You are on page 1of 19

1.

PENDAHULUAN

Rumah di Malaysia boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu Rumah Tradisional dan Rumah Moden. Walau bagaimanapun, dalam folio ini saya hanya akan menghuraikan jenis-jenis rumah tradisional sahaja.

2.

RUMAH TRADISIONAL Jenis-jenis rumah tradisional adalah :


y y y y y y y

Rumah Melaka Rumah Minangkabau Rumah Panjang Rumah Bagan Rumah Rakit Rumah Limas Rumah Kutai

Rumah Melayu tradisional adalah sebahagian warisan seni bina Malaysia yang sangat bernilai. Ianya telah direkabentuk dan dibina oleh orang kebanyakan yang menampakkan betapa mahir dan kreatifnya mereka dalam bidang seni bina. Ia memaparkan kebijaksanaan dalam penggunaan dan perluasan ruang mengikut keperluan semasa, mengadaptasi cuaca dan penggunaan bahan binaan. Rumah tradisional Melayu melambangkan cara hidup dan sikap terbuka orang Melayu itu sendiri. Secara amnya, rumah ini diperbuat daripada kayu dan bertiang. Dinding diperbuat daripada kayu atau anyaman buluh dan beratapkan rumbia/ nipah atau kayu. Tingkap-tingkap mendominasi tampak dari segenap sudut pandangan rumah dan memberikan pengaliran udara yang secukupnya kepada rumah. Ruang dalaman mempunyai ruang terbuka yang luas dan mempunyai dinding pemisah yang tersangat minima. Seni bina Melayu adalah kesan daripada pertembungan budaya kaum yang pernah mendominasi rantau ini seperti Bugis, Riau, Jawa, Acheh, Minagkabau, Siam, Cina dan Barat.

3.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMAINKAN PERANAN DALAM REKABENTUK RUMAH TRADISIONAL

3.1

FAKTOR CUACA

Faktor cuaca memainkan peranan dalam rekabentuk asas bangunan. Kekerapan hujan mengakibatkan rekabentuk atap yang lebih cerun dan bertiang untuk mengelak banjir. Kepanasan cuaca juga menyumbang kepada rekabentuk yang lebih terbuka seperti kehadiran tingkap yang banyak, berandah dan tiang itu sendiri memberi laluan angina dibahagian bawah rumah. Tidak cukup dengan itu, lubang angin dibahagian atas tingkap dan bumbung juga telah direka untuk keselesaan secara maksima. 3.2 SUMBER ALAM

Bahan binaan adalah kayu, rotan, akar, buluh, dan dedaun dari sumber hutan terdekat. Kayu menjadi tunjang kepada struktur bangunan, manakala rotan dan akar menjadi pengikat, kayu atau batang pinang menjadi lantai, buluh dan daun rumbia/ nipah menjadi dinding dan atap. 3.3 BUDAYA, AGAMA DAN ADAT RESAM

Budaya dan adat resam juga memainkan peranan yang besar dalam membentuk seni bina rumah Melayu. Misalnya kehadiran Islam telah mempengaruhi orientasi bangunan mengarah ke kiblat. Definisi ruang juga diatur dan diubah aras mengikut kegunaan adat resam bertandang, kenduri dan aktiviti keluarga. 3.4 PENGARUH ASING

Kehadiran penjajah Barat telah memberi alternatif baru kepada teknik seni bina Melayu. Sebagai contoh, zink dan atap genting telah mengambil alih atap rumbia dan kayu, bata dan simen telah mengambil tempat kayu sebagai tiang, tangga dan dinding, paku menggantikan pasak kayu dan akar sebagai penghubung/ pengikat. Pengaruh ini boleh dilihat secara positif dan negatif oleh umum, iaitu pertembungan dua unsur; praktikal dan seni.

4.

JENIS-JENIS SENI BINA RUMAH MELAYU

Terdapat beberapa jenis rekabentuk tradisional dan campuran yang boleh dilihat diseluruh Malaysia. Secara amnya, rekabentuk ini diklasifikasikan mengikut rekabentuk bumbung iaitu; Bumbung Panjang, Bumbung Lima, Bumbung Limas dan Bumbung Perak. Rekabentuk ini boleh dilihat disegenap pelusuk tanahair. Untuk orang kebanyakan, rekabentuk Bumbung Panjang adalah yang paling popular oleh kerana keringkasan rekabentuknya dan penjimatan kos serta masa pembinaan.

5.

RUMAH TRADISIONAL LIMAS DI NEGERI JOHOR

Pelbagai nostalgia silam wujud dalam diri setiap pengunjung yang menjejakkan kaki ke Rumah Limas Johor di Teluk Danga, Johor Bahru, kerana kediaman tradisional itu menyingkap kekayaan seni bina serta warisan budaya kaum Melayu di negeri berkenaan. Pasti kunjungan ke kawasan pelancongan yang terletak kira-kira lapan kilometer dari pusat bandar raya itu tidak lengkap jika tidak meluangkan masa berkunjung ke rumah kayu berkenaan yang menonjolkan ciri-ciri lapan daerah iaitu

Muar, Batu Pahat, Pontian, Johor Bahru, Segamat, Mersing, Kota Tinggi dan Kluang. Perkataan 'limas' sebenarnya merujuk kepada bentuk bumbung kediaman, di mana bumbung limas seperti bentuk piramid, panjang dan lebarnya hampir sama manakala bumbung lain rendah, biasanya tidak lebih dari satu meter tingginya dan tulang bumbungnya pendek. Wakil Pentadbiran Rumah Limas, Catherine Tan, berkata Rumah Limas yang beroperasi kira-kira dua tahun lalu menerima kunjungan dan sambutan di luar jangkaan kerana ia bukan sekadar menjadi replika kediaman masyarakat Melayu sekitar 1950-an, malah pengisian pelbagai aktiviti di lapan rumah itu pasti memberi pengalaman bermakna kunjungan ke situ. Katanya, seni bina setiap rumah di situ juga menonjolkan reka bentuk asal sehingga mampu memukau sesiapa saja yang mengunjunginya. Sebagai contoh, Rumah Limas Muar yang menekankan adat Bugis mempunyai beberapa ruang, termasuk bahagian depan rumah digunakan untuk menyambut tetamu, manakala di puncak bumbung rumah ada sebatang kayu dipanggil 'tunjuk langit'. Rumah Batu Pahat mempunyai ruang lebih luas biarpun seni binanya ringkas, manakala bumbung Rumah Pontian mempunyai rabung panjang dan hujungnya pula dihiasi ukiran kayu.
Rumah Limas Kota Tinggi pula yang kini beroperasi sebagai tempat mencanting batik turut mempunyai reka bentuk unik kerana mempunyai tangga kayu yang tinggi dan bumbung serambi bercorak kerawang menarik. Difahamkan, reka bentuk itu terkenal berikutan beberapa kawasan di sekitar daerah itu mudah dinaiki air banjir sehingga ia menekankan ciri-ciri keselamatan, selain reka bentuk sederhana. Rumah Mersing yang berserambi dan berbumbung panjang dihiasi seni reka ukiran tradisional yang halus, melambangkan kekayaan warisan budaya kaum Melayu.

6.

RUMAH TRADISIONAL MELAKA DI NEGERI MELAKA

Rekabentuk rumah tradisional Melaka dengan bumbung layar dan verandah terbuka serta juga tangga batunya adalah merupakan warisan tradisi yang semakin dihimpit oleh rekabentuk baru dan moden dengan bangunan batu. Namun masih terdapat lagi rumah-rumah dengan rekabentuk ini.. yang juga merupakan tarikan utama pelancung ke Melaka... Sejak dari sekitar 80an lagi bas-bas membawa pwlancung terutama dari luar negeri..kekadang satu hari sehingga sepuluh bas ke beberapa rumah Melaka di jalan Melaka- Muar terutama di Kg. Umbai dan Serkam bagi melihat pemandangan serta rebentuk rumah tradisional ini.... Sememangnya unik!!!!

7.

RUMAH TRADISIONAL MINANGKABAU DI NEGERI SEMBILAN

Pada permulaan abad ke-14, orang-orang Minangkabau mula tiba di Negeri Sembilan melalui Melaka dan sampai ke Rembau. Orang Minangkabau ini lebih bertamadun daripada penduduk asal iaitu, Orang Asli, dan berjaya tinggal secara damai dengan mereka. Dengan itu berlakulah pernikahan antara orang-orang Minangkabau dengan penduduk asli dan daripada keturunan mereka dinamakan suku Biduanda. Suku Biduanda ini adalah pewaris asal Negeri Sembilan dan apabila hendak memilih seorang pemimpin maka hanya mereka dari suku Biduanda inilah yang akan dipilih. Orang-orang Minangkabau yang datang kemudian adalah dari suku kampungkampung asal mereka di Minangkabau. Pada peringkat awal kebanyakan yang tiba adalah dari Tanah Datar dan Payakumbuh.

Dari suku Biduanda inilah asalnya pembesar-pembesar Negeri Sembilan yang dipanggil 'Penghulu' dan kemudiannya 'Undang'. Sebelum wujudnya institusi Yang diPertuan Besar, Negeri Sembilan berada di bawah naungan kerajaan Melayu Johor. Perkataan Minangkabau merupakan gabungan dua perkataan, iaitu, minang yang bermaksud "menang" dan kabau untuk "kerbau". Menurut lagenda, nama ini diperolehi daripada peristiwa perselisihan di antara kerajaan Minangkabau dengan seorang putera dari Jawa yang meminta pengakuan kekuasaan di Melayu. Untuk mengelakkan diri mereka daripada berperang, rakyat Minangkabau mencadangkan pertandingan adu kerbau di antara kedua pihak. Putera tersebut setuju dan menonjolkan seekor kerbau yang besar dan ganas. Rakyat setempat pula hanya menonjolkan seekor anak kerbau yang lapar tetapi dengan tanduk yang telah ditajamkan. Semasa peraduan, si anak kerbau yang kelaparan dengan tidak sengaja merodok tanduknya di perut kerbau itu kerana ingin mencari puting susu untuk meghilangkan kelaparannya. Kerbau yang ganas itu mati dan rakyat tempatan berjaya menyelesaikan pergelutan tanah dengan cara yang aman. Bumbung rumah adat Minangkabau yang dipanggil Rumah Gadang, (Rumah Besar) memiliki rupa bentuk yang unik kerana ia menyerupai tanduk kerbau.Terdapat juga prinsip-prinsip tertentu dalam pembinaan rumah adat Minangkabau[ Negeri Sembilan mempamerkan secara keseluruhan reka bentuk bumbung panjang yang bersifat Minangkabau. Ia mempunyai sifat reka bentuk atap yang bertingkat yang dialas daun rumbia. Rumah ini mempunyai serambi hadapan dan anjung yang meneduhkan tangga utama kemasukan ke Rumah Ibu melalui Serambi. Serambi dihiasi ukiran kerawang yang bercorak silang-menyilang. Rekaan tangga adalah ringkas. Tangga diikat atau dimatikan dengan rekaan kekunci dipapan yang menarik seperti yang boleh dilihat di dalam gambar. Rumah ini dihiasi ukiran kayu yang banyak di sekeliling rumah, lebih-lebih lagi di sekitar Serambi hadapan rumah. Ukiran adalah bermotifkan silang dan bunga yang agak bersifat grafik. Bahagian anjung, serambi dan rumah ibu mempunyai aras yang berbeza. Rumah ibu mempunyai ruang yang terluas dan tertinggi. Terdapat bilik di rumah ibu dan tangga menghala ke loteng. Loteng ini mengambil lebihan ketinggian dan tingkat atap yang diberi ruang oleh struktur rumah ini.

Rumah ibu bersifat terbuka dan disambung ke rumah dapur melalui pintu yang menghala ke selang. Selang tidak berdinding dan merupakan pelantar kepada sebahagian fungsi dapur. Ianya berperanan sebagai ruang bersembang untuk kaum wanita. Rumah Negeri Sembilan ini memaparkan seni kraf kayu yang menyeluruh hingga sampai ke rumah dapur. Paras tingkapnya adalah sangat rendah, iaitu direka untuk paras orang duduk dan bukannya berdiri.

8.

RUMAH TRADISIONAL KUTAI DI NEGERI PERAK

Rumah ini adalah dari jenis bumbung panjang. Keistimewaan reka bentuknya adalah kerana ia lebih etnik dan ringkas. Reka bentuk ini juga dikenali sebagai rumah kutai. Rumah ini masih terdapat di negeri Perak dan telah berusia lebih 100 tahun. Antaranya di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar, Kampung Kota Lama Kanan dan Kampung Bota Kanan, Parit. Rumah ini menggunakan sepenuhnya bahan binaan semula jadi yang terdapat di sekeliling kampung. Struktur asas adalah kayu keras manakala atap dibuat dari daun rumbia dan dinding pelupuh dari anyaman buluh atau rotan. Rumah ini mempunyai bumbung yang agak tinggi, tetapi terdapat sedikit keunikan dari segi keterbukaan rumah ini. Ia seolah-olah tidak mempunyai

pengudaraan yang baik dan mencukupi. Dinding rumah mencapai ke paras rabung atap tanpa diselangi kerawang atau seumpamanya. Ini disebabkan dinding itu sendiri tembus angin, maka ianya tidak perlu hiasan kerawang dan sikap rendah diri penghuni rumah ini. Keringkasan reka bentuk menunjukkan yang rumah kutai adalah untuk orang biasa berbanding rekaan lain yang lebih moden dan canggih seperti bumbung limas dan bumbung Perak. Rumah ini menyaksikan beberapa unsur seni struktur yang agak menarik, ringkas dan mempunyai fungsinya tersendiri. Rumah ibu dipisahkan dari rumah dapur dengan selang yang terbuka. Rumah ibu mempunyai tingkap menghala ke rumah dapur. Di penghujung rumah dapur terdapat pelantar untuk kegunaan penyediaan makanan atau ruang letak untuk hasil dari kebun dan sungai. Rumah ini mempunyai beberapa unsur seni struktur yang agak menarik, ringkas dan mempunyai fungsinya tersendiri.

9.

RUMAH PANJANG ORANG ASLI DI SABAH DAN SARAWAK

Jenis rumah panjang orang asli Malaysia Timur biasanya mempunyai bilik-bilik tambahan. Di sebelah depannya ialah serambi dan di sebelah belakangnya pula ialah bahagian dapur. Rumah panjang itu didirikan dengan bertiang tinggi supaya ia tidak terjejas oleh air bah (banjir). Pada zaman dahulu, ini juga merupakan satu cara untuk

melindungkan rumah daripada diserang oleh musuh. Untuk masuk ke rumah itu, seseorang terpaksa menaikinya melalui tangga-tangga yang dibuat dari batang kayu. Pada 9 Oktober 2009, kerajaan negeri Sarawak berhasrat memberi nilai dan gaya baru kepada rumah panjang Sarawak tanpa mengorbankan ciri-ciri unik rumah panjang.Menteri Perumahan negeri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg menyatakan seminar rumah panjang diadakan bagi mendapatkan pelbagai input daripada pemimpin masyarakat Iban, Bidayuh dan Orang Ulu . Hak milik strata bagi setiap bilik akan dikeluarkan dan dengan itu dapat digunakan sebagai cagaran apabila memohon pinjaman. Insuran rumah juga dapat dikeluarkan demi keselamatan rumah. Biasanya rumah panjang mempunyai 10 dan 20 bilik . Setiap rumah panjang mempunyai "ruai" iaitu ruang bilik bersama yang terletak di bahagian hadapan rumah itu di mana kebanyakkkan aktiviti diadakan di tempat itu. Arkitek daripada kaum Iban akan memastikan tidak menghapuskan hak "tuai rumah" yang menjadi ketua bagi setiap rumah panjang. Hak pentadbiran mereka akan dikekalkan. Di kampung tradisional Melayu , ketua kampung menjadi penghulu bagi kampung berkenaan.Reka bentuk baru itu mungkin sama seperti konsep sebuah lot kedai dengan kaki limanya tetapi masih mengekalkan reka bentuk rumah panjang

LAMPIRAN CONTOH-CONTOH RUMAH TRADISIONAL DI DALAM DAN LUAR NEGARA

RUMAH KUTAI

RUMAH KUTAI

RUMAH MINANGKABAU

RUMAH INGGERIS

RUMAH JAWA

RUMAH MESIR

IGLU

RUMAH KANADA

RUMAH AFRIKA

ISI KANDUNGAN

BIL

KANDUNGAN

MUKA SURAT

BIODATA DIRI

NAMA

: AMERUDDIN BIN AZHAR

TARIKH LAHIR : 21 APRIL 2000 TEMPAT LAHIR : MUAR, JOHOR TAHUN SEKOLAH CITA-CITA HOBI : 4 MELOR : SK BUKIT CHINA : PEGAWAI POLIS : MENONTON PERLAWANAN BOLA SEPAK

PENGHARGAAN Assalamualaikum terlebih dahulu saya mengucapkan syukur kepada ALLAH kerana akhirnya saya dapat menyiapkan folio Kajian Tempatan Tahun 4. Terima kasih saya ucapan kepada ibu saya, Puan Siti Haszrah binti Turemen kerana memberi tunjuk ajar dan membantu saya mencari bahan-bahan di internet. Terima kasih juga kepada Puan Noriza binti Hashim selaku guru Kajian Tempatan Tahun 4 yang juga banyak membantu saya. Tidak lupa kepada ayah saya, Encik Azhar bin Marzuke dan rakan-rakan Tahun 4 Melor. Sepanjang menyiapkan tugasan ini saya menghadapi masalah mencari bahan di internet kerana saya tidak mahir menggunakan komputer untuk tujuan mencari bahan. Dengan bantuan ibu saya, akhirnya saya berjaya mengumpul bahan yang dikehendaki. Nasihat saya kepada rakan-rakan, belajarlah melayari internet bagi mencari bahan-bahan yang berfaedah untuk tujuan pembelajaran. Sekian, terima kasih.

RUJUKAN

 Buku Teks Kajian Tempatan Tahun 4  Huraian Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan Tahun 4  malaysiana.pnm.my/senibina/.../intro.html  id.wikipedia.org/wiki/Kategori:Rumah_tradisio nal  kajiantempatan-hamzah.blogspot.com/.../jenisjenis-rumah-negara-malaysia.html

FOLIO KAJIAN TEMPATAN TAHUN 4 TAJUK Rumah-rumah Tradisional NAMA Ameruddin bin Azhar TAHUN 4 Melor NAMA GURU Pn Noriza binti Hashim

You might also like