You are on page 1of 1

LAPORAN UCAPAN PERASMIAN SEMINAR INTEGRITI OLEH ENCIK TAN YING KEE TIMBALAN PENGARAH IPRM KAMPUS RAJA

MELEWAR

Encik Tan Ying Kee mengalu-alukan kedatangan semua peserta termasuklah pensyarah-pensyarah IPGM Kampus Raja Melewar, staf pengurusan dan sokongan, para penceramah jemputan serta guru pelatih KPLI ambilan Jun 2009 dan KPLI ambilan Januari 2010. Setinggi-tinggi ucapan ribuan terima kasih beliau juga ditujukan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia serta Institut Integriti Malaysia yang telah sudi menganjurkan bersama seminar integriti kepada warga IPGM Kampus Raja Melewar pada tahun ini. Pada awal ucapan Encik Tan, beliau amat bersyukur kerana seminar ini dapat direalisasikan dengan lancar. Pada pendapat beliau, seminar ini amat bermakna kepada penjawat awam dan warga pendidikan. Seterusnya, Encik Tan menjelaskan maksud Integriti kepada para hadirin sekalian. Menurut Encik Tan, integriti bermaksud kejujuran, ketelusan, kesempurnaan dan keutuhan. Tambahan pula, integriti juga merujuk kepada perihal sifat individu dan organisasi yang sempurna berteraskan nilai murni seperti jujur, benar, amanah, adil, bertanggungjawab, telus, cekap dan bijaksana. Dalam ucapan beliau, Encik Tan telah mengingatkan para guru pelatih bahawa kami akan berkhidmat sebagai seorang guru dan tugas utama kami ialah mempertingkatkan integriti intelektual, vokasional, kemantapan, kekuatan mental serta nilai adil dan saksama di sekolah. Selain itu, beliau juga berkongsi sebuah cerita mengenai integriti dalam alam pekerjaan. Tujuannya adalah untuk memperkukuhkan pemahaman para guru pelatih terhadap maksud integriti. Sebelum mengakhiri ucapan beliau, Encik Tan berharap agar seminar ini dapat menghasilkan peserta yang berintegriti iaitu terdidik minda, hati dan emosi, bersikap positif, berbudaya ilmu, berdaya tahan, sanggup menerima teguran dan membuat perubahan. Di akhir ucapan beliau, Encik Tan merakamkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada jawatankuasa yang berjaya menjalankan seminar ini. Beliau juga mengucapkan selamat berseminar kepada semua peserta.