You are on page 1of 105

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

DETECKE Sabah Institute of Art

NOTA PELAJAR PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133


(PERINGKAT SIJIL DAN DIPLOMA)

3 JAM KREDIT

PENSYARAH SEMESTER

: EN. ABIN HJ. ALPISA : JAN - MEI. 2011

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

PENDAHULUAN Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) 1996 mewajibkan mata pelajaran Pengajian Malaysia diajarkan kepada pelajar-pelajar warganegara Malaysia di IPTS sebagai prasyarat bagi penganugerahan apa-apa kelayakan akademik. Dengan mengikuti mata pelajaran ini, semua graduan lepasan IPTS akan didedahkan kepada ini pelbagai meliputi maklumat aspek mengenai negara sistem Malaysia. Maklumat persejarahan,

pemerintahan dan perundangan, dasar-dasar penting negara, isu pembangunan, isu kemasyarakatan dan isu-isu lain yang terkini. Pengetahuan ini berguna kepada para graduan dalam aspek pembinaan peribadi dan budaya Malaysia yang unik. Graduan yang bakal keluar dari IPTS akan bukan sahaja berkemahiran dalam lapangan profesional tertentu tetapi kenal dengan diri sendiri, masyarakat dan negaranya.

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

ISI KANDUNGAN
PERKARA PENDAHULUAN A. PENGENALAN MASYARAKAT MALAYSIA (8 JAM) 1. Masyarakat 2. Budaya 3. Hubungan Etnik di Malaysia B. PROSES POLITIK (15 JAM) 1. 2. 3. 4. Zaman Penjajahan Perjuangan Kemerdekaan Pembentukan Malaysia Perlembagaan Malaysia 62 26 HALAMAN 2 4

C. JENTERA PENTADBIRAN (9 JAM) 1. 2. 3. 4. Sistem Kabinet Kementerian Kerajaan Tempatan Suruhanjaya

D. DASAR-DASAR KERAJAAN (10 JAM) 1. Dasar Ekonomi 2. Dasar Sosial 3. Dasar Politik
3

76

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

BAHAN RUJUKAN

87

BAB 1: PENGENALAN MASYARAKAT MALAYSIA


1. MASYARAKAT
DEFINISI Masyarakat Kumpulan manusia yang tinggal menetap di sesebuah tempat / kawasan / negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan kepercayaan Masyarakat Majmuk Sekumpulan masyarakat yang terdiri daripada pelabagai etnik dan mengamalkan adat resam dan budaya masing-masing tetapi dapat hidup dalam suasana yang rukun dan ramai ke arah membina negara maju Kamus Dewan: (i) Masyarakat kumpulan manusia yang menetap bersama-sama di sesuatu tempat dengan mengikut aturan dan cara tertentu, dan masyarakat ini terdiri dari beberapa kaum atau bangsa (ii) Majmuk terbentuk daripada beberapa bahagian yang merupakan kesatuan atau dalam konteks masyarakat terdiri daripada beberapa kumpulan etnik

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Kesimpulannya, satu kumpulan manusia yang terdiri daripada pelbagai rumpun bangsa telah membentuk satu kesatuan, khususnya dalam aspek politik, sosial dan ekonomi di sesuatu tempat bagi membentuk satu kumpulan yang bersatu padu. MASYARAKAT PELBAGAI KAUM DI MALAYSIA Komposisi Dan Taburan Penduduk

Negara ini mempunyai masyarakat majmuk. Pada tahun 1997, dianggarkan penduduk di negara ini berjumlah 21 665 500 (20 196 600 orang warganegara dan 1 468 900 orang bukan warganegara). Daripada jumlah warganegara, 11.95 juta orang terdiri daripada kaum bumiputera, 5 445 100 orang kaum Cina, 1 541 700 orang kaum India dan 685 700 orang kaum-kaum yang lain. Dalam kumpulan kaum bumiputera, orang Melayu dianggar berjumlah lebih daripada 10 233 200 orang. Pada awal Tahun 2011, jumlah penduduk Malaysia mencapai 27 juta orang.

1. Orang Melayu Orang Melayu merupakan kaum yang terbesar di negara ini iaitu lebih daripada 10 juta orang. Orang Melayu diistilahkan sebagai kaum bumiputera bersama-sama dengan penduduk pribumi yang lain. Dalam Perlembagaan, orang Melayu merujuk kepada orang yang bertutur bahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu dan beragama Islam Kriteria yang diberikan oleh Perlembagaan ini memberi implikasi bahawa sesiapa sahaja boleh menjadi Melayu asal sahaja memenuhi tiga kriteria tersebut. Sebab itu, apabila seseorang yang bukan Melayu memeluk Islam, seseorang itu dianggap secara automatik fasih berbahasa Melayu dan hidup seperti orang Melayu hasil daripada pergaulannya dengan orang Melayu Tafsiran kebudayaan pula menganggap Melayu itu sebagai merujuk secara mudahnya kepada satu rumpun bangsa yang memiliki ciri-ciri umum seperti berbudayakan budaya Melayu, berbahasa Melayu dan berketurunan ras Melayu. Dengan kata lain, orang Melayu itu merujuk kepada satu rumpun bangsa yang mempunyai pola-pola fizikal dan kebudayaan yang berbeza daripada bangsa yang lain Kalau ditinjau dari sudut tafsiran ini orang Melayu tidak hanya terdapat di Malaysia sahaja tetapi juga berselerak di wilayah-wilayah yang menganjurdari Taiwan di utara hingga ke Kepulauan Pasifik di selatan dan dari Papua New Guinea di timur hingga ke Madagsacar di barat Terdapat teori yang mengatakan orang Melayu sekarang adalah berketurunan orang Melayu-Deutro (Deutro-Malay) yang berhijrah dari Yunan di selatan China ke kawasan-kawasan di selatan Tanah Besar Asia, termasuk negara ini pada kira-kira tahun 1 500 S.M. Teori ini bagaimanapun ditentang oleh sejarahwan-sejarahwan tempatan. Lasannya teori ini lebih berupakan andaian atau hipotesis
5

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

yang tidak disokong oleh bukti yang kukuh. Alasan kedua, tinjauan pakar-pakar sejarah dan antroplogi di kawasan yang dikatakan tempat asal orang Melayu di selatan China itu (Yunan) tidak menemui apa-apa bukti yang boleh dihubungkan dengan orang Melayu. Dengan itu, orang Melayu adalah penduduk yang sudah lama mendiami negara ini Terdapat juga penduduk Tanah Melayu yang berasal dari Indonesia iaitu: (i) Orang Jawa Penghijrahan beramai-ramai akibat daripada dasar tranmigrasi Belanda, iaitu perpindahan penduduk daripada Pulau Jawa Kebanyakan mereka terdiri daripada pekerja di ladang-ladang kopi, getah dan di kaawasan tanah yang baru dibuka. Dianggarkan pada tahun 1930 terdapat 170 000 orang Jawa di Singapura Di Tanah Melayu, kebanyakan orang Jawa terdapat di Johor (Muar, Batu Pahat dan Pontian), Selangor (Kelang, Kuala Selangor, Kuala Langat) dan Perak (Hilir Perak, Krian dan Parit Buntar) Orang Banjar Berasal dari daerah Banjarmasin, Kalimantan Kebanyakan mereka melibatkan diri dalam perusahaan tanaman padi Pada tahun 1931, bilangan penduduk Banjar di Tanah Melayu ialah 45 382 orang Kebanyakan orang Banjar mendiami kawasan pinggir pantai dan lembah-lembah sungai seperti di Kerian, Parit Buntar (Perak), Sabak Bernam (Selangor) dan Batu Pahat (Johor) Orang Bugis Berasal dari Pulau Sulawesi Mereka merupakan golongan peniaga dan di Tanah Melayu mereka ramai menetap di Perak, Selangor, Pahang dan Johor Di Johor, kebanyakannya tinggal di kawasan Benut, Kukup dan Rengit (daerah Batu Pahat), sementara di Selangor kebanyakannya terdapat di Lembah Langat Di Perak, mereka merupakan golongan pedagang Orang Boyan Berasal dari Pulau Boyan Kebanyakan mereka berhijrah ke Singapura, Ipoh, Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang Mereka tertumpu di bandar-bandar besar kerana mereka mempunyai keahlian dalam memelihara kuda lumba Orang Minangkabau Berasal dari Sumatera Di Tanah Melayu, tumpuan mereka adalah di Negeri Sembilan dan Melaka Dikenali sebagai pengamal Adat Perpatih
6

(ii) -

(iii) (iv) (v) -

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Kebanyakan mereka terlibat dalam perniagaan dan pertanian

Kebanyakan orang Melayu tinggal di kawasan luar bandar dan terlibat dalam kegiatan-kegiatan peaantry seperti pertanian sara diri, menangkap ikan dan kraf tangan yang dilakukan sejak turun-temurun lagi. Pada zaman penjajahan British, orang Melayu direncanakan melalui dasar-dasar British yang bersifat pecah dan perintah (divide and rule) untuk kekal mewarisi kegiatan ekonomi nenek-moyang merea. Walau bagaimanapun, melalui pelbagai dasar kerajaan selepas merdeka, sudah ramai orang Melayu yang terlibat dalam sektor yang lain

2. Orang Cina Orang Cina bertumpu ke negara ini sejak akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19 lagi. Pulau Pinang dan Singapura menjadi destinasi utama mereka apabila kedua-dua pulau itu dibuka oleh British pada tahun 1876 dan 1819. Walau bagaimanapun, orang Cina telahpun berada di negara ini sebagai peladang gambir dan lada hitam ketika Riau berada di bawah kekuasaan Johor. Mereka kemudiannya berpindah ke Singapura selepas dibuka oleh British Hanya pada awal abad ke-19, saudagar Cina dan Eropah membawa masuk orang Cina setelah saudagar berkenaan mendapat konsensi untuk mengerjakan lombong daripada pemerintah tempatan, namun bilangan mereka tidak besar Pada pertengahan abad ke-19, peladang gambir dan lada hitam yang tertumpu di Singapura mula memasuki Johor. Mereka diberi kawasan di sepanjang sungai oleh pemerintah Johor untuk membuka ladang. Contohnya, Temenggung Johor mengeluarkan Surat Sungai kepada seorang ketua (Kangchu) di satu-satu kawasan ladang gambir atau lada hitam yang disebut sebagai Kangkar Di Perak pula, Long Jaafar yang menjadi pembesar Larut telah membawa masuk buruh Cina dari Negeri-negeri Selat (NNS) pada pertengahan abad ke-19 untuk mengerjakan lombong bijih timah di Larut Gelombang kedatangan buruh Cina semakin hebat pada akhir abad ke19 dan awal abad ke-20 sejajar dengan perkembangan dalam perlombongan bijih timah. Ini disebabkan suasana politik di Tanah Melayu agak stabil jika dibandingkan dengan suasana politik di China dab bencana alam seperti banjir dan kemarau panjang Pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20, kebanyakan orang Cina tidak bercadang untuk menetap di Tanah Melayu. Oleh itu, kedatangan mereka pada tempoh ini tidak mempengaruhi komposisi bentuk penduduk negara kerana mereka masih bertaraf sebagai pendatang Pada tahun 1930-an, timbul kecenderungan di kalangan buruh Cina untuk menetap di negara ini disebabkan suasana politik dan ekonomi di China. Tambahan pula, ramai imigran wanita Cina ke Tanah Melayu menyebabkan bermulanya tanda-tanda perubahan terhadap komposisi kependudukan di negara ini Kedudukan orang Cina mula mendapat perakuan British apabila Malayan Union diperkenalkan pada tahun 1946 dan kemudian Tanah
7

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Melayu 1948. Sejak itu, orang Cina mula menjadi warganegara dan dengan ini komposisi sebenar penduduk negara ini berubah. Pada hari ini terdapat kira-kira 5 445 100 orang kaum Cina di negara ini dan merupakan kaum kedua terbesar Bilangan orang Cina di Sabah adalah sedikit disebabkan tidak ada kegiatan perlombongan sebagai penarik kemasukan. Hanya sebilangan kecil daripada mereka dibawa masuk ke Sabah apabila ladang tembakau dibuka Di Sarawak, bilangan orang Cina agak ramai berbanding di Sabah. Orang Cina memasuki Sarawak melalui Sambas, Pontianak, Indonesia. Pada awal abad ke-19, mereka melombong emas di Bau. Pada awal abad ke-20, ramai buruh Cina masuk ke Kuching dan terlibat dalam pertanian pasar Sebahagian besar orang Cina di negara ini berasal dari wilayah Hokkien dan Kwangtung di selatan China. Mereka yang datang pada abad ke-19 adalah kaum buruh, berbeza daripada mereka yang datang sebelum abad ke-19 yang terdiri dariapda golongan pedagang Kelompok Cina yang datang ke Tanah Melayu ialah: (i) (ii) (iii) (iv) Hokkien Terdiri daripada peniaga dan pelombong Kantonis Terdiri daripada pelombong dan tukang mahir (tukang kayu, tukang kasut dan tukang besi) Hakka Terdiri daripada pelombong Teochew Terdiri daripada pekedai dan peladang yang membuka ladangladang tebu di Province Wellesly dan Pulau Pinang dan ladang gambir dan lada hitam di Johor Hailam Terdiri daripada pekedai makanan dan pembekal keperluan domestik

(v) -

Perayaan besar orang Cina ialah Tahun Baru Cina. Perayaan ini sering dikatakan sebagai perayaan kebudayaan atau perayaan adat, bukannya perayaan keagamaan. Namun pendapat ini tidak benar kerana dalam perayaan ini, ia melibatkan persembahan kepada dewadewa dan roh nenek-moyang. Kepercayaan kepada dewa-dewa (hero cult) dan roh nenek-moyang (ancestor cult) adalah satu bentuk agama namun dari sudut pandangan popular ia dikatakan sebagai adat

Cara Kemasukan (i) Sistem Tiket Kredit Melalui sistem ini, seorang ketua kampung (Kheh-thau) di China diupah untuk mengumpulkan imigran-imigran (Sinkheh) yang mahu
8

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

datang ke Tanah Melayu. Semasa di pelabuhan, mereka akan diberi datu tiket yang menyatakan tentang pelabuhan destinasi dan taraf mereka sama ada bebas atau berhutang. Sinkheh ini akan diambil oleh broker kuli apabila sampai di pelabuhan destinasi dan kemudiannya broker ini membekalkan buruh-buruh ini kepada majikan dengan bayaran tertentu. Sistem tiket kredit ini diharamkan oleh British di Tanah Melayu pada 30 Jun 1914. (ii) Sistem Pengambilan Personal Sistem ini dilakukan bagi menggantikan sistem tiket kredit yang diharamkan. Melalui sistem ini, majikan menghantar ejen, biasanya ketua buruh (Mandur) atau broker ke China untuk mendapatkan buruh. Buruh ini akan dibayar perbelanjaan tambang untuk datang ke Tanah Melayu bersama-sama wakil majikan itu. Sistem Pengambilan Rumah Kongsi Melalui sistem ini, pengambilan buruh diuruskan oleh seorang ejen di China untuk dibekalkan kepada sesebuah rumah kongsi di Tanah Melayu dengan bayaran tertentu. Segala perbelanjaan tambang dibiayai oleh ejen berkenaan. Apabila sampai di rumah kongsi di Tanah Melayu, majikan rumah kongsi pula akan membekalkan buruh-buruh ini kepada majikan dengan bayaran tertentu. Secara Persendirian Terdapat juga buruh-buruh Cina yang datang ke negara ini dengan bantuan rakan-rakan atau ahli keluarga yang sudah berhijrah ke Tanah Melayu Secara Berkumpulan Sesetengah imigran datang secara berkumpulan dan membuka petempatan di sesuatu kawasan. Misalnya, orang Foochow yang datang ke Sarawak hasil daripada persetujuan yang dibuat di antara ketua orang Foochow dengan Charles Brooke. Di Tanah Melayu, orang Foochow membuka satu petempatan di Sitiawan, Perak. Kedatangan buruh Cina secara berleluasa ke Tanah Melayu disekat oleh British berikutan penguatkuasaan undang-undang. Sekatan Imigresen 1930 ekoran kemelesetan ekonomi dunia. Kemelesetan ekonomi telah menyebabkan ramai buruh Cina menganggur. British mengehadkan kemasukan bulanan imigran Cina mulai Januari 1933. Sekatan ini dipertegaskan lagi dengan pengenalan Ordinan Orang Asing pada bulan Ogos 1933. Melalui ordinan ini, British mengehadkan kemasukan imigran Cina pada 1 000 orang setiap bulan Orang asing dikenakan permit mendarat dengan bayaran $5.00 setiap orang. Permit hanya diberi kepada imigran yang sihat dan dapat bekerja. Namun kanak-kanak dan wanita dibenarkan masuk secara berleluasa. Ekoran sekatan itu, tambang kapal untuk mengangkut imigran menjadi mahal. Lama-kelamaan kemasukan menjadi semakin berkurangan dan seterusnya terhenti
9

(iii)

(iv)

(v)

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

3. Orang India Golongan awal orang India yang datang ke negara ini dikesan sejak abad ke-19 lagi. Mereka datang ke Tanah Melayu sebagai pedagang dan ada yang dilantik sebagai saudagar raja. Bilangan mereka yang tidak begitu ramai tidak memberi kesan besar terhadap komposisi besar terhadap komposisi di negara ini Selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, British membawa masuk orang India dari Bangkahulu (Bengkulen). Golongan ini merupakan orang tahanan dalam proses pertukaran tawanan ekoran daripada perjanjian tersebut. Mereka dibawa masuk untuk bekerja membina bangunan-bangunan pemerintah, jalan raya dan jambatan Pada tahun 1940-an pula, British membawa satu lagi kumpulan buruh India untuk bekerja sebagai buruh ladang tebu di Seberang Perai (Province Wellesey). Oleh itu, sehingga pertengahan abad ke19 terdapat dua jenis golongan buruh India di negara ini iaitu buruh tawanan perang dan buruh ladang Apabila ladang kopi dan the dibuka di Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) dan di Johor selepas campur tangan British pada 1874, British membawa masuk satu lagi kumpulan buruh India. Peladang-peladang Eropah sangat gemar mengambil buruh India kerana upahnya lebih murah dan tambahan pula, pada waktu itu pentadbiran British di India memudahkan proses pengambilan buruh untuk bekerja di Tanah Melayu Etnik India yang berhijrah ke Tanah Melayu ini dapat dilihat dengan jelas melalui ringkasan yang berikut: (i) Tamil Berasal dari Tamil Nadu Kumpulan etnik India yang terbesar di Tanah Melayu (80.0%) daripada jumlah penduduk India di Tanah Melayu Kebanyakannya bekerja di ladang-ladang getah dan kelapa sawit Ada juga yang terlibat bekerja dalam sektor jabatan kerajaan Malayali Berasal dari pantai Malabar Dikenali juga sebagai orang Malabari Merupakan 7.0% daripada jumlah penduduk India di Tanah Melayu, yang terdiri daripada kelas pekerja dan kelas pertengahan Kebanyakannya kelas pekerja bekerja di ladang dan kelas menengah bekerja di dalam perkhidmatan perkeranian dan profesional Terkenal dengan kedai makanannya Telegu Berasal dari Andhra Pradesh Merupakan 4.0% daripada jumlah penduduk India di Tanah Melayu
10

(ii)

(iii)

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

(iv)

Kebanyakannya bekerja sebagai buruh di ladang-ladang

Sikh Berasal dari Punjab Kebanyakannya terlibat dalam pekerjaan perkhidmatan polis dan keretapi, pengawal keselamatan dan penternak lembu. Dikatakan perkhidmatan kereta lembu orang Sikh berperanan penting dalam pengangkutan di kawasan lombong bijih timah Berkhidmat dalam Malay Studies Guides yang ditubuhkan oleh British pada tahun 1896 Mulai tahun 1920-an terdapat ramai orang Sikh terlibat dalam bidang perniagaan dan profesional

Ini bermakna seperti orang Cina, orang India di negara ini bukanlah homogenous Di Sabah dan Sarawak, tidak ramai orang India kerana tidak ada keperluan kepada buruh India. Jika adapun sekarang, mungkin disebabkan daripada penghijrahan kebelakangan ini Orang India sanggup meninggalkan India dan berhijrah ke negara ini kerana beberapa sebab: (i) Sistem Kasta Mengehadkan pergerakan kasta rendah (petani dan buruh) dalam bidang pekerjaan Pertumbuhan Penduduk Ledakan pertumbuhan penduduk menyebabkan ramai daripada mereka hidup menderita akibat tidak mempunyai pekerjaan Iklim dan Cuaca Bahan makanan tidak mencukupi disebabkab keadaan iklim dan cuaca yang tidak menentu. Kemarau yang berpanjangan juga turut menyebabkan kebuluran kerap berlaku Cukai Tanah Kenaikan cukai tanah yang dikenakan membebankan petani dan golongan miskin oleh British

(ii)

(iii)

(iv)

(v)

Tekanan Polisi British Polisi British yang menekan sebarang bentuk industri yang menyaingi industrinya dalam bidang tekstil menyebabkan pengangguran berleluasa dan ini menambahkan lagi kesengsaraan golongan miskin

Keadaan ini menyebabkan golongan petani dan buruh berhijrah ke Tanah Melayu yang mempunyai kemajuan ekonomi yang pesat dan politik yang stabil

Cara Kedatangan
11

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

(i)

Sistem Buruh Kontrak Melalui sistem ini, buruh India dikehendaki bekerja dengan majikan selama tempoh satu hingga tiga tahun sebagai bayaran balik perbelanjaan tambang mereka ke Tanah Melayu. Biasanya majikan menghantar wakilnya ke India atau menggunakan khidmat syarikat pengambilan buruh dengan komisen tertentu. Sistem ini menimbulkan kesnegsaraan kepada buruh-buruh India kerana sering berlaku penindasan oleh pihak majikan, akhirnya British mengharamkan sistem ini pada tahun 1910 Sistem Kangani Melalui sistem ini, majikan menghantar Mandor (Kangani) ke India untuk mencari buruh ladang. Tambang buruh akan dibiayai oleh majikan dan buruh terikat dengan perjanjian untuk berkhidmat dengan majikan Kangani itu dalam tempoh tertentu sehingga hutang tambang dan sebagainya selesai dibayar balik. Buruh-buruh melalui sistem ini lebih sihat dan sasa berbanding dengan buruh melalui Sistem Buruh Kontrak. Pada tahun 1906, lessen untuk Kangani berbuat demikian dikeluarkan oleh Residen British tetapi mulai tahun 1907, lesen dikeluarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Imigresen India. Sistem ini mendapat sambutan yang menggalakkan Kemasukan Buruh Bebas Sistem ini dilaksanakan pada peringkat awal pemerintahan British di Tanah Melayu. Melalui sistem ini, kemasukan buruh India ke negara ini bukan diatur oleh pihak tertentu, maka mereka bebas memilih tempat kerja mereka. Pada tahun 1809 sudah terdapat 1 000 orang buruh jenis ini di Pulau Pinang. Mulai tahun 1833 sehingga 1859, buruh jenis ini berkhidmat sebagai buruh kontrak untuk tempoh setahun di ladang-ladang. Mulai tahun 1859, kemasukan buruh jenis ini terbantut disebabkan tambang terlalu mahal ekoran daripada penguatkuasaan Undang-undang Penumpang yang dikenakan oleh British. Ini menyebabkan bilangan mereka sehingga 1935 terlalu kecil. Walau bagaimanapun, kedatangan buruh jenis ini telah meningkat semula dan membentuk 70% daripada jumlah semua buruh India yang datang ke Tanah Melayu. Di negara ini sekarang terdapat kira-kira 1.5 juta orang kaum India.

