LATIHAN AMALI 2011 BAB 1 1.

1 PENGHARGAAN

Alhamdulillah, puji-pujian kepada Allah S.W.T. Tuhan yang menciptakan sekalian Alam dan segala yang berada di dalamnya. Dengan limpah dan kurniaan daripadaNYA, latihan amali selama tiga bulan telah selamat dilaksanakan seperti yang telah ditetapkan iaitu bermula dari 14 Mac 2011 sehingga 14 Jun dan laporan ini telah berjaya disiapkan selepas selesai tempoh tiga bulan tersebut. Sekalung penghargaan saya ingin rakamkan buat Bahagian Perhubungan Awam, Perbadanan Putrajaya yang sudi menerima serta menyediakan ruang bagi saya untuk menjalankan latihan amali ini. Segalanya berjalan lancar dengan adanya penyelia organisasi serta rakan-rakan setugas yang sudi memberikan tunjuk ajar bagi setiap tugasan yang diberikan.

Tidak lupa, saya ingin khususnya ucapan terima kasih buat semua warga kerja Unit Arkib dan Dokumentasi iaitu unit yang menempatkan saya selamaduabulan atas kebaikan serta budi baik mereka kerana tidak jemu dalam memberikan tunjuk ajar dan menegur sebarang kesalahan yang dilakukan.

Seterusnya, penghargaan kepada pensyarah-pensyarah Jabatan Komunikasi serta penyelia yang sentiasa memberikan sokongan serta teguran dalam semua tindakan sepanjang proses pemilihan tempat latihan amali dan semasa penyeliaan latihan amali dijalankan. Tidak lupa juga, pada keluarga dan rakan-rakan yang memberi sokongan dan dorongan untuk saya terus bersemangat menyelesaikan latihan amali ini. Segala jasa dan budi baik yang dicurahkan amat dihargai.

1 | KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS)

LATIHAN AMALI 2011 1.2 PENGENALAN

Latihan Amali merupakan salah satu subjek wajib yang perlu diambil oleh setiap pelajar Diploma Komunikasi, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Tempoh yang telah ditetapkan bagi menjalankan latihan amali ialah selama tiga bulan. Tujuan utama latihan amali ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan tentang alam pekerjaan yang sebenar kepada para pelajar Diploma Komunikasi serta memberi peluang untuk mereka mempraktikkan segala ilmu yang dipelajari dalam kuliah.

Bagi menjalani latihan amali ini, latih telah memilih Bahagian Perhubungan Awam, Perbadanan Putrajaya, Putrajaya. Sepanjang tempoh latihan amali ini dijalankan pelatih berpeluang untuk menimba pengalaman di kima unit yang berbeza dan pelatih dapat perolehi banyak perkara baru dari aspek yang berbeza daripada pembelajaran dalam kuliah. Laporan bagi Latihan Amali ini disiapkan sejurus selepas pelatih selesai menjalankan latihan amali.

Laporan ini merupakan hasil daripada pemerhatian serta pengalaman yang pelatih lalui sepanjang berada dalam organisasi Bahagian Perhubungan Awam, Perbadanan Putrajaya sepanjang tempoh tiga bulan. Pelatih akan menerangkan segala tugasan yang telah dijalankan serta maklumat tambahan di luar bidang komunikasi yang telah dapat pelatih perolehi sepanjang penglibatan dalam organisasi ini. Semoga laporan ini akan dapat dijadikan bahan rujukan dan panduan bagi para pelatih di masa akan datang.

2 | KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS)

