuan kepada isu hukum membina masjid di atas tanah waqaf! Anda juga boleh melihat secara konsisten corak diskusi sebegini di dalam blog saifulislam. mungkin berlainan maksud disebabkan oleh faktor-faktor di luar dunia kata-kata. sms sahabat saya kepada rakan kami yang pulang bercuti ke Malaysia. ³Pakcik itu hanya penoreh getah. tetapi sebaliknya melalui gaya tubuh. saya pernah mengulas begini tentang iklan Petronas di dalam ceramah berkenaan sikap. beliau lebih berguna dari seorang kardiologist dalam insiden berkenaan. sampuk seorang peserta. Lihat sahaja diskusi yang dibuat dalam format forum. walaupun dia hanya ada payung mayat yang orang kampung sedekah selepas talqin´. kita dibantu oleh tanda koma. intonasi suara dan gaya tubuh. Jika di dalam tulisan. dengan posting terakhir.

Ceramahnya tidaklah menarik tetapi alirannya jelas). ALI: Seronok betul ana pergi dengar ceramah Ustaz Abu semalam. manakala 53% disampaikan melalui bahasa tubuh. MENDENGAR SUARA SENDIRI SEMATA Mendengar seperti ini. AHMAD: Ana ingat anta cuma pilih penceramah yang aliran kita sahaja (Engkau ni dah gila ke? Baiklah engkau ajak Ustaz Aman tu. Tapi ana rasa Ustaz Abu juga harus diberi peluang di tempat kita. Kita sentiasa menilai orang lain dari pandangan diri kita sendiri. 40% diwakili oleh nada dan perasaan. Semua ustaz engkau kata best). Ali. Menghukum Lihat sahaja perbualan berikut dan perhatikan betapa sibuknya si pendengar menghukum kawannya. AHMAD: Iye? Masya Allah (Itulah penyakit engkau. dan jarang sekali µmemakai kasut orang lain¶ untuk melihat masalah dari sudut yang di luar lingkungan persepsi sendiri. kita bersuara dengan hasrat membantu. ALI: Tak sangka pula bagusnya ceramah Ustaz Abu tu. Kita hanya faham dengan perasaan kita dan kita sangka orang lain mempunyai perasaan yang sama dengan kita. ALI: Memang macam tu. Lantas orang yang seperti ini. aku faham sangat dengan perasaan engkau!´. ³Oh. Hukuman-hukuman yang bersarang di kepala pendengar itu dicatatkan dengan Italic untuk memudahkan pembacaan. AHMAD: Tak apalah kalau begitu. kita cepat melenting kerana menyangkakan orang lain juga ada daya memahami seperti kita. Biar ada kelainan. Hakikatnya kita tidak faham dengan perasaan dia. perkataan hanya mewakili 7% makna.Dalam percakapan. ALI: Ana ingat nak ajak Ustaz Abu ceramah di surau pejabat ana lepas ni. . ³Susah sangat ke nak faham benda macam tu?´. Maka pendengar yang baik ialah seseorang yang mendengar apa yang tidak diperdengarkan! 5. akan mudah menghukum. AHMAD: Oh. lazim berlaku kepada seseorang yang sangat obses dengan dirinya sendiri. baguslah begitu (Ustaz Abu lagi! Apa benda yang dia nak cari dari kuliah ustaz macam Ustaz Abu tu?). Jemputlah dia (Aku yakin esok engkau mesti berubah fikiran punya). terlalu cepat mahu memberi nasihat dan gemar menceroboh sempadan.

Anak diminta menginsafi pengalaman ibu bapa. Jangan banding-bandingkan. tetapi konteks sentiasa berbeza. Cabaran di zaman senang pula bukan lagi kesusahan hidup tetapi pada fikiran dan perasaan. tanya seorang profesor. mungkin tidak berkesan dalam menyelesaikan masalah orang lain. berjalan kaki berbatu-batu untuk ke sekolah« itulah cabaran di zaman itu. bangkit seorang pelajar Tingkatan 4 yang kepanasan. Lazimnya nasihat sebegini akan berbunyi kalau sayalah. Apa masalahnya dengan kalian semua sekarang ini?´. generasi muda dipaksa menghayai perjuangan generasi sebelum merdeka. malah mencabang-cabangkan pandangan kehidupan. Ambik! Menjadi mangsa perbandingan. ³Zaman prof dulu cabarannya Pop Yeh Yeh. Fikiran dicabar oleh idea-idea yang tidak pernah mengganggu keagamaan generasi dulu. Zaman kami cabarannya Black Metal! Mana sama daaa!´. ³Zaman kami dulu. ia sesuatu yang tidak mengundang penyelesaian. Manusia memang berkongsi prinsip dan nilai kehidupan yang sama. Tetapi kami boleh berjaya. bekas pelajar sebuah sekolah terkenal di zaman 70 an dahulu. kerana apa yang berkesan dalam menyelesaikan masalah kita. ALUMNI sekolah sering mengundang senior untuk memberikan ceramah kepada pelajar dengan bahasa nasihat seperti ini. adalah sesuatu yang menyakitkan. tak cukup minum. Tak cukup makan. Menceroboh . tak cukup pakai. Tiada zaman susah dan tiada zaman senang. Cabaran di zaman susah adalah kesusahan hidup pada keperluan fisiologi. desakan kehidupan yang sangat materialistik hingga menggersangkan jiwa generasi hari ini« itu cabaran semasa.Lihatlah betapa sibuknya Ahmad menghukum dan menilai Ali hingga terlepas banyak peluang baginya untuk memberikan pandangan yang lebih menjurus kepada kebaikan. Saya Penyelesaian Awak Sama jugalah dengan mendengar ala-ala self centered yang dilakukan dalam bentuk keghairahan memberikan nasihat dengan diri sendiri sebagai objek contoh. zaman saya dulu dan yang seumpama dengannya. Setiap zaman ada kesusahan yang berbeza. sekolah ini serba kekurangan. di samping kesenangan yang bersama. Perasaan pula terpaksa bertarung dengan kekurangan perhatian ibu bapa.

³Ani. tanya si emak lagi. si ibu mula kehairanan. Mungkin belum masanya lagi untuk beliau berkongsi. tanya si emak kepada anak yang baru pulang dari sekolah. ³Kenapa dengan Ani? Ada masalah ke?´. SAYA rasa awak ada masalah sikap. anak perempuannya terus berlari masuk ke bilik dan menghempas pintu. Maka cukuplah sekadar kita memberitahu tentang kesediaan diri untuk mendengar apabila diperlukan. sedangkan maknamakna berbaki itu banyak terkandung pada intonasi. Tetapi mendesaknya untuk bercerita tanpa kesediaan. jawab Ani bersahaja. gaya badan dan ekspresi muka. kita sudah menjadi penceroboh.Apabila kita terlalu mendesak seseorang untuk meluahkan masalahnya dalam keadaan dirinya belum bersedia. Mungkin keadaan seperti ini sering dilakukan oleh ibu bapa semasa mendesak anak-anak untuk bersuara. Ani membalas lesu. Ia adalah kunci komunikasi yang efektif. ³Peperiksaan tadi senang ke susah?´. ³Ala« Ani masuk bilik dululah ye!´. Ani semakin sejuk dan beku. Tiada sesiapa yang suka dirinya dicerobohi. Mendengar yang betul itu adalah mendengar yang membantu kita mengenalpasti ketepatan dan kebenaran. Dengar Dengan Mata. Niatnya murni untuk cuba memahami masalah anak-anak. emak masih tidak berputus asa. Bila mana soalan kita tidak membawa perbincangan lebih jauh. ³Boleh laaa´. 1. Cuba semak semula tiga ayat berikut dengan mengubah intonasi pada perkataan yang ditebalkan dan bergaris: 1. apa khabar?´. dan berikan ruang kepada mereka yang memerlukannya. ia mungkin sudah beralih menjadi sebuah pencerobohan. mendengar dengan telinga semata adalah tidak memadai. ³Kawan-kawan Ani rasa boleh jawab tak?´. ³Ok!´. . Demikian itu. ³Entah!´. itu sudah cukup baik. PENDENGARAN SAHIH Marilah kita bersama-sama memperbaiki cara kita mendengar. pembaik hablun minannaas yang dituntut oleh agama. adalah pencerobohan yang tidak dialu-alukan. Hati dan Telinga Telinga yang menangkap perkataan yang mewakili 7% maksud pengucapan.

jawabnya tegas. saya mengendalikan bengkel di dalam sebuah seminar. Tetapi sikap seek first to understand. apa yang saudari maksudkan tadi ialah pemikiran sempit. not a bad idea at all. cara hidup yang berbeza. sekolah dan persekolahan yang berbeza. Kita mungkin tidak punya cukup masa untuk menjelaskannya dan kehilangan peluang untuk menghuraikan fakta-fakta yang lain. maka cara kami menyatakan sayang kami kepada Islam jadi berbeza malah mungkin bertentangan. mengapa perlu beliau hadir ke seminar ini dan bersusah payah memeningkan kepala dengan masalah dunia (ummah)? Beliau boleh memilih untuk duduk sahaja di rumah pada hujung minggu. belajarlah untuk mendengar dengan mata. berehat di spa atau menonton televisyen. saya mencelah. ³Jika kita guna istilah konservatif. hati dan telinga! 2. Mungkin ramai di luar sana yang alergik dengan SIS. disebabkan kami datang dari kawasan kelahiran dan perumahan yang berbeza. then to be understood berupaya mengumpulkan saya dan seorang aktivis Sisters in Islam di dalam sebuah LDK dan kami mencapai banyak kata sepakat. jawabnya.2. ³Izinkan saya memberi pandangan´. narrow-mindedness. . jika tiada rasa sayang kepada Islam. Of course. narrow-mindedness³. Tetapi saya berfikir. Salah seorang peserta di dalam kumpulan saya adalah seorang aktivis Sisters in Islam. Saya rasa. lingkungan kawan-kawan yang berbeza. Seperti yang saya jangkakan. saya memberikan cadangan. beliau dan ahli kumpulan yang lain menyatakan persetujuan. Rakan-rakan yang lain juga bersetuju. istilah tersebut mempunyai konotasi yang pelbagai dan falsafah yang mengundang perdebatan. Saya tidak dapat membohongi diri bahawa saya percaya mesti di hatinya ada perkongsian cinta yang sama kepada Islam seperti saya. ³Silakan´. Saya rasa awak ada masalah SIKAP. Tetapi. Saya rasa AWAK ada masalah sikap 3. ³Well. ³Pemikiran yang konservatif!´. Oleh itu. Boleh tak kita gunakan sahaja istilah yang lebih casual iaitu narrow-mindedness?´. Kejadian pegawai masjid menghalau rombongan kami petang tadi sememangnya masih panas membakar perasaan kebanyakan kami. seperti kebanyakan orang di luar sana! Tetapi beliau hadir ke sini. Aktivis SIS ini juga tidak terkecuali. Memakai Kasut Orang Lain ³Apakah punca kepada kejadian di masjid tadi? Mari kita senaraikan´.