(ii)

(iii)

4. Orang Asli Orang Asli juga merupakan penduduk pribumi di negara ini. Mereka diistilahkan sebagai bumiputera bersama-sama dengan orang Melayu dan kaum pribumi di Sabah dan Sarawak Mereka terbahagi kepada tiga kumpulan besar berasaskan perbezaan etnolinguistik iaitu: (i) Senoi Terdiri daripada suku Semar (Semai), temiar, Che Wong, Jahhut (Jahut), Semoq Beri dan Mah Meri
12

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Kebanyakannya terdapat di Perak, Pahang, selatan Kelantan, pantai Terengganu dan pantai Selangor

(ii)

Melayu Asli (Proto-Malay) Terdiri daripada suku Temuan, Semelai, Jakun, Orang Kanaq, Orang Kuala dan Orang Seletar Terdapat di Selangor, Negeri Sembilan, bahagian tengah dan pantai Pahang, Kota Tinggi dan bahagian pantai Johor Semang (Negrito) Terdiri daripada suku Kensiu, Kintaq, Jahai, Lanoh, Bateq dan Mendriq Terdapat di timur laut Kedah, bahagian utara, tengah dan timur laut Perak, bahagian timur di timur laut Kedah, bahagian utara, tengah dan timur laut Perak

(iii)

Kerajaan telahpun menyerap Orang Asli ke dalam pembangunan melalui penempatan semula, pendidikan dan kesihatan. Antara petempatan Orang Asli yang dibuka oleh kerajaan dengan segala kemudahan moden ialah di Gombak dan Bukit Lanjan (Selangor) dan Fort Langkap (Perak). Walau bagaimanapun, mereka lebih suka dengan cara hidup hutan dan enggan menyertai petempatan semula

5. Kaum-kaum Lain Kaum-kaum lain yang terdapat di negara ini ialah Sikh, Pakistan, Siam, kemboja dan Eurasia

6. Pribumi Sarawak dan Sabah Sarawak Terdapat tiga kumpulan besar penduduk pribumi iaitu kumpulan tanah tinggi, kumpulan tanah rendah dan kumpulan pesisiran pantai (i) Penduduk Tanah Tinggi (a) Orang Murut (b) Kelabit Tertumpu di kawasan Sungai Baram dan Sungai Rejang Perkampungan mereka yang terkenal ialah di Bario Masih ada yang tinggal di rumah panjang (c) Penan Kebanyakannya hidup berpindah-randah Tinggal di hutan Penduduk Tanah Rendah Beralun (a) Orang Iban (Dayak Laut) Berasal dari Kalimantan (Sungai Kapuas)
13

(ii)

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Merupakan suku kaum terbesar dan tinggal di kawasan pedalaman seperti di Sungai Sekrang, Sungai Batang Lupar dan Sungai Rejang (b) Bidayuh (Dayak Darat) (c) Kayan (d) Bisaya (e) Kenyah (f) Punan (g) Berawan (iii) Penduduk Pesisiran Pantai (a) Orang Melayu Berasal dari Sumatera Berada di Sarawak sejak kurun ke-15 Beragama Islam (b) Melanau Kebanyakannya tinggal di Sugai Igan, Sungai Oya dan Sungai mukah Beragama Islam Berlaku asimilasi dengan orang Melayu dan banyak mengamalkan budaya Melayu (c) Kedayan Setiap etnik terdiri daripada kumpulan-kumpulan kecil mengikut kawasan. Misalnya, orang Iban terdiri daripada orang Iban Undup, orang Iban Skrang, orang Iban Batang Ai, orang Iban Sambas dan orang Iban Sebuyau

Sabah (i) Kadazan Kaum yang terbesar bilangannya Juga dikenali sebagai orang Dusun Berasal dari Kalimantan dan kebanyakannya tinggal di kawasan pedalaman Tertumpu di lembah Ranau dan lembah Tambunan Bajau Kaum yang berasal dari Pulau Mindanao dan Sulu Dikenali sebagai orang laut dan orang Sama Tertumpu di kawasan Semporna, Kota Belud dan Pulau Timbang di teluk Sandakan Murut Kebanyakannya tinggal di kawasan pedalaman seperti di Tenom, Rundu dan Pensiangan Terdapat juga di kalangan mereka yang masih tinggal di rumah panjang dan sering hidup berpindah
14

(ii)

(iii)

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

(iv)

Sulu Berasal dari Kepulauan Sulu dan sekarang tertumpu di Sungai Sugut Beragama Islam Brunei Berasal dari Brunei dan sekarang tertumpu di Beaufort, Kimanis dan Papar Beragama Islam

(v)

Majoriti penduduknya ialah orang Kadazan dan juga Bajau

Secara ringkasnya, komposisi kaum dan suku kaum penduduk Malaysia dapat dilihat dalam rajah di bawah. Komposisi Kaum dan Suku Kaum Penduduk Malaysia

Melayu Banjar Boyan Bugis Jawa Kampar Kerinci Mendalin g Rawa JohorRiau

Semenanjung Malaysia Cina India Orang Asli Hokien Malayal Negrito Chuani Senoi chew Punjabi Melayu Chin-chew Selon Asli Eng-hua Tamil Eng-choon Telegu Hok-chew Kwangtung Kanton Teochew Hakka Hailam

Sabah Kadazan Dusun Bajau Murut Bisaya Kadayan Orang Sungai Suang Laut Brunei

Sarawak Bidayuh Bisaya Iban Kayan Kedayan Kelabit Kenyah Melanau Melayu Murut Penan Punan

CIRI-CIRI MASYARAKAT MAJMUK 1. Agama dan Kepercayaan Orang Melayu beragama Islam, orang Cina menganuti agama Buddha, Confucianisme dan Taoisme sementara kebanyakan orang India menganuti agama Hindu. Tiap-tiap bangsa cuba mengekalkan agama dan kepercayaan mereka sendiri. Hasilnya, lahir satu kebudayaan yang pelbagai lagi unik di negara kita
15

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

2. Bahasa Ketiga-tiga kaum utama bertutur dalam bahasa ibunda yang berlainan. Kaum bumiputera di Tanah Melayu bertutur dalam bahasa Melayu dan dalam pelbagai loghat di Sabah dan Sarawak. Orang Cina bertutur dalam pelbagai loghat seperti Hokkien dan Kantonis yang bersabit dengan tempat asal mereka di negara China. Kebanyakan orang India bertutur dalam bahasa Tamil dan sebilangan kecil menggunakan bahasa Telegu dan Malayalam. 3. Ekonomi Setiap kaum dikaitkan dengan kegiatan yang tertentu. Orang Melayu terlibat dalam bidang pertanian dan penangkapan ikan. Orang Cina bergiat dalam bidang perlombongan dan perdagangan. Orang India dikaitkan dengan perladangan getah. Taraf hidup masyarakat majmuk juga berbeza mengikut jenis pekerjaannya. 4. Tempat Tinggal Kegiatan ekonomi di kalangan masyarakat Malaysia menyebabkan terpisahnya tempat-tempat kediaman. Kaum Melayu biasanya tinggal di kampung-kampung yang berhampiran dengan kawasan pertanian dan kawasan pinggir pantai. Mereka adalah penduduk luar Bandar. Kaum Cina tinggal di kawasan perlombongan dan di bandar-bandar yang menjadi pusat perniagaan. Kaum India tinggal di tengah-tengah ladang getah atau kelapa sawit.

FAKTOR-FAKTOR KEWUJUDAN MASYARAKAT MAJMUK 1. Dasar British Dasar Pecah dan Perintah oleh Kerajaan British telah memburukkan lagi masalah perpaduan. Jarak sosial serta segregasi antara kumpulankumpulan etnik seolah-olah sengaja diwujudkan dan dikekalkan oleh British demi kepentingan dan keselamatan sendiri. Tujuan British yang utama ialah untuk mengekploitasi kekayaan semula jadi Tanah Melayu; perpaduan negara tidak pernah dititikberatkan. Bagi mencapai tujuan ini, Kerajaan British telah dengan sengaja menetapkan status dan peranan yang berlainan bagi kaum-kaum Melayu, Cina dan India. Sebagai contoh, golongan bangsawan Melayu diberikan jawatan yang lumayan dalam perkhidmatan awam, sementara orang Melayu kebanyakan digalakkan supaya terus menetap di kawasan luar bandar. Orang Cina pula digalakkan tinggal di lombong-lombong dan di Bandar-bandar manakala orang India di estet-estet. Interaksi antara kaum adalah terhad kepada pergaulan di pejabat dan pasar semasa jual-beli. Ini telah melahirkan sikap prasangka dan memperkukuhkan keperibadian etnik Dasar Pecah dan Perintah (Divide and Rule) yang diamalkan oleh British meluaskan lagi jurang perbezaan antara ketiga-tiga kaum di
16

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Tanah Melayu. Pihak British tidak cuba mengurangkan perbezaan yang telah wujud dari segi lokasi tempat tinggal, jenis pekerjaan dan sebagainya di kalangan masyarakat majmuk di negara kita. Sebaliknya, pihak British mentadbir tiap-tiap kaum secara berasingan. Sistem tradisional dikekalkan dan hak-hak istimewa orang Melayu dilindungi dan pihak British tidak cuba mengubah cara hidup orang Melayu. Pihak British memberi layanan istimewa kepada orang Melayu kerana mereka dianggap sebagai penduduk bumiputera manakala orang Cina dan India dianggap sebagai imigran. Undang-undang diluluskan untuk melindungi dan mengasingkan penduduk bumiputera daripada orang bukan Melayu seperti Enakmen Tanah Simpanan 1913. 2. Sistem Pendidikan Berasingan Perkembangan pendidikan awal di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak mewujudkan pengasingan kaum. Pendidikan yang disediakan oleh kerajaan adalah untuk memenuhi keperluan kaum masing-masing. Setiap bangsa menggunakan bahasa dan kurikulumnya sendiri. Di kawasan luar bandar, kanak-kanak Melayu mendapat pendidikan yang paling asas iaitu mereka diajar membaca, menulis, mengira dan mengaji al-Quran. Di kawasan Bandar, kebanyakan sekolah yang didirikan adalah sekolah Inggeris yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dan kurikulumnya berasaskan Britain. Kebanyakan British tidak memandang berat terhadap pendidikan orang Cina dan India. Sekolah Cina dibina dan dibiayai oleh masyarakat Cina sendiri. Sekolah ini pada awalnya menggunakan pelbagai dialek sehingga bahasa Mandarin dijadikan bahasa pengantar pada awal tahun 1920-an. Pendidikan Tamil terhad pada peringkat sekolah rendah sahaja. Keseluruhannya, sistem pendidikan Inggeris, Cina dan Tamil yang berorientasikan sistem pendidikan negara asal masing-masing meluaskan dan mewujudkan jurang perbezaan antara kaum di Tanah Melayu. 3. Perbezaan Perasaan Nasionalisme Kerajaan British tidak cuba memupuk semangat nasionalisme di kalangan penduduk yang berbilang bangsa. Tiap-tiap kaum mempunyai aspirasi politik masing-masing. Kaum Cina cenderung ke arah perkembangan politik di China sebagai negara asal. Kaum India pula cenderung ke arah perkembangan politik di India.

PERUBAHAN 1. Pertambahan Bilangan Penduduk Penghijrahan masuk kaum imigran Cina dan India menambahkan bilangan penduduk di Tanah Melayu. Jumlah penduduk bertambah daripada kira-kira 1.2 juta orang pada tahun 1901 kepada kira-kira 5.5
17

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

juta orang pada tahun 1941. Menjelang tahun 1957, penduduk Cina membentuk 37.1% dan penduduk India membentuk 11% daripada jumlah penduduk di Tanah Melayu. 2. Perkembangan Perusahaan Bijih Timah dan Getah Penghijrahan masuk orang Cina secara beramai-ramai mengakibatkan perkembangan bijih timah. Orang Cina bukan sahaja membekalkan buruh murah untuk melombong bijih timah tetapi juga menjadi pengusaha dengan membuka lombong-lombong baru dan memperkenalkan kaedah-kaedah melombong yang moden seperti pam kelikir dan hidrol. Menjelang penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20, orang Cina menguasai perusahaan bijih timah. Buruh India Selatan memainkan peranan penting dalam perusahaan getah. Mereka membekalkan tenaga buruh yang murah untuk membolehkan pengusaha Eropah membuka ladang-ladang getah yang besar. Akibat penghijrahan masuk orang Cina dan India, Tanah Melayu menjadi pengeluar bijih timah dan getah yang terbesar di dunia pada awal abad ke-20. 3. Proses Urbanisasi Kemasukan orang Cina dan India serta penglibatan mereka dalam perkembangan perusahaan bijih timah dan getah mempercepatkan proses urbanisasi. Tanah-tanah baru dibuka bagi perlombongan bijih timah dan penanaman getah. Orang Cina memainkan peranan penting dalam memajukan bandar-bandar baru terutamanya di kawasan perlombongan bijih timah seperti Taiping, Ipoh, Kuala Lumpur dan Seremban. Orang India bertanggungjawab membina bandar-bandar baru di sekitar kawasan ladang getah serta membina bangunanbangunan awam. Kemudahan infrastruktur seperti hospital dan sekolah bertambah di bandar-bandar. 4. Sistem Perhubungan Sistem pengangkutan dan perhubungan maju dengan pesat akibat penghijrahan orang-orang Cina dan India. Buruh India menyumbangkan tenaga buruh untuk membina jalan keretapi dan jalan raya. Jalan keretapi dan jalan raya dibina untuk menghubungkan kawasan perlombongan bijih timah dan ladang getah dengan Bandarbandar dan pelabuhan-pelabuhan. Contohnya, landasan keretapi telah menghubungkan bandar Taiping dengan Pelabuhan Weld. Menjelang kemerdekaan, seluruh Tanah Melayu dihubungkan dengan sistem jalan raya yang moden.

18

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

2. BUDAYA
DEFINISI Cara hidup, idea dan adat serta seni yang dihasilkan boleh sesuatu masyarakat

CIRI-CIRI 1. Pakaian Masyarakat Melayu memakai baju kurung, kebaya dan Kedah (wanita) dan baju Melayu dan Selangor (lelaki) Masyarakat Cina memakai cheongsam (wanita dan lelaki) Masyarakat India memakai sari (wanita) dan dhoti (lelaki) 2. Makanan Masyarakat Melayu terkenal dengan masakan seperti rendang, lemang, ketupat dan sebagainya Masyarakat Cina terkenal dengan masakan yang menggunakan herba seperti sup, stim ataupun goreng Masyarakat India terkenal dengan masakan yang menggunakan rempah-ratus seperti kari 3. Minuman Masyarakat Melayu terkenal dengan Teh Tarik Masyarakat Cina terkenal dengan teh cina (Chinese tea) Masyarakat India dengan todi nira kelapa 4. Menyambut Kelahiran Masyarakat Melayu (i) Sewaktu Menggandung Upacara Melenggang Perut (Kirim Perut) dilakukan kepada wanita yang mengandung anak sulung ketika kandungan berusia dalam lingkungan tujuh atau lapan bulan. Ia dijalankan oleh seorang bidan bertujuan untuk membuang geruh/kecelakaan dan membetulkan kedudukan bayi dalam perut Sewaktu Bersalin Selepas bayi lahir (9 bulan 10 hari), bidan akan menyambutnya dengan jampi dan serapah lalu disemburkan dengan daun sirih. Selepas bayi dibersihkan, tali pusat akan dipotong dengan menggunakan sembilu buluh atau cincin emas dan dialas di atas sekeping wang perak satu ringgit.
19

(ii)

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Baki tali pusat di perut bayi akan dibubuh dengan kunyit dan kapur lalu dibungkus dengan daun sirih yang telah dilayukan di atas bara api sehingga tali pusat itu tanggal sendiri Kelazimannya bayi lelaki akan diazankan di kedua-dua belah telinganya manakala bayi perempuan akan diqamatkan oleh datuk/ayah si bayi. Upacara membelah mulut dimulakan dengan membacakan surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas diikuti dengan mencecap atau merasakan sedikit air madu/kurma ataupun emas dicelupkan ke dalam air pinang pada mulut yang baru lahir Wanita yang telah bersalin mesti menjalani masa berpantang selama 44 100 hari dan mereka tidak dibenarkan memakan sebarang makanan seperti udang, kerang, ketam dan ikan (pari, keli, sembilang, baung). Mereka akan diberi makan ubat-ubat tradisi dan bertungku serta memakai bengkung.

(iii)

Selepas Lahir Lazimnya, bayi yang baru lahir akan tanggal pusatnya dalam tempoh seminggu dan adat cuci lantai diadaikan. Ia juga dikenali sebagai adat naik buai. Kenduri doa selamat dimulakan apabila bidan memulakan jampi serapahnya dengan memegang ayam dengan mengais-ngaiskan kaki ayam ke atas lantai tempat wanita bersalin. Bayi akan diberikan nama menurut ajaran Islam seperti nama para nabi, isteri dan anak-anak nabi yang terpilih Adat Cukur Rambut/ Potong Jambul dilakukan pada hari ketujuh selepas dilahirkan. Semasa adat ini dijalankan, sesiapa yang berkemampuan disunatkan menyembelih ternakan seperti kambing, lembu atau kerbau. Ia sebagai tanda permulaan kebajikan dan kebaikan bagi pihak bayu tersebut. Adat Naik Buai dilakukan secara meriah dalam masyarakat Melayu hari ini. Ia dimulakan dengan bacaan salawat. Alunan nazam dan marhaban berlangsung apabila bayi tersebut diletakkan ke dalam buaian. Bagi tempat lain, adat ini juga dikenali sebagai adat pijak tanah. Adat Bersunat/Berkhatan dilakukan ketika masih kecil (perempuan) oleh bidan dan dalam lingkungan 8 hingga 12 tahun (lelaki) oleh Tok Mudim. Ia adalah wajib kerana Islam meitikberatkan kesucian lahir dan batin

Masyarakat Cina (i) Sewaktu Mengandung Pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang yang diamalkan oleh wanita semasa mengandung dan juga selepas bersalin untuk memastikan bayi yang bakal lahir itu tidak ditimpa kejadian buruk seperti keguguran, kecacatan dan kematian

20

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Contohnya, tidak melakukan kerja-kerja seperti memaku, mengeluarkan kata-kata kesat dan memukul binatang, mengelakkan sebarang konflik, memberi nama kepada bayi dalam kandungan, kerap menggosok perut, memakan makanan yang tajam (nanas dan mangga) ataupun makan terlalu banyak

(ii)

Selepas Lahir Berpantang selama 40 hari, tidak dibenarkan mandi air sejuk, melilitkan kain pada perut bayi, memakan masakan panas dan pedas (arak digoreng bersama ayam, halia dan lada) Mengadakan kenduri apabila umur bayi mencapai umur sebulan dengan memberikan kuih khas (berbentuk bulat berwarna merah dan kuning yang berintikan kacang dan tau su serta telur yang diwarnai merah) kepada saudara-mara terdekat. Mereka yang mendapat kuih dan telur ini akan membalasnya dengan membawa hadiah berupa pakaian bayi dan pati ayam untuk ibu-ibu Mencukur rambut bayi yang dianggap rambut sementara dan sebagai satu pengiktirafan terhadap kelahiran orang baru ke dalam masyarakat Memberikan nama yang terdiri daripada 3 perkataan pertama, nama keluarga, kedua mewakili nama segenerasi di kalangan adik-beradik dan ketiga nama panggilan diri sendiri. Nama yang baik perlu mengambil kira makna unsur Yin dan Yang

Masyarakat India (i) Sewaktu Mengandung Adat Va;aikaapu dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil menjangkau usi tujuh hingga sembilan bulan dengan memakaikan gelang tangan baru Suulkaapu untuk melindungi bayi daripada kesukaran semasa bersalin. Ia diadalan pada hari dan masa yang baik menurut kalendar Hindu Semasa Bersalin Waktu kelahiran penting dan perlu dicatat dengan tepat bagi menentukan bintang bayi mengikut almanak Hindu, yang akan menentukan mental, fizikal dan rohani bayi sehingga dewasa Sebaik sahaja bayi dilahirkan, sami/sesiapa yang berpengetahuan tinggi mengenai agama Hindu akan membisikkan Gayatri Mantiram sebelum tali pusat dipotong. Ia bertujuan untuk membawa rahmat kepada bayi tersebut Tali pusat yang dipotong akan ditanam bersama uri dan tembuni di sekitar kawasan rumah bersama dengan duit tembaga, kunyit, garam dan pinang.

(ii)

21

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Bayi yang baru dilahirkan akan disapu madu bercampur dengan minyak sapi pada lidahnya. Air gula dan minyak savvennai (campuran minyak bijan, minyak lenga dan mambu) boleh digunakan. Penggunaan minyak dipercayai membaawa kecantikan manakala madu dapat melembutkan lidah bayi dan memudahkannya bertutur.

(iii)

Selepas Kelahiran Bayi yang dilahirkan di hospital akan dibawa pulang ke rumah pada hari ketiga, kelima, ketujuh iaitu pada bilangan yang ganjil. Sebelum bayi dibawa masuk ke rumah, upacara aalati dilakukan untuk mengelakkan bala atau sebarang malapetaka daripada berlaku Ibu yang bersalin secara pembedahan tidak dibenarkan mandi selama dua minggu atas sebab kesihatan fizikal yang lemah. Bagi yang bersalin secara normal, si ibu akan mandi selang sehari selepas bersalin dengan menggunakan herba dan dedaun seperti aadatoodai dididihkan bersama air. Rambut akan dikeringkan dengan segera menggunakan asap kemenyan untuk mengelakkan sakit kepala, selsema. Upacara mendodoi taalaattu (penggoyangan lidah) diadakan bertujuan menjadikan bayi serang yang berguna Sebaik bayi berusia enam belas hari, upacara pemberian nama diadakan dengan memasukkan bayi ke dalam buaian dan dikendalikan oleh ahli keluarga yang tertua yang arif tentang agama dan perkara yang berkaitan dengan dewadewa. Nama yang dipilih lazimnya berdasarkan almanak mengikut tarikh kelahiran bayi seperti tokoh sejarahwan dan nenek-moyang

5. Perkahwinan Masyarakat Melayu (i) Merisik Meninjau dan memastikan gadis yang dihajati masih belum berpunya di samping menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa dan pengetahuan agamanya Meminang Urusan peminangan dilakukan oleh kaum keluarga terdekat pihak lelaki untuk menyatakan tujuan sebenar mereka secara rasmi. Rundingan tarikh dan masa yang sesuai dan juga berkenaan dengan hantaran dan jumlah rombongan yang akan datang dilakukan Bertunang Majlis kenduri diadakan sempena dengan hari pertunangan diadakan di rumah pihak perenpuan. Hantaran berupa tepak sirih/sirih junjung sebagai bingkisan utama, sebentuk cincin,
22

(ii)

(iii)

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

bunga rampai, buah-buahan, kuih-muh, pakaian dan lain-lain digubah dan diberikan kepada pihak perempuan (iv) Akad Nikah Akad nikah dilakukan di masjid, di pejabat kadi atau di rumah pengantin perempuan dan akan dijalankan oleh tok kadi atau imam. Bapa pengantin prempuan perlu menjadi wali untuk menikahkan anaknya ataupun boleh juga mewakilkannya kepada tok kadi atau imam Adat Berinai Dilakukan secara berperingkat: berinai curi, berinai kecil, berinai besar. Ia melibatkan kedua-dua pengantin Majlis Perkahwinan Persiapan dijalankan termasuklah mendirikan bangsal penanggah, khemah tetamu, pelamin, bilik pengantin dan menyediakan bunga telur. Pengantin akan bersanding dan mereka digelar sebagai raja sehari.

(v)

(vi)

Masyarakat Cina (i) Merisik Adat merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihajati terutama dari segi nama, keturunan, peribadi, watak dan tingkah laku. Perbincangan diadakan di restoran untuk mengeratkan perhubungan di antara kedua belah keluarga Meminang Wakil dihantar untuk meminang si gadis bagi membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan perkahwinan termasuklah jumlah mas kahwin, peruntukan meja dalam jamuan makan dan hari yang paling sesuai. Pihak lelaki tidak akan tawar-menawar kerana bimbang akan menjatuhkan maruah Bertunang Hari pertunangan dilakukan berdasarkan kalendar Cina dan ia hendaklah bersesuaian dengan bintang kelahiran kedua pasangan tersebut. Hantaran dan mas kahwin lazimnya diberi semasa upacara bertukar cincin perkahwinan Majlis perkahwinan Majlis akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut tempoh yang dipersetujui oleh kedua belah pihak tetapi akan ditangguhkan jika berlaku kematian di kalangan ahli keluarga bakal pengantin. Semasa hari perkahwinan, pengantin lelaki dan perempuan akan dihias indah dengan warna putih, merah atau kuning dan mengadakan upacara menuang teh Cina kepada keluarga bagi kedua belah
23

(ii)

(iii)

(iv)

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

pengantin. Selepas itu, jamuan makan akan diadakan secara besar-besaran di rumah, dewan atau restoran. Masyarakat India (i) Merisik Menggunakan tirumana taraga (orang tengah) untuk merisik dari aspek faktor etnik, subetnik, kasta dan agama serta melihat status dari segi ekonomi dan sosial Kunjungan ke Rumah Pengantin Bakal pengantin lelaki mengujungi bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri rupa dan perawakan calon isterinya. Adat ini dikenali sebagai pen paarttal (melihat bakal isteri) Ikat Janji Niccayam (ikat janji) dilakukan selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak. Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan yang ganjil dengan membawa beberapa barangan kelapa, bunga-bungaan, sirih pinang, buah-buahan, cendana dan kumkum untuk diberikan kepada wakil perempuan Parisam Parisam adalah pemberian hadiah yang dijalankan lebih awal daripada hari perkahwinan. Ia seumpama majlis pertunangan Sebelum Majlis Perkahwinan Kad jemputan dibuat berdasarkan almanak Hindu dan disapu dengan serbuk kunyit cair sebagai lambang keharmonian. Upacara ini dinamakan paanam paaku Thali atau tjirumaangalyam disediakan untuk dikalungkan pada leher kedua-dua pengantin Adat mukuurtta kaal dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan berlangsung. Sebatang pokok yang masih muda dan lurus ditebang untuk dijadikan mukurtta kaal bagi menandakan perkahwinan akan dilangsungkan di rumah tersebut. Selepas Majlis Perkahwinan Pengantin perempuan dikehendaki pergi ke rumah pengantin lelaki bagi menghormati suami selepas mereka disahkan sebagai pasangan suami isteri dan sebaliknya. Ibubapa mertua akan menghormati pasangan pengantin dengan mengadakan jamuan

(ii)

(iii)

(iv)

(v)

(vi)

6. Kematian Masyarakat Melayu


24

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

(i)

Semasa Kematian Mayat perlu dimuliakan dan dihormati daripada jasad yang hidup. Dalam masyarakat Melayu, jenazah mesti dimandikan dan kemudiannya membalut badan dengan kain putih iaitu tiga lapis (lelaki) dan lima lapis berserta telekung (wanita). Mayat dibaringkan di ruang tengah rumah dan kepalanya dihadapkan ke arah kiblat. Orang ramai yang menziarahi akan menyedekahkan ayat-ayat suci al-Quran. Waris si mati akan memberi ucapan ringkas dan memohon ampun dan maaf bagi pihak si mati dan meminta supaya mana-mana hutang dihalalkan ataupun menuntutnya daripada waris si mati Semasa Pengkebumian Hanya kaum lelaki digalakkan menghantar jenazah ke kubur kerana dikhuatiri kaum wanita akan meratapi kematian. Sebelum ditimbus, Siak/sesiapa akan turun ke dalam kubur untuk membuka papan tutup keranda dan mengerengkan mayat serta membukakan ikatan di kepala di samping menyendalnya dengan tanah yang telah dikepal-kepal dan selepas diazankan di telinganya. Ucapan talkin akan diadakan oleh tok imam dan selepas itu air akan disiram di atas kubur si mati dari bahagian kepala hingga sampai ke bahagian kaki hingga habis. Kemudian bunga rampai ditaburkan. Selepas Pengkebumian Kenduri arwah dan doa selamat akan diadakan oleh keluarga si mati selepas jenazah selamat dikebumikan pada hari pertama, ketiga, ketujuh, ke-40 atau ke-100 bagi mendoakan kesejahteraan si mati di alam barzakh

(ii)

(iii)

Masyarakat Cina (i) Semasa Kematian Mayat dibersihkan, dimandikan dan disapu dengan minyak wangi dan disolek serta dipakaikan dengan pakaian yang dipakainya semasa hari perkahwinannya sebagai tanda penghormatan terakhir kepada si mati. Kemudian mayat dimasukkan ke dalam keranda yang diperbuat daripada kayu yang diukir menarik. Bagi yang kaya, keranda diukir dengan bersalutkan logam untuk menunjukkan kedudukan seseorang dalam hayatnya. Semua ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat-handai dikehendaki menangis dengan kuat untuk meratapi pemergian di mati di samping menyelitkan katakata yang menunjukkan si mati telah membuat jasa. Sesiapa yang menghadiri upacara ini mestilah memakai pakaian yang berwarna gelap. (ii) Semasa Pengkebumian

25

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Mayat akan dimasukkan ke dalam liang lahad yang sedia digali dan lubang tersebut mestilah besar untuk memuatkan keranda dan segala harta milik si mati di samping menunjukkan darjat si mati semasa hayatnya. Selain itu, kedudukan kubur juga memainkan peranan penting kerana ia menjadi lambang kebahagian yang bakal dikecapi oleh seseorang yang telah meninggal dunia seperti kubur itu terletak di kawasan yang tinggi.

(iii)

Selepas Upacara Pengkebumian Ahli keluarga akan menjalani adat berkabung dengan memakai baju hitam sehingga tamat tempoh berkabung. Bagi si isteri / suami yang kematian suami / isteri akan terus memakai baju tersebut lebih lama sebagai tanda berkabung

Masyarakat India (i) Semasa Kematian Mayat dimandikan terlebih dahulu dan dibaringkan di atas katil di ruang tamu atau halaman rumah. Air yang digunakan diperolehi dari sungai, perigi atau sumber lain kecuali air paip yang dibawa oleh ahli kaum lelaki yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan si mati. Adat Thaali Vaangutal dilakukan bagi menanggalkan thali semasa berlakunya kematian dalam sesebuah keluarga Setelah dimandikan dan dihias cantik, mayat akan dimasukkan ke dalam keranda bersama-sama dengan kapur barus. Sedikit makanan akan dimasukkan ke dalam mulut mayat sebagai tanda pemberian terakhir vaaikkarisi Kollic catti (anak) mencukur rambut untuk menunjukkan bahawa mereka akan hidup dengan lebih bahagia seperti rambut yang baru tumbuh Semasa Pengkebumian Keranda diletakkan bersebelahan dengan kubur bagi mayat dikebumikan atau diletakkan di atas kayu api yang dibakar. Duit syiling dimasukkan ke dalam dhoti dan diletakkan di antara kaki mayat, lalu diambil oleh pengurus kubur sebagai tanda kelaziman mayat dikebumikan diikuti dengan upacara sembahyang Selepas Pengkebumian Rumah perlu dibersihkan sebaik mayat dibawa ke kubur. Lampu minyak dinyalakan di bekas pembaringan mayat dan selepas itu ahli-ahli keluarga dikehendaki mandi untuk membersihkan diri selepas upacara pengkebumian dijalankan. Bagi mayat yang dibakar, abu mayat akan dikumpulkan keesokan harinya dengan menyiramkan susu pada abu
26

(ii)

(iii)

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

mayat untuk menyejukkan bara api. Terdapat dua cara pengurusan abu mayat sama ada ditanam ataupun dimasukkan ke dalam kain kuning dan dilepaskan di laut Tempoh berkabung sama ada lapan atau 16 hari selepas kematian. Jika berkabung selepas 8 hari kemudian, saudara-mara dan sahabat-handai akan berkumpul di rumah si mati dengan membawa juadah tradisional (sayur-sayuran dan buah-buahan). Berkabung pada hari ke-16 dipanggil karumaati iaitu hari bersembahyang bertujuan agar roh si mati sentiasa dalam keadaan tenang dan aman

7. Kesenian Masyarakat Melayu mempunyai banyak kesenian dari segi muzik (gambus, ghazal, nobat, nafiri), tarian (mak yong, kuda kepang, boria, joget), lukisan (batik), hiburan (wau, wayang kulit, gasing) Masyarakat Cina juga mempunyai banyak kesenian seperti muzik (gong), tarian (Tarian Singa dan Naga), tari lagu (opera) dan seni (sutera) Masyarakat India mempunyai kesenian dari segi muzik (sitar), tarian (perayaan Holi atau Rangoli) dan hiburan (kavadi) PERUBAHAN 1. Pemerintahan dan Pentadbiran Masyarakat Melayu, Cina dan India bekerjasama untuk menjalankan pentadbiran di Tanah Melayu sehingga kini. Antara tokoh-tokoh utama yang memulakan kerjasama ini ialah Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lock dan E. Thuraisingam. Perkongsian kuasa ini di realisasikan menerusi parti komponen Barisan Nasional (BN) 2. Ekonomi dan Perdagangan Kedatangan masyarakat Cina dan India ke Tanah Melayu telah membawa impak yang besar dalam kegiatan ekonomi di negara ini. Contohnya, orang Cina telah memperkembangkan perusahaan perlombongan bijih timah dan kegiatan perdagangan. Orang India pula memainkan peranan dalam usaha untuk mempertingkatkan kegiatan ekonomi negara dari segi perusahaan penanaman getah dan lada hitam. Setelah negara merdeka, semua ahli masyarakat tanpa mengira kaum mula menceburi kegiatan ekonomi dan perdagangan yang lebih bersifat komersial 3. Agama dan Sosial Kedatangan masyarakat Cina dan India telah mewujudkan sebuah masyarakat yang mempunyai kepelbagaian agama. Namun begitu, mereka masih dapat hidup bersama dan mewujudkan keharmonian dan kerukunan dalam masyarakat.
27

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

3. HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Hubungan antara etnik di Malaysia telah banyak dibincangkan kerana negara kita memang terkenal sebagai sebuah negara berbilang kaum yang berjaya mewujudkan keamanan dan telah menjadi model masyarakat majmuk yang aman dan damai bagi negara-negara luar Hubungan antara etnik dilihat dari segi darjah kedekatan yang bermula dengan hubungan yang terpisah sehnggalah hubungan yang terbentuk sebati. Ini dapat ditunjukkan seperti rajah yang berikut. Proses Integrasi Integrasi Rendah Integrasi Tinggi Segregasi Akomodasi Akulturasi Amalgamasi Asimilasi

1. Segregasi Ia merupakan hubungan yang bersifat pemisahan di antara etnik-etnik di dalam sesebuah negara. Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan. Antaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan-kemudahan awam. Segregasi wujud sama ada didasari oleh undang-undang (de jure) atau tidak didasari oleh undang-undang (de facto). Contoh segregasi de jure ialah Dasar Apartheid yang pernah diamalkan di Afrika Selatan 2. Akomodasi Ia merupakan proses di mana etnik-etnik menyedari norma dan nilai mereka antara satu sama lain, namun mereka tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. Walau bagaimanapun mereka hidup secara harmoni dan menghormati antara satu dengan lain. Di peringkat pemerintahan pusat, setiap etnik menghantar wakil yang mewakili etnik masing-masing. Namun dalam institusi-institusi tertentu seperti ekonomi dan pendidikan mereka adalah saling bergantungan antara satu dengan lain. Negara Switzerland adalah contoh negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi, di mana etniketnik di dalamnya seperti etnik Jerman, Perancis dan Itali saling membuat penyesuaian antara satu dengan lain dan hidup dalam keadaan aman (peaceful co-existence)

3. Akulturasi (Asimilasi Budaya)

28

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Ia terjadi apabila manusia dalam kumpulan minority menerima norma, nilai dan pola-pola tingkah laku (budaya) golongan majoriti Proses ini merupakan proses meminjam atau menerima unsur-unsur budaya golongan majoriti. Proses ini merupakan proses meminjam atau menerima unsur-unsur budaya golongan majoriti tanpa mengubah unsur-unsur budaya asal

4. Asimilasi (Asimilasi Struktur) Konsep asimilasi menyatakan tentang kemasukan ke dalam masyarakat dominant melalui persahabatan dan perkaitan rapat. Darjah asimilasi kelompok minoriti adalah berbeza-beza iaitu berdasarkan kepada perbezaan fizikal (warna kulit) dan darjah sejauh mana ciri-ciri budaya berbeza dengan budaya kelompok dominan. 5. Amalgamasi Ia merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis-jenis budaya dan ras yang baru. Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi terjadi ialah perkahwinan campur antara etnik atau ras. FAKTOR MENGHALANG PERPADUAN 1. Budaya Cara hidup dan pemikiran yang berbeza boleh menghalang perpaduan dan interaksi antara etnik 2. Agama dan Kepercayaan Setiap etnik menganuti agama dan kepercayaan yang berbeza turut menghalang perpaduan antara etnik PENDEKATAN MENYATUPADUKAN MASYARAKAT MALAYSIA 1. Akulturasi Terjadi apabila manusia dalam kumpulan minoriti menerima norma, nilai dan pola-pola tingkah laku (budaya) golongan majoriti Proses ini merupakan proses meminjam atau menerima unsur-unsur budaya golongan majority tanpa mengubah unsur-unsur budaya asal. 2. Difusi Proses penyebaran unsur-unsur kebudayaan dari satu individu kepada individu yang lain daripada satu masyarakat kepada masyarakat yang lain. 3. Asimilasi Konsep asimilasi menyatakan tentang kemasukan ke dalam masyarakat dominan melalui persahabatan dan perkaitan rapat. Darjah asimilasi kelompok minoriti adalah berbeza-beza iaitu berdasarkan kepada perbezaan fizikal (warna kulit) dan darjah sejauh mana ciri-ciri budaya berbeza dengan budaya kelompok dominan.
29

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

4. Integrasi Satu proses menyatupadukan anggota-anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti bersama serta perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka (INTAN, 1982:121) CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA 1. Mewujudkan Perpaduan Perpaduan antara etnik tanpa mengira agama dan kaum 2. Pengagihan Kekayaan secara adil Pengagihan ekkayaan antara etnik yang dianggap tidak adil Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan menghuraikan konsep adil dan saksama 3. Jati Diri Semangat nasionalisme dan patriotik antara kaum perlu ada dalam kalangan masyarakat 4. Identiti Nasional Penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan di Malaysia digunakan secara meluas Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan berkaitan bahasa Melayu perlu digunakan.

30

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

BAB 2: PROSES POLITIK


1. ZAMAN PENJAJAHAN
Negara kita merupakan sebuah negara bekas tanah jajahan. Walaupun ia tergolong sebagai sebuah negara anggota Komanwel, sebuah bekas tanah jajahan Inggeris, namun negara kita pernah dijajah oleh penjajah lain selama lebih kurang 446 tahun (1511 -1957) Penjajah-penjajah yang pernah menjajah negara kita ialah Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun serta Siam. Hanya Inggeris dan Jepun sahaja yang dapat menjajah keseluruhan negara ini dan banyak meninggalkan kesan Berikut merupakan penjajah dan ciri-ciri penjajahannya semasa di Tanah Melayu Penjajah dan Ciri-ciri Penjajahan Penjajah Portugis Tempoh 1511 1641 (130 tahun) Inggeris 1824 1942 1945 1957 Catatan Tertumpu di Melaka Mendapat tentangan daripada orang Melayu dengan bantuan Acheh Tidak banyak meninggalkan kesan kepada negara kecuali dari segi bahasa (pinjaman perkataan), tarian dan agama Tertumpu di melaka Tidak banyak meninggalkan kesan; tumpuan penjajahannya ialah di Indonesia Mendapat tentangan daripada orang Melayu yang sering mendapat bantuan Bugis Menjajah keseluruhan negeri Tanah Melayu, dua tahap Banyak meninggalkan kesan dalam kebanyakan sistem kehidupan masyarakat
31

Belanda

1641 -1824 (183 tahun)

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

(130 tahun) Siam 1821 1909 (88 tahun)

Jepun

1942 1945 (3 tahun)

(politik, ekonomi dan sosial) Banyak mendapat tentangan daripada penduduk negara ini Telah lama menaungi negeri-negeri di utara Semenanjung Tanah Melayu, tetapi dari sejarah ianya dicatatkan bermula pada 1821 Tertumpu kepada negeri-negeri di uatara Semenanjung Tanah Melayu seperti Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu Kesannya agak jelas di negeri-negeri di utara khususnya dari segi agama Buddha dan kesenian Menjajah keseluruhan negeri Tanah Melayu Banyak meninggalkan kesan, terutamanya dalam kehidupan masyarakat, khususnya yang berkaitan dengan hubungan kaum Mendapat tentangan daripada penduduk negara ini

Jika dibandingkan dengan penjajah-penjajah yang lain, Inggeris meninggalkan kesan yang begitu mendalam ke atas negara kita Berikut merupakan kronologi penjajahan Inggeris di negara kita Kronologi Penjajahan Inggeris di Negara Kita Tarik h 1786 1819 1824 1826 1841 1874 1874 1878 1888 1896 1909 1914 1945 1946 1948 1957 Peristiwa Penjajahan Francis Light membuka Pulau Pinang Stamford Raffles membuka Singapura Inggeris menerima Melaka daripada Belanda akibat daripada Persetiaan Inggeris-Belanda Pulau Pinang, Melaka dan Singapura disatukan dalam satu unit pentadbiran (Negeri-negeri Selat) James Brooke mengambil Sarawak Campur tangan Inggeris di Perak melalui Perjanjian Pangkor Campur tangan Inggeris di Sungai Ujong Raja Brunei menyerahkan kawasannya di Sabah kepada Inggeris Campur tangan Inggeris di Pahang Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang disatukan (Negeri-negeri Melayu Bersekutu) Dengan Perjanjian Pangkor, Siam menyerahkan Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan kepada Inggeris dan dikenali Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu Johor menerima penasihat Inggeris Pentadbiran Tentera British ditubuhkan (BMA) Malayan Union ditubuhkan di Tanah Melayu Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan menggantikan Malayan Union Negara kita mencapai kemerdekaan
32

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

FAKTOR CAMPUR TANGAN BRITISH Terdapat tiga faktor utama British campur tangan di Tanah Melayu (i) Faktor Ekonomi Faktor terpenting. British memerlukan bahan-bahan mentah berikutan dengan Revolusi Perindustrian di England / Eropah menyebabkan pedagang British melabur di negeri-negeri Melayu melalui perlombongan Faktor Politik British bimbang dengan campur tangan kuasa asing yang lain Pada tahun 1870-an, Itali, Perancis, Jerman dan Rusia bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan yang dijadikan sebagai pembekal bahan-bahan mentah Faktor Sosial Keadaan anarki yang berlaku di Tanah Melayu Masalah yang berlaku di dalam negeri-negeri Melayu seperti perang saudara antara pembesar dalam merebut takhta dan kawasan, pergaduhan antara kongsi gelap Cina dan kegiatan perlanunan di Selat Melaka

(ii)

(iii)

Disebabkan oleh faktor-faktor ini, pada bulan September 1873 Lord Kimberley, Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan, mengambil keputusan untuk mempunyai dasar campur tangan dalam hal-ehwal negeri-negeri Melayu Jadual yang berikut menunjukkan ringkasan campur tangan Inggeris

Ringkasan Campur Tangan British di Negeri-negeri Melayu, Sabah dan Sarawak Negeri Sarawak (1842) Catatan Peristiwa James Brooke menduduki Sarawak setelah menunaikan janji kepada Raja Muda Hashim untuk menghapuskan pemberontakan James Brooke ditabalkan menjadi Raja Sarawak pada tahun 1842 Sultan Brunei bersetuju menandatangani Perjanjian 1842 untuk mengesahkan James Brooke sebagai gabenor Sarawak kerana khuatir Brunei diancam oleh Inggeris Campur tangan didasari oleh faktor-faktor untuk menjaga kepentingan saudagar-saudagar Inggeris
33

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Perak (1874) Selangor (1874) Sungai Ujong (1874)

Pahang (1880-an) Sabah (1946)

Berlakunya kekacauan: Perang Larut (perebutan ke atas penguasaan lombong bijih timah) melibatkan Kongsi Gelap Cina Hai San dan Ghee Hin dan perang saudara (perebutan takhta di antara Raja Abdullah dengan Raja Ismail) Permintaan pembesar-pembesar Ngah Ibrahim (Menteri Larut) dan Raja Abdullah untuk British campur tangan British bimbang kuasa Eropah yang lain akan campur tangan di negeri-negeri Melayu Perjanjian Pangkor ditandatangani paa 20 Januari 1874 J.W.W. Birch dilantik sebagai Residen yang pertama Perang saudara melibatkan Raja Mahadi dan Raja Abdullah Raja Abdullah disokong oleh Tengku Kudin dan Yap Ah Loy; Raja Mahadi disokong oleh putera-putera Sultan Selangor dan Sayid Masyor Niat British untuk campur tangan tidak tercapai kerana pembesar Melayu tidak mahu Inggeris campur tangan Pada 1873, kapal dagang British diserang lanun; dan ini menjadi asas British untuk campur tangan Pada bulan Ogos 1874, Frank Swettenham dilantik sebagai penasihat rasmi sultan; dan J.G. Davidson dilantik sebagai Residen Rebutan kuasa di Sungai Linggi di antara Dato Kelana Sayid Abdul Rahman dengan Dato Bandar Kulup Tunggal Dato Kelana meminta bantuan Inggeris dan seterusnya diiktiraf sebagai ketua Sungai Ujong. Namun perlantikan Dato Kelana dan kehadiran Inggeris ini ditentang oleh Dato Bnadar Kulup Tunggal Tentera Inggeris yang diketuai oleh W.A. Pickering berjaya mengalahkan Dato Bandar Kulup Tunggal Sungai Ujong menerima penasihat Inggeris bernama W.I. Tatham Perang saudara berlaku untuk jawatan Bendahara antara Wan Mutahir dengan Wan Ahmad Cadangan Sultan Ahmad untuk memberikan konsensi perdagangan kepada kuasa Barat membimbangkan Inggeris Pada bulan Februari 1888, seorang warganegara Inggeris (berbangsa Cina) dibunuh di Pekan (berhampiran istana Sultan) British menjadikan pembunuhan tersebut sebagai alasan untuk campur tangan Sultan Ahmad menerima Residen British bernama J.P. Rodger Sebahagian Sabah di bawah Kesultanan Brunei sejak kurun ke16 Dipajakkan kepada Charles Lee Moses pada 1865 yang seterusnya dijual kepada Baron Von Overbeck Kesultanan Sulu bersetuju menyerahkan kawasannya di Sabah kepada Overbeck dan Dent pada tahun 1878 Kompeni Berpiagam Borneo Utara dibentuk untuk mentadbir Sabah
34

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Pada 15 Julai 1946, Sabah diisytiharkan sebagai tanah jajahan British

JEPUN 15 Februari 1942 Tanah Melayu dan Singapura jatuh ke tangan Jepun 12 September 1945 pendudukan Jepun berakhir

Faktor Kemenangan Jepun (i) (ii) Ketidaksediaan tentera British untuk menghadapi peperangan Tidak menyangka Jepun menyerang dari Utara Kelemahan pertahanan laut British Kapal Prince of Wales dan Repulse ditenggelamkan oleh Jepun Persediaan perang oleh Jepun Maklumat pertahanan British (tentera dan peralatan) Rangkaian pengintipan yang baik di Tanah Melayu Kelebihan-kelebihan tentera Jepun Tentera Jepun terlatih dalam perang, Pegawai berkebolehan dan berpengalaman (Yamashita dan Tsuji), taktik perang yang baik dan praktikal Kekurangan tentera British Tidak ada semangat perang yang tinggi peringkat awal kalah kepada Jepun; terdiri daripada orang asing (Sikh) muda dan tidak berpengalaman

(iii)

(iv)

(v)

Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu Malai Baru Berpusat di Singapura Singapura dikenali sebagai Syonan-to dan terasing daripada pentadbiran Tanah Melayu Pulau Pinang, Melaka, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan di bawah satu pentadbiran Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu di bawah pemerintahan Siam untuk membalas jasa Siam Pentadbiran diketuai oleh Gabenor manakala sultan hanya sebagai ketua adat dan agama

Kesan Pendudukan Jepun Politik Wujud kesedaran politik yang kuat di kalangan rakyat melalui propoganda Asia untuk Orang Asia Wujud keyakinan untuk memerintah sendiri disebabkan: (i) Pengalaman bekerja dalam pentadbiran Jepun
35

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

(ii) Anggapan British tidak boleh dikalahkan telah berubah kepada anti penjajah Semangat nasionalisme kerana permusuhan yang timbul di antara orang Melayu dan Cina Kesulitan dalam proses mewujudkan semangat kenegaraan terutama di kalangan orang Cina dan India Parti Komunis Malaya (PKM) 1945 1948 merupakan parti yang terkuat di Tanah Melayu Ekonomi Kegiatan ekonomi di Tanah Melayu lumpuh British memusnahkan kebanyakan harta benda dan infrastruktur sebelum menyerah kalah Perdagangan dengan negara luar terputus Taraf hidup orang Melayu merosot Tanaman makanan diperkenalkan seperti ubi kayu, keledek dan keladi disebabkan beras berkurangan Pengedaran mata wang pokok pisang yang tidak terkawal menyebabkan inflasi Infrastruktur tidak dikendalikan dengan baik

Sosial

Penduduk Tanah Melayu terutama orang Cina ditindas oleh orang Jepun ramai orang Melayu dan India dipaksa untuk membina Jalan Keretapi Maut di antara Thailand dan Burma Orang Cina lari ke pinggir hutan pertembungan dengan orang Melayu yang tinggal di kampung berbeza budaya dan tradisi menyebabkan masalah perkauman Permusuhan antara orang Cina dan Melayu layanan orang Jepun lebih baik terhadap orang Melayu dengan memberikan jawatan seperti polis, tentera dan politik. Akibatnya berlaku pertempuran kaum selepas pendudukan Jepun Sistem pendidikan Jepun menekankan latihan akhlak daripada akademik menanamkan sifat kerajinan terutama di kalangan orang Melayu

REAKSI AWAL MASYARAKAT TEMPATAN (i) Perjuangan Bersenjata Menentang Penjajah (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) Melaka (1511 24) : Sultan Mahmud Naning (1831 32) : Penghulu Dol Said Selangor (1874) : Raja Mahadi Perak (1875) : Sultan Abdullah, Dato Maharaja Lela, Tok Sagor Negeri Sembilan (1875) : Tengku Antah Pahang (1871 95) : Tok Gajah, Dato Bahaman, Mat Kilau Sarawak (1853 60) : Shatif Masahor, Rentap, (1893 1920-an) Banting Sabah (1894 1900) : Mat Salleh, (1915) Antanum
36

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

(i) (j) (k) (ii)

Kelantan (1915) : Haji Wan Hassan (Tok Janggut) Terengganu (1922 1928) : Hj. Abd. Rahman Limbung Tanah Melayu (1941 45) : Penduduk Tanah Melayu

Perjuangan Semangat Kebangsaan (a) (b) (c) Pengaruh Luar - Jepun, Turki, Mesir, Indonesia Media Massa Al-Imam, Saudara, Majlis, Warta Malaya, Utusan Melayu, Warta Sarawak Pertubuhan Kesatuan Melayu Singapura (1929), Kesatuan Melayu Selangor (1938), Persatuan Melayu Perak (1937), Persatuan Melayu Semenanjung (1930), Persaudaraan Sahabat Pena Malaya (PASPAM), Kesatuan Melayu Muda (KMM) (1938)

KESAN PENJAJAHAN (i) Politik (a) Keamanan dipulihkan (b) Sistem tradisi terjejas kedudukan raja dan pembesar (c) Timbul kesedaran politik yang kuat Asia untuk Orang Asia (d) Pentadbiran negara berasaskan negara Britain Ekonomi (a) Tanaman baru diperkenalkan (b) Proses perbandaran semakin pesat (c) Golongan imigran dan barat memonopoli sumber ekonomi manakala golongan pribumi jauh ketinggalan Sosial (a) Kepesatan penyediaan infrastruktur pos, jalan raya, hospital (b) Pertambahan penduduk yang pesat imigran Cina dan India (c) Wujud perbezaan dan jarak sosial antara kaum (d) Pendidikan bahasa (tuala, jendela) dan tulisan rumi (e) Agama Kristian (f) Tarian joget (g) Masyarakat Serani

(ii)

(iii)

2. PERJUANGAN KEMERDEKAAN
MALAYAN UNION

Penjajah Jepun menyerah kalah pada tahun 1945 dan Perang Dunia Kedua tamat Tempoh penyerahan kuasa Jepun dan kedatangan semula British di Tanah Melayu memberi peluang kepada Parti Komunis Malaya (PKM) melalui Malayan Peoples Anti-Japanese Army (MPAJA) untuk mengambil alih kuasa selama 14 hari
37

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

British kembali ke Tanah Melayu pada bulan September 1945 dan menubuhkan Pentadbiran Tentera British (British Military Administration - BMA) tetapi tidak bertahan lama dan kemudiannya digantikan dengan Malayan Union (Kesatuan Malaya)

Cadangan Penubuhan Malayan Union Parlimen Inggeris pada 10 Oktober 1945 telah membentangkan satu kertas putih yang berisikan matlamat British untuk mewujudkan satu sistem pentadbiran baru yang dikenali senagai Malayan Union Malayan Union merupakan satu kesatuan negeri-negeri Melayu (bersekutu dan tidak bersekutu) termasuk Pulau Pinang dan Melaka Negeri-negeri di Semenanjung yang tidak pernah lagi ditadbir sebagai satu kesatuan, dan mempunyai cara pemerintahan tersendiri adalah ditadbirkan di bawah satu kesatuan

Tujuan Diperkenalkan Memelihara kepentingan hak pihak British di Tanah Melayu khususnya dari segi ekonomi (ii) Penyeragaman sistem pentadbiran (iii) Menjimatkan kos pentadbiran (iv) Memerdekakan Tanah Melayu Ciri-ciri Malayan Union (i) (ii) (iii) (iv) Terdiri daripada 9 buah negeri, Melaka dan Pulau Pinang Pusat pentadbiran terletak di Kuala Lumpur dan ditadbir oleh seorang Gabenor British. Gabenor dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis Perundangan Kedaulatan raja dihapuskan, hanya ketua dalam agama, adat istiadat dan Majlis Penasihat Melayu Singapura kekal sebagai tanah jajahan British di bawah kuasa seorang Gabenor Jenaral British yang berkuasa ke atas Gabenor Malayan Union Kerakyatan bebas mengikut prinsip jus soli sekiranya: (a) Orang asing yang berumur 18 tahun ke atas dan telah bermastautin di Tanah Melayu selama 10 tahun daripada 15 tahun sebelum Februari 1942 (b) Seseorang dilahirkan di Tanah Melayu selepas penubuhan Malayan Union Hak warganegara yang sama rata bagi semua orang tanpa mengira bangsa atau asal keturunan termasuklah kemasukan dalam perkhidmatan kerajaan dan hak mengundi dalam pilihan raya umum memperolehi (i)

(v)

(vi)

Sir Harold MacMichael dipertanggungjawabkan persetujuan daripada Raja-raja Melayu Januari 1946, Perlembagaan Malayan Union diluluskan 1 April 1946, Malayan Union diisytiharkan secara rasmi Sir Edward Gent sebagai Gabenornya yang pertama

Penentangan Terhadap Malayan Union


38

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Menerima tentangan dariapda orang Melayu disebabkan: (i) Penghapusan kedaulatan dan kuasa Raja-raja Melayu (ii) Pemberian kerakyatan bebas jus soli Dibahagikan kepada dua peringkat: (i) Individu Menyuarakan penentangan melalui media massa seperti dalam akhbar Melayu Majlis dan Utusan Melayu Kolektif Menggunakan pertubuhan mereka seperti kesatuan peringkat negeri dan nasional dan mengadakan demonstrasi di kebanyakan negeri Contohnya: (a) 15 Disember 1945: Persekutuan Persetiaan Melayu Kelantan menganjurkan demonstrasi yang dihadiri lebih kurang 10 000 orang ketika Harold MacMichael tiba di Kelantan (b) Januari 1946: 50 000 orang di Alor Setar, Kedah (c) 10 Februari 1946: 15 000 orang di Johor (d) 1 hinggs 4 Mac 1946: Kongres Persatuan Malaya diadakan di Selangor atas usaha Persatuan Melayu Selangor dan Dato Onn Jaafar. Ia dihadiri seramai 107 perwakilan dan 56 pemerhati daripada 41 buah Persatuan Melayu (e) 11 Mei 1946: Kongres Persatuan Melayu diadakan di Johor Bahru dan melahirkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (United Malays Nation Organization - UMNO) yang menggunakan cogan kata Hidup Melayu

(ii)

Ketika upacara penubuhan Malayan Union dan perlantikan Gabenor, raja-raja tidak menghadirinya; malahan orang Melayu telah berkabung selama 7 hari (bermula 1 April 1946) dengan melilitkan kain putih pada songkok mereka Ahli-ahli Melayu yang duduk dalam Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Negeri telah memulaukan majlis tersebut

Faktor Penentangan Malayan Union (i) (ii) (iii) Pemberian kerakyatan kepada kaum bukan Melayu Penghapusan kuasa dan kedaulatan raja-raja Melayu Peras ugut oleh MacMichael dalam memperolehi tandatangan daripada raja-raja Melayu

Kegagalan Malayan Union Malayan (i) (ii) (iii) (iv) (v) Union gagal dilaksanakan disebabkan: Tentangan hebat daripada orang Melayu Tidak ada sokongan kuat daripada orang bukan Melayu Ketidaksesuaian masa Cara pengenalan yang salah Tentangan daripada bekas pentadbir-pentadbir Inggeris
39

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Dilakukan oleh Pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu seperti R.O. Winstedt, Frank Swettenhem, George Maxwell, Cecil Clementi Smith Dikeluarkan melalui akhbar yang disiarkan di London

Malayan Union dibubarkan pada bulan Julai 1946 Satu rundingan diadakan di antara Sir Edward Gent, raja-raja Melayu dan Dato Onn bin Jaafar untuk menggubal satu perlembagaan baru menggantikan perlembagaan Malayan Union Penubuhan Parti-parti Politik Di Tanah Melayu Menjelang Kemerdekaan Organisasi / Fahaman Parti Politik UMNO Ciri-ciri Kebangsaan

Perikatan MCA MIC PKM

Pertubuhan Melayu Bersatu (1946) Diasaskan oleh DatoOnn Jaafar Menentang Malayan Union dan menyatupadukan orang Melayu; berjuang untuk kemerdekaan Tanah Melayu Persatuan Cina Tanah Melayu (1949) Diasaskan oleh Tan Cheng Lock Melindungi kepentingan orang Cina dan bekerjasama dengan kaum lain untuk capai kemerdekaan Kongres India Tanah Melayu (1946) Diasaskan oleh John Thivy Menjaga kepentingan kaum India dan memperjuangkan kemerdekaan bersama kaum lain Parti Komunis Malaya (1930) Parti politik tertua di Tanah Melayu Ingin mencapai kemerdekaan melalui revolusi, berhasrat untuk menubuhkan Republik Komunis Tanah Melayu Angkatan Wanita Sedar (1946) Diketuai oleh Shamsiah Fakeh Perjuangan kemerdekaan dipengaruhi oleh perjuangan nasionalis di Indonesia Angkatan Pemuda Insaf (1946) Diasaskan oleh Ahmad Boestaman Perjuangan utamanya ialah kemerdekaan bersama Indonesia dan membentuk Melayu

Radikal / Sosialis

AWAS


40

API

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Raya PKMM PETA Parti Kebangsaan Melayu Malaya Diasaskan oleh Dr. Burhanuddin Al-Helmi

Ikatan Pemuda Tanahair Melayu (1947) PAS Islam Parti Islam Se-Malaya (1951) Diasaskan oleh Ahmad Fuad Hassan Mahu mendirikan kerajaan Islam Memperjuangkan Islam sebagai agama rasmi dan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Hizabul Muslimin (1948) Diasaskan oleh Haji Abu Bakar Berjuang untuk menubuhkan sebuah kerajaan Islam di Tanah Melayu Parti Malaya Merdeka (1951) Diasaskan oleh Dato Onn Jaafar setelah keluar daripada UMNO Memperjuangkan kemerdekaan dalam 10 tahun Parti Negara (1954) Diasaskan oleh Dato Onn Jaafar setelah IMP dibubarkan pada tahun 1953 apabila tidak mendapat sokongan Memperjuangkan kemerdekaan dalam masa 5 tahun

HISBUL MUSLIMIN

IMP Bukan Perkauman Parti Negara

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (PTM) Ditubuhkan pada 1 Februari 1948

Cadangan Perlembagaan Baru Kerajaan British pada 25 Julai 1946 telah melantik Jawatankuasa Kerja untuk menggubal satu perlembagaan baru menggantikan perlembagaan Malayan Union Terdiri daripada 6 orang Pegawai British, 4 orang wakil raja-raja Melayu dan 2 orang wakil UMNO Cadangan: (i) Kedaulatan dan kuasa raja-raja Melayu dipelihara (ii) Syarat-syarat kewarganegaraan yang lebih ketat bagi kaum bukan Melayu (iii) Kedudukan istimewa kaum Melayu dijamin Penentangan Daripada AMCJA
41

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Orang bukan Melayu mengkritik Jawatankuasa Kerja khususnya daripada anggota Malayan democratic Union (MDU) 22 Disember 1946, kaum bukan Melayu menubuhkan Majlis Tindakan Bersama Tanah Melayu (All-Malaya Council of Joint Action - AMCJA) bagi menentang perlembagaan baru yang dicadangkan Komponen AMCJA ialah Kongress India Malaya (Malayan India Congress MIC), Malayan Peoples Anti Japanese Ex-Services Comrades Association dan Pan-Malayan Federation of Trade Unions AMCJA diketuai oleh Tan Cheng Lock Perjuangan AMCJA atas tiga prinsip iaitu: (i) Penyatuan seluruh Tanah Melayu (termasuk Singapura) (ii) Pemerintahan sendiri melalui sebuah Badan Perundangan Pusat dengan ahli-ahli dipilih oleh rakyat (iii) Hak-hak kerakyatan yang sama bagi semua orang yang menganggap Tanah Melayu sebagai tanah air dan tumpuan taat setia Terdapat percanggahan antara prinsip AMCJA dan UMNO

Penentangan Daripada PUTERA Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) merupakan gabungan: (i) Angkatan Pemuda Insaf (API) Ahmad Boestaman (ii) Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) Dr. Burhanuddin Al-Helmi (iii) Angkatan Wanita Sedar (AWAS) Shamsiah Fakeh Parti orang Melayu berhaluan kiri (radikal) yang banyak dipengaruhi oleh PKM Berhasrat menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah republik Mempersoalkan kepimpinan UMNO yang terus dikuasai oleh golongan feudalis dan bukan rakyat biasa Memperjuangkan: (i) Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa rasmi negara (ii) Hal-ehwal luar dan pertahanan menjadi tanggungjawab bersama Kerajaan Tanah Melayu dan British (iii) Perkataan Melayu hendaklah digunakan sebagai nama kerakyatan atau kewarganegaraan Tanah Melayu (iv) Bendera Kebangsaan hendaklah mengandungi warna-warna kebangsaan Melayu

Persepakatan AMCJA-PUTERA Mac 1947, AMCJA bergabung dengan Putera di bawah pimpinan Dr. Burhanuddin Al-Helmi Bertujuan menentang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu April 1947, menubuhkan Perlembagaan Rakyat tetapi ditolak oleh British kerana bersifat radikal 20 Oktober 1947, melancarkan hartal (penutupan kedai) di seluruh Tanah Melayu tetapi gagal
42

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1 Februari 1948, British menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu bagi menggantikan Malayan Union Terdiri daripada 9 negeri Melayu, Melaka dan Pulau Pinang yang diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British Singapura diasingkan tetapi kekal sebagai tanah jajahan British Pesuruhjaya Tinggi dibantu oleh Majlis Perundangan dan Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan Hak raja-raja Melayu dikembalikan Pentadbiran negeri Pulau Pinang dan Melaka di bawah Pesuruhjaya Residen Syarat kewarganegaraan diperketatkan Hak istimewa orang Melayu sebagai kaum pribumi diiktiraf Orang Melayu mempunyai perwakilan terbesar dalam Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri

ANCAMAN KOMUNIS Dari segi sejarah, peristiwa atau zaman darurat berkait rapat dengan perkembangan dan aktiviti Parti Komunis Malaya (PKM), yang masuk ke Tanah Melayu dalam tahun 1920-an melalui cawangan Parti Koumintang yang mempunyai perikatan dengan komunis di negeri China Bermatlamat untuk menggulingkan kerajaan British dan menubuhkan sebuah Republik Komunis Malaya PKM bergerak secara bawah tanah kecuali pada tahun 1945 hingga 1948 Ketika pendudukan Jepun, PKM bekerjasama dengan Inggeris untuk menentang Jepun dengan menubuhkan Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) Sebaik Perang Dunia Kedua tamat, sebilangan gerila PKM keluar dari hutan dan mengatur strategi untuk mengambil alih kuasa, sebelum British memerintah semula Tanah Melayu PKM membentuk Malayan Races Liberation Army (MRLA) / Bintang Tiga yang melambangkan tiga kaum utama di Tanah Melayu (Melayu, Cina dan India) untuk memperjuangkan pembentukan Republik Komunis Malaya Min Yuen, unit bekalan dan pengintipan awam berfungsi untuk: (i) Memperolehi bekalan makanan dan perubatan untuk kegunaan gerila komunis (ii) Mendapatkan maklumat mengenai kegiatan-kegiatan Inggeris

Fahaman Komunis Tidak Mendapat Sokongan Orang Melayu: fahaman komunis adalah bertentangan dengan ajaran agama Islam yang menolak kepercayaan tentang adanya Tuhan

43

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Orang Cina lebih berminat dengan dalam aktiviti ekonomi melalui penubuhan Malayan Chinese Association (MCA) 1948, berikutan dengan Calcutta Resolution, PKM melancarkan serangan ke atas ladang-ladang getah dan lombong-lombong bijih timah

Pemberontakan dan Keganasan Komunis Jun 1948, PKM melancarkan pemberontakan bersenjata di Tanah Melayu setelah: (i) Keputusan Kongres Pemuda Komunis Asia pada Februari 1948 (ii) Kegagalan PKM menguasai Tanah Melayu 1948 51, PKM melancarkan serangan hebat ke atas ladang, lombong, balai polis dan orang awam terutama yang berbangsa Eropah Perang gerila untuk melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu 6 Oktober 1951, Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya Polis British ditembak mati ketika dalam perjalanan ke Bukit Fraser Langkah-langkah Menghapuskan Pemberontakan Komunis 1. Perisytiharan dan Undang-undang Darurat 16 Jun 1948, Sir Edward Gent, Pesuruhjaya Tinggi British mengisytiharkan darurat di Perak dan Johor 17 Jun 1948, darurat diisytiharkan di seluruh Tanah Melayu setelah 3 orang pengurus ladang berbangsa Eropah di Perak dibunuh 23 Julai 1948, PKM diharamkan secara rasmi Undang-undang Darurat 1948 memberi kuasa kepada polis dan tentera untuk menahan atau menangkap orang yang disyaki terlibat dengan kegiatan komunis tanpa perbicaraan Sekatan jalan raya dan perintah berkurung Kad pengenalan diri bagi penduduk yang berumur 12 tahun ke atas

2. Rancangan Briggs Diperkenalkan oleh Sir Harold Briggs Strategi: (i) Menempatkan golongan setinggan di pinggir hutan ke kampung baru bermula pada 1 Jun 1950 di Johor (ii) Melancarkan gerakan kelaparan Februari 1952, lebih daripada 400 000 orang setinggan Cina ditempatkan semula di 400 buah kampung baru

3. Langkah Ketenteraan 1952, Sir Gerald Templer dilantik menggantikan Sir Henry Gurney sebagai Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu Strategi: (i) 13 batalion askar Inggeris, Gurkha dan Melayu (ii) Melatih 67 000 mata-mata khas Melayu (iii) 1953, membentuk sistem pengawal kampung (home guards) berjumlah 210 000
44

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

(iv) Bantuan tentera Komanwel Australia, New Zealand dan Rhodesia 4. Perang Saraf Strategi Sir Gerald Templer: (i) Melonggarkan syarat kewarganegaraan bagi bukan Melayu (ii) Memberikan pengampunan secara beramai-ramai kepada anggota PKM yang menyerah diri (iii) Memberikan hadiah kepada sesiapa yang memberikan maklumat (iv) Menyebarkan risalah (v) Kawasan putih dan kawasan hitam (vi) Perintah berkurung

5. Rundingan Baling Diadakan di Baling, Kedah pada 28 dan 29 Disember 1955 Pihak kerajaan diwakili oleh Tunku Abdul Rahman, David Marshall dan Tan Cheng Lock sementara PKM diwakili oleh Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin PKM menuntut supaya diiktiraf sebagai parti yang sah di sisi undangundang, tetapi tuntutan ini ditolak Tawaran kerajaan supaya PKM meletakkan senjata ditolak oleh PKM Kesan Darurat 31 Julai 1960, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan darurat tamat Kesan buruk: (i) 9 581 anggota PKM terbunuh (ii) 2 461 orang awam terbunuh (iii) 1 851 anggota keselamatan Kerajaan Persekutuan (iv) 1 383 tercedera (v) 807 hilang (vi) Banyak harta benda musnah (vii) Perkembangan ekonomi negara terbantut (viii) Jarak sosial yang berbeza antara kampung baru dengan kampung baru yg lain xi) Perselisihan kaum antara orang Melayu, pasukan polis dan tentera dan Cina, anggota PKM Pengajaran: (i) Cabaran penduduk berbilang kaum untuk bekerjasama (ii) Tindakan Inggeris memerdekakan Tanah Melayu dengan adanya perpaduan antara kaum

Rundingan Kemerdekaan Februari 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai satu rombongan ke London untuk merundingkan kemerdekaan Tanah Melayu Rombongan terdiri daripada: (i) Wakil raja-raja Melayu: Datuk Panglima Gantang, Dato Ahmad Kamil, Abdul Aziz Majid dan Dato Mohd Seth
45

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

(ii)

Wakil Perikatan: Tunku Abdul Rahman, Dr. Ismail Abdul Rahman, Dato Abdul Razak Hussein dan Kolonel H.S. Lee (iii) Wakil British di Tanah Melayu Rundingan dipengerusikan oleh Lord Lennox-Boyd, Setiausaha Tanah Jajahan British Rundingan memakan masa selama tiga minggu dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956 (Perjanjian London) Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan 31 Ogos 1957 di Padang Bandar Hilir Melaka sekembalinya dari London

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1956, Suruhanjaya Reid ditubuhkan di ketuai oleh Lord Reid Ahli suruhanjaya terdiri daripada Lord Reid (British), Sir Ivor Jennings (British), Sir William Mckell (Australia), B. Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan) Bersidang banyak kali dari bulan Jun hingga Oktober 1956 Sebanyak 131 memorandum bertulis diambil kira sewaktu suruhanjaya merangka perlembagaan baru terutama daripada raja-raja Melayu dan Perikatan Perjanjian murni di antara kaum demi kepentingan bersama seperti syarat kerakyatan bukan bumiputera dan kedudukan istimewa bumiputera Perlembagaan yang diterima telah diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan pada 15 Ogos 1957 dan berkuatkuasa pada 27 Ogos 1957 Perlembagaan berasaskan kepada konsep raja berpelembagaan dan demokrasi berpelembagaan

Asas-asas perlembagaan yang dipersetujui bersama ialah: (i) (ii) Ketua negara Tanah Melayu ialah Yang di-Pertuan Agong sementara Raja-raja pula menjadi ketua di negeri masingmasing Kedudukan orang Melayu sebagai kaum bumiputera di Tanah Melayu diiktiraf dan hak istimewa mereka dijamin oleh Perlembagaan Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa kebangsaan, walau bagaimanapun bahasa Inggeris masih boleh digunakan dalam Malis Perundangan selama 10 tahun selepas merdeka Seseorang yang dilahirkan di Tanah Melayu pada atau selepas kemerdekaa, secara automatis menjadi warganegara Tanah Melayu Walaupun Islam dijadikan sebagai agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu, namun kebebasan beragama bagi orang bukan Islam adalah terjamin

(iii)
(iv) (v)

Perisytiharan Kemerdekaan

46

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Perlembangan kemerdekaan Tanah Melayu telah dilakukan pada malam hari ketika terbit detik pertama 31 Ogos 1957 (selepas tengah malam 30 Ogos) di padang Kelab Selangor (Dataran Merdeka) Bendera Union Jack (bendera kerajaan British) diturunkan dan buat kali pertamanya dikibarkan bendera Malaya Merdeka (Jalur Gemilang) Apabila fajar 31 Ogos 1957 terbit, upacara perisytiharan kemerdekaan dan majlis rasmi menandatangani perisytiharan kemerdekaan di Stadium Merdeka Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dilantik sebagai Perdana Menteri pertama dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman sebagai Yang di-Pertuan Agong Persekutuan Tanah Melayu pertama

3. PEMBENTUKAN MALAYSIA
GAGASAN MALAYSIA

Kabinet British membincangkan isu ini pada Tahun 1888 dan paling serius pada 1932 setelah menguasai sembilan negeri Melayu, Sarawak dan Borneo British (Nordin Sopiee, 1974) Cadangan tempatan: (i) David Marshall (1955) Singapura bercantum dengan Malaya (ii) Ghazali Shafie (1954) dan Tan Cheng Lock (1955) (iii) Lee Kuan Yew (1959) Singapura dan Malaya (iv) Tunku Abdul Rahman (1955) semasa persidangan UMNO 27 Mei 1961, majlis makan malam bersama wartawan-wartawan Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura, Tunku Abdul Rahman mengemukakan cadangan terbuka: Kerajaan Tanah Melayu sedar ia tidak dapat bersendirian dan berasingan. Lambat-laun Tanah Melayu akan bekerjasama dengan Singapura, Sarawak, Brunei dan Borneo Utara

Sebelum itu, Tunku Abdul Rahman mengadakan beberapa pertemuan dengan tokoh-tokoh penting (Lee Kuan Yew (Januari 1961), Senu Abdul Rahman membincangkan hasil tinjauannya di Sabah, Sarawak dan Brunei (1960) dan MacMillan di London (Februari 1961)

FAKTOR PEMBENTUKAN MALAYSIA (i) Merdeka Melalui Percantuman Brunei, Sabah dan Sarawak percantuman boleh bebas melalui

(ii)

Persefahaman Untuk Pembangunan


47

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

(iii)

Memupuk persefahaman serantau dan melahirkan satu bangsa yang bersatu

Keseimbangan Kaum dan Perpaduan Pengekalan imbangan bukan-Bumiputera dengan Bumiputera Penggunaan bahasa Melayu sebagai medium dan saluran penyatuan serta memupuk identiti Bersama Membenteras Komunis Semua negara terdedah kepada pengaruh komunis seperti Malaya, Brunei dan Singapura Kerjasama Ekonomi Singapura (perdagangan antarabangsa, perusahaan dan pelancongan), Brunei (hasil minyak), Sabah dan Sarawak (hasil hutan) dan Malaya (hasil galian dan pertanian) Bersatu Dalam Hubungan Antarabangsa Kedudukan kukuh sebagai sebuah negara baru

(iv)

(v)

(vi)

REAKSI TERHADAP GAGASAN Singapura Lee Kuan Yew menyokong kuat tetapi terdapat perubahan politik pada awal tahun 1961 Parti Tindakan Rakyat (Peoples Action Party PAP) pimpinan Lee Kuan Yew menerima tentangan daripada parti serpihan PAP, iaitu parti sosialis United Peoples Party (UPP) yang ingin membawa Singapura merdeka dengan ideology yang berlainan Puncak penentangan UPP berlaku semasa pilihan raya kecil kawasan Hong Lim (April 1961) Ong Eng Guan memenangi pilihan raya tersebut Julai 1961, pilihan raya kecil Anson, Parti Buruh menang Brunei Rakyat Brunei tidak sebulat suara menyetujui Malaysia Sultan Omar Ali Saifuddin berminat tetapi menghadapi tentangan hebat daripada Ahmad M. Azahari, pemimpin Parti Rakyat Brunei yang ingin membawa Brunei ke dalam pertubuhan lain dengan bergabung bersama Borneo Utara British dan Sarawak di bawah nama Kalimantan Utara Tentangan Azahari memuncak dalam bentuk revolusi bersenjata tetapi akhirnya dapat dipatahkan oleh Sultan dengan bantuan British Sabah dan Sarawak Sambutan penduduknya menggalakkan kerana mereka sedar penyertaan negeri mereka bererti mereka akan bebas daripada kuasa British
48

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Bimbang akan ancaman komunis Sumbangan kepada keseimbangan kaum di Malaysia Pada masa yang sama, bimbang akibat dominasi Malaya terutama bagi orang bukan-Melayu, kedudukan bahasa dan agama serta orang ina takut akan tenggelam dalam persaingan ekonomi dengan kaumnya di Singapura

Malaya Sokongan menyeluruh terutama kepada pemimpin UMNO dan hasil tinjauan duta Malaysia, Senu Abdul Rahman pada awal 1961 Ditentang kuat daripada Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) yang lebih berminat dengan konsep MAPHILINDO (Malaya, Filipina dan Indonesia) Britain Menyetujui penggabungan demi menjaga keselamatan pelaburan mereka TINDAKAN KE ARAH PEMBENTUKAN MALAYSIA Beberapa tindakan diambil setelah menerima pelbagai reaksi Tindakan Khusus Ke Arah Pembentukan Malaysia Tarikh Jun 1961 Julai 1961 Ogos 1961 Tindakan / Badan Lawatan muhibah Tunku ke Sabah dan Sarawak Kunjungan Tunku ke Brunei Rundingan Singapura Tujuan Kesan/ Keputusan Kebimbangan dominan Malaya berjaya dikurangkan Sultan Brunei tubuh Suruhanjaya Tinggi Dipersetujui Singapura diberi autonomi Pendidikan dan Tenaga Buruh

Pertengahan 1961

November 1961

Bagi mengurangkan keraguan rakyat Memberi penjelasan lanjut 1. Penjelasan untuk rakyat 2. Bincang kedudukan atau autonomi Singapura Jawatankuasa Menghilangkan Perundingan kesangsian rakyat Perpaduan (JPP) dan pemimpin (ekoran keputusan Sabah dan Persatuan Sarawak Parlimen Komanwel) Rundingan dengan Bagi menjamin Britain tentang kedudukan Sabah kepentingan dan Sarawak Negeri-negeri dalam Malaysia Borneo
49

Berjaya mengurangkan keraguan. JPP terus adakan mesyuarat dari masa ke semasa

1. Rundingan Singapura PTM diakui 2. Pungutan suara akan dibuat 3. Perjanjian Pertahanan

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Ogos 1962 (Tarikh Laporan) - dibentuk April 1962 Julai 1962

Suruhanjaya Cobbold (ekoran rundingan Tunku dengan British, Oktober 1961) Rundingan PraRang Undangundang Malaysia (London)

Ogos 1962

Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK atau J.K. Landsdowne) Referendum Singapura (didahului kempen referendum) Misi Bangsabangsa Bersatu

September 1962

Jun 1963

9 Julai 1963

Perjanjian Malaysia ditandatangani oleh empat negeri anggota bersama Britain

England PTM diluluskan Meninjau pendapat Tinjauan sahkan lebih 70 rakyat Sabah dan peratus penduduk keduaSarawak (tinjauan dua negeri setuju dibuat Feb April 1962) Menyelesaikan Cadangan diselaraskan, perbezaan antara Perakuan Malaya laporan anggota diterima amnya Malaya dan laporan anggota Britain dalam S.J. Cobbold Merancang bentuk Rangka Perlembagaan negara baru asas disiapkan. Laporan termasuk JAK diterima dan menjadi merangka asas Perjanjian Malaysia Perlembagaan Bagi menyakinkan 70 peratus rakyat rakyat, taraf menyetujui penyertaan kerakyatan, status dalam Malaysia perdagangan Mendapatkan 1. Lebih 2/3 rakyat kepastian rakyat menyokong Sabah Sarawak 2. Filipina dan Indonesia (Filipina dan terus menentang Indonesia dakwa rakyat sangsi) Memeterai Negara baru Malaysia persetujuan lahir, diisytiharkan pada (negara baru dan 16 September 1963 kebebasan untuk tiga negeri)

BRUNEI MENARIK DIRI Sultan Omar Ali Saifuddin membatalkan rancangan menyertai Malaysia Peringkat awal, Brunei menegaskan secara terbuka bahawa tiga sebab pembentukan Malaysia yang baik bagi Brunei ialah: (i) Mempercepatkan kemerdekaan (ii) Menguatkan benteng pertahanan daripada ancaman komunis (iii) Memberi bantuan kepada bahagian yang kurang maju Berikut merupakan tuntutan yang menjadi syarat penyertaan Brunei dalam Malaysia: (i) Bilangan kerusi Dewan Rakyat dan Parlimen (ii) Kuasa ke atas minyak dan galian lain (iii) Autonomi kewangan (iv) Pelaburan asal Brunei (v) Kaedah percukaian
50

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

(vi) (vii) (viii) (ix) (x)

Autoriti dalam bidang pendidikan dan kebajikan Hal-hal keagamaan Soal kerakyatan Keselamatan Brunei (yang perlu dipastikan terjamin) Kedudukan sultan dan status negeri Brunei dalam Malaysia

Terdapat tiga perkara yang tidak dapat diselesaikan iaitu: (i) Kedudukan Sultan Brunei dalam Majlis Raja-Raja Melayu (ii) Status negeri Brunei dalam Malaysia (iii) Soal kewangan yang menyangkut soal royalti minyak dan melibatkan formula bayaran (jumlah, tempoh dan kadar) serta tentang nomenclature atau istilah rasmi bagi bayaran itu Kebuntuan perundingan akibat perbezaan disampaikan oleh Ghazali Shafie dengan tepat: asas rujukan ini