LATIHAN AMALI 2011 1. Fungsi-fungsi Perbadanan Putrajaya sebagaimana seksyen 4 akta berkenaan adalah seperti berikut: a. FUNGSI PERBADANAN PUTRAJAYA Perbadanan Putrajaya ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Putrajaya 1995 (Akta 536) pada 1 Mac 1996 untuk membangun. memudahkan dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial di dalam Wilayah Persekutuan Putrajaya c. lanjutan daripada kelulusan pelan induknya oleh kabinet pada Februari 1995 dan Perjanjian Penubuhan Putrajaya antara Kerajaan Selangor dan Kerajaan Persekutuan pada 20 Julai 1995. Mengawal dan menyelaraskan pelaksanaan aktiviti-aktiviti di atas. menggalakkan. Memajukan. menggalakkan. mentadbir dan menguruskan Wilayah Persekutuan Putrajaya. 3 | KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS) .1 PENGENALAN ORGANISASI PERBADANAN PUTRAJAYA LATAR BELAKANG PERBADANAN PUTRAJAYA Perbadanan Putrajaya (PPj) ditubuhkan dibawah Akta Perbadanan 1995 (Akta 536) pada 1 Mac 1996. memudahkan dan mengusahakan pembangunan komersil. pembangunan infrastruktur serta juga pembangunan tempat tinggal di dalam Wilayah Persekutuan Putrajaya d. Melaksanakan segala fungsi-fungsi kerajaan tempatan bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya b.2. Memajukan.

Kami memberi sepenuh perhatian kepada kepuasan pelanggan dan komited dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti b. MISI PERBADANAN PUTRAJAYA Tujuan utama kami adalah untuk merancang. membangun dan mengurus Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan dengan cekap dan berkesan dengan: a. Kami mendukung dan mengamalkan integriti pada setiap masa dankami mengambil berat serta bertanggungjawab ke atas komuniti dan alam sekitar. 4 | KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS) . yang memenuhi keperluan sosio-ekonomi. bersemangat dan bertenaga serta makmur.LATIHAN AMALI 2011 WAWASAN 2015 PERBADANAN PUTRAJAYA Putrajaya akan menjadi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang terurus. rekreasi dan rohaniah penghuni. NILAI-NILAI BERSAMA a. Membina organisasi yang berprestasi tinggi cekap dan mesra pelanggan serta menyediakan kemudahan awam yang bertaraf dunia c. Kami berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam setiap perkara yang dilaksanakan serta kami bekerjasama dalam satu pasukan bagi mencapai kelebihan dan potensi masing-masing c. Memupuk persekitaran yang kondusif bagi aktiviti komersial yang semakin berkembang maju dan mengamalkan tahap tadbir urus dan integriti yang sangat baik. Membentuk dasar dan rangka kerja pembangunan yang sesuai juga menjalinkan hubungan dan pertalian yang membina dengan semua pemegang kepentingan dan rakan kongsi b. warga kerja dan pelawat.

Bilangan acara penting/ bertaraf antarabangsa (dan tahap penyertaan). Tahap pematuhan kepada kaedah dan peraturan.LATIHAN AMALI 2011 UKURAN KEJAYAAN UTAMA a. Tahap pelaksanaan pelan induk dan pematuhan. Terurus • • • • • Indeks kepuasan pelanggan. Bilangan dan jenis perniagaan yang dijalankan.2004 2004 . Bilangan program komuniti. Indeks kepuasan pekerja b.2011 5 | KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS) . Indeks kualiti kesihatan dan persekitaran. Bersemangat dan Bertenaga • • • • • Bilangan pelancong yang datang melawat. Indeks jenayah. Makmur • • • Indeks kualiti hidup. Pengiktirafan dan anugerah. PRESIDEN DAN MANTAN PRESIDEN Presiden PPj Tan Sri Azizan Zainul Abidin Tan Sri Samsudin Osman 1995 . Bilangan pusat budaya/ rekreasi c.

membuat hebahan berita melalui portal dan menguruskan liputan akhbar serta siaran media 6 | KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS) . mengawal selia serta mengurus hal ehwal pentadbiran am pejabat. rekod perkhidmatan dan pembangunan sumber manusia melalui latihan dan kemudahankemudahan serta kemajuan kerjaya Pentadbiran • Merancang. perkhidmatan keselamatan dan kenderaan pejabat • Menganjurkan majlis dan acara rasmim menguruskan aktiviti lawatan berpandu serta aktiviti penggambaran.LATIHAN AMALI 2011 OBJEKTIF JABATAN PERKHIDMATAN KORPORAT Perancangan Strategik • Merancang dan melaksanakan strategi bagi mencapai Visi 2015 PPj serta menjalankan pelbagai program kualiti bagi meningkatkan keberkesanan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Kewangan • Menguruskan system kewangan melalui pengurusan hasil bersistematik dan pembelanjaan secara berhemat dengan menyediakan bajet berimbang. aset serta prasarana. menguruskan Talian Khidmat Pelanggan (Customer Relationship Management-CRM). menguruskan system perakaunan PPj dengan baik teratur melalui system perakaunan berkomputer yang dapat memenuhi keperluan pelaporan kepada pihak pengurusan tertinggi dan pemegang saham dan memantau pengurusan anak syarikat dan operator-operator agar dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan Pengurusan Sumber Manusia • Merancang dan mengurus pewujudan atau pengisian penjawatan.

