You are on page 1of 7

BINA INSAN GURU 1 KEM DANTAI KOTA BELUD

Pada 26 hingga 29 februari 2008 yang lepas, para pelatih semester pertama untuk Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) telah menjalani program Bina Insan Guru (BIG) yang telah dilaksanakan Di Kem Dantai Kota Belud. Berdasarkan objektif asalnya, program ini adalah bertujuan membentuk sahsiah para guru agar sesuai dengan kehendak profesion perguruan yang semakin mencabar pada hari ini. Sepanjang empat hari program ini berjalan, kami telah melalui pelbagai aktiviti yang secara keseluruhannya banyak membantu dan memberikan pengalaman baru kepada kami. Melalui program ini, kami diajar agar lebih bijak dalam mengatur masa di

samping penekanan kepada penerapan nilai-nilai murni yang seharusnya dimiliki oleh seorang bakal guru. Pada pandangan saya, segala program yang telah saya jalani sepanjang program ini banyak mendawasakan saya serta banyak menyedarkan saya akan kekurangan yang perlu saya atasi sebelum bergelar guru kelak. Di samping penekanan kepada aspek rohani, para pelatih yang berkesempatan mengikuti program ini juga berpeluang melakukan aktiviti- aktiviti seperti berkayak, kembara hutan dan beberapa lagi aktiviti yang sememangnya menuntut para guru agar bersedia baik dari sudut fizikal mahupun mental. Pada pandangan saya, pendedahan aktiviti-aktiviti seperti ini adalah penting kerana tugas guru yang sangat mencabar pada hari ini yang memerlukan bakal guru yang sanggup menyahut cabaran serta menyerap segala tekanan yang bakal dihadapi. Bagi saya, jika guru masa depan yang dilahirkan ampu menyahut segala cabaran yang mendatang, hasrat murni kerajaan untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan pelajar yang seimbang dalam segala aspek pastinnya dapat dijelmakan menjadi kanyataan. Secara keseluruhannya, program BIG yang telah kami lalui ini banyak membantu kami khasnya untuk menjadi bakal guru yang baik. Program-program seperti ini juga perlu sentiasa dijalankan agar para pelatih sentiasa sedar akan kehendak serta keperluan profesion perguruan yang semakin mencabar pada hari ini. BINA INSAN GURU 2 RUMAH WARGA TUA SRI PRITCHARD KINARUT

Pada 2hb Ogos 2008 yang lepas, para pelatih semester pertama dari unit Pendidikan Jasmani untuk Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) telah menjalani program Bina Insan Guru (BIG) siri kedua yang telah dilaksanakan Di Rumah Warga Tua Sri Pritchard Kinarut. Program ini adalah kesinambungan program BIG siri pertama yang telah dilaksankan di Kem Dantai Lepas. Memandangkan program ini adalah kesinambungan untuk BIG siri pertama, program ini juga dijalankan bertujuan membentuk sahsiah para guru agar sesuai dengan kehendak profesion perguruan yang semakin mencabar pada hari ini di samping menggalakkan pelatih melibatkan diri dalam komuniti sosial.

Sepanjang sehari program ini bejalan, rata-rata respon yang diterima daripada rakan pelatih yang lain jelas positif dan saya mengandaikan program ini telah berjaya mencapai objektifnya. Sepanjang menjalani program ini, kami berpeluang untuk mendekati golongan warga tua yang kurang bernasib baik ini dan cuba untuk membantu agar mereka sedar masih ada pihak yang mengambil berat dan perhatian akan kebajikan mereka. Dalam program ini, kami telah merancang beberapa aktiviti yang difikirkan sesuai seperti gotong-royong untuk membersihkan kawasan, sesi lawatan ke kediaman rumah warga tua dan aktiviti kemuncak iaitu sesi penutupan dan sambutan hari jadi untuk penghuni rumah warga tua ini. Seperkara yang menarik tentang program ini juga, saya telah diberikan peluang oleh rakan-rakan lain untuk menjadi pengerusi program yang secara tidak langsung menuntut komitmen yang lebih tinggi untuk memastikan program ini berjaya mencapai objektif asalnya. Saya juga merasa sangat berterima kasih dan bersyukur kerana rakan-rakan lain dapat memberikan kejasama serta komitmen yang sangat baik sepanjang program ini berlangsung.

Secara keseluruhannya, program BIG yang telah kami lalui ini banyak membantu kami khasnya untuk menjadi bakal guru yang baik. Seorang guru yang baik juga harus bijak beradaptasi dengan pelbagai situasi serta bijak berkomunikasi serta melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sosial. Program-program seperti ini juga perlu sentiasa dijalankan agar para pelatih sentiasa sedar akan kehendak serta keperluan profesion perguruan yang semakin mencabar pada hari ini.

BINA INSAN GURU 3 GURU DAN AKAUNTABILITI PROFESIONALISME .

Kesinambungan program Bina Insan Guru (BIG) siri satu dan dua, para pelatih semester kedua untuk Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) ambilan Januari 2008 telah diberikan peluang untuk mengelolakan sebuah forum yang bertajuk Guru dan Akauntabiliti Profesionalisme . Forum ini jelas bertujuan untuk membantu para guru palatih dan para peserta program lain khasnya yang melibatkan persoalan dalam dunia pendidikan pada hari ini. Forum ini telah diadakan pada 10hb Oktober 2008 yang lepas dengan menjemput beberapa orang ahli panel yang cukup berpengalaman dalam dunia pendidikan. Sepanjang program ini berlangsung, jelas para peserta dan hadirin yang hadir mendapat pelbagai input serta pengetahuan baru yang sangat berguna untuk diaplikasikan kelak. Statistik yang ditunjukkan melalui borang keberkesanan

pelaksanaan aktiviti yang dikembalikan oleh para peserta program juga jelas menunjukkan respon yang benar-benar dan ramai yang mencadangkan agar program ini diadakan semula dengan menjemput para guru pelatih daripada luar. Ini jelas menunjukkan program ini telah berjaya mencapai objektifnya. Di samping melihat kepada kepentingan isi dan intipati ilmu yang disampaikan oleh para ahli panel, saya juga merasakan program ini berjaya dari sudut keberkesanan dan kelancaran perjalanan program. Pada pandangan saya, kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh semua pihak baik daripada jawatankuasa pengelola mahupun peserta harus dipuji dan harus diteruskan untuk masa-masa yang akan datang. Secara keseluruhannya, program yang telah kami lalui ini banyak membantu kami khasnya dalam usaha menyediakan kami untuk menjadi bakal guru yang baik dan benar-benar berkesan dalam pembangunan negara. Program-program seperti ini juga perlu sentiasa dijalankan agar para pelatih sentiasa sedar akan kehendak serta keperluan profesion perguruan yang semakin mencabar pada hari ini.

BINA INSAN GURU 4 KG. KUNDASANG LAMA

Pada 2 hingga 4hb Oktober yang lepas, para pelatih semester 4 Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kent telah menjalankan satu lagi siri Program Bina Insan Guru Fasa 4 iaitu melibatkan para pelatih PISMP-IPGM Pendidikan Jasmani dan PISMP-IPGM PRA SEKOLAH. Program ini telah dilaksanakan di Kg Kundasang Lama iaitu sebuah kampung yang terletak dalam daerah ranau. Umumnya, program ini memfokuskan pembentukan sahsiah guru yang seimbang khususnya dalam aspek penyesuaian diri dengan masyarakat luar. Ianya juga selaras dengan modul yang telah disediakan yang menekankan unsur-unsur hidup insan bermoral dan beragama sebagai fokus utama dalam proses pembinaan insan guru. Sepanjang 3 hari program ini berjalan, pelbagai pengalaman serta pengalaman baru telah saya perolehi. Dari segi penyesuaian diri dengan keadaan tempat misalnya, saya merasa cukup bertuah kerana terpilih menyertai program ini kerana

berkesempatan untuk melaksanakn aktiviti di sebuah tempat yang indah dan menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia. Cuaca sejuk di tempat ini juga menguji ketahanan fizikal dan mental semua peserta namun ia sememangnya pengalaman menarik yang sukar dilupakan. Sepanjang menjalani program ini, kami juga telah diterapkan dengan beberapa kemahiran asas intrapersonal dan interpersonal bagi membantu kami khasnya dari segi keperibadian dan perwatakan untuk menjadi seorang guru. Kesemua elemen ini telah diterapkan melalui beberapa sesi latihan dalam kumpulan (LDK) yang telah dilaksanakan. Kemampuan pengendali sesi LDK iaitu En Kundayis juga memberi inspirasi kepada para peserta kerana kemampuan beliau untuk mengendalikan aktiviti dengan cukup berkesan serta mampu memotivasikan peserta untuk terus mendalami profesion perguruan ini. Sepanjang menjalani program ini juga, kami telah melaksanakan beberapa aktiviti seperti yang telah ditetepkan oleh modul bagi program BIG ini. Antara aktiviti penting bagi program ini ialah kembara sosial di mana setiap peserta akan diserahkan kepada keluarga angkat masing-masing dan dikehendaki menjalani kehidupan harian bersama keluarga angkat tersebut. Aktiviti ini sememangnya memberi makna kepada setiap peserta kerana dapat menyelami dan merasai sendiri corak kehidupan masyarakat kampung. Selain itu, ianya juga satu permulaan kepada pelatih sebagai persediaan apabila ditempatkan mengajar suatu hari kelak. Melihat wujudnya beberapa aspek kepincangan yang menuntut

penambahbaikan sewajarnya, saya merasakan masa pelaksanaan program ini perlu dikaji sebaik mungkin. Ini kerana, saya merasakan masa yang diperuntukkan adalah terlalu terhad khususnya melibatkan aktiviti kembara sosial. Pada pandangan saya, masa pelaksanaan untuk aktiviti ini perlu dilanjutkan untuk memberikan peluang dan kesempatan kepada pelatih untuk merasai corak kehidupan sebenar keluarga angkat masing-masing. Ianya juga sesuai dengan permintaan rata-rata keluarga angkat kerana mereka masih belum puas bersama keluarga baru mereka. Secara keseluruhannya, program BIG yang telah kami lalui ini banyak membantu kami khasnya untuk menjadi bakal guru yang baik. Program-program seperti ini juga

perlu sentiasa dijalankan agar para pelatih sentiasa sedar akan kehendak serta keperluan profesion perguruan yang semakin mencabar pada hari ini.

You might also like