You are on page 1of 19

KEDUDUKAN BAHASA MELAYU DALAM GAGASAN SATU MALAYSIA

1.0

PENDAHULUAN.

1.1

Pengenalan

Bahasa Melayu yang mampu menjadi teras perpaduan bangsa Malaysia ialah Bahasa Melayu yang digunakan secara bersama dan meluas. Bahasa melayu bukan sahaja berfungsi sebagai bahasa basahan, namun bahasa rasmi dan tidak rasmi Bahasa Melayu telah digunakan di Kepulauan Melayu kira-kira abad ke tujuh. Pada waktu itu terdapat 200 bahasa yang dituturkan di kepulauan tersebut. Penggunaan bahasa melayu semakin meluas kerana bahasa tersebut mudah dituturkan berbanding dengan bahasa yang lain. Ciri-ciri keterbukaan yang terdapat dalam bahasa Melayu yang dapat menerima pengaruh bahasa-bahasa lain menyebabkan bahasa tersebut dapat berkembang dengan pesat dan menjadi lingua franca dan bahasa ilmu bagi rantau kepulauan Melayu.

Bahasa Melayu telah diisytiharkan sebagai bahasa kebangsaan apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi,bahasa pengantar dan bahasa ilmu. Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi sebagaimana yang telah diwartakan dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967 dan memperkukuhkan kedudukan sebagai bahasa pengantar dalam institusi pendidikan menerusi Akta Pendidikan 1961 dan Akta Pendidikan 1996.

Menurut Kamus Dewan (1970:50) bahasa rasmi sebagai bahasa pentadbiran,bahasa perhubungan awam,bahasa pengantar serta bahasa ilmiah di sekolah-sekolah dan institusi tinggi. Ainon Muhammad (1984) merumuskan bahawa bahasa rasmi membawa pengertian sebagai peranana bahasa melayu sebagaisaranan pembinaan Negara di dalamsemua urusan, terutama urusan pentadbiran Negara.

Bahasa Melayu adalah bahasa perpaduan.Untuk merealisasikan konsep 1 Malaysia, cetusan idea Perdana Menteri, Datuk seri Najib Tun Razak,Bahasa Melayu adalah adalah pilihan yang tepat.

1.2

Objektif.

1.2.1 Fungsi Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Komunikasi.

1.2.2 Fungsi Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu.

1.2.3 Bahasa Melayu Sebagai Pembentuk Jati Diri.

1.3

Kaedah.

Dalam menyiapkan tugasan ini, penulis menggunakan kaedah kepustakaan, dengan membuat rujukan dalam buku-buku , majalah-majalah ,akhbar-akhbar dan melayari internet.

1.4

Batasan.

Penulis membataskan kajian ini dengan membincangkan fungsi bahasa melayu sebagai bahasa komunikasi, bahasa ilmu danpembentuk jati diri untuk membentuk perpaduan kaum dalam gagasan satu Malaysia.

1.5

Definisi Konsep.

Perpaduan atau solidarity ditafsirkan sebagai satu proses yang menyatupadukan rakyat dan seluruh masyarakat dan Negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air. Kamus Dewan (1994) mendefinikan perpaduan sebagai penggabungan,pelaburan penyesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu, sepakat dan sebagainya. Oleh itu dapatlah diertikan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan yang menjadi lambang penyatuan suara yang digunakan sebagai alat perhubungan di dalam lingkungan satu kelompok manusia yang berfungsi sebagai alat menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum dalam negara Malaysia. Gagasan 1 Malaysia ini telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 iaitu Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak.1 Malaysia bermaksud sebuah negara yang berbilang kaum, bangsa, agama dan budaya. Selain itu, Malaysia sangat menitik beratkan tentang keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan negara serta rakyat. Malaysia telah mencapai kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957.

1 Malaysia diwujudkan bagi meningkatkan penghayatan rakyat pelbagai kaum dan agama terhadap aspek perpaduan nasional. Ia bagi membina perpaduan yang lebih kental dan penghayatan yang lebih mendalam mengenai perpaduan nasional.

1 Malaysia adalah pemangkin kepada pengujudan negara bangsa yang dapat membina Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan di kalangan rakyat.

Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, adalah langkah yang bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat. Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan

Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara. 1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. 1 Malaysia juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan

keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

2.0

Fungsi Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Komunikasi.

2.1

Sosial.

Bahasa Melayu yang mampu menjadi teras perpaduan bangsa Malaysia ialah Bahasa Melayu yang digunakan secara bersama dan meluas. Bahasa Melayu bukan sahaja berfungsi sebagai bahasa basahan, namun bahasa rasmi dan tidak rasmi. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai teras perpaduan bangsa Malaysia diperkukuh apabila kehadirannya tidak pernah disangsikan oleh kaum-kaum lain. Sebabnya Bahasa Melayu tidak dianggap sebagai ancaman kepada mana-mana pihak dan
4

kehadirannya tidak akan menyebabkan bahasa ibunda kaum masing-masing akan menerima nasib malang. Pemilihan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan melonjakkan bahasa ini sebagai satu identiti bagi masyarakat majmuk sehingga mampu menjadi model perpaduan dunia melalui penggunaan satu bahasa.

Slanga atau loghat mungkin sesuai untuk orang Melayu di negeri-negeri tertentu, tetapi apabila bertutur dengan bangsa Melayu dari kawasan atau negeri yang lain dan dengan orang bukan Melayu, Bahasa Melayu yang standard wajar digunakan. Inilah bahasa yang diajar dan digunakan di sekolah, dalam buku teks, buku-buku dan majalah serta dalam dokumen rasmi yang lain.

Bahasa Melayu digunakan oleh semua kaum di Malaysia ketika berinteraksi ataupun untuk menyampaikan apa-apa maklumat. Orang Melayu akan bercakap menggunakan Bahasa Melayu apabila berinteraksi dengan orang Cina atau orang India . Begitu juga orang Cina akan bertutur menggunakan Bahasa Melayu dengan orang India.

Konsep Satu Malaysia yang diuar-uarkan akan menjadi realiti apabila semua kaum dapat menjalinkan hubungan sosial dengan baik melalui komunikasi satu bahasa iaitu Bahasa Melayu.

Selain itu, Bahasa Melayu sebagai alat perpaduan utama mempunyai masa depan yang cerah kerana Bahasa Melayu bersikap terbuka kepada bahasa lain. Bahasa Melayu bukan bahasa yang terlalu rigid, terpencil dan statik oleh itu ia mampu

mengadaptasikan dirinya dengan perubahan semasa.

Secara umumnya, Malaysia yang berlatarbelakangkan kepelbagaian kaum dalam satu naungan kuasa raja berperlembagaan amat menitikberatkan semangat perpaduan dan
5

patriotisme yang tinggi dalam setiap diri masyarakatnya. Hal ini perlu dijaga dan sering diberi perhatian bagi menjaga keamanan dan keselamatan negara. Oleh itu, konsep 1 Malaysia ini secara sosiologinyabermaksud kewujudan satu bangsa yang besar yang digelar Bangsa Malaysia dan menggantikan dasar perkauman yang hanya menjauhkan hubungan antara kaum di negara ini. Bangsa-bangsa di negara ini harus membentuk satu budaya penerimaan pelbagai aplikasi adat, budaya dan peraturan yang dipraktikkan sesebuah kaum bagi meningkatkan kesefahaman dan menjayakan gagasan ini. Sikap hormat-menghormati dan mesra antara kaum amat penting bagi menzahirkan jati diri Bangsa Malaysia. Oleh itu, pemupukan nilai murni ini bolah dilaksanakan di peringkat awal lagi khususnya dalam membina kehidupan berjiran di kawasan perumahan agar gagasan 1 Malaysia dapat diterapkan dalam kalangan masyarakat.

2.2. Politik Dalam aspek politik pula, gagasan ini perlu tulus dan mencakupi pelbagai fahaman politik negara. Pihak pembangkang mahupun pihak kerajaan bukan sahaja perlu bersama dalam menjayakan gagasan ini malahan perlu mengetepikan ideologi dan kepentingan politik mereka. Hal ini kerana keperluan dan kepentingan rakyat menjadi keutamaan negara yang harus didahulukan sebelum kepentingan politik mengambil tempat. Parti-parti politik yang berpengaruh perlu bersifat global bagi mencari usaha ke arah pembangunan modal insan yang jitu dan mapan serta mampu bersaing dengan arus pemodenan dunia. Persaingan politik perlu diketepikan dan pembentukan sahsiah yang baik merupakan contoh yang berguna kepada masyarakat. Sikap suka menjatuhkan pula amat bertentangan dengan gagasan 1 Malaysia yang

lebih bersifat menggalakkan dan mendukung usaha ke arah pembentukan Bangsa Malaysia. Peristiwa hitam 13 Mei 1969 seharusnya menjadi pedoman dalam setiap kamus kehidupan pemimpin mahupun rakyat di negara ini agar langkah menjaga Bangsa Malaysia dapat diperkukuhkan.

Bahasa Melayu adalah sebagai wahana kepada para ahli politik untuk menyampaikan maklumat dan pandangan atau pendapat. Bahasa Melayu digunakan sebagai alat

pengisian fikiran, alat melahirkan pendapat dan menyatupadukan rakyat Malaysia. Kestabilan politik hanya dapat diwujudkan apabila semua kaum dapat bersatu padu. Wawasan Negara dapat dicapai apabila rakyatnya saling bertolak ansur, berhemah dan menghormati antara satu sama lain. Oleh itu, Bahasa Melayu sangat sesuai digunakan untuk merealisasikan impian kerajaan kerana ianya mudah dan senang difahami oleh semua warga.

2.3

Ekonomi.

Bahasa Melayu satu masa dulu pernah wujud sebagai lingua franca yang digunakan oleh pelbagai bangsa. Bahkan ketika itu bahasa Melayu dianggap begitu penting untuk dikuasai oleh pedagang-pedagang asing bagi melancarkan urusan perdagangan mereka. Berdasarkan hal tersebut, sebagai rakyat yang berpegang kepada prinsip negara kita tanggungjawab kita, maka sewajarnyalah kita berusaha untuk

memperteguh keyakinan terhadap kemampuan bahasa kebangsaan kita.

Seterusnya, aspek ekonomi pula lebih memperlihatkan penghapusan dasar Pecah dan Perintah yang diperkenalkan oleh penjajah barat sebelum Tanah Melayu (Malaysia) mencapai kemerdekaan. Meskipun sudah 52 tahun, Malaysia mencapai kemerdekaan, namun kesan daripada dasar ini masih jelas kelihatan. Oleh itu, menerusi gagasan 1 Malaysia ini, sektor ekonomi lebih tertumpu kepada kesamarataan penguasaan ekonomi masyarakat. Jika dahulukaum Melayu lebih tertumpu kepada bidang pertanian dan perikanan, kaum Cina memonopoli bidang perniagaan dan perlombongan serta kaum India hanya tertumpu kepada bidang perladangan dan estet, kini pelbagai kaum mampu menceburkan diri dalam bidang yang merekamampu bangunkan. Monopoli bangsa tertentu ini mampu dipecahkan menerusi dasar-dasar yang dibentuk oleh ahliahli Dewan Parlimen menerusi kaedah perlembagaan negara. Dalam hal ini, bantuan dan sokongan daripada kerajaan mampu
7

memberi

peluang

dan

suntikan

semangatkepada individu yang berusaha untuk menceburkan diri dalam bidang yang berpotensi untuk dimajukan. Kesannya, ekonomi negara mampu diperkasakan oleh rakyatnya sendiri yang membentuk gagasan 1 Malaysia.

Dalam meluaskan ekonomi seperti perniagaan, Bahasa Melayu digunakan secara meluas. Bahasa yang paling baik digunakan untuk berkomunikasi semasa proses jual beli antara kaum. Sesuai dengan konsep satu Malaysia yang menggalakkan semua kaum bersama-sama menjana ekonomi Negara demi kemajuan Negara Malaysia. Bahasa Melayu memudahkan kaum-kaum berinteraksi dan memahami kehendak masing-masing.

3.0

Fungsi Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu.

3.1

Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pengantar.

Bahasa ilmu adalah bahasa yang digunakan untuk mengungkap ilmu dan memiliki ciriciri yang tersendiri. Menurut Nik Safiah Karim (1986:14) yang memetik pendapat Bernstein (1968) membahagikan bahasa kepada dua variasi iaitu bahasa terhad dan bahasa terbina. Untuk maksud penulisan ilmu, variasi bahasa terbina inilah yang menjadi asasnya. Oleh sebab itu, sesuatu bahasa tidak mungkin dapat disampaikan dalam bahasa basahan atau digunakan dalam situasi yang tidak formal. Untuk menguasai bahasa terbina yang menjadi asas bahasa ilmu, pengguna bahasa Melayu perlu menguasai ragam bahasa dan juga laras bahasa. Abdullah Hassan (1986: 95) pula menyatakan bahasa Melayu yang menjadi bahasa ilmu dianggap sebagai superlek yang harus mempunyai ciri-ciri gramatis, halus, jitu, intelektual, dan elitis. Dalam konteks melihat kemampuan bahasa Melayu sebagai wahana ilmu, Abdullah Hassan (1997: 38) menyarankan pemisahan antara bahasa Melayu ilmu dan bahasa Melayu umum dilakukan.

Aspek pendidikan turut menjadi fokus utama pengenalan gagasan 1 Malaysia. Institusi-institusi pendidikan di negara ini yang berlandaskan kurikulum yang telah ditetapkan Dasar Pendidikan Negara perlu memperkenalkan dan menerapkan nilai-nilai 1 Malaysia dalam diri dan mentaliti pelajar agar memahami kepentingan dan kewajaran gagasan ini diperkenalkan. Secara definisi nya, konsep 1 Malaysia dalam pendidikan merangkumi pembentukan sistem pendidikan yang ideal dan sesuai untuk keseluruhan masyarakat amnya. Penghapusan dasar pendidikan yang hanya berkepentingan kan sesebuah bangsa dan menafikan hak golongan tertentu merupakan matlamat 1 Malaysia dalam pendidikan. Pembentukan satu jenis sekolah sahaja yang

menggunakan satu bahasa penghantar yang rasmi iaitu bahasa Melayu mampu melahirkan bangsa Malaysia yang mantap dari segi perhubungan antara kaumnya. Justeru itu, tindakan-tindakan seperti ini amat membantu dalam melahirkan golongan pemimpin yang berfikiran kreatif dan berpandangan jauh untuk masa depan negara mereka yang tercinta.

Bahasa Melayu memudahkan penguasaan ilmu dalam kalangan rakyat Malaysia. Selaras dengan konsep rakyat di dahulukan, perpaduan akan dikecapi. Bahasa Melayu yang telah menjadi bahasa pengantar sejak tahun 1957. Ordinan Pelajaran yang di lahirkan dari Penyata Razak mewajibkan semua sekolah menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Ianya bertujuan untuk memudahkan penyampaian ilmu dan pendidikan kepada rakyat Malaysia. Kini dalam gagasan satu Malaysia, Bahasa Melayu dimartabatkan lagi sebagai bahasa ilmu. Memperkasakan anak watan dalam pelbagai bidang khususnya bidang pendidikan, sains dan teknologi, ekonomi sekali gus dapat melahirkan golongan kelas menengah yang menjadi sinergi dan sumber manusia yang terus menjadi pemangkin pembangunan negara dan bangsa. Semua pusat pengajian tinggi berusaha

untuk membangunkan kembali dan mengembalikan semula era keagungan Bahasa Melayu yang digunakan sebagai bahasa ilmu tinggi di nusantara suatu masa dulu.