Apa yang gagal adalah soal kewangan Kuala Lumpur dilihat sebagai oktopus lapar Namun, semua perara tentang Senarai Negeri dan Persekutuan sebenarnya akan mengikut (selesai secara sendirinya) jika soal asas tentang status Sultan dalam Malaysia dilunasi. Mungkin, Tunku sendiri, sebagai seorang putera raja memahami cara menyelamatkan air muka seorang putera raja lain meskipun mengakibatkan kekalahan pada diri Tunku sendiri(Ghazali Shafie: 1998:299) JAWATANKUASA ANTARA KERAJAAN (JAK) Ditugaskan untuk mengumpul dan membandingkan pelbagai pandangan tentang Malaysia di ketiga-tiga wilayah yang terlibat Anggota perwakilan adalah seperti yang berikut. Perwakilan Tanah Melayu Mohd. Khir bin Johari (Ketua) Mohd. Ismail bin Mohd. Yusoff Dr. Burhanuddin Al-Helmy Lee Siok Yew V. Manickavasagam Syed Isa bin Alwee Abdul Ghani bin Ishak Perwakilan Borneo Utara (Sabah) Datu Mustapha bin Datu (Ketua) Phang Tet Tsung G. S. Sundang Lai En Kong Perwakilan Singapura Lee Kuan Yew (Ketua) Ahmad bin Ibrahim S. Rajaratnam Dato Abdul Hamid Haji Jumat

Perwakilan Sarawak

Harun Yeo Cheng Heo (Ketua) Temenggung Jugah Barieng Abang Haji Openg Sapiee Pengarah Montegrai Tugang Lim Beng Siew
51

anak Abang anak

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

James Wong Kim Min Remigius Durin anak Nganau Perwakilan Brunei (selaku Pemerhati) Dato Setia Pangeran Mohd Ali bin Pangeran Haji Mohd Daud (Ketua) Dato Setia Pangeran Haji Mohd Yusof bin Pangeran Haji Abdul Rahim Haji Jamil bin Pehin Udana Khatib Awang Haji Umar Pehin Dato Temenggung Lim Cheng Cheng Choo Dato Abdul Aziz Haji Mohamed Zain Keputusan: (i) Satu suruhanjaya dibentuk bagi meninjau pandangan rakyat Sarawak dan Sabah tentang cadangan pembentukan Malaysia (ii) Malaysia yang dicadangkan itu mempunyai sebuah Kerajaan Persekutuan yang kuat dan berkuasa dalam bidang perhubungan luar, pertahanan dan keselamatan (iii) Perwakilan di Parlimen tidak dibuat berasaskan bilangan penduduk di dalam sesebuah kawasan, tetapi luas kawasan juga diambil kira (iv) Pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dipersetujui, tetapi Sabah dan Sarawak diberi beberapa kuasa istimewa termasuk dalam bidang imigresen (v) Agama Islam menjadi agama rasmi Persekutuan dan bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi (vi) Kedudukan istimewa kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak dikekalkan Pendirian parti politik di Sabah dan Sarawak Parti Yang Menyokong USNO (Sabah) PANAS (Sarawak) Barjasa (Sabah) Parti Yang Menentang UNKO (Sabah) Pasok Momogun (Sabah) PESAKA (Sarawak) SNAP (Sarawak) SUPP (Sarawak) Sebab Menjamin perkembangan dan perubahan taraf hidup, pendidikan, ekonomi dan politik penduduk bumiputera Sebab Bimbang penguasaan orang Melayu terhadap penduduk di Sabah dan Sarawak Bimbang kepentingan ekonomi akan terjejas Sabah dan Sarawak diberi kemerdekaan terlebih dahulu sebelum menyertai Persekutuan

SURUHANJAYA COBBOLD Keanggotaan dan bidang tugas Suruhanjaya Cobbold, 1962 AHLI SURUHANJAYA Lord Cobbold (Pengerusi) Sir Anthony Abell (United Kingdom)
52

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Sir David Watherson (United Kingdom) Mohd. Ghazali bin Shafie (Tanah Melayu) Wong Pow Nee (Tanah Melayu) BIDANG TUGAS Meninjau pandangan penduduk di Sabah dan Sarawak tentang rancangan Malaysia Menilai kesemua pandangan yang diberi Membuat syor-syor yang bersesuaian

MALAYSIA HADAPI TENTANGAN LUAR Terdapat dua buah negara menentang isu Malaysia iaitu: (i) Filipina Presiden Macapagal mendakwa Sabah adalah asalnya sebahagian daripada milik Filipina Memutuskan hubungan diplomatik antara Filipina dengan Malaya (i) Indonesia Presiden Sukarno melancarkan dasar konfrontasi terhadap Malaya pada 20 Januari 1963 Alasan: pihak Kuala Lumpur telah membelakangkan Indonesia dalam perancangan Malaya hendak menubuhkan negara baru, sedangkan Indonesia adalah negara jiran dan sahabat Malaya Sukarno kecil hati dan mendakwa Malaysia satu bentuk struktur politik yang akan membelakangkan kepentingan Indonesia dan akan melemahkan semangat kenusantaraaan Melayu Analisis sejarah: kegagalan rancangan Sukarno untuk menubuhkan empayar Indonesia Raya dan sebagai taktik untuk mengalihkan pandangan rakyatnya daripada beberapa masalah dalaman yang sedang melanda Indonesia ketika itu 1965, Parti Komunis Indonesia (PKI) gagal dalam usahanya merampas kuasa di Indonesia dan Sukarno digulingkan, kemudiannya digantikan oleh Jeneral Suharto Regim ini mengusahakan perdamaian Ogos 1966, perjanjian ditandatangani antara Malaysia Indonesia oleh Menteri Luar masing-masing

SINGAPURA KELUAR DARI MALAYSIA Pelbagai peristiwa dalaman berlaku menyebabkan timbulnya permusuhan dalaman dan konflik antara Singapura Tanah Melayu
53

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Dua tahun selepas pembentukan Malaysia, orang Melayu dan Cina di Malaysia dan Singapura mengalami polarisasi kaum yang serius Parti Tindakan Rakyat (Singapura) dan Perikatan (Tanah Melayu) mewujudkan konflik antara kerajaan Singapura dan kerajaan pusat Malaysia Bermula dengan pilihan raya pertama Malaysia pada 1964, Lee Kuan Yew (Parti Tindakan Rakyat) memperkecil-kecilkan pemimpin Malayan Chinese Association (MCA) Parti Tindakan Rakyat meminta sokongan rakyat Cina untuk memaksa pemimpin UMNO mengubah layanan sosial dan ekonomi mereka terhadap penduduk bandar UMNO menganggap ia sebagai serangan langsung terhadap orang Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu dan kempen Lee Kuan Yew ini dianggap sebagai usaha memecah-belahkan persefahaman dengan Perikatan Julai 1964, ketegangan kaum jelas dengan tercetusnya rusuhan kaum pada 21 Julai 1964 dan 2 Sept 1964 27 April 1965 satu konvensyen untuk membentuk satu United Opposition Front (Barisan Pembangkang Bersatu) bagi memperjuangkan persamaan hak Lee Kuan Yew juga memulakan kempen Malaysia untuk Orang Malaysia tidak ada sesiapa kaum berhak mendakwa lebih asli daripada kaum-kaum lain 9 Mei 1965, Konvensyen Perpaduan Malaysia (KPM) diadakan bagi menyatukan orang Cina dan orang Melayu Tan Siew Sin dan Senator T.H. Tan merupakan pemimpin MCA yang mencadangkan agar Singapura keluar daripada Malaysia 7 Julai 1965, Lee Kuan Yew dan Tunku Abdul Rahman menandatangani perjanjian perpisahan Malaysia Singapura 9 Ogos 1965 Parlimen meluluskan rang undang-undang perpisahan Malaysia Singapura Singapura keluar daripada Malaysia dan menubuhkan sebuah kerajaan Republik

4. PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Perlembagaan merupakan sekumpulan undang-undang yang penting dan tertinggi dalam sesebuah negara. Perlembagaan bukan sahaja menjadi undang-undang tertinggi malah menjadi sumber rujukan undang-undang lain Secara umum, Perlembagaan mengandungi dua perkara asas: (i) Prinsip, corak dan fungsi badan-badan pemerintahan atau organisasi kerajaan (ii) Prinsip umum tentang hak asasi rakyat, agama, bahasa, pilihan raya dan sebagainya

Matlamat Perlembagaan
54

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Tujuan Perlembagaan diwujudkan adalah untuk: (i) Menjamin keamanan dan kestabilan politik, sosial dan ekonomi (ii) Menentukan tugas dan fungsi badan-badan kerajaan agar dapat berfungsi dengan teratur dan tidak bertindih (iii) Melindungi kepentingan dan hak asasi rakyat (iv) Mengelakkan penyalahgunaan kuasa pihak kerajaan Kewujudan Perlembagaan yang dapat menjamin dan mempertahankan semua kaum yang menjadi rakyat sesebuah negara

Latar Belakang Perlembagaan Perlembagaan yang awal digubal untuk Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua ialah Perlembagaan Malayan Union 1946, namun telah dibantah oleh orang-orang Melayu lalu dibubarkan Perlembagaan baru digubal menggantikan Malayan Union ialah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 Perlembagaan yang diguna pakai hari ini ialah Perlembagaan Malaysia yang digubal oleh Suruhanjaya Reid tahun 1956 dan berkuat kuasa pada tahun 31 Ogos 1957. Pada tahun 1963, Perlembagaan dipinda bagi memasukkan peruntukan tertentu untuk Sabah dan Sarawak akibat penubuhan Malaysia

Jenis-jenis Perlembagaan Secara umumnya, Perlembagaan di dunia hari ini boleh diklasifikasikan kepada dua kategori: (i) Perlembagaan Bertulis Malaysia, Amerika Syarikat dan Indonesia (ii) Perlembagaan Tidak Bertulis - Britain Perlembagaan juga diklasifikasikan mengikut sistem pemerintahan kerajaan yang wujud. Contohnya kerajaan demokratik yang memastikan perlembagaannya bercorak demokrasi dengan menekankan soal hak asasi, kebebasan dan konsep persamaan Perlembagaan Malaysia adalah bertulis dan mengambil kira ciri-ciri yang berikut sewaktu digubal: (i) Jenis kerajaan, iaitu bentuk Persekutuan. Wujud satu Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-negeri (ii) Sistem kerajaan juga berasaskan demokrasi yang mewujudkan fungsi badan kerajaan, hak asasi rakyat, sistem pilihan raya dan fungsi badan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (iii) Masyarakat majmuk wujud pakatan murni antara orang Melayu dengan bukan Melayu, iaitu hak istimewa orang Melayu diakui dan soal kerakyatan dilonggarkan agar tercapai integrasi nasional (iv) Konsep ketertinggian Perlembagaan

Konsep Ketertinggian Perlembagaan Perlembagaan sebagai undang-undang yang tertinggi dan menjadi rujukan undang-undang yang lain
55

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Undang-undang tertinggi bermaksud kedudukan institusi perlembagaan lebih tinggi daripada badan pemerintah sama ada badan perundangan, pentadbiran atau kehakiman Contoh yang jelas: (i) Parlimen tidak boleh meluluskan undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia (ii) Pihak pentadbiran menjalankan tugas selaras dengan kehendak Perlembagaan (iii) Pihak kehakiman dalam menjalankan tugas merujuk kepada Perlembagaan dan boleh membatalkan undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia mengamalkan konsep ketertinggian Perlembagaan dan bukannya ketertinggian Parlimen seperti di Britain. Walaupun Malaysia mengambil sistem demokrasi berparlimen jenis Westminister dari Britain, namun Perlembagaan Malaysia tetap berbeza daripada Britain kerana Perlembagaan Malaysia disesuaikan dengan suasana sosiopolitik dan sosiobudaya masyarakat majmuk di negara ini

Jenis Perlembagaan Malaysia Perlembagaan Malaysia terdiri daripada: (i) Satu Perlembagaan Persekutuan (ii) 13 Perlembagaan Negeri-negeri Kerajaan Persekutuan menggubal undang-undang berdasarkan Senarai Persekutuan melalui badan perundangannya, Parlimen Kerajaan Negeri membuat undang-undang berdasarkan Senarai Negeri melalui Dewan Undangan Negeri masing-masing Namun, kedua-dua badan perundangan itu berkuasa dan boleh menggubal undang-undang dalam Senarai bersama

Senarai Bidang Kuasa Menurut Perlembagaan Senarai Persekutuan 1. Keselamatan Dalam Negeri 2. Hal-ehwal Luar Negeri 3. Kewangan 4. Pendidikan 5. Undang-undang Sivil, Jenayah dan Pentadbiran Keadilan 6. Kewarganegeraan Persekutuan 7. Pertahanan 8. Jentera Kerajaan 9. Kesihatan 10. Perdagangan dan Senarai Negeri 1. Hal-ehwal Agama Islam 2. Tanah 3. Kerajaan Tempatan 4. Pertanian dan Hutan 5. Jentera Kerajaan Negeri 6. Hari Kelepasan Negeri 7. Penyu dan Ikan di Sungai 8. Kerja-kerja Negeri dan Bekalan Air 9. Perpustakaan dan Muzium Senarai Bersama Biasiswa Kebajikan Masyarakat Ternakan Perlindungan Binatang Liar 5. Perancangan Bandar dan Kampung 6. Perparitan dan Pengairan 7. Kebudayaan dan Sukan 8. Perumahan 9.Kesihatan dan Pencegahan Penyakit 1. 2. 3. 4.

56

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Perusahaan 11. Buruh 12. Perkapalan 13.Perhubungan dan Pengangkutan 14. Akhbar dan Penapisan 15. Perikanan 16. Perumahan 17. Pelancongan 18. Kebajikan Orang Asli 19. Perkhidmatan Bomba 20. Hari Kelepasan Am

KANDUNGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Perlembagaan Persekutuan mempunyai 183 Perkara yang diagihkan kepada 15 Bahagian Perlembagaan Persekutuan mengandungi pelbagai aspek pentadbiran dan hak asasi rakyat termasuk aspek: (a) Kebebasan Asasi (b) Bahasa Kebangsaan (c) Agama Persekutuan (d) Kewangan (e) Badan Eksekutif/pemerintah (f) Badan Perundangan (g) Badan Kehakiman (h) Hak Istimewa Orang Melayu (i) Kewarganegaraan (j) Pilihan Raya (k) Pindaan Perlembagaan Kandungan Perlembagaan Persekutuan Bahagi an 1 2 3 4 5 6 Negeri-negeri, agama Kebebasan asasi Kewarganegaraan Persekutuan Negeri-negeri Perhubungan antara Persekutuan dengan negeri57

Tajuk

Perkara

1-4 5 - 13 14 - 31 32 - 69 70 - 72 73 - 95

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

7 8 9 10 11 12 12A 13 14 15

negeri Peruntukan-peruntukan kewangan Pilihan raya Kehakiman Perkhidmatan awam Kuasa-kuasa khas menentang perbuatan subversif dan kuasa kuasa darurat Am dan pelbagai Perlindungan tambahan bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak Peruntukan Sementara dan Peralihan Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja (Pindaan dan tambahan 1993)

96 - 112 113 - 120 121 - 131 132 - 148 149 - 151 152 - 160 161 - 161 162 - 180 181 182 - 183

PERUNTUKAN PENTING DALAM PERLEMBAGAAN 1. Kebebasan Asasi Perkara kebebasan asasi diperuntukkan dalam Bahagian 2, Perkara 5 13, iaitu seperti yang berikut: Perlembagaan

(a) Perkara 5 kebebasan diri dan nyawa yakni tidak boleh diambil
nyawa atau disekat kebebasan melainkan menurut undangundang. Jika ditahan, seseorang itu perlu dimaklumkan sebab penangkapannya. Dia dibenarkan dibela oleh peguam yang dipilihnya dan tidak boleh ditahan lebih dari 24 jam kecuali selepas dihadapkan kepada seorang majistret untuk mendapatkan perintah tahanan

(b) Perkara 6 pengabdian dan kerja paksa, yakni individu tidak


boleh dilayan sebagai abdi atau diarah melakukan kerja paksa, melainkan jika kerahan tenaga diluluskan oleh Parlimen

(c) Perkara 7 perlindungan daripada undang-undang jenayah


berkuat kuasa kebelakangan dan perbicaraan berulang bermakna individu tidak boleh didakwa semula atas kesalahan yang sama jika telah dibebaskan oleh mahkamah

58

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

(d) Perkara 8 bermaksud setiap warganegara adalah sama rata

dari sudut undang-undang dan tidak boleh berlaku diskriminasi kerana faktor agama, kaum atau keturunan dalam usaha menjawat sesuatu jawatan atau memiliki harta atau menjalankan sesuatu pekerjaan. Walaupun demikian, Perkara 153 Perlembagaan merupakan pakatan murni antara kaum yang membenarkan hak istimewa kepada orang Melayu dan kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak. dalam Persekutuan dan tidak boleh dibuang negeri atau dilarang memasuki Persekutuan. Walaupun demikian, kerajaan boleh menahan atau membuang daerah individu atas dasar keselamatan negara atau kerana hukuman kesalahan

(e) Perkara 9 larangan dibuang negeri dan kebebasan bergerak

(f) Perkara

10 kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan. Setiap individu bebas memberikan pandangan, berkumpul dan berpersatuan. Namun, terdapat larangan mengkritik isu-isu sensitif seperti hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan kedudukan agama Islam kerana orang yang tidak mematuhi larangan itu boleh didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 menganut dan mengamalkan agama dan kepercayaannya tanpa diskriminasi kaum atau keturunan atau agama

(g) Perkara 11 menganut agama yakni setiap individu berhak (h) Perkara 12 hak yang sama dalam mendapatkan pelajaran (i) Perkara 13 hak memiliki harta yakni tidak ada individu boleh
dirampas hartanya menurut undang-undang melainkan bayaran pampasan diberikan

Hak asasi individu boleh dibahagikan kepada dua kategori: (i) Kebebasan mutlak seperti yang berikut: (a) Kebebasan daripada abdi (b) Hak seorang yang ditangkap diberitahu sebab penangkapan (c) Hak habeas corpus jika ia ditahan secara tidak sah (d) Hak mendapat khidmat guaman (e) Hak dihadapkan segera kepada seorang majistret (f) Hak memiliki harta dan tidak boleh dirampas melainkan dibayar pampasan (g) Kebebasan memiliki harta (ii) Kebebasan bersyarat seperti yang berikut:
59

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

(a) Hak kepada nyawa dan kebebasan diri (b) Kebebasan daripada kerja paksa (c) Hak sama rata dari segi undang-undang (d) Kebebasan bergerak dan mastautin (e) Kebebasan bercakap, berhimpun persatuan (f) Kebebasan beragama (g) Kebebasan memiliki harta

dan

menubuhkan

Walaupun terdapat jaminan kebebasan dan hak asasi rakyat, namun terdapat undang-undang yang dianggap boleh menyekat hak asasi tersebut. Contohnya:

(i)

Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) boleh menahan individu tidak lebih dari 2 tahun tanpa perbicaraan jika dia dianggap boleh mengancam keselamatan negara

(ii) Akta Universiti dan Kolej (AUKU 1971) melarang pelajar terlibat dalam politik (iii) Akta Darurat 1979 melarang perbuatan subversif, tindakan keganasan dan sebagainya yang boleh mengancam keamanan (iii) Akta Hasutan 1948 melarang ucapan yang menyentuh isu-isu sensitif seperti hak istimewa orang Melayu, kewarganegaraan, kedudukan agama Islam, bahasa dan kedudukan raja-raja 2. Kewarganegaraan Peruntukan tentang kewarganegaraan dinyatakan secara jelas dalam Perlembagaan Persekutuan Bahagian 3, Perkara 14 31 Terdapat empat cara mendapatkan kewarganegaraan undang-undang syarat perolehan

(i) Kuatkuasa -

kewarganegaraan Setiap individu boleh memperoleh kewarganegaraan secara automatik jika: (a) Orang yang lahir sebelum Hari Malaysia (16 September 1963) termasuklah: (i) (ii) (iii) Warganegara Persekutuan Tanah Melayu sebelum 31 Ogos 1957 secara kuat kuasa undang-undang, pendaftaran atau kemasukan wilayah Lahir antara 31 Ogos 1957 hingga Oktober 1962 dan ibu atau bapanya ialah warganegara atau pemastautin tetap di Malaysia Lahir di Tanah Melayu (Malaya) pada atau selepas merdeka dan bapanya warganegara atau sedang berkhidmat dengan kerajaan serta kelahiran itu didaftarkan dengan pejabat konsul Persekutuan Orang yang bermastautin di Sabah, Sarawak atau Brunei pada Hari Malaysia dan menjadi warganegara
60

(iv)

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

United Kingdom dan tanah jajahan atau lahir sebelum hari Malaysia di Sabah dan Sarawak dan menjadi warganegara secara pendaftaran atau naturalisasi (b) Orang yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia termasuk: (i) Orang yang lahir di Malaysia dan ibu atau bapanya warganegara atau pemastautin tetap (ii) Orang yang lahir di luar Malaysia dan bapanya warganegara, lahir di Persekutuan atau dalam perkhidmatan kerajaan (iii) Orang yang lahir di luar Malaysia, bapanya warganegara dan kelahirannya didaftarkan di pejabat konsul Secara umum, mereka yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia adalah mengikut prinsip Jus Soli Individu yang lahir dalam kapal atau kapal terbang sewaktu berada dalam ruang udara antarabangsa atau laut antarabangsa berhak mendapat kewarganegaraan dengan syarat ia didaftarkan di Malaysia

(ii) Pendaftaran Kewarganegaraan boleh diperolehi secara pendaftaran dengan syarat-syarat yang berikut: warganegara syaratnya: Suami warganegara Malaysia Telah menetap di Malaysia sekurang-kurangnya dua Berniat untuk bermastautin tetap Perkahwinannya didaftarkan di Malaysia

(a) Isteri (i) (ii) tahun (iii) (iv)

(b) Anak warganeg ara syaratnya: (i) Ibu atau bapanya warganegara Malaysia (ii) Umur kurang daripada 21 tahun (c) Individu yang lahir di Malaysia sebelum Hari Merdeka syaratnya: (i) Telah tinggal di Malaysia sekurang-kurangnya 7 tahun (ii) Berniat tinggal tetap (iii) Boleh menguasai bahasa Melayu (d) Individu yang bermastautin di Sabah dan Sarawak pada Hari Malaysia syaratnya: (i) Berusia lebih 18 tahun (ii) Kelakuan baik (iii) Boleh bertutur bahasa Inggeris (iii) Permohonan atau Naturalisasi
61

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Individu yang berumur 21 tahun ke atas dan bukan warganegera boleh memohon kerakyatan dengan syarat: (a) Telah bermastautin di Persekutuan bagi tempoh 10 tahun daripada 12 tahun sebelum tarikh permohonan (b) Berniat tinggal tetap (c) Berkelakuan baik (d) Boleh menguasai bahasa Melayu

Individu juga perlu menjalani sumpah taat setia kepada Yang diPertuan Agong (iv) Percantuman Wilayah Kewarganegaraan seperti ini pernah diberikan kepada warganegara Singapura, United Kingdom yang tinggal di Sabah atau Sarawak dan rakyat Sabah dan Sarawak Perkara 22 membenarkan jika sesuatu wilayah baru menyertai Persekutuan, Parlimen boleh menentukan rakyat negara berkenaan, menjadi warganegera Malaysia dari tarikh mereka mula menjadi warganegara

Penamatan Kewarganegaran Kewarganegaraan seseorang individu boleh ditamatkan melalui dua kaedah: (i) Penolakan individu boleh secara sukarela menolak kewarganegaraannya dengan syarat:: (a) Berumur 21 tahun ke atas (b) Sempurna akal atau tidak gila (c) Dia telah atau ingin mendapatkan kerakyatan negara lain (d) Malaysia tidak menghadapi peperangan ketika permohonan penolakan dibuat melainkan dengan kelulusan kerajaan 4 (ii) Pelucutan individu boleh dilucutkan kewarganegaraan menurut Perkara 24 jika: (a) Individu telah memperoleh kewarganegaraan asing (b) Wanita yang memperoleh kewarganegaraan melalui perkahwinan dengan bukan warganegara Malaysia (c) Individu didapati tidak taat setia kepada negara (d) Sewaktu peperangan, individu berkenaan menjalankan perniagaan atau membuat perhubungan dengan negara musuh (e) Individu yang mendapat kewarganegaraan secara pendaftaran atau masukan wilayah didapati bersalah dalam kes mahkamah dan dihukum penjara tidak kurang 1 tahun atau didenda tidak kurang RM5 000.00 dalam tempoh 5 tahun mendapat kewarganegaraan (f) Individu yang bermastautin di negara asing dalam tempoh melebihi 5 tahun tanpa mendaftar diri di pejabat konsul Persekutuan (g) Individu memperoleh kewarganegaraan secara penipuan, keterangan palsu atau menyembunyikan fakta sebenar
62

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

3. Agama Persekutuan Perlembagaan Persekutuan Perkara 3 jelas menyatakan Islam sebagai agama Persekutuan atau agama rasmi Malaysia Agama-agama lain boleh diamalkan secara aman dan damai di manamana bahagian Persekutuan Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua agama Islam bagi: (i) Negeri baginda sendiri (ii) Wilayah Persekutuan (iii) Sabah dan Sarawak (iv) Pulau Pinang dan Melaka Raja-raja menjadi ketua agama Islam bagi negeri masing-masing Setiap individu berhak mengamalkan agama anutannya dan mengembangkannya, namun terdapat larangan bagi orang bukan Islam menyebarkan agama mereka ke atas orang Islam

4. Bahasa Kebangsaan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara Bahasa-bahasa yang lain boleh digunakan dalam majlis tidak rasmi atau waktu pembelajaran Bahasa Inggeris masih dibenarkan diguna pakai dalam tempoh 10 tahun selepas merdeka bagi: (i) Perbicaraan Mahkamah Atasan (ii) Sidang Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Bahasa Inggeris juga dibenarkan penggunaannya dalam: (i) Hubungan dengan negara luar (ii) Laporan Jabatan Hasil Dalam Negeri (iii) Pengajaran dalam bidang perubatan, sains dan teknologi (iv) Latihan oleh pakar-pakar asing

5. Hak Istimewa Orang Melayu Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan fasal hak istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak Ini adalah hasil pakatan murni orang Melayu memberikan prinsip Jus Soli kepada sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu selepas merdeka dan orang bukan Melayu mengiktiraf hak istimewa orang Melayu Hak istimewa ini meliputi aspek: (i) Jawatan dalam perkhidmatan awam (ii) Biasiswa (iii) Pengeluaran lesen dan permit (iv) Kuota kemasukan ke universiti

63

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

PINDAAN PERLEMBAGAAN Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Pindaan Perlembagaan dan perlembagaan ini boleh dipinda oleh Parlimen serta tidak memerlukan referendum rakyat Terdapat empat kaedah pindaan Perlembagaan: (a) Pindaan yang memerlukan persetujuan majoriti dua pertiga (2/3) Majlis Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-raja (b) Persetujuan majoriti dua pertiga (2/3) Majlis Parlimen dan kelulusan Yang Dipertua Sabah dan Sarawak (c) Persetujuan majoriti dua pertiga (2/3) Majlis Parlimen (d) Persetujuan lebih suara Pindaan yang memerlukan persetujuan majoriti dua pertiga (2/3) Majlis Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-raja termasuk dalam soal: (a) Majlis Raja-raja (Perkara 38) (b) Kewarganegaraan (Perkara 14 31) (c) Keutamaan Ketua Negara dan Raja Permaisuri (Perkara 70) dan Ketua-ketua Negeri (Raja-raja) dan Yang Dipertua Negeri (Perkara 70) (d) Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak (Perkara 153) (e) Pindaan Perlembagaan (Perkara 159) (f) Perubahan sempadan negeri Pindaan yang memerlukan majoriti dua pertiga (2/3) Majlis Parlimen dan persetujuan Yang Dipertua Negeri menyentuh soal: (a) Kedudukan dan bidang kuasa hakim Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak (b) Kerakyatan orang yang lahir sebelum Hari Malaysia yang mempunyai perhubungan dengan Sabah dan Sarawak (c) Perkara yang berkaitan kuasa negeri, agama, bahasa dan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak Pindaan yang memerlukan lebih suara melibatkan: (a) Pindaan tentang kemasukan atau gabungan negeri-negeri dengan Persekutuan (b) Pindaan Jadual 2, 6 dan 7, Bahagian III tentang kewarganegaraan, bentuk sumpah, ikrar, pemilihan dan persaraan ahli Dewan Negara serta persempadanan pilihan raya Pindaan yang melibatkan majoriti suara dua pertiga (2/3) ahli Majlis Parlimen ialah perkara-perkara yang tidak disebut dalam mana-mana tiga cara di atas.

