P. 1
sksj 3023 note 6

sksj 3023 note 6

|Views: 46|Likes:

More info:

Published by: Mohd Noh bin Md. Yunus on Jul 02, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/01/2013

pdf

text

original

1.

0 PENGENALAN Masyarakat sivil merupakan satu masyarakat yang memperjuangkan hak-hak masyarakat melalui saluran atau bukan saluran bagi mendapat apa yang mereka inginkan. Secara amnya terdapat dua aliran utama yang mempelopori masyarakat sivil dari masa dahulu hingga pada masa kini. Ada yang memperjuangkan hak masyarakat secara keras dan juga radikal supaya sesuatu yang dituntut itu mencapai hasrat yang diinginkan dan ada juga menuntut melalui saluran yang betul bagi memperbetulkan keadaan yang salah. Pergerakan mereka adalah mendatar dan tidak menekan secara keras, segala apa yang dituntut adalah bagi memperbaiki keadaan. 1.1 MASYARAKAT SIVIL Ernest Gellner memberi takrifan bahawa masyarakat sivil sebagai masyarakat yang terdiri daripada pelbagai institusi bukan pemerintah yang cukup kuat untuk mengimbangi negara. Walaupun ia bukan bertujuan menghalang negara memenuhi dan melaksanakan peranannya sebagai penjaga keamanan dan keselamatan serta bertindak sebagai hakim atau pengadil antara negara dan rakyat, masyarakat sivil tetap dapat menghalang usaha-usaha mendominasi warganya. Model ini dikembangkan oleh Alexis De Tocqueville berdasarkan pengalaman demokrasi di Amerika Syarikat yang merupakan kewujudan kelompok-kelompok sukarela dalam masyarakat yang membuat keputusan di peringkat tempatan dan menghindari campur tangan pemerintah. Gerakan masyarakat sivil dikenali sebagai saluran penyertaan rakyat dalam pelbagai perkara seperti politik, sosial dan ekonomi selain mampu memberi kesan kepada hubungan kerajaan dan rakyat (Zaini Othman:2002). Takrifan lain yang diberikan terhadap masyarakat sivil adalah kemampuan untuk hidup berpersatuan secara umumnya dan tabiat berkumpulan itu bagi menggalakkan ketertiban tindakan sesuatu masyarakat di dalam sebuah amalan politik yang demokratik. abad ke-18 dengan latar belakang kemunculan masyarakat kapitalisme yang mengalami penghakisan dari segi tanggungjawab sosial dan berkembangnya pengaruh individualisme masyarakat yang hidup dengan ciri-ciri solidariti sosial yang kuat, bermoral tinggi dan sebagainya.

1.2 ALIRAN MARXIST Pemikiran Marxist sebenarnya mendokong kepada satu fahaman bahawa hak-hak masyarakat adalah ditentukan oleh proses dan struktur ekonomi, dimana proses dan struktur ekonomi itulah yang akan menentukan hal-hal lain dalam masyarakat seperti hubungan di antara kelas masyarakat, struktur pembahagian kuasa di dalam masyarakat tersebut dan juga lain-lain. Tradisi yang dicetuskan oleh Marxist ini telah disokong kuat oleh Antonio Gramci (1891-1937) yang merupakan seorang yang menganut aliran Marxist Itali dan juga seorang wartawan yang agung serta terlibat secara aktif dalam parti Sosialis Itali pada 1913. Gramci telah mengembangkan lagi ideal Marxist kemudiannya ia diterunkan lagi oleh Jacek Kuron an Adam Mincik pada 1980-an di Poland dalam penentangan yang dibuat oleh kerajaan Poland. Semua kita

tahu bahawa aliran Marxist adalah satu aliran yang dipelopori oleh bapa komunisme iatu Karl Mark 1818-1884. Banyak isu yang telah diperjuangkan olehnya semasa hayat beliau. Masyarakat sivil juga salah satu perkara yang telah diperjuangkanya. Marx mengatakan masyarakat di dunia pada hari ini memerlukanm kepada masyarakat tanpa kelas. Jika kelas tidak wujud, maka negara akan aman dan tidak ada sengketa. Akan tetapi jika masyarakat itu mempunyai kelas maka akan berlakulah perkara seperti merebut kekuasaan yang ada, berlaku penindasan kepada masyarakat dan sebagainya (Nidzam Sulaiman:2002). Dalam perbincangan ini mengutarakan ciriciri yang ada pada masyarakat sivil yang menggunaka aliran Marxist antaranya ialah: 1.2.1 Mengubah Secara Keseluruhan Marxist mengatakan jika berlaku ketidakcekapan dalam apa-apa yang dibuat ia perlu diubah sepenuhnya. Sebagai contoh jika dasar yang dibuat oleh kerajaan itu mengalami kepincangan daripada sudut yang kecil, maka aliran Marxist mengatakan ia perlu dibuang dan menubuhkan satu dasar yang baru mengikut kemahuannya. Masalah yang timbul itu walaupun kecil atau besar ia perlu dibuang dan diganti dengan satu dasar yang baru supaya ia mencapai kepada matlamat yang hendak dicapai. Seperti juga jika sistem yang diamalkan oleh kerajaan yang dikatakan bermasalah maka ia perlu kepada suatu sistem yang baru dan sistematik. 1.2.2 Pengkritik yang Radikal Menurut aliran Marxist masyarakat sivil merupakan satu kumpalan dalam masyarakat pengkritik kepada apa yang dibuat oleh kerajaan secara radikal dan agresif. Baginya apa yang dibuat oleh kerajaan yang menemui kepada kegagalan atau mempunyai kepincangan perlu kepada suatu yang baru bagi melancarkan sesuatu yang hendak dibuat. Mereka bertindak memburukkan kerajaan dengan alasan yang mengatakan kerajaan perlu bertukar kepada dasar yang baru selepas kegagalan terhadap sesuatu yang lama. Sebagai contohnya di Malaysia yang mana dikatakan tekanan yang dilakukan oleh beberapa NGO dalam menuntut kerajaan mengubah dasar yang diistiharkan seperti dasar PPSMI ataupun sistem pengajian mata palajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris pada 2004 oleh Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri pada masa itu telah mendapat bantahan ramai. Tuntutan secara berterusan daripada masyarakat sivil keatas perkara tersebut menyebabkan kerajaan tidak senang duduk. Mereka mengadakan protes secara radikal sehingga menyebabkan berlaku perkara- perkara yang tidak baik kepada sesetengah pihak. 1.2.3 Penentang Kepada Sistem Politik Yang Ada Menurut Marxist juga mengatakan masyarakat sivil merupakan golongan penentang kepada kerajaan apabila apa yang dibuat oleh kerajaan itu tidak menepati citarasa masyarakat sivil. Dapat kita lihat apa yang dilakukan oleh kerajaan dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mendapat tentangan hebat dari kaum lain kerana dikatakan hanya membela kaum Melayu sahaja. Masyarakat Cina dari pelbagai latar belakang dan juga agama bangun untuk menyuarakan pendapat secara agresif walaupun tidak melakukannya secara demostrasi. 1.2.4 Mementingkan Populariti

Dalam aliran Marxist juga merupakan satu aliran yang mementingkan kepada populariti semata-mata. Apa yang mereka perjuangkan adalah untuk mendapat nama dan juga pujian daripada masyarakat dan juga badan-badan yang berkaitan segala yang dilakukan boleh dikatakan tidak mencapai kepada satu keikhlasan dalam tuntutan yang dilakukan. Contohnya seperti apa yang dilakukan oleh PERKASA Malaysia yang berjuang atas nama Melayu bagi mendapat sokongan dan juga populariti dari orang Melayu untuk kepentingan pada masa akan datang. Dalam situasi hari ini tuntutan yang dilakukan oleh Ketua Pemuda MCA yang mencetuskan isu biasiswa supaya dihapuskan kouta berasaskan kepada kaum dan telah mendapat tentangan hebat dari presidennya dan juga ahli serta orang Melayu kerana ini dikatakan mencabar kedudukan kaum Melayu dalam negara. Selain dari PERKASA, Kesatuan Sekerja Malaysia atau dikenali sebagai MTUC dan NUTP atau Kesatuan Guru di Malaysia juga telah menggunakan teori Marxist dalam menuntut hak mereka supaya dipenuhi oleh pihak berwajib. Aliran ini juga tidak mengambil kira langsung pandangan masyarakat dalam mengkritik dan nampak sebagai penentang kepada politik. Apa yang dilakukan hanya daripada segelintir sahaja. Perjuangan mereka adalah untuk mendapat kepentingan kepada pihak yang terlibat sahaja, tidak menjurus kepada masyarakat secara amnya. 1.3 ALIRAN PLURALIS

Rober A. Dhal dan Nelson W. Posby merupakan dua nama yang tidak asing lagi dalam mempelopori sesuatu teori politik. Dalam pendekatan pluralis beliau mengatakan bahawa terdapat banyak faktor yang memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan dan memberi desak kepada pemerintah di sesebuah negara. Persaingan di antara kumpulan adalah baik bagi mendatangkan satu suasana dan perubahan ke arah pemodenan kepada sistem politik yang ada. Pendekatan ini juga menumpukan kepada unsur-unsur perbezaan yang wujud dalam sesebuah negara yang melibatkan rakyat dan ini akan mempengaruhi proses penyertaan mereka dalam masyarakat sivil (K.Ramanathan:1989). Dalam perbincangan ini aliran pluralis dapat kita takrifkan sebagai suatu jaringan tingkah laku manusia di sesebuah negara atau masyarakat demokrasi dalam kontek menyuburkan amalan demokrasi yang telah tersedia dibentuk jaringan tingkah laku ini telah dijelmakan dalam bentuk kesatuan sosial yang dibentuk berasaskan kepada kepentingan khusus anggota masyarakat. Bagi pluralis masyarakat mempunyai hak-hak untuk berkumpulan atau berpersatuan kerana ia lebih penting berbanding dengan kepentingan yang berasaskan konsep kelas bawahan dan kelas pemerintahan. Terdapat beberapa ciri yang boleh menunjukkan masyarakat sivil itu sebagai pluralis, antaranya seperti: 1.3.1 Kritikan yang Mendatar atau Tidak Radikal. Segala isu yang timbul dalam negara masyarakat sivil yang menganut kepada aliran pluralis akan mengkaji dan menimbulkan isu tersebut kepada kerajaan secara berhemah tanpa menggertak kerajaan untuk menghapuskan segala dasar atau akta yang tidak baik. Akan tetapi mereka berusaha untuk membetulkan atau menambah baik supaya ia dapat digunakan lagi dan masih releven. Sebagai contohnya program PLKN atau nama penuhnya Program Latihan Khidmat Negara yang dikatakan kurang berjaya dalam menerapkan semangat kebangsaan dan perpaduan di antara kaum dikalangan belia rakyat Malaysia menyebabkan beberapa NGO atau masyarakat sivil

seperti ABIM, Persatuan Belia Negara dan banyak lagi menghantar memorandum kepada kerajaan supaya dibaik pulih kepada yang lebih baik dengan memasukkan beberapa nilai yang lain seperti unsur-unsur agama, nilai-nilai murni dan sebagainya (Athory Hussain:1985). 1.3.2 Sebagai Penasihat kepada Kerajaan Aliran pluralis juga merupakan penasihat yang setia kepada kerajaan dalam apa yang berlaku kepada masyarakat dan juga negara. Jika kerajaan melakukan kesilapan dengan tidak mendahului sistem yang ada atau pun terdapatnya kelemahan kepada sistem itu maka mereka akan menegur supaya kerajaan tidak lupa dengan apa yang dilakukan. Dapat kita lihat peranan yang dimainkan oleh beberapa NGO sebagai penasihat kepada kerajaan seperti Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) yang memainkan peranan yang penting dalam menasihati kerajaan bagi menjaga ekonomi bumiputera supaya tidak ketinggalan dengan kaum lain. 1.3.3 Sebagai Pemantau yang Baik kepada Kerajaan Kerajaan yang baik atau tidak, itu tidak penting dalam menjaga kerajaan supaya tidak lari dari landasan yang sebenar dan tidak lupa kepada apa yang telah dibuat maka aliran Pluralis adalah menjadi sebagai pemantau dan pemerhati kepada pihak kerajaan. Peranan mereka amat penting dalam mewujudkan satu keadaan yang baik dalam negara dan tidak mempunyai unsur-unsur yang hendak menjatuhkan pihak pemerintah seperti yang dilakukan oleh aliran Marxist. Antara yang memainkan peranan dalam membantu memantau sistem dan pergerakan sesebuah kerajaan terdapat beberapa masyarakat sivil aliran pluralis yang memainkan peranan seperti Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), GABEM dan sebagainya supaya menjadikan satu negara yang mempunyai satu sistem yang sempurna pada masa akan datang.

1.4

PERBEZAAN

Terdapat beberapa perbezaan yang kita dapat lihat daripada kedua-dua aliran tersebut. Antara perbezaannya ialah seperti di bawah (Nidzam Sulaiman 2002):

KESIMPULAN Aliran pluralis merupakan satu aliran yang mementingkan kepada perbincang mengikut saluran yang ditetapkan meraka akan berbincang dengan kerajaan walau apa pun isu yang timbul bagi menyelesiakannya untuk kepentingan massa. Manakala Marxist pula merupakan satu inisiatif yang lain bagi mendesak kerajaan dalam pelbagai isu yang timbul mereka akan menyuarakan secara terbuka bagi pihak massa yang banyak di dalam negara. Walaupun kedua aliran ini berbeza dari segi pendekatan akan tetapi ia adalah satu tujuan iaitu untuk mendapatkan keadilan bagi pihak massa. Semua kita rakyat Malaysia mengetahuinya terdapat banyak kesatuan yang mewakili massa sebagai perantaraan untuk berhubung dengan kerajaan. Terdapat pelbagai badan yang bukan kerajaan yang telah wujud mengikut kepentingan- kepentingan tertentu. Oleh itu kita sebagai rakyat harus berterima kasih kepada mereka kerana mereka telah banyak mempengaruhi pihak pemerintah supaya mengubah apa yang tidak betul dan yang mempunyai kelompangan untuk terus diperbaiki demi menjaga kepentingan negara untuk terus maju.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->