You are on page 1of 6

1.

Kata sendi adalah kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat. 2. Yang berikut ini adalah panduan tentang penggunaan kata sendi dalam ayat. Kata Sendi Penggunaannya Ayat Contoh akan/ kepada/ untuk menunjukkan 1. Adik sayang akan kucing. terhadap emosi dan sikap 2. Ya Allah, kepadaMu, aku berserah. 3. Dia mengambil berat terhadap pelajaran. 1. Pen itu dibeli untuk anaknya. 2. Jamuan itu bagi guru-guru baru. 1. 2. Mereka baru pulang dari Johor. Dia tidak sedar diri dari pagi tadi.

bagi/untuk

untuk menentukan sesuatu yang dibezakan daripada yang lain untuk menunjukkan tempat dan masa untuk orang, perbandingan, asal kejadian, dan menunjukkan keanggotaan

dari

daripada

1. Pasukan Kedah lebih hebat daripada pasukan Johor. 2. Kuih itu dibuat daripada tepung sagu.

di dengan

3. Anggota pancaragam itu terdiri daripada muridmurid sekolah. untuk tempat Di dalam dompet itu ada wang. untuk menyatakan makna 1. Mak Jah ke klinik dengan anaknya. bersama-lama, bandingan setara, keterangan cara, 2. Dia dapat melepaskan diri dengan bersusah dan penggunaan sesuatu payah. sebagai alat 3. Adik menulis dengan pensel. 4. Markah saya sama dengan markahnya. 1. Dia bekerja hingga malam. 2. Dia berjalan kaki sampai Ipoh. 1. Kereta api menuju ke Padang Besar.

hingga/ sampai ke

untuk menunjukkan peringkat masa, tempat, dan had tertentu untuk tempat dan benda konkrit

kepada oleh

pada

2. Cawan itu terhempas ke batu. untuk menunjukkan orang Kes itu diserahkan kepada pihak polis. atau kata ganti diri untuk menunjukkan 1. Buku itu dibaca oleh Salmi. perlakuan pasif yang berawalan di- dan ter2. Bukit yang tinggi itu terdaki olehnya. untuk menunjukkan masa 1. Kereta api tiba pada pukul lima petang. dan tempat, manusia, binatang, benda abstrak, 2. Novel itu ada pada Rahim. dan benda konkrit tertentu 3. Perkara itu benar pada pandangan saya.

4. Serikaya itu disapukan pada roti. sejak untuk menyatakan makna Dia tidak makan sejak semalam. suatu jangka masa seperti/ untuk menunjukkan 1. Suasana dalam kelas itu bising seperti keadaan persamaan dengan yang di pasar. umpama/bak lain 2. Badannya besar umpama ahli gusti. 3. Hidungnya mancung bak seludang. untuk menyatakan makna Beliau berucap tentang masalah penagihan dadah. mengenai sesuatu

tentang

Sunday, June 20, 2010


HUKUM D - M (Diterangkan - Menerangkan)
Hukum D-M digolongkan dalam Frasa Nama. Kerap kita mendengar orang berkata goreng pisang untuk merujuk kepada frasa nama pisang yang digoreng. Seharusnya bentuk yang betul ialah pisang goreng kerana kita merujuk kata nama pisang sedangkan perkataan goreng merujuk kata kerja goreng dan merupakan penerang bagi perkataan pisang dalam frasa berkenaan. Namun disebabkan kebiasaan pertuturan dan diterima, tambahan pula difahami oleh masyarakat, sesetengah kita menerimanya sebagai betul sedangkan hakikatnya dari sudut tatabahasa pembentukannya adalah salah. Hal yang sama dapat dilihat pada frasa lain-lain hal sedangkan hakikatnya kita merujuk hal bukannya lain-lain. Seharusnya pembetukan frasa berkenaan ialah hal-hal lain kerana hal tersebut yang banyak bukannya lain. Hal ini berpunca daripada kebiasaan sebutan dan sedap bunyi sebutan yang diterima oleh penutur lisan bahasa Melayu kerana pada sesetengah keadaan sebutannya konsisten. Misalnya kita tidak akan menyebut tua kelapa bagi merujuk kelapa yang sudah tua, sebaliknya dalam apa-apa juga keadaan kita akan menyebut kelapa tua bagi merujuk frasa nama berkenaan. Pembentukan Hukum D-M Pada dasarnya, terdapat peraturan tertentu untuk mengatur susunan kedudukan konstituen-konstituen kata nama dalam pembentukan frasa nama. Peraturan-peratran tersebut menentukan perkara yang hadir dahulu dan yang perlu hadir kemudian ataupun selepas konstituen pertama. Hukum D-M tergolong dalam bahagian frasa nama. Pada dasarnya (D) merujuk aspek yang Diterangkan manakala (M) merujuk aspek yang Menerangkan. Menurut hukum tatabahasa, sesuatu perkara yang mahu diterangkan harus dinyatakan dahulu sebelum disusuli perkataan yang menerangkan. Misalnya apabila kita mahu merujuk pisang yang digoreng, seharusnya kita menyatakan pisang sebagai kata nama yang mahu diterangkan barulah disusuli goreng sebagai perkataan yang menerangkan pisang berkenaan. Maka, seharusnya susunan frasanya menjadi pisang goreng bukannya goreng pisang kerana goreng pisang merujuk goreng sebagai perkataan yang mahu diterangkan iaitu kata kerja dan pisang sebagai kata yang menerangkan perkataan goreng. Maka apabila disebut goreng pisang kita seharusnya merujuk frasa kerja (perbuatan menggoreng pisang) bukannya frasa nama. Dengan kata lain, dalam pembentukan hukum D-M, unsur yang Diterangkan merupakan unsur inti yang diletakkan pada kedudukan pertama dan unsur yang Menerangkan merupakan unsur penerang yang diletakkan pada kedudukan kedua. Contohnya: Bil. Unsur Diterangkan (D) Unsur Menerangkan (M) Keterangan Frasa 1 - Kelapa - tua - buah kelapa yang sudah tua

2 - Orang - muda - orang yang masih muda 3 - Guru - sains - guru yang mengajarkan sains 4 - Serbuk - cili - serbuk yang dibuat daripada cili 5 - Sos - tomato - sos yang dibuat daripada tomato 6 - Restoran - Zaini - restoran kepunyaan Zaini 7 - Kedai Buku - Harris - kedai buku kepunyaan Harris 8 - Keledek - goreng - keledek yang telah digoreng 9 - Kacang - rebus - kacang yang sudah direbus 10 - Rendang - daging - rendang yang dibuat daripada daging. 11 - Susu - lembu - susu yang diambil daripada lembu 12 - Lembu - susu - lembu yang mengeluarkan susu Kebanyakan kekeliruan yang timbul dikenal pasti berpunca daripada kebiasaan sebutannya dalam bahasa Inggeris yang struktur pembentukannya berbeza daripada struktur Bahasa Melayu. Misalnya dalam bahasa Inggeris Restoran Yusof disebut sebagai Yusof Restaurant. Hakikatnya dalam bahasa Melayu kita memperkatakan Restoran yang dimiliki oleh Yusof, maka seharusnya kita meletakkan unsur Restoran pada kedudukan pertama sebagai aspek yang Diterangkan barulah diikuti oleh Yusof sebagai unsur yang Menerangkan iaitu yang memiliki restoran berkenaan. Frasa berkenaan seharusnya disebut sebagai Restoran Yusof. Dari sudat makna, jika disebut Yusof Restoran, maka sebenarnya kita merujuk kepada Yusof sebagai restoran. Bukankah perkara ini ganjil kerana Yusof ialah manusia bukannya sebuah restoran. Dalam sesetengah keadaan, terdapat frasa yang boleh disusun secara terbalik tetapi membentuk makna yang berbeza, bergantung kepada unsur yang disebut dahulu. Misalnya frasa nama susu lembu merujuk maksud susu yang diambil daripada lembu. Manakala lembu susu merujuk maksud lembu yang dipelihara untuk tujuan mendapatkan susunya. Maka dari segi ayat haruslah disebut mengikut maksud yang ingin disampaikan. Contohnya; 1. Ahmad minum susu lembu pada setiap pagi. 2. Ahmad memelihara beberapa ekor lembu susu. Ulasan: Ayat 1 merujuk kepada susu. Manakala ayat 2 merujuk kepada lembu yang dipelihara bagi mendapatkan susunya. Maka apabila ayat 1 diubah kepada lembu susu maka dari segi maksud, maknanya agak ganjil kerana tidak mungkin Ahmad minum lembu sedangkan hakikatnya Ahmad minum susu. Manakala ayat 2 pula jika diubah kepada susu lembu juga menimbulkan kekacauan maksud ayat kerana tidak mungkin Ahmad memelihara susu, sedangkan maksud yang tepat ialah Ahmad memelihara lembu. Kekeliruan Hukum D-M Dalam pembentukan frasa nama yang berkaitan dengan Hukum D-M, terdapat beberapa kekeliruan kerana kebiasaan penggunaan yang diterima pakai dalam pertuturan harian sebagai frasa yang betul. Hal ini berpunca daripada pemahaman

masyarakat (masyarakat memahami frasa tersebut) terhadap frasa berkenaan, sedangkan hakikatnya dari segi hukum tatabahasa perkara ini menyalahi hukum pembentukan frasa nama. Antara frasa nama yang kerap menimbulkan kekeliruan ialah; Bil. Bentuk Yang Salah Bentuk Yang Betul 1. - lain-lain hal - hal-hal lain 2. - lain-lain perkara - perkara-perkara lain 3. - lain-lain masalah - masalah-masalah lain 4. - lain-lain kata - kata-kata lain 5. - warung goreng pisang - warung pisang goreng 6. - Adnin Kedai Runcit - Kedai Runcit Adnin 7. - tomato sos - sos tomato 8. - pencuci serbuk - serbuk pencuci 9. - Tan Klinik Gigi - Klinik Gigi Tan 10. - petrolium gas - gas petrolium Semua bentuk di atas bertentangan dengan pembentukan hukum D-M dari segi maksud frasa berkenaan kerana unsur utama (Diterangkan) terletak di belakang unsur yang Menerangkan. Semua bentuk di atas merupakan terjemahan terus mengikut struktur bahasa Inggeris. Posted by Cikgu Andak at 6/20/

. Kata Penguat ialah perkataan yang digunakan untuk menguatkan maksud kata adjektif. 2. Kata penguat boleh hadir sebelum atau selepas kata adjektif. Contoh Paling Agak Sungguh Amat Terlalu Nian Benar Paling 3. Kata penguat seperti agak, pling, dan terlalu diletakkan sebelum kata adjektif. 4. Kata penguat seperti sekali, benar, dan nian diletakkan selepas kata adjektif. 5. Kata penguat seperti sangat, amat, dan sungguh bleh diletakkan sama ada sebelum atau selepas kata adjektif. Contoh 1. Murid yang paling pintar di sekolah ialah Latipah. 2. Pemandangan di tepi pantai itu sungguh indah. 3. Suhu di kawasan kutup amat sejuk. 4. Kereta api itu sangat laju. 5. Kereta itu laju sangat.

You might also like