You are on page 1of 7

Pendahuluan

Ibusawat merupakan sumber atau pusat pengendalian pemprosesan secara automatik. Ibusawat untuk talian telefon pula terdiri daripada pelbagai jenis dan bergantung kepada peralatan yang telah disediakan oleh syarikat yang mencipta peralatan, walaupun setiap ibusawat mempunyai jenis equipment yang berbeza tetapi fungsi peralatan bekerja adalah sama dengan peralatan lain

Jenis Ibusawat di Malaysia

Di Malaysia, rangkaian telefon nasional terdiri lebih daripada 525 ibusawat telefon secara automatik. Antara jenis-jenis ibusawat yang terdapat di Malaysia ialah :i. Step By Step (ST 901) ii. Common Control (RF, ARM,H ITACHI)

Jenis kelas Ibusawat

Terdapat beberapa jenis atau kelas ibusawat, antaranya ialah :i. Ibusawat Tempatan ii. Ibusawat Kumpulan Ibusawat tempatan

Ibusawat tempatan merupakan ibusawat yang dihubungkan kepada ibusawat kumpulan dan ibusawat tempatan ini juga akan mewakili kawasan tersebut untuk sambungan talian:

Ibusawat kumpulan

Ibusawat kumpulan merupakan ibusawat yang dihubungkan dengan ibusawat tempatan, contohnya ibusawat Sibu (host), ianya perlu berada di tempat yang strategik kerana untuk memudahkan perhubungan yang dibuat melalui carrier dan kabel dapat disambung dengan cara yang mudah.

Ibusawat zone

Ibusawat ini merupakan ibusawat yang mengendalikan penyambungan ibusawat ITE mengikut aras-aras ibusawat yang melibatkan panggilan antarabangsa (international) iaitu perhubungan antara luar negara dengan erti kata hubungan destinasi ke negara yang lain.

Peringkat kendalian ibusawat

Setiap sistem ibusawat telefon, biasanya mempunyai beberapa peringkat atau proses untuk membuat sesuatu panggilan. Antara peringkat bagi sistem ibusawat telefon ini ialah penyediaan pelanggan, pemprosesan panggilan, pengagihan dan menyediakan panggilan untuk pelanggan sama ada panggilan luar atau dalam negeri.

Selain daripada proses penyediaan untuk pelanggan tersebut, ibusawat juga menyediakan litar pengagihan, iaitu sekiranya terdapat seorang pelanggan yang hendak membuat panggilan ke mana-mana bandar, maka terlebih dahulu litar akan melalui Exchange Sibu.

Sistem perhubungan yang dibuat oleh 'switching' adalah termasuk memberi latihan kepada setiap pelanggan dan selepas itu akan memberi 'ringging tone kepada telefon pelanggan yang membuat panggilan dan yang menerima panggilan. Sewaktu proses 'ringging tone' berlaku ia telah mengalami beberapa proses iaitu penukaran dari kod digital kepada bentuk analog dan ke bentuk digital semula menggunakan sistem binary dan sebagainya. Oleh yang demikian, dapatlah seseorang pelanggan berhubung dengan pelanggan yang lain.

Membuat route trace

Route Trace

atau dengan erti kata lain ialah membuat imbasan untuk

mengenal pasti nombor-nombor telefon pemanggil yang membuat panggilan, proses ini

dilakukan ialah bagi menolong pekerja-pekerja pada bahagian kabel dan pemasangan. Apabila pekerja mengalami masalah kekeliruan dalam memasang kabel maka untuk memastikan kabel yang betul, pekerja tcrsebut hendaklah melakukan penyambungan kabel tadi kepada set telefon serta mendailkan nombor yang menggunakan talian khas ISDN yang terdapat di bilik pensuisan.

Selain dari itu, terdapat juga pekerja pada bahagian verifikasi menjalankan tugas unluk memastikan apa yang tertera di dalam rekod-rekod yang lepas adalah dalam keadaan yang betul, sekiranya terdapat kelainan maka satu laporan yang lengkap akan di hantar dan arahan-arahan yang telah di tetapkan perlu di masukkan ke dalam terminal bagi mengenal pasti nombor pemanggil tadi.

Permotongan perkhidmatan Pemotongan perkhidmatan bermaksud menamatkan perkhidmatan kepada pelanggan yang gagal menjelaskan bayaran bil bulanan yang tertunggak setelah amaran diberikan beberapa kali kepada pelanggan tersebut. Pemotongan perkhidmatan ini dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu :i. Pemotongan Sementara

ii. Pemotongan Terus

Pemotongan sementara

Di dalam perkhidmatan ini pula dapat dibahagikan kepada tiga pengkelasan yang utama iaitu :-

a.
i.

Pemotongan atau penahanan panggilan masuk : Biasanya dilakukan pada telefon - telefon awam

b. Pemotongan atau penahanan panggilan keluar :

i.

Dilakukan kepada pelanggan yang gagal menjelaskan bayaran bil telefon pada suatu tarikh yang telah ditetapkan di dalam bil tersebut.

c. Pemotongan atau penahanan masuk dan keluar :


i.

Dilakukan kepada pelanggan yang masih gagal membayar bil telefon mereka walaupun pemotongan kedua telah dibuat.

Pemotongan terus Pemotongan terus ini dibuat setelah pelanggan yang menggunakan perkhidmatan telefon tidak lagi memerlukan perkhidmatan ini dan juga kepada pelanggan yang masih belum menjelaskan bil mereka kepada pihak Telekom.

Penyambungan semula perkhidmatan

Penyambungan perkhidmatan bermaksud menyambung semula perkhidmatan telefon kepada pelanggan yang telah melangsaikan bayaran kepada pihak Telekom iaitu pelanggan yang lelah dibuat pemotongan secara sementara.

Penukaran nombor telefon

Penukaran ini bermaksud menukar nombor telefon yang sedia ada atau talian peralatan kepada yang baru. Penukaran ini dilakukan di atas permintaan pelanggan sendiri ataupun talian peralatan yang sedia ada mengalami kerosakan.

ISDN

Perkhidmatan ISDN (Integrated Service Network) atau dikenali sebagai perkhidmatan rangkaian digital bersepadu. la merupakan suatu sistem dan juga berbentuk aplikasi dengan kelajuan yang tinggi iaitu 54 kbits. Dengan adanya sistem ISDN ini, ianya membolehkan audio, dimana ia menggunakan jarak yang sesuai. Disamping itu juga ianya dapat disambungkan kepada telefon, komputer, mesin faksimili dan video 'conference.

ISDN bermaksud Perkhidmatan Rangkaian Digital Bersepadu Ia menawarkan faedah berikut kepada pelanggan.:
i. ii.

Jalur lebar tinggi untuk sambungan data (Kira-kira 8-9 K kedua). Talian sangat bertoleransi terhadap kualiti bunyi dan proses muat turun data tidak akan putus-putus.

You might also like