Perlembagaan Negeri Setiap negeri dalam Malaysia mempunyai perlembagaannya sendiri dan segala kuasa mereka diakui oleh Perlembagaan Persekutuan

64

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Badan Perundangan Negeri boleh menggubal dan meminda undangundang yang berkaitan dengan Senarai Negeri dan Senarai Bersama dalam Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Negeri yang digubal tidak boleh bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Negeri akan terbatal dengan sendiri setakat mana ia bercanggah Perkara 71 (4) menjelaskan bahawa Perlembagaan Negeri menyentuh pelantikan dan kedudukan raja, Yang Dipertua Negeri, Dewan Undangan Negeri, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, peruntukan kewangan, layanan sama rata kepada pekerja dan pindaan Perlembagaan Negeri Perlembagaan Negeri menjelaskan fungsi eksekutif daripada raja atau Yang Dipertua Negeri (Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak) dan ahli Majlis Mesyuarat Negeri (ECO) yang diketuai oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri (negeri yang tidak beraja) Perlembagaan Negeri juga menjelaskan fungsi dewan sekamar atau Dewan Undangan Negeri yang terdiri daripada Raja atau Yang Dipertua Negeri dan ahli-ahli yang dipilih melalui pilihan raya Islam menjadi agama rasmi negeri-negeri yang beraja dan negeri Sabah Kedudukan raja dan Yang di-Pertuan Agong dinyatakan syaratnya seperti yang berikut: (a) Berbangsa Melayu (b) Menganut agama Islam (c) Mengamal agama Islam Kedudukan Setiausaha Kerajaan Negeri pula: (a) Berbangsa Melayu (b) Menganut agama Islam Negeri-negeri yang beraja masih menetapkan syarat seorang Menteri Besar ialah: (a) Berbangsa Melayu (b) Menganut agama Islam Namun, negeri-negeri lain yang tidak beraja tidak memperuntukkan sedemikian.

Setiap negeri mempunyai: (a) Sebuah Jabatan Hal-ehwal Agama Islam (b) Mahkamah Kadi (c) Peruntukan undang-undang bagi mendaftar perceraian dan pembatalan perceraian orang Islam (d) Undang-undang pentadbiran hukum syarak

perkahwinan,

Pindaan Perlembagaan Negeri Undang-undang negeri terdapat dua kategori:

65

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

(a) Boleh dipinda dengan syarat mendapat persetujuan daripada dua pertiga (2/3) Dewan Undangan Negeri dan persetujuan Ketua Menteri (b) Tidak boleh dipinda meliputi aspek: (i) Warisan takhta kerajaan (ii) Kedudukan para pembesar (iii) Kedudukan pembesar adat Melayu (iv) Perlantikan waris takhta, permaisuri dan pemangku raja (v) Pemecatan atau penurunan takhta raja atau waris (vi) Kurniaan pangkat, gelaran kehormatan dan bintang kebesaran PROSES PILIHAN RAYA Sebab Pilihan Raya Diadakan Pilihan raya umum diadakan di Malaysia bagi memilih: (i) Ahli Dewan Rakyat (ii) Ahli Dewan Undangan Negeri Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Parlimen boleh membuat undang-undang supaya ahli-ahli Dewan Negara yang mewakili negeri dipilih terus oleh pengundi-pengundi negeri itu Pilihan raya pernah diadakan di negara Malaysia bagi memilih Kerajaan Tempatan sehingga 1964

Jenis Pilihan Raya Terdapat dua jenis pilihan raya iaitu: (i) Pilihan raya umum lima tahun sekali (ii) Pilihan raya kecil (by-election) kematian / tindakan mahkamah

Cara Pilihan Raya Diadakan

Dibuat secara sulit Berdasarkan prinsip seorang seundi Diuruskan oleh sebuah badan khas dan bebas iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Telah diadakan: 1959, 1964, 1969, 1974, 1978, 1982, 1986, 1990, 1995, 1999 dan 2004

Pembentukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-raja Mengandungi 1 pengerusi, 1 timbalan pengerusi dan 3 orang ahli lain Seorang daripadanya hendaklah dari Sabah / Sarawak secara giliran mengikut Akta Malaysia 1963 Dalam perlantikan suruhanjaya itu, Yang di-Pertuan Agong hendaklah mempertimbangkan mustahaknya diadakan satu Suruhanjaya Pilihan Raya yang mendapat kepercayaan awam
66

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Untuk menjalankan tugasnya, SPR menubuhkan sebuah urus setia yang diketuai oleh Setiausaha SPR yang dibantu oleh sekumpulan ahli perkhidmatan awam

Syarat-Syarat Perkhidmatan Ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya Mereka akan memegang jawatan sehingga berumur 65 tahun Boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa tetapi tidak boleh dipecat daripada jawatan kecuali atas alasan dan dengan cara yang sama seperti memecat seorang hakim Mahkamah Persekutuan Mereka akan kehilangan kelayakan jika: (i) Menjadi bangkrap (ii) Memegang jawatan bergaji yang lain (iii) Menjadi ahli Parlimen atau Dewan Undangan Negeri

Saraan mereka ditetapkan oleh Parlimen dan dipertanggungjawab kepada Kumpulan Wang Disatukan Saraan dan syarat-syarat perkhidmatan yang lain tidak boleh diubah menjadi kurang baik bagi seseorang ahli selepas perlantikannya

Tugas Utama Suruhanjaya Pilihan Raya Mempersempadankan bahagian-bahagian pilihan raya Menjalankan pendaftaran pengundi Mengelolakan pilihan raya umum dan pilihan raya kecil

Persempadanan Bahagian Pilihan Raya SPR hendaklah mengkaji semula bahagian-bahagian pilihan raya dari semasa ke semasa Hendaklah ada tempoh tidak kurang daripada 8 tahun antara tarikh siapnya suatu kajian semula dengan tarikh bermulanya kajian semula yang kemudian Usaha kajian semula ini mesti disiapkan dalam tempoh 2 tahun Bahagian-bahagian pilihan raya mesti disempadankan mengikut prinsip-prinsip di bawah: (i) Tidak memasuki sempadan negeri (ii) Ada kemudahan pentadbiran bagi pendaftaran dan pengundian (iii) Bilangan pengundi di setiap bahagian di dalam sebuah negeri mesti lebih kurang sama banyaknya kecuali memberi pertimbangan semula luasnya sesuatu bahagian pilihan raya di luar bandar (iv) Pentingnya memelihara hubungan tempatan Sebagai prosedur bagi mempersempadankan bahagian pilihan raya: (i) (ii) SPR hendaklah mengumumkan syornya mengenai perubahan melalui Warta Kerajaan dan akhbar SPR hendaklah menyiasat rayuan daripada kerajaan negeri atau pihak berkuasa tempatan yang berkenaan / golongan pengundi
67

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

(iii) (iv) (i) (vi)

yang tidak kurang daripada 100 orang dari bahagian pilihan raya berkenaan SPR hendaklah menghantar laporan mengenai semua perubahan dalam bahagian pilihan raya kepada Perdana Menteri Perdana Menteri hendaklah dengan seberapa segera membentangkan laporan ini bersama-sama dengan satu draf perintah di Dewan Rakyat Dewan Rakyat boleh meluluskan draf perintah ini dengan sokongan majoriti tidak kurang daripada setengah jumlah ahlinya Yang di-Pertuan Agong akan mengeluarkan satu perintah mengenai perkara ini berdasarkan draf perintah yang telah diluluskan oleh Dewan rakyat

Penyediaan Daftar Pengundi SPR akan menjalankan tugas menyediakan daftar pengundi sekali setahun Pada setiap tahun, SPR akan menetapkan satu tempoh untuk mendaftar pengundi yang berkelayakan. Tempoh itu tidak boleh kurang daripada 30 hari dan tidak boleh lebih daripada 60 hari Setelah pendaftaran berakhir, daftar itu akan disemak oleh pihak SPR Daftar yang telah disemak kemudiannya boleh diperiksa oleh orang awam

Kelayakan Pengundi Setiap warganegara berhak mendaftarkan diri sebagai pengundi di satu bahagian pilihan raya jika: (i) Dia mencapai umur 21 tahun pada tarikh kelayakan. Tarikh kelayakan ditetapkan sebagai sehari terdahulu daripada permulaan tempoh bagi mendaftar pengundi (ii) Dia bermastautin di bahagian pilihan raya itu pada tarikh kelayakan Setiap pengundi hanya boleh mendaftar di satu bahagian pilihan raya Seorang pengundi akan kehilangan kelayakan jika: (i) Pada tarikh kelayakan dia ditahan sebagai orang yang tidak sempurna akal atau menjalani hukuman penjara di dalam Persekutuan (ii) Sebelum tarikh kelayakan dia telah disabitkan kesalahan di mana-mana bahagian Komanwel dan dijatuhkan hukuman bunuh atau penjara lebih daripada 12 bulan dan pada tarikh kelayakan masih menjalani hukuman itu

Maksud Pengundi Tidak Hadir Sebilangan pengundi boleh mengundi melalui pos jika mereka terdahulu mendaftarkan diri sebagai pengundi tidak hadir di sesuatu bahagian pilihan raya
68

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Pengundi tidak hadir terdiri daripada golongan yang berikut: (i) Anggota tentera serta isteri mereka (ii) Pegawai kerajaan yang bertugas di luar Persekutuan serta isteri mereka (i) Pelajar sepenuh masa di luar Persekutuan serta isteri mereka Bagaimanapun amalan mengundi melalui pos tidak terhad kepada pengundi tak hadir yang tersebut sahaja bahkan dibenarkan kepada golongan yang berikut: (i) Anggota pasukan polis (ii) Orang yang menjalankan tugas rasmi yang berkaitan dengan pilihan raya pada hari pengundian (iii) Ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (ii) Orang yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Suruhanjaya Pilihan Raya

Calon Yang Bertanding Dua calon yang mewakili: (i) Dewan Undangan Negeri Ahli DUN (ii) Dewan Rakyat Ahli Parlimen / Wakil Rakyat Kelayakan: (i) Warganegara (ii) Berumur 21 tahun dan ke atas Hilang kelayakan (DUN seksyen 6 Jadual Kelapan dan Ahli Parlimen perkara 48) (i) Tidak sempurna akal (ii) Muflis (bangkrap) (iii) Berkhidmat sepenuh masa dalam penrkhidmatan awam (iv) Disabitkan dengan suatu kesalahan dan hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun atau didenda tidak kurang daripada RM2 000.00 dan tidak mendapat pengampunan (v) Memperolehi kewarganegaraan lain (iii) Seseorang itu disabitkan melakukan kesalahan berhubung dengan pilihan raya (iv) Tidak menepati janji untuk menghantar penyata perbelanjaan pilihan raya bagi Parlimen / Dewan Undangan Negeri yang ia bertanding sebagai calon / wakil pilihan raya dalam tempoh 33 hari selepas disiarkan keputusan pilihan raya Calon-calon pilihan raya boleh bertanding atas nama parti atau secara individu calon bebas Syarat-syarat pencalonan: (i) Dikehendaki mengemukakan kertas penamaan calon pada hari penamaan calon (ii) Sebelum hari mengundi, mereka diberi peluang berkempen untuk mendapatkan sokongan pengundi di kawasan pilihan raya
69

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

(iii)

Calon yang memenangi pilihan raya akan mewakili kawasannya di Dewan Rakyat / Dewan Undangan Negeri bagi tempoh tidka melebihi lima tahun

Pecahan Keanggotaan Dewan Rakyat Mengikut Negeri Negeri Johor Kedah Kelantan Melaka Negeri Sembilan Pahang Pulau Pinang Perak Perlis Sabah Sarawak Selangor Terengganu Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan, Labuan Proses Pilihan Raya Untuk memulakan proses pilihan raya, SPR akan bermesyuarat bagi menetapkan dan mengumumkan tarikh penamaan calon serta tarikh pengundian Tarikh penamaan calon mestilah tidak kurang daripada 4 hari selepas pengumuman oleh SPR Setiap calon untuk Dewan Rakyat mesti membayar deposit sebanyak RM5 000.00 manakala calon untuk Dewan Undangan Negeri RM3 000.00 Deposit ini akan dikembalikan kepada calon yang memperolehi sekurang-kurangnya 1/8 jumlah undi yang dibuang Tarikh pengundian mestilah tidak kurang daripada 7 hari selepas tarikh penamaan calon Pengiraan undi bagi setiap bahagian pilihan raya Parlimen dipusatkan di satu tempat yang berasingan Pengumuman keputusan akan dibuat sebaik sahaja pengiraan undi diselesaikan Perbelanjaan setiap calon dalam sesuatu pilihan raya tidak harus melebihi RM50 000.00 bagi Parlimen atau RM30 000.00 bagi Dewan Undangan Negeri Keanggotaan 20 15 14 5 7 11 11 23 3 20 28 17 8 11 1

Keputusan Pilihan Raya Tidak ada sesuatu pilihan raya bagi Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri boleh dipersoalkan kecuali dengan rayuan pilihan
70

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

raya yang diserahkan kepada Mahkamah Tinggi yang mempunyai bidang kuasa di tempat yang berkenaan Keputusan Mahkamah Tinggi itu adalah muktamad Sekiranya hakim pilihan raya mengisytiharkan sesuatu pilihan raya itu tidak sah, maka dalam tempoh satu bulan dari keputusan itu, SPR perlu mengadakan semula satu pilihan raya yang lain

PARLIMEN STRUKTUR DAN KEANGGOTAAN PARLIMEN

YANG DI-PERTUAN AGONG

DEWAN RAKYAT

DEWAN NEGARA

SPEAKER

YANG DIPERTUA

AHLI DEWAN RAKYAT (222) ANGGOTA)

SENATOR (69 ANGGOTA)

Terdapat 3 komponen yang menganggotai Parlimen iaitu: (i) Yang di-Pertuan Agong Menjalankan tugas seperti: (i) Memanggil Parlimen bermesyuarat, memberhentikan mesyuarat itu atau membubarkan Parlimen (ii) Melantik sebilangan ahli Dewan Negara (iii) Melantik Setiausaha Dewan Rakyat dan Setiausaha Dewan Negara (iv) Memberi titah ucapan di dalam Parlimen (v) Memperkenankan rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara supaya menjadi undang-undang (ii) Dewan Negara

Keahlian: (i) Mempunyai 69 orang


71

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

(ii) (iii) (iv) (v) (vi)

Ahli dipilih dari setiap Dewan Undangan Negeri Ahli lantikan oleh Yang di-Pertuan Agong ialah seramai 43 orang iaitu 2 wakil dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan 1 dari Wilayah Persekutuan Labuan Tempoh jawatan ahli Dewan Negara ialah selama 3 tahun dan tidak boleh melebihi dua penggal Dipengerusikan oleh Yang Dipertua Dewan Negara dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara (dilantik dari kalangan ahli dewan) Gelaran ahli ialah Senator

Kelayakan: (i) Berumur 30 tahun dan ke atas (ii) Warganegara Persekutuan Malaysia (iii) Bermastautin di Malaysia (iv) Tidak ada kes kesalahan besar Kehilangan kelayakan jika: (i) Tidak sempurna akal (ii) Bangkrap (iii) Menjawat jawatan berpendapatan tetap (iv) Disabitkan kesalahan denda tidak kurang RM2 000.00 atau penjara tidak kurang daripada 1 tahun Peranan Dewan Negara: (i) Membahaskan rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat (ii) Meminta Dewan Rakyat mengkaji semula rang undangundang jika Dewan Negara menangguhkannya (iii) Menggalakkan orang ramai membincangkan rang undang-undang (iv) Badan yang menyemak rang undang-undang Kuasa Dewan Negara (i) Berkuasa membuat undang-undang kecil berbanding dengan Dewan Rakyat (boleh tangguh tetapi tidak boleh tolak) (ii) Tidak boleh meminda rang undang-undang jika tidak diterima oleh Dewan Rakyat Boleh menangguhkan rang undang-undang kewangan dalam tempoh 1 bulan sahaja manakala rang undang-undang lain boleh ditangguhkan selama setahun

(i)

(iii) Dewan Rakyat - Keahlian: (i) 180 orang dipilih (172 ahli dari negeri Malaysia, 7 ahli W.P Kuala Lumpur; 1 dari W.P Labuan) (ii) Diketuai oleh Yang Dipertua (Speaker) dari luar dewan dan dibantu oleh seorang Timbalan Speaker dari kalangan ahli dewan
72

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

(iii) -

Setiausaha Dewan Rakyat

Kelayakan: (i) Warganegara Malaysia (ii) Tinggal di Malaysia (iii) Berumur 21 tahun dan ke atas (iv) Tidak ada kesalahan besar Kehilangan kelayakan jika: (i) Tidak sempurna akal (ii) Bangkrap (iii) Menjawat jawatan berpendapatan tetap (iv) Disabitkan kesalahan denda tidak kurang daripada RM2 000.00 atau penjara tidak kurang daripada 1 tahun (v) Memiliki kewarganegaraan lain (vi) Tidak boleh menjadi ahli kedua-dua dewan pada masa yang sama, sama ada dalam Dewan Rakyat atau Dewan Negara

Perbandingan antara Dewan Rakyat dan Dewan Negara Bezanya: (i) Anggota Dewan Rakyat dipilih secara langsung oleh rakyat menerusi pilihan raya manakala anggota Dewan Negara dilantik dan bukannya secara langsung oleh rakyat (ii) Bilangan ahli Dewan Rakyat lebih besar (iii) Perdana Menteri mestilah seorang ahli Dewan Rakyat (iv) Dewan Rakyat mempunyai kuasa mutlak dalam rang undangundang kewangan (v) Dewan Rakyat lebih istimewa daripada Dewan Negara Mesyuarat Parlimen Diadakan setiap 6 bulan Satu penggal bersamaan dengan 5 tahun Setelah Parlimen dibubarkan, pilihan raya umum mesti diadakan dalam jangka masa 60 hari bagi Semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sabah dan Sarawak Persidangan pertama mestilah diadakan dalam tempoh 120 hari selepas pilihan raya Takwim Parlimen menunjukkan susunan mesyuarat dalam penggal tersebut Keistimewaan Parlimen termasuklah: (a) Disebut dalam Perkara 60: (i) Tidak boleh mempersoalkan tentang kesahan (ii) Tidak boleh mendakwa orang yang membuat ucapan dalam Majlis Parlimen (iii) Tidak boleh mendakwa orang yang menyiarkan perkara yang di bawah kuasa Majlis Parlimen

73

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

BAB 3: JENTERA PENTADBIRAN


PENGENALAN
Di Malaysia, (i) (ii) (iii) terdapat tiga peringkat kerajaan iaitu: Kerajaan Persekutuan Kerajaan Negeri Kerajaan Tempatan

Setiap peringkat kerajaan mempunyai kuasa eksekutif dan jentera pentadbiran masing-masing mengikut Perlembagaan dan undangundang

KUASA EKSEKUTIF Mengikut Perlembagaan Persekutuan, kuasa kerajaan Persekutuan terbahagi kepada: (i) Kuasa perundangan (ii) Kuasa eksekutif / pemerintah (iii) Kuasa kehakiman Kuasa eksekutif ialah kuasa: (i) Membuat dasar-dasar kerajaan (ii) Melaksanakan dasar-dasar itu Mengikut Perkara 39 dalam Perlembagaan Persekutuan, kuasa eksekutif bagi Persekutuan terletak pada Yang di-Pertuan Agong. Kuasa ini boleh dijalankan oleh baginda atau Jemaah Menteri (Kabinet) atau mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Kabinet Mengikut Perlembagaan Persekutuan juga, Parlimen boleh dengan kuasa undang-undang memberi tugas eksekutif kepada orang lain

1. SISTEM KABINET
Pembentukan Kabinet

Perkara 43 dalam Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan agar Yang di-Pertuan Agong melantik sebuah Kabinet untuk menasihati baginda dalam menjalankan tugas Yang di-Pertuan Agong dengan kuasa budi bicara akan melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada pendapat baginda mendapat kepercayaan majoriti di dewan itu sebagai Perdana Menteri Atas nasihat Perdana Menteri itu, Yang di-Pertuan Agong akan melantik Menteri-menteri lain daripada kalangan ahli Parlimen Perlembagaan tidak menetapkan bilangan Menteri yang boleh dilantik
74

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Kedudukan Kabinet dalam Perlembagaan Persekutuan Kabinet bersama-sama bertanggungjawab kepada Parlimen. Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti di Dewan Rakyat, seluruh Kabinet mesti meletakkan jawatan melainkan dengan permintaannya Yang di-Pertuan Agong telah membubarkan Parlimen. Setiap Menteri yang lain memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Warganegara dengan cara Masukan/Pendaftaran tidak boleh dilantik sebagai Perdana Menteri Seorang ahli DEwan Undangan Negeri yang dilantik menjadi Menteri mesti berhenti daripada menjadi ahli Dewan Undangan Negeri (dibatalkan dalam pindaan Perlembagaan 1993) Saraan ahli Kabinet ditentukan oleh Parlimen Sebelum menjalankan tugasnya, seorang Menteri mesti mengangkat sumpah jawatan, taat setia dan rahsia di depan Yang di-Pertuan Agong

Tugas Utama Kabinet

Badan yang menjalankan kuasa eksekutif yang dipegang oleh Yang diPertuan Agong Badan tertinggi di Malaysia untuk membentuk dasar kerajaan Persekutuan Memberi arahan yang akan dilaksanakan oleh jentera pentadbiran kerajaan Persekutuan

Cara Kabinet Beroperasi Kabinet diketuai oleh Perdana Menteri dan dibantu oleh Timbalan Perdana Menteri Setiap Menteri memegang portfolio tertentu tetapi mereka sama-sama bertanggungjawab terhadap semua keputusan Kabinet Kabinet membentuk beberapa jawatankuasa yang mengandungi Menteri-menteri berkenaan untuk mengkaji sesuatu perkara sebelum diputuskan oleh Kabinet (i) Jawatankuasa tetap Jawatankuasa Perjawatan dan Jawatan Pelaburan (ii) Jawatankuasa khas/sementara Jawatankuasa Mengkaji Keselamatan Jalan Raya Kabinet bermesyuarat sekali seminggu secara tertutup, biasanya pada hari Rabu. Hanya ahli perkhidmatan awam (kakaitangan kerajaan) yang dibenarkan menghadiri mesyuaratnya, iaitu Ketua Setiausaha Negara yang bertugas sebagai Setiausaha Kabinet

Kedudukan Timbalan Perdana Menteri Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri daripada kalangan ahli Parlimen

75

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Membantu Menteri melaksanakan portfolionya tetapi dia bukan ahli Kabinet Beliau memegang jawatannya selama diperkenankan oleh yang diPertuan Agong Sebelum menjalankan tugasnya, dia mesti mengangkat sumpah jawatan, taat setia dan rahsia di depan Yang di-Pertuan Agong Saraan ditetapkan oleh Parlimen

Kedudukan Setiausaha Parlimen Dilantik oleh Perdana Menteri daripada kalangan ahli Parlimen Membantu Menteri melaksanakan portfolionya tetapi dia bukan ahli Kabinet Perlantikannya boleh dibatalkan pada bila-bila masa oleh Perdana Menteri Sebelum menjalankan tugasnya, dia mesti mengangkat sumpah rahsia di depan Perdana Menteri Saraannya ditetapkan oleh Parlimen

Kedudukan Setiausaha Politik Kepada Menteri Dilantik oleh Perdana Menteri dan biasanya bukan ahli Parlimen Membantu Menteri menjalankan kewajipan politiknya dan bukan ahli Kabinet Perlantikannya boleh dibatalkan pada bila-bila masa oleh Perdana Menteri Sebelum menjalankan tugasnya, dia mesti mengangkat sumpah rahsia di depan Perdana Menteri Saraannya ditetapkan oleh Kabinet

Jentera Pentadbiran Persekutuan Bertanggungjawab melaksanakan dasar-dasar ditetapkan oleh Kabinet Merangkumi tiga komponen yang penting: (i) Badan berbagai-bagai agensi kerajaan (ii) Jawatan pegawai / kakitangan kerajaan kerajaan yang

2. KEMENTERIAN
Melaksanakan portfolio yang menjadi tanggungjawab seseorang Menteri Badan yang tertinggi dalam jentera pentadbiran Persekutuan Portfolio Perdana Menteri dilaksanakan oleh Jabatan Perdana Menteri yang merupakan kementerian yang paling utama
76

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Pada masa lalu, dari segi perakaunan, terdapat dua jenis kementerian iaitu: (i) Kementerian yang mengakaunkan sendiri (self-accounting) seperti Kementerian Pertahanan, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan (ii) Kementerian yang tidak mengakaunkan sendiri (non selfaccounting) seperti kebanyakan kementerian yang lain. Perkara kewnagan bagi kementerian-kementerian itu diuruskan oleh Jabatan Akauntan Negara di bawah Kementerian Kewangan

Cara Pembentukan Kementerian Diketuai oleh seorang Menteri yang dibantu oleh Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen Pegawai tadbir utama sesuatu Kementerian digelar Setiausaha Parlimen Setiap kementerian merangkumi badan-badan yang berikut: (i) Jabatan (ii) Perbadanan Awam yang seterusnya terbahagi kepada badan berkanun dan badan tidak berkanun

Kedudukan Ketua Setiausaha Negara Pegawai tadbir utama Jabatan Perdana Menteri Ketua bagi semua kakitangan kerajaan Bertugas sebagai Setiausaha Kabinet

Senarai Objektif Kementerian Di Malaysia NAMA KEMENTERIAN 1. Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Bernard G. Dompok Datuk Seri Mohd. Nazri Abdul Aziz Datuk Dr. Maximus J. Ongkili Datuk Dr. Abdullah Md Zin Datuk Seri Mohd Effendi Norwawi 2. Kewangan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Tan Sri Nor Mohamed Yakcop OBJEKTIF Merancang, merumus dan menyelaras segala dasar negara di samping menentukan pelaksanaan dasar-dasar tersebut oleh kementerian lain secara cekap dan berkesan

Menggubal dan melaksanakan dasar fiscal dan kewangan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi secara berterusan Memperkukuhkan dasar saing dan ektahanan ekonomi negara Memastikan pengurusan kewangan yang berkesan dan berhemah Menjamin kekayaan negara diagihkan dengan saksama serta meningkatkan kesejahteraan rakyat

77

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

3. Keselamatan Dalam Negeri


DATUK SERI HISYAMUDDIN TUN HUSSEIN

4. Pertahanan Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi 5. Hal Ehwal Dalam Negeri Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad


78

Memelihara, mengekalkan dan meningkatkan keselamatan dan ketenteraman awam daripada sebarang ancaman Meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan ketenteraman awam dan keselamatan negara Meningkatkan usaha membenteras bekalan, pengedaran dan penyalahgunaan dadah Meningkatkan keberkesanan pencegahan, rawatan dan pemulihan penagihan dadah Memastikan perlaksanaan hukuman dan penahanan yang selamat terhadap pesalah Meningkatkan keberkesanan program pemulihan terhadap pesalah Meningkatkan penglibatan rakyat sebagai sukarelawan pertahanan awam dalam mencari dan emnyelamat mangsa bencana Mengawalselia dan menguatkuasa aktiviti percetakan dan pengedaran bahan-bahan penerbitan Memastikan kesahihan dan mencegah penyelewengan teks dan bahan al-Quran Memastikan bahagian dan jabatan berfungsi dengan cekap dan berkesan Membentuk k-Force yang kompeten dengan keupayaan mengurus dan mengendalikan teknologi pertahanan yang canggih Menjadikan organisasi ATM sebagai satu markas pertahanan yang efisien dalam melaksanakan tugas-tugas kombat Mempertingkatkan sokongan teknologi pertahanan melalui R&D dan pembangunan industri Memperkukuhkan hubungan pertahanan serantau Melaksanakan dengan cekap dan berkesan segala dasar, undang-undang dan peraturan berhubung dengan Imigresen kemasukan warga asing, pendaftaran negara, kewarganegaraan, penapisan filem, pertubuhan dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) Memberikan perkhidmatan kepada orang ramai dengan pantas dan bermutu selaras dengan piawai antarabangsa Meletakkan KHEDM pada tahap yang terbilang di peringkat negara dan serantau Memastikan pada setiap masa, hala tuju dan

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

6.

