1.

0

PENGENALAN

Membaca dimaksudkan sebagai proses memperoleh tafsiran yang bermakna ke atas lambang - lambang bercetak dan bertulis. ( Harris dan Sipay, 1980 ) Membaca adalah proses psikolinguistik yang bermula daripada pembaca mengamati perkataan yang terdapat dalam teks yang dibaca sehingga terbentuknya makna berdasarkan pengamatan. Terdapat beberapa teknik membaca dan tujuan membaca. Teknik-teknik ini boleh dijalankan dalam bilik darjah sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Pernggunaan teknik ini bergantung kepada situasi, kecerdasan murid, dan tujuan membaca. Francis Pleasent Robinson (1946) dalam bukunya Effective Study telah memperkenalkan teknik SQ3R untuk memberi peluang kepada pembaca membuat analisis terhadap bacaan. Ia merupakan satu kaedah membaca yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan. Teknik membaca KWLH sesuai bagi mengaktifkan pengetahuan lalu pelajar. Model membaca ini berfungsi untuk menjana pemikiran yang aktif ketika membaca.

BMM 3104

1

2.0

TEKNIK MEMBACA SQ3R

Teknik Membaca SQ3R SQ3R adalah singkatan bagi: S - Survey (Kaji) Q Question (Soal) R - Read (Baca) R - Recite (Lafazkan semula) R - Review (Ulang)

S- SURVEY (Kaji) Mengumpul maklumat QQuestion (Soal) Menyoal diri sendiri

R - Review (Ulang) Menyusun maklumat

Teknik Membaca SQ3R

R - Recite (Lafazkan semula) Melatih minda

R - Read (Baca) Baca untuk mengisi maklumat

BMM 3104

2

R - Review (Ulang) Menyusun maklumat yang anda telah perolehi di dalam minda dan mula proses untuk mengingatinya.

S - Survey (Kaji) Mengumpul maklumat yang diperlukan supaya anda boleh fokus kepada apa yang dibaca dan fikirkan apa yang mahu dicapai melalui pembacaan

R - Recite (Lafazkan semula) - Melatih minda anda supaya fokus dan belajar sambil membaca

Q - Question (Soal) Menyoal diri sendiri untuk membantu minda anda fokus kepada apa yang sedang anda lakukan

R - Read (Baca) Baca untuk mengisi maklumat ke dalam struktur pengetahuan yang telah anda bina melalui langkah S dan Q.

BMM 3104

3

2.1

Survey (tinjau) Murid membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang apa yang

terkandung di dalam bahan yang dibaca. Ini dilakukan dengan meneliti tajuk besar, tajuk-tajuk kecil, gambar-gambar atau ilustrasi, lakaran grafik, membaca perenggan pengenalan, dan perenggan terakhir di bahagian-bahagian buku atau teks.

Membaca secara pantas untuk mendapat gambaran awal

SURVEY

Teknik skimming & scanning adalah sesuai

Memfokuskan/ menumpukan bahan kepada tajuk umum

Di sini juga murid sebenarnya menggunakan teknik membaca pantas iaitu skimming dan scanning.

BMM 3104

4

2.2

Question ( penyoalan/pertanyaan) Langkah yang memerlukan murid menyenaraikan satu siri soalan mengenai teks

tersebut setelah mendapati teks tersebut berkaitan dengan keperluan tugasannya. Soalan-soalan tersebut menunjukkan keinginan pembaca tentang maklumat yang ingin diperoleh dari bahan tersebut, dan ianya menjadi garis panduan semasa membaca kelak. Murid akan cuba mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut.

Menyenaraikan beberapa soalan

Berdasarkan apa yg ingin diketahui

Soalan berkaitan tugasan

QUESTON

Juga berupa panduan jawapan

Murid mencari jawapan sendiri
BMM 3104 5

2.3

Read (baca) Langkah ini ialah peringkat murid sebenarnya membaca bahan atau teks

tersebut secara aktif serta mencuba mendapat segala jawapan kepada soalan-soalan yang telah disenaraiakannya sebelum ini. Ketika membaca, murid mungkin juga akan menyenaraikan soalan-soalan tambahan, berdasarkan perkembangan kefahaman dan keinginannya sepanjang melakukan pembacaan. Murid mungkin juga mempersoal pendapat atau maklumat yang terdapat yang ditemuinya.

Menerima atau menolak konsep maklumat

Membaca secara serius Mencari jawapan berdasarka n soalan tadi

READ
Menyenaraikan soalan tambahan

Menaakul maklumat

BMM 3104

6

2.4

Recite (imbas kembali) Peringkat yang ketiga dijalankan setelah selesai membaca, murid cuba

mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah diperoleh. Pemilihan maklumat yang sesuai dilakukan dalam konteks tugasannya. Murid juga

boleh cuba menjawab soalan-soalan yang disenaraikan sebelumnya tanpa merujuk kepada kepada nota atau bahan yang telah dibaca.

Murid memberi jawapan kepada soalan sebelum merujuk teks

Menyenaraikan maklumat berkaitan soalan/tugasan
Setelah membaca keseluruhan, murid dikehendaki mengingati kembali

RECITE

BMM 3104

7

2.5

Review (baca semula) Membaca semula merupakan peringkat terakhir. Murid membaca bahagian-

bahagian buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawapan-jawapan kepada soalan yang dibuatnya di langkah ketiga. Murid juga memastikan tiada fakta penting yang tertinggal.

Membaca semula soalan&jawapan

Pengesahan kepada jawapan

REVIEW
Menjawab berdasarkan fakta&maklumat

Jangan tertinggal fakta/maklumat pada peringkat 'Question'

BMM 3104

8

2.6

Cara Melaksanakan Teknik SQ3R

S-SURVEY

‡Cara Melaksanakan S : ‡Cara Melaksanakan S Baca tajuk buku Baca arahan Perhatikan sebarang huruf besar atau huruf yang dihitamkan Perhatikan jika anda gambar atau ilustrasi mengenai bab yang akan anda baca. Teka, apa agaknya yang akan anda baca sebentar lagi. Lihat soalan-soalan yang disediakan di akhir bab yang anda mahu baca

Q-QUESTION

‡Cara Melaksanakan Q (a) : ‡Cara Melaksanakan Q (a) Soalan boleh membuat minda anda terbuka untuk mempelajari sesuatu. Contohnya, jika anda diberi apa-apa soalan, walaupun anda tidak mahu menjawabnya, minda anda akan terbuka untuk mencari dan menerima jawapannya. Contoh : Bolehkah ayam mengeramkan telur itik? Apakah yang anda bayangkan? ‡Cara Melaksanakan Q (b) : ‡Cara Melaksanakan Q (b) Anda mungkin tidak berminat hendak menjawab soalan ini tetapi apabila soalan ini diajukan, minda anda mula terbayang gambar ayam sedang mengeramkan telur itik. Mungkin anda pergi lebih jauh lagi dengan membayangkan ayam membela dan membesarkan sekumpulan anak itik yang menyangka ayam itu sebagai ibu mereka. ‡Cara Melaksanakan Q (c) : ‡Cara Melaksanakan Q (c) Apa yang dapat kita pelajari di sini ialah: Apabila anda menyoal diri anda, anda jadi berminat untuk mengetahui jawapannya Apabila anda berminat untuk mengetahui sesuatu jawapan, anda akan jadi lebih fokus

R-READ

‡Cara Melaksanakan READ : ‡Cara Melaksanakan READ Membaca sepatutnya ada kaitan dengan berfikir. Apabila anda membaca, anda akan berfikir Readers are leaders. Leaders are readers Persoalannya, mengapa apabila anda membaca anda boleh mempunyai ciri-ciri dan kemampuan seorang pemimpin. Sebabnya ialah apabila anda membaca, anda akan berfikir. Seorang pemimpin yang hebat mesti mempunyai keupayaan untuk berfikir Jika selama ini anda membaca sambil merasa mengantuk, anda mungkin tidak berfikir. Jika anda baca tetapi langsung khayal dan tidak sedar apa yang anda baca, sudah tentunya anda tidak berfikir

BMM 3104

9

R-RECITE

Cara Melaksanakan Recite : Cara Melaksanakan Recite Lafazkan semula ini tidak hanya bermaksud anda perlu sebut dengan kuat apa yang telah anda baca. Anda boleh hanya fikirkan dan sebutkan dalam hati Semasa anda membaca, adalah normal jika anda jadi khayal dan leka hingga anda hilang fokus kepada apa yang anda baca Anda perlu tahu, buku selalunya disusun mengikut bab atau bahagian-bahagian tertentu. Elakkan daripada membaca kesemua bab sekaligus tanpa berhenti dan melakukan langkah ini

R-REVIEW

Cara Melaksanakan REVIEW : Cara Melaksanakan REVIEW Langkah terakhir ini adalah sangat penting untuk memastikan anda ingat apa yang telah anda baca. Jika anda ada belajar tentang teknik memori, memori anda terbahagi kepada memori jangka masa pendek dan jangka masa panjang

BMM 3104

10

3.0

TEKNIK MEMBACA KWLH Proses membaca dengan teknik KWLH, murid boleh mengaitkan pengetahuan

sedia ada dengan apa yang dibaca. Ini bermaksud murid berdasarkan pengetahuan sedia ada, mengimput pengetahuan baharu selepas proses pembacaannya. Dalam proses pembelajaran, pengetahuan sedia ada amat penting untuk meningkatkan keupayaan pemahaman, pengetahuan dan maklumat bahan/teks yang dibaca. Daripada teknik ini, murid dapat menentukan apa yang diperoleh daripada pembacaannya dan seterusnya menentukan apakah sumber bahan yang perlu dibaca lagi.

3.1

KWLH adalah singkatan bagi yang berikut;

K (know) - Apa yang telah diketahui (sebelum membaca)-catat pengetahuan sedia tentang tajuk atau topic bahan bacaan. W (want) - Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca)- catat apa yang ingin diketahui tentang tajuk atau topic bahan bacaan. L (learned) - Apa yang telah diketahui (selepas membaca) ± catat isi penting daripada tajuk atau topic yang dibaca. H (how) - Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan yang berkaitan (untuk

membaca seterusnya) ± catat bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan selepas membaca teks/tajuk tersebut.

BMM 3104

11

Learned (L) Apa yang telah dipelajari/diperoleh?

Know (K) Apa yang sudah diketahui?

How (H) Apa lagi maklumat tambahan diperlukan?

Teknik KWLH

Want (W) Apa yang hendak diketahui?

3.2

Teknik pembacaan akan membolehkan murid;

i) ii)

Murid dapat mengaitkan pengetahuan yang sedia ada dengan apa yang dibaca Murid sendiri dapat menentukan apa yang telah diperoleh daripada bahan atau teks yang disediakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

iii)

Murid dapat menentukan maklumat tambahan yang perlu dicari daripada sumber lain, selain sumber yang telah disediakan.

iv)

Murid dapat mengetahui apa yang diperoleh daripada bahan yang sedang diberikan (semasa).

BMM 3104

12

Dalam konteks pengajaran, murid dibiasakan menggunakan borang seperti yang di bawah sekiranya dikehendaki menggunakan teknik KWLH. How (H) Apa lagi maklumat tambahan diperlukan? Murid dikehendaki Murid dikehendaki Murid dikehendaki mencatat perkara/maklumat Murid dikehendaki mencatat perkara/maklumat mencatat isi penting yang diperoleh daripada bacaan mencatat bagaimana, bila, dan di mana untuk mendapatkan maklumat yang belum lengkap berdasarkan teks/bahan yang diberi. Murid boleh membuat cadangan untuk merujuk sumber lain.

Know (K) Apa yang sudah diketahui?

Want (W) Apa yang hendak diketahui?

Learned (L) Apa yang telah dipelajari/diperoleh?

yang sudah diketahui yang ingin diketahui yang dibaca berdasarkan tajuk/perkara yang hendak dibincangkan. lebih lanjut berdasarkan tajuk/perkara yang dibaca. berdasarkan tajuk/teks yang diberi. Murid menjawab soalan yang dibina sendiri

BMM 3104

13

4.0

CONTOH LATIHAN PENULISAN

Nama :................................................................................................................................ Tahun :.................................................... Tarikh :............................................................... Arahan : Tuliskan sebuah karangan lengkap berdasarkan peta minda di bawah. Panjang karangan kamu mesti tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

Pendahuluan : Apa itu televisyen? Penutupan: Televisyen banyak memberi keburukan

Membuang masa

Keburukan enonton elevi en Membazir wang

Prestasi pelajaran merosot Menjejaskan kesihatan

................................................................................................................................

................................................................................................................................

................................................................................................................................

BMM 3104

14

CONTOH HASIL PENULISAN MURID

BMM 3104

15

BMM 3104

16

BMM 3104

17

5.0

PENILAIAN HASIL PENULISAN MURID Berdasarkan hasil penulisan murid tersebut, dapat dirumuskan seperti berikut;

5.1

Idea keseluruhan Karangan fakta seperti ini yang meminta murid mengemukakan keburukan

menonton televisyen. Sebelum menyatakan keburukan, murid perlu menulis ayat yang berkaitan terlebih dahulu agar penulisan yang dihasilkan benar-benar mantap dan menarik. Sebaliknya murid terus menyatakan keburukan menonton televisyen. Olahan karangan murid tidak menarik. Murid menggunakan kosa kata yang terhad dan penggunaan perkatan tidak tepat. Pendahuluan yang diberikan murid tidak dapat menyatakan dan menghuraikan apakah makna televisyen. Penggunaan tatabahasa murid juga tidak sesuai seperti penggunaan µkerana¶ sebagai permulaan ayat (perenggan ke dua baris ke dua ). Ayat ini tidak tepat sebab µkerana¶ merupakan kata hubung, jadi tidak boleh digunakan pada permulaan ayat. Penggunaan perkataan µia¶; murid berulang-ulang menggunakan perkataan ini. Ayat yang dihasilkan tidak gramatis. Penggunaan perkataan ini boleh dielakkan dengan cara menggantikan perkataan yang sesuai agar penulisan yang dihasilkan berkualiti dan menampakkan kematangan murid menjawab soalan. (Rujuk perenggan ke empat, ke lima dan ke enam) Penguasaan imbuhan tidak memuaskan . Murid banyak menggunakan imbuhan awalan dan akhiran. Murid masih tidak dapat menguasai imbuhan µapitan¶. Murid tidak menggunakan penanda wacana antara perenggan untuk

memantapkan atau mengaitkan antara perenggan sebelum dengan perenggan berikutnya supaya idea yang ditulis ada kesinambungan. Murid lebih suka menggunakan perkataan µkalau¶ bagi mengaitkan antara idea dengan huraian.
BMM 3104 18

Pengulangan penggunaan rangkaikata µbanyak member keburukan¶ dari perenggan pendahuluan dan perenggan penutup.

5.2

Idea utama Murid hanya menghuraikan isi atau idea utama yang telah diberikan. Huraian

murid terlalu ringkas dan tiada penerangan yang lengkap. Murid tidak dapat mengembangkan idea utama yang telah diberikan. Murid seolah-olah terikat dengan isi yang diberikan.

5.3

Idea sokongan Murid tidak dapat menulis idea sokongan. Murid benar-benar bergantung kepada

idea yang diberi. Setiap idea hanya dua huraian sahaja dikemukakan oleh murid. Keupayaan murid untuk menenaraikan idea sokongan terlalu terhad. Jelas menunjukkan murid ketandusan idea.

5.4

Kesimpulan karangan Kesimpulan karangan yang ditulis murid menepati kehendak soalan namun

murid menulis semula isi yang terdapat dalam perenggan ke empat. Ini bermakna murid tidak dapat membuat kesimpulan dengan lebih baik.

6.0

PENUTUP Secara keseluruhan murid tidak mampu menghurai atau mengupas isi yang

diberi, penguasaan binaan ayat yang lemah serta kosa kata yang terhad membuatkan penulisan yang dihasilkan tidak menyakinkan pembaca.

BMM 3104

19

BIBLIOGRAFI

Dr. Ali Mahmood (2007). HBML1103 Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:Open University Malaysia (OUM).

Aried Rifke(2010).Teknik Membaca SQ3R. Retrieved February 26,2011 from http://ariedrifke.blogspot.com/search/label/Teknik%20Membaca

Kamaruddin Hj Husin ( 1986 ).Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran. Retrieved January 12,2011 from http://www.scribd.com/doc/31930276/Perlaksanaan-

Penggunaan-Taksonomi-Bloom-Bagi-Mengukur-Kesesuaian-Tahap

BMM 3104

20

LAMPIRAN

BMM 3104

21

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful