You are on page 1of 44

Sistem Saraf

Fungsi Sistem Saraf 1. Penyelarasan dan kawalan sistem-sistem lain. 2. Pusat kawalan aktiviti badan.
    Intelek. Ingatan. Kusa kemahuan. Kuasa deria : dengar, lihat, bau, rasa dan sentuh.

Sistem saraf manusia terdiri daripada: a. Sistem saraf pusat (SSP) b. Sistem saraf periferi

Sistem Saraf Pusat


Sistem saraf pusat terdiri daripada otak dan saraf tunjang.

Struktur Otak

Sistem Saraf Periferi


Sistem Saraf Periferi terdiri daripada sistem saraf soma dan sistem saraf autonomi.

Reseptor
Reseptor didapati pada organ-organ deria seperti mata, hidung, telinga, kulit dan lidah.

Efektor
Efektor terdiri daripada kelenjarkelenjar serta otot yang bergerak balas terhadap rangsangan yang diterima.

Sistem Saraf
Sistem saraf mengandungi bahagian-bahagian berikut: a. Otak b. Saraf tunjang c. Neuron d. Ganglion

Otak
Otak ialah organ yang terpenting dalam sistem saraf pusat. Otak berfungsi secara am untuk menerima, menganalisis, mengintegrasi dan menyimpan maklumat serta memberi arahan yang seterusnya selepas menerima sesuatu rangsangan.

Otak manusia terbahagi kepada 3 bahagian utama iaitu: a. Serebrum b. Serebelum c. Medula oblongata

SEREBRUM
1. Mengawal aktiviti mental seperti:
Ingatan Kecerdasan akal Pemikiran /pelajaran Pengelasan Perasaan tanggungjawab

SEREBELUM
1. Mengkordinasikan pergerakan otototot.

MEDULA OBLONGATA
1. Mengawal tindakan refleks seperti:
 Denyutan jantung  Respirasi  Saiz salur darah

2. Mengesan deria seperti:


Sakit, suhu, sentuhan Penglihatan/pendengaran Rasa, bau

2. Mengekalkan keseimbangan badan.

3. Mengawal pengecutan otot terkawal.

2. Merupakan pusat refleks bagi muntah, batuk, bersin dan menelan

Saraf Tunjang & Tidakan Refleks


Saraf Tunjang Saraf tunjang adalah satu salur yang bersambung terus dengan medula oblongata dan dilindungi oleh tulang-tulang turus vertebra.

Bahagian tengahnya terdiri daripada cecair serebro-spinal. Saraf tunjang terdiri daripada 2 bahagian iaitu: a. Jirim kelabu di sebelah dalam, iaitu zon tengah. b. Jirim putih di sebelah luar, iaitu zon luar.

Jirim kelabu saraf tunjang berbentuk H dan merupakan badan sel neuron. Ia membentuk 2 cabang iaitu cabang dorsal dan cabang ventral. Cabang-cabang ini mengandungi badan-badan sel bagi neuron perantara.

Jirim putih saraf tunjang pula terdiri daripada gentian saraf bermielin. Ia mengandungi aksonakson bagi neuron motor dan neuron deria. Saraf spina pula ialah saraf-saraf yang muncul dari saraf tunjang. Saraf ini terbahagi kepada akar dorsal dan akar ventral.

Akar dorsal mengandungi aksonakson deria yang membawa impuls dari organ reseptor ke saraf tunjang. Akar ventral mengandungi aksonakson deria yang membawa impuls ke efektor. Ganglion ialah gelembung yang terdapat pada akar dorsal dan mengandungi badan-badan sel bagi neuron deria.

Keratan Melintang Saraf Tunjang


SARAF SPINA BADAN VERTEBRATA JIRIM KELABU

AKAR VENTRAL AKAR DORSAL

JIRIM PUTIH

Fungsi-fungsi Saraf Tunjang Merupakan pusat perhubungan bagi impuls saraf di antara otak dan sistem pinggir. Pusat bagi tindakan refleks.

Sistem Saraf Periferi


Sistem saraf periferi terdiri daripada semua saraf yang menghubungkan saraf pusat dengan semua bahagian. Ia membawa impuls saraf kepada dan daripada saraf pusat. Sistem saraf periferi terdiri daripada 43 pasangan saraf.

Pasangan-pasangan saraf ini bercabang daripada otak dan saraf tunjang menjadi bebenang halus di hujungnya. 12 pasang saraf pertama yang berhubungan dengan otak dinamakan saraf kranium.  31 pasangan saraf lain yang berhubung dengan tunjang dinamakan saraf spina.

Terdapat 2 rangkaian saraf dalam sistem saraf periferi iaitu : (a) Sistem saraf soma (b) Sistem saraf autonomi

(a) Sistem saraf soma  Soma adalah perkataan Yunani yang bermasud badan terkawal.  Sistem saraf soma mengawal kesemua tindakan terkawal seperti berjalan, menulis dan menunggang basikal.  Sistem ini mengumpul maklumat dari organ-organ deria (mata, telinga, hidung, lidah dan kulit) dan menghantarnya ke sistem saraf pusat melalui saraf deria.

 Sistem saraf pusat menganalisis maklumat-maklumat yang diterima dan menghantar impuls melalui saraf motor ke otot dan kelenjar untuk bergerak balas.  Misalnya, apabila seseorang melihat sebuah buku di atas lantai, ia boleh sama ada mengambil buku itu atau membiarkannya di atas lantai.

 Ini menunjukkan tindakan yang diambil olehnya adalah terkawal kerana ia boleh membuat pilihan dalam gerak balasnya.

(b) Sistem saraf autonomi  Perkataan autonomi berasal daripada dua perkataan Yunani yang bermaksud berdikari.  Sistem saraf autonomi terdiri daripada saraf-saraf yang menghubungan saraf tunjang dengan kelenjar-kelenjar dan organ-organ dalaman.

 Sistem ini mengawal semua fungsi badan yang berlaku tanpa kesedaran kita.

 Contoh-contoh aktiviti badan yang dikawal oleh sistem saraf autonomi ialah: *denyutan jantung
*pernafasan *saiz salur darah *saiz anak mata *pengecutan dan pengenduran otot *perembasan hormon

 Sistem saraf autonomi berhubung lebih rapat dengan otak daripada dengan saraf tunjung.  Sistem ini memastikan supaya organorgan badan berfungsi dengan baik untuk meneruskan kehidupan kita.  Kawalan ini berlaku secara automatik tanpa sebarang pemikiran.  Organ-organ penting yang dikawal oleh sistem autonomi termasuk peparu, jantung, pankreas, hati, ginjal dan organorgan pembiakan.

Tindakan Refleks
Tindakan refleks merupakan tindakan luar kawal yang berlaku secara automatik. Tindakan ini berlaku dengan cepat dan tidak melibatkan otak. Tindakan refleks ini sangat perlu untuk melindungi seseorang daripada kecederaan.

Gerak balas ini hanya disedari selepas tindakan ini berlaku. Terdapat 2 jenis tindakan refleks: a. Tindakan refles ringkas. b. Tindakan refleks bersyarat.

Contoh-contoh tindakan refleks ringkas ialah


a. Pantulan lutut b. Kelopak mata tertutup apabila tersentuh c. Jari-jari menjauhi apabila berada di bawah keamatan cahaya yang berlainan d. Terbatuk e. Pengimbangan badan untuk mengelakkan daripada tergelincir.

Pantulan lutut

Tindakan Refleks Bersyarat Tindakan refleks bersyarat terjadi menerusi proses pembelajaran atau pengalaman. Dalam refleks bersyarat, tindakan refleks yang merupakan gerak balas normal terhadap rangsangan primer dirangsangkan oleh rangsangan sekunder.

Contoh :
Perkataan mangga hanya merangsangkan pengeluaran air liur bagi seseorang yang pernah makan buah tersebut. Contoh lain ialah kilat. Apa yang menakutkan kanak-kanak ialah kilat biasanya diikuti oleh bunyi guruh yang kuat.

Akar Refleks
Akar refleks ialah lintasan impuls untuk menghasilkan suatu tindakan refleks. Akar refleks melibatkan 3 neuron iaitu: a. Neuron deria b. Neuron motor c. Neuron perantara / penghubung

Neuron deria bertanggungjawab dalam membawa impuls dari organ reseptor ke saraf tunjang. Badan sel neuron ini terdapat di dalam ganglion dorsal saraf spina.

Neuron motor bertugas dalam menghantar impuls ke organ efektor. Neuron perantara berfungsi sebagai penghubungan di antara neuron deria dan neuron motor.

Apabila tangan tersentuh objek yang sangat panas, a. Impuls saraf dihasilkan oleh hujunghujung saraf reseptor di dalam kulit. b. Impuls saraf ini bergerak sepanjang neuron deria dan sampai ke saraf tunjang melalui akar dorsal. c. Neuron deria membentuk sinaps dengan neuron perantara. Neuron perantara pula membentuk satu sinaps lain dengan neuron motor.

d. Neuron motor menghantar impuls sepanjang akson keluar dari saraf tunjang melalui akar ventral. e. Impuls saraf merangsangkan efektor, iaitu otot biseps untuk mengecut. Jadi tangan tertarik jauh dari objek yang panas itu.

Sekian Terima Kasih!