You are on page 1of 8

ISU 11 :MEMBIMBING PELAJAR KEARAH PERKEMBANGAN INTELEKTUAL

Menurut kajian yang kami jalankan sebanyak 100% setuju mengatakan bahawa guru
perlu membimbing pelajar kearah perkembangan intelektual mereka. Sebagaimana yang sudah
kita sedia maklum bahawa tugas guru sebagai pendidik bukan sekadar menyampaikan maklumat
berkaitan dengan mata pelajaran yang diajarnya tetapi juga sebagai pembentuk tingkah laku,
sahsiah, sikap, dan nilai pelajar-pelajarnya di samping membimbing palajar kearah keintelektual
sepertimana yang telah dinyatakan di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan seterusnya
dapat merialisasikan matlamat pendidikan Negara iaitu usaha untuk melahirkan warganegara
yang mempunyai sahsiah yang baik, seimbang dan sepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani. Disini guru harus melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan dalam
melahirkan pelajar cemerlang dan sepadu dari pelbagai aspek terutamanya dalam melahirkan
pelajar yang intelek. Dalam memperkembangkan intelektual pelajar, guru perlu mengetahui
pelbagai cara atau teknik dalam pengajaran mereka khususnya dalam melahirkan generasi yana
berintelek. Antaranya adalah dengan berkongsi ilmu pengetahuan guru dan pangalaman dengan
pelajar-pelajarnya, segala ilmu yang ada pada guru perlulah di curahkan sepenuhnya kepada
pelajar-pelajar. Untuk mencapai matlamat ini, guru perlu bersedia dari segi pengetahuan,
kemahiran, pedagogi dan perkara-perkara yang berkaitan dengan pengajaran mereka. Selain itu,
guru perlu mengembangkan kemahiran berfikir pelajar. Disini guru perlu menggunakan pelbagai
pendekatan yang ada untuk meningkatkan kemahiran berfikir pelajar, seperti dengan
menggunakan teori-teori pembelajaran kognitif dan teori-teori pembelajaran konstruktivisme
serta menggunakan pendekatan-pendekatan lain yang sepatutnya digunakan oleh guru mengikut
situasi atau keadaan pelajar. Sebagaimana yang telah di cadangkan oleh ahli-ahli konstruktivis,
kefahaman pelajar mengenai sesuatu maklumat dibina melalui proses penerokaan dan kajian
pelajar mengenai sesuatu konsep dan mereka juga mengaplikasi kemahiran berfikir seperti
menganalisis, mengintegrasi dan membuat refleksi serta membentuk kefahaman baru mengenai
sesuatu konsep dengan mengintegrasi pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru. Dalam
pembelajaran konstruktivisme peranan pelajar adalah aktif dengan menyelesai masalah dan
berfikir secara kritikal. Oleh itu guru perlu membangkitkan kemahiran berfikir pelajar dengan
pelbagai kaedah yang sesuai dengan potensi pelajar. Kebijaksanaan guru dalam mengaplikasikan
teori-teori yang ada dalam pengajaran mereka akan melahirkan pelajar yang cemerlang serta
intelek dari segi JERI( jasmani, emosi, rohani dan intelektual).
ISU 12 : MEMENUHI KEPERLUAN SEMUA PELAJAR

