KESATUAN

Pengenalan 1. kesatuan pada sesebuah rekaan itu tercapai apabila kesemua unsur-unsur di dalamnya menjadi satu idea atau pun tema yang menyeluruh. 2. Sekiranya terdapat satu atau lebih bahagian rekaan atau corak yang bercanggah dengan bahagian lain, maka gubahan itu tidak akan mempunyai kesatuan. 3. Sesebuah karya seni yang baik tidak dapat mencetuskan keunikan dan keindahan dengan hanya menggunakan satu elemen seni tetapi perlu disokong dengan elemen lain.

Kesatuan Pada Alam Semula Jadi 1. Pelbagai jenis tumbuhan dan serangga mewarnai dunia ini. Ia mewujudkan kesan kesatuan yang indah, menarik dan ceria. 2. Ia terhasil melalui warna yang sama, jenis yang sama, tema yang sama dan rupa bentuk yang sama.

Kesatuan Pada Benda Buatan Manusia 1. Kesatuan wujud apabila rekaan itu mempunyai tema yang sama seperti set hiasan ruang tamu, set kusyen dll. 2. Kesatuan pada barang kraf pula wujud melalui penggunaan bahan yang sama atau motif yang diulang adalah sama.

Kesatuan Dalam Karya Seni Visual 1. Penghasilan kesan kesatuan dalam karya seni visual akan menjadikan karya lebih lengkap, teratur dan sempurna. 2. Ia terhasil melalui penggunaan tema yang sama dan berhubungan bahan dengan alat adalah berkaitan dalam catan. 3. Dalam seni cetak pula garisan dan rupa yang dipaparkan adalah hampir sama dan berulangulang.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful