You are on page 1of 9

KUALA LUMPUR 31 Mei - Semua agensi pelancongan akan diwajibkan menganggotai Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia

(MATTA) bagi membolehkan pemantauan lebih berkesan dilakukan. Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen berkata, selain itu, agensi pelancongan berkemungkinan diwajibkan membayar wang deposit kepada kementerian supaya pengusaha lebih bertanggungjawab terhadap pelancong dan juga kakitangan mereka. "Deposit mereka akan dirampas dan lesen juga akan digantung dengan serta-merta sekiranya kita mendapati pengurusan syarikat pelacongan bermasalah. "Bagaimanapun, kementerian masih dalam perbincangan dengan pihak MATTA tentang pembayaran deposit," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Majlis Kursus Pengurusan Pelancongan di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) sini hari ini. Dalam pada itu, mengulas kes cubaan mencabul oleh seorang pemandu bas ke atas pemandu pelancong wanita ketika mereka berkongsi bilik pada 21 Mei lalu, Yen Yen berkata, perkara itu boleh dielakkan jika mereka disediakan bilik berasingan. Katanya, mana-mana pemandu pelancong wanita juga perlu menolak untuk berkongsi bilik dengan rakan setugas lelaki kerana Akta Industri Pelancongan 1992 menggariskan pemandu bas persiaran dan pemandu pelancong yang berbeza jantina tidak dibenarkan berkongsi bilik. "Lantaran itu, saya menyaran semua pemandu pelancong wanita agar berani menolak permintaan berkongsi satu bilik dan harus membuat laporan polis apabila menghadapi masalah gangguan seksual," katanya. Pada masa sama, Yen Yen memberitahu, syarikat pelancongan yang terlibat dalam kes berkenaan diarahkan untuk memberi surat tunjuk sebab.

''Pemandu pelancong wanita juga perlu berani menyuarakan masalah mereka kepada persatuan dan kementerian supaya masalah mereka dapat didengari dan tindakan undang-undang akan dikenakan kepada golongan yang terbabit," ujarnya.

Karangan
y Pelancongan merupakan industri perkhidmatan utama yang kian berkembang maju dan mendatangkan keuntungan besar dalam bentuk tukaran asing serta memasyhurkan Malaysia di mata dunia. Pada tahun 2000, seramai 10.2 juta orang pelancong (termasuk pelancong domestik) berkunjung ke Malaysia yang menghasilkan pendapatan RM20 bilion, termasuk RM17 bilion daripada pertukaran asing (Berita Harian, 9 Jun 2001). Angka tersebut melebihi jangkaan 6.4 juta pelancong yang diramalkan akan datang ke Malaysia. Malaysia juga merupakan negara ketiga paling ramai menerima pelancong di Asia Timur selepas China dan Hong Kong. y Malaysia merupakan destinasi pelancongan tropika indah yang sangat berpotensi di Asia yang bukan sahaja dapat menarik pelancong antarabangsa tetapi juga menawan warga tempatan. y Pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan industri-industri berkaitan yang lain yang kesemuanya berperanan sebagai wahana dalam pembangunan mega Malaysia menuju negara maju dalam abad ini. y Potensi industri pelancongan sebagai penjana ekonomi baru negara hanya dapat direalisasikan jika usaha-usaha memajukan dan membangunkan industri pelancongan diberi penekanan yang sewajarnya. Isu-isu seperti pelancongan eko, alam sekitar, visa, kemudahan lapangan terbang,

kebersihan persekitaran, sistem pengangkutan dan keselamatan pelancong, semuanya menyumbang secara positif dan negatif kepada jumlah pelancong yang melawat Malaysia.

y Kejayaan industri pelancongan tidak semata-mata bergantung kepada kempen dan promosi galakan (melalui pengiklanan yang melibatkan perbelanjaan berjuta-juta ringgit) di dalam dan luar negara. Kejayaan ini juga sedikit sebanyak bergantung kepada `cerita-cerita' (pengalamanpengalaman) para pelancong yang sudah melawat Malaysia. Pelancong-pelancong yang mempunyai pengalaman yang baik melancong di Malaysia, tentunya akan datang semula dan juga akan memberitahu rakan-rakan mereka. Inilah kempen dan promosi galakan yang terbaik. y Jika diperhalus, banyak yang perlu dibaiki dan dibetulkan. Insiden-insiden pelancong ditipu oleh pemandu teksi, kekotoran pusat-pusat makanan, kelemahan sistem pengangkutan awam, pencemaran sungai dan kawasan rekreasi, harga tidak berpatutan dan seumpamanya tidak menyumbang kepada pengalaman yang baik kepada para pelancong. y Aduan-aduan daripada para pelancong mesti dilihat sebagai cara terbaik untuk memajukan industri pelancongan kita lagi. Satu anjakan sikap perlu berlaku dalam memberi layanan terbaik kepada pelancong. y Siri-siri dialog dan pertemuan lebih kerap perlu diadakan dengan semua kementerian, jabatan, agensi dan sektor

swasta bagi merangka perancangan dan program bersepadu bagi memajukan industri pelancongan tempatan. Usaha-usaha menggalakkan pelancongan tidak akan membuahkan hasil jika setiap pihak di dalam industri berkenaan tidak menjalankan peranan mereka dengan sebaik-baiknya.

y Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzil, Menteri Kebudayaan dan Pelancongan mengatakan bahawa fungsi dan tanggungjawab memajukan industri pelancongan negara tidak terletak pada bahu kementeriannya sahaja. Namun, kementeriannya sewajarnya memainkan peranan yang lebih besar dan penting dalam memastikan para pelancong pulang dengan `cerita-cerita' yang menarik dan menggembirakan dari Malaysia. y Pelbagai kegiatan dalam usaha mencari jalan memajukan industri pelancongan di negara ini dijalankan. Persatuan Pengembaraan Asia Pasifik (PATA) yang mempunyai pengaruh besar dalam industri pelancongan di rantau ini telah mengadakan persidangan tahunannya di sini. Forum Pelancongan Majlis Ekonomi Asia Pasifik (APEC) Kedua turut diadakan. Begitu juga dengan Pesta Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Antarabangsa Malaysia (MATTA) 2001 telah dianjurkan di sini. y Atas kesedaran ini juga, kerajaan telah mengadakan pelbagai program untukmemajukan industri pelancongan. Kejayaan industri ini bergantung kepada usaha pacuan sektor swasta dengan sokongan sektor awam. Usaha sektor awam atau kerajaan ini tidak akan berjaya tanpa

digerakkan dan didorong oleh sektor swasta. Sektor swastalah yang menggerakkan perniagaan pelancongan sama ada daripada kalangan ejen pelancongan, pengangkutan, perhotelan, rekreasi, penyusun acara, ataupun pusat-pusat membeli-belah.

y Pihak kerajaan boleh menggalakkan perniagaan industriindustri ini seperti mengadakan pelbagai kempen serta menyediakan dan mencekapkan infrastruktur. y Namun begitu, pada keseluruhannya, kita percaya bahawa kejayaan sebenar industri pelancongan memerlukan kesedaran dan kerjasama rakyat Malaysia sendiri. Selain pihak kerajaan dan sektor swasta bekerjasama untuk memajukan pelancongan, rakyat juga harus bersedia untuk memiliki sikap menyumbang kepada industri ini. y Contohnya, bermula daripada kesedaran memelihara kebersihan di tempat- tempat awam hinggalah kepada mengambil kira soal pelancongan negara dalam membuat sebarang keputusan semasa menjalankan kerja-kerja seharian.Untuk lebih memahami keperluan pelancong, rakyat negara ini juga harus sendiri menjadi pelancong dalam negeri. y Dengan menjadi pelancong dalam negeri, bukan saja boleh meningkatkan kualiti hidup diri sendiri dan keluarga melalui rekreasi pelancongan, tetapi juga dapat mengukuhkan kekuatan ekonomi industri itu.

y Apabila tempat-tempat pelancongan di dalam negeri menjadi lebih kukuh, maka ini dapat mempertingkatkan kualiti perkhidmatannya yang akan memudahkannya menerima pelancong luar negara. Selain itu, dengan sering kali melakukan perjalanan, seseorang itu akan memperoleh idea-idea baru bagaimana hendak meningkatkan industri pelancongan di negara ini. y Selain dari sudut komersial pelancongan, peningkatan kunjungan pendatang luar ke negara ini dengan sendirinya akan memasyhurkan kemakmuran Malaysia di mata dunia.Pelancongan berasaskan pertanian untuk memberi pengalaman kepada pengguna merasai hidup kampung dan merasai nikmat alam semula jadi melawat ladang buahbuahan, ladang sayur-sayuran, ternakan ikan dan sebagainya.

y Bentuk muka bumi: y Bergunung ganang; Aktiviti mendaki gunung / tracking+cth gunung. y Udara yang nyaman dengan suhu yang rendah dan tumbuhan semulajadi yang y menghijau. Jeram dan air terjun untuk mandi manda + cth lokasi. Gizar / kawah gunung berapi + cth gunung berapi. Pantai yang berpasir sesuai untuk bersantai + cth lokasi. y Pulau / Laut yang jernih dan mempunyai terumbu karang sesuai untuk selam skuba y +cth lokasi. Kawasan paya yang kaya dengan reptilia spt buaya. Tasik buatan manusia / semula jadi sesuai untuk memancing/ berperahu+ cth tasik. Sungai yang sesuai untuk berkayak / memancing + cth sungai. y Iklim: y Suhu 270C dan panas sepanjang tahun sesuai untuk mandimanda +cth nama y pantai. y Suhu bawah 0 C pada musim dingin menyebabkan salji turun dan sesuai untuk ski. y Pemandangan yang menarik: y Tumbuhan semula jadi yang menghijau dan menyamankan spt terdapat bunga y reflesia. Pandangan batu kapur spt stalaktit dan stalakmit. Gua yang menarik + cth gua. Kesan sejarah + cth lokasi. Haiwan spt penyu bertelur +cth pantai. Zoo yang menarik minat pelajar sekolah; muzium + cth. Pusat Sains spt roket ke angkasa, astronomi + ctli lokasi. y

y Kemudahan-kemudahan asas yang mencukupi spt hotel bertaraf y lima bintang + cth, padang golf,pusat membeli-belah + cth; penukar wang asing. y Ketersampaian - kawasan pelancongan dihubungi dengan jalan raya keretapi / y jalan laut:, feri / lapangan terbang +cth lapangan terbang / pelabuhan. y Sikap rakyat yang peramah dan masyarakat majmuk menarik pelancong. Peranan agensi + (nama agensi + peranan). Peranan kerajaan spt intensif cukai dari kerajaan, persidangan antarabangsa.