Menurut kepada kajian yang telah kami jalankan 67% setuju bahawa guru perlu
memenuhi keperluan pelajar dengan beralasan bahawa ini akan menarik minat pelajar dalam
pelajaran jika semua keperluan pelajar dipenuhi dan sekaligus proses pengajaran & pembelajaran
(p&p) akan berjalan dengan lancar. Pendapat ini ada benarnya, pelajar akan belajar dengan baik
jika tidak ada masalah yang dihadapi. Jika kita perhatikan kepada pelajar yang berisiko
terutamanya, mereka menghadapi masalah dalam pembelajaran kerana sesetengah keperluan
mereka tidak dipenuhi. Contohnya dalam kelas yang bermasalah @ kelas yang terkebelakang,
guru tidak memberi perhatian dan tidak mengambil berat keatas kelas-kelas ini. Ini merupakan
salah satu penyebab kepada pelajar yang berisiko. Pada pendapat kami, jika perhatian dan kasih
sayang guru diberikan secara adil dan sama rata dengan kelas-kelas lain, insyaallah pelajar
berisiko dapat dikurangkan. Seterusnya akan melancarkan proses p&p dan menghasilkan
pembelajaran yang berkesan. Disamping itu, 33% tidak bersetuju bahawa guru perlu memenuhi
semua keperluan pelajar kerana pada pendapat mereka pelajar akan bergantung sepenuhnya
kepada guru dan tidak mahu berusaha sendiri serta tidak mahu berdikari. Pendapat ini ada
benarnya juga, segala keperluan dipenuhi akan menjadikan pelajar itu malas untuk berfikir serta
mengeluarkan idea atau pendapat mereka sendiri.contohnya dalam subjek matematik, pelajar
perlu mengingati banyak formula-formula, jika pelajar tidak berusaha untuk mengingati
formula-formula tersebut ini akan memberi masalah kepada guru dan kelas berkenaan. Guru
hanya boleh memberi tunjuk ajar sekadar yang guru mampu, ini kerana masa atau tempoh
pengajaran yang diberikan kepada guru adalah terhad. Sukar untuk guru memastikan semua
pelajar-pelajarnya faham kesemua perkara yang diajarnya. Selebihnya pelajar-pelajar tersebut
perlu berusaha sendiri untuk mendapatkan kefahaman yang lebih. Contohnya dengan membuat
banyak latihan yang ada dalam buku teks atau buku kerja tanpa suruhan guru..
ISU 13 : DAPAT PENILAIAN BERDASARKAN PENGAJARAN KITA

Berdasarkan kajian yang kami jalankan 67% setuju para guru perlu mendapat penilaian
berdasarkan pengajaran. Ini penting bagi seorang guru dalam meningkatkan tahap prestasi
pengajaran mereka dan untuk mendapatkan pengajaran berkesan. Pengukuran dan penilaian guru
ini dilihat melalui Model CIPP (context, input, process & product). Walaubagaimanapun,
kebanyakan penilaian mengukur pembolehubah proses dan produk sahaja. Dari sudut produk
misalnya, dengan melihat sama ada objektif-objektif pengajaran tercapai dan samaada bukti
pelajar berjaya menerima pemyampaian guru tersebut. Produk pengajaran boleh dilihat dari segi
pencapaian kognitif pelajar, pencapaian aspek sosio emosi seperti pembinaan esteem kendiri dan
penyamaian nilai-nilai murni. Aspek social diukur dari sudut berjayanya kerja dan aktiviti
pasukan dalam bilik darjah dan samaada pelajar memiliki tertib yang baik. Kesukaran menilai
hasil pengajaran adalah ia mengambil masa yang panjang iaitu beberapa tahun kadangkala
sehingga seseorang pelajar itu menjadi graduan. Di Malaysia, sekolah yang di markatkan sebagai
sekolah dengan keputusan yang terbaik selalunya mengatakan bahawa pasukan guru-guru di
sekolah tersebut berkualiti dan berkesan. Guru-guru tersebut dikatakan komited dan berwawasan,
bekerja kuat, bekerjasama dan memahami keperluan pelajar mereka. Pengukuran dari sudut
proses pula melibatkan tindak tanduk guru semasa pengajaran berlaku. Bagaimanakah guru
berinteraksi dengan pelajarnya dan samaada guru mengambil berat menerangkan sesuatu konsep,
cara guru bertanya untuk menimbulkan pelajar kreatif dan bagaimana guru menjelaskansesuatu
konsep dan fakta dengan menggunakan pelbagai cara. Dalam proses pengajaran juga guru
dulihat samaada berlaku adil dan tidak memperkecilkan pelajar dengan menggunakan istilah
yang kasar seperti ‘bodoh’ ‘pemalas’ dan ‘tidak boleh diharap’. penyelia latihan mengajar juga
mengkaji persekitaran dalam bilik darjah secara keseluruhannya samaada positifmdan
menggalakkan pembelajaran atau bersifat negative yang menimbulkan ketegangan. Oleh kerana
pengajaran bukan samaada dengan pembelajaran (teaching is not equal to learning), maka ada
pendapat yang mengatakan bahawa produk pengajaran tidak melambamgkan pengajaran
berkesan atau guru berkesan. Ini bererti bahawa kejayaan sesuatu pengajaran seperti pencapaian
pelajar mungkin bukan bergantung kepada guru sahaja tetapi bergantung kepada pelbagai factor
yang lain seperti kecerdasan dan minat pelajar dan persekitaran pembelajaran.
Pemarkatan kualiti pengajaran guru juga boleh dibuat oleh klien pengajaran iaitu pelajar-
pelajar sendiri. Ini kerana mereka merupakan stakeholder dimana guru bertanggungjawab.
Terdapat tentangan kepada pelajar untuk menaksir keberkesanan guru mengajar kerana
difikirkan pelajar masih mentah dan tidak berpengalaman atau pelajar sendiri boleh
menunjukkan bias atau berat sebelah dalam memberi market tinggi kepada guru yang paling
popular tetapi tidak berkesan. Walaubagaimanapun pemarkatan pelajar masih boleh diperolehi
bukan untuk menjatuhkan guru tetapi untuk melihat satu pandangan klien yang penting dalam
triangulasi. Dalam membuat penilaian dan pengukuran ada yang mencadangkan penggunaan
pena dan pensil sebagaimana yang di buat oleh ETS (Education Testing Servise di USA).
Pengukuran juga dilakukan dengan melihat prestasi guru seperti menggunakan skala pemerhatian
dimana tingkah laku guru diukur melalui item-item generic yang menunjukkan kecemerlangan
guru. Pengukuran juga di buat dalam bentuk data pencapaian pelajar. Sementara itu, ada juga
yang mencadangkan penggunaan portfolio untuk mendokumentasikan kerja guru dan temubual.
Temubual memberi maklumat yang kaya tentng pemikiran guru dan kefahaman mereka tentang
pengajaran. Penilaian semasa guru melaksanakan pengajaran juga merupakan satu kaedah
penilaian. Guru diperhatikan dalam konteks pengajaran samaada pada peringkat dalam
perkhidmatan atau parperkhidmatan. Walaubagaimanapun, pengukuran yang digunakan ianya
perlu menggambarkan pengetahuan dan kemahiran guru.

Namun 33% tidak bersetuju dengan kenyataan bahawa perlu mendapat penilaian
berdasarkan pengajaran. Ini kerana mereka berpendapat bahawa keikhlasan dan kesungguhan
guru berkhidmat mengatasi segala-galanya.
ISU 14 : MENERIMA RUTIN YANG BERULANG

Berdasarkan kajian yang telah kami lakukan 100% setuju menerima rutin yang berulang.
Sudah menjadi lumrah kehidupan bagi seseorang guru dalam menghadapi kerja atau rutin yang
berulang dalam kehidupan mereka. Profesion perguruan adalah profesion yang boleh dikatakan
satu bidang pengkhususan. Ini kerana setiap mata pelajaran yang diajarkan oleh guru adalah
berdasarkan silibus yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan. Kesan daripada ini akan
menjadikan seseorang guru itu jemu dalam memberikan pengajaran mereka. Tidak di nafikan
bahawa guru jemu atau mengajar sambil lewa kerana mengajar perkara yang sama kepada
pelajar-pelajar. Oleh itu dalam mengatasi masalah ini guru sendiri perlulah menjadikan diri
mereka itu kreatif dalam mempelbagaikan dan memperkembangkan cara atau gaya dan bentuk
pengajaran mereka. Nescaya dengan kepelbagaian ini akan menjadikan guru seronok untuk
mengajar serta dapat menarik minat pelajar untuk belajar. Selain itu, rutin yang berulang ini
akan menjadikan seseorang guru itu mahir dan pakar dalam subjek pengajaran yang diajar
mereka. Kesannya pelajar akan berpuas hati dan seronok untuk belajar, seterusnya akan
mewujudkan satu pengajaran yang berkesan. Secara tidak langsung Falsafah Pendidikan Negara
dapat direalisasikan, yang mana guru yang ingin di lahirkan adalah guru yang berkalibar,
komited walau berbagai cabaran yang d tempuhi dan dilalui.
ISU 15: MEMASTIKAN KELAS DALAM PENGAWASAN

Menurut kajian yang telah kami jalankan menunjukkan bahawa 100% setuju memilih
skala 5 iaitu kawalan kelas sangat penting bagi seseorang guru. Salah satu yang menjadi tanda
aras guru itu berjaya adalah mampu mengawal keadaan kelas terutamanya kelas yang paling
bermasalah. Sebuah bilik darjah boleh di umpamakan sebagai sebuah masyarakat kecil dengan
ahli-ahlinya terdiri daripada guru dan pelajar-pelajarnya. Banyak peristiwa berlaku serentak dan
guru harus pandai mengendalikannya supaya proses P&P dalam bilik darjah menjadi lancar dan
berkesan. Cabaran utama bagi guru ialah untuk menguruskan pembelajaran yang berkesan dalam
bilik darjah. Masalah pengurusan bilik darjah menjadi kritikal dengan pelbagai karenah yang
ditunjukkan oleh pelajar-pelajar yang datang dari pelbagai latar belakang. Masyarakat kecil ini
sebenarnya adalah satu masyarakat majmuk dimana ahli-ahlinya berbeza dari segi personality,
intelektual, kemahiran social dan budaya. Ini memberi implikasi kepada wujudnya keperluan
yang berbeza di kalangan pelajar. Ada juga pelajar yang mungkin lebih bersifat introvert dan ad
pula yang bersifat ekstrovert. Ada juga palajar yang mempunyai kecerdasan intelek yang tinggi
sehingga boleh mencabar kewibawaan guru, dan ada pula yang memerlukan perhatian yang
bersemuka untuk belajar. Kewujudan keperluan yang berbeza ini perlu di tangani oleh guru bagi
menjayakan proses P&P yang dijalankan.

Justeru, salah satu cabaran yang perlu ditangani oleh guru ialah memahami kepelbagaian
pelajar serta keperluan-keperluan mereka yang perlu diambil kira dalam proses P&P. oleh itu,
guru haruslah mempunyai pengetahuan yang mencukupi dalam memahami pelajar-pelajar dan
keperluan-keperluan yang perlu dipenuhi serta mempunyai kemahiran pengurusan bilik darjah
yang baik supaya proses P&P dalam kelas tidak terganggu. Sehubungan dengan itu, guru juga
harus melengkapkan diri dengan pelbagai teknik mengajar bagi memastikan pangajarannya
berkesan. Contohnya dengan menggalakkan penglibatan pelajar. Adalah sangat penting untuk
membangkitkan minat pelajar untuk memberi perhatian kepada pengajaran guru. Oleh itu, untuk
menarik minat pelajar, guru hendaklah menyediakan aktiviti yang boleh melibatkan penyertaan
pelajar. Aktiviti lisan yang boleh di adakan guru seperti aktiviti menyanyi, berlakon, berbincang,
bercerita dan membuat projek. Dari segi aktiviti fizikal pula, guru boleh menjemput pelajar
kehadapan kelas untuk melukis, membuat demonstrasi. Perkara ini turut dipersetujui oleh
Bandura (1986) yang mengatakan bahawa kebolehan guru ubtuk memotivasikan pelajar
memerlukan dia memahami perasaan pelajarnya terhadap dirinya, mengetahui perkara yang
diminati pelajar dan mengenal pasti tugasan yang membolehkan pelajar mencapai pengalaman
berjaya atau ‘sense of achievement’ untuk meninbulkan motivasi mereka dalam pembalajaran.
Selain itu, dalam menjadikan proses P&P cemerlang dan berkesan guru juga harus pandai dalam
menarik minat dan perhatian pelajar.

Data kajian mendapati bahawa terdapat beberapa factor yang saling berkait dan
mempengaruhi iklim bilik darjah dan mewujudkan kelas yang terkawal. Faktor-faktor tersebut
menurut Myers dan Myers (1995) ialah ekologi, milieu, system social, dan budaya. Iklim bilik
darjah yang sihat dan selesa tidak terbentuk begitu sahaja. Iklim yang sihat di bentuk oleh apa
yang guru lakukan dan iklim di pengaruhi secara positif oleh perancangan dan pemikiran guru
yang teliti iaitu teknik pengurusan dan organisasi bilik darjah. Iklim yang di pengaruhi secara
negative atau positif oleh aktiviti harian guru dan pelajar. Factor ekologi ialah aspek-aspek
fizikal bilik darjah termasuklah ruang bilik darjah keseluruhan , hiasan dinding, papan tulis,
peralatan yang sedia ada dan sumber-sumber pembelajaran. Factor milieu ialah perasaan atau
suasana interpersonal ataupun di sebut sebagai morale guru dan pelajar. Factor sistem social
ialah peraturan formal atau tidak formal yang menjadi garis panduan perhubungan interpersonal
di bilik darjah dan sekolah secara amnya. Ini termasuklah perhubungan guru-murid, murid-
murid, pentadbir-guru, guru-ibubapa dan sebagainya. Pemboleh ubah yang penting bagi factor
ini adalah komunikasi guru iaitu kecekapan guru berkomunikasi dengan pelajar-pelajar untuk
menyampaikan maklumat. Factor budaya pula merujuk kepada nilai, system kepercayaan dan
norma-norma yang wujud dalam bilik darjah di sekolah secara keseluruhannya. Pembolehubah
yang termasuk dalam factor ini ialah ekspektasi, komitmen guru, penjelasan matlamat dan
penggunaan pujian, kritikan dan pengajaran.