You are on page 1of 7

Sebagaimana popularnya rojak sebagai makanan kegemaran ramai, tampaknya begitulah jua popularnya 'bahasa rojak' dalam kalangan

ini.Isu tersebut menjadi salah satu isu bahasa yang hangat diperkatakan dalam media dan dalam pelbagai wacana seperti forum dan seminar, selain isu nasib bahasa Melayu yang kelihatannya masih bagai telur di hujung tanduk apabila dipinggirkan atau tidak diberi keutamaan pada tempatnya yang hak dan wajar, seperti dalam sesetengah majlis dan acara rasmi dalam negara, pada iklan dan papan tanda perniagaan, pada nama jalan, taman perumahan dan bangunan dan sebagainya. Pada pendapat sesetengah orang, fenomena kerancuan bahasa atau bahasa yang bercampur-aduk itu tidak lebih daripada fesyen semasa yang tidak patut mencemaskan.Orang yang menilai bahasa sebagai fenomena sosial semata-mata menganggapnya sebagai realiti dan juga perkembangan yang biasa.Malah tidak kurang pula yang keliru dan mengatakan bahawa sejak beratus-ratus tahun dahulu bahasa Melayu sudah menerima kata dan istilah daripada bahasa asing dan oleh itu tidak relevan hal itu dijadikan isu.

BAHASA ROJAK SEBAGAI SATU BENTUK KERANCUAN BAHASA DALAM bidang linguistik atau ilmu bahasa, sebenarnya tidak pernah ada istilah bahasa rojak.Istilah ini ditimbulkan oleh sejumlah orang ya ng melihat adanya fenomena bahasa yang bercampur-baur antara bahasa Melayu dengan bahasa asing, khususnya bahasa Inggeris, daripada sudut pandangan orang awam. Dalam hal ini, bahasa yang bercampurcampur itu dikaitkan oleh mereka dengan rojak, lalu timbullah istilah bahasa rojak. Bahasa rojak membawa konotasi yang tidak murni walaupun rojak itu sendiri makanan yang enak dan digemari ramai.

Dalam ilmu linguistik tidak ada istilah itu, tetapi istilah itu dihasilkan oleh orang yang perihatin akan nasib dan maruah bahasa Melayu yang menyaksikan fenomena percampurbauran unsur-unsur bahasa asing dengan bahasa Melayu secara yang tidak bersistem atau tidak teratur, timbul rasa bimbang pada mereka akan maruah bahasa Melayu yang sejak ratusan tahun telah bermartabat tinggi.

Unsur bahasa asing yang lazimnya dicampurbaurkan dengan bahasa Melayu ialah bahasa Inggeris.Ahli bahasa melihat bahasa yang bercampur-baur ini sebagai salah satu ragam bahasa basahan, iaitu bahasa yang digunakan untuk urusan yang tidak rasmi, seperti dalam perbualan, gurau senda dan sebagainya. Malah, Za'ba dalam buku Ilmu Mengarang Melayu

ada menghuraikan perbedaan antara bahasa surat (bahasa persuratan) dengan bahasa mulut (bahasa pertuturan) yang sememangnya berlainan. Dengan demikian, yang dikatakan bahasa rojak itu bolehlah dirumuskan sebagai satu variasi atau satu ragam bahasa basahan yang sesuai digunakan dalam suasana tidak rasmi.Walau bagaimanapun, apabila bahasa ini digunakan dalam urusan yang rasmi, maka timbullah masalah kesalahan pemilihan ragam bahasa dan secara khusus masalah itu berkaitan dengan masalah kerancuan atau kesalahan bahasa dan juga isu kesantunan bahasa. Dalam urusan rasmi dan untuk keperluan mengungkapkan ilmu serta pemikiran, bahasa yang sesuai digunakan ialah bahasa yang baku, bukan bahasa basahan atau bahasa pasar. Selama bahasa yang bercampur-baur itu digunakan dalam bahasa pertuturan biasa seperti dalam perbualan dengan rakan atau anggota keluarga, tidak timbul isu.Hal ini demikian kerana kita faham bahawa dalam perbualan biasa yang tidak rasmi, memang mungkin sahaja timbul pelbagai unsur bahasa, misalnya slanga, lingo, dialek dan bahkan ideolek. Namun, disebabkan unsur bahasa yang sepatutnya terbatas dalam suasana tidak rasmi itu tampaknya telah melarat dalam bidang yang rasmi seperti dalam mesyuarat, penyiaran dan penulisan, maka memang dapat kita rasakan fenomena itu sebagai satu gugatan kepada bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu. Hal ini demikian kerana bahasa basahan atau bahasa pasar memang selamanya tidak pernah diangkat menjadi bahasa ilmu, pemikiran, pentadbiran, undang -undang dan budaya tinggi dalam mana-mana tamadun manusia. Bacalah Sulalatus Salatin, Tajus Salatin, Bustanus Salatin, 'Aqaid al-Nasafi, Mutla'al Badrain, Siratus Salikin, Tuhfat al-Nafis, Kitab Pengetahuan Bahasa, Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka dan ribuan karya klasik dalam bahasa Melayu; kesemuanya menggunakan bahasa Melayu yang baku pada zaman itu. Bahasa pasar hanya digunakan dalam urusan asas sehari-hari. Kesan-Kesan

Timbul kekeliruan pada sesetengah kalangan yang salah faham akan fenomena bahasa rojak ini. Mereka yang salah faham ini menyamakan fenomena bahasa rojak dengan pengambilan atau penyerapan kata atau istilah asing sehingga timbul tanggapan yang tidak benar kepada golongan yang memperkatakan isu kerancuan bahasa yang secara popular disebut bahasa rojak itu. Timbul dakwaan bahawa orang yang sibuk memperkatakan bahasa rojak sebagai orang yang tidak memahami sejarah perkembangan bahasa dan tidak sedar akan adanya sekian banyak kata daripada bahasa asing dalam bahasa Melayu sejak ratusan tahun lalu. Lebih berat lagi, ada yang menuduh bahawa orang yang memperkatakan bahasa rojak ialah orang yang emosional dan tidak melihat kenyataan di hadapan mata, iaitu tidak sedar akan adanya belasan ribu kata dalam bahasa Melayu yang asalnya daripada bahasa asing. Maka ada pula yang menyarankan agar dijalankan kajian sama ada bahasa Melayu telah menerima

kata-kata asing atau tidak. Malah seorang penyanyi dan penggubah lagu sampai mengatakan bahawa ucapan salam dalam bahasa Arab itu menunjukkan bahawa bahasa Melayu memang telah lama menerima kata asing dan oleh itu tidak patut timbul isu bahasa rojak. Sungguh dahsyat kekeliruan yang timbul. Sebenarnya fenomena penerimaan kata dan istilah daripada bahasa asing tidak ada kaitannya dengan isu bahasa rojak. Kedua-duanya itu merupakan fenomena yang lain sama sekali. Pengambilan kata dan istilah daripada bahasa asing ialah fenomena yang lumrah berlaku dalam mana-mana bahasa dan fenomena itu diterima sebagai fitrah bahasaMemang tiada sesiapa pun di dunia ini yang mampu mencapai titik kesempurnaan dalam berbahasa hingga tiada sama sekali terselit unsur bahasa asing. Tiada ahli bahasa mana pun yang mengharapkan keadaan sedemikian.Malah tiada ahli bahasa mana pun yang mampu mencapai kesempurnaan seperti itu.Hal itu bukan isunya.

IMPLIKASI BAHASA ROJAK KEPADA TAMADUN BANGSA Saya tidak dapat bersetuju dengan pandangan sesetengah kalangan bahawa isu kerancauan bahasa yang ditandai oleh bahasa rojak itu tidak patut dibesar -besarkan, atas alasan bahawa ada isu yang lebih besar.Ada yang berpendapat bahawa bahasa rojak ialah gejala atau simptom, bukan penyakit. Yang dikatakannya penyakit yang sebenarnya ialah pelaksanaan dasar bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. Saya tidak dapat bersetuju dengan pendapat itu, oleh sebab apabila kita melihat sesuatu masalah atau isu, kita perlu melihatnya secara keseluruhan.Tentang soal bahasa pun, apabila kita bercakap tentang soal bahasa rojak, hal itu tidak bererti bahawa perhatian kita tertumpu semata-mata pada bahasa rojak. Pada waktu yang sama dan pada kebanyakan waktu yang lain pun, sebenarnya kita bercakap tentang hal-hal yang lebih besar - soal dasar bahasa, soal adanya jabatan kerajaan yang tidak melaksanakan dasar bahasa, soal kolej swasta tidak mengendahkan bahasa Melayu dalam pengajiannya, soal bahasa Melayu sudah tidak menjadi bahasa penghantar utama lagi dan sebagainya. Soal itu memang masalah besar, yang dalam rekod perjuangan kita memang selalu kita bincangkan dan selalu kita timbulkan dalam seminar, dalam tulisan, dalam memorandum dan dalam pelbagai wacana yang lain.

KAEDAH MENGATASI KERANCUAN BAHASA Pertama, penggunaan bahasa yang baik dan santun hanya dapat dibudayakan melalui pendidikan.Oleh sebab itu semua pihak perlu menjadikan pendidikan sebagai wadah untuk membina sahsiah generasi kita, termasuk dalam soal penggunaan bahasa dan kecintaan kepada bahasa warisan bangsa, sekalipun kita tetap perlu mempelajari dan menguasai bahasa asing. Di sekolah dan di institusi pendidikan yang lain, penekanan perlu diberikan kepada penguasaan bahasa Melayu yang baku dan ragam bahasa rasmi, di samping penguasaan pelbagai ragam lain untuk keperluan dalam kehidupan. Pelajar mesti diberi kekuatan menggunakan bahasa yang baik, teratur dan berkesan. Anggapan bahawa bahasa Melayu itu begitu mudah hingga tidak perlu dipelajari secara serius harus dikikis dalam kalangan pelajar.Guru pula patut dapat menjadi con toh yang baik dalam hal penggunaan bahasa yang teratur.Di maktab dan di universiti pun penguasaan bahasa yang baik perlu terus diberi penekanan.Tidak patut timbul anggapan salah bahawa pelajar telah belajar bahasa selama 11 tahun di sekolah dan oleh itu di maktab dan di universiti tidak perlu lagi ditekankan kursus bahasa. Akibatnya ialah kegagalan kita melahirkan lepasan universiti yang mampu berbahasa dengan baik dan berkesan, baik secara lisan mahupun dalam tulisan.Dalam pengalaman saya selama 15 tahun mengajar di universiti, masih besar jumlah mahasiswa yang tidak mampu menulis esei dengan bahasa yang jelas dan kemas.Akhirnya mereka yang tergolong dalam kumpulan ini apabila keluar dari universiti dan masuk ke alam pekerjaan menjadi pegawai atau pengurus yang tidak dapat menulis dokumen dengan baik dan berkesan. Dalam mesyuarat pula, apabila bahasa Melayu tidak dapat dikuasainya dengan baik, maka mulalah mereka mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa asing, seolah-olah di luar kesedaran bahawa bahasa Melayu yang digunakan dalam mesyuarat itu ialah bahasa rasmi. Yang kedua, saya menyarankan penguatkuasaan dan pengawasan secara bersepadu oleh semua pihak berwajib untuk memastikan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dihormati penggunaannya pada papan iklan, papan perniagaan, nama tempat, jalan, bangunan dan sebagainya. Demikian juga bahasa Melayu hendaklah ditegaskan penggunaannya dalam surat rasmi, mesyuarat, ucapan, taklimat dan sebagainya. Majlis rasmi di peringkat kebangsaan perlu dilangsungkan dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.Jika ada keperluan menggunakan bahasa asing atas sebab tertentu yang munasabah, maka bahasa Melayu mestilah diutamakan, baik dalam pengacaraan majlis, dalam ucapan dan juga pada latar pentas dan sekitaran majlis. Dewan Bahasa dan Pustaka baru-baru ini telah menyerahkan draf Garis Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Urusan dan Majlis Rasmi kepada Menteri

Pelajaran dan diharapkan agar garis panduan itu dapat dilulu skan oleh Jemaah Menteri sebagai panduan penggunaan bahasa yang baik, sama ada daripada sudut pengutamaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi mahupun daripada sudut mutu bahasa yang digunakan. Serentak dengan itu, mutu bahasa yang digunakan dalam semua bidang pentadbiran hendaklah dikawal dengan tegas.Dalam bidang pentadbiran, saran saya agak radikal tetapi masih tetap masuk akal. Dalam penguatkuasaan penggunaan bahasa Melayu, badan atau agensi yang diberi amanah perlu tegas.Sebagai contoh, Undang-undang Kecil Pengiklanan di Tempat Awam mensyaratkan pengutamaaan bahasa Melayu dan bahasa Melayu yang digunakan mestilah yang betul, malah disyaratkan supaya mendapat pengesahan DBP lebih dahulu. Dalam bidang penyiaran pula, Suruhanjaya Komu nikasi dan Multimedia bertanggungjawab memastikan garis panduan yang mensyaratkan 60% siaran mestilah dalam bahasa Melayu dipenuhi oleh stesen radio dan televisyen swasta dan di samping itu mestilah dalam bahasa Melayu yang terkawal. Hingga kini, tampaknya mutu bahasa Melayu dalam bidang-bidang itu masih sukar dikawal biarpun DBP menawarkan khidmat nasihat bahasa, memberikan kursus bahasa terus-menerus, mengirimkan surat teguran dan juga memberikan anugerah dan hadiah sebagai pengiktirafan. Kita akuilah hak ikat bahawa belum meluas kesedaran dan budaya berbahasa yang baik dan berkesan dalam kalangan sebilangan anggota masyarakat kita.Bahasa sebenarnya belum lagi dihargai sebagai 'jiwa bangsa'.Pantun 'Yang kurik kundi, yang merah saga; yang cantik budi yang indah bahasa' belum sebenar-benarnya dihayati oleh semua orang. Selain itu, yang jauh lebih penting ialah keazaman politik dalam pelaksanaan dasar bahasa di negara ini. Jika para pemimpin memperlihatkan iltizam yang teguh dan jelas tentang keutamaan bahasa Melayu dan tentang mutu bahasa Melayu dalam ranah-ranah utama kehidupan di negara ini, maka saya yakin bahawa semua jabatan kerajaan dan pihak lain akan bersungguh-sungguh melaksanakan bahasa kebangsaan dan pada waktu yang sama peka akan mutu bahasa yang digunakan. Kita berdoalah bersama-sama agar iltizam Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan hendak menjadikan bahasa Melayu sebagai warisan bangsa dan negara yang agung menjadi kenyataan dan didukung oleh semua pihak, terutama pucuk pimpinan negara sendiri.

SAYA kerap juga menonton berita bahasa Melayu televisyen Malaysia untuk mengikuti perkembangan ehwal semasa. Namun saya dapati ada suatu keganjilan apabila kata-kata atau istilah khas dan terjemahan dituturkan. Misalnya, saya hairan mengapa apabila istilah-istilah atau kata nama khas disebut, ia tidak diterjemahkan sepenuhnya ke bahasa Melayu. Sebagai contoh apabila ia melibatkan angka, maka angka tersebut akan diucapkan dalam bahasa Inggeris. Misalnya Airbus A380 disebut Airbus three -eight-zero, bukan Airbus tiga-lapan-kosong/sifar.Atau Flu H1N1 disebut Flu H-one-N-one, tidak pula Flu H-satu-N-satu.Ini setakat dua contoh sahaja, malah ada banyak lagi. Yang menghairankan saya ialah apakah kaedah terjemahan bahasa yang digunakan editor/pengarang yang menetapkan kata-kata khas harus kekal disebut seperti dalam bahasa asalnya. Jika itulah halnya, apakah tidak kita harus kekalkan sebutan White House atau Buckingham Palace dan tidak menyebutnya sebagai Rumah Putih atau Istana Buckingham? Kalau alasan tidak boleh ubah sebutan seperti dari sumber asal, apakah kita tidak juga sebut Mercedes Benz S200 dalam bahasa Jerman dan Toyota L200 dalam bahasa Jepun ketika mengucapkan angka-angka dalam kata-kata tersebut? Saya rasa berita televisyen Malaysia boleh ambil iktibar dari media elektronik bahasa Melayu Singapura seperti radio dan tv yang menterjemahkan ungkapan-ungkapan yang saya contohkan di atas dalam bahasa Melayu ketika menyebutnya.

Punca-Punca Kerancuan Bahasa Sebagai contoh, sms atau sistem pesanan ringkas merupakan salah satu unsur budaya baru yang saya kategorikan dalam situasi kelenturan budaya.Ada aspek positif dan negatif sms, bergantung pada niat pengguna dan penggunaannya.Daripada segi bahasa, sering ditimbulkan masalah kerancuan bahasa yang berakibat daripada slanga sms. Maka menjadi tugas pendidik bahasa mengasuh anak didik menggunakan bahasa sms yang masih terkawal meskipun tidak perlu bertukar menjadi bahasa surat atau bahasa ilmiah.

KESALAHAN bahasa pada papan tandaini sudah berusia hampir setahun,tetapi tidak ada sesiapa pun ambilpeduli untuk membuat pembetulan . Begitulahkomen pembaca Klik DBPyangmengirimkan gambar ini. Gambar ini menunjukkan notis yang terdapat pada papantanda di persimpangan Lorong TunkuMohamad dan Persiaran Sultan Abdu l Hamid,di hadapan Masjid Al-Ghufran, AlorStar.Mesej sebenar yang dimaksudkan olehpapan tanda ini adalah untuk memintapemandu mengurangkan kelajuan kenderaanmereka kerana 200 meter dari situterdapat sekolah dan kemungkinan kanak-kanak sekolah melintas jalan.Kalaudiperhatikan terdapat dua kesalahan bahasapada papan tanda tersebut. Pertama,perkataan kurangkan harus diikuti katanama terbitan kelajuan bukannya katasifat laju . Kesalahan kedua ialah, katasendi di seharusnya diikuti kata hadapan bukan meter . Oleh itu, pada papantanda itu harus ditulis KURANGKAN KELAJUAN 200 METER DIHADAPAN KANAK -KANAK MELINTAS JALAN.Semoga pihak berkuasa tempatan akanmengambil langkah untuk membetulkan kesalahan tersebut.

You might also like