Perumahan

dan

Kerajaan

Tempatan Datuk Seri Ong Ka Ting 7. Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik

8. Penerangan Datuk Zainuddin Maidin

9. Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu

10. Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Azmi Khalid
79

perlaksanaan dasar-dasar dalam KHDEM selaras dengan objektif dan wawasan negara Malaysia Merancang, emnyelaras dan menyediakan perumahan kos rendah Mewujudkan pihak berkuasa tempatan yang moden dan berkesan Menyediakan infrastruktur yang bersepadu, cekap dan bermutu tinggi bagi industri tenaga, air dan komunikasi Memastikan suatu suasana yang sesuai bagi epmbangunan industri tenaga, air dan komunikasi Memastikan kemajuan teknologi bagi industri tenaga, air dan komunikasi yang berterusan menerusi penyelidikan dan pembangunan Memastikan penyediaan perkhidmatan asas industri tenaga, air dan komunikasi disalurkan secara sama rata pada harga yang berpatutan untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti hidup Memastikan penyediaan industri tenaga, air dan komunikasi yang selamat dan boleh dipercayai Mewujudkan suatu sistem kawalselia yang dinamik dan progresif bagi menggalakkan pembangunan dan mengurus impak industri tenaga, air dan komunikasi terhadap masyarakat dan persekitarannya Peningkatan berterusan sistem sokongan pengurusan Memastikan masyarakat dalam dan luar negeri dapat memahami dan menyedari dengan jelas segala dasar, rancangan dan kegiatan-kegiatan kerajaan melalui media sebaran Menentukan pihak-pihak yang akan mewakili kepentingan kerajaan untuk mengendalikan perkhidmatan dan kemudahan penyiaran kerajaan Merancang dan melaksanakan dasar pembangunan infrastruktur dan kemudahankemudahan awam Menyelenggara infrastruktur awam yang sedia ada Memastikan sumber asli dan alam sekitar diurus secara seimbang bagi menjamin pembangunan lestari

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

11. Pertanian dan Industri Asas Tani Tan Sri Muhyiddin Yassin

12. Luar Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar 13. Pengangkutan Datuk Seri Chan Kong Choy

14. Sumber Manusia Datuk Seri Dr Fong Chan Onn

15. Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis

16. Kesenianm Kebudayaan dan Warisan Datuk Seri Dr. Rais Yatim 17. Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
80

Memastikan sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan sumber asli dan alam sekitar yang cekap dan berkesan Memastikan perlaksanaan projek-projek pembangunan dengan cekap dan berkesan Menjadikan latihan, penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebagai pemangkin terokaan inovatif dalam pengurusan sumber asli dan pemuliharaan alam sekitar Memastikan alam sekitar yang sentiasa bersih, selamat, sihat serta produktif dan tidak dicemari Untuk menerajui proses-proses transformasi dalam sektor pertanian secara terancang, bersepadu dan menyeluruh berteraskan penggemlengan seluruh pemikiran dan tenaga organisasi ke arah pencapaian matlamat Dasar Pertanian Negara ke-3 (DPN3) Menegak dan mempertahankan kedaulatan, keutuhan wilayah dan keselamatan negara Memperjuangkan kepentingan politik, ekonomi dan sosial Negara Mewujudkan sistem pengangkutan darat, laut dan udara Meningkatkan penyertaan warganegara Malaysia dalam bidang pengangkutan Memastikan wujudnya kemudahan pengangkutan bagi memenuhi keperluan keselamatan negara Memelihara kepentingan pekerja Mewujud dan memupuk keharmonian perusahaan Menjalankan perancangan tenaga manusia bagi memenuhi keperluan mahir Memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja Mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi kemajuan sains dan teknologi ke arah menjana pengetahuan, kekayaan dan meningkatkan kualiti kehidupan melalui pembangunan lestari Menyemarak dan merakyatkan seni dan budaya Mengekalkan warisan Negara Meningkatkan penyertaan dan peranan a ktif wanita, keluarga dan masyarakat sebagai penyumbang dan penerima faedah

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil 18. Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Shamsuddin Seri Abdul Aziz 19. Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shafiee Apdal 20. Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Peter Chin Pah Kui

21. Belia dan Sukan


81

pembangunan negara Memelihara hak-hak kepentingan wanita, keluarga dan masyarakat dengan adil dan saksama tanpa unsur diskriminasi Memperluaskan peluang yang saksama kepada wanita dan masyarakat dalam bidang sosial, ekonomi dan politik Memantapkan institusi keluarga Memastikan sistem penyampaian dan sokongan yang cekap dan berkesan Meningkatkan pendapatan penduduk desa ke tahap 80% daripada pendapatan penduduk Bandar Mewujudkan desa erfkualiti (Desa Q) Mewujudkan 30% penduduk desa aterlibat dalam aktiviti keusahawanan Mewujudkan masyarakat berilmu dan berkemahiran Mempercepatkan perlaksanaan konsep dan program pembangunan bersepadu Meningkatkan kesejahteraan masyarakat desa Mencapai liputan 100% prasarana, utility dan infrstruktur Memastikan penduduk desa mendapat 100% manfaat teknologi maklumat dan komunikasi Mengawasi kegiatan syarikat, perniagaan serta pendaftaran cap perdagangan dan paten Melindungi hak dan kepentingan pengguna Mempertingkatkan sumbangan industri berasaskan komoditi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan tukaran wang asing Menjadikan Malaysia sebuah pusat kecemerlangan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), kemajuan teknologi dan perkhidmatan di dalam perusahaanperusahaan utama Meningkatkan daya saing perusahaan utama negara melalui peningkatan produktiviti, kualiti, kecekapan dan keberkesanan pengurusan sektor-sektor berkenaan Memperkukuhkan dan memperluaskan pasaran serta meningkatkan syer di pasaran baru dan di pasaran-pasaran terkhusus (niche markets) Membina satu masyarakat belia yang bersatu pasu, berdisiplin dan berakhlak

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Datuk Azalina Othman 22. Kesihatan Datuk Dr Chua Soi Lek 23. Pelancongan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

24. Wilayah Persekutuan Datuk Zulhasnan Rafique

82

tinggi Membina satu masyarakat yang sihat dan cergas Membantu seseorang individu mencapai dan mengekalkan taraf kesihatan yang membolehkannya menjalankan kehidupan yang produktif Menyediakan perkhidmatan kesihatan asas untuk rakyat Memajukan industri pelancongan yang lestari bagi menjana sumbner pendapatan negara utama Mempromosikan sektor pelancongan secara profesional, efektif dan berterusan bagi memenuhi kehendak dan citarasa pelancong antarabangsa dan domestik Memperkukuh dan mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan yang berkualiti bagi menjamin kepuasan pelancong Melaksanakan tugas dan tanggungjawab kepada pelanggan dan stakeholders menerusi pembentukan dasar, perancangan strategik dan pelaksanaan program pembangunan yang bersepadu Mempertingkatkan keberkesanan dan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan melalui pendekatan hands on, mesra rakyat, penggunaan ICT yang meluas dan pewujudan one stop centre Memastikan penyelarasan dan keseragaman pengurusan serta pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Badan-badan Berkanun (BBB) adalah berasaskan kepada dasar dan peraturan yang ditetapkan oleh kementerian kea rah mewujudkan PBT dan BBB yang berdikari terutama dari segi kewangan Menjana pertumbuhan ekonomi yang berterusan melalui pelan pembangunan Wilayah Persekutuan yang mapan bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan Memastikan pengurusan bandar, terutamanya mengenai kebersihan, pengurusan dan pelupusan sisa pepejal dan penyelenggaraan parit dan longkang adalah pada tahap yang terbaik Mempertingkatkan sistem pengairan dan

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

25. Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Mohamed Khaled Nordin

26. Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed


83

saliran terutamanya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Lembah Klang bagi mengatasi masalah banjir Memastikan program dan kemudahan dalam bidang pelancongan dilaksanakan dengan sistematik ke arah menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai pusat pelancongan yang utama berasaskan pusat berbelanja, pendidikan dan kesihatan Merealisasikan hasrat untuk menjadikan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebagai bandar dalam taman Meminimumkan masalah kemiskinan di Wilayah Persekutuan melalui programprogram yang boleh mneingkatkan tahap pendapatan penduduk Mewujudkan lebih banyak pusat penempatan yang kondusif untuk keselesaan dan kesejahteraan semua lapisan masyarakat Memastikan sasaran setinggan sifat pada tahun 2005 tercapai Menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dan mengurangkan penggunaan kenderaan bernisbah 60:40 bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Memperbanyakkan pembinaan kemudahankemudahan untuk masyarakat seperti pusat kegiatan masyarakat, wanita dan belia bagi memastikan program-program pembangunan insan dan komuniti dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan Memperbanyakkan dan mempelbagaikan program-program pembangunan insan, komuniti dan keselamatan bagi mengatasi masalah sosial dan jenayah Untuk menyediakan persekitaran yang membantu dan menggalakkan pembangunan usahawan tulin yang berkualiti, berdaya maju, berdaya tahan dan berdaya saing dalam semua sektor serta memupuk budaya keusahawanan di kalangan rakyat Malaysia Merancang dan melaksanakan dasar perdagangan dan industri negara Menentukan prestasi eksport terus meningkat Memesatkan penyertaan bumiputera dalam bidang perdagangan dan perindustrian

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

27. Pelajaran Tan Sri Muhiddin Yassin

28. Pengajian Tinggi Datuk Khalid Nordin

Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia Kementerian Pengajian Tinggi penuh komited untuk menyediakan peluang Pengajian Tinggi dengan menawarkan program-program yang dijamin kualitinya bagi menghasilkan sumber tenaga manusia yang diiktiraf kompeten dan berpengetahuan serta mampu memenuhi keperluan domestic dan antarabangsa

3. KERAJAAN TEMPATAN
Kedudukan Kerajaan Tempatan

Dibentuk di bawah kuasa Kerajaan Negeri supaya penduduk tempatan di sesuatu kawasan berpeluang mengambil bahagian dalam pengurusan kawasan yang diduduki mereka Bertanggungjawab atas perkara-perkara yang bersifat tempatan (perancangan bandar, kemudahan awam, kesihatan awam) Wujud sebagai satu entiti yang berasingan dari segi undang-undang (boleh mendakwa dan didakwa)

Tugas Utama Bertugas: (i) Menjalankan aktiviti dalam kategori perlindungan (kawalan atas kesihatan, keselamatan dan perancangan) (ii) Menjalankan aktiviti dalam kategori alam sekitar (ekologi, penggunaan tanah dan landskap) (iii) Menjalankan aktiviti dalam kategori rekreasi (kemudahan riadah) (iv) Menjalankan aktiviti dalam kategori perdagangan yang dapat mendatangkan hasil (tempat letak kereta) Penguasa Tempatan Penguasa Tempatan (Pihak Berkuasa Tempatan) merupakan badan eksekutif Kuasanya berpunca daripada: (i) Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan enakmen negeri berkenaan (ii) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (iii) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974
84

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Kuasanya termasuklah: (i) Undang-undang kecil (ii) Mengutip kadar, sewa dan cukai-cukai lain (iii) Mengadakan Kumpulan Wang Penguasa Tempatan yang terletak di bawah arahan dan kawalan sendiri iaitu mempunyai autonomi kewangan

Perkembangan Kerajaan Tempatan di Semenanjung Malaysia

Sebelum penyeragaman dijalankan mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976, negeri yang berlainan jenisnya di Semenanjung Malaysia seperti: (i) Dewan Bandar Raya (ii) Majlis Perbandaran (iii) Majlis Bandaran (iv) Lembaga Bandaran (v) Majlis Tempatan (vi) Majlis Luar Bandar Mac 1965, pilihan raya Kerajaan Tempatan ditangguhkan di bawah kuasa darurat (Konfrontasi) 1 Julai 1965, Suruhanjaya Penyiasat Diraja yang dipengerusikan oleh Senator Datuk Athi Nahappan dilantik untuk menyiasat kegiatan Penguasa-Penguasa Tempatan di Semenanjuang Malaysia Berdasarkan cadangan Suruhanjaya itu, beberapa undang-undang Persekutuan digubal untuk menyusun semula Kerajaan Tempatan seperti Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976 Sistem Kerajaan Tempatan yang seragam telah diwujudkan di Semenanjung Malaysia

Pembentukan Penguasa Tempatan di Semenanjung Malaysia

Mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976, terdapat dua jenis Penguasa Tempatan iaitu: (ii) Majlis Perbandaran bagi kawasan bandar dengan penduduk melebihi 100 000 orang serta pendapatan tahunan tidak kurang daripada RM5 juta (iii) Majlis Daerah bagi kawasan luar bandar dengan penduduk kurang daripada 100 000 orang Majlis Perbandaran mengandungi satu (1) Yang Dipertua dan sebilangan ahli yang tidak kurang daripada 8 tetapi tidak lebih daripada 24 orang, yang dilantik oleh Kerajaan Negeri untuk tempoh 1 hingga 3 tahun Majlis Daerah mengandungi satu (1) Yang Dipertua (biasanya Pegawai Daerah berkenaan) dan sebilangan ahli yang tidak kurang daripada 8 tetapi tidak boleh lebih daripada 12 orang, yang dilantik oleh Kerajaan Negeri untuk tempoh 1 hingga 3 tahun Dewan atau Majlis Bandar Raya boleh dibentuk di bawah undangundang khas bagi kawasan yang memenuhi syarat tertentu (hasil
85

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

tahunan lebih daripada RM20 juta) dan diberi taraf bandar raya. Contohnya, Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur, Majlis Bandar Raya Ipoh, Majlis Bandar Raya Kuching Utara, Majlis Bandar Raya Kuching Selatan, Majlis Bandar Raya Johor Bahru dan Dewan Bandar Raya Kota Kinabalu. Dewan atau Majlis ini diketuai oleh seorang Datuk Bandar (Mayor) April 1996, terdapat 5 Dewan atau Majlis Bandar Raya, 25 Majlis Perbandaran dan 114 Majlis Daerah di seluruh Malaysia Setiap Penguasa Tempatan melantik kakitangan sendiri. Mereka bukan ahli perkhidmatan awam walaupun mereka menggunakan skim perkhidmatan yang sama dan dianggap sebagai pekerja sektor awam. Ahli-ahli perkhidmatan awam Persekutuan atau negeri boleh dipinjamkan kepada mana-mana Penguasa Tempatan Pegawai tadbir utama di Penguasa Tempatan ialah Setiausaha

Kuasa Kerajaan Negeri (MMK) Ke Atas Penguasa Tempatan Boleh: (i) Menguatkuasakan undang-undang tentang Kerajaan Tempatan yang digubal oleh Parlimen (ii) Mengawal perubahan sempadan, kemasukan kawasan baru dan pengiktirafan status perbandaran (iii) Melantik Datuk Bandar, Yang Dipertua dan ahli-ahli Majlis yang lain (iv) Meluluskan anggaran belanjawan tahunan (v) Meluluskan pinjaman (vi) Meluluskan jawatan baru (vii) Mempunyai budi bicara untuk memecat ketua jabatan sebuah Penguasa Tempatan atau Timbalan Penguasa Tempatan (viii) Mengesahkan undang-undang kecil yang dibuat oleh Penguasa Tempatan (ix) Melambatkan kelulusan untuk membuat penilaian semula perkadaran bagi Penguasa Tempatan (x) Memberi arahan yang bersifat umum

Kuasa Kerajaan Persekutuan Ke Atas Penguasa Tempatan

Walaupun Kerajaan Tempatan ialah perkara dalam Senarai Negeri, Kerajaan Persekutuan telah membentuk Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk menyelaraskan kegiatan PenguasahaPengusaha Tempatan di seluruh negara Mengikut Perlembagaan Persekutuan, sebuah Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan juga dibentuk untuk merangka dasar kebangsaan memajukan dan mengawal Kerajaan Tempatan dan membincangkan apa-apa cadangan undang-undang Majlis itu hendaklah mengandungi: (i) Menteri berkenaan sebagai pengerusi (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan) (ii) Seorang wakil dari setiap negeri yang dilantik oleh Raja / Yang Dipertua Negeri
86

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

(iii)

Tidak melebihi 10 orang wakil yang dilantik oleh Kerajaan Persekutuan

Kerajaan Persekutuan juga menyediakan pemberian dan pinjaman kepada Penguasa Tempatan melalui Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

4. SURUHANJAYA

Suruhanjaya akan dibentuk apabila diperlukan sebuah badan kerajaan yang patut mempunyai lebih banyak kebebasan dan kemerdekaan daripada pengaruh politik supaya menjalankan tugasnya secara objektif, adil dan saksama Sesebuah suruhanjaya tidak terletak di bawah mana-mana kementerian tetapi bertanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) yang melantiknya

Pembentukan Suruhanjaya

Untuk memastikan kebebasan dan kemerdekaan sesebuah suruhanjaya, pengerusi dan ahli-ahlinya dilantik khas oleh YDPA daripada kalangan orang berkelayakan tetapi

politik atau pegawai kerajaan


JENIS-JENIS SURUHANJAYA

bukan ahli

Pentadbiran suruhanjaya dijalankan oleh urusetia yang dikenali oleh seorang Setiausaha dan dianggotai oleh ahli-ahli perkhidmatan awam

A. Suruhanjaya Tetap Siapakah Ahli Perkhidmatan Awam? Orang yang memegang jawatan sepenuh masa dalam mana-mana Perkhidmatan Awam Mengikut Perlembagaan Persekutuan, terdapat 8 jenis Perkhidmatan Awam: (i) Angkatan Tentera (ii) Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang (iii) Perkhidmatan Awam Am Persekutuan (iv) Pasukan Polis (v) Perkhidmatan Kereta Api (telah diswastakan) (vi) Perkhidmatan Bersama (vii) Perkhidmatan Negeri (viii) Perkhidmatan Pelajaran Ahli Perkhidmatan Awam dilantik oleh salah satu suruhanjaya Perkhidmatan dan terletak di bawah bidang kuasa suruhanjaya itu Kedudukan ahli Perkhidmatan Awam tidak berubah dengan pertukaran kerajaan
87

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Ahli Perkhidmatan Awam bertugas untuk menjalankan kegiatan pentadbiran negara mengikut dasar yang ditetapkan oleh Kerajaan Ahli Perkhidmatan Awam dibayar dariapda Kumpulan Wang Disatukan

Tugas Utama Suruhanjaya-suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bertugas: (i) Perlantikan (ii) Pengesahan (iii) Penempatan kepada jawatan tetap dan berpencen (iv) Kenaikan pangkat (v) Pertukaran (tidak termasuk yang tiada perubahan pangkat) (vi) Pengawalan tatatertib Tugas tersebut boleh diserahkan kepada seorang pegawai / sesuatu jemaah pegawai (JPA) kecuali kuasa membuat perlantikan pertama bagi jawatan tetap dan berpencen Setiap suruhanjaya Perkhidmatan Awam hendaklah membuat satu laporan tahunan mengenai kegiatannya kepada YDPA dan salinan laporan itu mesti dibentangkan di Parlimen

Peruntukan Perlembagaan Persekutuan Ahli Perkhidmatan Awam (APA) memegang jawatan selama diperkenankan oleh YDPA/raja/Yang Dipertua Negeri (YDN) APA tidak boleh dibuang kerja atau diturunkan pangkat: (a) oleh sesuatu pihak berkuasa yang lebih rendah daripada pihak berkuasa yang melantiknya (b) tanpa diberi peluang yang munasabah untuk didengar (c) kerana menjalankan tugas kehakiman yang diberi kepadanya oleh undang-undang tanpa persetujuan SPKU APA tidak boleh dipinjamkan kepada perkhidmatan negeri dan sebaliknya Hak pencen bagi semua ahli Perkhidmatan Awam diberi perlindungan Semua ahli Perkhidmatan Awam mesti diberi layanan yang sama tanpa mengira kaum

Perintah Am Peraturan-peraturan terperinci yang disediakan oleh kerajaan mengenai cara perlantikan, syarat perkhidmatan, tindakan tatatertib dan aspek-aspek lain dalam pengurusan Perkhidmatan Awam Mempunyai kuasa undang-undang seperti undang-undang kecil Mesti selaras dengan kehendak Perlembagaan dan undang-undang Persekutuan

(i) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)

88

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

SPA hendaklah mengandungi ahli-ahli yang dilantik oleh YDPA menurut budi bicara baginda selepas menimbangkan nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-raja SPA mengandungi: (a) Seorang Pengerusi (b) Seorang Timbalan Pengerusi (c) Tidak kurang daripada 4 orang tetapi tidak lebih daripada 30 orang ahli yang lain Bidang kuasa: (a) Perkhidmatan Awam Am Persekutuan (b) Perkhidmatan Kereta Api (c) Perkhidmatan Bersama (d) Perkhidmatan Negeri (Pulau Pinang dan Melaka) (e) Perkhidmatan Negeri (mana-mana negeri jika diberi kuasa oleh DUN Perlis dan Negeri Sembilan)

(ii)Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang Mengandungi: (a) Pengerusi SPA (Pengerusi) (b) Peguam Negara (jika bukan ahli PKU, tempatnya diambil oleh Peguamcara Negara) (c) Seorang / lebih ahli lain yang dilantik oleh YDPA setelah berunding dengan Ketua Hakim Negara daripada kalangan orang yang menjadi, pernah menjadi/berkelayakan menjadi hakim Mahkamah Persekutuan (d) Setiausaha SPA (Setiausaha) SPKU mempunyai bidang kuasa meliputi semua ahli PKU seperti Penasihat Undang-undang Negeri, hakim Mahkamah Sesyen, Majistret dan pegawai undang-undang yang lain. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) SPR dilantik oleh YDPA selepas berunding dengan Majlis Raja-raja SPR mengandungi: (a) Seorang Pengerusi (b) Seorang Timbalan Pengerusi (c) 3 orang ahli lain (seorang daripadanya dari Sabah/Sarawak secara giliran mengikut Akta Malaysia 1963) Bidang kuasa: (a) Mensempadankan bahagian-bahagian pilihan raya (b) Menjalankan pendaftaran pengundi (c) Mengelolakan pilihan raya umum dan pilihan raya kecil Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) SPP hendaklah mengandungi ahli-ahli yang dilantik oleh YDPA dengan budi bicara baginda selepas menimbangkan nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-raja seperti berikut: (a) Seorang pengerusi
89

(iii)

(iv)

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

(b) Seorang Timbalan Pengerusi Seseorang ahli mana-mana Perkhidmatan Awam yang dilantik sebagai Pengerusi / Timbalan Pengerusi tidak layak untuk dilantik selanjutnya dalam perkhidmatan Persekutuan kecuali menjadi ahli biasa dalam sesuatu suruhanjaya perkhidmatan SPP mempunyai bidang kuasa meliputi semua ahli perkhidmatan itu

(v)Suruhanjaya Perkhidmatan Polis (SPP) SPP mengandungi: (a) menteri Hal Ehwal Dalam Negeri (Pengerusi) (b) Ketua Polis Negara (c) Ketua Setiausaha Kementerian hal Ehwal Dalam Negeri (Setiausaha) (d) Seorang ahli SPA yagd ilantik oleh YDPA SPP mempunyai bidang kuasa meliputi semua anggota pasukan polis Majlis Angkatan Tentera (MAT) MAT mengandungi: (a) Menteri Pertahanan (Pengerusi) (b) Seorang wakil raja-raja yang dilantik oleh Majlis Raja-raja (c) Ketua Turus Angkatan Tentera yang dilantik oleh YDPA (d) Ketua Setiausaha kementerian Pertahanan (Setiausaha) (e) 2 orang pegawai turus kanan Angkatan Tentera Persekutuan yang dilantik oleh YDPA (f) Seorang pegawai kanan Tentera Laut Persekutuan yang dilantik oleh YDPA (g) Seorang pegawai kanan Tentera Udara Persekutuan yang dilantik oleh YDPA (h) 2 orang ahli tambahan, jika ada, sama ada anggota tentera atau orang awam yang dilantik oleh YDPA MAT mempunyai bidang kuasa meliputi semua anggota tentera

(vi)

B. Suruhanjaya Tidak Tetap Suruhanjaya khas atau sementara boleh dibentuk dari semasa ke semasa untuk mengkaji sesuatu perkara yang penting. Contohnya, Suruhanjaya Mengkaji Perlaksanaan Kerajaan Tempatan 1968 dan Suruhanjaya Mengkaji Keselamatan Bangunan Sekolah

90

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

BAB 4: DASARDASAR KERAJAAN


PENGENALAN
Dasar awam bermaksud arah umum yang ingin dicapai oleh kerajaan sehubungan dengan masalah tertentu Pernyataan matlamat-matlamat dan penaakulan yang asas bagi program-program kerajaan yang bertujuan mengatasi sesuatu masalah (George J. Gordon, 1986, Public Administration in America, St. martins Press: New York)

1. DASAR EKONOMI
1. DASAR EKONOMI BARU (DEB) Latar Belakang Diperkenalkan pada tahun 1970 dalam Rancangan Malaysia Kedua dan berakhir pada tahun 1990 (RRJP 1) Faktor Kadar kemiskinan di kalangan penduduk Malaysia adalah tinggi Terdapat jurang perbezaan pendapatan yang luas di antara penduduk bandar dengan luar Bandar dan antara kaum Kemajuan di kawasan luar bandar tidak seimbang dengan kemajuan di bandar Wujudnya pengenalan kaum melalui aktiviti ekonomi Kemuncak daripada ketidakseimbangan ini tercetusnya Tragedi 13 Mei 1969 Objektif Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum Menyusun semula struktur masyarakat Mewujudkan perpaduan negara Pencapaian Peratus isi rumah miskin menurun daripada 49.3% kepada 39.6% (1976), 18.4% (1964) dan 16.7% (1990)
91

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Penyertaan bumiputera dalam bidang perindustrian dan perdagangan meningkat Rancangan pembangunan tanah di beberapa buah negeri telah wujud bandar-bandar baru Pada tahun 1984, penyertaan bumiputera dalam pemilikan saham masih jauh daripada matlamat asal dan peratus kemiskinan masih tinggi (hak milik saham oleh kaum bumiputera telah meningkat daripada 4.3% (1971) kepada 19.2% (1990) daripada jumlah keseluruhan modal saham berbayar sektor syarikat) Menyusun semula guna tenaga, penyertaan (jurutera, akauntan, arkitek) meningkat dari 22.2% (1985) kepada 29% (1990)

2. DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL Latar Belakang 17 Jun 1991 Tun Dr. Mahathir Mohamad Jangka masa 1991 -1 2000 (RRJP 2) Objektif Memperkukuhkan kestabilan sosial, ekonomi dan politik Mencapai taraf sebuah negara yang maju dari segi sosial, nilai etika dan moral, kualiti hidup, kecekapan mentadbir dan kecemerlangan ekonomi Faktor Membasmi kemiskinan Penyusunan semula struktur masyarakat Pencapaian Mengurangkan kadar kemiskinan dari 19.1% (1990) kepada 7 8% (2000) Kurangkan kadar pengangguran kepada 4% (2000) Kurangkan ketidakseimbangan pembangunan di antara wilayahwilayah di Sabah dan Sarawak 2.4 juta pekerjaan baru diwujudkan pada tahun 1991 2000 dan 55.8% diambil oleh Bumiputera (706, 700 dalam sektor perkhidmatan dan 534, 000 dalam sektor pembuatan) Menyumbang ke arah pengukuhan danpemodenan asas industri. Kesannya, Malaysia mencapai pembangunan pesat, walaupun dilanda krisis kewangan pada 1997/98 3. DASAR WAWASAN NEGARA
92

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Latar Belakang 3 April 2001 Tun Dr. Mahathir Mohamad Jangka masa 2001 2010 (RRJP 3) Faktor Timbul masalah sosial seperti ancaman terhadap keistimewaan orang Melayu, perpecahan disebabkan perselisihan politik dan soal kemiskinan Strategi Kurikulum pendidikan mungkin perlu diubahsuai sejajar dengan dasar k-ekonomi supaya rakyat Malaysia berpendidikan Meningkatkan lagi penyertaan ekuiti Bumiputera dalam perniagaan. Ini disebabkan pada akhir Dasar Ekonomi Baru (DEB), matlamat 30% penyertaan ekuiti Bumiputera itu gagal dicapai dan berharap RRJP 3 akan merangka sesuatu dasar bagi meningkatkan lagi penyertaan Bumiputera

2. DASAR SOSIAL
1. DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Falsafah
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara

Objektif Menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik (Akta Pelajaran, 1961) Menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja bagi keperluan ekonomi (Penyata Razak 1956) Memenuhi keperluan tenaga negara dalam jangka panjang dan pendek serta melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih (Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979)
93

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara bagi melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis untuk mencapai kesejahteraan

Program Program yang berikut dipersesuaikan bagi Pra-Sekolah, Sekolah Rendah, Menengah, Pendidikan Teknikal dna Vokasional, Pendidikan Guru dan Pendidikan Tinggi (i) Memperkukuhkan sistem penyampaian (ii) Memperbaiki kualiti pendidikan (iii) Meningkat peluang pendidikan untuk pelbagai peringkat umur (iv) Memperluas peluang pendidikan melalui institusi swasta (v) Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) 1983 (vi) Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) 1989 (vii) Penyusunan semula pendidikan Vokasioanal dan Teknikal (1978) (viii) Menubuh Bahagian dan Jawatankuasa di Kementerian Pendidikan Malaysia seperti Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Bahagian Sekolah dan Jabatan pendidikan Swasta Strategi Pelaksanaan Melahirkan warganegara yang: (i) Berpengalaman (ii) Berinovasi (iii) Mengamal nilai-nilai murni (iv) Menyumbang kepada pembangunan negara, institusi kerajaan dan swasta berganding bahu untuk menyediakan pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan Meningkatkan mutu pendidikan secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu Mewujudkan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun Mendemokrasikan pendidikan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik terutama di luar Bandar Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di peringkat universiti khususnya dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan Mempertingkat pendidikan kerohanian, moral dan disiplin Menjadikan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di sekolah-sekolah Memberi peluang bagi pembelajaran bahasa-bahasa yang lain seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil Memperkembang tenaga pengajar yang terlatih
94

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Membina sekolah-sekolah selaras dengan bilangan kanak-kanak

2. DASAR BELIA NEGARA Latar Belakang Golongan belia dikategorikan kepada golongan yang berumur antara 15 40 tahun dan meliputi 42% daripada jumlah 27 juta penduduk Malaysia Golongan ini merupakan tenaga penggerak dalam bidang politik, ekonomi, kebudayaan dan pendidikan Belia memainkan peranan penting dalam pembangunan negara dan sebagai bakal pemimpin negara, usaha bagi mewujudkan organisasi belia yang mantap dan sistematik adalah diperlukan Objektif Membangunkan sosioekonomi golongan belia selain memperkukuhkan perpaduan dan keselamatan negara Memupuk belia yang mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara Menggalakkan penyertaan belia dalam proses perancangan negara Melahirkan belia yang berakhlak tinggi, mementingkan kesihatan dan kecergasan diri Melahirkan masyarakat yang memiliki sifat kepimpinan dan berfikiran matang selain mencapai taraf keilmuan yang tinggi Pelaksanaan Bahagian Perkhidmatan Belia di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakt diwujudkan untuk membimbing dan perkhidmatan sosial kepada golongan belia Kementerian Belia dan Sukan ditubuhkan untuk merancang dan melaksankan dasar-dasar untuk menjalankan kegiatan yang memanfaatkan solongan belia Program Rakan Muda diwujudkan untuk meningkatkan penglibatan belia dalam pelbagai bidang untuk membentuk masyarakat yang seimbang, berdaya saing, berani dan dinamik selaras dengan kehendak negara Koperasi Belia diadakan untuk mewujudkan organisasi yang bercorak koperasi peringkat kebangsaan demi menjaga kepentingan belia dalam bidang ekonomi dan sosial Program Belia Negara Berniaga membekalkan kursus-kursus keusahawanan untuk memberi kemahiran kepada belia Kemahiran vokasional dan teknikal turut diadakan untuk memperlengkapkan kemahiran belia untuk memenuhi kehendak pasaran kerja Badan-badan sukarela menganjurkan pelbagai program dari semasa ke semasa untuk membangunkan belia negara Slogan Malaysia Boleh merupakan galakan untuk memperjuangkan semangat kebangsaan di kalangan belia negara.

95

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

3. DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN Objektif (i) Mengukuh perpaduan bangsa dan negara (ii) Memupuk dan memelihara keperibadian atau identiti Malaysia yang kukuh berdasarkan semangat sayangkan agama, bangsa dan tanah air (iii) Meningkat kualiti kehidupan yang seimbang dari segi kemanusaiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosio-ekonomi Program Pengembangan kesenian dan kebudayaan: (i) Persembahan seni yang berterusan oleh Kompleks Budaya Negara (ii) Khidmat nasihat secara perkongsian bijak di kalangan pakarpakar tempatan dan luar negara (iii) Program kebudayaan melalui media massa, khususnya Radio dan Televisyen Malaysia seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Wesak dan Krismas (iv) Program kebudayaan yang dianjurkan oleh Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan (dahulunya dikenali sebagai Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan), Majlis Kebudayaan Negeri, Jabatan-jabatan Kebudayaan di universiti-universiti tempatan Strategi Pelaksanaan Meletakkan Islam sebagai unsur penting dalam kebudayaan kebangsaan kerana Islam merupakan agama persekutuan yang telah lama tersurat dan diterima oleh Perlembagaan Memilih dan memelihara asas-asas kebudayaan untuk memupuk unsur-unsur budaya yang diwarisi oleh pelbagai kaum yang disesuaikan dengan ciri-ciri atau nilai universal Sikap dan imej penduduk Malaysia diketengahkan di kalangan masyarakat antarabangsa Perkongsian nilai-nilai yang dapat dikongsi bersama seperti budaya dan nilai kehidupan yang boleh membina titik-titik persamaan dalam kehidupan bermasyarakat Menitikberatkan sejarah dan kehidupan budaya alam Melayu Menyesuai kebudayaan kaum lain dan disepadukan melalui pelbagai proses seperti asimilasi, difusi, evolusi dan akulturasi yang wujud hasil daripada kekerapan perhubungan dan pertembungan di antara kebudayaan pelbagai negara Meningkatkan taraf dan mutu kesenian serantau 4. WAWASAN 2020 Latar Belakang

96

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Diperkenalkan pada 28 Februari 1991 oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad melalui kertas kerjanya yang bertajuk Malaysia Melangkah Jauh Ke Hadapan yang memperkenalkan Wawasan 2020 (W2020) W2020 merupakan tindak balas kepada perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang berlaku di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dan pendekatan yang harus diambil untuk membawa perubahan ke arah memajukan negara

Pelaksanaan Setakat ini, pelaksanaan W2020 telah melalui dua fasa kerangka negara iaitu: (i) Rangka Rancangan Jangka Panjang 2 (RRJP2) merupakan fasa pertama (1990 2000) ke arah mencapai negara maju yang merupakan objektif utama W2020 (ii) RRJP3 merupakan fasa kedua (2001 2010), iaitu lanjutan RRJP2 yang dilaksanakan di bawah Dasar Wawasan Negara 9 Cabaran Cabaran 1. Negara Bersatu Ciri-cirinya Mewujudkan rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum memiliki matlamat serupa untuk melahirkan bangsa Malaysia yang: Menjadikan Malaysia sebuah negara aman Berintegrasi di peringkat negeri Wujud integrasi kaum Bekerjasama antara kaum Setia dan dedikasi terhadap negara Rakyat Malaysia diharapkan: berjiwa bebas tenteram berkeyakinan terhadap keupayaan diri gagah menghadapi pelbagai cabaran tidak mengalah kepada sesiapa Melahirkan masyarakat Malaysia yang: mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang mengamalkan demokrasi dan Rakyat Malaysia memiliki: nilai kukuh dalam agama nilai moral dan etika yang tinggi Mewujudkan masyarakat yang: liberal dan bertolak ansur bebas mengamalkan adat dan kebudayaan tersendiri
97

2. Masyarakat berjiwa bebas

3. Masyarakat Demokratik

4. Masyarakat Beretika

Bermoral

5. Masyarakat Liberal

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

mementingkan kesetiaan kepada negara 6. Masyarakat Saintifik dan Mewujudkan masyarakat yang: Progresif daya perubahan tinggi menyumbang kepada kemajuan sains dan teknologi masa depan 7. Masyarakat Penyayang Mewujudkan masyarakat yang mengutamakan budaya penyayang iaitu: kepentingan masyarakat lebih diutamakan mementingkan kebajikan semua insan sistem kekeluargaan yang kukuh 8. Masyarakat Adil Dalam Bidang Masyarakat yang: Ekonomi melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil wdan saksama perkongsian dalam bidang ekonomi tidak wujud pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi 9. Masyarakat Makmur Mewujudkan masyarakat makmur dan mempunyai: ekonomi berdaya saing dinamik kental 5.PELAN INTEGRITI NASIONAL Latar Belakang Jawatankuasa pelaksana penubuhan Pelan Integriti Nasional dan Institut Integriti Malaysia yang dipengerusikan oleh Tan Sri Samsudin Osman Integriri Nasional merujuk kepada proses penyatuan masyarakat yang berbeza latar belakang, budaya dan cara hidup untuk menjadi satu entiti yang terikat oleh norma masyarakat demi kepentingan bersama PIN turut dibimbing oleh falsafah dan cabaran Wawasan 2020 ke arah mewujudkan sebuah negara maju menurut acuan sendiri menjelang 2020 Pelaksanaan PIN Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan menyentuh tentang kesamarataan di sisi undang-undang iaitu semua orang berhak mendapat perlindungan di sisi undang-undang Menghalang masyarakat membangkitkan dan mempersoal isu-isu sensitif yang boleh menjejaskan integrasi nasional seperti: (i) Kedaulatan Raja-raja Melayu (ii) Hak kerakyatan bukan Bumiputera (iii) Agama Islam sebagai agama rasmi negara (iv) Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan (v) Hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera
98

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Pihak pemerintah diberi kuasa menahan sesiapa yang difikirkan menimbulkan masalah dalam negara dan boleh ditahan selama dua tahun tanpa dibicarakan Menubuhkan agensi-agensi kerajaan untuk membantu orang-orang Melayu bergiat dalam bidang perniagaan selain menetapkan kuota untuk mereka meningkatkan taraf hidup mereka seperti MARA, UDA, PERNAS Identiti nasional dibentuk berasaskan kebudayaan Melayu dengan menerima unsur-unsur kebudayaan lain di negara ini Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan dan bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan selain dalam urusan dengan kerajaan Melalui pembelajaran sukatan pelajaran yang sama, diharap semangat patriotik dan persefahaman wujud antara kaum Membolehkan sekolah-sekolah jenis kebangsaan dan sekolah kebangsaan berkongsi kemudahan agar mewujudkan hubungan antara para pelajar Penempatan pegawai ke wilayah lain membolehkan wujudnya hubungan di kalangan rakyat di negara ini Kebanyakan projek perumahan baru diwajibkan mmemperuntukkan lot-lot perumahan untuk Bumiputera agar mewujudkan integrasi antara kaum Parti yang memerintah negara Barisan Nasional adalah gabungan beberapa parti perkauman seperti UMNO, MCA, MIC dan sebagainya

Pencapaian PIN PIN dilaksanakan secara berperingkat dan tempoh 2004 2008 merupakan fasa pertama pelaksanaannya. Dalam tempoh ini, pelbagai program dan aktiviti yang dicadangkan dalam Strategi dan Pelan Tindakan PIN akan dilaksanakan. Melalui pelaksanna, pemantauan dan penilaian ke atas keberkesanan pelbagai program dan aktiviti itu. Kerajaan menjangkakan beberapa sasaran penting yang digariskan oleh PIN akan tercapai Faktor Penentu Kejayaan (i) Kepimpinan Berteladan Kepimpinan sedemikian mempunyai iltizam politik yang teguh, berwawasan, menetapkan sasaran yang jelas, berpegang pada prinsip bersih, cekap dan amanah, menunjukkan teladan yang baik, berhemah serta mesra rakyat (ii)Dasar yang Utuh dan Matlamat yang Jelas Pemimpin yang perlu menggubal dasar yang utuh dan menggariskan matlamat yang jelas munasabah dan boleh dilaksanakan. Penggubalan dasar dna penetapan matlamat perlu mengambil kira pandangan dan cadangan pelbagai lapisan masyarakat dan sektor negara. (iii) Pendidikan Berterusan dan Berulang
99

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Pencapaian sasaran PIN juga amat bergantung kepda pendidikan nilainilai murni secara berterusan dan berulang di kalangan pelbagai sektor dan lapisan masyarakat. Melalui cara ini nilai-nilai tersebut beransuransur dapat dihayati dan dilaksanakan sehingga menjadi sebahagian daripada kebiasaan hidup. Dengan demikian, ia akhirnya menjadi budaya individu dan masyarakat. (iv) Komunikasi Berkesan Salah satu faktor yang boleh menyebabkan kegagalan mana-mana perancangan perubahan termasuk PIN ialah kegagalan berkomunikasi. Oleh itu, komunikasi yang berkesan, jelas, terfokus dan mudah difahami amat penting. (v)Persekitaran Budaya yang Kondusif Persekitaran yang kondusif bermaksud adanya suatu budaya di mana rakyat di merata tempat berminat mengenai etika dan integriri serta mengamalkannya. Minat dan pengalaman ini akan terus berkembang apabila pemimpin menepati janjinya. Penguatkuasaan terhadap gejala rasuah, penyelewengan dan sahguna kuasa pula semakin berkesan dan tidak dilakukan secara memilih bulu. Perkembangan ini akan lebih terdorong lagi apabila terdapat penyelesaian terhadap kes-kes yang menarik perhatian umum (vi) Kerjasama Jentera Politik dan Pentadbiran Sokongan padu dan kerjasama jentera politik dan pentadbiran amat penting bagi menjayakan sasaran PIN. Koordinasi antara kedua-dua jentera tersebut dan isyarat yang sama daripada mereka memberikan keyakinan kepada rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa bahawa keadaan sedang berubah ke arah menjadi semakin baik. (vii)Kerangka Perundangan Berkesan dan Kehakiman yang Bebas Kerangka perundangan yang berkesan dan sesuai dengan perkembangan semasa sangat penting. Pada masa yang sama, badan kehakiman yang bebas yang menjamin keadilan dilaksanakan dengan cepat dan tepat tanpa gentar atau memihak adalah amat kritikal bagi meningkatkan keyakinan rakyat. Kedua-dua ini menyumbang kepad apencapaian sasaran PIN. (viii)Kecukupan dan Kecekapan Sumber Pelbagai syarat kejayaan di atas masih perlu dilengkapi dengan sumber manusia yang terlatih, berkemahiran dan cekap. Selain itu, sumber kewangan dan teknologi moden yang mencukupi juga amat diperlukan. (ix) Kesediaan Individu untuk Berubah Dari segi pembinaan insan, peranan individu sangat penting. Pemahaman, kesedaran dan pengetahuan individu mengenai nilai-nilai murni, yang dipupuk melalui pendidikan dan komikasi berkesan akan menyumbang kepada gerakan pemantapan integriti. Keinsafan mereka tentang perlunya kelemahan diri diatasi akan meningkatkan
100

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

komitmen mereka untu berubah. Dengan cara itu, individu berkenaan akan lebih komited kepada usaha meningkatkan amalan beretika, sekaligus integriti.

3. DASAR POLITIK
1. PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU Latar Belakang Istilah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nation) dicipta oleh Franklin D. Roosevelt yang merujuk kepada Pihak Berikat yang terdiri daripada 26 buah negara Ditubuhkan di San Francisco, California pada 24 Oktober 1945 selepas Perang Dunia Ke-2. Ibu pejabat asal PBB terletak di San Francisco telah dipindahkan ke New York pada tahun 1946 Mewujudkan Majlis Perhimpunan Agung, Majlis Keselamatan, Majlis Amanah, Majlis Ekonomi dan Sosial, Mahkamah Pengadilan Antarabangsa dan Sekretariat Objektif Mengelakkan perulangan pertikaian yang hebat Menegaskan hak asasi manusia yang utama Menjamin rasa hormat kepada undang-undang antarabangsa Mewujudkan keamanan serantau Fungsi Memperbaiki taraf hidup penduduk di seluruh dunia dan membantu negara-negara yang menjadi ahli PBB Mengadakan rundingan diplomatik untuk mencapai persetujuan serantau Menghantar tentera pengaman ke negara-negara yang berperang bagi menyelamatkan mangsa peperangan Memberi bantuan kebajikan dalam bentuk wang, makanan atau kebajikan kepada negara yang mengalami bencana alam atau peperangan Mengawal perkembangan senjata moden yang mengancam keselamatan dunia terutamanya senjata nuklear dan senjata kimia Menjadi penyelesai kepada perebutan pulau seperti di Cuba dan Malaysia Membantu menempatkan pelarian di negara-negara tertentu

Anggota
101

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

1945 Argentina, Australia, Belgium, Bolivia, Brazil, Belarus, Canada, Chile, China, Colombia, Costa Rica, Cuba Czechoslovakia, Denmark, Dominican Republic, Ecuador, Egypt, El Salvador, Ethiopia, France, Greece, Guatemala, Haiti, Honduras, India, Iran, Iraq, Lebanon, Liberia, Luxembourg, Mexico, Netherlands, New Zealand, Nicaragua, Norway, Panama, Paraguay, Peru , Philippines, Poland, Russian Federation, Saudi Arabia, South Africa, Syrian Arab Republic, Turkey, Ukraine, United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland, United States of America, Uruguay, Bolivarian, Republic of Venezuela, Yugoslavia 1946 Afghanistan, Iceland, Sweden, Thailand 1947 Pakistan, Yemen 1948 Myanmar 1949 Israel 1950 Indonesia 1955 Albania, Austria, Bulgaria, Cambodia, Finland, Hungary, Ireland, Italy, Jordan, Lao Peoples Democratic Republic, Libyan Arab Jamahiriya, Nepal, Portugal, Romania, Spain, Sri Lanka 1956 Japan, Morocco, Sudan, Tunisia 1957 Ghana, Malaysia 1958 Guinea 1960 Benin, Burkina Faso, Cameroon, Central African Republic, Chad, Congo, Cte dIvoire, Cyprus, Democratic Republic of Congo, Gabon, Madagascar, Mali Niger, Nigeria, Senegal, Somalia, Togo 1961 Mauritania, Mongolia, Sierra Leone, United Republic of Tanzania 1962 Algeria, Burundi, Jamaica, Rwanda, Trinidad and Tobago, Uganda 1963 Kenya, Kuwait 1964 Malawi, Malta, Zambia 1965 Gambia, Maldives, Singapore 1966 Barbados, Botswana, Guyana, Lesotho 1967 Democratic Yemen 1968 Equatorial Guinea, Mauritius, Swaziland 1970 Fiji 1971 Bahrain, Bhutan, Oman, Qatar, United Arab Emirates 1973 Bahamas, Federal Republic of Germany, German Democratic Republic 1974 Bangladesh, Grenada, Guinea-Bissau 1975 Cape Verde, Comoros, Mozambique, Papua New Guinea, Sao Tome and Principe, Suriname 1976 Angola, Samoa, Seychelles 1977 Djibouti, Viet Nam 1978 Dominica, Solomon Islands 1979 Saint Lucia 1980 Saint Vincent and the Grenadines, Zimbabwe 1981 Antigua and Barbuda, Belize, Vanuatu 1983 Saint Kitts and Nevis 1984 Brunei Darussalam 1990 Liechtenstein, Namibia
102

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

1991 Democratic Peoples Republic of Korea, Estonia, Federated States of Micronesia, Latvia, Lithuania, Marshall Islands, Republic of Korea 1992 Armenia, Azerbaijan, Bosnia and Herzegovina, Croatia, Georgia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Moldova, San Marino, Slovenia, Tajikistan, Turkmenistan, Uzbekistan 1993 Andorra, Czech Republic, Eritrea, Monaco, Slovak Republic, The former Yugoslav Republic of Macedonia 1994 Palau 1999 Kiribati, Nauru, Tonga 2002 Tuvalu, Serbia and Montenegro 2002 Switzerland, Timor-Leste

103

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

BAHAN RUJUKAN Rujukan Utama Asnarukhadi Abu Samah & Jayum A. Jawan (1997). Kenegeraan Malaysia. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Jayum A. Jawan (2002). Politics and Government in Malaysia. Shah Alam: Karisma Publications. Kasim Thukiman (2002). Malaysia: Perspektif Sejarah dan Politik. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia Rujukan Tambahan Ahmad Ibrahim & Ahilemah Koned (1987). Sistem Undang-undang Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Francis Loh Kok Wah & Khoo Boo Teik (2002). Democracy in Malaysia: Discourse and Practices. London: Curzon Intan (1991). Malaysia Kita. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara Jayum A. Jawan (1991). The Ethnic Factor in Modern Politics. Hull: Hull University Press Means, Gordon P. (1991). Malaysian Politics: the Second Generation. Singapore: Oxford University Press Mohamed Suffian hashim (1984). Mengenal Perlembagaan Malaysia. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Nik Anuar Nik Mahmud (2001). Duri Dalam Daging. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Ongkili, James P. (1972). Modernization in East Malaysia. Kuala Lumpur: Oxford University Press Ryan, R. J. (1976). The Making of Modern Malaysia and Singapore. Kuala Lumpur: Oxford University Press

104

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Zainal Abidin Abd Wahid (1991). Sejarah Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

105

You might also like