P. 1
moral-slid

moral-slid

4.89

|Views: 2,962|Likes:
Published by Ali Mohd

More info:

Published by: Ali Mohd on Sep 11, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPT, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

text

original

TOPIK 1 : KONSEP KONSEP

ISTILAH ASAS MORAL

MORAL

KONSEP ALIRAN PEMIKIRAN MORAL KONSEP ASAS NILAI
NILAI AGAMA DAN MASYARAKAT

OLEH:AHMAD PUAD BIN ARIS
UNIT PENDIDIKAN MORAL, JPIM, IPTI, JB

1. A) PENGENALAN (Istilah MORAL)
Guru •Tindakbalas atau reaksi individu terhadap situasi-situasi berikut ; Istilah moral sebenarnya dari perkataan Latin moralis yang bermaksud tingkah laku yang sesuai dengan tatasusila sesebuah masyarakat.

Pengawalan diri terhadap sesuatu keinginan nafsu atau dapat menahankan diri dari melakukan sesuatu tingkah laku yang dianggapkan salah. Kawalan terhadap keperluan fizikal yang berdasarkan kepada peraturan-peraturan masyarakat yang telah diterima secara rasional. Bertindak secara rasional terhadap sesuatu keputusan moral yang melibatkan pentafsiran tentang apa yang dikatakan tindakan yang betul. Pentafsiran ini dilakukan dengan adanya maklumat atau pengetahuan yang mencukupi dan dihuraikan dengan pemikiran secara objektif atau kritik. Sentiasa menjaga dan bertindak dalam keadaan yang berdisiplin serta menghayati sesuatu standard hidup yang dicapai oleh sosioekonomi masyarakat.

Menurut Kamus Pelajar Baru (1989) ajaran atau pegangan berkenaan dengan buruk baik sesuatu perbuatan Moral boleh ditakrifkan sebagai

tingkah laku atau amalan yang dengan tatasusila dan undangundang masyarakat.

Piaget telah menegaskan bahawa ibu bapa perlu menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak . Seorang ibu atau bapa yang tidak mahu beratur ketika membayar bil elektrik atau air sebenarnya menunjukkan kepada anakanak bahawa nilai moral adalah tidak penting.

Aristotle pula menitikberatkan tiga aspek tingkah laku seseorang iaitu aspek kognitif, afektif dan tingkah laku /behaviour. Aspek kognitif merangkumi proses pengetahuan, pengamatan, pentafsiran dan memikir. Dalam konteks moral, proses kognitif merangkumi pemahaman tentang situasi dan sebab-sebab peraturan moral serta juga pentafsiran moral. Pentafsiran moral merujuk kepada kebolehan seseorang individu untuk membuat suatu keputusan tentang satu-satu tindakan itu, iaitu sama ada ia baik atau

B) AKHLAK
Berasal daripada kalimah bahasa Arab “khuluk” Bermaksud – perangai atau tingkah laku, tabiat, kepercayaan, pegangan atau agama. Definisi – sifat semulajadi atau tabiat yang mempamerkan gambaran atau rupa batin seseorang. Kesimpulannya – akhlak mempunyai aspek seperti sifat semulajadi yang dimiliki individu dan sifat yang dimiliki menerusi latihan atau rangsangan yang akhirnya menjadi tabiat. meliputi dua dimensi – batin atau kejiwaan dan - zahir dalam bentuk perlakuan

C) KONSEP ETIKA
Etika – ethos (Bahasa Greek) bermaksud cara hidup atau adat resam. Takrifan – suatu kajian sains tentang kelakuan manusia dalam masyarakat. Suatu bidang pentakrifan tingkah laku manusia sebagai benar atau salah, baik atau buruk dan patut atau sengaja Kayu ukur – satu set peraturan tingkah laku atau undang-undang atau kod etika. Tujuan – mengawal, menjamin dan melindungi segala tingkah laku yang bermoral. Etika dan moral membawa maksud yang berlainan. Etika – suatu kajian tingkah laku moral / moral – menyentuh tentang tingkah laku

DUA JENIS ETIKA
NORMATIF METAETIKA
-Mengkaji tentang pertanyaan-pertanyaan cara hidup kita. -Sifat perlakuan yang unggul diterima dan dihayati seseorang -Tumpuan utama – mengenalpasti perlakuan Manusia yang paling baik yang boleh diteladani, menentukan punca maklumat tentang perlakuan yang paling baik itu, menyenaraikan motif yang melahirkan perlakuan yang baik itu,.

-contohnya – kesyukuran, kebersihan Jujur, baik hati dll

Nilai yang telah diperaku dan diterima oleh norma masyarakat Metaetika adalah satu dasar perlakuan moral yang ingin digunakan.

Etika dahulu dan kini
Dahulu - Kebaikan moral dan rasional - Teologikal(akibat sesuatu tindakan yang dilakukan ) Kini -Memfokuskan kepada menentukan sifat-sifat beretika menerusi tindakan -Membentuk 2 persaingan •Tindakan yang mempunyai sifat etika dalaman •Memerlukan status moral daripada akibat yang dibuat dan tindakan itu samada betul atau salah. - Deontologikal – (tindakan atau jenis sesuatu tindakan)

Tindakan beretika datang dari seorang yang berakhlak mulia yang mengambil berat tentang melakukan sesuatu yang baik dan bukannya menjadi hamba kepada satu set peraturan yang difikirkan mempunyai kaitan dengan kebaikan dalam keadaan

KONSEP KEMORALAN
• Merupakan Sesuatu Yang Berkait Dengan Peraturanperaturan Masyarakat Yang Diwujudkan Di Luar Kawalan Individu Itu. • Dorothy Emmet (1979) mengatakan bahawa manusia bergantung kepada tatasusila, adat, kebiasaan masyarakat dan agama bagi membantu menilai tingkah laku seseorang. • James Hemming (1980) menyatakan bahawa peraturanperaturan masyarakat mestilah diterima sebagai faktafakta kehidupan sosial masyarakat. •Merupakan garis panduan atau batasan dalam pergaulan dan hubungan antara satu sama lain.

Konsep Baik
- Mengikut Kamus Pelajar Baru ( 1989), perkataan “baik” bermaksud memberi faedah atau bagus apabila menggunakannya -Perasaan dalaman individu terhadap sesuatu yang telah digunakannya. - Memberi makna yang berbeza mengikut situasi tertentu:* Kepuasan diri :memuaskan hati pengguna dari segi rupa, mutu teknologi, kecekapan dan sebagainya.

* Secara fizikal : alat itu memberi lebih banyak faedah dari segi penggunaan, melihat dan sebagainya jika dibandingkan dengan pengalaman lama

* kelakuan : gerak geri yang ditunjukkan, sesuai atau rapat dan memberi persetujuan atau sokongan.

*Penyakit : dalam proses pulih atau balik kepada asalnya.

Konsep Baik Hobbes – Sebarang objek yang dibenci adalah buruk. C.I. Lewis – baik atau buruk merupakan pengalaman seseorang individu secara intrinsik. Confucius – baik itu adalah menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi. Ditunjukkan melalui tingkah laku sendiri. Aristotle – ‘baik’ adalah unsur-unsur kebahagiaan yang ada dan dirasainya.

Perkataan ‘baik’ digunakan secara :
Kebaikan ekstrinsik Kebaikan intrinsik

enilaian atau taksiran piawaian Mematuhi sesuatu standard atau araf. (cth. Buku kerja murid) Masa yang diperlukan -Memudahkan kerja, menjimatkan masa dan Tenaga. (cth. Komputer)

Sokongan atau minat -unsur-unsur menyokong atas hasil pemikiran oleh pengucap. (Cth.pendapat)

Membuat keputusan dan penilaian Keputusan dibuat berkaitan engan sifat-sifat atau rupa yang ada pada objek, rupa luaran atau ciri-ciri tertentu. (cth. Membeli kereta.

Menghargai atau memuji -Mendapat kata-kata pujian dan -penghargaan. Ia memberi Kepuasan dan keseronokan. (Cth. Hasil kerja atau pertolongan)

KONSEP Benar
Bermaksud – betul dan mengandungi ciri penjelasan nilai. - Mempunyai fakta-fakta, sebabsebab dan bukti-bukti yang sah dan diterima oleh majoriti. G.E. Moore – tingkah laku benar atau salah bergantung kepada darjah keseronokan yang dihasilkan. Ia dirasai secara intrinsik dan berbeza antara individu. Dewey – suatu perkara yang abstrak dan hanya menjadi permintaan orang lain ke atas diri kita. Confucius – benar atau salah hanya wujud dalam hati manusia dan ia boleh dilihat dari segi :d) Kebenaran yang mutlak e) Kebenaran secara saintifik f) Kebenaran secara relatif

Kepercayaan kepada Tuhan dan menurut ajaran agama merupakan tugas kebenaran yang mutlak. Sesuatu kebenaran boleh dibuktikan dengan fakta-fakta atau maklumat-maklumat yang dikumpul dan dianalisakan secara saintifik. Kebenaran itu wujud dalam suatu teori atau hukum Pada sesuatu situasi tertentu benar wujud secara relatif dan bukan mutlak. Ia termasuk pantang larang dan peraturan adat.

Konsep Patut
Bererti - seharus, mesti atau sesuai. Moore (1903) – menyatakan patut membawa erti yang sama dengan ‘baik’ kerana ia mempunyai unsur bertindak secara waras dan bijaksana.

