You are on page 1of 10

Penggunaan Model Konstruktivisme Dalam Matapelajaran Sains Pertanian

Rizawati Ab Halim Fakulti Seni dan Muzik, UPSI, Tanjong Malim, Malaysia

ABSTRAK Kajian ini dijalankan adalah bertujuan mengenalpasti pengaplikasian Konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains Pertanian di sekolah. Tumpuan kajian adalah kepada 5 (lima) aspek yang dinyatakan dalam Model Konstruktivisme 5-Fasa Needham. Fasa-fasa tersebut adalah fasa orientasi, fasa pencetusan idea, fasa penstrukturan semula idea, fasa penggunaan idea dan fasa renungan kembali. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah pemerhatian. Kata kunci : konstruktivisme, 5-Fasa Needham

ABSTRACT This study was carried out to identify the status of the implementation of the constructivism concept of teaching and learning process in Sains Pertanian at school. This study is focused on 5 (five) aspects according to Needham`s 5-Phase Constructivisme Model. The phases are orientation, idea initiation, idea restructure, idea usage and reflection. Keywords : constructivism, Needhams 5-Phase

PENDAHULUAN Keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran amat bergantung kepada kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan. Menurut Rashidi dan Abdul Razak (1995), guru perlulah memilih dan menggunakan kaedahkaedah yang paling sesuai bagi membantu pelajar-pelajar dan dirinya sendiri bagi mencapai objektif pengajaran yang dirancangkan. Menurut Esah Sulaiman (2003), pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh digunakan seperti pendekatan berpusatkan guru, pendekatan berpusatkan pelajar dan pendekatan berpusatkan bahan. Pemilihan dan perancangan guru dalam menentukan pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti dalam sesuatu pengajaran untuk mencapai objektif adalah yang dikatakan strategi pengajaran. Menurut Huraian Sukatan Pelajaran Sains Pertanian dalam Sekolah Menengah Atas Tingkatan 4 dan 5 antara strategi pengajaran dan pembelajaran Sains Pertanian yang dicadangkan oleh KPM adalah pemikiran analitikal, pemikiran lateral, lawatan dan rujukan ilmiah. Selain itu, tunjuk cara juga mesti dilakukan di mana guru perlu mendemonstrasi kepada pelajar cara yang betul dan selamat dalam penggunaan pelbagai alat perladangan dan bahan untuk penanaman. Satu kumpulan dinamik iaitu pembahagian kelas kepada beberapa kumpulan kecil sebaiknya dilaksanakan di dalam kelas selain sumbangsaran di mana satu perbincangan secara intensif untuk penjanaan idea atau mencari idea dilakukan dengan menggalakkan penglibatan semua ahli dalam kelas dan seterusnya ceramah boleh juga diaplikasikan dalam subjek ini untuk memberi maklumat dan gambaran yang terbaik kepada pelajar. Brooks J.G. dan Brooks M.G. ( 1999 ), menyatakan bahawa persekitaran bilik darjah berdasarkan pendekatan konstruktivisme harus dibina di mana idea dan pendapat pelajar mesti dihargai, aktiviti dalam kelas perlu mencabar minda pelajar, guru menimbulkan permasalahan yang berkaitan dengan pembelajaran kepada pelajar, pengajaran dan pembelajaran di bina berdasarkan konsep asas dan utama serta pengajaran dan pembelajaran di nilai dalam konteks pengajaran dan pembelajaran harian. Teori Konstruktivisme bukanlah satu teori yang baru dalam bidang pendidikan malah telah lama dipraktikkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran khususnya Sains KBSM. Prisip-pronsip yang terdapat dalam teori ini sebenarnya boleh diterapkan dalam mata pelajaran lain juga. Ini kerana dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara konstruktivisme, pelajar dapat membina struktur pengetahuan mereka sendiri dan pengkaji melihat bahawa Konstruktivisme ini merupakan satu kaedah terbaik yang boleh diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains Pertanian juga. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk melihat aplikasi konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains Pertanian.

OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian yang ingin dijalankan adalah untuk: i.mengenalpasti aplikasi fasa orientasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains Pertanian. ii.mengenalpasti aplikasi fasa pencetusan idea dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains Pertanian. iii.mengenalpasti aplikasi fasa penstrukturan semula idea dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains Pertanian. iv.mengenalpasti aplikasi fasa penggunaan idea dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains Pertanian. v.mengenalpasti aplikasi fasa renungan kembali dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains Pertanian.

TEORI KONSTRUKTIVISME Teori konstruktivisme merupakan satu pandangan baru tentang ilmu pengetahuan dan bagaimana manusia memperoleh ilmu. Pembelajaran berasaskan teori konstruktivisme telah digunakan secara meluas dalam mata pelajaran sains. Menurut Susan ( 1994 ), konstruktivisme bukan satu konsep yang baru. Konstruktivisme memang telah lama diamalkan dalam bidang falsafah, sosiologi dan antropologi, psikologi dan pendidikan. Beliau menambah, teori konstruktivisme ialah satu teori pembelajaran yang sangat dominant dalam sistem pendidikan terutamanya dalam mata pelajaran Sains dan Matematik mulai tahun 1980-an. Penggunanan teori konstruktivisme sangat penting kerana ia merupakan satu perubahan paradigma daripada pendekatan behaviourisme kepada pendekatan yang berasaskan teori kognitif. Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada lima fasa seperti berikut : a. Orientasi Guru menyediakan suasana pembelajaran untuk menimbulkan minat pelajar terhadap pelajaran. Cara yang boleh digunakan ialah dengan menunjukkan tayangan video, keratan akhbar, tayangan filem, soal jawab dan sebagainya. b. Pencetusan idea Guru perlu mengadakan aktiviti seperti perbincangan dalam kumpulan kecil, menggunakan kaedah peta konsep serta membuat laporan dengan menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru yang akan mereka belajar. Pelajar akan berbincang dalam kumpulan dan berkongsi pengalaman yang sama serta interaksi yang rapat antara satu sama lain. Guru memainkan peranan sebagai fasilitator atau pembimbing dengan membekalkan bahan dan membimbing pelajar untuk membuat pembelajaran inkuiri.

c. Penstrukturan semula idea Guru menyediakan aktiviti atau memberi tugasan berstruktur untuk membolehkan pelajar mencabar idea asal mereka atau idea daripada rakan, dan membina struktur pengetahuan sendiri yang lebih bermakna dan berkesan.Dalam fasa ini, kemahiran bahasa akan membantu pelajar membuat pengubahsuaian atau penyusunan semula idea secara urutan. Peranan guru ialah mengukuhkan konsep atau idea yang tepat. d. Aplikasi idea Pelajar akan mengaplikasikan pengetahuan baru dengan menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Ini mewujudkan pemahaman yang baru dan menggalakkan inkuiri dalam kalangan pelajar. e. Refleksi Pelajar membandingkan pengetahuan asal dengan pengetahuan baru dan merenung kembali proses pembelajaran yang menyebabkan perubahan kepada idea mereka. Pelajar juga boleh membuat refleksi untuk melihat sejauh mana idea asal mereka telah berubah. Guru boleh menggunakan kaedah penulisan kendiri, perbincangan kumpulan dan catatan peribadi pelajar untuk meneliti tahap pemahaman pelajar. METODOLOGI Sampel Kajian Kidder (1981) menegaskan bahawa kaedah pemerhatian yang boleh digunakan sebagai satu alat penyelidikan adalah apabila ia dapat berfungsi sebagai tuju hala penyelidikan yang terancang, spontan, boleh direkodkan secara tersusun, dan faktor kesahan dan kebolehpercayaannya dapat diperiksa dan dikawal. Instrumen Kajian Menurut Mohd Majid Konting ( 1998 ), instrumen yang menarik dapat mendorong subjek yang dikaji untuk menjawab soalan yang dikemukakan dengan tepat dan jujur. Menurut Ary, Jacob dan Razavieh ( 2002 ), instrumen kajian merupakan alat ukur yang paling penting bagi mencapai objektif sesuatu penyelidikan. Instrumen yang sempurna dapat mengukur dengan tepat sesuatu pemboleh ubah yang hendak diukur. Dalam kajian ini, instrumen yang digunakan adalah pemerhatian. Pengumpulan Data Melibatkan pencerapan atau pemerhatian secara rawak keatas 5 orang guru Sains Pertanian. Penyelidikan telah membuat temujanji dengan respoden bagi menetapkan hari dan masa yang sesuai untuk proses pencerapan dijalankan. Pencerapan ini melibatkan 2 waktu pengajaran dan pembelajaran.

HASIL DAPATAN KAJIAN Pemerhatian terhadap pengajaran guru dalam melaksanakan model konstruktivisme 5 Fasa Needham. Pemerhatian yang digunakan dalam kajian ini merupakan turut serta. Hasil pemerhatian yang dirumuskan seperti di bawah. Skor Min Bagi Setiap Fasa Dalam Model Konstruktivisme 5 Fasa Needham Fasa Min Fasa 1 ( Set Induksi ) 0.33 Fasa 2 ( Pencetusan Idea ) 0.73 Fasa 3 ( Penstrukturan Semula Idea ) 0.70 Fasa 4 ( Aplikasi Idea ) 0.50 Fasa 5 ( Refleksi ) 0.60 Purata Min Keseluruhan 2.38 Pemerhatian yang dibuat menunjukkan bahawa fasa-fasa yang selalu diamalkan oleh guru ialah fasa penstrukturan semula dan fasa pencetusan idea. Fasa orientasi atau set induksi kurang dititik beratkan oleh guru berdasarkan min yang paling rendah iaitu 0.33 berbanding fasa-fasa lain. CADANGAN KAJIAN A ) Pendedahan strategi pengajaran dan pembelajaran konstruktivisme dari masa ke semasa. Guru-guru perlu didedakan dengan pelbagai model pengajaran yang menggunakan pendekatan konstruktivisme. Pendedahan kepada model pengajaran ini hendaklah diberikan bagi memastikan tahap profesionalisme guru sentiasa positif serta bermotivasi tinggi. Kursus ini dikelolakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum ( PPK ), Bahagian Pendidikan Guru ( BPG ) dan Pusat Pelajaran Daerah ( PPD ). B ) Pemantauan Dapatan kajian ini mendapati bahawa fasa orientasi kurang diamalkan oleh guru. Justeru itu pihak pentadbir sekolah atau Jemaah Nazir hendaklah memberi penekanan kepada fasa orientasi semasa membuat pemantauan di sekolah. KESIMPULAN Konstruktivisme adalah pendekatan yang memberi hak dan peluang untuk murid-murid belajar (learn how to learn) dengan membina makna dan kefahaman yang tinggi dalam kerangka minda masing-masing. Berdasarkan kepada pengalaman dan persekitaran yang sedia ada.Keadaan ini menuntut agar guru lebih prihatin terhadap keperluan dan kehendak pelajar secara individu.Walaupun begitu konstruktivisme merupakan suatu anjakan yang perlu diaplikasikan bertujuan untuk memberi peluang dan membuka ruang kepada pelajar di dalam merealisasikan dalam kehidupan seharian mereka.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN Pada pandangan penyelidik, kajian perlu dilakukan kepada sampel yang lebih besar. Kemungkinan hasil kajian akan memberi nilai yang positif atau kajian ini akan mendapat gambaran yang lebih jelas tentang amalan penggunaan model pengajaran ini di sekolah menengah di seluruh malaysia. Penyelidik juga mencadangkan penyelidik-penyelidik seterusnya menggunakan temu bual bagi mengetahui fasa-fasa pengajaran dalam model pengajaran konstruktivisme 5 Fasa Needham. BIBLIOGRAFI Abd Malek Ismail ( 1999 ). Memperkukuhkan Pelaksanaan Pembelajaran Secara Konteksual Penyeliaan Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Bilik Darjah. 148 159. Jabatan Pendidikan Teknikal Kementerian Pendidikan Malaysia. Dalam Noriah Abd Rahman ( 2000 ). Tahap Penggunaan Model Konstruktivisme 5 Fasa Needham Di Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Sekolah Rendah Di Daerah Kuala Terengganu Selatan. Tesis Sarjana Muda Yang Tidak Diterbitkan Universiti Teknologi Malaysia. Aubosson, P. Dan Watson, K. ( 2000 ). Packaging Constructivist Sciene Teaching In A Curriculm ResourceAsia Pacific On Sciene Learning And Teaching, Vol.3, Issue 2, Article 1:1-33 Boddy, N. Watson, K. Dan Aubusson, P. ( 2003 ). A Trial Of The Five Es. A Referent Model For Contructivist Teaching And Learning. Research In Sciene Education. 33: 27-42 Bodner, G.M ( 1986 ). Constructivism: A Theory Of Knowledge Journal Of Chemical Education. 63 : 873 878. Dalam Zurida Ismail, Syarifah Norhaidah Syed Idros Dan Mohd Ali Samsudin ( 2006 ). Kaedah Mengajar Sains. Pts Professional Kuala Lumpur Chong Choe Hin ( 1999 ). Dari Konsep Ke Realiti . Persidangan Kebangsaan Tech Prep Ke 2. Jabatan Pendidikan Teknikal, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Chua Yan Piaw ( 2006 ). Kaedah Dan Statistik Penyelidikan. Kaedah Penyelidikan Buku 1. Mc Graw. Hill ( Malaysia ) Sdn Bhd. Gagnon, G.W Dan Collay, M. ( 2001 ). Contructivist Learning Design. Diperolehi Pada 1 Mac 2010 Daripada Http://Www.Prainbow.Com/Cld/Cldp.Htm Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2001 ). Modul Pembelajaran Secara Konstruktivisme. Pusat Perkembangan Kurikulum. Mahrom Bin Mohd @ Ismail ( 2004 ). Pelaksanaan Konsep Konstruktivisme Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Sekolah Menengah Daerah Alor Gajah, Melaka. Tesis Sarjana Yang Tidak Diterbitkan Universiti Teknologi Malaysia. Mohd Majid Kontig ( 1998 ). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur. Needham, R. (1987). Teaching Strategies For Developing Understanding In Science. The University Of Leeds: Centre For Studies In Science And Mathematics Education. Nik Azis Nik Pa ( 1999 ). Pendidikan Konstruktivisme Radikal Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya. Dalam Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2001 ). Modul Pembelajaran Secara Konstruktivisme. Pusat Perkembangan Kurikulum. Noraini Mohamed ( 2004 ). Sejauh Manakah Model Konstruktivisme 5-Fasa Needham Dipratikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Di Sekolah. Tesis Sarjana Yang Tidak Diterbitkan Unversiti Pendidikan Sultan Idris

LAMPIRAN A INDIKATOR FASA ORIENTASI Guru memberi satu soalan /permasalahan yang pelajar perlu jawab. Contohnya gambar/situasi Pelajar berebut untuk menjawab soalan guru YA TIDAK CATATAN

1. Guru mengemukakan masalah sebelum pengajaran dan pembelajaran dijalankan 2. Guru berjaya memotivasikan pelajar untuk belajar 3. Aktiviti yang disediakan oleh guru berjaya menarik minat pelajar

Pelajar memberi kerjasama yang sepenuhnya dalam menjayakan aktiviti yang disediakan oleh guru FASA PENCETUSAN IDEA 1. Guru mengambil kira pengetahuan sedia ada pelajar bagi membimbing pelajar a. guru menyedari Guru bertanya soalan kepada pengetahuan sedia ada pelajar pelajar b. mencungkil pengetahuan Guru bertanya tentang sedia ada pelajar sebelum pelajaran lepas @ idea yang membentang idea guru telah dipelajari c. mengkaji idea yang Idea yang terdapat dalam terdapat dalam buku teks buku @ sumber ICT. ataupun sumber lain Contohnya powerpoint d. mencabar idea awal Guru bersoal jawab dengan pelajar pelajar 2. Membentuk soalan-soalan yang tajam atau jelas dan mencabar a. Persekitaran pembelajaran Guru memberi pelbagai jenis yang kaya dengan soalan soalan b. Soalan berasaskan respon Soalan guru berdasarkan pelajar jawapan pelajar c. Pelajar menghuraikan Pelajar menjelaskan dengan soalan yang diberikan lebih lanjut jawapan kepada soalan d. Guru memberi justifikasi Guru membuat penjelasan kepada respon pelajar Kanjut lepada jawapan pelajar

e. Guru menerima jawapan Guru menerima semua serta cadangan pelajar jawapan pelajar f. Guru menghargai jawapan Guru memberi penghargaan. serta cadangan pelajar Contohnya tepuk tangan FASA PENSTRUKTURAN SEMULA IDEA 1. Pemilihan bahan dan aktiviti bagi membolehkan pelajar menguji idea-idea mereka a. Pelajar terlibat dalam Semua pelajar terlibat dengan aktiviti yang disediakan oleh aktiviti guru b. Pelajar terlibat dalam Semua pelajar terlibat dalam manipulasi bahan semasa menyediakan peralatan aktiviti @ eksperimen yang eksperimen dijalankan c. Pelajar terlibat dalam Semua pelajar terlibat dalam inkuiri saintifik proses penyiasatan d. Pelajar bekerja sendiri Relajar membuat aktiviti dan dengan bantuan minima eksperimen sendiri dengan daripada guru sedikit bantuan guru e. Pelajar menguji idea Pelajar menjalankan aktiviti ( bagi menolak jangkaan dan eksperimen untuk menguji awal ) hipotesis f. Pelajar mencadangkan hala Pelajar membuat sendiri cara tuju aktiviti @ eksperimen kerja eksperimen yang hendak dijalankan 2. Menyediakan suasana yang menggalakkan perbincangan a. Pelajar mengemukakan dan Pelajar bersoal jawab berbincang pendapat dengan dengan guru guru b. pelajar mengemukakan dan Pelajar berbincang dan berbincang pendapat dengan bersoal jawap dengan rakan sekelas rakan FASA APLIKASI 1. Menyediakan peluang bagi pelajar gunakan idea baru a. Menghubungkaitkan isi Pelajar dapat membezakan pelajaran baru dengan antara pengetahuan lama pengetahuan lampau dan baru dipelajari b. Pelajar menggunakan Pelajar dapat menjawab pengetahuan dalam situasi baru soalan latihan berbentuk ataupun penyelesaian masalah aplikasi atau mereka sebenar bentuk satu eksperimen atau aktiviti baru FASA REFLEKSI a. Guru menyoal pelajar tentang Soalan guru menguji apa yang telah dipelajari metakognitif pelajar b. Guru membuat rumusan Guru atau pelajar merumus tentang apa yang telah dipelajari pelajaran

You might also like