tidak mengkritik. Min nak ke Gombak´.Oleh kerana SIS sering dikaitkan dengan idea Liberal. Duduk di rumah´. ³Tapi ayah«´. Amin mungkin akan masuk ke bilik dan tidur dengan persepsi yang pelbagai terhadap ayahnya sendiri. perintah si ayah. diterjemahkan dalam bahasa komunikasi sebagai tindakan cermin. bahawa beliau sedang berdepan dengan ujian seperti kisah ghulam dalam Ashab al-Ukhdud. jawab si anak. Seperti melihat diri sendiri. tidak memberi nasihat. BERLATIH CERMIN-MENCERMIN Berfikirlah seperti cermin. Rasulullah SAW mahu kita melihat saudara kita sebagaimana kita melihat cermin. Cuba melihat sesuatu dari sudut orang lain. Beliau berasa sedih dengan µkedegilan¶ ayahnya terhadap pendirian politik mereka. ³Seorang mukmin itu adalah cermin kepada saudaranya´ ± (Abu Dawood 41: 4900) Iman yang menjadikan kita bersaudara. then to be understood. tidak menilai. ayah memberi kata pemutus. Sebaliknya cermin hanya memberikan refleks. Masuk!´. Jika perbualan Amin dengan ayahnya terhenti di situ. ³Min nak ke mana?´. ³Tak boleh. tanya si ayah. Cermin tidak menghukum. ³Err. Esok Min balik. Persepsi-persepsi Amin terus meliar dan meracau. Insya Allah´. maka mungkin kerana itu secara spontan beliau mengatakan bahawa kelakuan buruk pegawai masjid petang tersebut adalah manifestasi pemikiran Konservatif iaitu lawan kepada Liberal. saya mendapat idea untuk mencadangkan sesuatu yang lebih µdamai¶ dan mencapai maksud dengan menawarkan perkataan narrow-mindedness. Lihat sahaja perbualan Amin dengan ayahnya ketika Amin mahu ke Tamrin. ³Ayah. banyak merawat prasangka yang kadang-kadang sudah teranut hingga ke taraf yakin! 3. Amin akan menghantar sms kepada rakan-rakan yang sudah pun sampai ke lokasi Tamrin di Gombak. kata Amin kepada ayahnya. Min nak minta izin keluar rumah sehari ya. Ini merupakan langkah yang sangat kritikal dalam membentuk upaya mengamalkan tabiat seek first to understand. . ³Tak ada tapi-tapi. Tetapi dengan meletakkan diri di tempat beliau. Sedikit gugup. Amin cuba memujuk. Kamu jangan ke mana-mana. Lihat wajah anda di hadapan cermin. Tegas bunyinya..

perjuangan. apa yang akan terjadi nanti?´. dengan memperbaiki cara kita mendengar. Ini pun Amin memang ada bawa buku untuk ulangkaji dengan kawan-kawan Amin´. ³Ya. ayahnya menyambung. maka saya tidak mempunyai sebarang upaya untuk memberi jaminan bahawa kaedah ini bakal menatijahkan apa yang kita harapkan secara yang begitu ideal lagi tekstual. Kamu tahu kan. ³Ayah risaukan keputusan peperiksaan saya«´. Kamu jangan ke mana-mana. ayah bersuara kesah. Amin dapat membongkar sebab sebenar yang menghalang ayahnya daripada membenarkan beliau keluar. Duduk di rumah´. Dapatkah anda perhatikan. rumahtangga. Amin sedikit terkejut. PENAFIAN Oleh kerana subjek yang saya perkatakan ini adalah berkaitan tabiat. Amin dah selesai ulangkaji. si anak memberi penjelasan. ³Kalau kamu dah selesai semua ulangkaji pelajaran kamu ayah tak kisah kamu nak keluar sesekali bersama kawan-kawan´. ³Tahu pun kamu ayah susah hati. perintah si ayah. dhan« yang sebahagiannya adalah dosa dan perosak komunikasi. ayahnya memberitahu. ³Alhamdulillah ayah. dakwah dan keseluruhan hablun minannaas sesama insan. Keputusan peperiksaan kamu tak berapa elok. kita akan beransur-ansur membuang persepsi. kalau macam tu tak apa. Amin bersuara perlahan. Setelah kita berusaha untuk merangka panduan bagi mengamalkan tabiat seek first to understand. kamu nak keluar rumah pula masa-masa macam sekarang ni´. Insya Allah. ³Tak boleh. prasangka. Maafkan Amin ayah´. Namun yakinlah. Amin berlembut. . Kalau biasiswa kamu ditahan sebab keputusan peperiksaan merosot. tawar si ayah. maka bagaimanakah pula kaedah untuk melengkapkan bahagian kedua iaitu then to be understood? Nantikannya di dalam siri kedua artikel ini. Ia langsung tiada kena mengena dengan pendirian politik. ³Oh begitu. ³Amin minta maaf sebab susahkan hati ayah´. Amin nak ayah hantarkan ke LRT ke?´. dengan berusaha mengamalkan kaedah cermin-bercermin. pekerjaan. ayah bukannya ada duit nak sponsor kamu belajar. ialah kelakuan manusia. atau apa sahaja yang dilakarkan di dalam kertas-kertas kerja Tamrin. ³Okay. Ia hanya kerisauan biasa seorang ayah terhadap pelajaran anaknya.Bagaimana kalau perbualan di atas diulang semula dengan Amin cuba melihat ayahnya seperti dia melihat cermin.

