Sejarah Migrasi Penduduk Acheh ke Kedah: Dalam konteks hubungan Kedah-Acheh Pn.

Haslinda binti Haji Hasan

Abstrak

Hubungan antara Kedah-Acheh telah sekian lama terjalin. Catatan mengenai hubungan ini amat menarik jika dilihat dari perspektif arkeologi Islam. Kepentingan kajian untuk mendedahkan tentang sejarah awal negeri Kedah, gelaran atau nama yang diberikan oleh pedagangpedagang asing dari pelbagai sumber, kemasukan agama Islam dan perkembangannya serta keunikan negeri Kedah Darul Aman dalam lipatan sejarah Melayu. Begitu juga dengan Negara Acheh Darussalam juga diberikan penekanan yang sama termasuklah peranan raja-raja yang memerintah. Seterusnya hubungan Kedah-Acheh dari peringkat awal jelas di lihat dalam aspek keagamaan dan intelektual. Di sini peranan para ulama akan diberi penekanan kerana asas agama yang sama menghasilkan hubungan yang erat dan harmoni. Namun perhubungan antara ke dua negara ini mulai terjejas di zaman pemerintahan Sultan Mahkota Alam yang telah menjalankan misi untuk menakluk kawasan di kepulauan Melayu termasuklah negeri Kedah. Hubungan diplomatik telah terjejas dan rakyat antara negara terbabit terlibat dalam konflik antara rajanya. Namun bermulanya abad ke 18 dan 19 hubungan Kedah-Acheh kembali erat terutama apabila bersatu menentang penjajah, kesepakatan antara ulama, termasuklah berkembangnya institusi pendidikan pondok dan berkembangnya hubungan baru dalam penumpuan terhadap ekonomi untuk meningkatkan taraf hidup.

Pengenalan Kedah Darul Aman

Negeri Kedah Darul Aman antara negeri yang paling awal wujud dalam sejarah Nusantara yang dikenali dengan Kedah Tua. Seawal abad yang keempat masihi lagi Kedah dikenali dengan pelbagai nama atau gelaran sama ada dari pedagang Arab, Parsi,

1

India dan China. Misalnya pedagang Arab telah memberi banyak gelaran terhadap Kedah semasa kedatangan mereka ke sini. Negeri Kedah yang dibuka dalam kurun masihi 11 asalnya bernama “Kalaha”.1 Kalaha ialah nama suku kaum dari negara Iran yang berhijrah ke Nusantara semenjak kurun masihi yang ke 10 dan 11 seterusnya menetap di Kedah. Suku-suku Kurdi berhijrah ke Nusantara bukan sahaja kerana berniaga atau berdagang tetapi juga kerana mencari tempat penghidupan yang damai dan tenang untuk beribadat.
2

Atas alasan ini juga menjadikan Kedah sebagai tumpuan pedagang asing

untuk berdagang, mencari rezeki dan bermastautin. Di kalangan pedagang-pedagang Arab termasuk ahli pelayaran dan geografi, nama Kedah dicatatkan sebagai “Kalah”, “Kalah-bar”, atau “Qadah” bererti mangkuk atau bekas berisi air atau makanan.3

Kedah mempunyai kelebihan kerana kedudukannya di utara Semenanjung, terletak di persimpangan jalan perdagangan laut antara negeri Arab dengan China, pelabuhan yang dalam dan sumber bahan mentah dan galian yang banyak serta mempunyai hubungan erat dengan kerajaan di Sumatera Utara termasuk Acheh, Samudera-Pasai dan Perlak. Ahli-ahli geografi Islam seperti Khurdadhbih di dalam kitabnya bertajuk al-Masalik wa al-Mamalik (846-847) ada menyebut tentang negeri Kalah.4 Bukti negeri Kedah antara negeri yang tertua, menerima agama Islam yang terawal dan pelbagai sumber sejarah dapat di lihat dalam penulisan-penulisan tempatan atau asing. Kewujudan Kedah Tua dipercayai bermula sejak zaman perkembangan

1

Muhammad Hasan b. Muhammad Arshad, “Al-tarikh Salasilah Negeri Kedah”, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, 1968, hlm 3. 2 Ismail Haji Salleh, Kedah : Negeri Islam Yang Pertama di Nusantara, dalam Dokumentasi Konvensyen Sejarah Kedah Darul Aman Kedua “Islam Di Kedah Darul Aman”, Concept Press Sdn. Bhd, 1998, hlm 7 3 J.V. Mills, Arab and Chinese Navigators In Malayan Waters, JMBRAS, Vol 47, Pt. 2, 1974, hlm 7 4 Mahayudin Haji Yahaya, Islam Di Alam Melayu, DBP, Kuala Lumpur, 2001, hlm 17

2

empayar Funan yang menguasai pelabuhan tersebut pada sekitar kurun ke 2 lagi.5 Namun di awal abad ini Kedah lebih terkenal sebagai pusat perdagangan. Penemuan terkini yang membuktikan Kedah sebagai negeri yang bertamadun dan maju ialah di Lembah Bujang yang menunjukkan masyarakatnya mahir berdagang dan menghasilkan barang perdagangan yang berskala besar. Ia dapat dibuktikan dari projek ekskavasi yang dilakukan oleh sekumpulan arkeologis Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Jabatan Warisan Negara, Kementerian

Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan telah menemui artifak prasejarah berupa bangunan dan kilang melebur besi abad ke 3 Masihi di Sungai Batu, Semeling dalam Lembah Bujang. Penemuan ini bukti kukuh tamadun manusia prasejarah bersandarkan pengetahuan asas, perdagangan dan penghasilan bahan industri berskala besar.6 Ia turut disahkan dari ujian “Radiokarbon Dating” di Beta Analytic Inc. Florida Amerika Syarikat yang menyatakan sampel arang dari tempat pembuatan besi terbabit berusia sekitar abad ke 3 hingga 4 Masihi.

Namun hasil dari pelbagai kajian tidak dapat disangkal lagi Kedah juga pusat pengembangan ajaran Islam di Nusantara. Sumber lain pula menyatakan pengaruh Islam sudahpun bertapak di Kedah sejak awal abad kesembilan Masihi melalui pendakwahpendakwah Arab (Arab-Parsi).7 Malah Raja Kedah juga dikatakan berketurunan Arab iaitu dari Iran. Mengikut Sejarah Kedah, Raja Kedah yang pertama memeluk agama Islam ialah Maharaja Derbar Raja II. Beliau dikatakan telah diislamkan oleh seorang
5

H.G Quaritch Wales, The Malay Peninsula In Hindu Times, London: Bernard Quaritch LTD, 1976, hlm 62 6 Harian Metro online, Jumaat 6 Mac 2009. 7 Md Noor Salleh, Abdul Halim Haji Salleh, Dokumentasi Konvensyen Sejarah Kedah Darul Aman Kedua “Islam Di Kedah Darul Aman”, Concept Press Sdn. Bhd, 1998, hlm 3

3

ulama dari Yaman bernama Syeikh Abdullah bin Syeikh Ahmad bin Syeikh Qaumiri dalam tahun 1136 Masihi (513 Hijrah).8 Baginda diislamkan di Kota Bukit Meriam dengan memakai gelaran Islam sebagai Sultan Mudzaffar Shah. Malah dua teks utama sejarah tempatan yang ditulis turut dijadikan rujukan utama iaitu Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah yang dikarang oleh En. Muhammad Hassan b. Dato‟ Kerani Mohd Arshad pada 1927 atas titah Yang Maha Mulia Tunku Ibrahim ibni Sultan Abdul Hamid. Manakala Hikayat Merong Mahawangsa yang ditulis di zaman Sultan Rijaluddin Muhammad Shah (1625-1651) menjadi rujukan pengkaji sejarah Kedah Darul Aman.

