You are on page 1of 2

KEPENTINGAN SUMBER TANIH 1. Terdapat pelbagai jenis tanih di Malaysia. 2.

Pelbagai jenis tanih untuk jenis tanaman yang berlainan. 3.Tanih membekalkan nutrien untuk tanaman dan tumbuhan. 4. Di kawasan tanah pamah terdapat tanih jenis aluvium yang subur untuk pertanian, terutamanya tanaman padi sawah seperti di Dataran Kedah Delta Kelantan Lembah Kerian- Sungai Manik di Perak. 5. Kawasan tersebut merupakan kawasan tanih aluvium yang menjadi kawasan tanaman padi utama negara. 6. Di Pulau Jawa, Indonesia dan Pulau Luzon, Filipina, tanih lava bes gunung berapi sangat subur untuk pertanian. 7. Oleh itu, di negara tersebut, kawasan cerun tanah tinggi diteres menjadi kawasan pertanian. 8. Tanah laterit atau tanah merah tropika yang terdapat di kawasan kaki bukit boleh dijadikan input untuk industri membuat batu bata.

KESAN PENEROKAAN SUMBER TANIH TERHADAP ALAM SEKITAR

o Menjejaskan kualiti tanih


serta kemerosotan kesuburan tanih. Penggunaan baja kimia dan racun rumpai mencemarkan tanih. Pembajaan berlebihan akan meningkatkan keasidan tanih. o Hakisan permukaan giat. - Kegiatan pertanian secara giat mengurangkan kandungan humus dan garam mineral dalam tanah.

o Merosakkan struktur tanah. - Pertanian pindah


menjejaskan nutrien tanih dan menyebabkan berlakunya hakisan. o Nilai tanah susut. - Kepelbagaian penggunaan merosakkan komposisi tanah serta menyebabkan harga tanah berkurang

the t.o.p joker

LANGKAH PENGURUSAN SUMBER TANIH 1. Kegiatan pertanian menyebabkan tanah kehilangan tanih dan mineralnya melalui proses hakisan dan larut resap. 2. Amalan pertanian yang baik dapat memulihara tanih yang sesuai untuk pertanian supaya tidak menjadi semakin berkurangan. 3. Terdapat beberapa cara untuk memulihara tanih bagi meningkatkan kesuburan tanah. Antaranya,

o Tanaman tutup bumi jenis


kekacang di ladang kelapa sawit dan getah dapat menguatkan struktur tanah dan menambahkan kesuburan tanah melalui proses pengikatan nitrogen. Pembajakan mengikut kontur mengurangkan larut resap tanih. Air boleh meresap ke dalam tanah dan mengurangkan kehilangan nutrien dan bahan organik. Pembinaan teres yang bertembok di tepi teres banyak dilakukan di Asia Monsun untuk menanam padi sawah dapat menahan air dan kelodak untuk membentuk sawah padi yang dibanjiri dan dapat memulihara tanih. Penggunaan sisa tanaman seperti jerami padi dan pelepah kelapa sawit sebagai bahan sungkapan pada batas sayur menambahkan kesuburan tanah apabila berlaku pereputan dan menjadi humus untuk kesuburan tanah. Pembajaan organik meningkatkan aktiviti mikrob dan hidupan tanah yang lain, seterusnya meningkatkan

proses penguraian dan menambahkan kesuburan tanah. o Bagi negara yang mengalami empat musim, pertanian rumah kaca berfungsi mengurangkan kehilangan nutrien tanah melalui larut resapan. o Sistem tanaman giliran dapat merendahkan kesusutan mineral. o Di kawasan hawa sederhana, Sistem Gilir Tanaman Norfolk dijalankan di ladang pertanian campur. Setiap jenis tanaman menggunakan nutrien tertentu dan dapat memulihara tanah.

the t.o.p joker