Konsep patut memerlukan penilaian secara intrinsik iaitu : a) Memberi pertimbangan terhadap suatu standard yang diterima oleh manusia. b) Memberi tafsiran secara psikologi terhadap faktafakta yang wujud. c) Memberi pertimbangan nilai yang logik

Patut boleh membawa maksud :-

a) Memberi dorongan terhadap c) Memberi persetujuan kerana sesuatu sesuatu aktiviti atau Mempunyai pendapat yang sama atau tindakan yang betul (cth. Pujian, Mempunyai sifat-sifat yang sama. nasihat

Memberi penjelasan atas sesuatu d) Tidak setuju dengan sesuatu elakuan. Huraian ini mungkin kelakuan lam bentuk pengajaran, engarah untuk membuat sesuatu au memberi hukuman.

Downey m dan Kelly A. V. (1978) – menerangkan makna pendidikan moral dalam tiga aspek :ii. Mencari sebab-sebab mengapa pendidikan moral itu ditekankan. ( keruntuhan moral para remaja) iv.Mengajar bagaimana hendak berfikir mengenai isu-isu moral. (asuhan bagi menekankan pertalian logik, penghormatan terhadap kebenaran yang relevan)
Japanese Chinese

Bahasa

English

iii. Menanamkan keyakinan di dalam pendidikan moral iaitu supaya pelajar mempunyai rasa tanggungjawab moral. (permohonan ke maktab perguruan tidak semestinya pemohon meminati profesion perguruan)

PENAAKULAN MORAL

-Merujuk kepada kebolehan seseorang individu berfikir secara logik berdasarkan pertimbanganpertimbangan moral. -Pertimbangan-pertimbangan ini adalah berdasarkan norma serta harapan sesebuah masyarakat.

Emosi moral
-Merujuk kepada perasaan seseorang individu yang timbul hasil daripada penaakulan moral. -Cth. Ibu bapa yang ditinggalkan di rumah kebajikan akan menyebabkan kita tidak boleh menerima hakikat itu lantaran penaakulan moral kita ialah ibu bapa seharusnya dihormati dan disanjung tinggi.

TINGKAHLAKU MORAL
-Merujuk kepada kelakuan dan perbuatan yang berdasarkan nilai-nilai dan normanorma masyarakat. Individu seperti ini bertindak secara terkawal serta mempunyai pemikiran yang waras. -Tidak mementingkan diri sendiri, tidak bersifat terlalu altruistik sehingga hak-hak sendiri terkorban. -Cth. Seorang guru yang secara sukarela membantu kerja-kerja di rumah kebajikan. -Cth. Memberikan tempat duduk di dalam kenderaan awam kepada individu yang memerlukan. -Cth. Membantu orang buta melintas jalan.

JUSTIFIKASI MORAL

- Bermakna alasan-alasan yang menjadikan sesuatu itu wajar dilakukan. -Merujuk kepada alasan-alasan mengapa sesuatu itu dilakukan berdasarkan pertimbangan-pertimbangan moral. -Cth. Sebuah sekolah dibina di sebuah kawasan pedalaman yang hanya mempunyai 60 orang pelajar seperti bangunan sekolah yang terdapat di bandar. Dari aspek justifikasi moral telah mendorong pihak berkuasa untuk terus membina sekolah itu.

DILEMA MORAL

• Merujuk kepada satu keadaan yang menyebabkan terpaksa membuat pilihan antara dua tindakan, yang kedua-duanya tidak menyenangkan kerana isu-isu moral yang terlibat. • Cth. Seorang anak serba salah kerana terpaksa mencari wang sebanyak RM60,000 untuk pembedahan ayahnya. Beliau tidak dapat membuat pinjaman kerana tidak berkemampuan sementara ayahnya dalam keadaan kritikal. Adakah beliau perlu mencuri wang atau hanya membiarkan sahaja ayahnya meninggal?

• •

a) Naturalis Manusia jauh berbeza dripada haiwan kerana manusia mempunyai keupayaan untuk berfikir dan bertindak secara rasional dengan menggunakan akal. Manusia mempunyai kebolehan untuk membentuk dan mengekalkan hubungan peribadi, jadi mereka dapat menggalakkan pembentukan hubungan yang baik sesama sendiri. Ini bermakna mereka menganggap hubungan seperti hubungan kekeluargaan sebagai hubungan yang biasa dan bermoral manakala hubungan atau kelakuan seperti hubungan seks sejenis sebagai tidak bermoral. Pemikiran ini dikritik kerana dianggap sebagai falasi naturalistik iaitu tanggapan bahawa wanita seharusnya menjadi suri rumah sahaja dan lelaki adalah yang memberi nafkah adalah tidak wajar. Secara logik, sesuatu tidak boleh ditentukan secara langsung dengan berdasarkan sesuatu situasi sahaja.

b) Emotivis • • • • • • Berasal dari perkataan emosi – kebangkitan perasaan. Menerangkan bahawa pertimbangan moral bukanlah mengikut pernyataan fakta seperti yang dinyatakan oleh naturalis, tetapi adalah mengikut emosi, sikap atau perasaan. Berdasarkan pertimbangan moral, seseorang itu mula-mula menyatakan perasaannya dan kemudian akan cubamengajak orang lain berkongsi perasaan itu. Pandangan emotivis – pertimbangan moral adalah subjektif, dan tidak memerlukan sebarang teori asas yang istimewa atau yang boleh mendukung perlakuan moral. Pandangan emotivis memberi sumbangan dengan memperkenalkan satu dimensi yang penting yang bukan sahaja berfokus kepada pemikiran rasional, malah emosi moral. Kritikan terhadap pandangan ini adalah kerana terdapat tindak balas emosi berlainan terhadap situasi yang sama. Ini memungkinkan keputusan dibuat secara sewenang-wenangnya dan tidak dikaji terlebih dahulu.

c) Intuisionis • • Bahasa Latin ‘Intueor’ bermakna saya memandang tepat kepada sesuatu. Pertimbangan moral tidak berpunca daripada sebarang generalisasi yang empirikal seperti yang dikatakan oleh naturalisme, tetapi ianya terbukti dengan sendiri. Ia bermaksud, seseorang itu menentukan apa yang baik dan tidak baik mengikut naluri dan tidak memerlukan sebarang penerangan atau sebab untuknya. Pandangan ini dikritik kerana prinsip terbukti dengan sendiri ini adalah tidak jelas. Cth. Seseorang yang hodoh tidak boleh dipercayai ( Ini berasaskan pendapat / naluri sendiri )

• •

d) Rasionalis • • Berasal dari perkataan ‘ratio’ yang bermakna ‘reason’ atau sebab. Menitikberatkan penggunaan sebab yang munasabah dalam membuat keputusan dan melakukan sesuatu. • Berpendapat walaupun mematuhi peraturan itu penting sebagai satu tabiat yang baik, tetapi apabila seseorang itu berada di tahap berupaya untuk berfikir secara kritikal, dia hendaklah memastikan kerasionalan peraturan tersebut. • Seseorang itu perlu mengkaji secara objektif beberapa aspek tentang prinsip dan peraturan moral yang asas sebelum dia menerima atau menolak peraturan tersebut.

KONSEP ASAS NILAI
Nicholas Rescher (1969) mendefinisikan perkataan ‘nilai’ :• Semua objek mempunyai nilai dan manusia bertindak terhadap objek itu supaya dapat mengekalnya atau menambah hak kepunyaan individu (George Lundberg) • Sebarang objek yang mulia dihargai maka ia bernilai (Robert Part) • Nilai-nilai ialah motif yang diperhatikan seperti objek itu, kualiti atau syarat-syarat yang memotivasikan. • Nilai adalah sebarang objek yang digunakan untuk sebarang keperluan (Howard Becker) • Nilai ialah suatu tekanan keperluan atau sebarang objek yang dikehendaki atau dipilih oleh orang dalam suatu masa yang sama (Stuart C. Dodd)

• Nilai dilihat sebagai suatu kulitatif, motif atau piawai norma yang ada dalam pertalian antara benda (objek), fikiran (keinginan) dan pemilikan. • ‘Nilai’ akan mencapai peringkat pengenalannya atau dihargai apabila sesuatu objek yang diingini dan cuba memilikinya maka objek itu disanjung tinggi atau nilainya manjadi tinggi. • Gail M. Inlow (1972) menyatakan nilai boleh dilihat dalam lima aspek iaitu nilai kebudayaan, nilai ekonomi, nilai politik, nilai sains dan nilai falsafah. • Richard A. Kalish dan Kenneth W. Collier (1981) menyatakan nilai-nilai perseorangan dan sosial adalah paling utama. Ini termasuk tingkah laku seseorang dan alam sekitar.

Fungsi Nilai

• Memberi rangsangan sesuatu isu atau situasi. • Boleh menghadkan perlakuan seseorang • Cth. Seseorang pekerja akan menjalankan tugas pada masa yang ditetapkan dan tidak menyelesaikan masalah peribadi pada masa yang sama. • Seseorang yang menghayati sesuatu nilai akan melakukan sesuatu yang ada kaitan dengan nilai yang dihayatinya dan tidak melakukan nilai yang bercanggah.

Jenis-jenis Nilai
Nilai
Instrumental (ekstrinsik)

Definisi
Kualiti sama ada diingini (dikehendaki atau patut dimiliki atau tidak sebagai alat mencapai matlamat atau nilai lain. Kualiti sama ada diingini atau tidak sebagai sesuatu yang muktamad. Kualiti diingini dan lebih disuaki atau yang didapati tidak diingini penutur. Kualiti berharga atau bernilai sama ada lebih disukai atau tidak dan bebas daripada kecenderungan atau keutamaan penutur. Nilai diingini atau tidak diingini sebagai alat peraturan masyarakat untuk mencapai matlamat masyarakat yang muktamad. Nilai yang kebaikannya tidak bergantung kepada situasi atau peraturan khusus sesebuah masyarakat.

Intrinsik Subjektif Objektif Relatif Mutlak

Perubahan Nilai Dalam Masyarakat
• Rokeach (1973) – perubahan pegangan nilai berlaku jika terdapat perubahan pada konsep diri yang menjadi tampuk atau pusat sistem kepercayaan individu. • Sistem kepercayaan, sikap dan nilai bertindak sebagai sistem-sistem yang menyusur-galurkan perubahan terhadap konsep diri. • Dapat dilihat pada tingkah laku. Perubahan sikap bersifat jangka pendek jika dibandingkan dengan perubahan pada sistem nilai atau pada sistem kepercayaan. • Ia berlaku sekiranya ianya bertentangan dengan konsep diri dan kadang kala perubahan berlaku dengan cara indoktrinasi, asakan emosi, pertukaran agama dan pukauan. • Boleh mengakibatkan perubahan pada nilai-nilai yang lain. •Terdapat dua polar perubahan •Pengukuhan nilai berlaku apabila sesuatu nilai selaras dengan konsep sesuatu nilai dan kehendak masyarakat. •Kemerosotan nilai berlaku jika sesuatu nilai itu tidak dapat diterima serta bertentangan dengan kehendak masyarakat.

Cara perubahan nilai berlaku
• Akibat perkembangan pengetahuan dan perubahan maklumat (Cth.tentang penemuan sains, teknologi dan bidang-bidang kehidupan lain.) – Penemuan dan perkembangan pengetahuan mempengaruhi nilai-nilai yang bersabit dengan keselesaan hidup manusia. Melalui perubahan ideologi dan politik sama ada secara propaganda, indoktrinasi, pelaziman ataupun penyiaran. (Cth. Nilai patriotik dan nasionalisme orang Melayu bertambah kuat pada masa pemerintahan orang Jepun jika dibandingkan dengan semasa pemerintahan Inggeris sebelum Perang Dunia Kedua. Akibat kebosanan dan salah anggapan (Cth. Hipokrasi dalam politik dan pemerintahan, kebebasan bersuara dalam demokrasi, keadilan mendapatkan peluang dsb. Berpunca daripada perubahan persekitaran opertif masyarakat – faktor sosial, ekonomi, demografi dan teknologi yang mempengaruhi cara hidup dan nilai-nilai masyarakat. (Cth. Kemerosotan sistem ekonomi negara mewujudkan nilai jimat cermat, teliti belanja, produktiviti dan persefahaman antarabangsa.

Perubahan Nilai Dalam Bilik Darjah
Penyertaan aktif murid-murid di dalam pembelajaran nilai yang digalakkan – main peranan, analisis diri, permainan pendidikan, bercerita, analisis gambar, analisis puisi dan aktiviti berkumpulan.
Pembatinan Nilai • Peringkat sesuatu nilai diterapkan ke dalam sistem nilai dan membentuk sebahagian daripada konsep diri dan personaliti. • Nilai-nilai yang dibatinkan mengusur-galurkan operasi kognitif dan kesedaran yang seterusnya menentukan corak perlakuan. • Pembatinan sesuatu nilai pada darjah tertinggi berlaku apabila individu menunjukkan sesuatu tingkah laku secara tekal dan ketekalan tingkah laku itu tidak mudah terpengaruh oleh tekanantekanan atau pengaruh dari luar. Cth. Seorang pembersih akan sentiasa memastikan diri dan persekitarannya bersih. • Ia tidak berlaku dalam tempoh yang singkat juga tidak tentu lamanya.

Nilai Agama Dan Masyarakat
Nilai masyarakat Malaysia  Proses menilai yang utama ialah dari segi sosial, di mana ia berdasarkan bahawa manusia dipengaruhi dan bertindak dalam konteks sosial.  Oleh kerana rakyat Malaysia terdiri dari pelbagai kaum, maka agak sukar untuk mengenalpasti nilai-nilai sebenar masyarakatnya.  Secara tradisionalnya, kesemua kaum di Malaysia menilai keluarga sebagai asas bagi komuniti, sambil menekankan nilai menghormati ibubapa, orang tua dan orang yang bijaksana. Mereka menganggap kemoralan sosial kolektif penting untuk keharmonian negara.  Orang Melayu menganggap sistem susun lapis sosial masyarakat Melayu tradisional masih dianggap sah dari segi budaya. (Cth. Raja dan golongan bangsawan berjaya mengekalkan kedudukan mereka di atas sekali dalam hirarki sistem sosial dengan menggunakan sistem status kehormatan.  Orang Melayu percaya bahawa mereka perlu mematuhi pemimpin sebagai satu kewajipan.  Perasaan bekerjasama dipengaruhi oleh Islam, dan menjadikan orang Melayu terkenal sebagai antara kaum paling bersopan santun di dunia.  Aspek kemewahan menyebabkan orang Melayu semakin berubah daripasa bersifat feudal dan tradisional kepada kapitalis dan moden.  Telah tersemai pada mereka di bandar dengan sikap kosmopolitan, liberal dan individualistik.