Selain sumber Arab, Benua India juga mempunyai penulisan mengenai Kedah. Masyarakat Benua India mengenalinya sebagai Kalagam, Kandaram, Kataha, Kadanagara dan pelbagai nama lain.9 Mengikut catatan terawal yang terkandung dalam puisi Tamil berjudul Pattinappalai yang ditulis di antara kurun ke 2 atau ke 3 Masihi yang menyebut Kedah sebagai Kalagam yang sama erti dengan Kandaram iaitu Kedah. Ia dibuktikan pula dengan jumpaan arkeologi berupa inskripsi dan patung Buddha gaya Amaravati Bukit Meriam dan Lembah Bujang iaiti sekitar abad ke 5 Masihi. Pelabuhan Kataha dikatakan dihubung terus ke India, kemungkinan ke Tamralipti. Juga disebut bahawa pelabuhan Katahanagara sebagai sebuah kota dengan penduduknya mempunyai kehidupan yang bahagia. 10

8

Ahmad Jelani Halimi, Kemasukan Islam ke Kedah, dalam Dokumentasi Konvensyen Sejarah Kedah Darul Aman Kedua “Islam Di Kedah Darul Aman”, Concept Press Sdn. Bhd, 1998, hlm 11 9 Utusan Malaysia, Isnin 23 Febuari 2009, hlm 11 10 Nasha Rodziadi Khaw dan Nazarudin Zainun, Pensejarahan Kedah Tua: Tafsiran Semula Berdasarkan Sumber India, hlm 167

4

Manakala sumber dari China juga tidak kurang penting iaitu Kedah Tua disebut oleh pelayar Cina sebagai Kiet-Cha, Ki-To dan Chi-To. Walau bagaimanapun, penulisan pengembara Cina yang paling terkenal yang menceritakan tentang Kedah ialah penulisan I-Ching, yang ditulis sekitar tahun 671 Masihi.11 Malah Kedah dalam penulisan tersebut sebagai Chieh-Cha yang membuktikan ia berfungsi sebagai pelabuhan persinggahan dan mempunyai pelbagai kemudahan untuk pengembara.

Jelas di sini terdapat pelbagai bukti hasil dari penulisan dan sumber-sumber tempatan mahupun asing mengenai kerajaan yang pernah wujud dan maju sebagai kuasa maritim di Asia Tenggara iaitu Kedah.

Acheh Darussalam

Kerajaan Indra Purba meliputi kawasan Acheh yang diasaskan kurun ke 2 masihi sebelum era kristian bermula dan diperintah oleh Raja Maharaja Indra Sakti (1059-1068). Terdapat pelbagai pendapat yang berbeza dari ahli sejarawan mengenai nama kerajaan tersebut. Marco Polo menggelarkan kerajaan Indra Purba dengan panggilan Lamuri, orang Arab menggelarnya Lameri, Sejarah Melayu pula memanggilnya Lamuri manakala sumber China memanggil Lan-Li, Lan-Wuli dan Nanpoli.12

Nama-nama tersebut digunakan sejak kurun ke 9 lagi. Ini dibuktikan apabila terdapat penulisan mengenai kerajaan tersebut. Rekod mengenai Raja India Selatan iaitu

11

O.W Wolter, Early Indonesian Commerce: A Study of The Origins of Srivijaya, New York, 1967, hlm 207-208 12 T. Muhammad Hassan, Perkembangan Swapraja di Acheh Sampai Perang Dunia II, dalam Bunga Rampai Tentang Acheh oleh Ismail Sunny, Jakarta, 1980, hlm 141-142

5

Raja Rayendra Cola 1 pernah menyerang Lamuri pada 1023-1024, manakala dalam Hikayat Raja-raja Pasai menyatakan Kerajaan Lamuri atau Indra Purba telah wujud sehingga kurun ke 15.13 Kerajaan Pasai, Rokan, Kuntu dan Siak di Sumatera juga dibuka oleh orang Iran yang beragama Islam sebelum tahun 969 masihi lagi. Manakala sebuah naskah tua tulisan tangan berjudul “Idhharul-Haq” karya Ishak Makarani Al-Parsi yang menyebut, “Pada hari Selasa, 1 Muharram 225 Hijrah, Perlak (Acheh Tua) telah menerima Islam”.14 Selain itu dalam sumber Hikayat Acheh juga telah menerangkan kedatangan Islam dengan lengkap beserta tarikh yang jelas. Mengikut Hikayat itu, Islam sampai di sana pada hari Jumaat, 1 Ramadhan 601 Hijrah.15 Selanjutnya dinyatakan bahawa Merah Silu telah memeluk Islam dan menjadikan negeri Pasai (wilayah Acheh) sebagai negeri Islam yang berkembang pesat.

Aceh, daerah paling barat dari Kepulauan Nusantara, adalah yang pertama sekali menerima agama Islam. Kesultanan Acheh merupakan sebuah pemerintahan yang wujud di utara Sumatera.16 Aceh merupakan kerajaan Islam pertama di Indonesia yang wujud iaitu Pasai. Penulisan dari Marcopolo menyebutkan bahawa sewaktu persinggahannya di Pasai pada tahun 692H / 1292M, ramai orang Arab yang menyebarkan Islam. Begitu juga sumber dari Ibnu Battuthah, pengembara Muslim dari Maghribi, yang pernah singgah di Aceh pada tahun 746H / 1345M menulis bahawa di Aceh telah tersebar mazhab Syafi'i.

13

Lukman Thaib, Acheh’s Case: A Historical Study of The Nation Movement For The Independence of Acheh-Sumatra, University of Malaya Press, 2002, hlm 11 14 Wan Shamsuddin Mohd Yusof, Dari Pulau Adang Ke Pulau Tiga, Kumpulan Artikel Tokoh Sejarah Kedah, diselenggara oleh Mazizah Hj. Md. Darus & Zahidi Dato‟ Zainol Rashid, Majlis Kebudayaan Negeri Kedah Darul Aman, Alor Setar, 1999, hlm 8 15 S.Q.Fatimi, Islam Comes to Malaysia, Singapura, 1963, hlm 38 16 Anthony Reid, A Documentary Study of Atjehnese Foreign Policy In The Reign of Sultan Mahmud 18701874, dalam JMBRAS, Vol XLII (42), Part 2, December 1969, hlm 74

6

Acheh juga suatu masa dahulu pernah menduduki tangga ke lima sebagai negara Islam termasyhur di dunia. Ia dibuktikan dari kelahiran ramai para ulama dan pujangga tersohor misalnya Hamzah Fansuri, Bukhari al-Jauhari, Nuruddin ar Raniry dan Syamsuddin as Sumatrani. Malah Acheh telah dikenali sebagai Serambi Mekah merupakan pangkalan pertama dan penting dalam proses pengislaman dunia Melayu pada abad ke-15. Kekuasaan Acheh memuncak di dalam abad ke 16 dan ke 17 lebih-lebih lagi semasa di dalam pemerintahan Mahkota Alam yang terkenal dengan keagungan dan kepewiraannya serta dasar perluasan jajahan takluknya.17

Hubungan Kedah Acheh

Migrasi merujuk kepada pergerakan manusia atau orang dari sebuah negara bangsa ke sebuah negara bangsa yang lain di mana mereka bukanlah warganegara. Pada peringkat awal hubungan Kedah-Acheh adalah atas dasar keagamaan dan intelektual. Malahan dari sudut geografi kedudukan kedua buah negara ini ialah di utara yang menjadi pintu masuk laluan ke Selat Melaka yang strategik untuk para mubaligh dan pedagang-pedagang asing mahupun tempatan. Lautan ini boleh menjadi laluan utama dan tempat persinggahan kapal-kapal dagang atau pelaut semenjak abad ke 9 masihi lagi. Acheh berada di utara Sumatera manakala Kedah pula di utara Semenanjung Tanah Melayu menjadi tumpuan pelayaran utama ketika itu malah pusat perkembangan agama Islam yang tersohor. Pelabuhan tersebut juga memberikan sumbangan terhadap perniagaan Islam berkembang maju.
17

Syed Naquib Al-Attas, Raniri and The Wujudiyyah of 17th Century Acheh, dalam Monographs of The Malaysian Branch, Malaysia Printers Ltd, Singapura, hlm 9

7

Kedua negara ini mengembangkan syiar Islam melalui para ulama yang menjadi pendakwah dan rujukan para pemerintah, malah sultan-sultannya turut melantik mereka sebagai penasihat dalam pentadbiran. Setelah ulama dari luar ini mengembangkan ajaran Islam di Nusantara maka ramailah dalam kalangan orang Melayu yang menerimanya lantas turut sama-sama memperjuangkan dakwah Islamiah. Golongan ini kemudian berjaya mendalami Islam di Kedah dan Aceh seterusnya melanjutkan pengajian ke Mekah dan Madinah. Oleh itu institusi pendidikan Islam berkembang dengan pesat buktinya institusi pondok muncul dengan banyaknya. Institusi ini juga membuktikan asas pengajian rendah dan tertinggi dalam institusi pendidikan Islam telah berkembang pesat dan menjadikan peradaban Islam semakin mantap. Islam menyerap masuk dalam masyarakat Melayu melalui pelabuhan-pelabuhan dan kampung-kampung serta rakyat bertindak sebagai medium utama untuk menyebarkannya. Penggunaan bahasa Melayu sebagai media penting dan difahami ramai dalam mengembangkan syiar Islam terus meningkat. Karya-karya sastera dan tulisan jawi tumbuh dan berkembang dengan pesatnya menjadi bukti kegemilangan pendidikan Islam.

Kedah-Acheh mengakui peranan mubaligh-mubaligh dari Arab, Parsi dan India telah mempertingkatkan peradaban bangsa dan menyatupadukan masyarakat Melayu di rantau ini. Pehubungan Kedah dan Pasai atau Acheh juga telah memainkan peranan penting dalam mempercepatkan kemasukan Islam di Kedah seperti juga halnya dengan pendapat yang menyatakan bahawa meluasnya Islam di Tanah Melayu adalah melalui Pasai.18 Pengaruh dan hubungan erat ke dua buah kerajaan ini tertera dalam sepasang

18

Tengku Luckman Sinar, S.H, Sumbangan dan Peranan Kedah Dalam Pembinaan Tamadun Nusantara, Kertas Kerja Himpunan Budayawan Malaysia, Anjuran Majlis Kebudayaan Negeri Kedah Darul Aman, 1990, hlm 3

8

batu nisan yang ditemui di Minye Tujuh Acheh, bertarikh 781 Hijrah (1380 masihi). Pada nisan itu terpait dua bait syair, sebaris daripadanya berbunyi ”Mpu hak Kedah Pasei Ma” bermaksud Raja Islam acheh yang mangkat itu mempunyai hak kekuasaan ke atas Kedah dan juga Pasai.19 Berikut ialah dua bait lengkap syair di Kuburan Ratu Iman Di Minye Tujuh (1380 masihi):

Hijrat Nabi Mustafa Yang Prasida Tujuh ratus Astha puluh sawarsa Hajicatur dan dasa wara sukra Raja Iman mardha rahmat Allah

Gusta barubasa empu Kedah Pasai Ma Taruk tasih tanah samuha Ilahi ya Rabbi Tuhan samuha Taruh dalam swarga tatuha.20

Manakala dalam teks kesusasteraan berunsur sejarah Kedah iaitu Hikayat Merong Mahawangsa pula tercatat hubungan baik antara kerajaan Kedah-Acheh terutama dalam mengembangkan syiar Islam. Dikisahkan bahawa setelah Kedah menerima Islam, Sultan Acheh mengirim dua buah kitab karya utama Acheh, Syeikh Nuruddin Al-Ramiri iaitu „Siratul-Mustaqim‟ dan „Babun-Nikah‟ untuk dikaji dan dipelajari.21 Karya-karya ini menunjukkan para ulama berperanan merapatkan hubungan kedua buah negeri dan
19 20

A.Samad Ahmad, Sejarah Kesusasteraan Melayu I, DBP, 1963, hlm 32-34 Ismail Haji Salleh, Sejarah Kedah Dalam Kebangkitan Islam, Deklarasi Langkawi, 1982, hlm 14 21 Wan Shamsuddin Mohd Yusof, Pertapakan Dan Penyebaran Islam di Negeri Kedah, dalam Hikayat Merong Mahawangsa, Edisi Jawi, Kim Seik Press, Penang Street, Pulau Pinang, 1316H/1898M, hlm 103

9

bertanggungjawab menghasilkan teks keagamaan dan perundangan untuk kesejahteraan ummat. Malahan setelah Syeikh Abdullah mengislamkan Kedah, beliau dikatakan telah berpindah ke Acheh pada tahun 1177 yang menunjukkan jaringan penyebaran Islam oleh tokoh yang sama berlaku di kedua buah negeri dan semestinya ajaran yang disampaikan terus mendapat kesefahaman dari kedua buah kerajaan. Di sana beliau dikenali sebagai “Abdullah Aarif” yang menghasilkan kitab „Bahrul-Lahut‟ dalam bahasa Arab yang bercorak tasawuf yang kemudiaannya diterjemahkan dalam bahasa Melayu. Naskah asalnya masih ada tersimpan di Perpustakaan Tanah Abee (Tanah Abu), Acheh, sementara terjemahan Melayunya ditemui di Kampung Pernu, Melaka.22 Seterusnya karya-karya ini membuktikan sultan-sultan di Kedah atau Acheh memerlukan ulama untuk membantu baginda memerintah dan mendapatkan nasihat dalam menangani masalah dan urusan pantadbiran negeri. Misalnya Syeikh Abdullah yang bertindak

sebagai pendakwah, malah penasihat utama kepada Sultan Mudzaffar Shah (1136-1179), terutama hal-hal yang berkaitan dengan pembinaan masjid dan amalan membunyikan nobat pada setiap kali masuk waktu solat.
23

Harus dingat bahawa Kedah juga menerima

kebudayaan dari Iran atau Parsi apabila nobat iaitu alat muzik yang berasal dari sana telah digunapakai sebagai alat kebesaran Diraja Kedah.

Hubungan kedua buah negara atas dasar keagamaan dan perdagangan juga berlangsung apabila terdapat laporan yang peniaga-peniaga Kedah berdagang ke Samudera-Pasai. Hasil carigali di Merbok, Lembah Bujang dan Kuala Muda menemukan
22

Wan Shamsuddin Mohd Yusof, Pertapakan Dan Penyebaran Islam di Negeri Kedah, dipetik dari Mahayudin Hj. Yahaya, Penyebaran Islam di Tanah Melayu Sebelum Lahirnya Kerajaan Melayu Melaka: Sejarah dan Implikasinya, Kertas Kerja Majlis Polemik Sejarah Malaysia, Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur, 1995, hlm 6 23 Ibid, dalam Md. Noor Salleh & Abdul Halim Hj. Salleh, Dokumentasi Konvensyen Sejarah Kedah Darul Aman Kedua, Islam Di Kedah Darul Aman, Majlis Kebudayaan Negeri Kedah, Alor Setar, 1998, hlm 4

10

Cornelian beads, broken glasses (perfume), Chinese Ceramics (Sung/Yuan), fragment of lamp, Abbassid coins and some 10,000 potsherds of Sung and Yuan.24

Namun hubungan kedua negeri ini ada pasang surutnya apabila apabila peperangan meletus antara kedua buah kerajaan dan Kedah pernah dinaungi olehnya pada abad ke 14 masihi. Tercatat juga apabila Kedah sewaktu diperintah oleh Sultan sulaiman Syah I (1373-1423M), telah diserang oleh Acheh sebagaimana terkandung dalam piagam atau prasasti Minye Tujuh (1380M).25 Kuala Kedah yang menjadi kubu pertahanan Kedah telah diserang Acheh pada 1619.26 Seterusnya hubungan kedua buah negeri semakin renggang apabila Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (1607-1636) menjadi pemerintah Acheh, kerajaan tersebut telah muncul sebagai kuasa terkuat di Selat Melaka. Kota Siputih ialah ibu negeri Kedah ketika Acheh menyerang dalam tahun 1619.27 Kedah waktu itu dibawah pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Sulaiman Shah II (16021619) yang bersemanyam di Kota Siputih. Bagi memastikan Kedah tidak bersaing dengan Acheh dalam perdagangan lada hitam, Sultan Acheh telah menyerang Kedah pada 1619.28 Kedah waktu itu sedang meluaskan penanaman lada hitam di Pulau Langkawi dan ia boleh menyekat monopoli Acheh dalam penghasilan dan perdagangan lada. Ladang-ladang di Pulau Langkawi turut musnah dibakar dan serangan mengejut

24

Yahaya Abu Bakar, Kedah dan Perdagangan Tradidi di Asia, Abad Ketujuh Hingga Awal Abad Keenam Belas Masihi, Dokumentasi Konvensyen Sejarah Kedah Darul Aman, Alor Setar 1991, hlm 34 25 Yahaya Abu Bakar, Mentelusuri Beberapa Kesan Islamisasi Di Tanah Melayu Menjelang Abad ke XVI Masihi (UKM), Kertas Kerja Konvensyen Sejarah Negeri Kedah Kali Kedua, 28-30 September 1996, hlm 42 26 R. Bonney, Kedah 1771-1821 The Search For Security and independence, Oxford University Press, Kuala Lumpur, 1971, hlm 15 27 Ismail Hj. Saleh, Kedatangan Islam di Kedah Serta Penyebaran dan Perkembangannya, Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah, 2007, hlm 19 28 Sumber dari Muzium Negeri Kedah Darul Aman.

11

Acheh gagal ditentang oleh Kedah.29 Sultan dan permaisuri bersama rakyat seramai 7000 orang telah dibawa ke Acheh dan baginda berdua mangkat di sana sewaktu menjadi tawanan Acheh manakala putera sulungnya Sultan Rijaluddin Muhammad Syah yang menggantikan baginda bertindak memindahkan pusat pemerintahan ke Kota Naga (1626) akibat kemusnahan Kota Siputih.

Selain itu punca serangan ini menurut teks sejarah tertua Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah (1926) memberikan penceritaan yang berbeza. Menurut pengarangnya Kedah berjaya mengelak sebarang pertempuran dengan Acheh dengan kebijaksanaan seorang pembesar Kedah iaitu Sharif Aznan atau Datuk Searaja Imam yang berjaya menukar hubungan musuh menjadi sahabat dengan Acheh. Malah cerita Kota Siputih juga menjadi cerita lisan yang bersifat lagenda mengenai tujuan penyerangan Acheh tersebut. Ia dikaitkan dengan kisah Puteri Sultan Sulaiman, puteri berdarah putih yang menjadi idaman Raja Acheh untuk dijadikan menantunya.30 Keengganan sultan Kedah menjodohkan puterinya itu menyebabkan baginda menukarkan dengan puteri sulung yang berdarah merah. Raja Acheh akhirnya murka apabila berasa tertipu lalu memimpin askarnya menyerang Kedah. Puteri berdarah putih kemudiannya disembunyikan dalam sebuah lubang yang mengharapkan cahaya bulan purnama tidak menyinarinya. Puteri tersebut dikenali sebagai Puteri Lindungan Bulan, malangnya baginda mangkat semasa dalam persembunyian akibat kelaparan. Walau bagaimanapun Kota Siputih adalah kota agung sebagai pusat pemerintahan hampir 300 tahun sebelum ia dimusnahkan oleh tentera Acheh.
29

Mohamed Mustafa Ishak, Syamsul Anuar Ismail, Rohana Yusof, Kedah Dalam Lipatan Sejarah Koleksi Artikel Dato’ Wan Shamsuddin Mohd Yusof, UUM, Sintok, 2004, hlm 5 30 Wan Shamsuddin Mohd Yusof, Koleksi Artikel Mengenai Sejarah Kedah yang Tersiar dalam Akhbar Berita Minggu 1985/1986, Lembaga Muzium Negeri Kedah, hlm 27

12

Malah impak dari serangan tersebut musnahnya beberapa karya-karya dan penulisan sejarah Kedah. Dipercayai bahawa Hikayat Merong Mahawangsa telah ditulis pada abad ke 17 masihi dan atas titah sultan beberapa penulisan dipergiatkan, ia juga merupakan zaman kebangkitan penulis-penulis dan penyalin-penyalin yang mewujudkan semula karya-karya agama, undang-undang dan sastera yang hilang dan binasa dalam Perang Acheh tersebut. Namun yang perlu diberi penekanan di sini ialah hubungan antara rakyat Kedah dan Acheh menjadi akrab apabila berlakunya penghjrahan antara ke dua buah negara tersebut yang mewujudkan ikatan persaudaraan. Setelah Kedah berada dibawah kekuasaan kerajaan Acheh pada 1619, maka banyak orang Kedah yang datang ke Acheh dan sebaliknya sehingga di Acheh ada Kampung Kedah dan di Kedah ada Kampung Acheh.31

Kekuataan Aceh telah merosot selepas tahun 1629 apabila kalah dalam peperangan dengan Portugis di Melaka. Dalam peperangan ini Aceh kehilangan kapal perang dan kirakira 19,000 tentera. Selepas tahun itu, Aceh tidak lagi melancarkan dasar serangan ke atas Tanah Melayu.32 Apabila Iskandar Muda Mahkota Alam mangkat pada tahun 1636,

kerajaan Aceh telah digantikan oleh menantu baginda, Iskandar Muda Thani, keturunan kesultanan Melaka Pahang. Ketika pemerintahan baginda, Aceh tidak lagi menjalankan dasar perluasan kuasa dan melakukan serangan ke atas Tanah Melayu. Pada waktu ini hubungan Kedah-Acheh kembali erat.

Hubungan sejarah juga dapat dibuktikan dengan penemuan nisan Acheh yang terdapat di Kedah. Di negeri Kedah terdapat lebih 30 buah makam yang menggunakan
31 32

Teh Koon Hoo, Sejarah Sosioekonomi Daerah Yan dari 1909-1957, USM, 2003, hlm 71 Abdullah Zakaria Ghazali, dipetik secara online dari Kertas Kerja Malaysia-Indonesia Dalam Sejarah: Liku-liku Hubungan Serumpun Sehingga Kurun ke-19, Jabatan Sejarah, Universisi Malaya.

13

nisan Acheh, sebahagiannya terdapat di Makam Diraja di Langgar, batu 4 Anak Bukit, di sekitar Kubang Pasu dan juga beberapa buah pada makam Sultan Muzaffar Syah di Merbok, Lembah Bujang.33 Nisan Acheh ialah batu tanda yang dipasang pada makam yang dipertukangkan di Acheh seterusnya digunapakai di Kepulauan Melayu termasuklah Makam Malikul Saleh pemerintah Islam Samudera/Pasai yang mangkat pada tahun 1297 masihi. Ia selari dengan pendapat iaitu perkembangan penggunaan batu ini sebagai nisan di kalangan keturunan sultan dan kerabatnya amat menarik kerana Moquette sekitar awal abad 1914 telah menemui makam Sultan Malik al-Saleh yang menggunakan nisan Acheh (1297).34

Peninggalan batu nisan Acheh di Kedah yang paling terkenal adalah di Pangkalan Bujang. Di tapak ini terdapat sekitar empat nisan yang mewakili kuburan berhubungan dengan Kesultanan Kedah. Sultan Muzaffar Shah merupakan Sultan Kedah pertama yang memeluk Islam. Seperti kuburan sultan pertama yang memeluk Islam pada kesultanan awal di Tanah Melayu, di tapak ini juga terdapat makam milik baginda, isteri, anak dan guru agama baginda dalam satu kawasan di Lembah Bujang.35

33

N.A Halim, Nisan Acheh Bertulis di Semenanjung Malaysia, dalam Purba, Jurnal Persatuan Muzium Malaysia, Bil 4-1985, hlm 6 34 Othman Mohd Yatim, Batu Aceh Early Islamic Graves Stones in Peninsular Malaysia, United Selangor Press Sdn Bhd, Kuala Lumpur, 1988, hlm. 5-58. 35 Lihat Gambar 1, dipetik online dari Mohd Supian Sabtu, kertas kerja bertajuk Malaysia-Indonesia Dalam Sejarah: Liku-liku Hubungan Sosiobudaya Malaysia-Indonesia: Kasus dari Perspektif Arkeologi Islam, Jabatan Sejarah, UM.

14

Gambar 1: Nisan Acheh, Sultan Muzaffar Shah di Pangkalan Bujang, Kedah

Disebabkan penggunaan nisan ini ditemui amat terbatas dalam kalangan pemerintah, pembesar dan ulama yang menjadikannya sebagai komoditi ekspot utama Acheh ke rantau Asia Tenggara malah ia menggambarkan kedudukan status yang tinggi. Sehubungan itu, peranan batu nisan Acheh ini juga menunjukkan satu ikatan idea keislaman yang diterjemahkan dalam perlambangan yang berteraskan kepada kesenian Islam. Selain itu, institusi pondok telah merapatkan hubungan antara Kedah-Acheh. Istilah pondok ini juga digunakan di Semenanjung Tanah Melayu bagi tempat belajar agama, iaitu sama dengan penggunaannya di Jawa.36 Pengaruh institusi pondok di Acheh telah menjalar ke Sumatera dan Jawa. Misalnya Tuan Haji Hussein adalah ulama terkenal dari Sumatera yang datang membuka pondok di Kedah. Terdapat pula orang Sumatera yang datang membuka pondok di Kedah. Tenku Arshad, Tuan Haji Musa, Syeikh Omar, Engku Bidau‟l Hafiz, Engku Di Bale berhijrah dari Daerah Istimewa Acheh ke Daerah Yan untuk sama-sama berkecimpung dengan ulama tempatan dalam alam pendidikan

36

Ahmad Jelani Halimi, Institusi Pendidikan Pondok di Kedah Hingga Kemerdekaan Tanah Melayu 1957 Kebangkitan dan Keruntuhan Sebuah Tradisi Pendidikan, dalam Cetera, Persatuan Sejarah malaysia Cawangan Kedah, Jild 13, September 2006, hlm 86

15

agama.37 Malah inisiatif dari rakyat juga jelas dalam penubuhan institusi pondok, iaitu pendidikan tinggi bagi agama Islam. Pendidikan pondok juga atas motivasi penuntutpenuntutnya yang tidak didasarkan kepada ganjaran duniawi tetapi ia konsep pembelajaran dan pengajaran dalam Islam yang dilakukan sepanjang hayat. Abad ke 20 terhentinya kegiatan orang Acheh untuk meluaskan tanah jajahan dan hubungan dengan negeri-negeri di Tanah Melayu termasuk Kedah terjalin kerana urusan perdagangan.38 Peperangan antara Acheh-Belanda juga membawa kepada penghijrahan secara besar-besaran orang Acheh ke Kedah dengan tumpuan ke daerah Yan. Selama 35 tahun perang berlangsung dan berakhir pada 1908 apabila Acheh berjaya ditawan oleh Belanda. Di sebabkan negeri Kedah berhampiran dengan negeri Acheh, maka mereka terus menuju ke pantai di daerah Yan, dan ada juga yang menuju ke Perak, Pulau Pinang dan Pulau Langkawi.39 Golongan utama yang terkena tempias dari dasar Belanda ialah ulama yang sering ditindas dan dizalimi yang mengakibatkan penghijrahan besar-besaran berlaku dari tahun 1900-1915. Kumpulan pertama yang tiba di Yan ialah golongan ulama mulai 1900 yang diketuai oleh Tengku di Balai (Tengku Arshad) yang membawa bersama keluarga dan diikuti oleh pengikut-pengikutnya (pelajar lelaki yang ingin mempelajari dan mendalami agama Islam). Faktor penghijrahan mereka ke Yan iaitu dengan tertubuhnya Kampung Acheh dapat disimpulkan bahawa, kebanyakan mereka terdiri dari alim ulama, ada yang datang untuk mendalami ilmu agama kerana ramai ulama terkenal berada di sini, motif
37

Zahidi Dato‟ Haji Zainol Rashid, Sejarah Sekolah Pondok di Kedah, dalam Islam Di Kedah Darulaman, Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah, 1990, hlm 9 38 Lee Kam Hing, Acheh dan Semenanjung Tanah Melayu dalam Kurun ke 16 dan ke 17, dalam Sejarah Malaysia Sepintas Lalu, DBP, Kuala Lumpur, 1972, hlm 44 39 Abdul Majid Hussin, Orang Acheh di Yan Kedah: Satu Tinjauan Umum, Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah (Koleksi Kedah), hlm 125

16

ekonomi dan keamanan negeri Kedah, penindasan dan sekatan untuk penyebaran agama Islam oleh Belanda serta senang untuk keluar masuk ke Kedah (longgar tanpa sekatan). Selain itu daerah Yan dianggap sebagai daerah istimewa kerana ia sesuai untuk penempatan. Tanahnya yang subur terutama di kaki bukit sesuai untuk pertanian termasuklah lada hitam dan tanaman makanan. Air dari pergunungan iaitu Gunung Jerai dan faktor pengaliran yang baik ini sesuai untuk penanaman padi, seterusnya terdapat ramai di kalangan mereka yang mahir dalam kerja-kerja pertukangan. Pada masa itu Kampung Acheh dikenali dengan nama Lubuk Kasai.
40

Paling utama ialah terdapatnya

institusi pondok yang terkenal dan menjadi amalan biasa di Kedah iaitu pelajaran tradisi yang wujud hingga kini menjadikannya serasi dan sama seperti pendidikan di Acheh. Apabila kemasyuran Kampung Acheh diketahui di negeri Acheh ia mendorong dua ulama lain datang ke sini iaitu Tengku Lam Surau (Haji Musa) dan Tengku Lam U (Sheikh Omar) serta kedatangan mereka diikuti pula oleh pengikut-pengikutnya. Golongan kedua ialah pemugar tanah yang datang berbekalkan modal dan pekerja. Golongan ini membeli tanah kepunyaan orang Melayu di sekeliling Kampung Acheh itu dan juga memohon tanah kerajaan yang belum dipugar.41 Manakala orang Acheh yang datang ke Sungai Limau Dalam pula kebanyakannya berasal dari daerah Pidie kerana daerah ini juga merupakan sebuah daerah persawahan yang luas. Sementara mukim Yan pula menjadi tumpuan orang-orang dari daerah Acheh yang suka berkebun serta berladang lada dan getah.42

40 41

Ibid, hlm 125 Ibid, hlm 125 42 Abdullah Hussain, Orang Acheh di Yan Kedah: Satu Tinjauan Umum, dalam MDSS, bil 9, 1980, hlm 120

17

Manakala kumpulan ketiga ialah golongan peniaga. Oleh itu hubungan KedahAcheh bermulanya abad ke 20 adalah berunsurkan ekonomi. Terdapat peniaga yang berketurunan Acheh yang berniaga di Pulau Pinang singgah ke sini dan orang Acheh di Yan juga keluar berniaga ke sana. Namun demikian, pada tahun 1802, dianggarkan sebanyak 29, 468 pikul lada hitam telah dieksport dari Acheh dan Pantai Timur Sumatera ke Pulau Pinang.43 Hubungan yang erat sesama mereka diteruskan melalui perhubungan dengan orang Acheh yang tinggal di daerah Kuala Muda Kedah, di Langkawi dan Pulau Pinang. Penduduk Melayu tempatan juga mudah menerima mereka menjadikan ia faktor penarik ke sini di samping rumpun yang sama (Nusantara) iaitu dari segi rupa paras dan bahasa yang mudah difahami dan tidak jauh bezanya, adat resam yang hampir sama serta proses asimilasi yang berlaku kanak-kanak membesar bersama dan pendidikan di sekolah yang sama menjadikan mereka selesa untuk menetap terus di sini. Orang yang berketurunan Acheh di Kedah banyak memberikan sumbangan besar terhadap kemajuan dan pembangunan di Kedah serta nasional seterusnya bergaul rapat dengan masyarakat Melayu yang lain. Mereka memiliki banyak tanah yang dibeli dari orang Melayu tempatan. Ketekunan komuniti Acheh terserlah apabila kebanyakan mereka berjaya di bidang ekonomi. Nyak Gam iaitu anak kepada Nyak Abdullah terkenal sebagai hartawan Acheh di Yan dan pernah menjadi wakil rakyat kawasan tersebut. Beliau juga telah mewakafkan tanahnya untuk pembinaan Sekolah Melayu Yan dan Sekolah Rakyat Ruat serta pembinaan rumah bidan di Yan Kechil. Hubungannya yang rapat dengan Syed Omar Sahabuddin turut membantu beliau terlibat secara aktif dalam

43

Salina Haji Zainal, Hubungan Perdagangan Antara Pulau Pinang dengan Aheh dan Pantai Timur Sumatra, Akhir Abad ke 18 Hingga Pertengahan Abad ke 19, dalam Kongres Sejarah Malaysia II Sejarah dan Proses Pemantapan Negara-Bangsa, Persatuan Sejarah Malaysia & UKM, Bangi Selangor, 26-28 November 1996, hlm 201

18

politik dengan membawanya memasuki UMNO. Beliau kemudiannya memenangi pilihanraya Dewan Undangan Negeri 1957 di kawasan Yan-Merbok atas tiket UMNO. Selain itu, di atas anisiatif Haji Hussain Che Dol PAS ditubuhkan pada 1951 dan beliau dilantik menjadi Naib Yang Dipertua PAS pusat untuk menggerakkan aktiviti di bahagian utara iaitu Kedah, Perlis, Seberang Perai Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu.44 Sebagai Naib Yang Dipertua PAS yang bertanggungjawab kepada negeri utara Tanah Melayu, Haji Hussain Che Dol telah mengadakan lawatan ke Kelantan untuk menerangkan garis perjuangan PAS.45 Malahan dalam kalangan mereka bukan sahaja berjaya dalam perniagaan tetapi juga berjaya mendidik anak-anak sehingga menjadi orang ternama di Malaysia seperti Dato‟ Abdullah Hussain, Tan Sri Ismail Hussein dan Dato‟ Ibrahim Hussain, Dato‟ Mohamad Amin yang kini bekas Ketua Polis Negara, Abdul Rahman Hashim (ketua Polis Negara yang mati dibunuh), Tan Sri Dato‟ Sanusi Junid bekas menteri kabinet dan bekas Menteri Besar Kedah yang ke tujuh dan Sasterawan Negara iaitu Abdullah Hussain juga merupakan orang Acheh yang berasal dari Sungai Limau Dalam. Kejayaan komuniti Acheh ini adalah hasil kesedaran generasi awal tentang kepentingan pendidikan anakanak mereka dan juga usaha keras kerana mereka sedar bahawa sebagai imigran segala peluang yang ada perlu direbut.

Institusi pendidikan tradisional telah wujud seiring dengan kemasukan Islam ke Kedah melalui perdagangan laut dengan dunia luar seperti Arab, India, Sematera, Pulau Jawa, Pattani, Setul dan Acheh. Misalnya pendidikan terawal di Yan ialah pengajian Al-

44 45

Utusan Melayu, 25 November 1951 Amaluddin Darus, Lintasan Politik Malaysia. Abad Enterprise. Kuala Lumpur, 1978

19

Quran yang dijalankan di rumah, surau dan masjid yang diajar oleh guru-guru yang berketurunan Acheh. Teungku Bida‟ul Hafiz merupakan seorang ulama Acheh yang berhijrah ke Yan bersama-sama orang Acheh sekitar tahun 1850-an. Pondok-pondok untuk kediaman mereka dibina di sepanjang hilir Sungai Yan dan sebelum 1910 sekolah pondok ini hanya menerima penuntut di kalangan orang Acheh sahaja kerana semua murid-muridnya ditanamkan semangat anti-Belanda yang kuat. Selepas perkembangan sekolah pondok semakin pesat dengan sekolah pondok dari masyarakat Melayu tempatan ia secara tidak langsung berjaya mengembangkan syiar Islam di Kedah. Kebanjiran ramai penuntut disebabkan penghargaan dan penghormatan yang tinggi diberikan oleh masyarakat terhadap guru-guru agama.

Sumbangan orang Acheh terhadap pembangunan dan kemajuan di Kedah juga dapat dilihat dari perkenan Sultan Kedah yang mengiktiraf mereka sebagai golongan ulama dan muncul pelbagai kitab yang ditulis dan diedarkan ke seluruh negara. Malah terdapat di kalangan orang berketurunan Acheh yang pernah menjadi mufti Kedah. Pada 9 Febuari 1946, Persatuan Ulama Kedah telah melantik ahli jawatankuasanya termasuk dua orang ulama dari Yan iaitu Haji Hussain Che Dol yang dilantik sebagai Yang Dipertua dan Yahaya Junid Mudir Sekolah Agama Attaufiqiyah al-Khariyah Batu 17 sebagai Penolong setiausaha.46 Perkembangan sekolah pondok di Yan juga mendapat galakan dan penghargaan dari Sultan Kedah. Pada zaman Sultan Ahmad Tajuddin (1854-1877), Sekolah Pondok Tuan Fakeh dan Sekolah Pondok Kampung Acheh telah ditubuhkan tanpa sebarang
46

Fisol Haji Hussain, “Haji Hussain Che Dol (1904-1967): Satu Perjuangan Ulama Dalam Bidang Agama dan Politik Melayu Kedah”. Latihan Ilmiah Universiti Malaya Kuala Lumpur, 1978/79

20

masalah daripada Istana malah mendapat galakan Sultan. Perkembangan sekolah pondok mencapai zaman kegemilangannya semasa pemerintahan Sultan Abdul Hamid. Baginda selalu membuat kunjungan ke Yan untuk berjumpa dan berkenalan dengan ulama-ulama tempatan iaitu pada tahun 1921 apabila baginda perkenan untuk berjumpa dengan ulamaulama Acheh di Masjid Yan yang dihadiri oleh semua penduduk Acheh di situ. Semangat patriotisme orang Acheh yang kuat dalam menentang Belanda juga membuka mata masyarakat Melayu tempatan. Misalnya Ustaz Said telah mengajak orang Acheh di Yan untuk menyertai tentera Jepun ke Acheh untuk menghalau Belanda. Mereka yang menyertai misi tersebut telah berhimpun bersama orang Indonesia lain di Kuala Lumpur.47 Semangat patriotisme orang Acheh di Yan menjadi kuat hasil dari kesepaduan untuk membebaskan tanahair malah apabila Acheh turut mengisytiharkan kemerdekaan setelah Jepun menyerah kalah pada 17 Ogos 1945, mereka turun berarak ke Langgar Alor Setar untuk meraikan kemerdekaan Indonesia. Kini kebanyakan orang yang berketurunan Acheh telah berjaya dalam memberi sumbangan yang besar kepada politik di Kedah iaitu Tan Sri Dato‟ Sanusi Junid yang berketurunan Acheh telah diberi kepercayaan suatu ketika dahulu pernah dilantik menjadi Menteri Besar Kedah. Beliau lahir 10 Julai 1943 di Yan Kedah, bersekolah di Sekolah Melayu Yan kemudian menyambung pengajian di Sekolah Menengah Ibrahim Sungai Petani dan ke Kolej Melayu Kuala Kangsar. Seterusnya beliau telah diberi kepercayaan pada 1990 menjadi Naib Presiden UMNO, tahun 1996-1999 menjadi Menteri Besar Kedah, tahun 2000 sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia juga ahli Dewan Undangan Negeri di Kuah Langkawi. Malah banyak lagi jasa dan sumbangan beliau kepada negeri Kedah dan Malaysia amnya.
47

Abdullah, Aku Tidak Minta, Fajar Bakti, Shah Alam, 1998

21

Pada hari ini hasil dapatan temubual dan bahan-bahan arkib mendapati kebanyakan dalam kalangan komuniti yang berketurunan Acheh mempunyai prospek ekonomi yang bagus iaitu pemilik tanah, peniaga, penenun songket dan antara golongan yang arif tentang agama. Malahan sehingga 1957 Kampung Acheh di Yan masih menjadi kampung yang kesemua penduduknya terdiri daripada komuniti Acheh. Kampung ini juga paling terkemuka dan termasyhur antara kampung-kampung Acheh yang ada di Tanah Melayu.48 Yan ternyata sebagai sebuah daerah yang dipinggirkan pada zaman kolonial, dalam diam-diam telah melahirkan ramai ahli politik yang berkaliber untuk menerajui kepimpinan Melayu Kedah dan nasional serta golongan ulama yang disegani.

48

Abdullah Hussain, Dewan Budaya, Orang-orang Acheh di Malaysia, 1989

22

Lampiran

Sumber: Yusny Saby, Islam And Social Change The Role of The Ulama In Acehnese Society, UKM, Bangi, 2005, hlm 56

23

Sumber: Hasanuddin Yusuf Adan, Teungku Muhammad Dawud Beureu-eh Ulama, Pemimpin dan Tokoh Pembaharuan, UKM, Bangi, 2005, hlm 81

24

Sumber: Othman Mohd Yatim, Batu Acheh Early Islamic Gravestones In Peninsular Malaysia, Museum Association of Malaysia, United Selangor Press Sdn Bhd, Kuala Lumpur, 1988, hlm xxxii

25

Sumber: Othman Mohd Yatim, Batu Acheh Early Islamic Gravestones In Peninsular Malaysia, Museum Association of Malaysia, United Selangor Press Sdn Bhd, Kuala Lumpur, 1988, hlm 130

26

BIBLIOGRAFI A.Samad Ahmad, Sejarah Kesusasteraan Melayu I, DBP, 1963, ______________, Serangkai Warisan Sejarah, DBP, 1989 Abdul Majid Hussin, Orang Acheh di Yan Kedah: Satu Tinjauan Umum, Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah (Koleksi Kedah) Abdullah Hussain, Dewan Budaya, Orang-orang Acheh di Malaysia, 1989 Abdullah Hussain, Orang Acheh di Yan Kedah: Satu Tinjauan Umum, dalam MDSS, bil 9, 1980 Abdullah Zakaria Ghazali, dipetik secara online dari Kertas Kerja Malaysia-Indonesia Dalam Sejarah: Liku-liku Hubungan Serumpun Sehingga Kurun ke-19, Jabatan Sejarah, Universisi Malaya. Abdullah, Aku Tidak Minta, Fajar Bakti, Shah Alam, 1998 Ahmad Jelani Halimi, Institusi Pendidikan Pondok di Kedah Hingga Kemerdekaan Tanah Melayu 1957 Kebangkitan dan Keruntuhan Sebuah Tradisi Pendidikan, dalam Cetera, Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah, Jilid 13, September 2006 Ahmad Jelani Halimi, Kemasukan Islam ke Kedah, dalam Dokumentasi Konvensyen Sejarah Kedah Darul Aman Kedua “Islam Di Kedah Darul Aman”, Concept Press Sdn. Bhd, 1998 Amaluddin Darus, Lintasan Politik Malaysia. Abad Enterprise. Kuala Lumpur, 1978 Anthony Reid, A Documentary Study of Atjehnese Foreign Policy In The Reign of Sultan Mahmud 1870-1874, dalam JMBRAS, Vol XLII (42), Part 2, December 1969 Darul Aman Kedua “Islam Di Kedah Darul Aman”, Concept Press Sdn. Bhd, 1998 Denys Lombard, Kerajaan Acheh: Jaman Sultan Iskandar Muda (1607-1636), diterjemah oleh Winarsih Ariffin, Balai Pustaka, Jakarta, 1986 Fisol Haji Hussain, “Haji Hussain Che Dol (1904-1967): Satu Perjuangan Ulama Dalam Bidang Agama dan Politik Melayu Kedah”. Latihan Ilmiah Universiti Malaya Kuala Lumpur H.G Quaritch Wales, The Malay Peninsula In Hindu Times, London: Bernard Quaritch LTD, 1976

27

Hasanuddin Yusuf Adan, Teungku Muhammad Dawud Beureu-eh Ulama, Pemimpin dan Tokoh Pembaharuan, UKM, Bangi, 2005 Ismail Haji Salleh, Kedah : Negeri Islam Yang Pertama di Nusantara, dalam Dokumentasi Konvensyen Sejarah Kedah Darul Aman Kedua “Islam Di Kedah Darul Aman”, Concept Press Sdn. Bhd, 1998 Ismail Haji Salleh, Sejarah Kedah Dalam Kebangkitan Islam, Deklarasi Langkawi, 1982 Ismail Hj. Saleh, Kedatangan Islam di Kedah Serta Penyebaran dan Perkembangannya, Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah, 2007 J.V. Mills, Arab and Chinese Navigators In Malayan Waters, JMBRAS, Vol 47, Pt. 2, 1974 Lee Kam Hing, Acheh dan Semenanjung Tanah Melayu dalam Kurun ke 16 dan ke 17, dalam Sejarah Malaysia Sepintas Lalu, DBP, Kuala Lumpur, 1972 Lukman Thaib, Acheh’s Case: A Historical Study of The Nation Movement For The Independence of Acheh-Sumatra, University of Malaya Press, 2002 Mahani Musa & Ahmad Jelani Halimi, Warisan Mahawangsa Kedah, Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah, 2006 Mahayudin Haji Yahaya, Islam Di Alam Melayu, DBP, Kuala Lumpur, 2001 Md. Noor Salleh & Abdul Halim Hj. Salleh, Dokumentasi Konvensyen Sejarah Kedah Darul Aman Kedua, Islam Di Kedah Darul Aman, Majlis Kebudayaan Negeri Kedah, Alor Setar, 1998 Mohamed Mustafa Ishak, Syamsul Anuar Ismail, Rohana Yusof, Kedah Dalam Lipatan Sejarah Koleksi Artikel Dato’ Wan Shamsuddin Mohd Yusof, UUM, Sintok, 2004 Mohd Supian Sabtu, kertas kerja bertajuk Malaysia-Indonesia Dalam Sejarah: Liku-liku Hubungan Sosiobudaya Malaysia-Indonesia: Kasus dari Perspektif Arkeologi Islam, Jabatan Sejarah, UM Muhammad Hasan b. Muhammad Arshad, “Al-tarikh Salasilah Negeri Kedah”, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, 1968 N.A Halim, Nisan Acheh Bertulis di Semenanjung Malaysia, dalam Purba, Jurnal Persatuan Muzium Malaysia, Bil 4-1985 Nasha Rodziadi Khaw dan Nazarudin Zainun, Pensejarahan Kedah Tua: Tafsiran Semula Berdasarkan Sumber India

28

O.W Wolter, Early Indonesian Commerce: A Study of The Origins of Srivijaya, New York, 1967 Othman Mohd Yatim, Batu Aceh Early Islamic Graves Stones in Peninsular Malaysia, United Selangor Press Sdn Bhd, Kuala Lumpur, 1988 R. Bonney, Kedah 1771-1821 The Search For Security and independence, Oxford University Press, Kuala Lumpur, 1971 S.Q.Fatimi, Islam Comes to Malaysia, Singapura, 1963 Sagimun M.D, Peninggalan Sejarah Masa Perkembangan Agama-agama di Indonesia, Perca Jakarta, 1988 Salina Haji Zainal, Hubungan Perdagangan Antara Pulau Pinang dengan Aheh dan Pantai Timur Sumatra, Akhir Abad ke 18 Hingga Pertengahan Abad ke 19, dalam Kongres Sejarah Malaysia II Sejarah dan Proses Pemantapan Negara-Bangsa, Persatuan Sejarah Malaysia & UKM, Bangi Selangor, 26-28 November 1996 Sumber dari Muzium Negeri Kedah Darul Aman. Syed Naquib Al-Attas, Raniri and The Wujudiyyah of 17th Century Acheh, dalam Monographs of The Malaysian Branch, Malaysia Printers Ltd, Singapura T. Muhammad Hassan, Perkembangan Swapraja di Acheh Sampai Perang Dunia II, dalam Bunga Rampai Tentang Acheh oleh Ismail Sunny, Jakarta, 1980 Teh Koon Hoo, Sejarah Sosioekonomi Daerah Yan dari 1909-1957, USM, 2003 Tengku Luckman Sinar, S.H, Sumbangan dan Peranan Kedah Dalam Pembinaan Tamadun Nusantara, Kertas Kerja Himpunan Budayawan Malaysia, Anjuran Majlis Kebudayaan Negeri Kedah Darul Aman, 1990 Utusan Malaysia, Isnin 23 Febuari 2009 Utusan Melayu, 25 November 1951 Wan Shamsuddin Mohd Yusof, Dari Pulau Adang Ke Pulau Tiga, Kumpulan Artikel Tokoh Sejarah Kedah, diselenggara oleh Mazizah Hj. Md. Darus & Zahidi Dato‟ Zainol Rashid, Majlis Kebudayaan Negeri Kedah Darul Aman, Alor Setar, 1999 __________________________, Koleksi Artikel Mengenai Sejarah Kedah yang Tersiar dalam Akhbar Berita Minggu 1985/1986, Lembaga Muzium Negeri Kedah

29

__________________________, Pertapakan Dan Penyebaran Islam di Negeri Kedah, dalam Hikayat Merong Mahawangsa, Edisi Jawi, Kim Seik Press, Penang Street, Pulau Pinang, 1316H/1898M _________________________, Pertapakan Dan Penyebaran Islam di Negeri Kedah, dipetik dari Mahayudin Hj. Yahaya, Penyebaran Islam di Tanah Melayu Sebelum Lahirnya Kerajaan Melayu Melaka: Sejarah dan Implikasinya, Kertas Kerja Majlis Polemik Sejarah Malaysia, Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur, 1995 Yahaya Abu Bakar, Kedah dan Perdagangan Tradidi di Asia, Abad Ketujuh Hingga Awal Abad Keenam Belas Masihi, Dokumentasi Konvensyen Sejarah Kedah Darul Aman, Alor Setar 1991 _______________, Mentelusuri Beberapa Kesan Islamisasi Di Tanah Melayu Menjelang Abad ke XVI Masihi (UKM), Kertas Kerja Konvensyen Sejarah Negeri Kedah Kali Kedua, 28-30 September 1996 Yusny Saby, Islam And Social Change The Role of The Ulama In Acehnese Society, UKM, Bangi, 2005 Zahidi Dato‟ Haji Zainol Rashid, Sejarah Sekolah Pondok di Kedah, dalam Islam Di Kedah Darulaman, Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah, 1990

30