Cuba memecahkan kebuntuan diskusi mereka. Buruk juga apabila orang lelaki berleter. Asyik-asyik itulah yang diulangnya sejak sekian lama. Si isteri tunduk. ³Lebih dari cukup«´. ³Bukan soal makan pakai. soal si suami. ³Tengok tu Encik Covey. kenapa awak kata saya telah mengabaikan rumahtangga kita?´. si suami sudah naik angin sedikit. tak faham saya dibuatnya. kata si suami. ³Tak adalah facts and figures tu. di manakah yang tidak kenanya?´. tegas si isteri. manakala si isteri membalas dengan sentuhan otak kanan. apa kurangnya«´. terhadap anak-anak dan rumahtangga kita?´. Tetapi bagaimana perasaan awak terhadap saya. ³Saya sayangkan awak. awak puas hati tak dengan rumah kita?´. rungut si suami. yang juga CEO sebuah syarikat besar. kata isterinya. Isteri mengangguk lemah. si suami menyambung leteran. ³Penjelasan yang macam mana? Puas sudah saya jelaskan sebelum ini´. kepada isterinya. perasaan!´. saya nak beliau bantu selesaikan apa masalah kita. muka si suami sedikit kemerahan. Garpunya menguis-nguis kobis bunga di dalam pinggan. Hilang sedikit tumpuannya kepada makan malam mereka. Perasaan. ³Baik. tegas seorang suami. Sedikit memberontak. ³Cukup tak makan pakai kita selama ini?´. ³Habis. Tetapi. perasaan. Saya rasa awak semakin longgar dari rumahtangga kita´. . ³Tetapi saya tidak dapat merasainya!´. jawab isterinya lemah.Ulasan Tabiat 6: Sinergi Untuk 1+1=3 Malah Lebih ³Baik. sekarang ni. Awak kata kita bermasalah tetapi awak tidak dapat memberikan penjelasan mengenainya´. sekarang cuba awak jelaskan. Stephen Covey tersenyum melihat gelagat mereka berdua. Tetapi ia suatu perasaan yang kuat. ³Saya tahu awak mungkin tak suka saya jemput Encik Covey makan malam bersama dengan kita malam ini. tanya si suami. Si suami berfikir dengan otak kiri. ³Penjelasanlah! Facts and figures« di mana kurangnya. Begitu juga anak-anak kita´. jawab isterinya. si isteri mengangkat muka.

atau kamu menghargai dirinya sebab dia µberbeza¶ dari diri kamu?´. Itulah sinergi. tanya Covey dengan nada provokasinya. Satu campur satu jadi empat!´. Mr. mereka berdua menjawab serentak. si suami bernada mengalah. macam mana kamu berdua dapat anak? Dua orang pula tu. Tetapi ia bukan kisah Covey semata. menambah keturunan. Mereka terlupa bahawa perbezaan antara suami dan isteri. tanya Covey lagi. jawab si suami. ³Ya. tetapi suatu nikmat dan peluang pengkayaan rumahtangga mereka. ³Maksud saya. Covey. Ketika kamu bekerjasama itu. Apa yang cuba Covey sampaikan. Merah padam muka mereka berdua. tidak putus. sudah difahami oleh mereka berdua. Rumahtangga itu bukan sahaja memuaskan naluri mereka sebagai manusia. ³Oh dua orang. ³Apa maksud awak?´. Covey terus menghentak pemikiran pasangan suami isteri itu. kamu dan isteri bekerjasama untuk mendapat anak. tetapi juga mencambahkan kebaikan. Berapa orang?´. sudah bertambah menjadi empat dengan sepasang anak yang menyerikan kehidupan. ³Tadi awak kata awak ada anak. Nafasnya kencang. kamu mahukan isteri kamu serupa dengan kamu. soal Covey. Terasa sedikit aib pada soalan itu. Tentulah saya gembira kerana isteri saya adalah isteri saya´. Ia kisah kehidupan kita semua. Kisah ini dicatat oleh Covey di dalam bukunya The 7 Habits of Highly Effective Families. mereka bahagia. kata lelaki itu. ³Wah« peliknya. rumahtangga yang bermula dengan dua insan bercinta itu. tanya Covey kepada pasangan itu. dan natijah kebahagiaan mereka. ³Dua orang!´.³Tengok. ³Bagaimana kalau isteri kamu serupa dengan kamu? Bolehkah kamu gembira dan mampukah kamu berdua hari ini memiliki dua anak hasil persamaan itu?´. . Bagaimana keluarga kamu bertukar dari kamu berdua kepada empat orang sekarang ini?´. kebingungan. dan isterinya pula seorang perempuan. ³Faham-faham sahajalah bagaimana kami dapat anak´. Kerana suami itu seorang lelaki. Bosan barangkali. dan manfaatnya tidak berhenti-henti. tanya CEO itu. bukan punca masalah. Tak habis-habis dia akan mengulang perkara yang dia sendiri tidak dapat jelaskan´.

jika segala-galanya perlu dilakukan sendiri tanpa ikhtiar orang lain? Oleh kerana itu. tetapi sering kegatalan kerana badannya berkutu. kerana mungkin peranan sinerginya telah mengekalkan ketenteraman kerbau dari terus gelisah dan turun minyak akibat kegatalan kutu. pemandu lori. Itulah hasil sinergi manusia. Burung itulah gembalanya. dinamakan sebagai gembala kerbau. Mudahkah untuk kita menikmati sepinggan nasi berlauk ikan. RM5 bukan harga sebenar pada usaha yang telah dilakukan untuk membolehkan kita menikmati sepinggan nasi berlauk ikan.Satu tambah satu bukan dua. pekerja ladang kelapa sawit. Malah burung yang kecil itu. Burung gembala kerbau pula tidak pandai memburu makanan. sebelum nasi dan ikan itu sedia untuk dihidangkan. berapa ratus malah mungkin ribu manusia yang terbabit untuk memastikannya? Nelayan yang turun ke laut. Malah kerana sinergi itu juga. Lihat pula pada kehidupan di alam ini? Kerbau besar dan gagah. Cuba patah kembali kepada zaman sebelum manusia bersinergi begini. Semua orang tahu. Kita membayarnya dengan harga RM5 tetapi hakikatnya. mungkin empat dan lebih lagi. Itu soal manusia. SINERGI Sinergi adalah kemuncak kepada tabiat-tabiat yang telah dibincangkan sebelum ini. Mereka bersinergi untuk saling memberikan keselesaan hidup dan manfaat kepada manusia yang menggunakan kerbau dalam kehidupan. kita hanya perlu membayar RM5 untuknya. pesawah dan senarai itu terus menerus memanjang tanpa henti. bahawa sejarah manusia bermula apabila mereka mula menghasilkan pemerosesan makanan bersama. lantas seluruh kehendak Syariat mendorong insan untuk saling bersinergi. sebaliknya dijadikan Allah gemar pada bersarapan. Lihat sahaja sepinggan nasi berlauk ikan. pembuat lori. apa kesannya jika kerbau itu turun minyak! Seluruh alam bersinergi« . makan tengah hari dan makan malam dengan hidangan kutu kerbau. malah tiga. salah satu teori yang wujud di bidang kajian ketamadunan. Ia adalah Sunnatullah yang telah menyuburkan kehidupan manusia. peraih dan pemborong. penanam bawang. pembuat garam dan gula.

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak. Apalah sangat tangan. atau menjadi makhluk asing yang mengasingkan diri dari Sunnatullah? Jika dalam soal KEPERLUAN hidup. Hanya manusia sahaja yang diberi pilihan.Seperti juga tubuh badan. bersama kepala dan kaki. jika tangan hanya tangan. Ia mengajar seorang lelaki dan seorang perempuan untuk memahami bahawa lelaki itu sangat berbeza dari perempuan. Tetapi kerjasama tangan kanan dan kiri. supaya kamu berkenalkenalan. saya jadi tidak segan dan tidak pernah berasa susut keislaman jika saya mencadangkan bakal pengantin membaca buku Men Are From Mars. alam ini disusun oleh Allah agar mereka bersinergi. juga dengan anggota tubuh yang lain. Perbezaan fizikal. Sesungguhnya Allah Maha . Seluruh alam bersinergi untuk keperluan masing-masing. Perbezaan kekuatan rasional dan emosi. Perbezaan cara berfikir. (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Perbezaan selera dan kecenderungan. Berbeza belaka« Untuk itu. KLCC itu juga hasil sinergi dua tangan seorang pekerja dengan tangan-tangan pekerja yang lain. sama ada mahu menjadi sebahagian daripada sistem ini. Women Are From Venus karangan John Gray. dan perbezaan itu bukan masalah tetapi rahmat dan anugerah. Perkahwinan adalah untuk menghasilkan kebaikan daripada perbezaan itu. apatah lagi dalam soal TUJUAN hidup yang lebih besar dan utama? BERSUNGGUH MEMIKIRKAN SINERGI Betapa pentingnya sinergi dalam kehidupan. syarat pertama SINERGI adalah MERAI DAN MEMANFAATKAN PERBEZAAN. ia mampu melakukan kerja-kerja yang hebat. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu.

