You are on page 1of 11

BAB 3 BIDANG TUGAS DI PEJABAT

3.1 Pengenalan

Di dalam sesebuah syarikat, bidang pejabat merupakan bahagian yang memainkan peranan penting bagi menjamin kelancaran perkhidmatan yang disediakan serta dapat melincinkan lagi proses sesuatu kerja yang dilakukan. Antara kerja-kerja yang dilakukan di pejabat ialah kerja -kerja pentadbiran, menyediakan pelan -pelan seperti pelan pra hitungan, pelan kejuruteraan, pelan kadaster dan membuat hitungan, mewarnakan dan melipat pelan serta banyak lagi perkara yang berkaitan. Penghasilan pelan

merupakan contoh dibuat sebelum dan selepas sesuatu pengukuran dijalankan. Bagi Juruukur, pelan adalah perkara penting untuk memudahkan lagi kerja pengukuran yang akan dibuat.

3.2 Penghasilan Serta Penyediaan Pelan

Sebelum sesuatu kerja pengukuran dijalankan, penyediaan dan penghasilan pelan perlulah dilakukan terlebih dahulu bagi memudahkan kerja pengukuran dijalankan. Penghasilan pelan menggunakan Program Autocad ialah pelan cadangan pecah sempadan dan pecah bahag ian atau dikenali dengan pelan pra hitungan manakala pelan kejuruteraan pula dihasilkan dengan menggunakan Program Topografical And Route Survey Plotting System (TRPS) dan Program Autocad. Pelan-pelan yang dihasilkan seperti pelan pecahan, pelan lokasi, pelan kadaster dan sebagainya. Penyediaan pelan ini berdasarkan kepada skala -skala yang tertentu.

3.3 Pelan Pecah Sempadan/Pra Hitungan

Pelan pecah sempadan/pra hitungan dihasilkan menggunakan Program Autocad berdasarkan kepada skala -skala tertentu. Pelan biasanya dihasilkan apabila melibatkan kerja -kerja pecah sempadan, pecah bahagian dan cantuman semua lot -lot yang dikehendaki. Skala -skala yang biasa digunakan untuk pelan pra hitungan ini ialah 1:500, 1:1000, 1:2000 dan banyak lagi. Penggunaan skala adalah mengikut kesesuaian dan saiz kandungan pelan. Antara isi kandungan yang terdapat dalam pelan ini ialah:

a) Skala b) Tajuk c) Petunjuk arah utara d) Nombor Hakmilik e) Nama pemilik f) Pentadbiran Tanah Jajahan

g) Bearing dan jarak sesuatu garisan

h) Saiz keluasan Lot i) j) Nombor lembar piawai Nombor pelan

k) Nombor fail Pejabat Tanah l) Nota panduan

m) Jarak dan keluasan n) Alamat syarikat o) Disediakan oleh p) Dihitung oleh q) Disemak oleh r) Tarikh penghasilan pela n

Rajah 3.1 : Contoh Pelan Pecah Bahagian / Pecah sempadan atau Cantuman

3.4 Hitungan

Hitungan ialah pengiraan tertentu yang dibuat menggunakan formula yang telah ditetapkan untuk menentukkan sesuatu kerja dalam pelan yang dihasilkan.

Tujuan membuat sesuatu hitungan adalah untuk : i. ii. iii. iv. Menguji ketepatan dan kesempurnaan kerja ukuran. Mengira bering dan jarak bagi garisan sempadan dan sambungan. Menentukkan keluasan lot atau petak, segipadu startum yang diukur. Mengira koordinat.

3.5 Pengawalan Perancangan

3.5.1

Penggunaan Tanah dan Bangunan

Sesuatu tanah atau bangunan, tiada seorang pun yang boleh menggunakan atau membenar digunakan melainkan dengan menurut rancangan tempatan. Selain itu, penggunaan tanah atau bangunan perlulah mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa.

3.5.2

Larangan Mengenai Pemaju Tanpa Kebenaran Merancang

Tiada seorang pun, selain daripada pihak berkuasa tempoh boleh bermula, mengusaha atau menjalankan apa -apa pemajuan melainkan kebenaran merancang berkenaan dengan pemajuan itu diberi kepadanya di bawah seksyen 22 atau dilanjutkan di bawah seksyen 24(3).

3.5.3

Permohonan Untuk Kebenaran Merancang

a) Sesuatu permohonan untuk kebenaran merancang berkenaan dengan sesuatu pemajuan hendaklah dibuat kepada pihak berkuasa perancang tempatan dan hendaklah mengikut bentuk dan mengandungi butir -butir dan disertakan dengan dokumen -dokumen, pelan-pelan dan bayaran bayaran yang ditetapkan.

b) Jika permohonan itu bukan pemilik tanah yang atasnya pemajuan hendaklah dijalankan, persetujuan bertulis pemilik tanah itu kepada pemajuan yang dicadangkan itu hendaklah dipeolehi dan dicatatkan dalam permohonan itu. c) Jika pemajuan itu melibatkan pendirian sesuatu bangunan, pihak berkuasa perancang tempatan boleh memberi arahan arahan bertulis kepada pemohon itu berkenaan dengan mana-mana daripada perkara berikut : i. ii. Aras tapak bangunan itu. Garisan bidang hadapan dengan bangunan -bangunan yang berhampiran. iii. iv. v. Penaikkan bangunan itu. Iklas, rekabentuk dan rupa bentuk bangunan itu. Menganjak ke belakang bangunan itu ke suatu garisan bangunan. vi. Laluan ke tanah di atas mana -mana bangunan itu akan didirikan. vii. Apa-apa perkara laib yang ditafsirkan perlu oleh pihak berkuas perancang tempatann bagi maksud -maksud merancang.

d) Pemohon yang diberi sesuatu rahan bertulis di bawah seksyen kecil. Hendaklah meminta rancangan yang disampaikan dengan permohonannya itu dengan se wajarnya dn meyampikan semula rancangan itu dalam tempoh atau

tempoh lanjutan yang ditentukan oleh pihak berkuasa perancang tempatan.

e) Jika rancangan itu tidak disampaikan semula dalam tempoh yang ditentukan atau tmpoh yang dianjutkan itu, permohonan untuk kebenaran merancang itu hendaklah disifatkan sebagai telah ditarik balik tetapi pemohon itu boleh menyampaikan permohonan baru. f) Jika pemaju yang dicadangkan bertempat di kawasan yang berkenaan dengannya tidak ada rancangan pemajuan pada masa itu, maka setelah menerima permohonan untuk kebenaran merancang atau jika arahan -arahan telah diberi dibawah seksyen kecil (3), arahan -arahan itu, pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah dengan notis secara bertulis yang disampaikan kepada pemilik -pemilik tanah yang bersempadan dengan tanah yang dimaksudkan oleh pemohonan itu, memberitahu mereka akan hak mereka untuk membantah terhadap permohonan itu dan untuk menyatakan alasan-alasan bantahan mereka dalam masa 21 hari dari tarikh notis disampaikan.

3.5.4

Pelan Permohonan Merancang Hendaklah Mengandungi

1. Pelan Kunci (skala 1 in : 1 batu) 2. Pelan Lokasi (skala 1 in : 8 rantai) 3. Pelan Tataletak (skala 1 in : 1 rantai / 1 in : 2 rantai) mengandungi: a) Simpanan Jalan b) Simpanan Jalan Susur c) Simpanan Sungai / Parit / Taliair Mada d) Simpanan Talian Elektrik Berkuasa Tinggi e) Bangunan Sedia Ada f) Jalan Keluar Masuk Yang Sah

g) Tangki Imhoff / Kolam Oksidasi

h) Arah Utara dan Tajuk Cadangan i) Tandatangan Tuan Tanah / Juruukur / Arkitek

3.5.5

Syarat-syarat Tambahan Bagi Permohonan Kebenaran Merancang Untuk Kilang Dan Perusahaan

1. Hendaklah menyatakan Jenis Industri yang dicadangkan. 2. Menunjukkan kedudukan ruang untuk pemunggahan dan tempat letak kereta. 3. Salinan lesen yang terbaru dari pihak berkenaan seperti LPN, Perhutanan dan sebagainya. 4. Tahun kilang mula beroperasi jika bangunan telah sedia ada. 5. Nama Tuan Kilang / Bangunan / Tuan Tanah. 6. Cara-cara yang digunakan untuk mengatasi masalah pembuangan sisa kilang. 7. Hendaklah ditunjukkan kedudukan perkampungan / bangunan kerajaan / masjid dan seb againya sekitar batu jejari. 8. Mengemukkan satu salinan borang soal selidik yang disediakan oleh Jabatan Alam Sekitar.

3.6 Kod JKR Yang Digunakan Dalam Pelan Kejuruteraan

Di dalam menghasilkan pelan kejuruteaan, kod -kod tertentu digunkan untuk menggambarkan sesuatu perkara di dalam pelan yang di lukis secara ringkas.

3.6.1

Tujuan Kod JKR Digunakan Dalam Pelan Kejuruteraan

Kod-kod tertentu digunakan dalam pelan kejuruteraan adalah bertujuan untuk tidak bagi pelan yang dihasilkan kelihatan tidak kemas dan dipemuhi dengan tulisan. Hal ini akan merumitkan pihak

yang melihat pelan tersebut. Antara kod -kod JKR yang digunakan ialah :

Perkara Jalan Tanah Seperti Asal Jalan Bertar Jalan Dibawah Pembinaan Kotak Kuning Garisan Kuning Perhentian Bas Papan Penunjuk Arah Kotak Kawalan Lampu Isyarat Tiang Lampu Isyarat Kotak Elektrik Telefon Kecemasan Tiang Telekom Stesen Bas Rumah Pangsa Hospital Stesen Minyak Pejabat Pos Sekolah Menengah

Kod JE JO JC JYB JYL PH PRI PA PV PUE PE PUT BPS BCA BPP BCP BPO BCL

Perkara Bangunan Sementara Padang Permainan Stadium Masjid

Kod BW OYF BPM BCM

Jadual 3.1 : contoh kod-kod JKR yang digunakan dalam Pelan Kejuruteraan.

3.6.2

Petunjuk Yang Digunakan Dalam Pelan Kejuruteraan

Antara petunjuk yang digunkan ialah :

i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii.

Batu Konkrit Lama Jumpa References Mark Batu Aras Sementara Invert Level Tali Air Konkrit Tiang Elektrik Jalan Tar

3.7 Bayaran Proses Pelan (Pecahan Tanah)

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Bayaran Minima Bagi 100 unit pertama Lebih 100 unit Lebih dari 200 Rumah Pangsa Perniagaan/ Perusahaan Berkembar kurang 4 tingkat

RM 100.00 RM 30.00/unit RM 25.00/unit RM 20.00/unit RM 100.00/blok RM 200.00/blok

7.

Perusahaan sesebuah Perniagaan kurang 4 tingkat

RM 500.00/blok

8. 9.

Perniagaan dan kediaman Kurang daripada 4 tingkat /

RM 300.00/blok RM 300.00/blok

Perusahaan teres/ berkembar lebih 4 tingkat 10. Perniagaan/ perusahaan RM 1,000.00/blok

sesebuah melebihi daripada 4 tingkat

Rajah 3.2 : Contoh resit bayaran untuk pecahan tanah

3.8 Sumbangan Kemajuan Pemaritan Am (Pecahan Tanah)

1. 2. 3.

Kediaman Perniagaan dan kediaman Bukan kediaman (kurang 4 tingkat)

RM 1,000.00/ekar/pelan RM 1,500.00/ekar/pelan RM 2,000.00/ekar/pelan

4.

Bukan kediaman (lebih 4 tingkat)

RM 5,000.00/ekar/pelan

* Lot yang kurang 0.1 ha (1/4 ekar) untuk kediaman dikecualikan.

3.9 Caruman Kawasan Lapangan (Pecahan Tanah)

1. Kediaman Dan Rumah Kedai

30.35 meter persegi (326.7 kaki persegi) kawasan lapang x bilangan unit x (nilai harga tanah semasa + RM 0.50 sen) kos kemajuan.

2. Bukan Kediaman (Bebas dan Bertingkat)

5% dari jumlah keluasan ruang lantai x (nilai tanah semasa + RM 0.50 sen) kecuali bagi kawasan yang digunakan sebagai tempat letak kereta.