fotografi & rakaman video serta pengurusan cenderamata korporat. program promosi pelancongan. 7 | KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS) . pengurusan aktiviti penggambaran. 3. melaksana dan mengingkatkan pengunaan system aplikasi ICT dalam semua aspek pengurusan dan pentadbiran di PPj disamping menyediakan kemudahan infrastuktur ICT bagi member perkhidmatan dan penyampaian maklumat yang berkualiti di Putrajaya OBJEKTIF BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM 1. garispanduan. 2. membangun. poster. perolehan dan pengurusan pameran. memproses permohonan penganjuran acara oleh agensi luar serta pengurusan persembahan Muzik dan Kumpulan Koir. mengemaskini laman web dan hebahan portal. video dokumentari dan sebagainya). penganjuran Hari Bersama Pelanggan dan penyediaan serta pelaksanaan Media and Communiaction Plan.LATIHAN AMALI 2011 Teknologi Maklumat dan Komunikasi • Merancang. pengedaran kad jemputan serta sambutan dan protokol). Pengurusan dan pentadbiran I-Center. banner. Pengurusan aduan dan sistem CRM (Customer Relations Management). coffee table book. booklet. pengurusan lawatan dan pemandu pelancong. Menguruskan penyediaan dan penerbitan bahan-bahan penerbitan PPj (termasuk laporan tahunan. buntings. brosur. pengurusan dan penyelarasan acara (termasuk mengemaskini senarai jemputan.

LATIHAN AMALI 2011 CARTA ORGANISASI PERBADANAN PUTRAJAYA 8 | KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS) .

LATIHAN AMALI 2011 BAB 2 AKTIVITI LATIHAN AMALI 2. Pelatih juga berharap hasil laporan ini dapat di jadikan sebagai rujukan mahupun contoh untuk kegunaan pelatih masa akan datang yang bakal menjalani latihan amali. Penerangan yang lebih terperinci akan di jelaskan oleh pelatih berkenaan dengan aktiviti dan tugas yang telah di lakukan. Unit Promosi dan Pelancongan. 9 | KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS) .1 PENGENALAN Di dalam bab ini. Perbadanan Putrajaya dan telah di berikan jadual pertukaran unit ke unit lain seperti Unit Publisiti dan Perhubungan Awam. pelatih akan menerangkan tentang segala tugasan yang telah di tugaskan serta yang telah pun di laksanakan oleh pelatih sepanjang menjalani latihan amali di Perbadanan Putrajaya dari 14 Mac sehingga 14 Jun 2011. Pelatih telah tamat tempoh latihan amali dan akan menyimpulkan tentang ilmu dan pengalaman yang dapat di pelajari sepanjang tempoh latihan. Pada 14 Mac pelatih telah melapor diri kepada Bahagian Perhubungan Awam. Unit Kesenian dan Kebudayaan serta Unit Urusan Pentadbiran selama seminggu di setiap unit sebelum kekal tetap di unit Arkib dan Penerbitan sehingga tamat tempoh latihan amali.

membuat panggilan kepada kementerian di Malaysia bagi mengemaskini maklumat untuk kegunaan edaran Buku Laporan Tahunan PPj 2009. pelatih juga tolong membantu kakitangan lain dalam urusan kerja seperti membuat tempahan perkhidmantan kenderaan PPj untuk kegunaan kakitangan yang akan melakukan tugasan luar kawasan.LATIHAN AMALI 2011 2. Selain itu. Dalam keadaan persaingan dan cabaran pasaran yang semakin kompetitif. Kakitangan pentadbiran perlu menjadi lebih cekap dan berkeyakinan di dalam kerja mereka agar dapat menyumbang kepada peningkatan produktiviti pentadbiran organisasi. Pelatih melakukan tugasan harian seperti mengemaskini fail surat menyurat berkaitan buku Laporan Tahunan PPj. Maka wujudnya dasar melaksanakan kemajuan pada sistem fail. rekod dan pengurusan pejabat yang efektif. 10 | KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS) . adalah penting untuk membina pendekatan inovatif dan proaktif dalam meningkatkan perkhidmatan organisasi yang bertaraf dunia.2 AKTIVITI SEPANJANG LATIHAN AMALI AKTIVITI 1 NAMA AKTIVITI – MENGEMASKINI FAIL SURAT-MENYURAT BERKAITAN LAPORAN TAHUNAN PPj DESKRIPSI Tugasan harian merupakan perkara rutin yang di lakukan setiap hari.

beberapa jenis sistem fail. Pekerja juga harus memahami prinsip-prinsip asas dalam prosedur pengurusan fail dan rekod pengurusan pejabat serta pentadbiran seharian secara. Pelatih juga telah di dedahkan dengan sistem pengurusan rekod seperti sistem dan objektif pengurusan fail.LATIHAN AMALI 2011 Pekerja akan di dedahkan dengan prinsip-prinsip. beberapa perkongsian amalan sistem fail. 11 | KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS) . kaedah menyediakan dan menyimpan fail. Selain daripada perlu melaksanakan sistem dan pengkelasan fail secara teratur dan bersistematik. teknik-teknik moden dan tatacara yang sewajarnya di dalam pengurusan fail dan rekod organisasi bagi meningkatkan produktiviti.

dengan melaksanakan tugasan ini pelatih juga mampu memperbaiki skil komunikasi serta meningkatkan daya keyakinan diri apabila berhubungan dengan orang lain samada melalui panggilan telefon mahupun bersemuka. Presint 6 Putrajaya. Pelatih perlu menghubungi pelbagai agensi kerajaan mahupun swasta serta kementeriankementerian Malaysia. 12 | KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS) . Maka pelatih perlu mengemaskini semula senarai jemputan media untuk tujuan edaran kad jemputan. jawatan alamat dan sebagainya untuk kegunaan jemputan ke majlis mahupun acara atau pengedaran sebarang suratmenyurat sebagai contoh seperti majlis Malam Mesra Media 2011 yang berlangsung di Pantai Berpasir. Tugasan ini mendedahkan pelatih kepada komunikasi yang perlu di terapkan sebaik mungkin.LATIHAN AMALI 2011 AKTIVITI 2 NAMA AKTIVITI – MENGEMASKINI SENARAI MEDIA/ORGANISASI SERTA PENGESAHAN KEHADIRAN DESKRIPSI Bagi aktiviti ini pelatih perlu mengemaskini maklumat seperti nama.

aktiviti dan projek serta sejauh mana ianya tercapai. aktiviti dan projek yang di jalankan sepanjang tahun ia juga turut memberikan maklumat mengenai matlamat dan faedah program. Laporan Tahunan juga memberikan maklumat mengenai tahap sumbangan dan bantuan Kerajaan selain daripada memberi gambaran mengenai kedudukan kewangan secara keseluruhan serta member maklumat mengenai kejayaan yang di perolehi dalam meningkatkan taraf hidup golongan sasaran khasnya dari aspek sosioekonomi. perkara-perkara yang harus di liputi di dalam Laporan Tahunan untuk sesebuah BBP mungkin juga berbeza. objektif. fungsi dan operasinya termasuk program. Memandangkan aktiviti-aktiviti dan fungsi-fungsi BBP berbeza di antara satu sama lain. 13 | KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS) .LATIHAN AMALI 2011 AKTIVITI 3 NAMA AKTIVITI – MENYEDIA DAN MENGEDAR BUKU LAPORAN TAHUNAN 2009 DESKRIPSI Laporan Tahunan PPj merupakan satu medium untuk membantu pemahaman mengenai sesebuah organisasi. Oleh itu adalah sukar untuk menetapkan satu format yang seragam atau menetapkan secara terperinci perkara-perkara yang seharusnya dilitupi oleh sesuatu Laporan Tahunan.