kecenderungan. Tetapi sinergi itu bermaksud saya datang dengan pandangan saya dan awak datang dengan pandangan awak. saya buat cara saya. suku bangsa dan puak tidak serupa. lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu. dan budaya yang terbit daripadanya. sebaliknya masingmasing membawa haluan sendiri. cara berfikir. tetapi perbezaan yang terbiar tanpa titik temu akan segera kembali kepada pusingan yang sama« bertemu pada sebuah pertembungan. selera. dan esok awak pulalah ikut jalan saya. Ia mendamaikan. Ia bukan soal bertolak ansur di mana hari ini saya ikut jalan awak. Mereka itu memiliki pelbagai perbezaan. Kami jadikan suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing) dan kalau Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat. Perbezaan yang tidak menerbitkan kebaikan. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan . Kompromi bagus sebagai penyelesaian sementara tetapi ia bukan jalan terdekat kepada TAQWA. bahasa. tetapi Dia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. sebaliknya bersedia untuk mencari sesuatu yang lebih baik dari cara saya dan cara awak. buat kali yang entah ke berapa. gembira dengan apa yang ada pada diri mereka (Al-Rum : 32) . [Al-Maidah : 48] Sinergi bukan bermaksud berlapang dada dan berkompromi terhadap perbezaan. Atau kita melihat perbezaan itu sebagai kunci taaruf« kenal mengenal dan mengambil manfaat daripadanya. Lelaki dan perempuan tidak sama. Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya.Mengetahui. sama ada mahu melihat perbezaan itu sebagai punca masalah. lantas masalah kita tidak pernah habis. tetapi kita berdua terbuka bukan hanya kepada memilih antara dua pandangan berbeza yang kita ada. Terpulang kepada kita. Ia tiada sinergi. Setiap puak. Kompromi akan menyebabkan awak buat cara awak. [AlHujurat : 13] Kejadian manusia itu asasnya pada kepelbagaian dan perbezaan. pada rupa. maka Dia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya.

Diplomasi berlebihan itu ada beberapa kesan sampingan. Suami percaya bahawa cara ibu bapanya yang diplomatik itu cara terbaik. Isteri pula percaya anak-anak mereka harus dibesarkan dengan ketegasan dan kegarangan kerana hasil disiplin sebegitulah dia mampu menjadi manusia. Mereka terus meniti hari bahagia hingga rumah berseri dengan kurniaan cahaya mata. Bab pujuk-pujuk bagi pada ayah. atau sebaliknya. Manakala si ibu pula atas tuntutan sinergi. Di mata ibu ayah. Cara itu berjaya membentuk perempuan itu menjadi insan cemerlang menuju dewasa. tetapi mereka tidak lupa kepada betapa peritnya hari-hari . Jarang benar mengangkat suara. apatah lagi tangan naik ke muka. banyak kemanisan dan kebaikan. memang telah berjaya menyuntik kecemerlangan akademik dan kerjaya. Didikan tersebut berjaya membentuk lelaki itu menjadi insan cemerlang menuju dewasa. Hal ini tidak boleh diselesaikan dengan kompromi. Seorang perempuan dibesarkan oleh ibu bapanya dengan cara tegas dan garang. muhasabah kembali dan melihat bahawa cara dirinya dibesarkan dengan ketegasan dan garang ibu bapa. dan mereka diijabkabulkan sebagai suami isteri.SINERGI RUMAHTANGGA Seorang lelaki dibesarkan oleh ibu bapanya dengan cara diplomasi dan berlembut. manakala ibu mengambil berat tentang disiplin tetapi tidak peduli kepada perasaan anakanak. Tetapi ia mungkin menjadikan dirinya atau ada adik beradiknya yang kurang berdisiplin dalam kehidupan. Di mana anak-anak. Bab marah-marah bagi pada ibu. mereka melihat pendekatan itu seimbang. Selepas cinta bersulam tanggungjawab. mereka berjaya menjadikan setiap perbezaan antara mereka sebagai suatu surprise dan adventure dalam rumahtangga sepasang pengantin baru. atau lemah dalam membuat keputusan. perbezaan mula menjadi ujian. Lantas suami isteri bertelagah. Hasil sinergi. Mungkin kompromi seperti ini menjadi punca mengapa ramai remaja yang saya temui membuat keputusan bahawa ibu lebih penyayang berbanding ayah. Lelaki dan perempuan ini bertemu. sebaliknya melanggar peraturan rumah akan mengundang hukuman yang berbekas dan lama meninggalkan kesan. mereka melihat ayah lemah dalam berprinsip tetapi kaya dengan kasih sayang. Akan tetapi SINERGI mengajak bapa mengimbas kembali bahawa diplomasi yang mewarnai kehidupannya sebelum dewasa. manakah cara terbaik untuk membesarkan anak-anak. Jarang benar pandangan anak ditanya.

kenyataan popular ³Cross My Dead Body´ Karpal Singh apabila isu Negara Islam dibangkitkan oleh PAS. malah apa sahaja yang membabitkan manusia. Maka bapa harus belajar teknik tegas dan marah. Era reformasi Malaysia telah menemukan PAS dan DAP di meja rundingan. Pengalaman kita pada akhir kurun ke-20. SINERGI DI PESADA POLITIK Tiada keraguan bahawa sinergi di dalam pembentukan hidup peribadi dan keluarga itu penting. Siapa yang tidak tahu. Intipati kepada cita-cita PAS ini ialah. DAP pula mahukan sebuah negara sekular yang berjiwa Malaysian Malaysia. Maka kedua-dua parti pembangkang utama Malaysia ini amat berbeza dan saling bertentangan. DAP mahukan keadilan ditegakkan. bukanlah diplomasi dan ketegasan itu saling bertentangan lantas perlu dipilih satu antara duanya. PAS mahukan Negara Islam. Negara Islam adalah alat untuk manusia beroleh pembelaan dan keadilan. Lantas mereka sedar. Maka kesan sinergi bukan hanya berperanan pada skala kecil di dalam sebuah rumahtangga. PAS mahukan keadilan ditegakkan. mengapa PAS mahukan Negara Islam. tetapi High Way! Cara terbaik dari dua perbezaan yang bertentangan. sinergi penting untuk memperkembangkan kehidupan ke arah yang lebih baik. Tetapi suasana politik negara ketika itu mendesak semua pihak untuk menyemak mindset.yang mereka tempuhi dalam ketakutan dan sempitnya jiwa kerana ibu bapa tidak membuka pintu kepada mereka untuk bersuara dan memberikan pandangan. Ketegasan berlebihan itu ada beberapa kesan sampingan. Sinergi itu Sunnatullah pada cara manusia disusun oleh Penciptanya. Sinergi bukan kompromi. Bapa yang penyayang juga ada ketegasan dan prinsip yang menjadikan dirinya disegani dan dihormati anak-anak. Ibu pula mesti belajar cara membelai dan mendengar suara anak-anak. Sama ada kita melihat perbezaan itu sebagai titik permusuhan. DAP mahukan Malaysian Malaysia. atau peluang untuk saling melengkapi dan bekerjasama. melihat sesuatu yang mustahil telah berjaya disinergikan. Analisa dibuat. dengan kepercayaan bahawa caranya ialah melalui sebuah Negara Islam. Sebaliknya pendekatan yang berjaya menggabungkan dua elemen itulah yang terbaik. Ia adalah gambaran DAP kepada sebuah negara yang diyakini sebagai alat yang mampu memberikan keadilan kepada seluruh rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Ibu yang tegas dan garang juga ada sentuhan emosi dan diplomasi untuk menjadikan kasih sayangnya difahami oleh si anak. ia bukan My Way atau Your Way. dengan kepercayaan bahawa caranya ialah melalui sebuah Negara Sekular yang berjiwa Malaysian Malaysia. .

malah mereka berjaya mengatur strategi dengan bersinergi. Tentu sahaja selepas kemenangan itu. PAS dan DAP bukan sekadar bekerjasama hasil kompromi. dan prioriti yang mahu diperjuangkan. telah pun saya perkatakan di dalam ulasan-ulasan saya tentang kemenangan AKP di Turki. atau Your Way. Maka perbezaan di antara PAS dan DAP tidak menjadi halangan untuk mereka bekerjasama dalam soal yang disepakati iaitu menentang kezaliman dan memperjuangkan keadilan. Hasilnya menjadi fenomena bersejarah dalam catatan politik tanah air. Mereka duduk semeja bukan dengan My Way. Bersama-sama dengan Parti Keadilan dan PRM ketika itu mereka membentuk Barisan Alternatif dengan meletakkan satu lawan satu di setiap kawasan pilihanraya. Stephen Covey sendiri menegaskan bahawa Sinergi mesti berasaskan kepada tiga Habit pertama. tetapi mencari High Way. Sinergi bukan keterbukaan yang mutlak tetapi ada prinsip-prinsip dan nilai yang memimpin. kerana ia menentukan nilai yang dipegang. sinergi boleh dilihat sebagai suatu pendekatan yang berisiko tinggi. demi kemenangan besar jangka panjang dalam Perjanjian Hudhaibiyyah.Titik temunya adalah pada komitmen masing-masing kepada soal keadilan. soal perbezaan antara PAS dan DAP muncul kembali. Harapnya diskusi mengenai hal ini. dan antarabangsa telah dirujuk malah percubaan PAS pada pilihanraya 1999 itu diterima sebagai suatu pengalaman berharga untuk dianalisa dan dipelajari oleh gerakan Islam yang lain di seluruh dunia. Keterbukaan kedua belah pihak memang boleh diterjemahkan secara dangkal sebagai penggadaian prinsip atas nama politik. dan penindasan ke atas massa. Tentu sahaja dalam soal ini. Semua itu bukan untuk diilmiahkan sebagai kenangan silam. Bukannya Baginda SAW tidak pernah bersetuju dengan µkekalahan superficialµ di pihak Muslim. Tetapi prinsip dan strategi adalah dua perkara yang harus dinilai dengan teliti. . PAS tidak secara semberono datang ke meja rundingan. tidaklah bercampur aduk dengan persoalan sinergi yang menjadi fokus kali ini. Bukan Nabi SAW tidak pernah bekerjasama dengan non Muslim. Nasihat-nasihat ulama tempatan. destinasi akhir yang ingin dicapai. tetapi harus lahir dalam bentuk panduan bersiasah dalam dunia kontemporari yang serba mencabar. dan pandangan saya terhadap gagasan Negara Islam yang PAS perjuangkan. Tetapi pengalaman politik 1999 memperlihatkan apakah signifikannya SINERGI dalam pembangunan tamadun manusia. Kerana itu. Manakala kesemuanya sedang berdepan dengan isu yang sama iaitu pencabulan keadilan.

Masing-masing buat hal masing-masing. Alangkan berlapang dada dan berkompromi terhadap perbezaan pun masih jauh dari realiti. menyebabkan banyak ruang yang ahli politik dan partinya tidak boleh tembusi atau berperanan. sebaliknya berusaha mencari High Way. Sudah lama PAS menganggap ta¶addud jamaah sebagai suatu jenayah kecelaan kepada dakwah dan ummah. ada gerakan dakwah yang berpengkalan di masjid-masjid. Tidakkah ada kemungkinan untuk berbilang jemaah dan berbilang pendekatan ini tidak lagi dibaca sebagai masalah. selagi itu kita 1000 batu jauh dari sinergi dan mencari jalan keluar. tetapi dengan pembabitan dalam politik. dan bekerjasama dalam perkara yang disepakati. Selagi mana kita semua melihat perbezaan ini sebagai titik penting untuk mengekalkan survival masing-masing. Ada kumpulan politik. tetapi beban dan tugasan dalam memperbaiki usaha mendidik masyarakat. Pendidikan itu penting. lantas gerakan pendidikan harus mengambil sikap . apatah lagi untuk menjadikan perbezaan sebagai peluang dan bahan sinergi untuk tidak lagi taaasub menerima My Way dan taasub menolak Your Way. Rasyid Ridha sudah lama menyeru dengan lisan Hasan al-Banna. Manakala Tabligh melihat perbalahan ini sebagai sesuatu yang jauh dari fikir iman dan amal. Senarai ini berterusan dari satu kelompok kepada kelompok yang lain. dan senarai ini berterusan. lalu mereka menjauhkan diri dari polisi sosial dan memfokuskan kerja kepada agenda sendiri. namun jauh dari realiti. Sebaliknya dilihat sebagai pengkhususan kerja oleh kumpulankumpulan Islam yang memang tiada siapa pun mampu untuk buat semua benda? Politik penting.PERBEZAAN ANTARA KITA: MASALAH ATAU PELUANG Sudah sekian lama. Sudah lama juga JIM dan cabang-cabangnya menganggap keputusan mereka untuk wujud dan berkembang adalah kerana ketidakterbukaan PAS dalam mengakui kelemahan-kelemahannya yang banyak di kaca mata mereka. ada NGO Kebajikan. memerlukan pergerakan ini bisa menembusi sempadan fahaman politik. golongan Salafi muda pula membentuk entiti baru dengan elitisma Sunnah sebagai identiti kumpulan mereka. agar sesiapa sahaja boleh datang mengambil kebaikan. mereka yang mahu kepada Islam di negara kita sudah berpecah kepada begitu banyak kumpulan. ada NGO Pendidikan. Ia berbalik kepada mindset. Terkini. Tetapi ia masih slogan yang enak disebut. bahawa kumpulan-kumpulan sebegini harus berlapang dada untuk bertolak ansur dalam perkara yang mereka saling bertentangan.

membaca. sebelum meletakkan demand untuk difahami? Seruan saya kepada komitmen kita semua agar menghayati Habit #5 iaitu belajar untuk memahami sebelum mengharapkan diri difahami. Tegasnya. sehingga tidak memiliki waktu lapang untuk mencari-cari aib orang lain. Inilah cabaran kumpulan Islam. Tetapi perbezaan itu adalah pengkhususan dan fokus. Spiritual: Menggunakan masa sebaiknya. Akal. Orang Islam adalah orang yang hari ini lebih baik daripada kelmarin dan hari esok lebih baik darihari ini. sosial / emosional. dan seterusnya bagaimanakah kesanggupan kita untuk memahami orang lain. Sosial/Emosional: Wujudkan hubungan sosial yang bermakna dan bermanfaat dengan orang lain. . dan berehat. berkarya. wajar dilihat sebagai suatu perbezaan. Pemikiran perlu dipositifkan. itu pun sudah cukup untuk meributkan kehidupan saya. dan spiritual ketika beliau bersabda: ³Orang Islam adalah orang yang begitu sibuk memperbaiki diri. bahawa sinergi perlu kepada penghayatan Habit #4 iaitu Think Win-Win. Fizikal: Makanan berkhasiat. bersenam. menulis. Mental: Belajar sesuatu. bukan semestinya persaingan atau pertembungan. hingga Habit #5 itu menjadi terlalu pahit untuk ditulis buat masa ini. berdoa. solat dan membantu golongan yang memerlukan serta dekat dengan masyarakat melalui badan pertubuhan amal anjuran kerajaan atau bukan. Namun.bebas dari memihak kepada mana-mana aliran politik? Namun bukan dengan memusuhi politik. dan Habit #5 iaitu Seek First to Understand. kepelbagaian kumpulan Islam. Then to be Understood. dan mengajar. Hati dan Nafsu« masih kunci kepada segalanya« y Habit #7: Sharpen The Saw y y y y y y Sharpen the Saw ± Asah Gergaji bermaksud mengekalkan dan meningkatkan keupayaan asset sedia ada iaitu ± diri kita sendiri. mental. Amal perbuatan yang paling disukai Allah adalah amal yang dilakukan terus-menerus walaupun sedikit ´. Stephen Covey juga ada mengingatkan. Rasulullah mengajar agar kita terus mengasah gergaji fizik.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful