P. 1
YB MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI DALAM PENYERTAAN MOA DI 37th SESSION OF FOOD AND AGRICULTURE ORGANISATION OF THE UNITED NATIONS (FAO) CONFERENCE, ROME, ITALY PADA 25 – 28 JUN 2011 DAN LAWATAN KERJA YB MENTERI KE NORWAY, 28 30 JUN 2011

YB MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI DALAM PENYERTAAN MOA DI 37th SESSION OF FOOD AND AGRICULTURE ORGANISATION OF THE UNITED NATIONS (FAO) CONFERENCE, ROME, ITALY PADA 25 – 28 JUN 2011 DAN LAWATAN KERJA YB MENTERI KE NORWAY, 28 30 JUN 2011

|Views: 75|Likes:

More info:

Published by: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani on Jun 27, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/30/2012

pdf

text

original

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI MALAYSIA (MINISTRY OF AGRICULTURE AND AGRO-BASED INDUSTRY MALAYSIA) WISMA

TANI NO. 28, PERSIARAN PERDANA, PRESINT 4 62624 PUTRAJAYA
Telefon : 03-8870 1373 Telefax : 03-8888 6906 E-mail : pro@moa.gov.my Homepage : http://www.moa.gov.my

SIARAN MEDIA
YB MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI DALAM PENYERTAAN MOA DI 37th SESSION OF FOOD AND AGRICULTURE ORGANISATION OF THE UNITED NATIONS (FAO) CONFERENCE, ROME, ITALY PADA 25 – 28 JUN 2011 DAN LAWATAN KERJA YB MENTERI KE NORWAY, 28 30 JUN 2011
Jumaat, 24 Jun 2011 – YB Datuk Seri Noh bin Haji Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) akan mengetuai delegasi Malaysia untuk menghadiri persidangan ke-37 Food and Agriculture Organisation of The United Nations (FAO) yang akan diadakan di Rome, Itali pada 25 Jun – 2 Julai 2011. Persidangan ke-37 FAO merupakan mesyuarat berjadual yang diadakan setiap 2 tahun diselangi dengan Persidangan Serantau FAO bertujuan bagi membahas dan memutuskan isu-isu di peringkat dasar dan perancangan strategik FAO, dengan hasrat untuk meningkatkan jaminan makanan di peringkat global di samping memastikan hak asasi manusia terhadap makanan tercapai sepenuhnya. Dengan kepadatan penduduk yang dijangka akan meningkat kepada 9 billion pada tahun 2050, jumlah penduduk dunia yang mengalami kelaparan dan kebuluran dunia pada ketika ini yang telah mencecah kepada 1 billion dan jumlah ini dijangka akan terus meningkat ekoran dari krisis kegawatan ekonomi, perubahan iklim dan bencana alam, ditambah dengan jumlah pengeluaran makanan yang semakin berkurangan. Tema bagi Persidangan pada kali ini adalah “The Vital Role of Women in Agriculture and Rural Development” dan akan dibahaskan semasa Sidang Pleno di bawah agenda Review of the State of Food and Agriculture. Persidangan kali ini antara lain akan membincang dan merumus agenda-agenda FAO serta sebagaimana persidangan sebelum ini, ia juga akan dibahagikan kepada 3 sesi utama iaitu Sidang Pleno, Commission I yang akan membincangkan isu-isu di peringkat dasar FAO dan Commision II yang akan membincangkan program dan peruntukan perbelanjaan FAO.

24 Jun 2011, Jumaat

1

Persidangan kali ini juga akan menyaksikan pemilihan bagi jawatan Ketua Pengarah FAO di mana TYT Jacques Diouf akan menamatkan perkhidmatannya sebagai Ketua Pengarah FAO pada 31 Disember 2011 setelah menyandang jawatan tersebut bermula dari 1 Januari 1994. Sebanyak 6 negara telah menyatakan hasrat untuk bertanding bagi jawatan tersebut iaitu Austria yang akan diwakili oleh TYT Franz Fischler, Brazil diwakili oleh TYT Jose Graziano da Silva, Indonesia diwakili oleh TYT Indroyono Soesilo, Iran diwakili oleh TYT Mohammad Saeid Noori Naeini, Iraq diwakili oleh TYT Abdul Latif Rashid dan Sepanyol diwakili oleh T.Y.T. Miguel Angel Moratinos Cuyaube. Pemilihan bagi jawatan ini akan dibuat semasa Sidang Pleno pada 26 Jun 2011. Malaysia akan menyuarakan pandangan mengenai beberapa intipati penting yang harus diberi penekanan khasnya oleh FAO dan agensiagensi yang berkaitan di bawah United Nations serta semua negaranegara anggota, yang antara lainnya adalah : (i) (ii) (iii)
(iv) (v) (vi)

(vii)

Peningkatan pengeluaran dan produktiviti pertanian sebagai langkah utama mengurangkan kadar kebuluran; Peranan wanita dalam sektor pertanian di Malaysia; Dasar Transformasi Malaysia dalam sektor pertanian; Komitmen yang mantap dan berterusan di peringkat global dalam menangani masalah perubahan iklim; Isu ketidakstabilan harga dalam sektor pertanian; Liberalisasi perdagangan dan peningkatan pelaburan dalam sektor pertanian khasnya di negara-negara membangun dan negara mundur; dan Sistem pentadbiran global yang lebih cekap dan berkesan dalam menangani masalah kelaparan dan kebuluran (global governance).

Selain itu, Persidangan ini juga akan menggalakkan peluang kerjasama di kalangan ahli-ahli FAO di peringkat serantau mahupun dunia dalam perkongsian maklumat dan pengetahuan berkaitan pengeluaran makanan secara efektif, termasuk meningkatkan lagi sumber teknikal dalam aspek pengeluaran makanan. Penyertaan YB Menteri di Persidangan ini menunjukkan kesungguhan dan komitmen Malaysia dalam usaha untuk merealisasikan objektif FAO berhubung aspek jaminan makanan di peringkat dunia, di samping Malaysia akan terus memainkan peranan yang berkesan bagi memastikan visibiliti negara melalui penglibatan yang aktif dalam usaha FAO membasmi kelaparan dan kebuluran. Penyertaan Malaysia dalam Persidangan pada kali ini jelas menunjukkan kesungguhan dan komitmen negara dalam usaha merealisasikan hasrat untuk membasmi kebuluran di peringkat global secara hubungan dua hala mahupun pelbagai hala dengan negara-negara ahli FAO.
24 Jun 2011, Jumaat
2

Lawatan Kerja ke Norway Selanjutnya, YB Menteri juga dijangka akan mengadakan lawatan kerja ke Norway dan akan mengadakan perbincangan dua hala dengan T.Y.T. Menteri Perikanan dan Hal Ehwal Pantai/Kelautan Norway mengenai pengurusan sumber perikanan dan juga mengenai cadangan bagi mengadakan kerjasama dalam bidang akuakultur MalaysiaNorway. Antara kerjasama yang dijangka akan dilaksanakan adalah dalam Pembangunan Peraturan Industri Akuakultur Malaysia. Pada masa ini, Norway telah mempunyai peraturan industri akuakultur yang mantap dalam mengawalselia industri tersebut dan perkara ini dapat dicontohi oleh Malaysia serta menjamin sumber perikanan yang berterusan dan amalan perladangan yang baik dengan teknologi yang terkini dalam industri akuakultur di samping membantu dalam hasrat untuk meningkatkan jaminan makanan negara. Global Research Alliance Di dalam satu Persidangan yang berasingan, YBhg. Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mengetuai delegasi Malaysia untuk menandatangani Global Research Alliance Charter bagi pihak Kerajaan Malaysia yang akan berlangsung di Rome, pada 24 Jun 2011. Global Research Alliance (GRA) on Agricultural Greenhouse Gases merupakan satu inisiatif yang memberi fokus kepada sektor penyelidikan, pembangunan, pengembangan teknologi dan amalanamalan yang akan membantu ke arah peningkatan produktiviti makanan serta mengurangkan pembebasan gas rumah hijau (GHG) akibat daripada aktiviti-aktivit pertanian.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT KEMENTERIAN PERTANIAN & INDUSTRI ASAS TANI MALAYSIA

24 Jun 2011, Jumaat

3

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->