You are on page 1of 7

Gewang Buatan Sendiri ni bukan kawan punya le...

cuma kawan cuma guna hikmat klepet peringkat kelapan dari forum lain... lama dah kawan simpan buat pekasam... belek2 jumpa... tengok takdak lagi kat sini so kawan pun tepek la...

peralatan yang diperlukan : 1. Kayu - Kayu Jelutung digunakan kerana ia mudah untuk diukir (saya guna carving wood tetapi tak tau kayu jenis apa, kayu yang saya gunakan ini mudah utk di"kerja"kan) 2. Gergaji tangan 3. Pisau kecil 4. Dawai tahan karat 5. Kertas pasir 6. Playar 7. Pembaris besi 8. Pensil 9. Exopy 10. Pisau utk mengukir (carving tools) 11. Cat

potong la kayu tu agar menjadi bentuk bentuk gewang yang dihajati.. kat sini saya memilih bentuk minnow

gunakan kreativiti anda untuk membentuk dawai tahan karat agar menjadi seperti ini atau yang lebih kurang dengan bentuk yang ini. Dawai ni korang taukan utk apa. Bila dah siap masukkan dawai ni kat dalam gewang kemudian gam. Untuk melekatkan dawai tu kat dalam badan gewang, saya gunakan Devcon Exopy 30 minutes. Biarkan ia mengeras selama lebih kurang 3-4 jam sebelum proses mengecat dijalankan.

Ada 2 kaedah ut memasukkan dawai kat dalam lure.. cara pertama lure yang telah siap bentuknya, digergaji utk buat alur pada bahagian bawah

lure tersebut agak dawai boleh dibenamkan didalam longkang tersebut... cara ini efektif untuk lure yang panjang saiznya

Cara Kedua satu lagi kaedah ialah dengan membuat satu lubang pada bahagian utk dawai tersebut ditanam. Macamana nak buat lubang yang sekecil tu?? Mudah.. hanya gunakan screwdriver yg kecil sahaja. Pusingkan screwdriver perlahan-lahan supaya badan lure tidak pecah. Cara ini lebih efektif utk lure yang kecil saiznya..

Dawai dipintal dan kemudian diukur sama dalam dengan lubang dan dilekatkan dengan epoxy 5 minute..

Sekarang dah tiba proses mengecat.. saya gunakan cat berwarna putih sebagai "undercoat" dan pemegangnya itu saya gunakan chopstik buluh. Cat la berhati-hati agar cat tidak meleleh. Kalau meleleh, tak cun la gewang kita nanti. (maaf gewang ninnow saya belum ada yang dicat, jadi saya gunakan gewang jenis lain sebagai contoh). Bila cat "undercoat" dah

kering, cat la gewang itu dengan warna yang dikehendaki. So pandaipandai la pilih warna.

plastik nak buat lip beli kat kedai buat signboard.. mintak yang jenis clear setebal 3mm/4mm.. nama dia kalau tak silap polycarbonate/acrylic semasa memotong ikut kehendak kita mesti lah berhati-hati sebab kalau kasar sangat plastik ni mudah serpih... PS/: kawan cuma nak share ja... kalau tetuan punya thread sana tu ada kat sini kawan mintak mahap banyak2 la ye... copy from.... kakipancing.net

tapi kawan buat x chantek la..... tadak seni tul

first touch....

2nd touch

3rd touch

yang ni belum taruk kaler ngan mata lagi.....

You might also like