Perubahan ini disedari oleh orang Melayu dan berusaha mengubah semula masyarakat yang kelihatan tercemar ini dengan matlamat untuk menubuhkan sebuah negara Islam menerusi dakwah dan reformasi pendidikan, kebudayaan, politik dan ekonomi. • Mereka masih sangsi terhadap kebudayan dan cara hidup tradisional mereka, dan juga ragu-ragu terhadap nilai-nilai Barat yang mungkin dibawa bersama dengan pemodenan dan perindustrian yang dialami oleh Malaysia. • Dilema ini ialah contoh konflik cara hidup yang berlaku di antara kumpulan dakwah dengan mereka yang berorientasikan Barat yang berlaku dikalangan masyarakat Melayu kini.

• • • • • • • • • • • • •

Konflik sedemikian tidak berlaku di kalangan masyarakat India dan Cina di negara ini. Ia disebabkan mereka mampu menyesuaikan dan menyatukan pelbagai sistem kepercayaan yang berbeza. Kebudayaan Tradisional orang Cina, dipercayai asas hubungan keluarga yang harmoni adalah bergantung kepada hubungan manusia dan sumber ekonomi yang stabil Sikap ini menyebabkan mereka lebih bermotivasi serta berusaha mencari kekayaan. Kekayaan memperoleh kemoralan sendiri, iaitu yang lebih kaya akan lebih dipercayai berbanding orang yang miskin. Seperti kaum Cina, kaum India tradisional juga bersifat materialistik. Mereka sentiasa berusaha untuk memperoleh harta demi kekayaan dan mendapat darjat yang lebih tinggi dalam kelas sosial. Ini tidak bermakna kedua-dua kaum ini tidak memberi perhatian terhadap nilai sosial dan moral. Walaupun terdapat banyak pembahagian di kalangan orang Cina mengikut agama, kelas, keluarga, dialek, kelompok, komuniti dan kawasan dalam politik atau kesatuan, mereka masih lagi bersatumenerusi kegiatan ekonomi. Begitu juga orang India, walaupun berpecah dalam kelompok kecil mengikut bahasa dan agama serta kelas dan kasta. Mereka ini lebih cerewet dan merupakan punca kegagalan untuk bersatu dalam bidang sosial dan kebudayaan, serta tidak berkesan dari segi politik. Mereka tetap mempunyai nilai kekeluargaan yang tinggi. Kedua masyarakat mempunyai persamaan di sini, iaitu mereka sentiasa mengambil berat akan kebajikan ahli keluarga yang lain.

• • • •

Persamaan antara ketiga-tiga kaum adalah sifat hormat menghormati masih dikekalkan. Nilai murni masih belum runtuh Virus keruntuhan moral di seluruh dunia semakin menular ke Malaysia, dan perlu ditanagani sebelum terlambat. Penegasan dari segi undang-undang diperhebat serta penerapan nilai murni merentasi kurikulum dan mata pelajaran Pendidikan Moral (Pendidikan Islam bagi umat Islam) sebagai mata pelajaran wajib di semua sekolah dilaksanakan. Pemimpin negara juga lantang menegaskan kepentingan nilai murni ini menerusi konsep bersih, cekap dan amanah ke pejabat kerajaan, serta pelancaran nilai-nilai kebangsaan melalui Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional dan Wawasan 2020.

Nilai Agama Dan Kepercayaan
ISLAM - Sabar Agama Islam menyarankan supaya mereka bersabar kerana Allah. Sabar merupakan satu sifat penting untuk mencapai keredhaan Allah. Kesabaran yang diperlihatkan dalam berdoa dan merupakan sifat orang beriman. - Bersyukur Segala sesuatu yang diberikan mewajibkan manusia supaya bersyukur kerana Allah yang telah memberikan rahmat ke atasnya. Rasa bersyukur merupakan ibadah dan juga satu cara untuk melindungi dari penyimpangan. - Boleh Dipercayai Al Quran menggambarkan sifat amanah sebagai salah satu prinsip moral dan jalan menuju kejayaan.

Hinduisme
Terdapat beberapa nilai-nilai murni :2. Dharma – tanggungjawab 3. Ahimsa – kasih sayang 4. Dhruthi – keberanian / ketetapan 5. Kahamaa – bertimbangrasa 6. Damo – mengawal fikiran 7. Stheyam – tidak tamak 8. Showcha – kebersihan 9. Mindriya Nigharam – mengawal perasaan 10. Dheer – membentuk fikiran yang tetap.

Buddhisme
• • • • • Berhubung rapat dengan kehidupan manusia Pada peringkat asas, ia mengajar manusia cara menghadapi keadaan yang baik ataupun sebaliknya. Pada peringkat tinggi, ia mengajar bagaimana melatih oemikiran untuk menghadapi cabaran hidup serta memahami makna hidup yang benar. Menunjukkan cara menamatkan kesengsaraan. Berupaya memperbaiki hubungan dengan keluarga serta masyarakat. Ia tidak mengajar tentang ketuhanan, metafizik atau falsafah. Sebaliknya merupakan pandangan psikologi, etika, nilai atau moral sama ada baik atau betul Matlamat utama adalah untuk mencapai Nirwana. Nirwana bermaksud – konsep pembebasan daripada kelahiran semula. Ia perlu melalui pembebasan daripada penderitaan melalui konsep empat kebenaran mulia (Four Noble Truth).

• • •

Empat Kebenaran Mulia
1. 2. 3. 4. Dukka – penderitaan Samudaya – sebab atau punca yang membawa penderitaan. Nirodha – pemadaman atau penghapusan penderitaan Marga – cara atau jalan penghapusan penderitaan dengan mengambil jalan sederhana atau moderat.

Cara terbaik yang difikirkan Buddha ialah mengambil jalan tengah antara hidup mewah dengan penyeksaan diri. Jalan tengah ini dikenali sebagai Jalan Lapan Lapis Mulia

Jalan Lapan Lapis Mulia
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Pandangan yang Betul (samma-sitthi) Fikiran yang Betul (Samma-sankappa) Pertuturan yang Betul (samma- vaca) Perbuatan yang Betul (samma-kammanta) Pekerjaan yang Betul (samma- ajiva) Usaha yang Betul (samma- vayama) Kesedaran yang Betul (samma-sati) Tumpuan yang Betul (samma-samadhi)

Satu lagi aspek penting dalam ajaran Buddha yang membawa ke arah kesejahteraan ialah Panca Sila.

Panca Sila
1. 2. 3. 4. 5. Menghindari daripada membunuh Tidak mengambil apa yang tidak diberikan Tidak dibenarkan melakukan hubungan kelamin dengan orang lain kecuali isteri/suami sendiri. Menghindari diri daripada berdusta Mengelakkan daripada mengambil makanan dan minuman yang memabukkan.

TAOISME
• • • • • • • Konsep ‘Tao melahirkan yang satu’ bermaksud – Tao ialah suatu yang aktif iaitu sesuatu tindakan adalah bersifat semulajadi dan bukan dipaksa. Perkataan ‘Dua’ dalam konsep ‘Yang Satu melahirkan yang Dua’ – merujuk kepada kuasa kembar yin dan yang. Kuasa yin dan yang ini berlawanan sekali, cthnya. Hitam dan putih, baik dan salah. Yin dan yang bukan kuasa keharminian – sebaliknya kuasa terkunci antara kehidupan dan kematian. Perkataan ‘Yang Dua melahirkan yang Tiga’ – merujuk kepada Syurga, Bumi dan Perikemanusiaan. Tiga elemen serangkai ini ialah bentuk di mana segala makhluk sebenarnya wujud. Penganut mengamalkan Wu-Wei yang bermaksud ‘cara bukan tindakan’ – ia mengamalkan kehidupan yang sederhana, bebas dan tidak dikongkong oleh hawa nafsu. Taoisme mementingkan kemoralan manusia, dimana ia menyatakan bahawa jalan yang benar akan memajukan, manakala jalan yang salah akan membinasakan.

KRISTIAN
Kitab Old Testament – 10 peraturan etika manusia telah diturunkan sebagai wahyu kepada Nabi Isa untuk dijadikan pedoman kepada umat Kristian ketika itu. ’10 Commandments yang disampaikan adalah :3. Jangan ada padamu Tuhan lain dihadapanku. 4. Jangan bagimu apa-apa patung yang menyerupai apa-apa dilangit, bumi atau bawah bimu ini. 5. Jangan menyebut nama Tuhanmu dengan sebarangan 6. Tetaplah ingat dan kuduskanlah Hari Sabath 7. Hormatilah ayah dan ibumu. 8. Jangan membunuh 9. Jangan berzina 10. Jangan mencuri 11. Jangan buat tuduhan palsu 12. Jangan mengingini apa-apa yang dipunyai oleh jiranmu.

Terdapat 3 kitab lama yang menyarankan 3 etika iaitu :1. Keadilan dan kesamaan 2. Kejujuran 3. Membuat baik

SIKHISME
• Kitab suci Guru Granth Sahib yang dipanggil Adi Granth – ditulis dalam bentuk pisi mengandungi ajaran etika dan kerohanian yang boleh diringkaskan dalam tiga bahagian. Keperluan perkembangan insan Perhubungan antara manusia Penyelarasan kewujudan roh yang disifatkan sebagai matlamat terakhir. Penyempurnaan swadiri melibatkan penelitian dalam aspekaspek khand :Dharam Khand Gian Khand Saram Khand Karam Khand Sach Khand

2. 3. 4. • 6. 7. 8. 9. 10.

Terdapat lima aspek yang tidak secara moral iaitu :2. Kam- dorongan nafsu 3. Lobh – tamak 4. Moh – percaya dan menyembah sesuatu yang palsu 5. Krodhi – kemarahan 6. Ahankar - keangkuhan

Dalam Sikhism, keperibadian mulia adalah disenaraikan seperti berikut ;2. Kebijaksanaan atau kearifan 3. Kejujuran 4. Keadilan 5. Kesederhanaan 6. Keberanian 7. Merendah diri 8. Kepuasan diri Kitab suci Sikh dikatakan bahawa Sikhism adalah satu agama yang mementingkan disiplin kehidupan, mengutamakan kesempurnaan, kerohanian dan ketenteraman dalam diri seseorang dan kewajipan sosial.

Animisme Kepercayaan kepada makhluk halus dan roh dipercayai merupakan asas kepercayaan agama yang mula-mula muncul dikalangan manusia primitif. -Gua, pokok atau batu besar dipercayai mempunyai semangat yang mesti dihormati. Masyarakat orang asli di Malaysia masih mengamalkan animisme -Suku Negrito percaya dunia ini didiami pelbagai jenis dewa dan makhluk yang mempunyai kuasa yang dikenali sebagai orang hidup kerana tidak akan mati. -Suku kaum Senoi mempunyai seorang dewata yang maha kuasa dan bermacam-macam bentuk. -Terdapat empat dewata utama -Engku,Karei,Hilok dan Hiwoh.

INSAN BERMORAL Dimensi Kendiri Moral Individu PEMIKIRAN MORAL PERASAAN MORAL
BP5 : NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN NEGARA

BP1: NILAI BERKAITAN DENGAN PERKEMBANGAN DIRI

KESEDARAN HATI NURANI (MORAL CONSCIENCE)
INSAN BERAKHLAK MULIA

TINGKAH LAKU MORAL
BP4 : NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI ALAM SEKITAR

BP2 : NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN KELUARGA

BP3 : NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN MASYARAKAT

Slide 5

BP7 : KEAMANAN & KEHARMONIAN

PEMIKIRAN MORAL PERASAAN MORAL
INSAN BERAKHLAK MULIA

BP1 : PERKEMBANGAN DIRI
KESEDARAN HATI NURANI (MORAL CONSCIENCE)

BP6 : DEMOKRASI TINGKAH LAKU MORAL BP5 : HAK ASASI MANUSIA BP4 : PATRIOTISME

BP2 : KEKELUARGAAN

BP3 : ALAM SEKITAR Slide 5

MODEL INSAN MENYELURUH
Pemikiran Moral “Know the Good” 3. Ajar nilai positif 4. Bina kemahiran menaakul Perasaan Moral “Love the Good” 3. Pupuk sifat empati 4. Galakkan role model positif Tingkah Laku Moral “Do the Good” 3. Galakkan tabiat positif 4. Galakkan sikap bekerjasama 5. Galakkan aktiviti khidmat masyarakat

Slide 6

PEN ER AP AN NILAI DALA M KURI KULUM PEN DIDI KAN DI SEK OLAH RE NDA H/ MEN EN GAH
17 NILAI UTAMA
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Baik Hati Berdikari Hemah Tinggi Hormat Kasih Sayang Keadilan Kebebasan Keberanian Kebersihan Fizikal dan Mental 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Kejujuran Kerajinan Kerjasama Kesederhanaan Kesyukuran Rasional Semangat Bermasyarakat Patriotik

Slide 7

MA TLAM AT PEN DI DIKAN MO RA L MEM BEN TU K INSAN BERA KHLAK MU LI A, BER TAN GGUNG JA WA B DAN BO LE H ME NY UMB AN G KE A RA H KEH AR MO NIAN DAN KE STA BI LA N NEG AR A S ERT A MA SY AR AK AT GLOB AL

ii. Memahami dan menghayati nilai-nilai murni masyarakat Malaysia iii. Meningkatkan amalan budi pekerti mulia iv. Menyedari dan menerima kepentingan tanggungjawab moral dan sosial bagi mengekalkan kesejahteraan hidup dalam perhubungan diri dengan keluarga, masyarakat, negara serta alam sekitar; v. Mengembangkan dan mengaplikasikan pemikiran moral, perasaan moral dan perlakuan moral dalam membuat sesuatu pertimbangan dan keputusan yang selaras dengan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia

OBJEKTIF PENDIDIKAN MORAL SEKOLAH RENDAH

Slide 9

PRINSIP-PRINSIP ASAS KEMORALAN
Altruisme -Berperikemanusiaan berdasarkan belas kasihan,simpati dan mengambil berat tentang kebajikan orang lain. -Tidak mementingkan diri. Keadilan -Kesaksamaan dan menghormati orang lain Autonomi -Meliputi pertimbangan bebas dan kebebasan memilih -Tingkahlaku (walaupun baik) yang guru buat akibat paksaan oleh sesuatu autoriti dominan atau pihak atasan tidak boleh dikategorikan sebagai moral. -contoh;- guru mengikut arahan guru besar

SEKIAN, TERIMA KASIH

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->