analisis prestasi kewangan. laporan prestasi. ketua-ketua pengarah. latar belakang organisasi. Laporan Tahunan sesebuah organisasi haruslah dikemukakan kepada Jemaah Menteri dan pembentangannya di Parlimen sebagai satu dokumen tunggal yang sekurang-kurangnya mengandungi maklumat korporat. penyata kewangan yang telah di audit serta maklumat-maklumat lain. Pihak Berkuasa Tempatan Seluruh Malaysia dan sebagainya. Tugas pelatih adalah untuk menyediakan surat edaran bagi tujuan edaran buku laporan tahunan PPj kepada seluruh Ketua Setiausaha di setiap kementerian.LATIHAN AMALI 2011 Walau bagaimanapun. 14 | KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS) . laporan pengerusi. laporan ke atas bantuan Kerajaan.

15 | KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS) . Unit Arkib dan Dokumentasi perlu memastikan bekalan cenderamata sentiasa mencukupi dan perlu mempelbagaikan cenderamata korporat untuk diberikan kepada pelawat. MENGENDALI DAN MENYEDIAKAN CENDERAMATA DESKRIPSI Bahagian Perhubungan Awan turut bertindak sebagai pembekal bagi sebarang keperluan cenderamata di PPj. anbtara proses yang di perlukan untuk penyediaan cenderamata ialah dengan menerima emel mahupun memo dari pihak yang memerlukan cenderamata tersebut dan kemudian meminta kelulusan serta mencadangkan cenderamata yang ingin di sediakan kepada Timbalan Pengarah Kanan (Perhubungan Awam) dan menyediakan cenderamata mengikutnya kelulusan darinya dan kemudian memaklumkan semula kepada pegawai yang berkenaan tentang kelulusan cenderamata tersebut. peserta kursus dan sebagainya.LATIHAN AMALI 2011 AKTIVITI 4 NAMA AKTIVITI – KORPORAT. Pelatih turut terlibat di dalam penyediaan cenderamata PPj. Dan pegawai yang berkenaan perlu menandatangani borang pengeluaran yang telah disediakan sebelum ditandatangani oleh pengeluar serta pegawai yang meluluskan sebelum cenderamata diserahkan dan borang tersebut perlu disimpan di dalam sebuah fail khas dan akan disemak setiap bulan.

emel. 16 | KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS) . stok kad dan borang pengeluaran cenderamata akan disemak bagi mengelakkan berlakunya kecuaian di mana-mana. dan sekiranya tidak bertepatan.LATIHAN AMALI 2011 Selain itu pelatih turut mengemaskini stok cenderamata untuk rekod simpanan juga turut menyemak baki stok bagi memastikan jumlah yang tertera di dalam rekod adalah tepat.

LATIHAN AMALI 2011 AKTIVITI 5 NAMA AKTIVITI – MEDIA MONITORING ACTIVITIES DESKRIPSI Pelatih juga di tugaskan untuk menguruskan sistem media monitoring activities ini dan lebih memahami tentang fungsi serta peranan aktiviti ini. Seperti yang kita tahu. pihak unit Arkib dan Penerbitan bertanggungjawab sepenuhnya dalam penggendalian penerimaan perkhidmatan yang kemudiannya akan di gunakan sebagai simpanan arkib dan di cetak untuk di edarkan kepada pihak pengurusan tertinggi PPj. liputan media masa kini sentiasa ada di mana-mana dan setiap tindakan sesebuah organisasi juga sentiasa berada di bawah penelitian awam. maka PPj telah pun menggunakan sistem Media Monitoring Activities dari sebuah syarikat New & Ads Monitoring Agency Sdn. Bhd yang menyediakan perkhidmatan News Coverage Report di mana. media cetak mahupun melalui media penyiaran merupakan merupakan aset terbesar bagi sesebuah organisasi dalam mempertahankan reputasinya. 17 | KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS) . Bersesuaian dengan itu. Oleh itu. dengan memiliki sistem pemantauan yang betul adalah sangat penting bagi mengetahui apa yang sedang di perkatakan tentang sesebuah organisasi mahupun persekitaranya kerana ini di perlukan bagi mengelakkan kestabilan dan kejayaan di masa hadapan. Semua yang di terbitkan di dalam internet.

