Edisi 5 - 16 MEI 2011

MINDA PENGETUA
Idea Menjana Kecemerlangan

“Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara”
Pemilihan tema Hari Guru tahun
ini iaitu “Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara” pada hemat saya adalah amat bertepatan dengan peranan guru sebagai penggerak utama proses transformasi pendidikan, yang menjadi penentu kepada kejayaan transformasi negara kita. Sentuhan keramat guru telah melahirkan ramai cendakiawan, golongan profesional, usahawan, peniaga dan seluruh warga pekerja yang telah memberi sumbangan besar kepada pembangunan dan kemajuan negara kita selama ini. Maka, pada saat negara kita sedang berada di ambang peralihan daripada sebuah negara membangun kepada sebuah negara maju berpendapatan tinggi, peranan guru menjadi lebih penting lagi. Di pundak guru-guru letaknya harapan kita semua untuk melihat kualiti pendidikan negara melonjak ke tahap yang terbaik, dan dengan itu memastikan sistem pendidikan negara kita dapat melahirkan modal insan yang berkualiti untuk memacu transformasi negara ke tahap yang lebih tinggi. Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa seluruh harapan dan citacita rakyat untuk menjayakan proses transformasi negara dipertaruhkan kepada saudara dan saudari yang bergelar guru. Lebih membanggakan kita, jasa guru untuk melonjakkan kecemerlangan pendidikan tidak mengenal batasan geografi. Guru-guru di pedalaman pun berupaya untuk melonjakkan prestasi sekolah. Ini dibuktikan misalnya dengan kejayaan SK Ulu Lubai, sebuah sekolah di kawasan pedalaman Sarawak, mendapat pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi pada tahun ini. Di samping itu, inisiatif Tawaran Baru juga telah menunjukkan hasil yang amat positif apabila guru-guru daripada 1,400 buah sekolah telah berjaya melepasi sasaran prestasi yang ditetapkan untuk sekolah masingmasing, dan dengan itu layak untuk menerima bayaran insentif di atas perkhidmatan mereka yang cemerlang. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan pelbagai inisiatif di bawah empat sub -NKRA pendidikan. Alhamdulillah, segala perit jerih guru-guru sekalian telah membuahkan hasil apabila Kementerian Pelajaran mendapat markah tertinggi dalam pencapaian KPI bagi tahun 2010. Sungguhpun jasa dan bakti guru sukar untuk dibalas, namun sebagai imbalan yang wajar kepada jasa-jasa guru, kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada usaha untuk memartabatkan profesion keguruan. Dalam hubungan ini, pelbagai program latihan dalam perkhidmatan telah dilaksanakan oleh Kementerian untuk meningkatkan profesionalisme keguruan. Ini termasuklah program pensiswazahan guru yang mensasarkan bilangan guru siswazah sebanyak 60 peratus di sekolah rendah dan 90 peratus di sekolah menengah menjelang tahun 2015. Usaha memartabat profesyen keguruan adalah satu proses yang berterusan. Untuk itu, kerajaan sentiasa berusaha untuk menyediakan pelbagai bentuk insentif kepada guru-guru dan menambahbaik keseluruhan perkhidmatan pendidikan dari masa ke semasa. Pihak Kementerian juga akan terus mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam untuk menyelesaikan beberapa perkara berkaitan dengan perjawatan guru yang telah dibawa kepada perhatian Kementerian sebelum ini. Pihak Kementerian juga akan mempergiatkan program pensiswazahan guru untuk memartabatkan profesyen keguruan di samping memastikan semua guru dapat menikmati pelbagai faedah yang disediakan untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah. Selain itu, dalam usaha kita untuk menjayakan agenda pendidikan negara, peranan ibubapa tidak kurang pentingnya. Malah, ibubapa adalah insan yang paling penting dalam menentukan kecemerlangan pendidikan anakanak. Justeru, saya juga ingin mengajak ibubapa supaya menjadikan sekolah sebagai milik masyarakat. Ibubapa boleh memberikan sumbangan secara langsung kepada sekolah melalui pelbagai kegiatan sukarela yang dapat membantu melonjakkan prestasi sekolah. Dalam hubungan ini, Persatuan Ibubapa dan Guru boleh memainkan peranan yang proaktif dalam menggalakkan ibubapa untuk menyumbang secara langsung kepada pembangunan sekolah, yang pastinya akan membantu anak-anak untuk meningkatkan pencapaian dalam pendidikan. Dengan amanah besar ini, guru-guru menduduki satu darjat yang paling dimuliakan dalam masyarakat. Bak kata pujangga: Dialah pemberi paling setia Tiap akar ilmu miliknya Pelita dan lampu segala Untuk manusia sebelum jadi dewasa. Dialah ibu dialah bapa juga sahabat Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
- Sedutan Ucapan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin,

SELAMAT HARI GURU 2011

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu. Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan. Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh. Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan. Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia. Merah : Menunjukkan keteguhan semangat. Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.

Di dalam……..
Gambar Sambutan Hari Guru Sekolah Kluster Kecemerlangan Aktiviti Silang Budaya 3 Sebab Perlu Jadi Kreatif Ulasan Buku : Haluan Kerja Pendidikan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) 2 3 3 4 4

Timbalan Perdana Menteri dalam Majis Perayaan Hari Guru Kebangsaan 2011 di Kuching Sarawak.

Kemahiran Insaniah One Minute Manager

4 4

MINDA PENGETUA diterbitkan untuk edaran dalaman sahaja. Kandungan, susun letak, suntingan dan grafik oleh En. Azman Adnan

HALAMAN 2

MIN D A PEN GET UA

Gambar sekitar Sambutan Hari Guru 2011 dan Majlis Hari Ulang Tahun Mega Guru & Staf SMK Bandar Putra Tahun 2011. Happy Teachers Day and Happy Birthday - 16 MEI 2011

MINDA PENGETUA diterbitkan untuk edaran dalaman sahaja. Kandungan, susun letak, suntingan dan grafik oleh En. Azman Adnan

ED ISI 4 /2011

HALAMAN 3

Pemantauan Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) fasa 5 - SMKBP Dicalonkan
SMK
Bandar Putra telah terpilih untuk Pencalonan Anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan KPM Fasa ke5. Proses pemantauan dan verifikasi untuk tujuan pencalonan ini telak dilakukan oleh 5 orang panel dari Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) pada 18 MEI 2011 yang lalu. Sekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya. SMK Bandar Putra telah memilih subjek Bahasa Melayu dan Sains sebagai kebitaraan akademik dan permainan catur serta robotik sebagai kebitaraan kokurikulumnya.

Gambar sekitar proses pemantauan SKK oleh 4 orang pegawai daripada Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) Kementerian Pelajaran Malaysia

„Terdapat orang besar yang menyebabkan setiap orang berasa kecil apabila berdampingan dengannya. Namun orang besar yang tulen ialah orang yang menyebabkan orang lain berasa besar apabila berada bersamanya.‟ PEPATAH CHINA

Keratan Akhbar : Aktiviti Silang Budaya di SMK Bandar Putra
Dr A’Azmi Sahri, Pengarah
bernilai RM65,000.00 yang akan diserahkan secara berperingkat. Adalah diharapkan sumbangan buku ini akan dapat memberi manfaat besar kepada semua pelajar sekolah ini. Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada beliau atas sumbangan berkenaan. Dalam ucapannya beliau

„First comes thought, then the organization of that thought into ideas and plans; then transformation of those plans into reality.‟- NAPOLEON HILL (1883-1970)

Majlis Buku Kebangsaan dalam ucapan perasmiannya dalam Majlis Graduasi SMK Bandar Putra kali ke-5 telah mengumumkan sumbangan buku kepada perpustakaan sekolah ini berjumlah 620 naskah yang telah diserahkan pada 15 Mac 2011 yang lalu dan sumbangan buku seterusnya

turut menegaskan bahawa kejayaan murid antaranya adalah atas faktor menjadikan budaya membaca sebagai amalan terbaik dalam hidup. Beliau mengharapkan perpustakaan sekolah dapat di manfaatkan sebagai jantung ilmu yang menjadi sumber murid menggakses apa juga ilmu dan pengetahuan.

Dr A’Azmi menyampaikan sumbangan buku daripada MBK kepada En. Azman di pejabatnya di Cyberjaya.

MINDA PENGETUA diterbitkan untuk edaran dalaman sahaja. Kandungan, susun letak, suntingan dan grafik oleh En. Azman Adnan

HALAMAN 4

3 Sebab Kita Perlu Jadi Kreatif
Saya baru habis membaca buku “Bebaskan Kreativiti Anda” tulisan Yew Kam Keong yang diberi oleh seorang rakan. Buku ini banyak mencabar kita untuk memikirkan sesuatu yang tidak kita terfikir. Bagi YKK setiap produk dan proses baru berpunca dari minda manusia. Ciptaan sosial juga berasal daripada minda. Barangan yang berkualiti atau perkhidmatan yang lebih baik akan menyumbang kepada membina kehidupan yang lebih. Menurut Napoleon Hill, semua pencapaian manusia bermula dengan satu idea. Kita semua dikatakan dilahirkan kreatif. Cuma ianya berbeza mengikut tahap mana kita mampu mengembangkan potensi kreativiti kita. Ada 3 sebab mengapa kita perlu menjadi kreatif. 1. Untuk mencari kebahagian dan kegembiraan Setiap manusia akan berasa lebih gembira dan bahagia dalam kehidupannya jika kita dapat menggunakan kuasa kreativiti kita. Semakin kita kreatif semakin lengkap diri kita. Semasa zaman kita kanak-kanak, itulah antara tahap kita paling kreatif. Pada tahap itu kita berasa paling bahagia. Bagi kanakkanak kampung kreativiti bermain menggunakan faktor alam satu ketika dulu merupakan sesuatu yang menyeronokkan/membahagiakan. Contoh bagaimana orang yang berjaya mewujudkan kebahagiaan melalui kreativiti ialah Walt Disney yang berjaya membawa kebahagiaan dan kegembiraan kepada berjuta-juta manusia pada hari ini melalui ciptaannya seperti Mickey Mouse dan Donald Duck dan taman-taman temanya Disneyland dan Disneyworld. 2. Untuk tujuan kesinambungan hidup dan kemajuan Manusia berjaya meneruskan kesinambungan hidup walaupun sentiasa diancam kepupusan kerana satu sebab iaitu kreativiti. Kita adalah satu-satunya makhluk hidup yang dapat mengubah keadaan sekeliling melalui teknologi. Tanpa kreativiti, tidak mungkin ada teknologi. Kita berjaya maju sejauh ini disebabkan oleh penggunaan kreativiti melalui teknologi. Dalam program televisyen popular McGyver satu ketika dulu, heronya selalu berjaya melepaskan diri daripada keadaan yang bahaya dengan menggunakan daya kreativitinya.. Dia selalu berjaya menyelamatkan diri dengan menggunakan apa sahaja benda yang ada padanya lalu dimanipulasikan secara kreatif. 3. Untuk penghasilan kekayaan Manusia juga menggunakan kreativiti untuk menghasilkan kekayaan ekonomi. Contoh mudah perisian komputan yang dijual dalam bentuk cakera padat kalau dinilai dari segi kos CD mungkin hanya bernilai RM1 sahaja tetapi perisian yang terdapat didalamnya mungkin bernilai ratusan atau ribuan ringgit. Kos bahan mentah tak penting tetapi yang penting dan mahal ialah kandungan software yang berasal dari kreatviti seseorang. Itulah sebabnya Bill Gates berjaya menjadi manusia yang terkaya di dunia kerana menjual imaginasi perisian microsoftnya. Kebanyakan empayar perniagaan adalah dibina berdasarkan satu konsep kreatif. General Motors (GM) satu ketika dulu menjadi syarikat korporat terbesar dunia kerana memperkenalkan konsep bayaran secara ansuran untuk membeli kereta. Syarikat CNN menjadi rangkaian siaran TV popular kerana memperkenalkan konsep berita 24 jam dan syarikat penghantaran FeedEx mendapat keuntungan dengan memperkenalkan konsep penghantaran semalaman yang inovatif. Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad pernah menyebut, “aset terbesar atau paling bernilai bagi sesebuah negara ialahkreativiti penduduknya.” Ringkasnya kreativiti walaupun kecil sifatnya mampu memberi penambahbaikan kepada organisasi atau masyakat kita di mana kita berada.

Haluan Kerja Pendidikan mengandungi
idea inovatif Dato‟ Abd. Ghafar bin Mahmod sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) untuk menjana dan menggembleng semua resos professional pendidikan khususnya golongan pendidik, bagi menjulang idea besar dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan impian Wawasan 2020 serta agenda operasional 1Malaysia. Tulisan beliau turut mempamerkan kepada masyarakat bahawa penyumbang terbesar dan terbaik kepada agenda transformasi negara ialah kaum pendidik dan jentera pendidikan kebangsaan. Buku Haluan Kerja Pendidikan secara keseluruhannya bukanlah catatan impian atau sekadar tulisan retorik Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Sebaliknya Haluan Kerja Pendidikan mengemukakan kerangka tindakan responsif terhadap fenomena baharu sejagat, acuan untuk menempa juara perubahan, resepi bekerja aras cemerlang, program untuk menterjemah agenda „rakyat didahulukan‟, dan inovasi pengajaran dan pembelajaran untuk melaksanakan agenda „pencapaian diutamakan‟. Bab 1 disajikan dengan 3 hala tuju pendidikan 2010-2012 berdasarkan ucapan YAB Timbalan Perdana Menteri iaitu merealisasikan matlamat asas pendidikan membentuk sahsiah insan, merealisasikan hasrat membentuk modal insane dan merealisasikan asirasi 1Malaysia di samping ingatan beliau terhadap golongan pendidik tentang cabaran daya saing dalam menjana modal insan, membantu Negara dalam ekonomi berpendapatan tinggi dan menjamin soal kelestarian jati diri bangsa Malaysia. Bab ke-2, beliau menggarap misi jentera pendidikan di segenap peringkat – KPM, IAB, IPG, JPN, PPD, sekolah dan lain-lain untuk merealisasikan falsafah “1Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” sebagai hala tuju dan perancangan baharu kerajaan untuk menjayakan wawasan 2020. Dalam bab 3 belau menggariskan 4 karaktor pendidik untuk menjuarai perubahan – peka persekitaran yang berubah, tidak puas dengan tahap pencapaian dan keberhasilan, karaktor paradigm breaker, peneroka penyelesaian baharu terhadap isu-isu yang mendatangkan kekusutan pekerjaan dan profesyen dan sentiasa menjadi juara perubahan iaitu sentiasa belajar, berusaha menguasai pengetahuan, mengintai peluang, menyediakan diri mahami dan mencerna idea baru. Sehubungan itu beliau telah membentangkan Prinsip Kerja X-PLUS : “Inilah prinsip kerja kaum profesional era GTP dan ETP: memaksimumkan impak penyampaian perkhidmatan dalam bentuk keberhasilan kerja aras cemerlang (excellence), berteraskan pengetahuan, latihan, usaha dan semangat sepasukan. Prinsip PLUS.” (Muka surat 43.) kerja X-

ULASAN BUKU

Pengarang : Dato’ Abd. Ghaffar bin Mahmud Penerbit : MBK Tahun : 2011

buku ini Dato‟ Abd Ghaffar mengajak dan merangsang daya juang golongan pendidik sebagai barisan depan menggalas tanggungjawab transformasi negara menerusi mekanisma pendidikan. Dalam bab keempat beliau turut menggariskan 4 pendekatan untuk mengangkat profesionalisme kaum guru iaitu melalui watak profesional guru, professional guru mengajak murid berfikir, professional guru belajar sepanjang hayat dan ketua guru/pengetua dan guru besar yang berkelayakan dan terlatih. Dato‟ Abd. Ghafar menamatkan catatan gagasan pemikiran Haluan Kerja Pendidikan dengan ungkapan yang mengandungi pesanan yang cukup mendalam terhadap warga pendidik seperti di bawah : “Sesungguhnya kerja besar menterjemahkan agenda besar transformasi negara ini bukan alang kepalang beratnya dan bukan calang-calang orang mampu menyempurnakannya. Justeru kerja pendidikan ini melibatkan jutaan murid yang berlainan paras rupa dan berbeza usia, jutaan ibu bapa yang berlainan cita rasa, ribuan cendekiawan yang bijak bermain bahasa dan ribuan orang yang pandai berkatakata, maka guru, pengurus guru dan ketua guru hendaklah sentiasa menjaga air muka, mengawal amarah rasa, menyantunkan kata bicara, dan sentiasa bersabar dalam kerja usaha.” (hlm 124) Kesimpulannya, buku ini amat menarik untuk dibaca oleh semua golongan guru dan kandungannya memerlukan kita berfikir aras tinggi dan penghayatan serta tindak ikut operasional di segenap peringkat berdasarkan kapasiti di mana kita berada untuk membantu kerajaan menjayakan aspirasi dan idea besar yang digariskan sebelum ini. Lebih menarik dalam buku ini menerusi prakatanya Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Dato‟ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin telah memberi ulasan tentang buku ini iaitu : “Inilah inti pati gagasan pemikiran dan tekad bekerja Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dato‟ Abd. Ghafar Mahmud, yang dibentangkan dalam buku Haluan Kerja Pendidikan – Merealisasikan Agenda Transformasi Negara. Gagasan pemikiran bagi menyatukan tumpuan dan tujahan warga profesional Kementerian Pelajaran Malaysia supaya berupaya bangun sederap dan bergerak seiringan dengan agenda besar transformasi negara menerusi pembinaan tunas modal insan berpengetahuan aras tinggi, berpemikiran aras kreatif, berkemahiran aras inovatif, berjiwa patriotik dan bersahsiah mulia.”
Ulasan buku oleh Azman Adnan (MEI 2011) Sumber : http://azman2020.blogspot.com

Beliau seterusnya mengajak kaum guru merealisasikan gagasan 1Malaysia menerusi GTP, kepimpinan berwawasan, mengupayakan modal insan, membudayakan inovasi, dan mencegah sindrom kompetensi terbiar. Jelas dalam