Bahasa Melayu kini tercabar dari sudut fungsi wahana penyampaian ilmu dan maklumat. Perkembangan segala macam ilmu dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang teknologi maklumat, memang menjadikan bahasa sebahagian dalam keperluan itu. Usaha penulisan dan penerbitan buku-buku ilmu, khususnya dalam bidang sains dan teknologi maklumat tidak bergerak sejajar dengan perkembangan ilmu dan pembangunan Negara.

Maka menyedari hakikat itu DBP telah memainkan peranan yang begitu aktif untuk membentuk dan menyelaraskan istilah-istilah baru dalam pelbagai bidang pengetahuan seperti sains dan teknologi, undang-undang, pendidikan, perbankan, komputer dan internet.

Kedudukan Bahasa Melayu sebagai teras perpaduan bangsa Malaysia diperkukuh apabila kehadirannya tidak pernah disangsikan oleh kaum-kaum lain. Sebabnya Bahasa Melayu tidak dianggap sebagai ancaman kepada mana-mana pihak dan kehadirannya tidak akan menyebabkan bahasa ibunda kaum masing-masing akan menerima nasib malang.

3.2

Penggunaan Bahasa Melayu Dalam Sektor Awam

Peranan bahasa Melayu yang lain ialah diguna pakai sebagai beberapa undangundang dan digunakan juga dalam peraturan-peraturan pejabat. Dengan demikian, ternyatalah bahawa Malaysia mempunyai Dasar Bahasa Negara. Secara ringkas undang-undang Malaysia menetapkan tiga undang-undang yang berkaitan dengan
10

bahasa. Pertama, bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia. Kedua, bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi bagi melaksanakan maksud-maksud Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun, Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan. Ketiga, rakyat Malaysia tidak dilarang menggunakan, belajar atau mengajar bahasa-bahasa lain.

Sesebuah Negara tentulah memerlukan satu bahasa negara yang menjadi alat bagi semua tujuan pembangunan dan citra keperibadian nusa. Peranan bahasa Melayu untuk keperluan dalam negara sebagaimana yang ditakrifkan daripada kehendak undang-undang bermakna bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa pengantar pendidikan, bahasa kesusasteraan, kesenian, kebudayaan, agama dan falsafah, bahasa ekonomi, perniagaan, perdagangan dan industri, bahasa ilmu tinggi, sains dan teknologi.

Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di sektor awam yang digunakan bagi semua maksud rasmi kerajaan, memenuhi fungsi komunikasi perkhidmatan awam, yakni komunikasi dalam jabatan dan antara sesama jabatan sektor awam, antara jabatan sektor awam dengan sektor swasta dan korporat atau sebaliknya dan komunikasi antara jabatan sektor awam dengan orang awam atau sebaliknya.

Kedudukan Bahasa Melayu diperkukuhkan lagi dalam gagasan satu Malaysia yang telah dilancarkan. Ianya dibuktikan dengan penggunaannya di tempat awam, penggunaan nama khas dan melalui media massa berstatus negara, menjadi wahana pemersatuan warganegara dan rakyatnya dengan konsep satu bahasa kebangsaan bagi seluruh negara bangsa Malaysia. Selain itu, bahasa Melayu menjadi wahana komunikasi umum (lisan dan tulisan) antara kelompok masyarakat penutur bahasa dan kegunaan umum antara individu berlainan etnik. Bahasa Melayu juga berperanan sebagai bahasa dan budaya yang menggerakkan perkembangan Kesusasteraan Melayu di rantau ini. Bahasa dan sastera tidak boleh dikesampingkan kerana ianya
11

umpama irama dan lagu, sekiranya salah satu daripadanya tiada maka yang satu lagi akan pincang.

Bahasa Melayu juga mempunyai peranan sebagai alat komunikasi antara kerajaan dengan orang ramai, antara sektor awam dengan swasta dan korporat. Begitu juga sektor swasta dan korporat dengan pelanggan dalam negeri atau sebaliknya. Bahasa Melayu tidak ketinggalan digunakan dalam penyampaian maklumat bagi segala bentuk iklan, nama khas, pengumuman, arahan dan seumpamanya dipamerkan di tempat awam atau di khalayak ramai atau siaran melalui media massa. A. Aziz Deraman (2006) dalam kertas kerjanya bertajuk Kebudayaan, Pendidikan dan Bahasa Melayu menyatakan bahawa bahasa Melayu sudah mengambil tempat yang sewajarnya dan dimartabatkan sebagai bahasa nasional Negara-negara serumpun selepas

kemerdekaan Indonesia (1945), Malaysia (1957) dan Berunai Darussalam (1984). Bahasa Melayu berjaya dalam banyak lapangan kehidupan sebagai bahasa ilmu, alat komunikasi dan pemersatuan rakyat. Dalam tempuh relatifnya singkat, baik di Malaysia atau Indonesia, bahasa Melayu dengan cepat mengambil alih bahasa Inggeris atau bahasa Belanda sebagai alat pemersatuan bangsa dan bahasa yang begitu terbuka berkembang maju mengikut keperluan negara.

3.3

Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmiah.

Membina budaya ilmu, sains dan teknologi dalam bahasa Melayu sehingga keperbatasan terkedepan dalam penerokaan ilmunya melalui peruntukan kewangan dana yang semaksimum dalam bentuk belanjawan kerajaan dan sumbangan daripada pihak sektor swasta sebagai usaha memenuhi tanggungjawab sosial untuk

menggalakkan pengkaryaan dalam segala bidang ilmu termasuk sains dan teknologi dalam bahasa Melayu, sama ada karya asli mahupun terjemahan peruntukan kewangan itu adalah pelaburan untuk membangunkan bidang ilmu dan sumber

12

manusia jangka panjang dan bukan sebagai pelaburan komersial jangka pendek yang dikira berapa untung dan ruginya.

Dengan wujudnya dana dan peruntukan kewangan yang mencukupi, maka skim penggalakan dan insentif yang menarik ditawarkan kepada para ilmuwan dan ahli sains untuk menulis dan menterjemahkan ke dalam bahasa Melayu buku dan artikel ilmiah dan profesional dalam bidang pengkhususan masing-masing.

Kerajaan

juga

telah

merancang

dan

melaksanakan

penghasilan,

penulisan,

penterjemahan, penyebaran, penggalakan, penggunaan dan penilaian buku-buku dan bahan-bahan rujukan dalam pelbagai media dalam semua bidang sains, teknologi dan ilmu pengetahuan peringkat tinggi dalam bahasa Melayu. Pakar dan ahli bahasa serta penterjemah yang bertugas khusus untuk meneliti dan menilai penerbitan-penerbitan penting dari seluruh dunia dalam bidang masing-masing, dan seterusnya merancang dan menyelaraskan penterjemahan, penulisan, percetakan dan penyebaran serta penggunaannya dalam kalangan komuniti para sarjana.

Kerajaan juga berhasrat untuk menubuhkan hubungan dan kerjasama yang erat dalam bentuk penyelidikan, penerbitan, pengalaman, penyebaran dan promosi tentang semua perkara yang berkaitan dengan bahasa, sastera, budaya, sains, teknologi,

perindustrian, perdagangan, perhubungan antarabangsa dan diplomasi dengan negaranegara dan institusi profesional di dalam dan di luar negara. Selaras dengan gagasan Satu Malaysia, Bahasa Melayu dimartabatkan dengan cara menggunakannya dalam penterjemahan dan penulisan bahan.

4.0

Fungsi Bahasa Melayu Pembentuk Jati Diri

13

4.1

Bahasa Melayu Membentuk Budaya Malaysia.

Bahasa Melayu juga berfungsi sebagai bahasa kebangsaan yang mencerminkan penggunaannya dalam pelbagai perisiannya dan kesantunanya. Tingkat ilmu dan tingkat keperisian itu dapat diukur melalui laras bahasanya manakala nilai estetika keluwesan bahasa ini menjadi pengukur kesantunannya. Bahasa Melayu memiliki peribadi yang istimewa selain terkenal dengan ciri-ciri ketimuran, seperti lemah lembut, beradab, dan berbudi bahasa. Oleh sebab itu, bangsa Malaysia harus menggunakan bahasa Melayu yang baku dan yang mempunyai nilai estetika dan nilai kesantunan.

Jati diri sesebuah bangsa merujuk kepada ciri-ciri yang membezakan sesuatu kumpulan manusia dengan kumpulan manusia yang lain dan rasa kekitaan individu dalam kumpulan itu. Ada banyak ciri yang digunakan dan setiap satu adalah asing dan berlainan. Contohnya, perbezaan kecil sebutan dalam bahasa yang dituturkan mungkin sudah cukup bagi memasukkan seseorang ke dalam kelompok bangsa yang berlainan. Umpamanya, kita dengan agak mudah menutur sebuah bahasa yang sama di antara satu sama lain meskipun berlainan kaum.

Bahasa Melayu juga berpengaruh dan berperanan yang besar dalam memupuk kesenian bangsa dengan penghayatan dan penyertaan yang menyeluruh. Tamadun silam seperti yang pernah dilalui oleh orang Yunani-Rumawi, tamadun Islam, tamadun India dan tamadun Cina banyak mengekalkan fikiran dan perasan kesenian bangsanya melalui bahasa. Peranan kesusasteraan, yakni persuratan dan penulisan, terletak di sini. Bahasa memupuk resam, nilai dan norma sesuatu bangsa. Dalam situasi politikekonomi dan sosial yang berubah, bahasa tetap mampu mengisi keperluan sesebuah tamadun

14

Dalam gagasan 1 Malaysia, konsep satu negara bangsa mempunyai makna yang dalam kerana ia bermaksud sebuah negara berdaulat yang rakyatnya tidak dapat diidentifikasikan melalui kaum, keturunan atau warna kulit. Pembentukan satu negara bangsa mengikut gagasan 1 Malaysia menjadi syarat pada kemajuan kerana tanpa rakyatnya mempunyai satu perasaan kepunyaan bersama sebagai satu negara dan bangsa, sebarang bentuk kerjasama untuk maju tidak akan terjalin. Bagi mengisi konsep ini istilah seperti perpaduan negara, kesetiaan pada negara, keharmonian dan toleransi antara kaum menjadi fokus penekanannya, bukan lagi pada satu kebudayaan kebangsaan yang utuh. Oleh itu mengikut Datuk Dr. Hassan Ahmad , satu gagasan baru telah dikemukakan, iaitu Gagasan Kebudayaan Negara menggantikan konsep Kebudayaan Kebangsaan, iaitu ciri-ciri kebudayaan itu dikaitkan dengan kenegaraan Malaysia bukan dikaitkan dengan bangsa atau kaum tertentu. Melalui kebudayaan kebangsaan Bahasa Melayu yang digunakan bersama akan menjadi lambing jati diri rakyat Malaysia yang mempunyai satu budaya satu bahasa.

4.2 Bahasa Melayu Melambangkan Bangsa.

Frasa bahasa melambangkan bangsa, menyatakan peri pentingnya memartabatkan bahasa Melayu selaku bahasa yang telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan. Kita tidak boleh menafikan hakikat bahawa bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara kita. Hal ini telah termaktub dalam Perlembagaan negara. Namun begitu, kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya mendokong setiap amanah yang dipertanggungjawabkan terhadap semua individu.

Bahasa yang berkuasa menggambarkan bangsa yang berkuasa. Ungkapan Bahasa Jiwa Bangsa juga menunjukkan bahawa sesuatu bahasa itu dapat maju jika bangsa itu pun maju. Namun begitu, untuk mengetengahkan bahasa Melayu, bahasa lain tidak perlu ditolak. Dalam era globalisasi, pengetahuan tantang bahasa lain amat perlu dan
15

tidak merugikan bangsa. Bangsa itu akan maju dengan mempelajari ilmu pengetahuan daripada bahasa lain, lalu disebarkan ilmu kepada bangsanya melalui pengetahuan yang sudah dialih ke dalam bahasa Melayu melalui usaha penerbitan bahan bacaan.

Dalam hal ini, bahasa turut menjadi salah satu amanah yang tidak kurang penting dalam membentuk jati diri bangsa Malaysia. Oleh hal yang demikian, kita haruslah yakin dengan kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi yang berwibawa untuk menyingkap apa-apa sahaja bidang. Apatah lagi bahasa Melayu satu masa dulu pernah wujud sebagai lingua franca yang digunakan oleh pelbagai bangsa. Bahkan ketika itu bahasa Melayu dianggap begitu penting untuk dikuasai oleh pedagangpedagang asing bagi melancarkan urusan perdagangan mereka. Berdasarkan hal tersebut, sebagai rakyat yang berpegang kepada prinsip negara kita tanggungjawab kita, maka sewajarnyalah kita berusaha untuk memperteguh keyakinan terhadap kemampuan bahasa kebangsaan kita.

Bahasa Melayu berperanan untuk menjadi bahasa yang cemerlang dalam pembinaan negara bangsa Malaysia. Bahkan semua bahasa di dunia ini mempunyai hak tersebut. Pengguna bahasa yang mahu melihat bahasa kebangsaan mereka berfungsi dengan cemerlang selaras dengan perkembangan bangsanya mestilah berusaha menjadikan bahasanya lebih baik dan dihormati daripada bahasa yang dipinjam semata-mata untuk menunjukkan status penutur, dan bukannya untuk menyerlahkan kegemilangan bangsa penutur itu sendiri. Oleh hal demikian, penduduk di negara bangsa Malaysia ini perlulah dengan penuh keyakinan apabila menggunakan bahasa Melayu untuk memartabatkan bahasa ini di persada antarabangsa.

Selaras dengan konsep Satu Malaysia, Datuk Seri Najib menekankan supaya semua rakyat di Malaysia menggunakan bahasa Melayu sebagai Bahasa perpaduan dan lambang jati diri rakyat terhadap negara tercinta. Kedudukan Bahasa Melayu terus
16

diangkat dan dijulang agar ianya tidak mati atau hapus dengan sikap rakyat yang mengagung-agungkan bahasa Inggeris dan menggunakan bahasa rojak dalam pertuturan seharian.

5.0

Kesimpulan

Dalam kajian di atas dapat saya simpulkan bahawa kedudukan Bahasa Melayu dalam gagasan Satu Malaysia yang dilancarkan oleh YAB Dato Seri Najib Tun Razak memainkan peranan yang besar untuk mencapai aspirasi negara iaitu perpaduan kaum. Keamanan dan ketenteraman negara tidak dapat dikekalkan jika rakyat yang berbilang kaum hidup dengan pemikiran dan pendapat yang berbeza. Oleh itu Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara dapat mengumpul dan merapatkan hubungan rakyat dalam bidang ekonomi, politik, pendidikan,sosial dan budaya.

17

Bibliografi

1.

Awang Sariyan (2001) Pendidikan Bahasa Melayu Di Malaysia - Pemenuhan Idealisme. Kuala Lumpur : DBP & Persatuan Linguistik Malaysia, hlm. 5.

Suatu

2.

Asmah Haji Omar (1985) Bahasa Malaysia Saintifik. Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka.

3.

Asmah Haji Omar (1985) Perancangan Bahasa Dengan rujukan Khusus Kepada Perancangan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka.

4.

Abdullah Hassan (1987) isu-isu perancangan bahasa: pengintelektualan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

5.

Abdullah Hassan(1987) 30 Tahun perancangan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan bahasa Dan Pustaka. Dimuat turun pada 12 Ogos 2010
1. http://www.bnbbc.com.my/bm/news.php?act=view&berita_id=98

2. http://www.1malaysia.com.my/latest-news/najib-perjelas-gagasan-satu-

malaysiabm

3. http://lestari-intelek.blogspot.com/2010/08/fungsi-bahasa-melayu.html

4. http://www.scribd.com/doc/9678465/Fungsi-Bahasa

5.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0416&pub=...

18

19

You might also like