cadangan yang diusulkan pula merangkumi cadangan bagi pihak Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan pihak Bahagian Perhubungan Awam.1 PENGENALAN Bab ini menerangkan mengenai perbincangan dan cadangan yang dibuat berdasarkan latihan amali yang telah dijalani. 18 | KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS) .LATIHAN AMALI 2011 BAB 3 PERBINCANGAN DAN CADANGAN 3. Manakala. Perbadanan Putrajaya. Perbincangan yang diutarakan adalah meliputi aspek kewajaran latihan amali ini dijalankan.

banyak yang telah dapat pelatih pelajari.2 PERBINCANGAN Sepanjang tempoh tiga bulan menjalankan Latihan Amali di Perbadanan Putrajaya. Secara kesimpulannya. 19 | KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS) .LATIHAN AMALI 2011 3. organisasi Perbadanan Putrajaya telah menyediakan ruang yang selesa bagi menempatkan pelajar yang menjalankan Latihan Amali iaitu dengan sikap petugas dan pegawai yang tidak lokek berkongsi ilmu pengetahuan dan tunjuk ajar berkenaan dengan bidang dan tugasan mereka. Walaupun kebanyakan tugasan yang pelatih lakukan tidak berapa berkait dengan subjek yang dipelajari di kolej tetapi tugasan yang diberi dapat mendidik pelatih untuk menjadi pekerja yang patuh pada arahan dan komited dengan apa yang dilakukan.

3 CADANGAN Pertama sekali. ingin saya mengutarakan cadangan pada organisasi supaya memberikan short brief yang lebih jelas dan terperinci mengenai peranan.LATIHAN AMALI 2011 3. fungsi serta aktiviti bagi setiap unit agar 20 | KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS) .

21 | KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS) . saya turut mencadangkan agar pelajar diberikan penerangan yang lebih jelas tentang tugasan yang akan di lakukan agar pelatih akan lebih efektif dan konsisten. ingin juga saya mencadangkan pada pihak organisasi agar menyediakan tempat atau menempatkan paltih latihan amali di bawah bidang yang seiring dengan pengajiannya. Ia adalah untuk memastikan apa yang diperolehi selama tempoh menjalankan latihan amali adalah seiring dengan apa yang dipelajari semasa pengajian di dalam kuliah. Bagi tempoh perjalanan latihan amali pula. saya ingin cadangkan supaya pihak jabatan Komunikasi dapat menambahkan tempoh lebih daripada tiga bulan agar pelatih dapat merasai alam pekerjaan sebenar dalam tempoh yang lebih panjang. Selain daripada itu.LATIHAN AMALI 2011 pelatih lebih memahami tentang perkara-perkara rutin yang di lakukan dalam setiap unit tersebut. Seterusnya.

Buku Laporan Tahunan 2009 Perbadanan Putrajaya 2. Portal NAMA-News & Ads Monitoring Agency 22 | KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS) . Fail Meja Bahagian Perhubungan Awam 3. Portal Perbadanan Putrajaya 4.LATIHAN AMALI 2011 BAB 4 4.0 RUJUKAN 1.

Keratan Akhbar 3. Slide Show Putrajaya 23 | KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS) . Jadual Tugasan Praktikal 2. Senarai Media 6. Senarai Kehadiran Sesi Brainstorming – Vitalizing Putrajaya 9. Laporan Ringkas – Mesyuarat Penyelarasan Tapak Laman Seni Kali Ke-34 7. BORANG PERMOHONAN PEROLEHAN BEKALAN/PERKHIDMATAN 4. Slide Show Vitalizing Putrajaya 11. Contoh Surat Edaran Buku Laporan Tahunan 10. Minit Mesyuarat 8.LATIHAN AMALI 2011 BAB 5 5. Borang Tempahan Kenderaan 5.0 LAMPIRAN 1.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful